KERAJAAN Kelantan hari ini bersetuju untuk melupuskan cukai hiburan yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi tahun lepas yang dianggar berjumlah RM300,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak mengenakan cukai itu kepada Kafa bagi tahun ini.
...
"Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, bagi menghargai Kafa dan juga komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sukan bola sepak terus berkembang maju di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Kota Bahru.
Enakmen Cukai Hiburan 1953 memperuntukkan kerajaan Kelantan mengenakan cukai hiburan sebanyak lima peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia.
Pada April 2010, kerajaan negeri memutuskan untuk melupuskan tunggakan hutang cukai hiburan yang dipungut melalui jualan tiket perlawanan bola sepak oleh Kafa berjumlah lebih RM198,000 sejak 2003.