CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-1-2012 08:21 PM | Show all posts
Puisi cinta

Puisi cinta
yang kutulis bertinta darah
merangkai bait-bait kata rindu
kurentangkan umpama pelangi
menyeri dada langit dari ufuk ke ufuk hatimu
dan menguntum sebuah senyuman di ulas bibir gebumu

Puisi cinta
yang kualunkan beriring melodi muzik alam
mendayukan kata suara syahdu
kuperdengarkan hanya ke telinga hatimu
membisik elus sukma
dan terukir seraut wajah terindah pada pandangan mataku.

CNM, 11/2/12, 20.18 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2012 06:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 12-1-2012 18:33

Aku ingin

hadirlah dalam setiap helaan nafas
bisikkan
satu kata azimat
aku cinta kamu sayang
dan memercik aura kecintaan
membajai semangat hidup
untuk memilikimu selamanya, kasih.

CNM, 12/1/12, 18.27pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 06:33 PM | Show all posts
satu dua, satu, satu dua

satu ke dua
satu je
satu ke dua
nak dua?
tak suka dua?
sebab apa?
sebab Tuhan hanya satu, katanya.

CNM, 12/1/12, 18.31pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 07:21 PM | Show all posts
eh, eh

eh, eh
patutlah
sepi semacam.

eh, eh
macam tak tahu
malam ini malam apa.

senyum
senyum
senyum jangan kata apa-apa.

CNM, 12/1/12, 18.43pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 10:35 PM | Show all posts
Setiap saat

Setiap saat
bermanfaat
nak-nak hari Jumaat
penuh berkat
gandakan amalan sunat
tambah saham ke akhirat
doa dipanjat
banyakkan bermunajat
moga dirahmat
sang pemilik alam sejagat.

CNM, 12/1/12, 21.43pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 06:35 AM | Show all posts
Baca

Baca walau sepatah kata, kerana ia bisa jadi penawar kepada racun kejahilan yang memasung dirimu dalam kegelapan tanpa cahaya pengetahuan.

Baca dengan nama Allah yang maha mendengar, doa-doa pohon keampunan tiada hijab dengan-Nya. Sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

Baca untuk yang masih hidup, kerana dengan khafiatnya ilmu bermanfaat terbuka pintu- pintu hati untuk tunduk akur kepada syariat-Nya.

Baca, bacakan, bacalah!

CNM, 12/1/12, 23.26 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2012 10:36 PM | Show all posts
Kepada Remaja

Simpan madumu jangan sampai dikepah habis
fikir sejenak sebelum melangkah
terlajak selangkah nak mengundur terlalu jauh
dengar dengan mata hati
pesan ayahbonda
nasihat guru sahabat handai
semua sempadan berguna
lindungi diri dengan sedikit kesombongan
terutama yang tidak dikenali hati budi
kerana manis kata membawa racun duka
waspada.

CNM, 13/1/12, 22.35 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 07:01 AM | Show all posts
Saat ini

Saat ini
Aku hanya kepingin
Belaian di kepala buat menghadirkan mimpi
Jasad istirehat dan hanya menyaksi
Alam bawah sedar memutar main cerita di layar mimpi
Yang baik
Yang indah
Biar berbaris menunggu giliran
Melintasi layar.

CNM, 13/1/12, 23.55pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2012 02:59 PM | Show all posts
Aku suka, Aku tak suka

Aku suka yang banyak tanya
boleh aku buat semakan kendiri
apa yang tak kena
apa yang perlu penambahbaikan
demi kualiti pendidikan.

Aku tak suka yang diam
tak tahu faham tak faham
bila peperiksaan markah menjunam
kabur semacam
nak perbaiki tiada petanda jadi ukuran.

CNM, 14/1/12, 14.58pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 03:59 PM | Show all posts
Setiap sesuatu ada manisnya

sepertinya durian yang dibaluti duri-duri tajam terkandung isi yang manis di dalamnya begitulah ujian Tuhan buatmu.
sedari dan terimalah di akhirannya ada kemanisan yang tak terfikir dek akal awalnya.

ketentuan Tuhan adalah yang terbaik walau pahit yang harus ditelan.
mahukah kamu yang manis-manis?

akhirnya kamu tersungkur dengan kesakitan di akhirannya.
biarlah kita diuji kerana DIA akan menguji dengan ujian yang mampu tertanggung.

CNM, 14/1/12, 15.57 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 07:01 PM | Show all posts
senja ini

senja ini
aku duduk
memandang langit itu
putih kosong
tiada titik cela
jingga kian merona.

CNM, 14/1/12, 18.59 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Puisi Cinta

Puisi cinta
yang kamu anyam dari buih-buih rindu
terhampar indah
mengalas baringanku
lena dibuai mimpi bercumbu denganmu

Puisi cinta
yang kamu pintal dari awan-awan kasih
menyelumuti sekujur tubuh
menghangat naluri asmaraku
mendamba dekapan romantis darimu.

CNM, 14/1/12, 22.00pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 01:02 PM | Show all posts
Mengubur rindu

rindu yang bernyawa
tinggal dalam hati sang pencinta
memerah rasa mengundang perih jiwa
berperang dengan armada perasaan
menuntut kesabaran janji.

mengubur rindu
mungkinkah?
kerana rasa itu mengalir
ke seluruh urat nadi yang berdetak
seirama dengan detak jantung cinta.

CNM, 15/1/12, 12.54pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 01:55 PM | Show all posts
Sekongkolan nafsu

Begitu ramai manusia
meringkuk dalam penjara hati
dibelenggu kebejatan
dirantai kebebalan diri
sedang kunci kebenaran tergantung di pintu
alah pada runtunan nafsu
terusan membutakan mata
enggan melepas diri dari perangkap noda
bergelumang dosa
mempersia peluang dan ruang memutih dairi diri
untuk anugerah keredhaan-Nya.

CNM, 15/1/12, 13.49pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 02:35 PM | Show all posts
Menggali kubur

dibiar hidung tercucuk
pengembala keldai dadah
dek sedikit pesona kemewahan
ramai yang terpedaya
menggali kubur sendiri tanpa sedar.

di bawah pengaruh dadah
remaja merempit mempertaruhkan nyawa
dek tawaran meniduri seekor gadis genit
ramai yang hilang akal
menggali kubur sendiri dengan rela.

CNM, 15/1/12, 14.32pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 02:52 PM | Show all posts
Cerita Kubur

Hari ini puisi pasal kubur
kerana kuburan bisa menginsafkan
kepada yang asih tersisa keimanan
kembali mempembariskan diri
di bawah syariat Ilahi.

Ramai yang menggali kubur sendiri
tanpa disedari dek akal yang membeku
mengikut telunjuk hawa nafsu
yang memperdaya dengan kenikmatan palsu
melorong ke kuburan sebelum waktu.

CNM, 15/1/12, 14.45pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2012 03:37 PM | Show all posts
Mitos di kuburan

katanya ada jembalang
menunggu yang lewat pulang
aku pun ingin ketahui benar atau mainan
saat melalui kuburan di lewat malam
aku berhenti dan perhatikan nesan-nesan
tiada apa yang berkeliaran
tiada makhluk yang menakutkan
hanya mitos yang tak berkesudahan.

lalu aku doakan kesejahteraan ahli kubur
aman bersemadi
dirahmati.

CNM, 15/1/12, 15.27 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 04:20 PM | Show all posts
Mataku di mana-mana

Usah pelik teman
mataku ada di mana-mana
kerana aku bukan melihat hanya dengan mata
telingaku juga bermata
hatiku juga bermata
anggotaku juga bermata
alam sekeliling juga mataku
terima kasih ya Rabbi
nikmat yang Engkau berikan.

CNM, 15/1/12pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 15-1-2012 17:15

aku tak malu

malunya aku
bila masuk darjah satu
atukku kena menunggu.

malunya aku
bila orang bersepatu
aku hanya berkaki ayam kematu.

malunya aku
bila kekawan berganti baju
aku hanya ada satu.

aku tak malu berkongsi cerita itu
dan air mataku berguguran sayu
mengenang jerih perit ibu
membesarkanku.

CNM, 15/1/12, 17.12pm
bbb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 05:38 PM | Show all posts
aku malu

andai muridku
tidak mencintai ilmu
dalam dunia penuh buku
terpaut pada budaya merapu
tiada matlamat hidup diburu.

andai muridku
terkandas ke menara ilmu
di mana silap dan salahku
gagal memberi cukup peluru
berperang dengan soalan yang mengeliru

andai muridku
berkata cikgu tak ajar kepadaku
sedangkan telah kukongsi di muka buku
pelbagai informasi yang membantu
hanya kamu yang tak mahu ambil tahu.

CNM, 15/1/12, 17.32pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.482311 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list