CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 30-3-2012 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 30-3-2012 19:56

Jodoh Itu Milik Kita memang best pada akak...
Sinopsis belakang buku:

Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia

~~~~~~~~~~~~~~~~~
sinopsis ringkasan dia dah akak pos kat blog novelmalay.blogspot.com

Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisha
Terbitan: Karya Seni
Bil mukasurat: 800
Masa yg saya ambil utk habiskan 1 minggu.

Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir...

rating saya: *** 3 bintang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2012 08:08 PM | Show all posts
dilarang meletak link blog sendiri di dalam posting...
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply 242# mijot

blog orang lain, buleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 11:00 PM | Show all posts
Reply 243# AzzaleaKhaliq

kalau kita baca sesuatu dr blog org lain, boleh letak sebagai kredit...
pastikan kita kopipes sekali semua tulisan blogger tu...
jangan hanya letak link blog sahaja...
kita bagi kredit kepada blogger tersebut...

ni bukan apa, ada sesetengah posting tu, komen seciput selebihnya suruh baca kt blog dia...
itu bukannya nak berkongsi dgn maklumat dengan porumer kt sini...
sekadar nak menjemput masuk ke blog dia dan naikkan trafik...
nak letak add blog, sila letak kt signature...

contoh posting yang diambil drpd blog org...

[kopipes apa yang anda baca di sesuatu blog mengenai dunia buku]

credit : website/blog
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 11:21 PM | Show all posts
Reply 244# mijot


    oooo...faham2 mod..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 08:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 2-4-2012 22:46

cover novel KS yg terbaru...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2012 10:40 PM | Show all posts


TERLERAI KASIH ~ REHAN MAKHTAR
SM : RM28 / SS : RM31

Blurp :

ILHAM FITRI… Sekali ku nyatakan cinta, usahlah kau raguinya lagi. Sekali ku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, makin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Tak ku tahu setulus mana kasih, tidak ku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di balik jasadku yang sudah hampir rebah – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak berasa bersalah – Wafiah

“Ala… biarlah orang nak jatuh cinta ke, jatuh tangga ke, Am peduli apa. Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu hinggakan kesan airmata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi –Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah akuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung? —
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 11:57 PM | Show all posts
dah keluar ekk... dua2 novel ni memang kaka tunggu sgt2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 10:14 AM | Show all posts
sinopsis lum ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 10:32 AM | Show all posts
teduhan kasih,terlerai kasih ..kena beli nihh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 02:06 PM | Show all posts
Reply 249# chit_ana

cam best jek nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 03:31 PM | Show all posts
Reply 250# adalia

terlerai kasih baca kat blog semput yg amat, sadis giler citer tu...tak sanggup nk baca

teduhan kasih pun cerita yg sadis jugak...

tp bila dah terbaca nak kena tahu juga pengakhirannya wlpn cerita emosi mainan jiwa ni tak kena la dgn jiwa sy..

tgk kt web karya seni keluar masa book fair.. tak boleh beli online agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply 252# lowgil


    tu la...br jer baca semalam..dua2 novel tu mmg sadis la..
    tp tgk x tebal sgt..harap2 xde meleret la...
    lg pun penulisan rehan makhtar tu best gak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 11:07 AM | Show all posts
Reply 246# chit_ana


    Yang ni memang akak tunggu ....sbb dah ikut kat blog (tak habis publish)
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 11:10 AM | Show all posts
Reply 249# chit_ana


Yg ini pun akak tunggguuuuuuuuuuuuu
Follow beberapa bab dari blog....cuma nak pastikan
sama atau tidak .... ......
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 08:42 PM | Show all posts
yang ni pun keluaran april

CAHAYA QASEH ~ KATHY TUAH
SM : RM22 / SS : RM25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 08:12 PM | Show all posts
Reply 252# lowgil


    terus merempit baca terlerai kasih ni kat blog...setakat ni best walaupun macam-macam rasa ada bila membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:46 PM | Show all posts
Maafkan aku

AKu tak berjaya abiskan Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana. Huhuhu...
Memang tak blh nak masuk dengan kepala aku. Jalan citer mcm Bicara Hati. Terlanggar keta, tak blh bayar, kena kawin. Tak tak kenapa aku rasa citer nie mcm kelam kabut. Mcm aku baca sambil terkejar2. Pastu mcm tak touching aku langsung. Lawak, sedih, appy, romantik = 0. Pening2.....

Maybe org lain ok kot. Tapi serius. Aku tak mampu nak tahan. BUat keputusan muktamad, tutup terus. Sib baik pinjam org punya. Huhuhu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:23 PM | Show all posts
Reply 258# honey_d7881


    tak boleh masuk ek..buku-buku karya seni yang boleh masuk pada saya boleh dikira dengan jari..tapi sepuluh jari pun tak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Reply  honey_d7881


    tak boleh masuk ek..buku-buku karya seni yang boleh masuk pada saya bol ...
sapp73 Post at 5-4-2012 21:23


Surrender Sapp
Org lain oklah kot. AKu tak. Actually kan time baca nie terpk gak, mcm maner citer mcm nie blh jadi buku. Dan kenapa dalam senarai top seller kat MPH atau Popular (rasanyalah kan). Itulah. Bak kata member aku. Citarasa masing2. Dia suka, aku tak. Hehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.173109 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list