CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kittie

All About Japan\\\\\\\'s Hokkaido & Tohoku Regions (Sapporo, Sendai, etc.)

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2015 11:04 PM | Show all posts
red_mist replied at 18-3-2015 10:16 PM
salam..
bestnya tgk gambar2 tu..
akak pergi berapa hari di hokkaido tu?

Akak di Sapporo selama 3 hari.Itinerary nanti akak beri lepas habis cerita dlm blog. Berserta budget & review.
Kalau nak pi bulan December, masa tu dah mula nak masuk winter. Biasanya time nih salji akan turun mencurah2 so hati2 dgn travelling, kadang2 flight ke sana boleh jadi delay kerana snow storm. Kena selalu tgk Sapporo live cam http://www.goandroam.com/webcams/japan/sapporo/


Kalau travel dari KIX Osaka dgn Peach Air atau Jetstar, kalau book awal boleh dapt tiket murah less than RM400 return per pax. Hotel pulak mcm akak stay di Toyoko Inn Sapporo boleh dapat dlm RM200 twin sharing. Overall okay lah boleh experience something different dari Tokyo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 04:36 PM | Show all posts
noriabdullah replied at 18-3-2015 11:04 PM
Akak di Sapporo selama 3 hari.Itinerary nanti akak beri lepas habis cerita dlm blog. Berserta budg ...

tq for the tips..
risau pulak snow storm.. hmm..kena adjust date la kot
nak kena baca ur blog juga la nnt..hehe
btw..akak pergi bila?

TQ

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 04:37 PM | Show all posts
noriabdullah replied at 18-3-2015 11:04 PM
Akak di Sapporo selama 3 hari.Itinerary nanti akak beri lepas habis cerita dlm blog. Berserta budg ...

http://touchdowntokyo.blogspot.com/

ni blog akak ye?


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 04:46 PM | Show all posts
red_mist replied at 19-3-2015 04:37 PM
http://touchdowntokyo.blogspot.com/

ni blog akak ye?

Yer.akak pi bulan Feb, kerana nak ambil kesempatan tenguk Sapporo Yuki Matsuri (snow festival)

Kalau nak pi bulan December pun boleh cuma elak pi semasa Xmas dan New Year sebab masa nih ramai
orang dan harga tiket utk flight dan hotel jadi mahal.

Dan kalau travel masa winter nih kalau boleh ambil flight yg awal ke Sapporo, nak balik ke Tokyo pun ambil yg awal, takut2
kalau delay tak lah affect lain2 connecting flight atau hotel reservation.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 04:33 PM | Show all posts
wahhh tengkiu for sharing stori ni kat cni. dari sedih terus semangat semula.

saya patut g jepun awal apr ni, utk tgk cherry blossom. fly patut kul to osaka then balik narita to kul. tapi baru kena inform sy kena pg training dan wajib pegi. uwaaaaaa harus nak nanges. then td MAS inform tiket sy ni valid sampai sept je untuk extend kan. igt dah nak hangus dah my ticket.

nasib ada kawan suggest cuba tgk hokkaido on july. so sy pun plan nak g kul to osaka, dr osaka g hokkaido, lepas 4 ari sana baru g tokyo.  cumanya sy pegi musim summer. tu tak jadik nak pg kyoto, kobe, hiroshima. sbb cuaca agak panas.

agak2 kalo pg end julai, bunga lavendar dah mencanak2 tak? sy plan nak tinggal kat sapporo. and dr yg kittie share sy boleh pg furano.  sy plan 2 hari Osaka, 4 hari Hokkaido dan 3 hari tokyo- agaknya cukup kan?

cherry blossom terpaksa dilupakan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 10:09 PM | Show all posts
noriabdullah replied at 19-3-2015 04:46 PM
Yer.akak pi bulan Feb, kerana nak ambil kesempatan tenguk Sapporo Yuki Matsuri (snow festival)

...

Salamm
I cadang nak pergi hokaido mei ni ie dr 1st mei. Minta pandangan:
1. Berapa hari ye suggest untuk stay disana ie sapporo,furano dan otari?
2. I baca kata lebih baik stay disapporo and td tenguk booking.com-harga hotel bulan mei ni agak tinggi. Mmg bulan mei harga dia mahal ke? Dulu u stay dihotel mana?

p/s:
I plan nak gi hokaido and balik singgah tokyo dlm 2 hari -nak lawat disney world or sea aje.

Terima kasih

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2015 11:19 PM | Show all posts
noriabdullah replied at 18-3-2015 11:04 PM
Akak di Sapporo selama 3 hari.Itinerary nanti akak beri lepas habis cerita dlm blog. Berserta budg ...

Kak, nak tanya ni. Yg Jetstar, Peach Airline ni konsepnya mcm Air Asia ke mcm mana?? Kena beli luggage dan seat separately ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:28 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-3-2015 11:19 PM
Kak, nak tanya ni. Yg Jetstar, Peach Airline ni konsepnya mcm Air Asia ke mcm mana?? Kena beli lug ...

La...awak bertanya juga! Ingatkan nak tolong jawabkan my questions.
Macamana dengan trip? Sure seronok.
Sharelah your plan utk gi hokaido next year.

Thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 10:54 AM | Show all posts
uda replied at 23-3-2015 10:09 PM
Salamm
I cadang nak pergi hokaido mei ni ie dr 1st mei. Minta pandangan:
1. Berapa hari ye sugge ...



Wa'alaikum salam,

I cadang nak pergi hokaido mei ni ie dr 1st mei. Minta pandangan:

Tarikh yg awak nak pi Hokkaido tu betul2 berada dalam cuti Golden Week di Jepun. Seboleh2nya orang akan cuba elakkan dari pi ke Japan pada minggu terakhir bulan April dan minggu pertama bulan Mei, terutama sekali di tempat2 tarikan pelancung kerana keadaan akan jadi sesak dengan manusia. Kena ingat orang2 Jepun nih dorang memang workaholic, so bila time cuti memang masa tu dorang akan bawak family atau pergi untuk beristirehat. Bukan tak boleh pi masa nih tapi kena prepare dengan keadaan train station yg penuh dgn orang ramai.

1. Berapa hari ye suggest untuk stay disana ie sapporo,furano dan otari?

Akak stay di Sapporo utk 3 malam, tu pun tak habis cover semua tempat. Kami dah peruntukkan sekurang2nya 2 tempat utk explore dalam satu hari. Tapi bandar Sapporo nih tak seluas Tokyo jadi kalau nak pi satu tempat ke satu tempat boleh kita bergerak cepat cuma perlu buat planning dgn baik. Furano terletak dalam 2 jam travelling time (dgn train) dari Sapporo dan Otaru pulak dalam satu jam dari Sapporo. Apa kita nak buat di Sapporo/Furano/Otaru bergantung jugak pada musim kita pi ke sana. Contohnya Furano lebih eluk pi dalam bulan June utk tenguk Lavender, Sapporo pulak lebih sesuai pada musim winter kerana banyak aktiviti spt Snow Festival di adakan pada masa nih. Tapi boleh jugak kita nak pi pada bulan2 lain cuma event atau benda2 yg menarik ada atau hanya berlaku pada musim tertentu saja.

Otaru - kalau awak travel pagi dah boleh cover banyak tempat, in my opinion satu hari pun cukup, unless nak cover and explore mcm2 tempat kat situ.
Furano - No komen sebab akak tak pi ke sana lagi hehe masa kami pun suntuk cuma 3 hari saja di Sapporo
Sapporo - Ada banyak tempat di sini utk explore spt : Mt Moiwa, Shiroi Koibito Park, TV Tower, Clock Tower, Takino Suzuran dll. Boleh kata 3 solid days kat Sapporo pun tak abis nak cover, lagi pun kami pi ketika winter, pukul 5 dah masuk maghrib so nak cover banyak tempat pun perlu perancangan yg teliti

2. I baca kata lebih baik stay disapporo and td tenguk booking.com-harga hotel bulan mei ni agak tinggi. Mmg bulan mei harga dia mahal ke? Dulu u stay dihotel mana?

Pls refer semula pada jawapan awal. Travel pada Golden Week mmg macam nih lah yg tak berapa menarik. Sebab harga hotel akan melambung tinggi. Malahan kalau kita naik Shinkansen tanpa booking seat (unreserved seat) kena prepare utk berdiri sepanjang perjalanan. Akak pi Sapporo dalam bulan February baru2 nih pun dah ramai orang sebab Winter Festival, kami booked hotel 3-4 bulan sebelum nak pi, lagi 2 bulan kebanyakan hotel berdekatan dgn Sapporo JR Station dah fully booked, cuma tinggal yg at least RM700 per night saja

Kami stay di Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi, rate satu malam dlm RM202 (exchange rate Y1000 @ 30.00), boleh baca dlm blog akak. Okaylah hotel nih, walking distance dari JR Sapporo Station, bilik pun luas compare tu hotel2 di Tokyo


I plan nak gi hokaido and balik singgah tokyo dlm 2 hari -nak lawat disney world or sea aje.


Akak suggest guna perkhidmatan Jetstar atau Vanilla Air dan cuba utk booked awal (at least 3 bulan sebelum pi) utk dapat tiket yg murah. Tapi kalau pi disneyland atau disneysea ketika Golden Week, better prepare yourself dengan lautan manusia. Orang2 Jepun nih dorang sanggup queue dgn penuh disiplin utk main rides walau berjam2...cuma kita yg banyak agenda nak pi sana sini yg tak sanggup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:14 AM | Show all posts
noriabdullah replied at 24-3-2015 10:54 AM
Wa'alaikum salam,

I cadang nak pergi hokaido mei ni ie dr 1st mei. Minta pandangan:

Thanks kak.
Wah....kalau gini, mcm kena kansel ajelah nak gi sana mei ni. I sebenarnya nak travel cepat2 ni sebab nak redeem tiket mas dan tiket tu akan expire jun ni.. and duit lebihan travel last year masih ada lagi. Nak tukar balik ke RM, rasa rugi pulak. Tu yang nak travel juga ke Japan.Kena pergi tempat lain gamaknya.
Bulan Ogos pun ramai juga orang kan?

Thanks


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:45 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-3-2015 11:19 PM
Kak, nak tanya ni. Yg Jetstar, Peach Airline ni konsepnya mcm Air Asia ke mcm mana?? Kena beli lug ...



Akak ke Sapporo dari Narita menaiki Jetstar, dan balik semula dari Sapporo ke Narita dgn Vanilla Air.
Peach Airline rasa2nya yg nak ke Sapporo cuma dari KIX saja, bukan dari Narita.

Akak try to list down experience menaiki kedua2 airline nih :

Jetstar

* Kena register terlebih dahulu dalam website sebelum boleh buat booking.
* Ada 3 types of tickets - Starter fare, Plus Bundle dan Max Bundle, harga utk 3 types of fares nih pun lain2
   -  Starter fare : paling murah, utk yg travel light, tidak ada checked in luggage
   -  Plus Bundle : boleh buat free seat selection
   -  Max Bundle : Biasanya lagi mahal dari harga tiket tapi banyak flexibillity spt boleh ubah tarikh/time flight at no extra charges, free seat selection, 20kg
                            luggage

* webcheck in 2 hari sebelum flight
* selepas luggage check in terus ke waiting lounge
* Seat sempit mcm airasia local flight lebih kurang

Komen : Semasa akak buat booking Jetstar flight kami mula2 beli starter fare (konon2 nak save) dan pikir luggage yg tak mau bawak nak store kat dlm locker di Narita Airport. Kemudian lepas sebulan rasa tak sedap pulak sebab barang2 makanan tak bawak. So kami beli seat & luggage (15kg). So kalau kira2 semula kami paid a bit more daripada kalau kami beli ticket & plus bundle dan terus beli seat dan luggage in one go.

Vanilla Air

* Tak payah register utk beli tiket lebih kurang mcm Malindo Air
* Tak ada web check in, lepas beli ticket terus print dan simpan voucher
* 2 types of fares : Simple & Inclusive
   - Simple : utk yg tak ada check in luggage
   - Inclusive : free 20kg check in luggage, tapi seat kena beli
* Di New Chitose, Sapporo airport, sistem check in luggage & passport dorang nih pelik sikit, Mula2 pi ke tingkat bawak check passport, timbang & tag luggage yg kita nak check in kat counter vanilla Air. Kemudian bawak  luggage nih ke ANA counter utk x-ray dan serah luggage. Kemudian naik tingkat atas utk lepas custom check in dan terus ke waiting lounge.
* Seat besaq sket dari Jetstar

Komen : Vanilla Air lagi murah dari segi dorang dah include check-in luggage (20kg) sorang dalam harga tiket. Tapi apa pun tiket jadi murah kalau beli 3-4 bulan sebelum berlepas, dan tiket utk weekend biasanya mahal compare tu weekdays.


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:52 AM | Show all posts
uda replied at 24-3-2015 11:14 AM
Thanks kak.
Wah....kalau gini, mcm kena kansel ajelah nak gi sana mei ni. I sebenarnya nak travel ...

Sapporo pada bulan Ogos adalah musim panas, tapi suhu dalam 20+ celcius, bulan ogos juga adalah bulan yg mencatitkan paling banyak hujan.Alah...susah2 pi bulan Januari atau February lah...boleh main snow kat sana haha

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 12:47 PM | Show all posts
noriabdullah replied at 24-3-2015 11:45 AM
Akak ke Sapporo dari Narita menaiki Jetstar, dan balik semula dari Sapporo ke Narita dgn Vanil ...

Wah!! fening juga aku baca akak punya post ni. Tak blh nak decide dah. kekekeke!

Anyway, lama lg nak gi. Thn depan bulan 3 ujung. So byk masa nak decide. Skrg ni pun msh kat Munich. Karang nak ke Frankfurt. Tido 2 mlm. Dr Frankfurt baru fly back to KL.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 12:50 PM | Show all posts
uda replied at 24-3-2015 10:28 AM
La...awak bertanya juga! Ingatkan nak tolong jawabkan my questions.
Macamana dengan trip? Sure se ...

Hahahah!! sama soalan kita rupanya. Aku msh kat Munich. Ari ni nak gi Frankfurt. 2 mlm Frankfurt br fly back to KL.

Seronok mmg seronoklah. Tak blh nak ckp. Sat lg lupa jln blk rumah. kekekeke!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:01 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-3-2015 12:50 PM
Hahahah!! sama soalan kita rupanya. Aku msh kat Munich. Ari ni nak gi Frankfurt. 2 mlm Frankfurt b ...

Ish...lamenya berjalan!
U pergi dulu 1 hari daripada i and I dah 3 minggu balik.
Ni sure bawak duit berkepok-kepok
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:21 PM | Show all posts
uda replied at 24-3-2015 01:01 PM
Ish...lamenya berjalan!
U pergi dulu 1 hari daripada i and I dah 3 minggu balik.
Ni sure bawak d ...

lah!! ko pergi berapa ari bulan tu?? Awalnya ko blk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 01:47 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-3-2015 01:21 PM
lah!! ko pergi berapa ari bulan tu?? Awalnya ko blk?

28 Feb hingga 7 mac
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:53 PM | Show all posts

Ko gi mana mana saja tu?? Sekejapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:00 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-3-2015 01:53 PM
Ko gi mana mana saja tu?? Sekejapnya.

Seoul, korea
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:24 PM | Show all posts

Tgh study benang ni cari info nak g Hokkaido in Dec.. takde choice sgt date tu coz budak2 dah sekolah ni dpt jalan masa cuti sekolah jelah huhuhu.. Agak2 bila start ada snow ni ye? Plannya nak pegi end December.. mungkin dlm 7 days to cover Hokkaido je.. main purpose nak bawak budak2 build Olaf

dah khatam baca benang ni tapi nya belum decide nak pegi mcm mana.. mula2 tgk package coz bawak budak2 kecik macam malas nak berangkut sana sini, tapi mahalnya la package2 yg ada.. so thinking of nak arrange sendiri.. kalau tak bwk budak2 memang free & easy je selalunya..

Ke ada sapa2 tau package yg murah2 yg penah korang pegi? Ikut package ni Nampak diaorg ada visit ice wall, tapi tak sure kat mana..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 1.157205 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list