CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 7-10-2013 10:26 AM | Show all posts
mrbotak posted on 1-10-2013 02:24 PM
jin pon ade hantar anak blaja oversea kah.. huhu

yg tu cm "makpak hantu" uat post graduate kot. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 12:44 PM | Show all posts
non.sari posted on 30-9-2013 02:48 PM
ni kisah lain... kisah seram dan mistikus... korang pernah terkena tak mimpi yang bersambung??

ok ...

   Pernah kena dulu2 masa duk skolah asrama. Kalau time weekend di asramaialah waktu lobi baju2, outing, gotong royong etc2. bila ptg dah penat, soada la terlajak tido time asar. Lepas asar kan mmg waktu tak boleh tido. Dalamjarak 30 m blkg asram, ada hutan. pehtu xde pagor lak. Asrama tu kiranya baru,kami 2nd batch.

    Pada hari kejadian, tak ramai sngt yg adadi asrama, masih ramai yg outing atau uat aktiviti luar. Time tu aku tido,termimpi mcm kne tinggal sorang2 kat asrama. Dlm mimpi tu, aku berdiridpan bilik tingkat 2 dan tngok sekeliling. Blok asrama aku tu cam bentuk empatsegi, tetapi di tengah2 nya kawasan lapang, lebih kurang sebesar 2 courtfutsal. Kalau berdiri kt corridor atas, nampaklah kawasan tengah2 blok.

    Gambaran dlm mimpi tu mcm dah waktu senjasdgkn waktu tu baru kul 4 lebih. Part yg mengejutkan ialah bila tngokkawasan tngh blok asrama tu, ada bnyak batu nesan. Batu2 nesan ni lak jenis camzaman dulu kala, berterabur dan nampak lusuh. Aku laung panggil member, tapidngar echo. Tempat tu cm terlalu sunyi.

    Tetiba ada roommate kejut tnya dh solatlum. Dlm mamai2 tu pegi la solat. Ada sorang lgi roommate B pn tido gak timetu. Masa tu simpan je cerita psl mimpi tu, fikir cam mainan tido. Sampailah masank balik raya. Masa tu aku duk sblh roommate B yg tido td. Otw balik KL, bnykjmpa kubur tepi jln, so terkuar la cite psl mmpi kubur lama tu.

    Rupanya time aku mimpi psl kubur tu, B puncite yg dia mimpi bende yg sama. Tapi dlm mimpi, dia ternampak ada sorang budakbilik level 1 jln gi toilet atau gi bilik. Lpas dia terjaga, dia pegi cari budak dlm mmpi dia tu. Budak tu pun tidopd waktu ptg dan brmimpi bnde yg sama.  Dlmmimpi budak ni dia ada nmpak roommate aku B.

    Kami uatrumusan sendiri yg asrama kami ni kat atas tapak kubur purba kot. Dah la mmgada jerat cina tak jauh dari area asrama kami. So x mustahil la, asrama tu pn adasejarah kat tapak tu.

  Tak tau la ni di kira mimpi bersambung ke apa, tapi cm agak pelik. Part yg lgi misteri ialah, mcm mana mimpi kami cam sama, cumanya aku trjaga dulu, so aku x jumpa sesape dlm mimpi tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skeri meri ohh cita TT. last nite asyik bace thread ni smpi takut nak tido sndri. Lastcj masuk bilik parents, tido dgn dorg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:04 PM | Show all posts
ma_rul posted on 7-10-2013 12:44 PM
Pernah kena dulu2 masa duk skolah asrama. Kalau time weekend di asramaialah waktu lobi baju2, o ...

mencanak bulu roma aku baca cerita ko nih!
aku rasa apa yang ko rasa.. buat kita wondering, mimpi bersambung ke or mimpi yang sama..
tapi ko bangun dulu kan... macam aku, mak aku yang bangun dulu.. kalo ko pun pernah rasa, maksudnya memang tak mustahil lah misteri-misteri mimpi seumpama ni wujud...
kalo dah bekas tapak kubur lama, takda cerita-cerita seram lain ke yang berlaku kat asrama ko tu??
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:12 PM | Show all posts
non.sari posted on 7-10-2013 03:04 PM
mencanak bulu roma aku baca cerita ko nih!  
aku rasa apa yang ko rasa.. buat kita wonderin ...

      huhu mmg memacam la citenye.
      Yang kitaorg kerap alami ialah, tgh2 mlm dngar org bergendang bagai dri arah hutan. d sebalik hutan tu ada tapak bakar mayat org india. x logik la pulak depa tu ada ceremony pukul gendang beramai2 time nk bako mayat tu kan. tgh2 mlm pulak tu.

    Tapi cite ko tu lagi scary, siap kne gedebush lagi. Masa tido roh kita kan kuar skejap, tak mustahil roh2 ni leh bertemu di suatu tempat. Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 04:33 PM | Show all posts
ma_rul posted on 7-10-2013 03:12 PM
huhu mmg memacam la citenye.
      Yang kitaorg kerap alami ialah, tgh2 mlm dngar org berg ...

bukan scary lagi... tapi menyakitkan... senak wooo...!
kang ko cerita la sikit pengalaman ko tuh.. aku bz sikit lately.. tak dan nak curik-curik masa sambung cerita.
skit-sikit oke lah kot.. rase momod tak kisah.. buat meriah-meriah thread..
aku bese draft dulu kat word. nak taip tu..... mangaihhh!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2013 08:07 PM | Show all posts
oke.. ade cerita sikit sementara ada masa ni.. layan lah sikit ea.. bole laaaa....

aku ada cerita seram pasal nenek kebayan ni.. tapi mula-mula aku nak cerita pasal pakcik aku jap.
aku ada cerita benda ni kat benang 'pengalaman seram pasukan beruniform' lebih kurang macam tu la tajuk dia. nenek kebayan ni ade kesinambungan nya.. perihal pakcik aku ni lah membawak kepada cerita nenek kebayan auto ni.. jap aku copy.. kang aku sambung cerita nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 08:14 PM | Show all posts
salam.. ni cerita pengalaman pakcik aku sikit.

fyi, pakcik aku ni dah jadi tak betul sikit selepas insiden ni. ni antara yang aku ingat dan pernah diceritakan pada aku berulang-ulang sebab aku tanya mak aku pun berulang-ulang.

pakcik aku bekas polis hutan (PGA, polis hutan ekk??) so tugas dia mengawal sempadan masuk yang femes dikalangan PATI indonesia. aku tak sure belah mana sempadan tu. yang pasti kawasan pantai. Orang dari seberang sana kan kalau berhijrah ke sini, bukan kosong-kosong. mesti ada bawak something as a protector.

so masa tu dia ada operasi kene buat rush dengan sekumpulan pendatang ni. yelah, masa tu dia muda lagi. hati panas. so semangat keperwiraan dia masa tu membara-bara. gitteww. masa rush tu, dia cerita (masa dia cerita kat mak aku, dia oke lagi) dia ada tarik sorang pendatang tu then try nak lempang or dah lempang kot PATI tu. antara dua tu lah. itu pun sebab PATI tu melawan.. tapi dia cakap masa selesai insiden lempang melempang tu, PATI tu terus terduduk. lama duduknya dan tunduk,  macam pengsan tapi dalam keadaan duduk.

pakcik aku tarik PATI tu suruh bangun. takut saja nak perdaya polis. yelah, taktik melepaskan diri atau meminta simpati. tiba-tiba ada satu pukulan maha hebat kena sedas kat muka pakcik aku. sakit katanya. macam bisa-bisa. dia rasa masa tu dah membengkak la muka, sebab bisanya lain macam. tapi tengok cermin, belek-belek muka dia oke. takda apa-apa. takda efek apa-apa pun. darah pun takda. dia pun buat tak pot sangat. anggap tak serius la. konon-konon dia kuat la masa tu. tumbuk pun bole rilek lagi.

so balik dari operasi tu, dia demam. masa tu dia baru jugak kawen. anak baru sorang tak silap. kecik lagi. dia demam tak kebah. then meracau-racau. anta klinik tak jalan. anta hospital, tak jalan. siap pejabat bagi dia cuti rehat. macam misteri gitu sakitnya. so start la berubat kampung. masa zaman tu mana ada perawatan islam lagi. semua main bomoh kan..

so dari apa yang bomoh tu cerita, pakcik aku sudah terkena gitu sama itu PATI. mungkin ada insiden antara dia dengan PATI tu. masa tu bomoh tu tak tau cerita sebenar pakcik aku tu. so pakcik aku teringat la insiden lempang melempang antara dia dengan sorang PATI tu. dia pun cerita laa..

makanya, bomoh tu pun tilik menilik.. dia suruh balik. nanti datang lagi. so, selang beberapa minggu pakcik aku datang jumpa bomoh tu lagi. kali ni banyak gangguan yang pakcik aku dapat. antaranya kucing hitam muncul di luar and dalam rumah, pelesit, suka marah-marah, habis bini disepak terajang. dalam masa yang sama kuat seks!  

so bomoh ni cakap, setelah ditilik. dia memang terkena dengan PATI yang dilempang oleh pakcik aku. PATI tu dah buat perjanjian dengan setan yang dia akan buat pakcik aku menderita. sehingga 6 peringkat penyeksaan dia bagi kat pakcik aku :

1) buat pakcik aku sakit, sakit, sakit dan sakit.. tak kira la sakit apa. janji selalu sakit-sakit >> DONE!
2) buat pakcik aku benci keluarga dia sendiri termasuk atok aku and adik beradik dia sendri. suka cari pasal   >> DONE!  
3) buat pakcik aku benci anak bini dia sendiri. benci giler-giler. sampai tahap cerai rujuk.cerai rujuk. >> DONE!
4) keluarga dia porak peranda. memang terbukti. anak dia ke mana, dia ke mana. semua terabai >> DONE!
5) buat pakcik aku gila! sasau. mental. merayau-rayau tak tentu hala. >> SEDANG BERLAKU.
6) mati! >> wallahu alam....

p/s apapun, apa yang aku cerita ni mungkin kebetulan. kerana setiap perkara yang berlaku datang nya dari kehendak Allah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang burul itu dari kita seluruhnya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 11:30 AM | Show all posts
cerita nenek kebayan ini telah diceritakan kembali oleh adik perempuan aku. dia yang sebenarnya terserempak dengan nenek kebayan yang aku kata nak ceritakan tu. cerita nya begini...

NENEK KEBAYAN  (vol 1)

benda ni berlaku di rumah pakcik aku yang sakit nih. kebetulan rumah dia diadakan satu majlis bacaan yassin anjuran orang kampung kat situ. oh ye, untuk pengetahuan, rumah pakcik aku ni berjiran dengan rumah atok aku yang buat nesan ni. bacaan yaasin ni dibuat untuk memulihkan semangat pakcik aku, 'membersihkan' kawasan dalam rumah dan luar rumah yang agak terbiar since famili dia termasuk anak bini dia mula bawak diri keluar dari rumah tu. tapi takda lah lari jauh-jauh. dekat je. bini dia stay rumah mak ayah dia yang kebetulan dalam daerah yang sama. anak-anak dia pulak ada yang belajar and ada yang dah kerja. tapi memang terpaksa menjauhkan diri dari ayah dia.

fyi, famili pakcik aku ni bukan sengaja nak menjauhkan diri. diorang terpaksa buat macam tu atas faktor keselamatan diri diorang jugak. sebab pakcik aku ni dah mental sikit, so dia nak mengamuk ke nak sayang-sayang ke tak tentu masa nya. rumah pun dah macam tongkang pecah rupanya. kata nya pakcik aku ni yang tak bagi anak bini dia kemas rumah. sebab dia cakap kalau kemas rumah, nanti 'malaikat tak masuk'   ..............
oke.. dia mental.. tak berapa sihat kan..... kita terima lah alasan tu.

so masa kejadian ni berlaku, aku kat dapur. tengah tolong mana yang patut lah... adik aku kat depan. tolong kemas jugak mana yang patut. masa tu majlis semua dah selesai lebih kurang dalam kul 10malam or 10 setengah macam tu lah. kebetulan pulak, orang yang mengemas kat dapur ni ramai. yang kemas kat ruang tamu pulak sikit. adik aku and 2 orang sepupu aku je masa kat ruang tamu tu. dekat ruang tamu pakcik aku ada cermin besar. alaa.. cermin hiasan tu. sebesar-besar alam dia sangkut kat ruang tamu.

masa tengah kemas-kemas tu, adik aku kata dia menyanyi-nyanyi la.. sapu sampah sambil berdondang sayang. pastu masa tu nampak cermin tu, dia pun fefeeling yuna la.. betol kan shawl dia mana yang patut. sambil tu dia nyanyi-nyanyi.takda la menyanyi kuat-kuat. macam humming gitu. tiba-tiba dia terdengar suara orang pompuan macam mengerang sakit.. suara perempuan tua. aku tanya dia, mana tau yang berbunyik tu orang tua. dia jawab dia ta u lah. ada beza suara yang dia boleh tangkap itu suara orang muda ke orang tua. begitulah tafsiran beliau ketika itu. dia kata suara diam mamca ni  'erkkhhhhh... erkhhh....'' 3 kali berbunyik. bila dah dengar. dia diam. kot memang ada bunyik itu, tapi dari manusia laa.. masa senyap tu, bunyik nye pon senyap. so, dia tak berapa nak layan. sambung nyanyi balik. start nyanyi tu, bunyik lagi... bunyik yang sama. tapi keras sikit. dia terus terdiam.

masa ni dia dah seram dah. cepat-cepat dia toleh kiri kanan belakang. Lah! tinggal aku sorang ke? rupa-rupanya baru adik aku perasan, yang dekat ruang tamu dari tadi cuma dia sorang je. mungkin dia tak perasan sepupu kitorang dah masuk dapur. kebetulan pulak, pintu rumah tu tak ditutup. tengah sapu kan.. pikir dia sampah yang dia sapu tu nak dileret bawak keluar.. rumah pakcik aku ni kalau bukak pintu je terus nampak kelapa sawit.. merimbun-rimbun gitu. so rumah dia ni memang tak ada garaj. bukak je pintu, ada satu tangga kecik untuk letak selipar, lepas tu tanah merah.. 5 meter ke hadapan kelapa sawit kepunyaan atok aku. rumah ni kedudukan dia agak pelik. pintu dia pun pakcik aku sengaja letak mengadap ke situ. masa dia buat rumah ni pun, dia dalam keadaan sakit. so senibina, reka letak pun dia main taram je kot. tu yang jadi gitu. time ni dia mane boleh ditegur. kang kalau tegur, semua nak dihamun nya.

berbalik kepada situasi adik aku ni. masa ni tah kenapa dia macam nak tengok cermin tadi. terus dia pandang cermin tu, masa ni dia memang nampak kelibat rambut orang tua yang kusut masai. rambut tu macam terbukak simpulan siput nye, pastu kusut dan menggerbang. baru nampak rambut je tu. tengok dari cermin tu, benda tu macam ada kat belakang dia. seolah-olah benda tu lalu belakang adik aku. muka tak nampak, cuma sempat nampak rambut dia saja. dah gitu adik aku cepat-cepat pandang belakang, nak make sure benda tu memang ada atau memang jin. sama macam aku lah dia ni. cepat je nak pandang, siap nak siasat benda tu real ke or betul jin.

masa ni memang konfem-konfem la tak ada kan. jin.... faham-fahamlah.. suka mengelirukan dan mempermainkan manusia. so dah tak ada tu adik aku pandang depan cepat-cepat. masa ni la dia nampak dari pintu rumah pakcik aku ni, muncul nenek kebayan yang datang dari depan rumah, jalan terhencot-hencot pegang kayu (more to tongkat kot) pakai kain batik, baju tak sure. baju kurung la kot. then tudungkan kepala dia dengan kain batik. dia punya laluan tu dari depan rumah pakcik aku, then melewati pintu rumah pakcik aku. adik aku cakap masa ni dia lalu je, tak pandang pun adik aku. jalan hencot-hencot pegang kayu. terus je masuk kebun belakang yang gulap gulita. kalau dah masuk kebun belakang tu, memang konfem lah ghaib gitu je..

masa ni adik aku tak terkata. diam. senyap.sunyi.sepi. dah lah dia sorang kat luar. dinampakkan pulak benda alah tu. dah gitu dia terus masuk dapur. main campak je penyapu. masa ni lah aku memang perasan muka adik aku pucat masa masuk dapur. aku sorang je kot yang perasan sebab yang lain aku tengok leka buat kerja. dah masuk tu, kelam kabut semacam. terus duduk dan diam je... masa balik tu adik aku pengsan depan pintu kereta. bukan pengsan lah, tapi pitam kejap. masa ni memang kalut sikit lah. dah tu yang mengadap dia tumbang tetiba famili aku je masa tu. yang lain semua masih kat rumah pakcik aku. tapi semua oke. dia pandai kawal masa tu. balik tu baru lah dia cerita apa yang dia nampak malam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 11:30 AM | Show all posts
NENEK KEBAYAN  (vol 2)

cerita lain yang berkaitan apabila esoknya kami sekeluarga pergi lagi ke rumah pakcik aku yang sakit tu. nak sambung mengemas apa yang patut. kira masa tu weekend, memang anak beranak semua bergotong royong la bersihkan kawasan rumah pakcik aku terus ke kawasan rumah atok aku. so perihal nenek kebayan ni adik aku bercerita lah kat sepupu aku tentang apa yang dia nampak malam tadi dekat rumah sepupu aku tu. kira yang sepupu ni anak pakcik aku yang sakit tu lah.

masa ni sepupu aku memang terkejot giler. sebab nenek kebayan yang adik aku maksudkan ni bukan takat adik aku je nampak. sepupu aku pun nampak. tapi bukan setakat kat kawasan rumah bapak dia ni. kat tempat lain pun dia dinampakkan. dari apa yang adik aku cerita ciri-ciri khas nenek ni, sama jugaklah apa yang sepupu aku ni nampak. maksudnya nenek yang sama la.

dari apa yang sepupu aku ni cerita, dia punya penampakkan ni quite hardcore la sebab terserempak kat tengah-tengah jalan kampung. masa ni dia bawak motor dengan adik dia. pagi masa tu, dalam pukul 8 pagi rasa nya. masa ni aku tak sure ke mana arah tuju dia dengan adik dia. masa kejadian ni berlaku dekat kampung mak dia. so dia layan la corner kat kampung (aku agakla), jalan-jalan dalam kampung. mungkin beli sarapan kot. tengah layan lap tu, tiba-tiba kabus tebal... macam subuh gitu suasana dia. tapi terang, cuma remang-remang dia tu macam suasana subuh.

dah kabus tu dia pun slowkan lah motor. oh ye, dia pun antara saudara terdekat aku yang mudah dinampakkan benda-benda ni. masa ni dia tak expect apa-apa pun. kawasan kampung. pokok banyak. kabus or embun kat kawasan-kawasan tertentu itu normal. pada perkiraan dia begitu lah. so masa bawak tu memang perlahan la. sampailah penghujung kabus. masa ni lah kat depan dia, lebih kurang 10-15 meter dari moto dia, dia nampak seorang nenek terbongkok-bongkok, terhencot-hencot melintas jalan.

ciri-cirinya sama yang macam adik aku nampak. pegang kayu/tongkat. berkain batik, berbaju kurung dan bertudung kain batik gak. tapi yang membuatkan nenek tu nampak lagi scary bila dia membongkok tu, memang nampak super duper bongkok. sepupu aku cakap, dia punya bongkok sampai muka nenek tu nak cecah jalan! betapa bongkok nye nenek tu. aku sendiri tak dapat imejin sebab aku tak pernah nampak orang mampu membongkok sampai muka nak ciom jalan. kecuali ko main gimrama. tapi ini nenek okeh! dah la jalan pelan, terbongkok, terhencot. muka nak cecah jalan. rasa sangat scary keadaan nenek itu

masa ni dia cakap dia memang tak terkata.. dia diam je. adik dia kat belakang pun diam. malah siap tunduk lagi tak nak pandang depan. masa ni kabus tu datang balik. then masa dah nak sampai ke tempat nenek ni, dia memang takde pulas-pulas minyak. dia statik gitu je. kabus lalu serentak tu nenek tu pun hilang..

so yang menjadi penasaran dibenak otak sepupu aku ni. siapa gerangan nenek ni sebenarnya? ada kaitan ke dengan kehidupan dia atau kehidupan misteri bapak dia sekarang.. sebab kelibat nenek-nenek si bongkok tiga ni memang dia pernah notice, cuma yang kali ini 1st time nenek tu munculkan diri dengan cara yang macam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 11:33 AM | Show all posts
NENEK KEBAYAN  (vol 3 - SUMMARIZE )

perihal nenek kebayan ni boleh dikatakan kecoh la jugak dikalangan famili belah atok aku yang buat nesan ni. sebab ramai jugak yang terserempak. kebanyakkan sedara-sedara aku yang kadang datang melawat atok aku or pakcik aku yang sakit ni lah. dia suka memperlihatkan dengan cara sipi-sipi gitu. asal jangan tidak kata orang.

part pakcik aku yang sakit nih, memang susah dah nak ubatkan pakcik aku. sebab siapa-siapa dikalangan kitorang ni yang berhajat nak bawak pakcik aku pergi berubat mesti akan menerima padah dikemudian hari. benda alah yang menganggu pakcik aku ni turut berdendam dengan siapa-siapa yang cuba menghalang jan jin jun ni buat kerja dia (aerolz, aku pinjam ayat ko) samada sakit atau diganggu macam-macam sampai tak larat nak mengadap semua tu.

mula-mula ada sorang pakcik aku laki bini. bini dia ni jenis redah je. jenis orang yang mudah tercabar ego. kalau ada something yang menghalang tu, dia tak boleh duduk diam. dia akan cari tau, kenapa benda ni tak bole. kenapa benda tu tak bole. so bab pakcik aku ni dia memang tercabar la, kenapa dia tak boleh cuba ubatkan pakcik aku. kalau ada yang kata dia akan terima akibat, apa pulak akibat yang dia akan dapat? dia macam sanggup la nak tempuh onak ranjau berduri ni. so dia try bawak someone ni datang ke kampung untuk berubat. satu, memang gagal lah. takda yang kurang. makin teruk adalah. kedua, makcik aku dengan pakcik aku sekali pun terkena sakit jugak. selalu demam. sakit-sakit. ternampak macam-macam. nenek kebayan memang konfemlah watak utama yang selalu muncul. rumah bau mayat dan bau kemenyan secara tiba-tiba. then pakcik aku yang sakit ni bertambah benci dengan makcik pakcik aku ni. siap sampai nak ditetaknya mereka berdua.

then, ada lagi salah seorang makcik aku ni pun nak try ubatkan pakcik aku yang sakit ni. tapi niat dia bukan kerana ego. tapi kerana sayangkan abang dia, famili abang dia dan jugak kasihankan anak-anak abang dia.. yelah, semenjak dia sakit ni memang agak tunggang langgang dan porak peranda famili pakcik aku ni. yang menjadi misteri, makcik aku ni memang tak beritahu pakcik aku ni yang dia nak bawakkan pakar perubatan islam untuk merawat pakcik aku. tetapi, pakcik aku boleh tahu, tu baru niat tu. belum sempat nak go to the next step. tapi makcik aku yang baik hati ni pun menerima akibat.

so kaitan antara nenek kebayan dan pakcik aku ni lah terbongkar masa ni. yang mana nenek kebayan yang selalu kelihatan dan menunjukkan diri sebenarnya ada kene mengena dengan sakit dia ni. benda ni agak complicated tapi aku cuma memudahkan pemahaman korang je lah ye. oke, bila makcik aku ni diserang gangguan, sakit-sakit badan serta kemurungan melampau (secara tiba-tiba dan disedari suami dia) sebelum tido, di selalu dinampakkan secara bergilir-gilir muka nenek kebayan ni dengan muka pakcik aku. kerap kali dibayangi benda tu, terutama sebelum nak tido. makcik aku jugak bermimpi yang pakcik aku selalu datang dalam mimpi dia then macam menghulurkan sesuatu kat makcik aku. tapi makcik aku ni selalu refuse la.. sebab dia sedar, ini lebih kepada perkara yang tak baik.

bila dia sendiri yang pergi berubat, pengamal perubatan islam ni bagitau yang nenek kebayan ini kemungkinan sihir dan apa yang pakcik aku hulur tu kemungkinan saka. nampak tak? benda ni dah mula jadi complicated. mula-mula disihir, lama-lama baru sedar dia pun ada saka. so benda ni dah bercampur-campur dalam kehidupan pakcik aku ni. so oleh kerana seperti cerita yang mula-mula aku cerita yang mana pakcik dah masuk level 5 iaitu GILA, maka nya dia mungkin hampir ke level 6 iaitu MATI. sebab pengamal perubatan mengandaikan mungkin jugak meng'konfem'kan, pakcik aku atau lebih tepat si saka/sihir/nenek kebayan ni mencari-cari pengganti yang sesuai untuk menggantikan tempat dia sesudah dia mati kelak.

so sampai sekarang aku tak tau apa keadaan sebenar pakcik aku. makcik aku yang teruji ego dia pun aku tak sure, kata nya masih diganggu tapi sihatlah. dan pakcik aku semakin membenci dia anak beranak. then makcik aku yang baik hati ni pun semakin pulih dan sedang keep on menerima rawatan. oleh itu, doakan yang terbaik sajalah untuk mereka...

sekian cerita mistikus, misterius dan tak berapa nak seramus pasal nenek kebayan ini..
Last edited by non.sari on 12-10-2013 11:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 12:35 PM | Show all posts
terima kasih mod santeira di atas pemberian kacang itu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:27 PM | Show all posts
Sangat best kisah benar mu TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 08:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum tt. kisah keluarga yg sangatla seram tp sedap utk dibaca, seperti menonton filem horror gituu...Besar dugaan utk pakcik, makcik tt ni. Didoakan yang terbaik buat tt sekeluarga yer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 02:36 PM | Show all posts
non.sari posted on 5-10-2013 05:33 PM
DIGOMOL JIN.. kuang hajaaaaaaaa!!!
        

ni latest ko kna tindih ka???

mcm dah parah ja ni weh
u better do something
risau betoi cmneh

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 02:38 PM | Show all posts
non.sari posted on 12-10-2013 11:33 AM
NENEK KEBAYAN  (vol 3 - SUMMARIZE )

perihal nenek kebayan ni boleh dikatakan kecoh la jugak dika ...

sedih bila kita sakit, porak peranda dsebabkan benda2 sihir neh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 05:20 PM | Show all posts
cektim posted on 16-10-2013 02:36 PM
ni latest ko kna tindih ka???

mcm dah parah ja ni weh

yup.. raya ritu kena..
tapi aku rasa ni lebih pada jiran2 yang membela according to kenyataan mak aku..
jiran belakang umah pun kene.. ni mainan jin kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 05:25 PM | Show all posts
cektim posted on 16-10-2013 02:38 PM
sedih bila kita sakit, porak peranda dsebabkan benda2 sihir neh

tu laa.. banyak dah pngalaman depan mata aku pasal sihir menyihir..
biasa yg aku tgk ; orang tu sihir famili tu, famili tu porak peranda / sakit
orang yang menyihir tu akhirnya 'what u give, u get back'..
tapi ni lebih kepada balasan Allah, bukan mangsa tu balas balik sihir tu kat orang yang sihir dia.

itu namanya kifarah Allah.. wallahu alam...


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:45 PM | Show all posts
afira posted on 25-9-2013 05:08 PM
yer aku setuju ngn cara ko tuh..tak suka ngn story yg tergantung..byk iklan mengalahkan sinetron.. ...

ahahahaha...

iolls pun daripada syok baca 1 cite best tu.. patu tetiba bila sambungan..saket perut memanjang..

xpun bos panggil...sampai berhari2 bos die panggil xsudah2..

kadang2 sampai dah lupa last cerita yg iolls baca tu kt page mana n lupa jln cerita die..gigih lah backlog balik...

last2..iolls stop je baca..mls tunggu lagi...




Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sonot bace kesah tt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.476231 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list