untuk hari nie enjoy ya...
**************************************************
Hampir pukul sebelas malam tetamu beransur pulang. Keluarga Khaleel Zachry juga ingin berangkat pulang.
Auna Aulia mengiringi mereka ke kereta. Tangannya masih dalam genggaman Khaleel Zachry. Tak penat ke mamat ni dari tadi asyik berkepit.
“Auna jaga diri. Bonda balik dahulu. Nanti esok datang makan tengahari di rumah ya..”Datin Sharifah Adawiyah memeluk Auna Aulia. Jatuh kasihnya kepada satu-satumenantu perempuannya ini. Dia yakin Khaleel Zachry tidak salah memilih dan diatak salah menilai.
“Khaleel,jaga isteri kamu baik-baik. besok bawaklah Auna balik kerumah. Bonda menanti kedatangan kamu”
“Baik bonda, insyaALLAH” Jawab Khaleel Zachry tangan bonda di salamnya dan pipi itujuga di kucup.
“Walid balik dulu Auna. Jaga diri..”
“terima kasih walid.” Jawab Auna Aulia dan tunduk bersalaman dengan keluarga mertua.
Selepas semua beredar baru terasa penatnya badan. Auna Aulia pandang sekeliling kelihatan orang catering sedang sibuk mengemas. Ada juga ahli keluarganya masih berbual.
Khaleel Zachry memeluk meramas bahunya. Auna Aulia terkaku di situ. geli bila ada orang usik tengkuknya. Eeeee...
Mama datang mendekat. “Yaya bawak Khaleel ke bilik. Mungkin dia penat.” Kata mama.
“eh tak apa mama. Biar saya tolong apa yang patut.” Jawab Khaleel Zachry.
“tak ada apa nak buat pun Khaleel semuanya pakai catering. Sofa-sofa pun dah dibawak masuk ke dalam. Kamu berdua pergilah naik berehat. Yaya bawak Khaleel naik kebilik berehat.”
Auna Aulia melepaskan keluhan. Dia saja jerk nak berlama-lama dekat bawah, kalau perlu tak naik bilik pun tak apa. Tapi nak tak nak dia terpaksa juga bila melihat pandangan mama.
“Marilah naik ke atas. Salin baju dan rehat” ajak Auna Aulia. Itupun dia rasa nak tercekek saja.
Khaleel Zachry hanya menuruti Auna Aulia dari belakang. Tiba-tiba dia terpijak kain Auna Aulia yang labuh. Nasib baik dia sempat dia pegang pinggang Auna Aulia.Kalau tidak mesti Auna Aulia tersembam. Auna Aulia sudah merah mukanya malu.Akhirnya Khaleel Zachry berjalan seiring dengan Auna Aulia. tangan Auna Aulia di genggam erat.
Auna Aulia membuka pintu bilik mereka. Terbau haruman bilik yang begitu menenangkan.Macam tahu-tahu jer darah dia tengah gemuruh sekarang ni. Khaleel Zachry membuka songkoknya dan di letakkan di atas meja solek. Matanya memerhati setiap pergerakkan Auna Aulia.
AunaAulia buat-buat sibuk. Baju tidur untuk Khaleel Zachry di keluarkan. Warna putih. Baju yang dia beli dulu. Dibawa kebilik air disangkutkan. Supaya senang nanti Khaleel Zachry nak pakai.
“Pergilah mandi dulu. Saya dah siapkan semuanya dalam toilet” kata Auna Aulia tergagap. Rasanya macam dah tak cukup oksigen dah ni. Aduh..
Khaleel Zachry datang mendekat. Auna Aulia menapak kebelakang dan akhirnya dia terperangkap kerana di belakangnya dinding. Perutnya dah kecut dah ni, Ya ALLAH tak pernah dia terfikirkan keadaan sebegini.
“Siapa yang nak disuruh pergi mandi tu?” tanya Khaleel Zachry tangannya di angkat lurus kedinding jadi Auna Aulia tak boleh lari kemana sebab dah dihalang oleh tangan Khaleel Zachry. Aduhhh parah ni. Macam apa dah tengok dia ni.
Auna Aulia telan air liur. Ya ALLAH. Peluh dingin dah mengalir. “Awak lah siapa lagi..” jawab Auna Aulia.
“Apa..tak dengar..” kata Khaleel Zachry.
“awak..”tekan Auna Aulia.
“Siapa?”
Auna Aulia melepaskan keluhan. Apa yang patut dia panggil takkan sayang kot..eeeiiii getik dengar.. loya tekak. Tak kan abang. Dia dah ada dua orang abang karang panggil abang nanti ada orang lain yang perasan. Ya ALLAH.
Khaleel Zachry masih menanti. Wajah Auna Aulia yang sudah memerah malu di tenung begitu tapi Khaleel Zachry suka. Baginya itu permandangan yang indah.
“Cepat..saya masih menanti. Saya tak kisah kalau kita begini sehingga kepagi..” kata Khaleel Zachry. Auna Aulia terbeliak.
“Ya Habib.” Nasib dia teringat sebab dia pernah terbaca dekat internet. What ever yang penting dapat lepas diri dulu. itu yang penting. karang bila budak budak notty jadi budak lagi notty susah.
Khaleel Zachry tercangang. “Ya Habib?”
“YaHabib.. habibi maknanya kekasih ku. Tak kan tu tak tahu.” Adoii.. malu.. malumana nak letak muka ni. Mulut ni pulak macam tak nak duduk lama jerk at tempat asal. Durhaka sungguh yaa mulut.. Kepala Auna Aulia tertunduk malu. Tu satu hal takut satu hal. Risau dengan mulut laser Khaleel Zachry satu hal. Merana sungguh dia malam ni. Dah lah penat. Kulit muka dah semakin tebal dia rasa. Kepala yang di tunduk terkena sedikit ke dada Khaleel Zachry. Khaleel Zachry tergelak.Dia tak sangka Auna Aulia boleh berfikir sebegitu. Tapi hatinya senang. Dia suka.
Auna Aulia dia tarik rapat. Dia memeluk Auna Aulia. Sudah lama dia berangan ingin mendakap Auna Aulia. Kini semuanya telah halal baginya. Rasanya beban perasaan yang di tanggung telah hilang.
Auna Aulia kaku. Dia terkejut. Dia tak biasa begini. Di sentuh begini. YA ALLAH. Diarasa nak lari saja. Kalau dia mati keras kat sini macam mana erkk?
“Humaira takut?” tanya Khaleel Zachry.
Auna Aulia terkejut. Siapa Humaira tu.. huwaaaaa.. belum apa-apa lagi Khaleel Zachry dah sebut nama perempuan lain. Tapi Auna Aulia terus membatukan diri.
Khaleel Zachry tersenyum. Ubun-ubun kepala Auna Aulia di kucupnya. “Humaira membawa maksud kemerah-merahan lah.. dah mulalah tu fikir yang bukan-bukan. Seperti Auna Aulia abang sekarang. Usik sikit dah merah muka..”
Fuhhl ega-lega. “Jangan lah cakap macam tu. Saya tak biasa lah.. boleh lepas tak.Sakit lah..” kata Auna Aulia. KhaleelZachry tergelak lagi.
“Kitas ama-sama belajar okey. Saling lengkap melengkapi. Errmm..”
Auna Aulia mampu menganggukkan kepala sahaja. What ever. Janji dia lepas. “Lama lagike nak peluk ni. Penat lah” kata Auna Aulia.
Khaleel Zachry tergelak lagi mendengar ayat Auna Aulia. Akhirnya dia merenggangkan sedikit pelukkan.
“Mandilah dulu. Saya siapkan sejadah.” Kata Auna Aulia.
“Kita solat sama.” Kata Khaleel Zachry.
Auna Aulia hanya menganggukkan kepala. Tanda setuju. Selepas menanggalkan segalamake up dengan make up remover dia membentangkan sejadah dan menanti giliran untuk menggunakan bilik mandi. tudung lain di sarung di kepala. tak biasa okey.
Tak lama selepas itu Khaleel Zachry keluar dengan bertuala sahaja. Berderau darahnya selama ini tak pernah dia melihat ahli keluarganya macam ni. Selamba badak dia ajer. Aduh malunya. Dia menghulurkan kain pelekat pada Khaleel Zachry tanpa berani memandang keadaan seksa Khaleel Zachry. Tahu lah awak tu hot. Khaleel Zachry tergelak melihat gelagat Auna Aulia. Lagi saja dia menanyang body. Tak pula dia sangka Auna Aulia pemalu sebegini. Lagi lah dia seronok menyakat.
Khaleel Zachry mengusik Auna Aulia dengan berpura-pura menanggalkan tuala. Auna Aulia yang terkejut terus menutup muka dengan towel. Kenapalah malam ni lama sangat nak siang agaknya. Rasanya memang betul-betul yang dia tiba-tiba kejung dalam bilik ni nanti
Selepas itu Auna Aulia melangkah kebilik air untuk membersihkan badan. Dia bercadang bilas dulu badan lepas solat baru mandi. Selepas menjirus badan dia keluar dengan berbaju Tshirt lengan panjang dan seluar panjang berserta tudung. complete set. ambik ko..
**********************************************************
okey cukup panjang dah nie..
Last edited by mrsT on 11-7-2013 12:07 PM
|