CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2013 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
" Tapi, kami tidak menyuruh orang menggali mayat! " sahut puteri 7 mempertahankan amalan minyak senyonyong berkenaan.

" Minyak kamu ditapa dulu di atas bumbung rumah " terus sahaja lembaga bertubuh besar itu mengejek puteri 7.

" Kami tak menyusahkan orang, kalau mereka tak salah gunakan! " beritahu puteri 7 mengenai amalan minyak senyonyong yang ditapakan di atas bumbung rumah itu.

Tetapi Aki Lagah tidak akan membiarkan lembaga bertubuh besar itu mendekati dirinya disebabkan mahu mencuri botol minyak senyonyong berkenaan. Sebab itulah dia menyeru puteri 7 supaya sentiiasa mengawasi minyak senyonyong yang disimpannya itu. Bau harum minyak senyonyong akan menjadi lebih semerbak setiap kali puteri 7 menjelma sambil membawakan 7 jenis bunga yang berbau wangi.

Setiap kali turun dari rumah, Aki Lagah akan tuangkan minyak berkenaan pada jari manis kemudian akan disapukan pada alis mata. Jikalau beliau bercakap dengan sesiapa pun lantas minyak itu akan disapukan pada bibirnya. Bila - bila sahaja tutur katanya akan sentiasa dituruti orang selepas menggunakana amalan minyak senyonyong itu. Sebab itu puteri 7 telah mengingatkannya supaya tidak menyalahgunakan minyak berkenaan hingga boleh memudaratkan orang lain.

Memang Aki Lagah patuhi mengenai amalan berkenaan tatkala puteri 7 menjelma disisinya. Jikalau harimau garang mahu menerkam, cukuplah sahaja dia mengisarkan tumit ke tanah nescaya harimau gagah itu akan menjadi lemah tidak bertenaga. Sekiranya tidak dipulihkan nescaya berbulan - bulan harimau tersebut tidak akan mampu mengerkah mangsa hingga kebuluran tidak boleh menjamah makanan.

Lama kelamaan harimau tersebut akan terkejang mati akibat tidak dapat menjamah makanan. Sebab itu Aki Lagah mesti pulihkan semula bisa taring harimau tersebut setelah binatang itu melompat lari meninggalkan dirinya. Dia mesti kuis tanah di kaki dengan ibu jari biar bisa taring harimau tersebut pulih semula.

Apa lagi dengan Wak Gabah yang tengah membentak marah, setelah dipujuk memang Aki Lagah akan pulihkan semula tenaganya. Kalau Wak Gabah menjadi lemah, lambat laun dia akan melihat Aki Lagah sama macam puteri 7 juga. Nescaya dia akan memburu Aki Lagah macam merayu - rayu di depan puteri 7. Tentu seisi kampung menjadi gempar sekiranya Wak Gabah sudah berubah hati hingga tidak senang duduk akibat kenangkan Aki Lagah.

Tahu sangat Aki Lagah mengenai mujarab minyak senyonyong jikalau disalahgunakan. Lainlah kalau berdepan dengan binatang liar di hutan. Binatang berkenaan akan menjadi bingung hingga tidak dapat mencari makanan. Tetapi manusia apabila bingung tidak menentu akan pergi menyerbu ke rumah Aki Lagah.

Semasa Aki Lagah mengusik - ngusik Uda Salbiah, memang mudah sangat gadis itu terpikat apabila bertentang mata. Sebaik sahaja Wak Gabah mendapat tahu Aki Lagah memikat anak gadisnya, lantas sahaja hatinya menjadi berang. Apalagi tatkala beliau kenangkan Aki Lagah sudah beristeri dengan anak - anak yang sudah hampir sebaya dengan Uda Salbiah.

Lantas sahaja Wak Gabah pun pergi menyerbu ke rumah Aki Lagah dengan menghunuskan parang. Dia akan kelar telinga Aki Lagah kerana berani memikat anak gadisnya. Tetapi Aki Lagah tidak ada di rumah sewaktu Wak Gabah datang menyerbu. Hanya isteri Aki Lagah yang terkebil - kebil mata di kepala tangga apabila melihat Wak Gabah tercegat di tengah halaman dengan menghunuskan parang di tangan.

" Jaga suami kamu tu, Misah ! " jerkah Wak Gabah membentak marah kerana tidak mahu anak gadisnya dimadukan.

" Nak jaga macam mana, Wak? " ujar Misah yang serba salah apabila beliau dipersalahkan akibat perbuatan suaminya yang memikat Uda Salbiah.

Kalau mahu dikira terluka, memang hatinya sendiri yang menderita dengan perbuatan Aki Lagah itu.

Ketika inilah dia terdengar serunai batang padi ditiup mendayu - dayu di tengah sawah. Lantas sahaja Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah lah yang meniup serunai batang padi tersebut. Seisi kampung memang tahu sangat mengenai kemahiran Aki Lagah yang meniup serunai batang padi asal sahaja habis musim menuai.

Misah yang sudah bertunang pun sanggup menjadi isteri Aki Lagah sebaik sahaja mendengar bunyi serunai batang padi yang ditiupkan mendayu - dayu. Terpaksa pula dia minta putuskan tunang semata - mata terpikat dengan tiupan serunai batang padi Aki Lagah. Sebab itu Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah mahu memikat anak gadisnya Uda Salbiah dengan meniup serunai batang padi juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tidak akan lepaskan Aki Lagah asal sahaja dapat dicekak lehernya. Telinga lelaki itu akan dikelarnya dengan mata parang supaya sedar mengenai kesilapan sendiri. Kalau sudah beristeri, kenapa mahu memikat anak gadisnya dengan menggunakan serunai batang padi. sia - sia sahaja dia digeruni seisi kampung jikalau beliau tidak dapat menundukkan Aki Lagah.

" Lagah, kamu jangan nak tunjuk biadap dengan aku! " bentak Wak Gabah sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki ke tengah sawah. Dia nampak Aki Lagah sedang tersandar pada perdu pokok dedali sedang meniup serunai batang padi.

Beberapa orang yang sedang tercegat di tengah sawah merasa berdebar hati juga tatkala melihat Wak Gabah sedang mara menghampiri Aki Lagah. Tetapi Aki Lagah tetap tidak mempedulikan apa - apa sambil terus sahaja dia meniup serunai batang padi. Tatkala Wak Gabah menghayunkan mata parang ke sisinya, beliau tetap tidak berganjak.

Tiba - tiba sahaja Wak Gabah menjadi terpegun apabila beliau melihat puteri 7 yang sedang meniup serunai batang padi di perdu pokok dedali itu. Ketika ini, Aki Lagah sekadar terbaring bagaikan tengah tidur nyenyak. Sebab itu mata parang yang dipangkas tidak menyinggahi dada Aki Lagah. Seolah - olah Wak Gabah menetak angin sahaja.

Lantas puteri 7 memberi isyarat kepada Wak Gabah supaya tidak mengganggu Aki Lagah yang tengah nyenyak tidur itu. Apabila Wak Gabah mahu berundur, dia merasakan bahawa tanah yang dipijaknya menjadi lumpur selut. Kakinya telah terlekat tidak boleh diangkat dari lumpur selut yang mencengkam kuat itu.

Saat ini Wak Gabah dapat merasakan bahawa kegagahannya seolah - olah tidak berguna apa - apa tatkala berhadapan dengan puteri 7 yang lemah lembut itu. Hatinya menjadi terharu apabila mendegar bunyi tiupan serunai batang padi yang mendayu - dayu menusuk telinga itu. Cepat - cepat pula Wak Gabah meminta puteri 7 supaya berhenti meniup seruling batang padi berkenaan akibat perasaannya menjadi terharu sangat asal sahaja bunyi tiupan serunai terus mendayu - dayu.

Segera puteri 7 memberi isyarat supaya beliau membangunkan Aki Lagah yang tengah nyenyak tidur itu. Sewaktu Wak Gabah mengejutkan Aki Lagah, mereka yang tercegat di tengah sawah hanya nampak Wak Gabahmenepuk - nepuk bahu Aki Lagah. apabila dia sisipkan semula parangnya ke dalam sarung di pinggang, lantas sahaja Aki Lagah pun berhenti meniup serunai batang padi.

Tidak lama selepas kejadian itulah, Aki Lagah pun berkahwin dengan Uda Salbiah. Hairan juga orang kampung disebabkan Wak Gabah tidak membantah apa - apa apabila anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur lebih 40 tahun dalam masa Uda Salbiah baru sahaja berumur 18 tahun.

Memang Misah juga tidak melarang suaminya berkahwin lain setelah Wak Gabah juga tidak membantah perkahwinan tersebut. tetapi Mat Senik tahu Aki Lagah memang amalkan amalan minyak senyonyong. sudah beberapa kali Aki Lagah memberitahunya jika inginkan minyak senyonyong tersebut, tetapi Mat Senik tidak pernah terpengaruh.

Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan impian ayahnya yang menghantar dia belajar pondok sehingga sampai ke pattani. Sia - sia sahaja usaha ayahnya yang harapkan dia belajar di pondok kalau beliau terpengaruh dengan minyak senyonyong Aki Lagah tersebut. Apa sangatlah dengan minyak senyonyong kalau segalanya tidak diredhai oleh Allah swt.
Apabila Aki Lagah mendesaknya mahu meminang Tikmah, memang Mat Senik bersetuju mahu menjadi orang tengah. Sudah lama dia berkawan dengan Aki Lagah disebabkan sama - sama ke hutan mencari rotan, apalah salahnya dia membantu orang tua itu. Lagi pun dia tahu Aki Lagah mampu melindungi Tikmah, janda muda berkenaan.

" Kalau Aki nak meminang Tikmah, jangan gunakan minyak senyonyong! " sengaja Mat Senik mengusik Aki Lagah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya memang dia tidak akan membenarkan orang tua itu melakukan sedemikian.

" Ah, dah lama aku buang amalan tu " beritahu Aki Lagah yang mengakui bahawa dia sudah pun menyeru puteri 7 lantas menyerahkan semula minyak berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
" Sebab itu Aki bimbang Tikmah menolak peminangan? " tanya Mat Senik sambil mencebikkan bibir.

Dia menggangguk perlahan, tetapi beliau mengesatkkan pelupuk matanya apabila Mat Senik memberitahu bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ditentukan oleh Allah. Terasa juga malu Aki Lagah apabila beliau terpikat kepada perempuan muda seperti Tikmah dalam masa usianya sudah mencecah 90 tahun.

Kalau dia tidak amalkan minyak senyonyong pun, tentu seisi kampung tetap akan menuduh dia menggunakan minyak berkenaan untuk memikat Tikmah. Masakan orang boleh percaya bahawa Tikmah menerima lamarannya jikalau tidak dikenakan dengan minyak senyonyong.

Sewaktu Mat Senik merisik Tikmah, dia sentiasa berdoa agar lamarannya tidak ditolak. Bimbang juga dia sekiranya Tikmah akan menyindirnya disebabkan mahu menjodohkannya dengan lelaki tua seperti Aki Lagah. Disebabkan itulah Mat Senik membacakan : ' yuhibbu nahum kahubbillahi wallazina amanu asyaddu hubbanlillahi, zuiyyina linnasi hubbusysyahawati minannisa -i walbanina wal-qona thiril muqontharathi " .

Memang serba salah juga Mat Senik mahu uruskan lamaran Aki Lagah kerana bimbang dia akan dituduh sebagai bersubahat dengan lelaki tua yang dianggap miang itu, tetapi dia tahu niat Aki Lagah memang baik. Kalau Aki Lagah memilih perempuan yang sudah berumur sebagai isteri, tentu mereka akan sama - sama uzur. Jadi, sia - sia sajalah Aki Lagah berkahwin apabila isterinya terlalu uzur untuk menjaga dirinya.

Tentu Aki Lagah amat mengharapkan Tikmah agar dapat menjaganya apabila dalam keadaan uzur nanti. Setidak - tidaknya dia mempunyai tanah kebun yang cukup setakat untuk menyara Tikmah seorang. Kalau pun dia menutup mata, Aki Lagah sudah bersedia untuk menyerahkan tanah kebun dan sawah kepada Tikmah yang bersusah payah menjaganya. Sebab itulah Mat Senik sanggup membantu agar Aki Lagah dapat berkahwin dengan Tikmah.

Semasa seisi kampung gempar akan hal Mat Senik ditimpa dengan runtuhan kayu, memang Tikmah melihat Aki Lagah sentiasa dalam keadaan resah. Berkali - kali Aki Lagah menggertapkan bibir seakan - akan mahu melepaskan Mat Senik yang sedang terhimpit itu. Tetapi suara Aki Lagah hanya tenggelam jauh dikerengkungnya. Sekali sekala Tikmah mendengar suaminya semacam mencabar lembaga yang bertubuh besar itu berdepan dengannya sambil melepaskan semula Mat Senik.

" Aki semacam meracau - racau marahkan lembaga bertubuh besar, ustaz " ujar Tikmah menjelaskan tatkala saya sama - sama mengunjungi Mat Senik. " masa itulah Aki menyuruh lembaga besar itu supaya melepaskan Abang Senik " tutur Tikmah yang tetap kenangkan kejadian semasa Mat Senik sudah dikatakan meninggal dunia itu.

Dalam masa Aki Lagah merungut - rungut itulah, Tikmah telah pergi memberitahu kepada jiran - jiran. Ketika itu kebanyakkan jiran - jiran sedang berkumpul di rumah Mat Senik mahu menguruskan pengebumiannya. Sebaik sahaja seisi kampung sudah diberitahu mengenai Mat Senik yang sudah terbujur mati itu tiba - tiba bingkas bangun, mereka yang sedang membacakan surah yassin mengadap Aki Lagah mendapati orang tua itu sudah menutupkan matanya rapat - rapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
24 KUBUR HILANG DITENGAH HUTAN

Semasa nahas berlaku apabila dilanggar sebuah motorsikal tatkala mahu melintas jalan mahu ke masjid untuk solat maghrib, memang tidak ada sesiapa pun yang nempak Andak Bucin dirempuh. Lama dia terbaring di tepi jalan, barulah Lebai Minin terserempak dengan kawannya itu yang berlumuran darah dalam keadaan tidak sedar apa - apa. Tidak sempat hendak di bawa ke hospital, Andak Bucin sudah meninggal dunia di atas ribaan Lebai Minin.

Memang tidak ada sesiapa pun yang nampak motorsikal merempuh Andak Bucin , tetapi masakan penunggang motorsikal berkenaan tidak jatuh tersungkur ke jalan aspal? Kalau mahu dituduh dirempuh dengan kereta, Jeman Tengkak tidak dengar pun bunyi kereta melintas di depan masjid. Jeman Tengkak yang sampai lebih awal di masjid sebelum masuk waktu maghrib, tahu memang terdengar bunyi motorsikal melintas.

Dia tidak peduli sangat bunyi motorsikal memecut laju di jalan kecil tengah kampung kerana sudah menjadi kebiasaan anak - anak muda untuk tidak hiraukan keselamatan masing - masing. Kalau mahu dikira anak - anak muda yang menunggang motorsikal di dalam kampung, hanya beberapa orang sahaja yang memilikinya. Leman Sogok yang gila - gila memecut motorsikal tidak cedera apa - apa sewaktu jejakkan kakinya ke masjid. masakan dia yang merempuh Andak Bucin ?

Mereka yang mempunyai motorsikal di kampung berkenaan memang tidak terbabit dalam nahas yang menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia. Bukan mudah mahu mencari di seluruh ceruk di Hulu Perak sesiapa yang jatuh tersungkur menunggang motorsikal hingga merempuh Andak Bucin . Sebab itu mereka tidak peduli sangat siapa yang bertanggung jawab menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik sahaja keluarga Andak Bucin menelefon ke rumah Haji Basar memberitahu mengenai nahas yang menimpa, Haji Basar sudah ke luar negara bersama Hajah Rusijah . Lantas Lebai Minin mengingatkan supaya dikebumikan juga Andak Bucin dengan tidak perlu menunggu anaknya Hajah Rusijah .

Setelah 2 minggu Andak Bucin dikebumikan, barulah Haji Basar bersama Hajah Rusijah diberitahu mengenai nahas yang menimpa Andak Bucin . Kesal juga Haji Basar apabila kenangkan sukar sangat orang - orang kampung mahu dapatkan kereta jenazah untuk membawa jenazah Andak Bucin balik dari hospital. Terpaksalah Lebai Minin menyewa kereta bersama orang - orang kampung untuk membawa balik jenazah.

Tetapi Haji Basar pendamkan rasa kesal itu jauh di lubuk hatinya. Sampai bila pun dia tidak akan lupakan fasal bapa mentuanya sanggup bercekang mata bangun di tengah malam, setelah diberitahu perniagaannya tidak mencapai apa - apa kejayaan. Setelah Andak Bucin berturut - turut bangun di tengah malam bersolat tahajud, lantas dia memberikan sebuah botol minyak sebesar ibu jari.

" Minyak ini tak ada kuasa apa - apa " jelas Andak Bucin tatkala dia menyerahkan minyak berkenaan kepada menantunya.

" Tapi eloklah disapukan pada alis mata apabila nak kemana - mana masa uruskan perniagaan ".

Dia ingatkan Haji Basar supaya rahsiakan pada sesiapa pun mengenai minyak berkenaan.Memang Andak Bucin akan titikkan minyak berkenaan ke dalam air, apabila sesiapa pun mintakan mandi bunga. siapa lagi mereka harapkan di kampung berkenaan tatkala anak gadis lambat berkahwin kalau bukannya Andak Bucin ? Asal sahaja Andak Bucin mandikan bunga tengah malam, nescaya tidak sampai sebulan gadis berkenaan akan dipinang orang.

Sebab itu Hajah Rusijah tahu sangat jenis minyak wangi ayahnya gunakan semasa mandi bunga tengah malam. Setelah dikumpulkan 7 jenis bunga berbau harum, Andak Bucin akan campakkan bunga itu pada air di dalam timba. ketika itu dia akan curahkan minyak wangi yang sudah dipesankan beli sahaja dimana - mana.

Tentu Hajah Rusijah tidak tahu apabila arwah ayahnya titikkan minyak senyonyong berkenaan di dalam timba tersebut. Siapa sahaja yang mintakan dia untuk mandi bunga hanya sekadar menyangka bau harum tersebut disebabkan oleh minyak wangi yang mereka bawa bersama itu. Sebaik sahaja dijirus air bunga tersebut ke badan, sekali gus terasa sejuk laksana air jeram yang memercik ke batu.

Mereka tahu air yang di dalam timba itu memang ditadah dari pili sahaja. Bagaimana pula tiba - tiba sahaja berubah kepada sejuk hingga menusuk ke tulang hitam tatkala dijirus oleh Andak Bucin ke tubuh. Siapa pun tidak akan bertanya apa - apa kepada Andak Bucin disebabkan mereka bimbang akan melanggar pantang larang tatkala melakukan upacara mandi bunga itu.

Memang Andak Bucin sudah ingatkan supaya bertahan jikalau terasa sebarang perubahan pada diri semasa dimandikan air bunga tersebut. Kadang kala terasa badan sakit - sakit hingga sengal sendi sebaik sahaja dijiruskan air berkenaan. Manalah tahu seluruh badan akan menjadi gatal tergaru - garu tidak menentu. Malah masing - masing akan mengalami sendiri perubahan sedemikian yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
" Jangan kamu ingat minyak ini berkuasa sangat! " Andak Bucin tidak mahu Haji Basar harapkan sangat kepada minyak yang dibekalan kepadanya setelah menantunya itu merungut perniagaannya menjadi tidak menentu.

Tidak sampai setahun Haji Basar diberikan botol minyak sebesar ibu jari itu, dia merasa mudah sangat uruskan perniagannya. Apa sahaja yang diharapkan, semuanya akan mengikut jadual sehingga jika Haji Basar tidak berbuat apa - apa pun, sentiasa ada sumber perniagannya. Sebab itu dia tetap kenang usaha bapa mentuanya hingga mencapai kejayaan besar di dalam perniagaan.

Andak Bucin memang tidak pernah memberitahu Haji Basar dan keluarganya mengenai dia ke hutan bersama Lebai Minin lalu terserempak dengan rumpun serai bunga yang tumbuh di kawasan padang lalang. Segera dibongkarnya akar lalu dibawa balik ke rumah. Dia pun tanamkan rumpun serai bunga itu di hujung halaman biar tumbuh merimbun di situ.

Tetapi Lebai Minin tidak pedulikan apa - apa tatkala Andak Bucin membongkarkan akar rumpun serai itu. Biarlah Andak Bucin bawa balik rumpun serai bunga itu lalu ditanam di hujung halaman, asalkan sahaja dia tidak menyimpan harapan tinggi di dalam jiwanya mahukan hikmat dan kesaktian. Serai bunga berkenaan sama juga dengan tumbuh - tumbuhan yang lain yang tumbuh dengan izin Allah.

Apa sangatlah diharapkan dengan serai bunga yang boleh memberikan kesaktian. Lebai Minin tahu mengenai Andak Bucin hanya sekadar gemarkan mengumpul barang - barang ganjil jika ditemui di tengah hutan belantara. Pokok senduduk berbunga putih pun Andak Bucin cabutkan perdunya lalu ditanam di dalam pasu di belakang rumahnya. Apa lagi jika dia menemui buluh tumpat atau rotan songsang ruas, memang dibawanya balik ke rumah.

Sebab itu Lebai Minin ingatkan dia yang tumbuh - tumbuhan demikian tidak mempunyai apa - apa kesaktian luar biasa pun. Sekadar untuk disimpan sebagai kegemaran sahaja memang Lebai Minin tidak akan melarang kawannya itu. Biarlah Andak Bucin mahu mengutip apa pun yang ditemuinya di hutan kalau takat menjadi kegemaran semata - mata.

Lama serai bunga itu tumbuh merimbun di hujung halaman, tiba - tiba sahaja Andak Bucin tercium bau harum bagaikan bunga rampai diletakkan di sanggul. Memang dia menyangka tentu isterinya, Uda Setiyah selitkan daun pandan di celah sanggul biar berbau harum. Tetapi bau harum itu semakin semerbak tatkala tengah malam hingga santak ke subuh.

Takat daun pandan diselit Uda Setiyah di celah sanggul, bau wanginya tidaklah semerbak macam ambar kasturi. Lagi pun Andak Bucin tahu perbezaan bau daun pandan kering dengan harum bunga - bunga kembang malam. Lantas dia mengagak tentu bunga serainya yang berbau harum sedemikian.

Keresahan Andak Bucin bukan disebabkan oleh bau harum yang semerbak setiap malam, tapi masalah rezekinya yang bagaikan tersekat tidak mencurah datang. Mahu bertukang rumah pun tidak ada siapa pun yang harapkannya. Kalau menebang tebas belukar, ramai lagi anak - anak muda yang sanggup mengambil upah pada mereka yang mempunyai kebun itu. Memang Andak Bucin merasakan kesempitan wang hinggakan beliau hanya harapkan Uda Setiyah anyamkan tikar lalu jualkan dimana - mana.

Sebab itu pada setiap malam Andak Bucin memang sukar sangat mahu melelapkan mata bila kenangkan kesempitan kewangan yang menghimpitnya. Tatkala terkebil - kebil mata tengah malam itulah, dia diganggu bau harum berwarwar asal sahaja angin memuput perlahan. Disebabkan tidak mahu terus lelapkan mata, lantas sahaja Andak Bucin turun ke tengah halaman. Setidak - tidaknya boleh juga beliau menyedut angin segar tengah malam yang mengelus perlahan itu.

Ketika Andak Bucin tercegat di tengah halaman itulah dia melihat rumpun serai bunga berombak - ombak dirempuh angin malam. Bau harum semakin semerbak apabila beliau melihat kain kuning bagaikan tersangkut pada rumpun serai berkenaan. Tatkala beliau mendekati rumpun serai berkenaan, berdebar hati Andak Bucin apabila beliau ternampak lelaki tua berjanggut putih sampai ke dada tercegat di situ dengan memakai jubah kuning.

Lantas sahaja lelaki berkenaan memberikan salam. Serba salah Andak Bucin mahu menjawab tetapi beliau sekadar menyahut di dalam hati sahaja. Memang bau harum yang tercium itu berpunca dari jubah kuning orang tua itu apabila dipuput angin. Segera Andak Bucin bacakan surah al fatihah 3 kali diikuti dengan ayatul kursi. Tetapi lelaki itu hanya tersenyum lantas mengangkat tangan menggamit Andak Bucin supaya mendekatinya.

Memang Andak Bucin melihat kaki lelaki berkenaan bagaikan bersatu dengan rumpun serai bunga berkenaan seolah - olah dia tidak dapat bergerak kemana - mana. Sebab itulah Andak Bucin gagahi juga mendekati rumpun serai bunga berkenaan. Dia tidak bimbang apa - apa selagi mengingatkan pesan Lebai Minin bahawa tidak ada makhluk yang berkuasa selain daripada Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2013 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik sahaja beliau mendekati lembaga berjubah kuning itu, segera Andak Bucin membacakan : " wa-'indahu mafatihol-ghaibi laya'lamuha illa-huwa, waya-lamu mafilbarri wal-bahri, wamatasquthu minw waraqotin illa ya'lamuha wala hobbatin fi-zulumatil ardhi wala rath-bim walaya birin-illa fi-kitabimmubin ".

Tersenyum lembaga berjubah kuning itu tetapi tetap tidak berganjak dari rumpun serai tersebut. Apabila Andak Bucin hentakkan tumit 3 kali ke tanah, dia sekadar memberikan isyarat supaya Andak Bucin tidak memusuhi dirinya. Kemudian dia kibaskan jubahnya hingga terpelanting beberapa ketul kemenyan sebesar ibu jari.

" Andak dah jemput kami ke sini, kenapa pula tak suka? " tutur orang tua berjubah kuning itu dengan ramah mesra.

" Aku tak kenal siapa awak! " sahut Andak Bucin sambil mengibas - ngibaskan bajunya yang tersandang di bahu itu. Sekali pun angin malam mengelus sejuk, tetapi dia merasakan badannya panas laksana tercegat di bawah silau matahari.

" Tak kenal tu, eloklah kita berkenal - kenal " ujarnya perlahan di dalam kesamaran malam di bawah bulan pucat dilindungi awan menipis.

" Kalau tujuan jahat, tak payahlah nak kenal! " tegas Andak Bucin memberi amaran kerana tidak mahu terpedaya dengan jelmaan yang mahu memujuknya itu.

" Jahat atau baik terletak pada hati sanubari " beritahu orang tua itu lantas memperkenalkan dirinya Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan di tengah hutan.

Manalah Andak Bucin tahu mengenai Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan hingga tumbuh merimbun di tengah hutan. Bertahun - tahun Tok Kuning tidak diketahui setelah hilang sewaktu berkebun, hinggalah penduduk - penduduk kampung menyedari ada rumpun serai di tengah kebunnya. Asal sahaja rumpun perdu berkenaan dipupuk dengan tanah hitam, penduduk - penduduk kampung percaya Tok Kuning telah datang membersihkan kebunnya.

Setiap kali Tok Kuning membersihkan kebun dengan memupuk rumpun serainya, nescaya sawah padi di sekeliling kampung berkenaan akan menhasilkan hasil yang melimpah ruah. Tetapi setelah perkampungan mereka dilanda kemarau hingga tanah sawah menjadi gersang, penduduk - penduduk kampung di situ telah berpindah jauh. Sebab itulah tempat berkenaan menjadi hutan belukar tidak ditempuh sesiapa pun.

Mengeluh panjang Andak Bucin tatkala Tok Kuning memberitahu mengenai perkampungan tinggal itu menjadi gersang akibat kemarau berterusan apabila ada orang melanggar pantang larang. Memang Tok Kuning melarang sesiapa pun membakar jerami padi selepas musim menuai setelah bertahun - tahun dia meneroka kawasan berkenaan.

Ketika meneroka bersama isterinya, Tok Oyam di kawasan paya di pinggir bukit, tidak ada sesiapa pun yang mahu ikut menebang tebas. Setelah padi Tok Kuning subur menghijau, mereka mula bertumpu ke situ. Tatkala padi masak, mereka akan kagum melihat sawah Tok Kuning akan berkilau kekuningan disilau cahaya matahari lantas berombak - ombak ditiup angin bukit.
Tetapi Tok Kuning tidak membantah apa - apa sekiranya orang - orang kampung yang lain bertumpu di kawasan yang diterokainya. Apalah salahnya mereka sama - sama meneroka setelah paya di situ sesuai dijadikan sawah padi. Biarlah dia berseorangan sahaja mencebak tanah membuat parit sampai paya berkenaan boleh dijadikan kawasan menanam padi.

Setelah ramai orang bertumpu meneroka di perkampungannya, Tok Kuning terkejut apabila melihat sawah padinya bercahaya laksana api menyala tatkala tengah malam. Bimbang juga padinya telah diunggun orang disebabkan irihati padinya menjadi sangat. Lantas Tok Kuning pun turun ke sawah dengan tanpa memberitahu kepada isterinya, Tok Oyam .

Sebaik sahaja beliau sampai ke tengah sawah, dia terserempak dengan 2 ekor ular sawa yang berkelahi sehingga berbelit - belit. Dia menyuluh ular berkenaan dengan api jamung ditangannya. Disebabkan bimbangkan ular sawa tersebut akan memusnahkan ternakan, cepat - cepat Tok Kuning balik ke rumah lalu mencapai lembingnya yang terselit pada dinding. Dia akan tusukkan mata lembing itu ke kepala ular berkenaan biar mati terkejang.

Tatkala Tok Kuning menyerbu semula ke tengah sawah, hanya tinggal seekor sahaja lagi ular sawa yang berlingkar dengan ekor terkxtxk - kxtxk. sudah tentu ular berkenaan telah kalah berkelahi hingga tenat tidak boleh bergerak melarikan diri. Berdebar juga hati Tok Kuning kerana bimbangkan ular yang menang berkelahi tadi akan datang menerpa ke arahnya lantas membelit tidak bertangguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik sahaja beliau mendekati lembaga berjubah kuning itu, segera Andak Bucin membacakan : " wa-'indahu mafatihol-ghaibi laya'lamuha illa-huwa, waya-lamu mafilbarri wal-bahri, wamatasquthu minw waraqotin illa ya'lamuha wala hobbatin fi-zulumatil ardhi wala rath-bim walaya birin-illa fi-kitabimmubin ".

Tersenyum lembaga berjubah kuning itu tetapi tetap tidak berganjak dari rumpun serai tersebut. Apabila Andak Bucin hentakkan tumit 3 kali ke tanah, dia sekadar memberikan isyarat supaya Andak Bucin tidak memusuhi dirinya. Kemudian dia kibaskan jubahnya hingga terpelanting beberapa ketul kemenyan sebesar ibu jari.

" Andak dah jemput kami ke sini, kenapa pula tak suka? " tutur orang tua berjubah kuning itu dengan ramah mesra.

" Aku tak kenal siapa awak! " sahut Andak Bucin sambil mengibas - ngibaskan bajunya yang tersandang di bahu itu. Sekali pun angin malam mengelus sejuk, tetapi dia merasakan badannya panas laksana tercegat di bawah silau matahari.

" Tak kenal tu, eloklah kita berkenal - kenal " ujarnya perlahan di dalam kesamaran malam di bawah bulan pucat dilindungi awan menipis.

" Kalau tujuan jahat, tak payahlah nak kenal! " tegas Andak Bucin memberi amaran kerana tidak mahu terpedaya dengan jelmaan yang mahu memujuknya itu.

" Jahat atau baik terletak pada hati sanubari " beritahu orang tua itu lantas memperkenalkan dirinya Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan di tengah hutan.

Manalah Andak Bucin tahu mengenai Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan hingga tumbuh merimbun di tengah hutan. Bertahun - tahun Tok Kuning tidak diketahui setelah hilang sewaktu berkebun, hinggalah penduduk - penduduk kampung menyedari ada rumpun serai di tengah kebunnya. Asal sahaja rumpun perdu berkenaan dipupuk dengan tanah hitam, penduduk - penduduk kampung percaya Tok Kuning telah datang membersihkan kebunnya.

Setiap kali Tok Kuning membersihkan kebun dengan memupuk rumpun serainya, nescaya sawah padi di sekeliling kampung berkenaan akan menhasilkan hasil yang melimpah ruah. Tetapi setelah perkampungan mereka dilanda kemarau hingga tanah sawah menjadi gersang, penduduk - penduduk kampung di situ telah berpindah jauh. Sebab itulah tempat berkenaan menjadi hutan belukar tidak ditempuh sesiapa pun.

Mengeluh panjang Andak Bucin tatkala Tok Kuning memberitahu mengenai perkampungan tinggal itu menjadi gersang akibat kemarau berterusan apabila ada orang melanggar pantang larang. Memang Tok Kuning melarang sesiapa pun membakar jerami padi selepas musim menuai setelah bertahun - tahun dia meneroka kawasan berkenaan.

Ketika meneroka bersama isterinya, Tok Oyam di kawasan paya di pinggir bukit, tidak ada sesiapa pun yang mahu ikut menebang tebas. Setelah padi Tok Kuning subur menghijau, mereka mula bertumpu ke situ. Tatkala padi masak, mereka akan kagum melihat sawah Tok Kuning akan berkilau kekuningan disilau cahaya matahari lantas berombak - ombak ditiup angin bukit.
Tetapi Tok Kuning tidak membantah apa - apa sekiranya orang - orang kampung yang lain bertumpu di kawasan yang diterokainya. Apalah salahnya mereka sama - sama meneroka setelah paya di situ sesuai dijadikan sawah padi. Biarlah dia berseorangan sahaja mencebak tanah membuat parit sampai paya berkenaan boleh dijadikan kawasan menanam padi.

Setelah ramai orang bertumpu meneroka di perkampungannya, Tok Kuning terkejut apabila melihat sawah padinya bercahaya laksana api menyala tatkala tengah malam. Bimbang juga padinya telah diunggun orang disebabkan irihati padinya menjadi sangat. Lantas Tok Kuning pun turun ke sawah dengan tanpa memberitahu kepada isterinya, Tok Oyam .

Sebaik sahaja beliau sampai ke tengah sawah, dia terserempak dengan 2 ekor ular sawa yang berkelahi sehingga berbelit - belit. Dia menyuluh ular berkenaan dengan api jamung ditangannya. Disebabkan bimbangkan ular sawa tersebut akan memusnahkan ternakan, cepat - cepat Tok Kuning balik ke rumah lalu mencapai lembingnya yang terselit pada dinding. Dia akan tusukkan mata lembing itu ke kepala ular berkenaan biar mati terkejang.

Tatkala Tok Kuning menyerbu semula ke tengah sawah, hanya tinggal seekor sahaja lagi ular sawa yang berlingkar dengan ekor terkxtxk - kxtxk. sudah tentu ular berkenaan telah kalah berkelahi hingga tenat tidak boleh bergerak melarikan diri. Berdebar juga hati Tok Kuning kerana bimbangkan ular yang menang berkelahi tadi akan datang menerpa ke arahnya lantas membelit tidak bertangguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2013 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat - cepat Tok Kuning menyuluh di sekeliling dengan api jamung, tetapi ular yang menang tadi sudah tentu menyusup larikan diri. Dia hanya melihat denai ular tersebut berlorong di tengah rumpun padi hingga berlondar laksana bekas batang kelapa diheret. Ketika dia berbalik semula melihat ular yang kalah tadi, kasihan pula Tok Kuning mahu tusukkan mata lembingnya ke kepala ular tersebut.

Memang ular tersebut parah akibat mengalami luka kalah berkelahi. Disebabkan kasihan dengan keadaan ular sawa itu, segera Tok Kuning pupukkan luka - luka di badan ular itu dengan pucuk senduduk yang dikunyah. Hingga santak subuh Tok Kuning barulah Tok Kuning mendapati ular sawa berkenaan mulai mengangkat kepala.

" Kalau kau boleh menjalar, larilah dari sini " tutur Tok Kuning seolah - olah ular sawa itu memahami sangat kata - katanya. " nanti jika orang di sini terserempak, tentu kau dibunuhnya " dia ingatkan ular tersebut.
Selepas itu Tok Kuning terus balik ke rumah.

Tatkala orang - orang kampung turun ke sawah sebaik matahari naik ke sepenggalah, mereka menjadi gempar apabila melihat lopak sawah mereka berlorong seperti batang kelapa diheret. lantas mereka menuduh tentu ular sawa telah mengheret ternakan mereka merempuh sawah padi. Tetapi tiada sesiapa pun yang mengadu mengenai ternakan mereka hilang di dalam reban direntap oleh ular sawa. Sekiranya kambing atau pun ayam ternak yang dibelit, sudah tentu menjadi gempar dengan mengembek atau berkiok sepanjang malam.

Apabila diberitahu kepada Tok Kuning mengenai kejadian tersebut, dia sekadar mencebekkan bibir sahaja. Sewaktu dia menjengah tempat ular berkelahi itu, dia mendapati ular sawa yang kalah itu tidak berlingkar lagi di situ. Tok Kuning percaya tentu ular berkenaan sudah menyusup ke mana - mana untuk selamatkan dirinya.

Tidak lama selepas kejadian itu, Tok Kuning tidak bimbang apa - apa lagi akan hal gangguan tikus di sawahnya. Dalam masa penduduk - penduduk kampung merungut rumpun padi mereka rosak digigit tikus - tikus, memang sawah Tok Kuning tak diganggu langsung. Terpaksa pula orang - orang kampung membakar sabut di atas permatang setiap petang biar tikus - tikus tidak menyerbu datang.

Beberapa kali juga penduduk - penduduk kampung terserempak dengan ular sawa menangkap tikus - tikus di atas permatang sawah Tok Kuning tatkala mereka membakar sabut setiap senja. Sebab itu mereka mengagak tentu Tok Kuning memelihara ular sawa berkenaan yang seolah - olah menjaga sawah padi Tok Kuning dari gangguan tikus - tikus.

Ketika Tok Kuning membersihkan parit tali air sewaktu musim turun ke sawah, tiba - tiba sahaja seisi kampung menyedari yang bahawa dia telah hilang. Mulanya mereka hanya ternampak Tok Kuning bersandar pada perdu pokok dedalu sewaktu matahari tengah tegak di atas kepala untuk berehat setelah penat membersihkan parit tali air dengan bergotong royong.

Di dalam sekelip mata sahaja Tok Kuning sudah tidak kelihatan di mana - mana. Sebab itulah mereka menyangka tentu Tok Kuning sudah balik ke rumah secara tiba - tiba. Tetapi sehingga santak petang, Tok Oyam memberitahu mereka bahawa Tok Kuning masih belum pulang ke rumah tatkala bergotong royong membersihkan parit tali air.

Setelah lama Tok Kuning hilang di perdu pokok dedali di tengah sawah, Tok Oyam telah bermimpi dikunjungi suaminya yang menjelma dengan berpakaian jubah kuning laksana padi tengah masak. Tok Kuning ingatkan dia supaya anak cucunya tidak membakar jerami padi selepas habis musim menuai. Dia juga mengaku tidak dapat lagi menemui Tok Oyam semula setelah mengembara jauh di kawasan bendang yang luas.

Tetapi penduduk kampung tidak peduli sangat dengan pantang larang yang telah diberitahu Tok Kuning di dalam mimpi Tok Oyam itu. Apalah sangat mimpi tatkala nyenyak tidur kalau dibandingkan dengan kesukaran mereka mencebak tanah sawah setelah habis musim menuai. Jerami padi harus dibakar juga biar mudah mencebak tatkala air mula masuk ke dalam lopak.

Marah juga Tok Oyam apabila mereka tetap berdegil mahu melanggar pantang larang membakar jerami padi di tengah sawah. Sebab itu Tok Oyam ingatkan mereka setiap kali musim turun ke sawah, nescaya hasil padi akan menjadi sekiranya parit tali air mereka mengalir air keruh masuk ke lopak. Tok Oyam tahu memang Tok Kuning yang bersihkan parit tali air berkenaan, sekali pun tiada sesiapa pun yang melihat dia terbongkok - bongkok di situ mencebak tanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Oyam sekadar cam, air di dalam parit tali air itu akan keruh berkeladak sahaja sebagai tanda Tok Kuning turun bersihkan parit berkenaan. sekiranya air tidak keruh, tahu sangat Tok Oyam memang padi tidak akan menjadi sepanjang tahun berkenaan. kalau tidak dijangkiti penyakit sambar pun, burung ciak atau tikus akan berkeliaran menggetis rumpun padi. mereka semua akan mengeluh panjang akibat padi tidak menjadi itu.

Tidak lama selepas kejadian Tok Kuning hilang tatkala bersihkan parit tali air, Tok Oyam bermimpi lagi mengenai rumpun serai bunga telah tumbuh di hujung halaman rumahnya. Sebaik sahaja bangun pagi, segera Tok Oyam menjengah ke hujung halaman. memang terkejut dia apabila melihat rumpun serai bunga segar tumbuh merimbun.

Hinggalah Tok Oyam meninggal dunia, rumpun serai bunga itu tetap merimbun tidak diganggu sesiapa pun. Kadang kala anak - anaknya terserempak juga dengan ular sawa berlingkar di tengah belukar rumpun serai berkenaan dengan sisiknya berkilau laksana kaca disilau dengan cahaya matahari.

Disebabkan mereka berdegil juga membakar jerami padi, tiba - tiba sahaja musim kemarau yang berterusan telah melanda hingga tanah sawah menjadi gersang. Tumbuh - tumbuhan juga menjadi layu laksana dibakar api yang marak menyala. Setelah tidak lagi boleh bercucuk tanam, lantas sahaja penduduk - penduduk kampung itu berpindah meninggalkan perkampungan yang diteroka oleh Tok Kuning itu.

Lama kelamaan perkampungan berkenaan telah terbiar menjadi hutan hingga bertahun - tahun. Tetapi rumpun serai bunga itu tidak lagi ditemui oleh Andak Bucin apabila dia masuk semula ke hutan bersama dengan Lebai Minin untuk mencari rotan. Puas dia berlegar - legar di kawasan rumpun serai bunga ditemui itu, namun tetap tidak kelihatan apa - apa di situ selain daripada belukar bemban yang tumbuh meliar.

Kalaulah dia tidak merentap rumpun serai bunga berkenaan tatkala mula - mula terserempak, nescaya dia tidak akan menemui lagi tumbuhan berkenaan. Tetapi Lebai Minin tidak peduli sangat fasal Andak Bucin yang berbangga sangat dengan rumpun serai bunga yang ditemui di hutan itu. Apa lagi setelah Andak Bucin mengakui pernah terserempak dengan kubur lama di tengah hutan yang berpagar dengan ruyung nibung. Hinggakan nesan yang tercancang juga diperbuat daripada ruyung nibung juga.

Lantas Andak Bucin pun menetak anak - anak kayu untuk dijadikan tanda lalu dicancang di situ biar mudah cam tempat kubur lama itu ditemui. Apabila dia mahu tunjukkan kepada Lebai Minin keesokkan harinya, mereka hanya sekadar melihat anak - anak kayu dipangkas yang dicancangkan oleh Andak Bucin . Kubur lama yang berpagar dengan ruyung nibung itu sekadar busut yang ditumbuhi dengan belukar rotan sahaja.

" Ah perkara kecil aje pasal andak temui kubur lama tu " ujar Lebai Minin yang tidak berasa hairan apa - apa. " Allah jadikan langit tak bertiang, laut tak bergali, matahari memancar di ufuk timur lebih menakjubkan dari kubur yang hilang tu " perlahan dia menjelaskan setelah Andak Bucin merasa hairan dengan kejadian sedemikian.

Memang Andak Bucin bermimpi juga fasal kubur yang ditemuinya itu memang kubur Tok Kuning . Tetapi Andak Bucin tidaklah peduli sangat dengan mimpi demikian. Hinggalah beliau terserempak dengan jelmaan lelaki berjubah kuning yang mengakui dirinya Tok Kuning berjejak pada rumpun serai bunga di hujung halaman itu.

Terkejut juga Andak Bucin apabila Tok Kuning memberitahu yang dirinya juga berketurunan Tok Oyam . Lantas Tok Kuning menyuruh dia tadahkan minyak yang memancut di perdu rumpun serai bunga dengan tempurung. Setelah Tok Kuning hilang bagaikan asap yang ditiup angin, segera Andak Bucin menyuluh ke perdu rumpun serai bunga berkenaan. Tetapi tiada setitik pun minyak yang memancut di situ.

Apabila bangun pagi sebaik sahaja matahari naik sepenggalah, segera Andak Bucin jengah semula ke rumpun serai bunga itu. memang hatinya tidak puas kalau tidak melihat apa - apa di situ. Ketika ini barulah dia melihat perdu serai itu berlendir tetapi berbau harum. Setelah dikuis - kuis lendir yang berbuih pada perdu rumpun serai bunga itu, barulah ternampak minyak memancut bagaikan mata air di dasar telaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak bertangguh Andak Bucin pun tadahkan dengan tempurung, tetapi hanya dapat sekadar beberapa titik sahaja. Lalu dibubuh di dalam botol yang sebesar ibu jari pun sekadar acup dasar sahaja. Disebabkan bau minyak berkenaan harum, lantas sahaja disimpan baik - baik oleh Andak Bucin . Semenjak dia menemui minyak wangi pada perdu serai bunga itulah, terasa sangat pada Andak Bucin rezekinya mencurah masuk. Kalau bertukang rumah pun cepat sahaja orang sudah membuat janji dengannya hingga Andak Bucin serba salah mahu menerima tempahan.

" Minyak ini tidak ada kuasa apa - apa " beritahu Andak Bucin tatkala menunjukkan botol minyak senyonyong itu kepada Haji Basar .

" Yang pentingnya usaha kita sendiri " dia menjelaskan supaya menantunya tidak bergantung sangat pada minyak berkenaan.

Dia sekadar tadah minyak berkenaan apabila memancut di celah rumpun perdu serai bunga. Kemudian asapkan dengan kemenyan setiap kali bulan mengambang penuh hingga minyak berkenaan penuh sebotol. Apabila bulan menurun nescaya minyak di dalam botol berkenaan juga susut sampai setengah botol.

Minyak senyonyong berkenaan yang bukan sahaja membuatkan Andak Bucin merasakan rezekinya bertambah, juga boleh digunakan untuk memikat sesiapa pun. Memang Andak Bucin berkahwin lagi selepas minyak senyonyong itu di tadahkan di dalam tempurung.

Selepas minyak berkenaan disimpan baik - baik, tidak ada lagi kelihatan minyak yang memancut pada perdu serai bunga berkenaan. Disebabkan isterinya merasa marah sangat apabila Andak Bucin berkahwin lain, lantas dia mengambil keputusan mahu menebas rumpun serai berkenaan. Isteri Andak Bucin menuduh tentu disebabkan rumpun serai berkenaan, suaminya mudah sahaja memikat perempuan akibat minyak senyonyong yang memancut di situ.

Tatkala dia menghayunkan parang panjang, sekali gus matanya bersilau hingga beliau tergamam. Parang di tangannya juga tercampak ke tanah. Sewaktu dia membongkok mahu mencapai parang, tiba - tiba sahaja isteri Andak Bucin ternampak batu berwarna warni berlonggok di perdu serai bunga itu. Apabila dikutip batu - batu berkenaan, isteri Andak Bucin pun jatuh asyik. kemarahannya terhadap Andak Bucin mulai luntur serta - merta.

Isteri Andak Bucin mulai berubah. Biarlah Andak Bucin berahwin lain asalkan dia dapat mengutip batu berwarna warni di perdu serai bunga berkenaan. Siapa sahaja yang inginkan batu itu dijadikan batu cincin, bila bila sahaja dia akan jualkan. Isteri Andak Bucin lah satu - satunya yang tahu waktu yang sesuai untuk mengutip batu yang berwarna - warni itu. Kalau takat berniat mahu membolot sendiri, sampai bila pun mereka tidak akan dapat melihat batu berkenaan berlonggok macam pasir berserak.

" Kamu simpan lah minyak ini " ujar Andak Bucin ikhlas menyerahkan kepada menantunya, Haji Basar .

Sengaja Haji Basar simpan botol minyak berkenaan di dalam kabinet di dipejabatnya, supaya tidak ditemui oleh Hajah Rusijah jika di simpan di rumah. Biarlah isterinya tidak tahu apa - apa mengenai minyak senyonyong itu. Andak Bucin sendiri ingatkannya supaya rahsiakan daripada pengetahuan anak - anaknya yang lain setelah dia serahkan kepada Haji Basar .

Apabila dia mengalami masalah kesempitan berniaga, Haji Basar sudah tidak harapkan apa - apa lagi pada minyak berkenaan. Apa sangat minyak senyonyong di dalam botol itu boleh lakukan sekiranya dia sendiri tidak berusaha. Tetapi setelah menemui Ucu Semali, tiba - tiba sahaja dia diganggu dengan kereta jenazah yang bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu.

Bukan dia sahaja yang mengalami kejadian sedemikian, Ucu Semali juga berturut - turut 3 pagi nampak kereta jenazah di tengah halaman rumahnya. Manalah di kawasan Felda berkenaan pernah ada kereta jenazah melintas.

" Macam mana pandangan ustaz dengan kereta jenazah itu? " Haji Basar mendesak setelah Ucu Semali juga berasa hairan dengan kemunculan kereta jenazah berkenaan di halaman rumahnya.

" Agaknya arwah Andak Bucin terkilan, kerana tak ada kereta jenazah nak bawa mayatnya balik ke rumah! " lantas sahaja Mat Sutin membuat andaian. Tersengih - sengih sahaja dia menatap muka saya.

" Tapi, saya nampak dinding pejabat Haji Basar bagaikan ada mata air macam tebing telaga " jelas Ucu Semali apabila kenangkan melihat bayangan mengenai keadaan sekitar pejabat Haji Basar .

Lama saya beristighfar setelah menyuruh Haji Basar lekapkan tapak tangan kanannya pada dada kiri. Sewaktu dibacakan surah al fatihah sebanyak 41 kali, memang jelmaan Tok Kuning seolah - olah terconggok di sisinya. Memang Haji Basar tidak tahu apa - apa mengenai Tok Kuning , disebabkan arwah bapa mertuanya tetap rahsiakan mengenai kejadian dia terserempak dengan lelaki tua berjubah kuning itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 11:30 PM | Show all posts
25 - MANDI AIR 7 KUALA

Perkara lama terkejang berbulan - bulan hingga ombak dada kencang turun naik tidak sama dengan amalan mahu tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek  juga tidak berniat mahu tenaganya gagah apabila datuknya Tok Semulih   mandikan dia apung semasa masih kecil tatkala terkial - kial berjalan. Bimbang juga datuknya akan lutut cucunya akan terkoyak luka kalau jatuh tersungkur.

Sebab itu Kasan Tobek  dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali Kasan Tobek  jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya 10 tahun pun Kasan Tobek  tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga tembus sampai ke sebelah.

Sengaja Kasan Tobek  tidak cabutkan lidi enau yang melekat ke daging itu kerana merasa terlalu sakit sekiranya disentap. 3 hari Kasan Tobek  biarkan sampai daging membusuk barulah lidi enau berkenaan dapat disentap keluar. Memang Kasan Tobek  tidak bimbang apa - apa kalau terjatuh dimana - mana setelah datuknya Tok Semulih   ingatkan dia mengenai mandi air apung 7 kuala sungai.

Sekiranya terluka akibat jatuh tergelincir, Kasan Tobek sekadar pupukkan dengan tasak sarang lelabah melekat pada bumbung atap sahaja. dia juga akan kunyah pucuk senduduk lalu dipupukkan pada luka biar darahnya tidak meleleh berterusan. Tetapi kulit Kasan Tobek  tidak sama dengan kawannya, Tapa Lekeh . Cubalah Tapa Lekeh  jatuh tersungkur hingga luka kepala lutut, nescaya berminggu - minggu menahan kesakitan.

Dipupuk dengan tasak sarang lelabah melekat pada bumbung atap pun, luka Tapa Lekeh  tidak akan sembuh serta merta. Bukan Tapa Lekeh  sahaja luka tidak sembuh dipupuk dengan tasak, Berahim Tenyeh yang luka kaki disinggahi mata tajak pun sampai berhari - hari jalan berdengkot tidak boleh jejak ke tanah.

" Arwah ayah kalau luka, bubuh air liur pun boleh sembuh " ujar Lasah  bila kenangkan ayahnya Kasan Tobek  yang tidak bimbang apa - apa sekiranya terluka.

Tidak lama selepas kematian ayahnya, Lasah  datang juga menemui saya memberitahu mengenai tanah di atas kubur ayahnya roboh bagaikan tanah pasir jerlus. Sudah beberapa kali dikambus semula, tetapi tanah berkenaan jerlus juga bagaikan terowong besar ternganga dibawahnya.

Memang Lasah  tidak percaya tanah kubur ayahnya jerlus hingga tidak boleh dikambus. Dia tahu tanah kubur jerlus itu tidak akan berlubang hingga ternganga sekiranya tidak dikambus dengan tanah lain. Tetapi tanah berkenaan akan terus jerlus apabila dikambus sampai berpungkis - pungkis.

" Dah puas saya kambus tapi tanah tu jerlus juga, ustaz! " keluh Lasah  rusuh dengan kejadian yang menimpa kubur ayahnya.

Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu. Kalau sudah dikambus berulang kali tanah berkenaan jerlus juga, manalah saya boleh ikhtiarkan cara lain. Memang hairan juga bagaimana tanah kubur boleh jerlus setelah dikambus berpungkis - pungkis. Ke mana pula tanah berkenaan membolos kalau tanah di dasar kubur tidak berlubang ternganga.

Hanya yang boleh saya lakukan sekadar bacakan surah yassin dengan airnya dijirus ke atas tanah kubur. Kemudian menyuruh Lasah  kambus semula sampai padat. Kalau jerlus juga hingga merendap, lebih baik dikonkrit sahaja dengan simen. seminggu selepas saya bacakan surah yassin, kubur berkenaan tidak lagi jerlus tanahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 11:33 PM | Show all posts
25 - MANDI AIR 7 KUALA

Selepas bertahan beberapa hari, Lasah  merungut lagi disebabkan tanah kubur ayahnya jerlus juga. Bimbang juga kalau tanah jerlus itu akan berlubang hingga sampai ke liang lahad. tentu mayat ayahnya yang sudah reput akan terbongkar keluar kalau tidak dikambus kukuh. Manalah tahu anjing yang berkeliaran akan mengorek tanah kubur apabila dibiarkan terjerlus sedemikian.

" Tolonglah ikhtiarkan ustaz! " Lasah merayu dalam perasaan terharu yang menusuk.

Mengeluh pendek saya disebabkan tidak tahu bagaimana mahu ikhtiarkan lagi. Tetapi Lasah  terlalu mengharapkan saya sekali pun sudah diberitahu saya tidak pernah mengalami kejadian sedemikian. Memang Kasan Tobek pernah beritahu Lasah  mengenai kawan datuknya sewaktu dia masih lagi di Paya Kumbuh.

Lama ayah kawannya, Rangkayo Bano terkejang setelah mengidap sakit lelah berterusan. Setelah diberitahu oleh Rangkayo Bano   mengenai ayahnya,  Sibingkong  terkejang tidak boleh bergerak bangun lantas Tok Semulih   pun datang menjengah. Tersenyum Sibingkong  sebaik sahaja melihat Tok Semulih   naik ke rumah.

Tiba - tiba sahaja Sibingkong  terus duduk meminta nasi tatkala Tok Semulih   duduk disisinya. Hairan juga Rangkayo Bano   disebabkan ayahnya sudah berbulan - bulan terkejang tetapi terus sahaja bingkas bangun apabila dijengah Tok Semulih  . Sekali gus pula ayahnya meminta nasi disebabkan terlalu lapar.

Tatkala Rangkayo Bano hulurkan hidangan, Sibingkong sekadar menyuapkan nasi sahaja dengan tidak menjamah lauknya. Beberapa kali ditambah nasi, dia masih tetap berselera menyuap. Kemudian dia meratah lauk sampai habis gulai satu belanga. Memang terkejut Rangkayo Bano dengan sikap ayahnya yang terlalu rakus makan sekali pun hidangan yang diberikan kepadanya untuk beberapa orang menjamah makanan.

Lantas Tok Semulih   bisikkan pada rakannya Rangkayo Bano supaya tidak terpengaruh dengan perubahan diri ayahnya. Tahu sangat Tok Semulih   fasal Sibingkong sengaja menumpang tenaga pada dirinya apabila bingkas bangun menjamah makanan. Tatkala Sibingkong  menyuap nasi, terasa pada Tok Semulih   badannya beberapa kali berkisar bagaikan menahan beban yang terlalu berat.

Setelah selesai makan, terus sahaja Sibingkong  turun ke tanah berjalan berkeliling rumah. bangga sangat dia dapat berjalan berkeliling setelah lama sangat terkejang tidak boleh bergerak kemana - mana. memang termengah - mengah Tok Semulih   menahan beban setelah menyedari Sibingkong  menumpang tenaganya ketika itu.

Segera Tok Semulih   memujuknya supaya naik semula ke rumah. Sebaik sahaja Sibingkong berbaring semula di tempat tidur, tidak bertangguh Tok Semulih   kisarkan tumit kakinya ke lantai lalu membacakan : " Allahu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikul lati qoda 'alaihalmau-ta wayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun ".

Apabila Tok Semulih   hentakkan tumit kakinya, tiba - tiba sahaja Sibingkong tergamam bagaikan jatuh terhenyak duduk. terjegil matanya merenung tajam ke arah Tok Semulih seolah - olah kecewa dengan keputusan Tok Semulih.

" Kamu nak biarkan aku terkejang macam ni, Semulih ? " gerutu Sibingkong tidak berkedip mata memandang Tok Semulih  .

" Kalau gagah bangun sendiri, jangan tumpang pada aku! " sahut Tok Semulih keras menyebabkan Rangkayo Bano terkejut.

Bimbang juga dia kalau kawannya itu memarahi ayahnya apabila tiba - tiba sahaja menjamah nasi hingga habis satu periuk. tidak pernah ayahnya boleh gagahi menyuap nasi kalau tidak di depan Tok Semulih.

" Dah lama kamu berkawan dengan Rangkayo Bano, takkan tak boleh aku nak menumpang kamu? " tersengih - sengih Sibingkong  macam memujuk lelaki yang tercongok di depannya itu.

" Aku tahu kamu bukannya Pak  Sibingkong ! " jerkah Tok Semulih lantas memberi isyarat kepada Rangkayo Bano supaya dibuangkan papan lantai sekeping, bumbung atap sekeping dan ditetas anak tangga.

" Kamu yang pakai susuk gagah Semulih , bukannya aku " lantas Sibingkong menyindir sebaik sahaja Rangkayo Bano bingkas bangun menuruti apa sahaja yang diberitahu oleh Tok Semulih.

" Oh, sebab itu kamu hendak menumpang? " sengaja Tok Semulih   mengejeknya apabila Sibingkong  ungkit mengenai susuk besi kursani yang ditusukkan pada rusuknya.

" Tak patut kalau kamu tak bantu aku, Semulih ! " mendengus marah Sibingkong  apabila atap bumbung rumah dibuang sekeping, lantainya diumpil sekeping manakala anak tangga juga ditetas pengikat simpainya hingga tergajai.

" Kalau Pak  Sibingkong  bila - bila aku bantu, tapi kamu setan! " sahut Tok Semulih menggertapkan bibir setelah beliau melihat Pak  Sibingkong  berbayang - bayang terlindung di sebalik asap hitam yang melabun - labun.

Masakan Rangkayo Bano tidak dapat mengagak bagaimana ayahnya tiba - tiba sahaja boleh bingkas bangun hingga turun ke tengah halaman. Kemudian berjalan berkeliling rumah seolah - olah melepaskan rasa kemaruk setelah berbulan - bulan terkejang tidak boleh berjejak kaki.

Tetapi Tok Semulih   tahu dia sendiri bagaikan memapah Sibingkong  turun ke tengah halaman. puas dia cuba menjauhkan diri dari kepulan asap hitam yang menyelubungi diri Sibingkong  itu. Namun terasa bagaikan besi berani menyentap dirinya. Hairan juga Tok Semulih   apabila lembaga yang bersatu dengan diri Sibingkong  dapat menumpang tenaganya untuk turun ke tengah halaman.

Lama dia terkial - kial mahu melepaskan diri,  barulah Tok Semulih   menyedari akan susuk besi kursani yang ditusukkan pada rusuknya. kalau tidak kenang dia mengidap lemah tenaga lelaki, memang Tok Semulih   tidak akan tusukkan susuk besi kursani pada rusuknya. Memang Tok Semulih lama terkejang tidak boleh bangun setelah jatuh memanjat pokok kelapa hingga patah pinggangnya.

Terpaksa ayahnya, Malam Sidi  hantarkannya ke rumah kawannya Sutan Balah yang jauh terpencil di pinggir hutan. di pondok Sutan Balah  yang berdindingkan kulit kepung itu Tok Semulih ditinggalkan, setelah Sutan Balah  berikan syarat supaya siapa pun tidak boleh datang menjengah sampai 44 hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 11:35 PM | Show all posts
25 - MANDI AIR 7 KUALA

Sewaktu tinggal bersama Sutan Balah , dia sekadar diberi makan umbut sahaja dengan tidak boleh menjamah apa - apa selainnya. disebabkan banyak sangat memakan umbut, memang Tok Semulih   bagaikan tidak sedar sangat bagaimana Sutan Balah  mengubati pinggangnya yang patah itu setelah terjatuh tatkala memanjat pokok kelapa.

Ketika tengah malam, terkejut juga Tok Semulih   apabila lampu dipadamkan yang menyebabkan mereka bergelap. Sutan Balah  sekadar berzikir sahaja sepanjang malam sebaik sahaja beliau merebahkan badan. Dalam masa Sutan Balah  masih berzikir itulah, Tok Semulih   mendegar sekawan gajah berkeliaran disekeliling rumah. sekali sekala gajah berkenaan akan sengaja menggeselkan badannya pada dinding tempat Tok Semulih  terkejang tidak boleh bergerak itu.

Hinggalah Tok Semulih  dikejutkan apabila sekawan gajah yang menggesel dinding rumah itu,  menghulurkan belalai pada celah dinding. Dia bagai terasakan belalai gajah itu menghidu - hidu pada pinggangnya yang patah itu hingga terasa sengal - sengal sampai ke paha. terpaksa Tok Semulih  mendiamkan diri sahaja disebabkan Sutan Balah  sudah ingatkan dia supaya tidak ungkit apa - apa asal sahaja mengalami kejadian yang luar biasa.

Tidak sampai 44 malam di rumah Sutan Balah, pinggang Tok Semulih  mula beransur pulih. dia sudah boleh berpaut pada dinding tatkala berjalan ke pintu. ketika ayahnya Malim Sidi menjengah setelah 44 hari ditinggalkan dipinggir hutan berkenaan, Tok Semulih   sudah mampu bertongkat berjalan berdengkot - dengkot mendekati ayahnya.

Memang terasa terseksanya Tok Semulih   menghadapi ujian getir setelah terjatuh semasa memanjat pokok kelapa itu. Pinggangnya patah sehingga tidak boleh tegakkan badan. dia terkejang tidak boleh bergerak apa - apa bagaikan mayat terbujur di tengah rumah. setelah dibawa berubat pada Sutan Balah , tenaganya kembali pulih apabila 3 malam berturut - turut ditonyoh dengan belalai gajah.

Dia sekadar mendengar gajah - gajah berkenaan mendengus di dalam gelap malam sambil menolak - nolak pinggangnya dengan belalai. Ketika ini dia tidak melihat Sutan Balah, kecuali kedengaran sayup - sayup zikirnya dalam masa Tok Semulih  bagaikan tengah bermimpi. Jikalau diheret gajah turun ke tanah dengan belalainya pun Tok Semulih   tidak dapat berbuat apa - apa disebabkan ketika itu dia di dalam keadaan sedar dan tidak sedar sahaja.

Selepas pinggangnya pulih tidak terasa sakit apa - apa inilah baru Tok Semulih  menyedari bahawa dia sudah kehilangan tenaga kelakian. Malu benar dia mahu memberitahu ayahnya Malam Sidi  mengenai kejadian yang menimpa dirinya. Sebab itu dia terus menemui Sutan Balah  dengan tidak memberitahu ayahnya terlebih dahulu. biarlah dia pendamkan rahsia berkenaan dengan Sutan Balah  sahaja.

Tersenyum Sutan Balah  apabila diberitahu oleh Tok Semulih  mengenai dirinya yang kehilangan tenaga kelakinya itu. Seminggu pula Tok Semulih   diminta tidak menemui sesiapa dengan memakan umbut nibung sahaja. 3 pagi pula Sutan Balah  mengasah tenaga kelakian Tok Semulih   dengan batu petir lalu dibacakan : " gembira ala ali mali wali mali, hidup di atas hidup di bawah, bangkit engkau seperti sediakala, dengan gerak petua, huuu... ".

Setelah dikilir dengan batu petir, Sutan Balah  jiruskan pula dengan air 7 kuala sungai yang ditampung di dalam tempayan. terasa pada Tok Semulih   seluruh badannya berasap tatkala air dijiruskan. Terketar - ketar dia menahan kesejukan apabila Sutan Balah  menyuruh dia mencangkung di bawah tangga tatkala matahari belum lagi memancar.

Semasa mencangkung di bawah tangga Tok Semulih duduk di atas tumit, dengan ditampankan tenaga kelakiannya di situ. ibu jari kaki sahaja cecah ke tanah dengan 2 tangannya menampar pinggang sebanyak 3 kali asal sahaja air dijiruskan oleh Sutan Balah  ke kepala. Tok Semulih  terpaksa mematuhi apa sahaja petua yang ditunjukkan oleh Sutan Balah  dalam masa dia sangat mengharapkan orang tua itu membantunya.

Lagi pun bukanlah sukar sangat mandi di bawah tangga dengan bertupang pada ibu jari kaki dalam masa tumit diasak pada tenaga kelakiannya. Biar terasa segala urat di seluruh badan menyentap semasa duduk di atas tumit sedemikian. ketika tangan menumbuk kuat pada pinggang, Sutan Balah  menyuruhnya membacakan perlahan : " mandi nur mandi nir, mandi di pintu petua, mandi nyawa serta badanku, sangka pasak sangka batu, sangka pasak sangka besi, besi sembilan desa akan pasak pemasung dalam diriku, ikut petua guruku, huu... ".

Setelah siap mandi, Sutan Balah  asapkan pula dengan kemenyan. seminggu dia tidak dibenarkan menemui sesiapa sahaja apabila duduk di rumah Sutan Balah . Kemudian barulah rusuk kanan Tok Semulih   telah ditusukkan dengan besi kursani berwarna kekuningan laksana emas disepuh. 3 kali diketuk Sutan Balah  pada kepala lutut Tok Semulih sambil menyeru supaya biar tenaga kelakiannya pulih semula.

Sebaik sahaja tenaga kelakiannya pulih, segera disangkutkan 4 biji buah kelapa di situ oleh Sutan Balah . Tersenyum Sutan Balah  disebabkan tenaga kelakian Tok Semulih  mampu bertahan tatkala disangkutkan 4 biji buah kelapa. Setelah ditusukkan susuk besi kursani pada rusuk kanannya, memang Tok Semulih   tahu tenaganya di sebelah kanan mampu bertahan sampai bila - bila pun.

Kalau kerbau menghayun tanduk menyinggahi rusuk sebelah kanannya, nescaya tidak berbekas apa - apa pada Tok Semulih. Tatkala dia meninggalkan payakumbuh, sempat juga dia menemui Sutan Balah . Berat juga hatinya mahu tinggalkan sanak saudara apabila ayahnya Malim Sidi mengambil keputusan mahu berpindah ke semenanjung. Dia terpaksa mematuhi kemahuan ayahnya yang mahu mencari penghidupan baru setelah dibaritahu oleh kawan - kawannya mengenai semenanjung yang sesuai untuk membina penghidupan baru.

Tidak lama selepas jejakkan kaki di semenanjung, tiba - tiba ayahnya Malim Sidi  mengidap penyakit demam kura - kura sampai terkukul - kukul kesejukkan sepanjang malam.  Sebulan ayahnya mengidap demam kura - kura, Malim Sidi pun meninggal dunia tanpa sempat memulakan penghidupan baru. Terpaksalah Tok Semulih  menjadi ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia hingga meneroka di kampung yang dipenuhi belukar tebal.

Sebab itu Tok Semulih   tetap kenang kejadian dia diminta kawannya Rangkayo Bano menjengah ayahnya Sibingkong yang terkejang sakit. setelah dia lepaskan besi kursani yang dipaut oleh lembaga berpusar - pusar yang bagaikan asap hitam menyelubungi Sibingkong , barulah tenaga Sibingkong kembali lemah. Apabila Rangkayo Bano buangkan atap sekeping pada bumbung, anak tangga sebatang dan lantai sekeping tiba - tiba sahaja Sibingkong  menggelepar.

" Kamu nak bunuh aku ke, Semulih ? " terketar - ketar Sibingkong  manahan ombak nafasnya yang beralun - alun kencang.

Tetapi Tok Semulih   tidak peduli apa - apa. dia sendiri tidak menduga Sibingkong  boleh berpaut pada susuk besi kursani di dalam dirinya untuk menumpang pulihkan semula tenaganya yang lemah.

Setelah Tok Semulih hentakkan tumit kakinya ke lantai berulang kali, Sibingkong  pun perlahan - lahan mula menutup matanya. tangannya terkuit - kuit jari bagaikan mahu menggapai mencari tempat berpaut. apabila Rangkayo Bano diberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia, cepat - cepat dia membujurkan jenazah ayahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 11:36 PM | Show all posts
25 - MANDI AIR 7 KUALA

Semasa jiran - jiran datang menjengah jenazah Sibingkong , mereka terkejut apabila melihat mata mayat berkedip. Lantas mereka pun mengesyaki bahawa Sibingkong  masih belum meninggal dunia. Tapi Rangkayo Bano tahu ayahnya memang sudah meninggal dunia disebabkan detak jantungnya sudah berhenti. Sewaktu mereka mahu memandikan jenazah tiba - tiba sahaja seisi rumah menjadi gempar apabila melihat jenazah Sibingkong  hanya tinggal longgokan tulang sahaja.

" Apa salah ayahku, Semulih ? " keluh Rangkayo Bano yang terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya.

" Aku tak tahu apa amalannya, RangKayo! " beritahu Tok Semulih   yang serba salah mahu menerangkannya.

" Kalau begitu ayahku ada mengamalkan amalan yang salah " gerutu Rangkayo Bano setelah menyedari ayahnya merahsiakan mengenai amalannya selama ini.

" Kamu tentu tahu mengenai amalannya " lantas Tok Semulih  mengagak fasal amalan Sibingkong  apabila dia melihat lembaga hitam bagaikan asap menyelubungi dir orang tua itu.

" Memang aku tak tahu amalan dia, Semulih ! " ujar Rangkayo Bano terkejut kerana tidak menyangka ayahnya mengamalkna amalan sedemikian.

Tetapi memang dia menyedari tenaga ayahnya memang luar biasa apabila kehutan menebang tebas hutan. Tatkala kawan - kawan ke bukit, dia sengaja membelok kebukit lain untuk menebang pokok. dalam masa kawan - kawan yang lain masih terkial - kial mahu menebang sebatang pokok, Sibingkong  sudah tumbangkan 5 - 6 pokok besar hingga 5 - 6 pemeluk.

Pokok - pokok yang tumbang jongkang kalang itu tidak payah dipotong dengan kapak . Kawan - kawannya tahu sangat mengenai tenaganya yang luar biasa kalau menebang tebas meneroka hutan. Tatkala terserempak dengan harimau, tidak bertangguh Sibingkong  akan cabutkan pokok 2 - 3 pemeluk terus dihembat ke belakang binatang berkenaan. Tidak sempat harimau tersebut mahu mengelak apabila pokok besar menimpa belakangnya.

Rangkayo Bano sekadar mendengar cerita jiran - jiran sahaja mengenai tenaga luar biasa ayahnya. Dia sendirI tidak pernah melihat ayahnya memikul beban berat. Kalau ayahnya memikul beban pun, Rangkayo Bano sekadar melihat ayahnya memikul padi seguni penuh. Mudah sahaja ayahnya meletakkan guni padi berisi padat itu ke bahunya lantas terus dipikul tidak bertangguh.

" Ayahku pakai susuk gagah ke, Semulih ? " desak Rangkayo Bano yang masih terkilan dengan kejadian yang menimpa jenazah ayahnya. Dia sendiri melihat mata ayahnya berkedip setelah jenazah dibujurkan di tengah rumah. Kemudian jenazah berkenaan tinggal menjadi longgokan tulang kerangka semasa mahu dimandikan.
Selepas dikebumikan tulang belulang kerangka jenazah itu, Rangkayo Bano terkejut apabila tanah kubur ayahnya jerlus. Kubur berkenaan mendap hingga berlubang laksana kayu reput tidak tertahan. Bagaikan hilang akal Rangkayo Bano disebabkan kubur ayahnya terus juga jerlus sekali pun dikambus berpungkis - pungkis.

Terpaksa Rangkayo Bano memujuk Malim Sidi  membantu setelah dia kecewa dengan kejadian yang menimpa ayahnya itu. Segera Malim Sidi  menyuruh Tok Semulih   memberitahu Sutan Balah  mengenai hal tersebut. Tatkala Sutan Balah datang menjengah ke rumah Rangkayo Bano, terus sahaja dia naik ke atas loteng lalu mengambil peti kayu yang tersembunyi di situ.

Terus sahaja Sutan Balah  menyuruh Rangkayo Bano bakar sahaja peti kayu berkenaan. Sebaik sahaja dibakar, terkejut Rangkayo Bano apabila beliau mendengar jeritan nyaring di udara yang memanggil - manggil nama Sibingkong . Abu peti kayu yang dibakar itu diserakkan di atas kubur. setelah itu, kubur Sibingkong  tidak lagi jerlus.

" Arwah datuknya Tok Semulih   pernah bercerita dengan arwah ayah macam tu, ustaz " ujar Lasah  yang terasa seram sejuk juga apabila kenang kejadian demikian.

" Pak  Kasan ada simpan peti kayu ke? " sengaja saya mahu mengusik Lasah  yang serba salah apabila disebut mengenai peti kayu berkenaan.

" Setahu saya tak ada " sahut Lasah  yang bimbang juga sekiranya ayahnya ada menyimpan peti kayu sama macam kisah Sibingkong .

Tetapi saya tidak peduli sangat mengenai Sibingkong  yang diceritakan oleh Tok Semulih  . Tatkala senja samar -samar, sengaja saya mengajak Lasah  menjengah kubur ayahnya selepas sahaja tunaikan solat maghrib di surau. Setelah membacakan surah al ikhlas 100 kali, lantas saya duduk tersandar pada perdu pokok temunik bersama Lasah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2013 11:38 PM | Show all posts
25 - MANDI AIR 7 KUALA

Sebaik sahaja kawasan kubur menjadi gelap, saya mencuit bahu Lasah  tatkala melihat lembaga besar terconggok di atas kubur. Dia menghenyak - henyakkan punggungnya di atas kubur itu hingga terdengar jeritan halus Kasan Tobek bagaikan dihenyak pinggangnya. tidak bertangguh saya bacakan : " salaman 'ala sulaiman fil-'alamin, hazihi jahannamul-lati kuntum tu'adun ".

Sekali gus pula batu - batu sebesar reban ayam berterbangan menerjah tubuh lembaga besar yang terconggok itu. tercenggang - cenggang dia tergamam apabila batu - batu berkenaan bertubi - tubi menerjah kepalanya. Dalam terjahan batu - batu yang merah berbara itulah, lembaga besar berkenaan bolos lari bersama angin malam yang bertiup sepoi - sepoi itu.

Tatkala itu saya juga terasa melayang bersama elusan angin lalu terus mengekori lembaga berkenaan. Sewaktu lembaga besar itu melompat ke atas batu jeram, segera saya menghambatnya ke situ. Terkejut lembaga besar itu apabila melihat saya berdiri di hadapannya.

Sebaik sahaja lembaga besar itu mahu menghentakkan kakinya, lantas sahaja saya tunjalkan jari ke udara. Tiba - tiba sahaja ia jatuh berguling ke bawah jeram. Apabila dia bingkas bangun, segera saya membacakan surah al fatihah 3 kali lantas membayangkan yang tubuh saya membesar laksana gunung tersergam.

Sekali gus saya melihat ke bawah seolah - olah lembaga besar itu menjadi kecil sekecil - kecilnya. Ke mana sahaja lembaga itu mahu berlindung, segera saya halang dengan jari telunjuk lalu menyebabkan dia terpinga - pinga kecemasan.

" Ilmu syaitan terbatas, tetapi ilmu Allah meliputi 7 petala langit 7 petala bumi! " jerkah saya hingga lembaga tersebut terketar - ketar ketakutan.

Setelah terkial - kial di tengah air jeram mahu melepaskan diri, lembaga berkenaan mendongak memerhatikan saya. Perlahan - lahan dia memberitahu mengenai Tok Semulih  telah memisahkan dirinya dengan Sibingkong . Tidak patut Tok Semulih   pisahkan mereka tatkala Sibingkong  memerlukan tenaganya dalam saat terkejang tidak boleh bangun berjejak kaki.

Apabila Tok Semulih   mandikan cucunya Kasan Tobek  dengan air apung, tentu bukan mudah mahu lunturkan semangatnya. Masakan Kasan Tobek  berasa bimbang mengalami cedera kalau berulang - ulang kali terguling jatuh namun tetap tidak terkehel tulang. Sebab itu sengaja dia halang Kasan Tobek  di tengah perjalanan, biar lelaki itu mengalah di depannya.

Tetapi Kasan Tobek  tetap bertahan. Dia tidak peduli lembaga besar sebesar mana pun yang menghalangnya di tengah jalan, bila - bila akan diterkamnya. Sekali pun tidak dapat dibantingnya sampai terguling ke tanah, Kasan Tobek  tetap paut kaki lembaga tersebut untuk menyentapnya.

" Aku Sibingkong , sahabat baik datuk kamu! " beritahu lembaga besar itu setelah menyedari Kasan Tobek  tidak mahu mengalah.

" Kalau kau berniat baik, tak apa! " sahut Kasan Tobek  memberi amaran.

" Kalau kamu berniat jahat, sampai bila pun aku akan tetap lawan " tegasnya sambil mendengus marah.

" Takkan Sibingkong  akan berniat jahat kepada kawan sendiri " ujar lembaga besar itu sambil tersengih - sengih.

Memang Kasan Tobek  tidak peduli sama ada jelmaan Sibingkong  mendampinginya atau tidak. Apa sangat dengan jelmaan Sibingkong  kalau tenaganya mampu bertahan melawan bencana yang menggangu. Tidak pernah dia harapkan jelmaan Sibingkong  setiap kali orang - orang kampung memintanya membantu tatkala diganggu petaka.

Sewaktu ular sawa sebesar batang pinang menyusup masuk ke kandang kambing Itam Serilah, dia menjadi cemas apabila kambingnya mengembek - embek dicerut kuat. Tidak bertangguh Itam Serilah beritahu Kasan Tobek . Sebaik sahaja Kasan Tobek  tercegat di tepi kandang, tiba - tiba sahaja perasaannya menjadi berang hingga tidak disedari terus meluru masuk ke dalam kandang.

Sekali gus Kasan Tobek  mengheret ular berkenaan keluar dari kandang. Tatkala ular sawa membelit tubuhnya, jelmaan Sibingkong  bagaikan bersatu dengan dirinya. Lantas sahaja ular sawa sebesar batang pinang itu terasa seperti ular lidi membelit batang kelapa.

Sekali sentap sahaja akan Kasan Tobek , tubuh ular sawa itu terpokah tidak bersisa. Memang terkejut orang - orang kampung yang melihat kejadian tersebut seolah - olah tenaga Kasan Tobek  bagaikan 100 ekor gajah di tengah hutan.

" Kenapa kamu ganggu kubur Kasan Tobek ? " lantas saya susupkan kepala lembaga itu ke bawah batu jeram.

Setelah ditindih dengan batu jeram, saya melihat lembaga tersebut tenggelam di situ tidak mampu melonjak bangun.

Kemudian saya hentakkan tumit ke tanah sambil membacakan surah al ikhlas 17 kali hingga saya melihat batu jeram itu menjadi mampat. Sewaktu saya melayang semula ke udara bersama elusan angin, Lasah  masih lagi terconggok di perdu pokok temunik. Dia berbisik memberitahu saya bahawa timbunan tanah berlonggok di atas kubur datuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 04:42 PM | Show all posts
lg TT.. suko den baco
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
26 -  LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA

Sudah menjadi kebiasaan selesai sahaja Maghrib saya akan membaca Al-Quran menunggu masuk waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' Al-Quran itu semakin terasa terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang isteri saya tidak akan mengganggu sekiranya saya masih membaca Al-Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon.

Disebabkan ayah saya menelefon, terpaksa jugalah isteri saya menjengah ke dalam bilik. Habis sahaja saya membaca Surah Al-Haqqah sebanyak 52 ayat itu tidak sempat saya mahu meneruskan membaca Surah Al-Ma'aarij sebanyak 44 ayat. Lantas saya keluar menyambut telefon dari ayah saya. Memang surah yang mempunyai ayat-ayat pendek itu saya habiskan tiga atau empat surah dari selepas Maghrib menjelang Isya' itu. Disebabkan isteri saya memberitahu ayah saya menelefon, segeralah saya menyambut telefon itu.

Tidaklah mustahak sangat perkara yang hendak diberitahunya cuma abang ipar saya Haji Mosli mengajak ke rumahnya kenduri disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah. Perkara kenduri ini sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, sekalipun mengadakan kenduri dan tahlil semata-mata disebabkan mahu ke Mekah itu. Tetapi Haji Mosli mehu mengadakan kenduri doa selamat itu bukanlah disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah sahaja, dia sudah lama berhajat mahu mengadakan kenduri tersebut. Kakak saya Hajah Seriyah pun memberitahu saya dia mahu adakan kenduri doa selamat dan kesyukuran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan kenduri doa selamat itu diadakan di rumah kakak saya di Pulau Sebang, saya menyuruh anak saya sahaja ke sana bersama isteri saya. Memang saya sudah berjanji mahu ke Jerantut malam kenduri itu diadakan, setelah Kadir Misai beritahu Lebai Bumin sudah beberapa minggu terlantar sakit. Sudah lama juga saya tidak menemui kawan baik saya Lebai Bumin itu, semenjak dia berpindah ke Jerantut mengikut anaknya. Disebabkan dia selalu sakit-sakit setelah isterinya meninggal dunia, sengaja anaknya membawa dia tinggal bersama di Jerantut.

Bukanlah bersetuju sangat Lebai Bumin dibawa anaknya ke Jerantut, tetapi dia terpaksa menuruti kemahuan anaknya disebabkan keadaan badannya bertambah uzur. Kalau dia berkeras mahu menetap di rumahnya di Tanjung Karang, siapa pula yang akan uruskan dirinya. Harapkan cucu atau anak saudara, mereka juga bukan sepanjang masa mahu mengambil tahu mengenai dirinya. Setelah diberitahu oleh Kadir Misai mengenai Lebai Bumin yang uzur di Jerantut itu saya sendiri tetapkan masa untuk ke sana. Tetapi apabila ayah saya menelefon mengenai kakak saya mahu mengadakan kenduri di rumahnya di Pulau Sebang, terpaksalah saya mengambil keputusan mahu ke Jerantut juga.

Marah juga anak saya disebabkan saya lebih mementingkan kawan sendiri dari saudara-mara. Tetapi perkara kenduri doa selamat tidak sama dengan menziarahi orang sedang sakit. Kenduri doa selamat boleh diadakan lagi.

"Kalau kenduri di rumah kakak ustaz tu penting, apa salahnya malam lain sahaja kita ke Jerantut," ujar Kadir Misai ketika datang menjemput saya mendapati isteri saya sudah bersiap-siap dengan anak saya untuk ke Pulau Sebang pula.

"Tak apalah, Wak," sahut isteri saya perlahan.

"Ustaz tu kalau dah berjanji, dia tak mahu mungkirkan janjinya," tegas isteri saya memaklumkan.

"Tapi, uzur Lebai Bumin ni, maklumlah uzur orang tua," jelas Kadir Misai tersengih-sengih.

"Bukanlah sakit tenat sampai terlantar sangat," katanya macam rasa bersalah kerana mendesak saya ke Jerantut sebelum itu.

"Hai, ustaz ni pun bukanlah muda sangat, selalu juga uzur," sengaja isteri saya mengusik sambil mengerling ke arah saya.

Apabila isteri saya bersama anak-anak saya bertolak ke Pulau Sebang, saya pula bertolak ke Jerantut bersama Kadir Misai. Sengaja pula Kadir Misai ke Temerloh dulu mengajak Mat Jubin ikut sama. Tetapi kebetulan pula Mat Jubin tidak ada di rumah disebabkan sudah ke Kemaman. Memang sebelum ke Temerloh tidak ada pun Kadir Misai berjanji dengan Mat Jubin. Dia sendiri tidak menyangka kerana dua hari sebelum itu dia sudah menemui kawannya itu. Terkejut juga Mat Jubin apabila diberitahu mengenai kawannya Lebai Bumin terlantar sakit itu. Mat Jubin sendiri berpesan supaya Kadir Misai mengajaknya bersama kalau mahu ke Jerantut.

Isterinya juga tidak tahu kenapa Mat Jubin ke Kemaman hingga tidak sempat meninggalkan pesanan apa-apa. Lainlah kalau dia ke Sungai Tengi bersama Lebai Bumin, semasa kawannya itu masih menetap di Tanjung Karang. Kadir Misai pun tahu sekiranya Mat Jubin ke Sungai Tengi memang menangkap buaya tengah galak mengganas. Tidak siapa pun berani mengharung arus sungai apabila buaya terjongol kepala. Cuma Mat Jubin satu-satunya yang tidak akan berganjak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061897 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list