CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 2-12-2013 02:31 PM | Show all posts
fatehana posted on 2-12-2013 01:15 PM
andai rasa nak berpuitis silakan aje walau bunyi cam yea x yea

btw buh entry banyak2 yea

kaka ana ckp kate kelam kabut cari sesuatu tu selain kunci keta?
Kate sakit ke.....

1) cari ubat (legal)
2) cari ubat (illegal)  ?

lagipun muka kate digambarkan pucat waktu tu..







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 03:05 PM | Show all posts
... best2....

setujuk jek si zek ni lone renjer macm haku... Selamanya Sendiri... Lonely Forever....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp2 ade la jodoh zek tuh..tp sape kah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 11:39 PM | Show all posts
sarizu posted on 2-12-2013 12:15 PM
Sonotnya zack dpt g sm2 ngan cik zareen

"Alah kak. Bukan pergi jauh-jauh pun. Dalam bangunan yang sama jugak..." Kata Zack.

@Ovina Slow-slow lah yek... nak sambung hari2 macam tak dan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 11:43 PM | Show all posts
fatehana posted on 2-12-2013 01:15 PM
andai rasa nak berpuitis silakan aje walau bunyi cam yea x yea

btw buh entry banyak2 yea

Saya bab puitis ni kureeng sikitlah kak. Kena menuntut lagi gamaknyee....

Cepat akak speku pasal Kate..huhuhu...hebakkk mu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 11:47 PM | Show all posts
UsuFie posted on 2-12-2013 02:31 PM
kaka ana ckp kate kelam kabut cari sesuatu tu selain kunci keta?
Kate sakit ke.....

Jeng Jeng Jeng...


Last edited by Nicki_Meow on 3-12-2013 12:47 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2013 12:00 AM | Show all posts
@ladyFinger12  @kakZue Kalau ikut pada tajuk, memang macam tak berjodoh sampai ke tua si Zack tu...

@sellie003   Hi Sellie. Thanks for reading. Janganlah gitu. Cheq doakan hang jumpa jodoh yang sesuai cepat-cepat. Rugi kalau tak kawen....



Sambung episode tadi. Kat opis bz, tak sempat sambung.




Nota kaki kecil kpd yg membaca:
*Dgn aksi malu-malu kucen, nak mintak bantuan. Kalau iols ada silap dgn grammar English, sila maklumkan. Ticer english iols bz, tak sempat nak tolong semak....



Last edited by Nicki_Meow on 3-12-2013 12:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 12:18 AM | Show all posts
Di Restoran Pinyin yang terletak di tingkat satu Hotel Mayang Sari, Danny Lim si jurugambar berbadan gempal dan pembantunya, Lydia Cheah, gadis berbadan kurus dengan rambut yang berwarna merah jambu, sedang sibuk membuat kerja-kerja mereka. Zack memang selalu menggunakan khidmat Danny sejak dari dulu lagi.

Sebentar tadi, Danny sudah pun mengambil gambar Yee Sang untuk digunakan sebagai promosi sempena Tahun Baru Cina nanti. Sekarang ini, Danny sedang fokus mengambil gambar Cake of the Month. Chocolate Hazelnut Cheesecake menjadi pilihan untuk bulan yang akan datang.

Tidak jauh dari situ, Mr. Balraj a.k.a Papa B, Chef Joe dari pastry, Chef Cheng, Ketua Chef untuk Chinese Kitchen dan Zareen sedang berbual-bual, mungkin sedang berbincang tentang sesi fotografi hari ini.

Zack pula, lebih suka memerhatikan Danny dan Lydia membuat kerja. Zack memang berminat dengan seni fotografi. Banyak tips-tips yang dia pelajari dari Danny.  Sesekali, dia juga saling bertukar pendapat cadangan tentang gambar yang dimahukan.

“What do you think?” Tanya Danny sambil menunjukkan kameranya kepada Zack.




“Nice.” Jawab Zack.

Zack kurang gemar makan kek, tetapi apabila melihat gambar kek itu, terliur pula dia. Zack mengingatkan dirinya untuk membodek Chef Joe selepas habis sesi pergambaran ini nanti. Mana tau, dapat kek barang sepotong dua?  

“Zack, itu you punya boss baru ke?” Soal Lydia.

“Ya lor…boss baru…” Jawab Zack.

“Parveen mana?”

“Parveen migrated to New Zealand. Follow dia punya husband.”

“Oh…” Lydia terangguk-angguk. Rambutnya turut sama bergoyang.

Zack tersengih sendiri. Kali terakhir dia berjumpa Lydia, rambutnya diwarnakan dengan warna kuning keemasan.  Lydia memang suka berfesyen pelik-pelik. Mungkin terlalu obses dengan watak-watak anime dan manga dari Jepun.  

“Hi.” Zareen menghampiri mereka lantas menyapa.

“Sorry that I did not introduce myself earlier.  I’m Zareen. Call me Reen.” Zareen memperkenalkan diri.

“Lydia.” Lydia menghulurkan tangan lalu di sambut Zareen.

“Danny.” Danny yang sedang sibuk dengan kamera, hanya mengangkat tangannya kepada Zareen. Zareen mengangguk sambil tersenyum. Mereka berbual-bual seketika.  

Kedengaran bunyi gitar, intro dari lagu Sweet Child of Mine. Telefon bimbit Zareen yang berbunyi. Kening Zack terangkat.

“Assalamualaikum.” Zareen menjawab telefon.

“Excuse me…” Zareen meminta diri lalu bergerak menjauhi mereka untuk berbual di telefon.

“Mama kat ofislah, sayang.”

Sempat Zack mendengar ayat terakhir yang dituturkan Zareen. Tersentap sekejap. Pertama, sentap sebab memang benarlah yang Zareen sebenarnya sudah berteman lelaki. Kedua, Zack memang alergik dengan pasangan yang suka memakai ganti nama mama-papa begitu.

Alah…baru bercinta. Sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai…

Astarghfirullahaladzim. Zack menggelengkan kepala. Ada ke patut berfikir sampai ke situ?





*Pinyin = Chrysanthemum / Kekwa Last edited by Nicki_Meow on 3-12-2013 12:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 12:21 AM | Show all posts
“Zack, we are done.” Tegur Danny. Zack kembali ke alam nyata.

“As usual, I’ll email the photo to you by tomorrow.” Sambung Danny lagi.

“Okay, thanks Danny.” Balas Zack.

Zack membiarkan Danny dan Lydia mengemas peralatan fotografi mereka. Langkahnya diatur ke arah Chef Cheng dan Zareen yang sedang berbual-bual. Papa B dan Chef Joe sudah hilang, mungkin kembali untuk meneruskan kerja mereka yang tergendala sebentar kerana memberi perhatian kepada sesi fotografi tadi.

“Dah habis ke?” Soal Zareen kepada Zack. Zack menjawab dengan anggukkan.

“Okay guys. Need to get back to work.” Kata Chef Cheng. Tanpa menunggu balasan, dia terus berlalu.

Tinggal Zack dan Zareen berdua di situ. Terdiam.

“Awak…nak pergi makan?” Tanya Zareen, memecah sunyi.

“Errr…boleh ke?” Zack bertanya sambil mengurut tengkuknya.

“Boleh…kot…” Balas Zareen.

“Boyfriend….Cik Reen…tak…marah…ke?” Ayat Zack keluar sebutir-sebutir.

“Boyfriend?” Kening Zareen berkerut.

“Yang call…tadi…tu…” Ayat Zack masih keluar sebutir-sebutir.

“Oh…yang call tadi tu…” Zareen memandang Zack, tersenyum sedikit.

“Taklah. Dia tak marah pun, kalau pergi makan dengan awak…” Sambung Zareen, beberapa saat kemudian.

Zack senyum sumbing. “Betul ke?”

“Betul.”

“Err..jomlah...kalau gitu.” Zack mengangguk setuju. Zareen senyum lagi.

Zack membuang rasa kurang senang dalam hati. Pergi makan aje, bukan pergi dating. Makan pun di Café Suria. Lagipun, Zareen yang ajak…bukan dia yang beri cadangan.Takkanlah pergi makan pun, teman lelaki Zareen nak marah...kan?

“Zack,” Panggil Zareen, apabila Zack masih tak berganjak. Zack senyum sumbing. Dia beriringan dengan Zareen ke Café Suria.

Sambil menjeling Zareen di sebelah, Zack menarik nafas panjang.

Pepatah Mat Salleh mengatakan – Best Man Win.

Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 07:55 AM | Show all posts
Errr...zurin ni aunty jan...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:45 AM | Show all posts

anak reen yg call ke nicki..?

kalo bf/gf mesti cam gini dialog dia...

"mama kat ofislah papa....." instead of 'sayang' kan..

... speku sb terliur sungguh ngan kek tuha....

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:46 AM | Show all posts
sy dah lama nampak cite nie tp x baca2 sbb tajuk tu cam aura negatif jer.
semalam baru bc n suka ngan jalan cite ini tp mintak sgt2...biar lah zack bertemu jodoh.
cam x best jer kalu solo selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 10:47 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 3-12-2013 09:46 AM
sy dah lama nampak cite nie tp x baca2 sbb tajuk tu cam aura negatif jer.
semalam baru bc n suka ...

Kan? Tajuk dah beraura -ve. Susah nak pecah panggung.
Nicki kena tukar .....  Meskikah sendiri lagi?  Tak pun Aku tak mahu sendiri lagi... Or Selamanya kah sendiri lagi?
Nak nampak urban... I don't want to be forever alone.... or Together forever... We are not alone...

Eh, apsal lady plak gigih fikirkan tajuk ni?  
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:33 PM | Show all posts
reen ibu tunggal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 01:14 PM | Show all posts
kek tu nampak ...."yummy"
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 01:40 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 3-12-2013 10:47 AM
Kan? Tajuk dah beraura -ve. Susah nak pecah panggung.
Nicki kena tukar .....  Meskikah sendiri ...

tq lady......xdak cite baru kah?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak angkat reen kowt..Ye la cam Retis suka amik n jg ank angkat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 01:56 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 3-12-2013 09:46 AM
sy dah lama nampak cite nie tp x baca2 sbb tajuk tu cam aura negatif jer.
semalam baru bc n suka ...

Don't judge the book by it's cover....

Anyway, thanks for reading kenapaaku. Meh la saya terangkan knp saya pilih tajuk ni. (eheh..macam buat sidang akhbar... )

Macam saya terangkan kat awal-awal post, asalnya cerita ni cerpen je. Bajet paling banyak pun, 10 - 15 episode. Dan saya fikirkan ending ala yg 'twisted ending' gitu.  Tapi tah macam mana, boleh pulak jadi CerPAN. Nak tukar tajuk pun, macam dah malas...so saya biarkan ajelah tajuk ni. Gitulah kisahnyeee....

Harap sudi baca sampai habis. (Bila nak abes pun, tak taulah iols.... )



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 02:03 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 3-12-2013 10:47 AM
Kan? Tajuk dah beraura -ve. Susah nak pecah panggung.
Nicki kena tukar .....  Meskikah sendiri ...

Awak tajuk yg hang bagi pun, macam tak berapa nak pecah panggung...

Forever Alone - rujuk sini http://knowyourmeme.com/memes/forever-alone

Iols terpengaruh sikit dgn kartun tu....


Anyway, tajuk tak semestinya melambangkan isi cerita. Of koz lah iols take note yg readers tak berapa suka sad ending....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 02:11 PM | Show all posts
@UsuFie   @sapp73   

Nampak sedap kan kek tu? Iols ambik dari gugel je.....



Banyak speku....

Buat seketika, biarkanlah saja speku-speku itu terawangan di udara...







Penyakit writer's block dah mai....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.317380 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list