fa_mulan posted on 1-8-2012 09:52 AM
wah.......tq bagi review ni..senang lah nak buat assignment nty..hihi...
Masa berkelah di pantai pun boleh buat assignment jadi masa bersama keluarga pun bertambah, tiap kali dapat idea dan info boleh terus tulis tak perlu bersusah payah nak on laptop atau netbook setiap kali nak update info. Macam anak buah aku tu sambil tengok Astro pun boleh update info sebab dapat idea dari rancangan-rancangan tertentu, kalau nak tunggu on laptop makan masa 3-5 minit sampai dah buka office tu dah lupa apa nak ditulis.
ehem_ehem79 posted on 1-8-2012 11:25 AM
Saya pakai simkad broadband celcom ...bukak jerk broadband, ambik sim dia ..
so far ok jerk. ;) ...
Ye ke tapi apasal aku punya simkad broadband tak boleh dibaca oleh tablet ni ye? aku dah cuba bermacam cara tapi kalau nak sms memang boleh tapi dia tak baca dan terpapar di tablet tulis 'no simkad'. Kat rumah aku ni ada 3 broadband Celcom dan memang tak boleh baca kat tablet aku ni, nak tanya tablet kamu jenis model sama ke?. Perlu ada setting apa yang patut ke?, aku dah cuba banyak kali dan dukacita dimaklumkan tak berjaya. Aku sekarang ni menggunakan U-Mobile prepaid beli melalui 7 Eleven tu harga rm8, kredit ada rm5 kemudian aku tambah rm30 untuk langgan 'unlimited mobile' untuk rm28. Setakat aku guna seminggu ni memang tiada masalah sebab aku hanya setakat guna untuk benda simple saja, kalau nak download itu ini aku gunakan simkad handphone aku kompeni punya ataupun WIFI OldTown White Coffee hanya di belakang rumah aku.
watie79 posted on 1-8-2012 01:20 PM
nak tanya, tab 10.1 sy tetiba hang nih..nak buat camner ? off tak gerak apa pun...
Rujuk youtube ni :
Tekan button ON bersama Sound untuk masuk skirn hitam, gunakan sound + dan - untuk pilih mana yang berkenaan mungkin di sini dia suruh kita fix it firmware yang bermasalah. Kalau tak berani buat sendiri bawa ke Samsung atau rakan yang tau pasal ni, aku tau pun sebab ada rakan sekerja aku memiliki China tablet dan selalu update firmware dengan cara ni.
Saya pengguna SGT2 7.0 (kaler putih).. Beli dari adik saya.. Adik saya beli RM1190.. Tak sampai 2 minggu dia pakai dah rasa bosan.. Dia tolak kat saya RM1000 siap dgn screen protector & cover segala.. Saya dengan baik hatinya tambah RM50.. Ekekekeke..
Asalnya nak beli SGT2 10.1.. Tapi bila pegang yang 7.0.. Terus terjatuh cinta.. Senang bawa kemana2..
Baru download perisian Waze semalam, perisian ni untuk mengetahui kesesakkan, kemalangan, gps dan sebagainya (mungkin ramai dah tahu aku saja yang jakun ). Sebelum ni aku pernah nampak rakan aku guna tapi aku tak rasa penting disebabkan pejabat aku hanya beberapa kilometer saja dari rumah, berbanding dia bekerja di area Glenmarie Shah Alam. Masih kekok lagi menggunakannya, tapi sedikit menarik dan menghiburkan disebabkan ikon-ikon yang digunakan sangat comel.
Maaf aku tak sempat lagi nak upload gambar, ni contoh aku cari melalui google.
fa_mulan posted on 2-8-2012 04:10 PM
cute nye icon dia......alamak ni yang buat tak sabar menghitung hari nak memiliki SGN ni.. ...
Berfungsi juga ni kalau nak detact orang, contoh suruh boyfriend kamu download perisian ni di handphonenya. Akan tahu di mana dia akan berada 24 jam tapi dengan syarat dia onkan gps dia lah, jadi boleh lah kamu pantau dia sentiasa dari melencong ke mana-mana. Setiap ID akan ada 1 nama unik, kita boleh pilih jenis ikon kita nak tapi bersyarat iaitu menggunakan GPS ni selepas beberapa kilometer. Last edited by dr.R on 2-8-2012 04:17 PM \n\n
missmirmo posted on 3-8-2012 10:15 AM
gempak gak nie.. download kat google play ke
Tak ingat download kat mana, rasanya Samsung Application atau S Suggest tu. Semalam dah cuba pergi dan balik pejabat, perlukan 160 kilometer nak upgrade jadi member. Ni contoh aku bawa kereta dari PKNS Shah Alam ke Jusco Bukit Tinggi ambil rakan serumah, masa nak balik ke rumah aku tu lupa pula nak setkan dan kereta aku guna ikon kereta lumba Ferrari tu.