|
|
[Tempatan]
DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan - Pakar forensik
[Copy link]
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1452511/saksi-dengar-kata-kata-kesat-diungkap-ketika-senior-marah-zara
Saksi dengar kata-kata kesat diungkap ketika senior marah Zara Qairina
KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak mendakwa mendengar kata-kata kesat ketika Zara Qairina Mahathir berdepan beberapa empat senior dalam bilik pada malam sebelum pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama 16 Julai lalu.
Saksi ke-15 inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu itu berkata, kejadian itu berlaku pada malam 15 Julai lalu dengan pelajar senior terbabit memasuki bilik berkenaan ketika Zara Qairina berada di dalamnya .
Peguam mewakili seorang saksi kanak-kanak, Joan Goh, berkata saksi itu nampak seorang pelajar senior bercakap dengan arwah sebelum empat lagi pelajar lain datang.
"Pada 15 Julai jam lebih kurang 10.20 malam, saksi berkata Zara Qairina datang ke bilik dan minta izin masuk. Dia nampak seorang pelajar senior bercakap dengan Zara Qairina dan dengar sikit-sikit.
"Kemudian dia lihat empat senior masuk ke dalam bilik dengan seorang pelajar senior marah Zara Qairina kuat-kuat sambil berteriak, manakala seorang senior lagi hanya tegur Zara Qairina sahaja," katanya selepas selesai prosiding di Mahkamah Koroner hari ini.
Joan berkata, ketika itu saksi kanak-kanak berkenaan turut mendengar ungkapan kata-kata kesat, iaitu 'sial'.
Katanya, saksi kanak-kanak itu juga menjelaskan ketika arwah Zara Qairina ke bilik berkenaan, rakan bilik Zara Qairina memeriksa almarinya dan terjumpa bendera milik pelajar senior dan ia dikatakan punca pelajar senior itu marah pada malam berkenaan.
Selain itu, katanya saksi berkenaan tidak pernah nampak Zara Qairina diganggu mana-mana pelajar tetapi tidak tahu sama ada arwah Zara Qairina pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan asrama.
Dalam keterangan saksi berkenaan, Joan berkata, dia mengaku mengenali arwah Zara Qairina tetapi tidak rapat kerana mereka berlainan kelas.
"Saksi menyifatkan Zara Qairina seorang yang ceria, tapi tidak tahu sama ada pernah kena buli, kena dera atau kena pukul semasa berada di sekolah ataupun asrama," katanya.
Saksi berkenaan selesai memberi keterangan jam 2.15 petang sebelum disambung seorang lagi saksi kanak-kanak, selaku saksi ke-16 inkues yang juga saksi kelapan kanak-kanak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/utama/2025/09/1269888/inkues-seorang-senior-marah-teriak-pada-zara-qairina-saksi-dengar-ungkapan
Inkues: Seorang senior marah, teriak pada Zara Qairina, saksi dengar ungkapan 'sial'
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini diberitahu bahawa seorang saksi kanak-kanak melihat empat pelajar senior memasuki bilik yang diduduki Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada malam 15 Julai lalu.
Saksi ke-15 inkues kematian Zara Qairina itu memaklumkan, arwah tiba di bilik berkenaan terlebih dahulu sekitar jam 10.20 malam.
Peguam yang mewakili saksi kanak-kanak, Joan Goh, berkata saksi ketujuh kanak-kanak itu ternampak seorang pelajar senior berbual dengan arwah sebelum empat lagi pelajar lain masuk ke bilik berkenaan.
"Pada 15 Julai 2025, jam lebih kurang 10.20 malam, saksi berkata Zara datang ke bilik dan minta izin masuk. Dia nampak seorang pelajar senior bercakap dengan Zara dan dengar sikit-sikit.
"Kemudian dia lihat empat senior masuk ke dalam bilik dengan seorang pelajar senior marah Zara kuat-kuat sambil berteriak, manakala seorang senior lagi hanya tegur Zara sahaja," katanya selepas selesai prosiding di Mahkamah Koroner hari ini.
Joan berkata, ketika itu, saksi kanak-kanak berkenaan turut mendengar ungkapan kata-kata kesat, iaitu 'sial'.
Katanya, saksi kanak-kanak itu juga menjelaskan bahawa ketika arwah Zara Qairina ke bilik berkenaan, rakan bilik Zara memeriksa almarinya dan terjumpa bendera milik pelajar senior dan ia dikatakan punca pelajar senior itu marah pada malam berkenaan.
Selain itu, katanya saksi berkenaan tidak pernah nampak Zara diganggu oleh mana-mana pelajar tetapi tidak tahu sama ada arwah Zara Qairina pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan asrama.
Dalam keterangan saksi berkenaan, Joan berkata, dia mengaku mengenali arwah Zara Qairina tetapi tidak rapat kerana mereka berlainan kelas.
"Saksi menyifatkan Zara seorang yang ceria, tapi tidak tahu sama ada Zara pernah kena buli, kena dera atau kena pukul semasa berada di sekolah ataupun asrama," katanya.
Saksi berkenaan selesai memberi keterangan pada jam 2.15 petang sebelum disambung seorang lagi saksi kanak-kanak, selaku saksi ke-16 inkues yang juga saksi kelapan kanak-kanak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.nst.com.my/news/nation/2025/09/1284538/zara-spoke-about-falling-3rd-floor-april
Zara spoke about falling from the 3rd floor in April
KOTA KINABALU: The Coroner's Court was today told that Zara Qairina Mahathir had spoken about falling from the third floor of her school to a student in April.
The eighth child witness in the inquest gave evidence that Zara Qairina had asked her how she would feel if she were to fall from the third floor of the school.
Lawyer Datuk Ram Singh, who is representing one of the children charged in relation to the Zara Qairina case, informed the media about today's proceedings.
"Zara had said to her: 'How if I were to jump from the third floor, would you be sad?'
"The witness told Zara, 'Why did you say that? It is not good.' She said Zara then kept quiet.
"It is a sad thing when somebody had that in mind way back in April this year," Ram said, adding that the eighth witness would continue her testimony on Oct 7.
Lawyer Rizwandean M Borhan, who is representing Zara Qairina's family, said the seventh child witness had described Zara, who wanted to become a surau prefect, as cheerful, talkative and someone who corrected other students in a good way.
"She said that because of Zara Qairina's character, there were also some who did not like her.
"When we asked why, she said it was because Zara used to record the names of students who skipped congregational prayers."
Next Tuesday, a witness from the Chemistry Department will be called to testify on DNA samples. The expert is one of the 68 witnesses listed.
The inquest, which began on Sept 3 before Coroner Amir Shah Amir Hassan, is looking into the death of Zara Qairina, who was found unconscious on July 16 in her dormitory at SMKA Tun Datu Mustapha in Papar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/09/1452515/bagaimana-kalau-saya-terjun-dari-tingkat-3-zara-qairina-bertanya
'Bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3?' - Zara Qairina bertanya kepada rakannya
KOTA KINABALU: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah memberitahunya mengenai kemungkinan untuk terjun dari tingkat tiga.
Peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang saksi kanak-kanak, berkata saksi kelapan kanak-kanak itu menjelaskan Zara Qairina hanya diam apabila bertanya kenapa arwah kata begitu.
"Zara pernah berkata kepada saksi 'bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3? Kau sedihkah'. Lepas itu saksi jawab 'kenapa kamu cakap begitu? Tidak bagus'. Kemudian Zara diam.
"Saksi berkata pada masa itu hanya mereka berdua berada di hadapan biliknya. Saksi berkata Zara melihat ke bawah dari koridor asrama dengan keadaan murung dan kejadian itu berlaku sekitar bulan April 2025," katanya kepada media selepas selesai prosiding, hari ini.
Ram berkata, saksi berkenaan tidak pasti sama ada Zara Qairina mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah mereka dan dia mengaku tidak pernah mempunyai konflik dengan arwah.
Katanya, saksi juga tidak pernah nampak Zara Qairina dimarahi atau diganggu oleh pelajar lain.
"Saksi juga tidak pernah nampak sesiapa pelajar meraba atau melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap Zara di bilik asrama atau sekolah," katanya.
Saksi ke-16 inkues itu, katanya mengetahui Zara Qairina ada menulis diari di sekolah dan sentiasa menulis diari dalam bilik asrama pada waktu petang dan malam.
"Tapi, saksi tidak tahu berapa buku diari yang Zara ada dan saksi tidak pasti sama ada Zara menulis diari setiap hari. Saksi tidak pernah membaca diari Zara tersebut," katanya.
Terdahulu, beliau berkata, saksi berkenaan mengenali Zara Qairina kerana tinggal di bilik yang sama tetapi hanya kawan biasa.
Katanya, saksi turut menceritakan perilaku arwah ketika di bilik asrama yang sentiasa tidur di atas permaidani sendiri di atas lantai bilik kerana malas memasang cadar.
"Saksi juga menceritakan pada malam 15 Julai lalu, semasa saksi berada di bilik asrama, saksi mendengar ada orang panggil Zara datang ke bilik sebelah.
"Selepas itu saksi nampak Zara pergi ke bilik sebelah dan saksi dimaklum oleh rakan sebilik bahawa Zara dipanggil untuk berjumpa senior pasal kehilangan barang di 'dorm'.
"Selepas Zara kembali ke 'dorm' mereka, katanya dia (arwah) terus baring di lantai dan menangis. Zara juga ada teriak sambil bercakap 'aku nda curi bah, sial'.
"Saksi tidak tahu bagaimana kejadian Zara berjumpa dengan senior kerana saksi tidak pergi ke bilik sebelah," katanya.
Ram berkata, saksi berkenaan menjelaskan sebelum itu pelajar senior tidak pernah berjumpa dengan Zara Qairina dan setahu saksi, hanya sekali pada malam 15 Julai itu saja.
"Saksi berkata, selepas Zara berjumpa dengan senior di bilik sebelah, Zara nampak seperti terganggu, Zara baring di lantai sambil menangis di depan almari. Zara tidak pernah menjerit dan menangis sebelum ini.
"Saksi menjelaskan Zara juga tidak pernah mengadu mengenai masalah sendiri atau berkonflik dengan sesiapa. Zara tidak pernah mengadu mengenai gangguan ketika di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
berita tak berapa nak berkaitan..
---
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/09/30/hamid-ismail-lawyer-in-high-profile-zara-qairina-inquest-appointed-judicial-commissioner/192925
Hamid Ismail, lawyer in high-profile Zara Qairina inquest, appointed Judicial Commissioner
KOTA KINABALU, Sept 30 — Hamid Ismail, a lawyer who represented the mother of late student Zara Qairina Mahathir in the high-profile inquest into her death, has been appointed as a Judicial Commissioner along with two others.
The 49-year-old has practised law for 24 years since 2004, handling corruption, criminal and civil cases. He also represented former Sabah chief minister Datuk Seri Shafie Apdal during his 2017 remand by the Malaysian Anti-Corruption Commission.
Hamid also acted for PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang in a defamation suit filed by lawyer Marcel Jude, and was lead counsel for Datuk Seri Hamzah Zainuddin in a case brought against him as Parti Pribumi Bersatu Malaysia’s secretary-general by Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman in late 2023.
He is a former PAS deputy commissioner for Sabah and contested the Tanjung Aru state seat in the 2013 and 2018 elections.
Until August this year, Hamid was lead counsel for Zara Qairina’s legal team. His team applied for Bukit Aman to reopen investigation papers, exhume Zara’s body for a post-mortem, and hold an inquest into whether there was a criminal element in her death.
The other two individuals appointed as Judicial Commissioners today were Sessions Court judge Steve Ritikos and Sarawak-based lawyer Ratanah Devi Yusof Perumal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2025/10/07/blood-on-torn-papers-from-school-dorm-matched-zara-qairinas-dna-chemist-tells-inquest/193730
Blood on torn papers from school dorm matched Zara Qairina’s DNA, chemist tells inquest
KOTA KINABALU, Oct 7 — Chemist Nor Aidora Saedon today confirmed that blood traces found on several pieces of paper and several items recovered from the Papar school dormitory where Zara Qairina Mahathir stayed belonged to the 13-year-old student who died on July 17.
The National Chemist Department staff was testifying in the inquest of Zara Qairina and affirmed that her examination of the samples that were submitted to the Coroner’s Court tested positive for blood and that the DNA profiles matched those of the schoolgirl.
The chemical report noted that several of the pieces of papers, marked as exhibits “Y8” and “Y1”, were complementary — meaning they had been torn from the same sheet, and both contained blood spots belonging to the victim.
Nor Aidora said that she only performed the blood DNA tests on the pages, believed to be among her journals, but not DNA tests for other cells.
“For the pages, I only took blood swab. I didn’t try to test for DNA cells. Blood DNA is much stronger so I focused on that. The aim was to find out whose blood was on the page, so we did not look for who touched the page,” she said.
The findings are expected to form part of the forensic evidence establishing what happened to Zara Qairina before her fatal fall.
Zara Qairina was found unconscious with injuries to her limbs and head in the early hours of July 16 on the ground floor of her dormitory building at SMKA Tun Datu Mustapha and died the next day.
Her abrupt death, coupled with allegations of bullying and intense public speculation, triggered an exhumation of her body and the inquest to find out the cause.
The inquest is now in its 18th day with the 17th witness called so far.
There are 68 scheduled witnesses, of which 35 are minors. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/10/07/tests-confirm-blood-on-exhibits-were-mainly-zara-qairinas-inquest-hears
Tests confirm blood on exhibits were mainly Zara Qairina’s, inquest hears
KOTA KINABALU: Blood stains found on several exhibits including papers tendered to the Chemist Department were found to be mainly Zara Qairina Mahathir’s, the Coroner’s Court here was told.
Chemist Nor Airdora Saedon, 52, told this to Coroner Amir Shah Amir Hassan when reading out her witness statement on Tuesday (Oct 7), as the inquest into Zara Qairina Mahathir’s death continued.
She said among the items with blood stains were papers and a glass bottle.
She later confirmed that while the DNA results came back as Zara’s, they had no way to conclusively prove that the items which her DNA were found on were undoubtedly hers.
She said this was because as chemists, their duties were to test for DNAs and other related analysis, but not to determine whether items belonged to the person whose DNAs were found on the said items.
These exhibits with suspected blood stains included those marked WK15(3)(a), “WK15(8)(a)”, “WK15(9)(a)”, WK33 to WK35.
It was found that WK15(3)(a) had the DNA traces of Zara and another individual while the rest belonged to Zara.
During further questioning, Airdora informed the court that they were unable to determine who the other possible individuals were because their only specimen received for comparison was Zara’s bone fragments.
During her testimony, she informed the court that she had conducted two tests: "DNA surih" (which means DNA fingerprinting or DNA profiling) and blood samples.
Both of these were different categories of specimens.
"DNA surih", she explained, could be obtained from sweat or saliva among other parts of the body, excluding blood and semen.
She said the traces could have been left intentionally or unintentionally, such as by touch, when talking, or from contact and transfer.
Airdora said using Zara’s bone as the guide or specimen of comparison to determine one’s DNA was conclusive in this case.
She received a total of 37 exhibits from investigating officer, Inspector Wong Yew Zhung on Aug 11.
Counsel Datuk Ram Singh who is representing the first accused in the Zara’s bully trial, asked the chemist how the blood drops could have been ‘caused’ or ended up on the paper, to which Airdora declined to answer.
“I apologise. I cannot answer this question," she said, explaining that she is a chemist and not a medical doctor.
She also declined to comment when Ram asked whether such blood stains could have occurred when a person uses a ‘barcode’ injury to drip the blood on the paper or any surface.
She was initially confused with what he meant by ‘barcode’.
“I cannot answer. It would be unprofessional of me if I answered," she said.
The inquest continues in camera on Wednesday (Oct 8) with the next child witness to be called to testify. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://berita.rtm.gov.my/jenayah/senarai-berita-jenayah/senarai-artikel/darah-pada-kertas-dan-botol-kaca-disahkan-milik-zara-qairina
Darah pada kertas dan botol kaca disahkan milik Zara Qairina
KOTA KINABALU, 7 Oktober- Mahkamah Koroner di sini hari ini dimaklumkan bahawa kesan darah yang ditemui pada beberapa helaian kertas dan satu botol kaca disahkan milik pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Perkara itu disahkan oleh ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, Nor Aidora Saedon, 52, yang memaklumkan demikian ketika membacakan penyataan saksi pada prosiding inkues kematian remaja berkenaan yang diteruskan hari ini.
Beliau berkata antara bahan bukti yang mempunyai kesan darah ialah beberapa helaian kertas dan sebotol kaca -- masing-masing ditanda sebagai WK15(3)(a), WK15(8)(a), WK15(9)(a) serta WK33 hingga WK35.
Menurutnya, semua bahan berkenaan telah diambil untuk ujian calitan asid deoksiribonukleik (DNA) dan hasil analisis mendapati bahan bukti WK15(3)(a) mengandungi DNA milik Zara serta seorang individu lain, manakala selebihnya disahkan milik mangsa sepenuhnya.
Nor Aidora turut memaklumkan bahawa beliau menerima sebanyak 37 bahan bukti termasuk pakaian, barang peribadi, buku, lembaran kertas dan beberapa spesimen seperti tulang, kuku dan putik kapas dengan kesan darah daripada seorang inspektor polis pada 11 Ogos lalu untuk dianalisis.
Prosiding turut menyaksikan beliau membentangkan dan menandakan bahan bukti satu persatu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-tiada-dna-asing-dikesan-pada-spesimen-mangsa-541792?amp=1
Inkues Zara Qairina: Tiada DNA asing dikesan pada spesimen mangsa
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, diberitahu bahawa tiada DNA asing atau DNA lelaki signifikan dikesan pada mana-mana spesimen biologi yang dikaitkan dengan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, berdasarkan keterangan saksi yang merupakan ahli kimia iaitu Nor Aidora Saedon, hasil analisis menunjukkan profil DNA Zara Qairina padan sepenuhnya dengan spesimen biologi utama seperti tisu, tulang, dan kesan darah yang diperoleh.
“Tiada DNA asing atau DNA lelaki signifikan dikesan pada spesimen biologi termasuk swab, buku, pakaian dalam, atau spesimen tubuh.
"Saksi juga menjelaskan bahawa sekiranya seseorang memegang permukaan seperti railing, DNA surih boleh tertinggal bergantung kepada tempoh sentuhan, peluh atau sel kulit yang dilepaskan.
"Namun begitu, DNA tersebut boleh hilang sepenuhnya sekiranya permukaan dibersihkan atau terdedah kepada cuaca," katanya semasa sidang media, di sini.
Menurut saksi, DNA surih adalah DNA daripada sentuhan yang mana ia terhasil daripada 'contact or transfer', bukan darah ataupun air mani, dan hadir dalam kuantiti yang sedikit serta penghasilannya boleh terjadi melalui sentuhan sengaja ataupun tidak disengajakan.
Saksi turut memaklumkan bahawa bahan ekshibit bertanda Y2 hingga Y15 yang sebelum ini ditender di mahkamah untuk pemeriksaan tulisan, tidak diserahkan kepadanya bagi pemeriksaan DNA. Hanya ekshibit Y1 dan Y8 diterima untuk analisis tersebut.
Tambahnya, beberapa barangan seperti buku, beg dan selimut menunjukkan profil DNA campuran yang tidak konklusif dan boleh berpunca daripada kesan sentuhan biasa atau perkongsian ruang di asrama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Syarulnizam memaklumkan bahawa sesi pembukaan rasmi 37 ekshibit telah dijalankan hari ini bagi membolehkan pemeriksaan oleh pakar dokumen forensik dijadualkan bermula pada 10 hingga 17 Oktober ini.
Katanya, sebanyak 11 item daripada ekshibit WK2 hingga WK15 akan diperiksa, termasuk helaian kertas dan dokumen yang dibekalkan oleh ibu kepada mendiang, Zahara, untuk tujuan perbandingan tulisan.
“Semua dokumen yang dibekalkan akan diperiksa oleh Jabatan Kimia selepas selesai sesi pemeriksaan oleh pasukan kami bagi memastikan penilaian yang adil,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/751361
Inkues Zara Qairina: Sesi pemeriksaan sebahagian eksibit akan dijalankan selepas dibuka secara rasmi
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Sesi pemeriksaan terhadap sebahagian daripada 37 eksibit yang dikemukakan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan selepas pembukaan rasmi eksibit oleh saksi, iaitu seorang ahli kimia di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi yang memberi keterangan merupakan pakar DNA dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang forensik dan pernah menjalankan analisis terhadap kes-kes berprofil tinggi seperti tragedi MH17.
Katanya, saksi telah menjalankan analisis forensik terhadap 37 barang kes yang diterima daripada pihak polis antara 11 hingga 20 Ogos lalu bagi tujuan mengenal pasti profil DNA berkaitan Zara Qairina serta mana-mana individu lain.
“Dengan pembukaan rasmi 37 eksibit hari ini oleh saksi pakar DNA, kami kini dibenarkan untuk memulakan pemeriksaan terhadap baki dokumen yang telah dibuka.
“Kami telah memohon kepada Mahkamah Koroner dan pegawai pengendali untuk menyemak semula beberapa item bagi tujuan analisis lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Selasa.
Tambah Mohd Syarulnizam, pemeriksaan dokumen forensik selanjutnya akan dijalankan ke atas beberapa bahan dokumen yang mengandungi tulisan.
"Pihak kami telah memohon kepada pihak Mahkamah dan Pegawai Pengendali untuk kebenaran memeriksa sejumlah 11 items (WK2, WK4, WK5, WK6, WK9, WK10, WK11, WK12, WK13, WK14 dan WK15) untuk menjalankan pemeriksaan secara forensik bahan-bahan dokumen tersebut pada pada 10 hingga 17 Oktober ini," jelasnya.
Sebelum itu, Mohd Syahrulnizam berkata, dalam keterangan saksi mengatakan bahawa bahan-bahan eksibit yang pernah ditender di mahkamah tersebut untuk pemeriksaan tulisan (Y2 hingga Y15) tidak ada diberikan kepadanya untuk pemeriksaan DNA.
"Hanya Eksibit Y1 dan Y8 yang ada diberikan kepada beliau untuk pemeriksaan DNA," ujarnya.
Katanya lagi, saksi memberitahu bahawa hasil analisis menunjukkan profil DNA Zara Qairina padan sepenuhnya dengan spesimen biologi utama seperti tisu, tulang dan kesan darah.
"Tiada DNA asing atau DNA lelaki signifikan dikesan pada mana-mana spesimen biologi termasuk swab, kuku, pakaian dalam dan spesimen tubuh.
"Beberapa barangan seperti buku, beg dan selimut menunjukkan profil DNA campuran (mixed profile) yang tidak konklusif dan boleh berpunca daripada kesan sentuhan biasa atau perkongsian ruang di asrama.
"Dalam barang kes Y8 (bahan dengan kesan darah), analisis menunjukkan tiga profil DNA satu utama dan dua minor, menandakan kemungkinan lebih daripada satu individu. Saksi menjelaskan bahawa permintaan analisis hanya untuk menentukan pemilik darah, bukan untuk mengenal pasti penyumbang," jelasnya.
Beliau bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat dan hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/751525
Inkues Zara Qairina: Tiada ahli dorm pujuk Zara menangis - Saksi
KOTA KINABALU - Saksi ke-16 iaitu kanak-kanak kelapan memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada sesiapa dalam dorm memujuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang menangis pada 15 Julai lalu.
Saksi berkenaan memberi keterangan itu dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari ke-19 di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, berdasarkan keterangan saksi, Zara Qairina dilihat menangis pada malam kejadian 15 Julai tersebut.
"Saksi berkata semasa Zara menangis, tidak ada ahli dorm yang pergi memujuk atau menenangkan Zara sebab ada pelajar mengatakan 'kasi biar dulu dia, kasi tenang dulu.
"Saksi menggambarkan Zara kelihatan seperti dalam emosi terganggu. Saksi kemudian mengesahkan ini membawa maksud emosi Zara terganggu selepas berjumpa dengan pelajar-pelajar di dorm lain," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.
Sebelum itu, Mohd Syarulnizam memaklumkan bahawa saksi berkenaan mengenali Zara Qairina sebagai rakan biasa.
"Saksi memberitahu yang dalam semua almari bilik, hanya almari loker Zara saja yang rosak tidak boleh berkunci.
"Saksi berkata dia tahu Zara ada menulis diari di dalam sekolah dan dia sentiasa menulis di dalam bilik asrama pada waktu petang dan malam. Dia tidak tahu berapa buku diari yang Zara ada. Saksi berkata dia tidak pernah membaca buku diari Zara.
"Sebelum malam kejadian, saksi berkata dia tidak pasti sama ada Zara mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah. Saksi berkata Zara tidak pernah mengadu kepada dia masalah persendirian," katanya.
Katanya lagi, saksi melihat Zara Qairina ke bilik dorm sebelah pada 15 Julai lalu dan difahamkan dia dipanggil berjumpa pelajar-pelajar di dorm lain berhubung kehilangan barang.
"Saksi sendiri tidak pergi ke bilik dorm tersebut. Saksi berkata semua ahli dorm ada, kecuali Zara semasa proses 'spot check' almari loker dan beg Zara.
"Tapi hanya beberapa orang pelajar yang terlibat dalam spot check. Saksi kata dia tidak terlibat dalam proses spot check tersebut. Cara spot check adalah dengan memeriksa loker dan beg Zara dari almari untuk mencari barang yang dikatakan hilang.
"Proses spot check mengambil masa kira-kira 15 minit. Barang-barang Zara dikatakan berselerak selepas proses tersebut. Selepas itu, saksi berkata mereka cuma jumpa lencana pin bendera seorang pelajar senior di beg Zara malam itu.
"Selepas kembali dari dorm sebelah, Zara kembali dan menangis dan menjerit menafikan tuduhan dengan kata-kata, 'Aku nda curi bah, sial'," katanya.
Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya iaitu, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James merupakan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/751531
Inkues Zara Qairina: Saksi, rakan dan Zara Qairina pernah kehilangan wang
KOTA KINABALU - Saksi ke-18 yang juga kanak-kanak kesembilan memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia sendiri bersama rakan dan Allahyarhamah Zara Qairina pernah kehilangan wang dan pemeriksaan turut dilakukan berhubung kejadian itu.
Saksi memberikan keterangan tersebut dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari ke-19 di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, keterangan disambung dengan saksi yang mengenali Zara Qairina sebagai rakan sekolah.
"Saksi memaklumkan bahawa pada malam kejadian, Zara telah dipanggil oleh beberapa pelajar untuk berjumpa dengan pelajar di sebelah 'dorm' Zara berhubung kehilangan kad bank milik pelajar lain.
Saksi berkata pelajar yang kehilangan kad bank itu mengesyaki Zara.
"Semasa Zara di bilik sebelah, beberapa pelajar telah melakukan spot check pada loker dan bag Zara. Spot check itu dibuat dalam bilik saksi sebab terdapat pelajar lain kehilangan duit. Saksi menyatakan bahawa terdapat beberapa pelajar lain yang telah memeriksa barang-barang Zara dan menemui sebatang dua lencana pin bendera," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahamah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.
Mohd Syarulnizam berkata lagi, saksi memaklumkan kira-kira jam 11 malam, saksi melihat Zara Qairina masuk semula ke biliknya dan kelihatan dalam keadaan seperti marah.
"Zara menutup loker dan terus baring di lantai sambil menangis di depan almarinya. Zara menjerit menafikan tuduhan mencuri dalam keadaan emosi terganggu.
"Saksi juga ada menceritakan bahawa saksi sendiri pada sekitar bulan puasa dia dan rakannya serta Zara sendiri pernah kehilangan duit dan spot
check juga telah dilakukan
"Saksi berkata ada cikgu kaunseling panggil saksi ini untuk temuduga. Tetapi cikgu tersebut tidak bertanya kepada saksi mengenai kejadian pada malam kejadian 15 Julai," katanya.
Mohd Syarulnizam turut berkata, saksi memaklumkan bahawa dia tahu Zara Qairina mempunyai buku tulisan peribadi yang biasa ditulisnya apabila berasa rindu terhadap rakan-rakan sekolah lamanya.
Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya iaitu, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James merupakan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/10/1455881/aku-nda-curi-bah-allahyarham-zara-qairina
"Aku nda curi bah" - Allahyarham Zara Qairina
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, hari ini meneruskan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dengan mendengar keterangan dua saksi kanak-kanak, masing-masing saksi kanak-kanak kelapan dan kesembilan.
Kedua-dua saksi yang juga rakan sekolah dan sebilik asrama dengan mangsa memberi gambaran emosi dan situasi yang dialami Zara Qairina pada malam sebelum kejadian pada 15 Julai lalu, termasuk insiden 'spot check' atau pemeriksaan mengejut yang dilakukan terhadap barang peribadinya.
Deponen ke-16 merujuk saksi kanak-kanak kelapan memberitahu, semua pelajar dorm termasuk Zara Qairina diarahkan menjalani pemeriksaan loker dan beg susulan kehilangan barang milik pelajar lain.
Bagaimanapun, hanya beberapa pelajar terbabit secara langsung dalam pemeriksaan itu.
Selepas proses spot check selesai, Zara Qairina kembali ke bilik dalam keadaan menangis dan menafikan tuduhan mencuri sambil menjerit: "Aku nda curi bah, sial."
Saksi terbabit juga menggambarkan Zara Qairina kelihatan amat terganggu emosi, namun tiada rakan yang cuba memujuk kerana suasana dorm ketika itu tegang.
Saksi kanak-kanak kesembilan pula memaklumkan bahawa Zara Qairina dipanggil oleh beberapa pelajar untuk berjumpa di dorm sebelah berhubung kehilangan kad bank milik pelajar lain.
Kata deponen ke-18 itu, kira-kira jam 11 malam, dia melihat Zara Qairina kembali ke bilik dan terus menangis di depan almari sambil menafikan tuduhan mencuri dalam keadaan marah dan tertekan.
Saksi turut menjelaskan bahawa guru kaunseling pernah memanggilnya untuk temuduga selepas kejadian namun tidak bertanya lanjut mengenai insiden malam berkenaan.
Sementara itu, kedua-dua saksi turut mengesahkan bahawa Zara Qairina mempunyai buku tulisan peribadi yang sering digunakan untuk menulis luahan perasaan dan kerinduan terhadap rakan-rakan sekolah lamanya.
Kesemua keterangan itu terkandung dalam ringkasan prosiding inkues harian yang disediakan oleh pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina yang dikongsikan dalam satu kenyataan hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.thevibes.com/articles/news/113767/witnesses-describe-emotional-distress-dorm-incident-before-zara-qairinas-death
Witnesses describe emotional distress, dorm incident before Zara Qairina’s death
The inquest heard that Zara was visibly distressed and left crying after being accused of theft and having her belongings searched by fellow students the night before she died
A WITNESS told the Coroner’s Court in Kota Kinabalu on Wednesday that she and the late Zara Qairina Mahathir were previously involved in similar dormitory incidents involving missing money, and that Zara appeared deeply disturbed following an accusation and spot check the night before her death.
Testifying as the 18th witness in the ongoing inquest into Zara’s death, the student described a night of emotional turmoil, stating that Zara was called to another dormitory by a group of students in relation to a missing bank card.
“A student suspected Zara of taking the card. While Zara was in the other dorm, several students conducted a spot check on her locker and bag inside my room,” the witness said, according to lawyer Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, who is representing Zara’s mother, Noraidah Lamat.
The witness said that the search revealed only a few pin badges belonging to a senior student, which were found in Zara’s possession.
“At around 11pm, Zara returned to the room looking visibly upset. She slammed her locker shut, lay down in front of her wardrobe and began crying,” she added.
Zara, who was reportedly emotional and tearful, shouted: “Aku nda curi bah, sial!” (I didn’t steal, damn it!), denying the allegations made against her.
The court also heard that no one comforted Zara while she was crying. According to the 16th witness, another student in the dorm told others to “let her be, let her calm down”.
“She was clearly in emotional distress after her encounter with the students from the other dorm,” the lawyer said.
The witness further stated that Zara’s locker had a broken lock, unlike others in the dorm, and that she had seen Zara writing in a personal diary in the evenings, although she was unsure how many diaries Zara kept.
On the night of 15 July, Zara was called to the adjacent dormitory, believed to be in connection with the missing bank card. The witness did not follow but said the dorm’s remaining occupants, except Zara, were present during the search of her belongings.
The search lasted around 15 minutes, and the witness confirmed that only a few students were involved. Zara’s belongings were left scattered afterwards.
The following morning, on 16 July, Zara was found unconscious beneath the school’s dormitory building. She was pronounced dead the next day at Queen Elizabeth Hospital.
The inquest, now in its 19th day, is presided over by Coroner Amir Shah Amir Hassan. Zara’s family is represented by Mohd Syarulnizam and a legal team comprising Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser and Elhanan James. - October 8, 2025 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/751534
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah Zara tulis diari ketika tertekan
KOTA KINABALU - Saksi ke-18 yang juga kanak-kanak kesembilan memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan menulis diarinya ketika berada dalam keadaan tertekan.
Saksi memberikan keterangan tersebut dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari ke-19 di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Peguam Joan Goh berkata, berdasarkan keterangan saksi, dia mengetahui mengenai diari tersebut kerana pernah melihat Zara Qairina menulis di dalam buku berkenaan ketika berada di asrama.
“Saksi pernah membaca diari milik Zara sekali sahaja dengan izinnya. Seingat saksi, Zara menulis mengenai kerinduannya terhadap kawan-kawan lamanya di sekolah rendah, namun nama mereka tidak diingati.
“Setahu saksi, Zara akan menulis diarinya semasa dia ‘stress’ atau dalam tekanan kerana cara penulisannya menjadi laju. Saksi tidak tahu sebab Zara tertekan dan tidak tahu di mana Zara menyimpan diarinya,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.
Joan berkata, menurut saksi, Zara Qairina tidak pernah mengadu kepadanya mengenai sebarang gangguan di asrama seperti buli, tekanan belajar atau keletihan.
“Zara tidak mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah. Saksi juga tidak mempunyai konflik dengan Zara dan tidak pernah nampak Zara dimarahi atau diganggu oleh pelajar lain,” katanya.
Katanya lagi, saksi memaklumkan bahawa pada malam 15 Julai lalu, dia melihat Zara Qairina berjalan menuju ke bilik lain, namun tidak mengetahui sebab dia dipanggil ke situ.
“Saksi diberitahu ada pelajar hilang barang. Kemudian, saksi bersama rakan-rakan dorm memeriksa barang-barang milik Zara dan menemui satu pin Jalur Gemilang di tempat Zara yang bertulis nama salah seorang pelajar.
“Saksi tidak tahu apa yang berlaku di dorm sebelah kerana dia tidak berada di sana. Selepas berjumpa senior di bilik sebelah, ketika Zara kembali ke dorm sekitar jam 11 malam, saksi melihat Zara seakan marah.
“Zara berjalan masuk ke dalam dorm, menutup loker, kemudian terus baring di lantai sambil menangis di depan almarinya. Zara menjerit sambil berkata, ‘Aku nda curi bah, sial’. Sebelum saksi tertidur, Zara masih berada di atas lantai. Itu adalah kali pertama saksi melihat Zara dalam keadaan begitu,” katanya.
Katanya lagi, saksi turut memaklumkan bahawa selepas lampu asrama ditutup, dia sempat melihat Zara Qairina duduk di hadapan almarinya dan kemudian datang ke hujung bilik meminta untuk meminjam gunting daripadanya serta beberapa pelajar lain.
“Saksi tidak meminjamkan gunting kepada Zara kerana dia tiada gunting. Selepas itu, Zara keluar dari dorm dan saksi tidak tahu apa berlaku selepas itu kerana dia terus tidur,” katanya.
Selain itu, Joan berkata, saksi memaklumkan bahawa sekitar jam 4 petang pada hari sama, dia melihat Zara berada di dalam asrama.
“Zara kelihatan diam, muram, tidak bercakap dan turun bersendirian. Memandangkan saksi dan Zara berada di kelas berbeza, saksi tidak tahu bagaimana keadaan Zara sewaktu ‘prep malam’. Saksi tidak menegur Zara kerana melihat dia dalam ‘bad mood’ dan takut dimarahi,” katanya.
Sementara itu, Joan memaklumkan bahawa saksi turut memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan wang di dorm dan menerangkan bagaimana dia tahu wang yang dijumpai adalah miliknya.
“Saksi memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan wang di dorm dan pada masa itu memaklumkan kepada senior. Senior kemudian meminta izin untuk memeriksa setiap loker dan menemui sejumlah wang di dalam loker Zara.
“Saksi ditanya bagaimana dia tahu wang itu miliknya, dan saksi menjawab bahawa senior bertanya ciri-ciri wang yang hilang. Wang tersebut ialah tiga keping RM10,” katanya.
Joan bersama rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh, mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa dalam kes Zara Qairina dan mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-saksi-akui-pernah-periksa-lokar-zara-jumpa-wang-tunai-541955
Inkues Zara Qairina: Saksi akui pernah periksa lokar Zara, jumpa wang tunai
KOTA KINABALU: Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan daripada saksi pelajar kesembilan yang merupakan remaja yang berada di asrama semasa kejadian berlaku.
Menurut peguam Joan Goh, saksi berkenaan memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebelum sambutan Aidilfitri lalu, dia bersama tiga lagi rakan pernah memeriksa lokar milik Allahyarham Zara dan menemui sejumlah wang tunai di dalamnya.
“Saksi menyatakan dia sendiri pernah kehilangan wang sebelum Aidilfitri dan melaporkan perkara itu kepada pelajar senior.
“Dengan kebenaran, mereka memeriksa lokar di dorm dan menemui wang tunai kira-kira RM100 dalam lokar milik Zara,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Koroner, di sini.
Peguam itu berkata, saksi turut memaklumkan bahawa wang tersebut kemudian dipulangkan semula kepada pelajar yang kehilangan duit, manakala bakinya sekitar RM30 diberikan kembali kepada Zara Qairina.
Difahamkan, saksi ini mengenali Allahyarham Zara Qairina sebagai rakan sekolah.
Dalam pada itu, Joan turut menjelaskan bahawa sebelum prosiding bermula hari ini, pihaknya membangkitkan bantahan terhadap beberapa soalan yang dikemukakan oleh peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina kepada saksi tersebut.
“Pada Jumaat lalu, kami membantah 16 soalan yang menyentuh perasaan serta pandangan terhadap anak guam kami.
“Koroner telah membenarkan bantahan itu sebahagian besarnya, dan beberapa soalan telah dipadamkan daripada rekod,” katanya.
Joan mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina dan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues berkenaan.
Prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung dengan keterangan saksi seterusnya esok. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.mingguanwanita.my/inkues-zara-qairina-saksi-dedah-ucapan-terakhir/
Inkues Zara Qairina: Saksi Dedah Arwah Pernah Ucap “Dulu Ja Saya Buat, Sekarang Saya Berubah”
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Khamis diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata, “dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah,” ketika ditanya oleh seorang rakan asrama berhubung dakwaan kecurian barang milik pelajar lain pada 15 Julai lalu.
Pernyataan itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam prosiding inkues Zara Qairina.
Pendedahan Saksi Dalam Inkues Zara Qairina
Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan Zara Qairina hanya kenalan biasa kerana tinggal di bilik asrama bersebelahan.
“Saksi menyatakan bahawa pada malam 15 Julai 2025, kira-kira jam 9 malam, rakan sebiliknya datang memaklumkan bahawa dompet yang mengandungi wang tunai dan kad pengenalan telah hilang.
“Rakan sebilik itu turut menyatakan syak terhadap Zara sebagai individu yang mengambil barang tersebut. Ketika Zara datang berjumpa dengannya, saksi bertanya sama ada dia tahu mengenai kehilangan dompet berkenaan,” katanya semasa prosiding inkues Zara Qairina.
Kenyataan Zara Qairina Sebelum Tragedi
Menurut Mohd Azhier, saksi menyatakan bahawa Zara menjawab “tahu” dan menafikan dia mencuri barang berkenaan.
“Saksi memintanya bersumpah dan Zara berkata, ‘Wallahi, saya tidak ambil barang tersebut’. Zara turut menambah, ‘dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah’,” katanya.
Tambah beliau, selepas perbualan itu, saksi tidak lagi bertanya apa-apa kepada Zara dan hanya berbual dengan rakan lain di asrama.
Situasi Ketika Malam Kejadian
“Saksi menegaskan bahawa dia tidak memarahi Zara semasa pertemuan itu, sebaliknya hanya bertanya dengan nada biasa sebelum menyuruh Zara pulang ke biliknya sendiri.
“Saksi turut melihat pelajar lain datang dan bertanya kepada Zara tentang kehilangan barang berkenaan. Salah seorang pelajar berkata, ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga,’ namun Zara tidak mengaku,” jelasnya.
Menurut peguam, saksi memaklumkan bahawa selepas perbualan tersebut, dia tidak lagi mencampuri urusan antara Zara dan pelajar lain yang terlibat.
Reaksi Zara Qairina Menurut Saksi
“Saksi memberitahu mahkamah bahawa reaksi Zara kelihatan normal dan dia menjawab dengan tenang. Lima minit kemudian, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing.
“Saksi juga menyatakan bahawa dia tidak melihat Zara dalam keadaan tertekan atau menangis selepas pertemuan itu,” katanya.
Peguam Dan Perkembangan Inkues
Peguam Mohd Azhier bersama pasukannya — Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan — mewakili empat daripada lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina.
Mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding yang kini memasuki hari ke-20.
Latar Belakang Tragedi Zara Qairina
Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Prosiding inkues Zara Qairina dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu yang menggemparkan seluruh negara.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/article/751637/berita/semasa/inkues-zara-qairina-saksi-sahkan-pelajar-bertemu-zara-qairina-ahli-kumpulan-circle-nineteen
Inkues Zara Qairina: Saksi sahkan pelajar bertemu Zara Qairina ahli kumpulan 'Circle Nineteen'
KOTA KINABALU - Saksi seterusnya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa pelajar terdiri daripada kumpulan 'Circle Nineteen' yang bertemu dengan pelajar Tingkatan Satu itu pada malam 15 Julai lalu.
Bagaimanapun, menurut saksi ke-19 yang merupakan saksi kanak-kanak ke-10 memberitahu perkara itu ketika memberi keterangannya di hadapan Hakim Koroner Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.
Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi menyatakan bahawa dia menyertai kumpulan pelajar dikenali sebagai 'Circle Nineteen' yang terdiri daripada 19 pelajar perempuan yang rapat antara satu sama lain.
"Semua ahli kumpulan pelajar adalah dari kelas tingkatan yang sama tetapi mereka tinggal di blok asrama yang berlainan.
"Saksi berkata bahawa dia tidak tahu sama ada kumpulan pelajar Circle Nineteen ini juga menasihati pelajar lain bila ada isu disiplin atau barang hilang. Saksi tidak tahu sama ada warden atau cikgu-cikgu lain mengetahui mengenai kewujudan kumpulan pelajar Circle Nineteen.
"Saksi mengesahkan perjumpaan dengan Zara pada malam 15 Julai 2025 adalah terdiri daripada kumpulan pelajar Cirle Nineteen. Saksi berkata, semasa dia pelajar junior, biasanya pelajar senior juga yang akan tegur dia bagi kesalahan peraturan asrama," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.
Kataya lagi, seingat saksi dalam keterangannya bahawa sebarang teguran kepada pelajar junior melalui Mesyuarat Asrama (MA) atau Mesyuarat Bilik (MB).
"Saksi mengesahkan perjumpaan malam itu bukan MA atau MB. Saksi berkata, semasa beliau menjadi pelajar junior, teguran dari para pelajar senior adalah tegas. Saksi mengatakan ketua dorm dan penolong ketua dorm adalah pelajar yang patut tahu mengenai siapa warden yang bertugas di asrama.
"Ada surat makluman yang ditampal di aras bawah blok mengenai nama warden yang bertugas. Saksi berkata, dia tidak tahu sama ada pernah melihat pelajar junior lain pernah dipanggil ke bilik dorm lain untuk ditanya barang yang hilang.
"Saksi berkata, dia tidak tahu sama ada pelajar senior atau warden akan menegur kalau pelajar junior ada membuat kesalahan kecil di sekolah atau asrama. Saksi berkata, dia tidak ingat jika warden pernah beri teguran kepada pelajar senior kerana menyoal junior," katanya.
Shahlan bersama rakan pasukan peguam lain iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Noraidah Lamat iaitu ibu kepada Zara Qairina yang menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1456291/saksi-terkejut-lihat-keadaan-zara-qairina-dari-tangga-aras-3
Saksi terkejut lihat keadaan Zara Qairina dari tangga aras 3
KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak yang telah menyoal Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di bilik asrama sekolah, memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa dia terkejut melihat pelajar Tingkatan Satu itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu.
Pada prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, saksi kanak-kanak ke-10 itu memaklumkan selepas menyoal Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu berhubung dakwaan kes kecurian, dia telah pergi ke dorm lain (bukan biliknya sendiri) kira-kira jam 10 malam untuk tidur.
Peguam, Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, berkata saksi itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak keluar dari bilik berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi 16 Julai lalu.
"Menurut saksi itu, dia dikejutkan oleh kawannya dan diberitahu mengenai Zara terbaring di bawah bangunan asrama sekolah.
"Dia berkata dia terkejut melihat keadaan Zara, dari tangga Aras 3," katanya kepada media selepas prosiding inkues hari ini yang membabitkan hanya seorang saksi kanak-kanak memberikan keterangan.
Zara bersumpah 'Wallahi'
Shahlan berkata, saksi itu memberitahu bahawa kira-kira jam 9 malam 15 Julai lalu, dia dimaklumkan oleh rakan sebilik bahawa dompet berisi wang serta kad pengenalan rakan itu telah hilang dan mengesyaki Zara Qairina.
"Saksi berkata dia meminta seorang pelajar lain untuk memanggil Zara datang berjumpa dengannya bersama rakan-rakan lain dalam bilik dorm saksi itu.
"Menurutnya, perjumpaan pertama terdiri daripada saksi dan juga rakan saksi. Ketika perjumpaan itu, saksi menyoal Zara dengan beberapa pertanyaan seperti: 'Kau tahukah dompet, IC (kad pengenalan) pelajar ini hilang?' dan 'Kau ada curikah barang pelajar ini?'
"Saksi berkata Zara menjawab: 'Tiada, saya tidak ambil.' Saksi meminta rakan sebiliknya yang mengesyaki Zara mengambil barang itu, untuk berada pada perjumpaan berkenaan. Ketika itu, Zara bersumpah 'Wallahi' dan melafazkannya dengan jelas untuk menafikan dia mencuri barang berkenaan," katanya.
Shahlan berkata, saksi memberitahu mahkamah bahawa tidak lama kemudian, seorang pelajar masuk ke dorm itu dan bertanya beberapa soalan kepada Zara Qairina.
"Menurut saksi, selepas itu, pelajar terbabit keluar sebelum masuk semula ke dorm berkenaan dengan dua lagi pelajar yang merupakan rakan mereka. Pelajar-pelajar itu kemudian bertanya beberapa soalan kepada Zara mengenai kecurian barang.
"Ketika itu, saksi ini berkata: 'Kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga', namun Zara tetap tidak mengaku.
"Saksi berkata selepas itu, dia tidak lagi campur urusan antara perbualan pelajar-pelajar lain dengan Zara.
"Saksi berkata dia juga tidak tahu jika ada sesiapa yang cuba hentikan pertanyaan daripada pelajar lain. Saksi ingat ada seorang pelajar jelas menyatakan perkataan 'bodoh'," katanya.
Kumpulan pelajar 'Circle Nineteen'
Beliau berkata, menurut saksi itu lagi, dia tidak ingat berapa lama perjumpaannya dengan Zara Qairina di dalam bilik asrama berkenaan, selain tidak ingat berapa lama dia berada dalam dorm terbabit ketika pelajar-pelajar lain menyoal arwah.
"Saksi juga berkata dia tidak tahu dan tidak melihat sebarang reaksi emosi luar biasa daripada Zara, sebelum saksi meninggalkan bilik itu.
"Saksi berkata dia keluar dari bilik itu bersama dua lagi pelajar, dan pelajar lain masih bersama Zara ketika itu," katanya.
Shahlan berkata, saksi terbabit turut mengesahkan perjumpaan pada malam 15 Julai lalu itu bukan MA (Mesyuarat Asrama) ataupun MB (Mesyuarat Bilik), selain memberitahu mahkamah bahawa ketika dia adalah junior, biasanya pelajar senior juga akan menegurnya bagi kesalahan peraturan asrama dan teguran daripada pelajar senior adalah tegas.
Selain itu, beliau berkata, saksi berkenaan turut mengesahkan perjumpaan dengan Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu adalah terdiri daripada kumpulan pelajar 'Circle Nineteen.'
"Saksi menyatakan dia menyertai kumpulan pelajar dikenali sebagai 'Circle Nineteen' terdiri daripada 19 pelajar perempuan yang rapat antara satu sama lain. Semua ahli kumpulan pelajar itu adalah dari kelas tingkatan sama tetapi mereka tinggal di blok asrama yang berlainan.
"Saksi berkata dia tidak tahu sama ada kumpulan pelajar 'Circle Nineteen' ini juga menasihati pelajar lain apabila ada isu disiplin atau barang hilang, selain tidak tahu sama ada warden atau cikgu-cikgu lain mengetahui kewujudan kumpulan pelajar 'Circle Nineteen'," katanya.
Pasukan pakar forensik
Sementara itu, pasukan pakar forensik dokumen dijadualkan hadir ke Mahkamah Koroner untuk pusingan kedua pemeriksaan dokumen, bermula esok dan akan diteruskan pada 13 dan 14 Oktober ini.
Pasukan itu dianggotai oleh Tay Eue Kam, Dr Dzulkiflee Ismail dan Dr Wan Nur Shuhaila Mat Desa.
Pemeriksaan itu bertujuan memeriksa 11 item bahan dokumen yang baru dibuka oleh saksi ke-17 yang merupakan seorang ahli kimia dan pakar DNA, untuk membandingkannya dengan bahan-bahan ekshibit lain yang sudah ditender di mahkamah dan juga bahan-bahan dokumen dibekalkan oleh pihak anak guam Shahlan.
Prosiding inkues dijadualkan bersambung pada Isnin minggu depan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|