CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pomade.seller

Kisah highway guthrie,siapa yang pernah kena?

[Copy link]
Post time 9-7-2014 12:42 AM | Show all posts
hai selamat malam semua..

ni nak sambung kisah semalam

lepas aku sampai rumah malam tu, aku tidur macam biasa tanpa ada gangguan apa2. pada keesokannya pulak, aku pun sembang lah dengan abang aku. aku cerita lah kat dia apa yang berlaku semalam kat aku dan adik aku. pas tu dia pun dia dan senyum kat aku.dia tanya aku, apa aku rasa kan. aku kata tekak aku masih pedih dan badan aku panas macam nak demam. dia kata aku terkena dengan benda-benda halus ni. aku tanya dia, betul ke atau saja nak main-main nie.

pas tu dia kata, semalam bila aku balik rumah tu, kan dia yang tolong bukakan pintu kan... kan dia ada tenung aku lama kan... korang tahu tak kenapa dia tenung aku lama? sebab dia nampak aku ada tanduk kecik je. dia siap lukis lagi kat aku macam mana rupa tanduk tu. korang tahu x macam mana rupanya tu? rupa macam setan. kan ada bertanduk. mcam tu lah rupanya.. dasyat kot!

lepas tu, abang aku kata, malam nanti dia akan buat rukyah kat aku. nak bebaskan benda-benda tak elok yang menumpang badan aku nih. jadi bila menjelma malam. abang aku rukyah aku macam biasa. alhamdulillah xde apa2 yang teruk terjadi pd aku sepanjang aku di rukyah. abg aku kata, benda tu keluar macam tu je. maksudnya benda yang jenis baik sikit lah kot. tapi abg aku pesan aku kena tidur buka lampu.

jadi menjawab lah soalan kenapa budak perempuan kat kedai tu senyum2 n tengok aku lama2. aku rasa dia pun tengok aku bertanduk kot masa tu..huhuhuhu...

tapi...benda ni tak habis sini je.. adik aku pun kena gak. dia lagi teruk kena. seminggu dia tak leh bercakap sebab tak de suara. badan panas. abang aku kata, mungkin yang dia kena ni teruk sikit kot.

jadi nak selesaikan kes adik aku ni, abang aku, kak ipar aku dan aku ke rumah sewa adik aku di puncak alam. kita pergi jam 9 malam. bermula abang aku keluar rumah nak ke puncak alam, badan abang aku ni letih sangat. memang dia kata jadi sangat berat dan tak terdaya. dia tahu semua ni sebab benda halus ni jugak lah. sebab dia tahu abang aku nak g pisahkan benda halus yang ada dalam badan adik aku.

jadi sampai lah juga kami di rumah sewa adik aku. kita orang tunggu kat luar rumah sampai adik aku keluar rumah. masa adik aku keluar rumah nak jumpa kita orang, dia macam biasa je. senyum yang biasa je. salam aku biasa je. pas tu bila dia bersalaman dengan abang aku, dia terus menangis dan meraung-raung. abang aku masih tak lepaskan tangan dia tu. makin kuat lah adik aku meraung. pas tu, abang aku kata dia nak buat rukyah adik aku di rumahnya di gombak. so dalam keadaan menangis tu, adik aku dipaksa masuk kereta.

tapi xsampai rumah pun, abang aku terpaksa buat rukyah kat adik aku dalam kereta gak. sebab gangguannya makin teruk. so, abang aku park kereta di tepi jalan. dan dia buat rukyah kat situ. memang degil setan yang masuk dalam badan adik aku ni. dia tak nak keluar. bila abang aku duk rukyah tu, lagi kuat adik aku meraung dan menjerit. abang aku kata suruh adik aku lawan jugak sendiri. sebab benda ni tak nak keluar jugak. lama gak lah abang aku rukyah adik aku di tepi jalan tu. dalam nak dekat sejam jugak lah. akhirnya adik aku kembali normal.

jadi bila dah setel semua tu... kami pun bergerak pulang ke gombak. guna higway latar jugak lah. tapi dalam perjalanan tu, memang kami semua terbau satu bau yang sangat busuk!!! masa tu kak ipar aku tegur lah, dia kata kat abang aku, ada terhidu tak bau tu? abang aku senyap je. dan abang aku terus senyap sepanjang perjalanan pulang dari puncak alam ke gombak.

sampai di rumah di gombak, abang aku buat 'pagar' rumah dia tu. dia kata dia kena lepaskan benda ni jangan bagi masuk rumah...

begitulah akhirnya kisah aku dan adik aku yang 'terkena'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 09:40 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 3-6-2014 08:38 AM
staff2 tol mesti byk cite2 best ...

betul2 staff keje tol mesti lagi byk kali Nampak kot

btw rumah saya dekat ngan hiway Guthrie nih, pegi balik keje mmg lalu Guthrie. Sebelum exit ke sg buloh tuh mmg selalu sgt accident, pernah Nampak depan mata sendiri kereta berpusing waktu hujan, ingatkan mmg jalan tuh licin rupanya ada kisah angker di situ ye hehehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
maryamamina posted on 9-7-2014 09:40 AM
betul2 staff keje tol mesti lagi byk kali Nampak kot

btw rumah saya dekat ngan hiway Guthrie ni ...

Disitu mmg byk kisahnya.. nnt sy ceritakan disebalik kisah guthrie highway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akues posted on 9-7-2014 12:42 AM
hai selamat malam semua..

ni nak sambung kisah semalam

Saya sgt tertarik dengan cerita tuan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda gambar ke? Mesti lagi best kalau ada gambar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.434663 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list