|
Kurang ajar betul org yg dajalkan lea ni... : |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya orang yg cuba menculik dan langgar Lea ni mungkin orang yang sama....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 8-2-2015 07:43 AM
Rasanya orang yg cuba menculik dan langgar Lea ni mungkin orang yang sama....
Confirm org yg sama Detektif @Ipo... Sgt kurang ajar org itu... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti orang upahan zahira nyer keja ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Juna, cepat update plisssss...... |
|
|
|
|
|
|
|
TT... bila nak update ni... huuuhuhuhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 20
Sejak awal pagi hati Azalea tidak tenang. Nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tidak enak akan berlaku. Ikutkan hati dia ingin saja menolak jemputan ke perkahwinan Insyirah anak Pak Lang tapi bimbang di cop berlagak atau sombong. Tipu lah kalau kata dia tak takut setelah hampir di culik kemudian hampir kena langgar sebab cuai ketika melintas. Nasib baik Zhafran selamatkan aku walaupun malu tujuh keturunan bila aku terlanding atas dia!
Azalea dan Qayyum menaiki kereta yang di pandu Muaz sementara Datuk Zaki dan Datin Sakinah pergi berasingan dengan Rashid. Pemanduan Muaz lancar kerana tak banyak kenderaan di lebuhraya. Muaz memandu tanpa henti dan dalam masa 3 jam mereka sudah sampai. Sebaik kereta Range Rover berhenti di halaman rumah berkembar, susuk tubuh seorang wanita tua bergegas keluar.
“ Lea, bangun! Kita dah sampai” suara Muaz memetir, mengejutkan Azalea di tempat duduk belakang. Oops… tertidur aku rupanya! Dia menenyeh mata dan memandang ke luar. Aikkkk… ini bukan kampung. Hampanya! Ingatkan bila Muaz kata balik kampung, rumah Tok Ibu rumah kayu stail dulu. Rupanya rumah batu moden. Tak ada pun pokok buah buahan atau ayam itik berkeliaran. Yang ada pokok bunga okid dan bunga kertas berwarna warni sebagai penyeri laman.
“ Ini kah rumah kampung awak? Tak macam kampung pun”
“ Dulu masa Tok Ibu dan Tok Ayah muda, kawasan ini memang kampung. Kampung Sena namanya. Ramai saudara mara Tok Ayah masih tinggal di sini cuma sejak dua puluh tahun dulu semua dah buat rumah batu. Yang sebelah tu rumah Pak Lang.” Tiga buah khemahsudah siap di pasang di laman rumah Pak Lang.
“ Ooooh, I dah berangan nak makan buah dari dusun.”
“ Kak Lea, ada pokok buah rambutan dan manggis kat belakang tu. Tapi tak tahulah tengah musim ke tidak. Nanti Qai pergi tengok”
Tok Ibu melambai tangan dengan senyuman lebar. Muaz dan Qayyum turun dan berpelukan dengan nenek tersayang. Azalea menyusul di belakang dan menghulur salam.
“ Apa khabar Tok Ibu?”
“ Anak dara siapa ni? Ini bukan Amy. Sejak bila Aki ada lagi seorang anak perempuan?” Tok Ibu membetulkan cermin mata.
Alahai ! Tok Ibu dah lupa pada BFF dia? Kecil hati tau. Wajah Azalea kendur.
“ Ini Yah. Tok Ibu dah lupa? Hari tu masa Tok Ibu datang rumah kita, Tok Ibu selalu bersembang dengan dia.” jelas Muaz.
“ Oooo….. Cik Yah! Mari… mari...masuk dalam. Lama Tok Ibu tak jumpa. Dulu comot tapi bila dah besar cantik kamu, Yah.” Sekali lagi tawa Muaz dan Qayyum terletus.
Give up lah aku dengan Tok Ibu ni, desah Azalea. Mungkin otak dia bercelaru sebab ramai saudara mara datang untuk perkahwinan anak sulung Pak Lang. Kebanyakan nya berkumpul di rumah Tok Ibu. Azalea rasa janggal bila jadi tumpuan sebaik memasuki ruang tamu. Kaum hawa yang sedang sibuk membuat bunga telur dan bunga pahar berhenti lalu memusatkan pandangan padanya. Seorang gadis berkulit putih dan wajah Chinese look mendekatinya.
“ Saya Irina,adik pengantin perempuan, Insyirah. Ingat lagi tak? Kita jumpa masa Kak Lea dan Abang Muaz kawin dulu. Mungkin Kak Lea tak ingat sebab ramai sangat orang. Kak Lea mesti penat kan? Apa kata Kak Lea rehat dulu, lepas tu kita makan sama sama.”
“ Kak Lea tak penat pun. Ada apa yang boleh tolong?” Azalea mula teruja, seronok buat kerja kahwin berjemaah. Baru lah ada feel.
“ Kalau nak tolong, mari duduk sini. Nah pisau, tolong makcik potong bunga rampai” Seorang wanita sebaya ibunya menghulur pisau. Azalea terus melipat sila dan menghiris daun pandan. Irina dan beberapa orang gadis mengisi gula gula dalam bekas comel berwarna perak. Kumpulan lain pula membuat bunga pahar gabungan warna perak dan putih.
“ Halus kamu hiris daun pandan ni.Tak ramai orang muda sekarang reti nak buat.” puji Makcik bunga rampai
“ Lea selalu tolong nenek hiris ulam sebab dia suka buat nasi ulam”
Makcik bunga rampai ringan mulut bertanya asal usul Azalea. Sambil bekerja masing masing rancak berbual tentang perkahwinan anak sulung Pak Lang atau nama sebenarnya Zainal Abidin. Malam nanti ada berinai kecil untuk ahli keluarga dan kawan rapat. Pagi besok pernikahan dan malam nya bersanding. Cuma berinai dan bernikah di adakan di rumah, bersanding nanti di buat di dewan hotel Swiss Garden. Makanan untuk kenduri di rumah pun guna khidmat katering. Pak Lang tidak mahu membebankan isterinya yang kurang sihat.
Macam perkahwinan di KL juga, tak merasalah nak merewang, bisik Azalea dalam hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Lea, boleh tolong ambilkan kotak yang ada bekas bunga rampai dari atas? Makcik letak kotak tu dekat TV. Lea tolong ya, kaki makcik sakit kalau naik tangga.”
Azalea memanjat tangga ke tingkat atas untuk mendapatkan kotak bila terdengar suara dari salah sebuah bilik. Suara bapa mentua nya agak jelas dari sebalik pintu yang tidak di tutup rapat. Ini sudah kena jadi spy atau lebih tepat , penyibuk.
“ Zainal! Kenapa kau ceraikan Zahira? “
“ Aku dah tak tahan lah. Macam macam aku dah bagi tapi dia asyik kompelin kata hidup dia boring. Aku sabar dan pujuk dia tapi satu hari aku balik rumah tengok dia tengah make love dengan anak bujang jiran aku. Aku tak nak jadi dayus. Jam tu juga aku cerai dia. ”
“ That bitch! Tak tahu apa aku nak cakap. Kau kutip dia tapi dia tetap nak menyundal. Di mana dia sekarang? Aku tak nak dia jumpa Muaz.”
“ Lepas aku lafaz cerai aku halau betina tu. Aku tak tahu mana dia pergi. Lantaklah! Mula mula memang aku sayang dia tapi ….”
Mendengar namanya di laung oleh Makcik bunga rampai, Azalea segera turun ke bawah dengan rasa bercampur baur. Kalau Pak Lang @ Mr Z sudah bercerai dengan Kak Faten, maknanya akan tercapailah hajat Muaz. Tapi kalau betul cerita Pak Lang pasal Kak Faten berselingkuh dengan anak jiran, kesian pula Muaz. Muaz sudah mula berubah ke arah kebaikan, solat tak tinggal dan dah tak minum air kencing setan. Allah dah tunjukkan jalan pada Muaz supaya dia boleh jadi pembimbing. Bersangka baik saja, Kak Faten akan berubah demi orang yang dia cintai. Yang penting aku dapat pergi sambung belajar. London, New York, Paris…here I come! Hoyeeee!
“ Lama nya Lea pergi. “ omel Makcik bunga rampai
“ He… he…sorry. Lea ralit tengok gambar keluarga kat atas.” Dia segera mengosongkan kotak dan mereka berdua mengisi bunga rampai ke dalam bekas berbentuk hati untuk di jadikan hantaran. Bakinya untuk istiadat merenjis.
“ Kak Lea, berhenti lah kejap. Kita makan dulu” Irina menepuk peha Azalea.
“ A’ah, pergi lah makan dulu. Lea datang dari jauh , mesti dah lapar.” ujar Makcik bunga rampai
Azalea mencari Muaz dan Qayyum tapi kelibat keduanya tidak kelihatan. Pandai pandailah mereka, ini kan rumah nenek sendiri.
“ Kita makan kat rumah Ina , di sebelah. Boleh Kak Lea jumpa emak Ina. Dia teringin sangat nak jumpa Kak Lea. Masa Kak Lea kahwin dulu, dia tak dapat hadir sebab tak sihat.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sang_arjuna at 13-2-2015 05:29 PM
Azalea mengikut Irina ke dapur Tok Ibu. Ada pintu kecil yang sedia terbuka, dan di sebelah ialah dapur rumah Pak Lang. Kata Irina , bapanya sengaja “ menebuk” dinding pemisah supaya senang nak menjenguk Tok Ibu. Walaupun Tok Ibu sudah tua, tapi dia masih pentingkan privasi dan tidak suka tinggal bersama anaknya.
Irina membawa Azalea berjumpa dengan ibunya yang berada di ruang tamu bersama Tok Ibu memantau wedding planner membuat pelamin. Mak Lang menyambutnya dengan mesra. Wajah Mak Lang pucat, tapi tetap jelita. Mak Lang atau nama sebenarnya Mazni anak kacukan Melayu-Cina. Waktu muda tentu dia cantik seperti Michelle Yeoh, bintang filem terkenal.
“ Azalea dah makan?” tanya Mak Lang.
“ Baru nak makan. Mak Lang jemputlah sekali”
” Pergilah makan dulu. Mak Lang makan sekali dengan Pak Lang, Mama dan Papa Lea. ”
“ Kak Lea, kita makan buffet style hari ni. Semua orang tengah sibuk. Lagipun ramai sangat orang datang keluar masuk, tak cukup tempat nak makan berhidang. Kak Lea ambil pinggan ni.” Irina menghulur pinggan Arcopal. Di atas meja terdapat bekas berisi nasi panas dan beranika jenis lauk. Wooo… best ni! Perut Azalea berkeriuk melihat sambal tumis udang dan gulai ikan patin.
“ He he he.. Sorry. Perut I ni tak sopan langsung.”
“ Jemputlah Kak. Jangan malu malu. Buat macam rumah sendiri. Kak Lea memang dah jadi keluarga pun”
Tak lama kemudian datang dua orang gadis yang rupa seiras dengan Irina. Seorang bertubuh agak gempal dan seorang lagi tinggi lampai.
“ Eh, Along tu pengantin. Mana boleh keluar bilik, kena marah dengan makcik makcik Nazi tu semua nanti. Pergi duduk diam diam di bilik, kita bawa makanan.” Tegur Irina
“ Cepat sikit tau. Along tengah hot ni.” Insyirah memuncungkan bibir dan menonong keluar. Irina dan Azalea menatang dulang dan masuk ke bilik di mana Insyirah dan adik bungsunya Izleen sedang menunggu dengan wajah cemberut.
“ Angah tau tak yang That Woman is here.” Bisik Izleen sebaik saja Irina dan Azalea duduk bersimpun atas lantai yang di alas tikar.
“ What the hell! Gila kah? You mean Babah jemput dia? Ini sudah lebih.” Suara Irina meninggi seoktaf.
Azalea berhenti menyuap dan memasang telinga. Tentunya mereka bercerita pasal Faten Zahira. Dia terpaksa pura pura tak tahu hujung pangkal.
“ Mana Leen tau?” tanya Irina
“Masa Leen pergi ambil baju kat butik di Berjaya Megamall, Leen nampak dia tengah window shopping. Entah entah dia cari baju nak datang wedding Along”
“ URGGHH! Kalau dia datang, kita ganyang dia. Angah tak peduli! Perempuan tak guna!”
“ Sabar Angah. Jangan ikut hati. Kita tak nak Mama stress.” Insyirah mencelah.
“ Habis tu, nak biarkan dia jadi tetamu kehormat? Nak dia merenjis Along? Over my dead body!” Irina melenting.
Alolololo…ini sudah kes berat! Kenapa Kak Faten begitu nekad nak rosakkan majlis keluarga Mr Z ? Mungkinkah dia ingin membalas dendam kerana di ceraikan Pak Lang ?
“Korang cakap pasal siapa?” Azalea berlagak blur
“ Lea pernah dengar tak nama Zahira? Dia pernah jadi Dewi Remaja, lepas tu jadi pelakun. Kalau Lea nak tahu, dulu dia skandal Muaz. Bila Pak Long dan Mak Long tak izin dia dengan Muaz berkahwin dan hantar Muaz ke US, dia mula mengorat Babah. Entah apa mandrem dia guna, tengok tengok dia jadi mak tiri kita. “ Insyirah mengetap rahang. Matanya mula berkaca.
“ Kak Lea jaga sikit Abang Muaz kalau perempuan tu ada. Perempuan tu gila!”
“You all, bertenang. Syira, nanti muka tak berseri kalau stress. This is your special day.” Azalea cuba memujuk Insyirah walaupun dia sendiri nanar. Kalau Kak Faten dapat tahu aku adalah isteri Muaz, matilah aku. Bom atom akan meletop! Selera makannya terus tertutup.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni takde sambungan utk seminggu dua
kaka kerja luar kawasan |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna replied at 13-2-2015 05:30 PM
lepas ni takde sambungan utk seminggu dua
kaka kerja luar kawasan
Noted that TT @sang_arjuna... Selamat menjalankan tugas |
|
|
|
|
|
|
|
selemat bertugas diluar kawasan
Jgn lupa samabung.... tgk suspen ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq kak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sang_arjuna at 27-2-2015 11:06 PM
Selamat Tahun Baru Cina wpun terlambat seminggu
ok... sambung sikit
........................................................................................................................................
Bab 21
Muaz berdiri di bawah pohon ru memandang laut yang biru. Tubuh diregang. Nafas di tarik dalam dalam hingga ruang dada di penuhi oksigen. Dia ingin sendiri, jauh dari suasana hiruk pikuk di rumah pengantin. Serabut kepala bila di kelilingi saudara mara yang asyik tanya itu ini. Soalan paling teratas di carta tentunya bila nak timang anak. Menyibuk! Sepatutnya dia menemani si isteri bersuaikenal dengan saudara mara sebelah Papa tapi dia rasa tak selesa sejak sampai rumah Tok Ibu. Tak mengapalah, Azalea pandai bawa diri.
Dia ralit memerhati gelagat kanak kanak yang sedang bermain di gigi air. Bila kedengaran loceng penjual aiskrim, masing masing terus mengejar apek separa baya yang memperlahankan basikal. Muaz mengukir senyum. Memori zaman kanak kanak ketika dia tinggal bersama Tok Ibu dan Tok Ayah kembali menerpa. Life was so simple then. Bila lapar -makan, bila ada masa terluang – main dan bila mengantuk –tidur. Tak ada soal hati dan perasaan yang memeningkan.
Muaz tenang menatap keindahan ciptaan Tuhan. Kini dia sedar, segala di dunia ini milik Allah dan manusia cuma hamba yang harus akur akan qada dan qada. Dia cuba berubah sejak menghadiri kuliah Ustaz Lutfi bersama Zhafran. Ceramah ustaz itu benar benar menyentuh hati. Dia kepingin mendapat keredhaan Allah walaupun dia sedar perjalanannya terlalu jauh dan sukar. Kata Zhafran… take baby steps. Ada kala kita akan tergelincir dan terjatuh seperti bayi yang baru bertatih. Tapi yang penting, jangan putus asa. Lagipun Azalea dah lancarkan Projek “ Meng soleh kan” Suami. Baju Melayu dan kain pelikat Muaz sentiasa tersedia sebelum masuk waktu solat. Azalea dengan gaya brutal mengejutnya untuk Subuh, kadang kadang sampai habis basah lencun. Lea…Lea… ada ada saja minah tu. Hujung bibir Muaz terjungkit.
Muaz bangun dan bergerak ke arah hotel di pesisir pantai. Walaupun Tok Ibu dah sediakan bilik untuk mereka berdua, Azalea tentu kekok kalau kena tidur sekatil. Bilik tetamu di rumah Tok Ibu yang di khaskan untuk mereka bukan sebesar bilik di rumah sendiri, takkan salah seorang kena tidur atas karpet. Muaz mengambil keputusan untuk bermalam sendirian di Hyatt. Lebih selesa dan ada privasi. Dia melangkah santai hingga sampai ke lobi hotel yang agak lengang ketika itu. Kakinya tiba tiba terpasak di lantai marmar. Benarkah apa yang aku nampak? Matanya di tenyeh. IT IS HER!!!!
Muaz menahan diri supaya tidak menerpa ke arah dewi cinta yang di cari selama ini. Kalau suaminya ada bersama, lebam mata aku! Zahira tidak banyak berubah. Still as gorgeous as ever. Tubuhnya yang seksi di baluti dress putih paras lutut yang sendat. Aduhhh! Bergegar iman yang dah memang tipis. Muaz memegang dadanya bergegar kencang.
Zafira mengambil kad kunci dari reception desk dan menoleh. Mata mereka bertaut. Sesaat berlalu.
“ MUAZ?”
Muaz mengangguk dan berjalan pantas ke arah Zafira. Keadaan sekeliling sudah tidak di hiraukan dua kekasih yang lama terpisah.
“ Zahira, where have you been? I dah separuh gila cari you, you tau tak?” Bergetar suara Muaz penuh keterujaan.
“ Adalah, nanti I cerita. We have so much to catch up.”
“ Er… Mana your hubby?”
“ Sayaaanngggg… I am single now. I akan cerita semuanya. Jom pergi bilik I.” Zahira menayang kad kunci bilik dengan senyuman nakal. Jarinya menyentuh lembut lengan Muaz. Terasa seperti kejutan letrik membaham seluruh tubuh Muaz.
Tak semena wajah Ustaz Lutfi muncul di minda Muaz lalu dia menjarakkan diri sedikit. “ Err…Why don’t we have lunch? I belum makan sejak pagi lagi. Perut dah lapar lah”
Kucing jantan menolak ikan? Apa dah jadi? Senyuman Zahira jadi hambar. “ Okay, kita makan dulu. I pun lapar juga”
Dia menggesel pada Muaz ketika mereka jalan seiring. Kali ini aku tak akan lepaskan Muaz biar apa pun terjadi. Zahira nekad.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sang_arjuna at 27-2-2015 11:08 PM
Baju Melayu yang siap di gosok dan sampin songket di gantung di pintu almari supaya Muaz tak perlu menyelongkar beg pakaian. Senang suaminya nak tukar pakaian nanti. Semalaman dia tak nampak batang hidung Muaz. Mana lah mamat tu hilang? Walaupun Azalea tidak jangka sesuatu yang buruk berlaku tapi lelah juga nak menangkis soalan dan andaian negatif dari saudara mara. Firasatnya Muaz sudah bertemu Zahira. Besar mana sangat bandaraya Kuantan ini pun. Mesti tengah asyik masyuk sampai terlupa majlis perkahwinan sepupu sendiri. Aku tumpang gembira der. Tiket penerbangan dan ijazah sarjana terbayang di mata….. yeayyyy!
Azalea menyembur minyak wangi Carolina Herrera ke pergelangan tangan. Gincu di oles ke bibir dan dia senyum pada pantulan dirinya di cermin. Selendang sutera yang menutup rambutnya dengan sempurna di betulkan. Jenuh juga ikut tutorial di youtube. Okay, set.
Qayyum keluar dari bilik tidur bertentangan sambil bercakap di telefon.“ Okay, gotta go. Bye!”
Telefon di masukkan dalam kocek baju. Mulutnya membentuk perkataan “ Wow!” tanpa suara ketika ternampak Azalea. Dia bersiul rendah.
“ Cantik macam Norjuma lah akak”
“ Mengada lah kau. Kenapa dengan sampin tu? Tak reti ikat?” Sampin Qayyum terselempang di bahu. Apa punya gaya.… macam petani versi kelas atasan lah pulak.
Qayyum tersengih sambil menyarung sampin. “ Macam tau tau jer. Qai bukannya selalu pakai baju Melayu bersampin. Selalu Mama yang ikatkan tapi entah mana dia pergi.”
“ Anak manja! Dah besar panjang pun Mama kena ikatkan sampin. Akak bukan pandai sangat. Ikat cara yang simple boleh lah. Bukan Qai yang nak jadi pengantin pun. Haa, pegang kat tengah.” Qayyum menelan airliur bila Azalea menyusun dan melurut sampin di pinggangnya. Dadanya berdebar hingga dia bimbang Azalea terdengar paluan sekuat kompang.
“ Lea! Qai! Tak siap lagi? Muaz mana?” Suara Datin Sakinah kedengaran nyaring dari tangga. Dia bergegas naik dan matanya mencerlung melihat Azalea berdiri rapat mengemaskan ikatan sampin Qayyum. Ekspresi muka Qayyum pula…. eeeiiii … macam di bawa bidadari ke langit ketujuh.
“ Qai tak reti nak ikat sampin sendiri? Dah berapa kali dah Mama ajar!”
“ Okay tak Mama? Lea ikat tak cantik ke?” Azalea rasa gerun melihat eskpresi muka Datin Sakinah.
Soalannya tidak di jawab. “ Lea nampak Muaz tak?”
“ Tak ada pun. Rasanya dia ke rumah kawan. Dia ramai kawan di Kuantan yang dah lama tak jumpa” Azalea berhelah
“ Dari semalam tak nampak batang hidung dia, Lea boleh buat tak kisah? Lea tak peduli langsung mana suami pergi? Isteri apa kamu ni? ” Datin Sakinah melampiaskan amarah. Hakikatnya dia dan Datuk Zaki bukan main risau lagi bila mendengar berita yang Zahira sudah di ceraikan dan berada di Kuantan ketika itu. Habis kucar kacir semua orang di sebabkan perempuan tak guna itu.
Muka Azalea memerah. Pertama kali dia kena marah oleh ibu mertua, depan orang pula tu. Dia menundukkan wajah.
“ Biar Qai telefon Abang Muaz.” Qayyum menekan nombor Muaz dan melekapkan telefon bimbit ke telinga. “The number you dialed cannot be reached.” Apakehal?
“ Kita dah lambat. Jom kita pergi sekarang. Bising pula Papa dan Pak Lang nanti. Keluarga lagi lambat dari tetamu” rungut Datin Sakinah sambil menarik tangan menantunya.
“ Relax lah Mama. Rumah sebelah saja pun” Qayyum mengerut dahi. Datin Sakinah nampak lebih tertekan dari waktu dia mengendalikan majlis perkahwinan Amy dan Muaz. Muaz pun satu, entah mana dia menghilang sehari suntuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sang_arjuna at 27-2-2015 11:10 PM
Sebaik sampai ke rumah Pak Lang, Azalea di suruh masuk ke bilik pengantin di mana Insyirah sedang di solek. Irina dan Izleen yang akan jadi pengapit pun turut menata rias wajah. Keadaan dalam bilik agak riuh dengan suara dan gelak tawa sepupu dan sahabat pengantin yang rata rata hantu selfie. Hantaran sebanyak sembilan dulang bertema warna putih dan hijau sudah siap sedia. Azalea memuji hantaran yang di gubah sendiri oleh Mak Lang. Simple tapi menarik.
“ Merah sangat lipstick ni. Ina tak suka lah. Siapa ada lipstick pink?” tanya Irina sambil mengelap bibir dengan tisu.
“ I ada” Azalea menyelongkar tas tangan dan mengeluarkan lipstick MAC Pink Noveau yang di hulur pada Irina. Sekeping kad kecil yang biasa di lekatkan pada hadiah terjatuh keluar. Mana pula datang benda alah ni? Dia mengutip kad dari lantai. Nafasnya tersekat bila dia membaca apa yang tertulis
“ Aku sedang memerhati kau. Masanya akan tiba”. Meremang bulu roma Azalea. Ini bukan dari peminat rahsia, dia pasti.
“ I keluar kejap.” Dia rasa semput, lebih lagi dalam bilik yang sesak.
“ Okay. Tapi Kak Lea jangan lupa masuk balik sebelum rombongan lelaki sampai.” ujar Izleen.
Azalea mengangguk dan bergegas menuju khemah di mana Qayyum sedang bersantai dengan sepupunya Haris dan Aiman. Di kala ini cuma Qayyum tempat mengadu. Bahu Qayyum di sentuh.
“ Kenapa Kak Lea? Muka akak pucat. Tak sihat ke?”
Tanpa kata Azalea menunjuk kad tadi. Dahi Qayyum berkerut.
“ Mana akak jumpa ni?”
“Dalam handbag. Baru tadi akak terjumpa. Semalam tak ada pun.” Suaranya gugup. Tentu ini perbuatan seseorang yang ada di rumah Tok Ibu kerana sejak sampai di Kuantan semalam dia tidak keluar ke mana mana. Siapa yang berniat jahat terhadap aku? Seriau Azalea memikirnya.
“Akak ada stalker di sini. Lepas kenduri, Qai tolong hantar akak ke stesen bas. I want to go back to KL as soon as possible”
Qayyum mengilas pandang ke sekitar. " No one looks suspicious here. Jangan terburu buru. Biar Qai fikir apa yang patut kita buat. Yang penting Kak Lea tak boleh bersendirian. Selagi ada ramai orang di sekeliling, sesiapa pun tak berani kacau sebab ramai saksi”
“ Akak takut, Qai. Akak nak balik ke rumah Kerina atau rumah parents akak.” Mata Azalea mula berkaca. Bibir bawahnya di gigit. Aku bukan paranoid, sememangnya aku dalam bahaya.
“ Okay… okay. Sekarang Kak Lea relax dulu. Sini ramai bodyguard. Nothing will happen to you with all of us here. Percayalah cakap Qai" Qayyum mengambil gelas dari meja buffet dan menuang sirap. Gelas di hulur dan dia menarik kerusi untuk Azalea.
Azalea meneguk minuman dan cuba menenangkan diri. Betul juga kata Qayyum, dia selamat selagi berada di khalayak ramai. Tak lama kemudian rombongan lelaki sampai dan Azalea menyusup masuk ke rumah melalui pintu belakang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh...ni mesti kje zahira...mesti dia dh tau lea kawen dgn muaz
Huhu...Muaz manaaa...???
Next!
Dh x sbr ni |
|
|
|
|
|
|
|
nota kaki dah terlepas ke tangan Azalea pulak ke??
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|