Sharifah Sakinah Dengan Zip Terbuka | Sharifah Sakinah sejak kebelakangan ini agak panas namanya diperkatakan. Mungkin disebabkan beberapa video beliau yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai.
http://www.keek.com/!HjLmcab
Terbaru, Sharifah memuatnaik satu lagi video panas, kali ini bercakap tentang zip seluarnya yang terbuka. Zip seluar terbuka? Nampaknya sekali lagi Sharifah Sakinah seolah-olah sengaja mengundang kontroversi. Katanya hari video itu diambil adalah hari lahir dia yang ke 24...
Lagi Orang Bercakap, Lagi Dia Buat – Sharifah Shahira Komen Isu Video Adiknya
Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan gila si adik, si kakak turut sama terpalit malunya. Mungkin itulah yang dirasai oleh Sharifah Shahira (Shiera) apabila adiknya, Sharifah Sakinah berkongsikan video-video mengarut semenjak kebelakangan ini.
Shiera menerusi akaui Twitternya mengakui yang dia tidak sanggup melihat video bodoh yang dihasilkan oleh adiknya itu. Menurut Shiera, lagi ramai orang bercakap mengenai perbuatan adiknya, lagilah perkara tersebut akan dibuat oleh Sharifah Sakinah.
Malah menurut Shiera, dia sudah pun menasihatkan adiknya supaya menghentikan perbuatan tersebut. Tidak diketahui pula sama ada nasihat tersebut diambil berat atau sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kalau nasihat kakak sendiri pun tidak diambil pusing oleh Sharifah Sakinah, inikan pula nasihat kita sebagai orang luar. Mungkin Sharifah Sakinah merasakan dirinya bebas melakukan apa sahaja kerana masih muda.
Sharifah Sakinah Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Teruna Erma Fatima
Boleh rasanya kita lupakan isu video aktress ini yang menjadi bualan satu Malaysia beberapa minggu kebelakangan ini. Hakikatnya Sharifah Sakinah memang sifatnya gila gila sebegitu. Biarkan. Heh.
Masih tentang Sharifah Sakinah tetapi kali ini kita berbicara tentang cinta hatinya dan senyap senyap sahaja rupanya aktress ini kini sedang bercinta dengan anak teruna penerbit & pengarah popular Erma Fatima.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah kepada Media Hiburan.
Aktress ini juga di’ajukan soalan sejauh mana beliau akan serius dalam perhubungan kali ini kerana beliau memang terkenal dengan sikapnya yang suka main main dalam apa hal sekali pun.
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima”