CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:09 PM | Show all posts
Sambungan...

Kalau kita hendak fokus pada bangsa Melayu yang memang bernasib baik, dengan rahmat Tuhan, orang Melayu semuanya Islam. Selepas merdeka tentulah orang Melayu ingin berdaulat di segi politik, ekonomi dan lain-lain. Kalaupun tidak boleh menguasai bangsa lain, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri. Tetapi mereka tidak mahu merujuk kepada Rasulullah saw dan pada Tuhannya.

Akhirnya walaupun umat Islam sudah merdeka 40-50 tahun, cuba tunjukkan satu negara umat Islam yang kuat. Adakah Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan atau Malaysia? Bahkan Negara-negara yang lebih dahulu merdeka pun masih lemah seperti negara-negara Arab. Umat Islam tidak mahu menggunakan formula dari Tuhan yang dicontohkan Rasulullah.

Cuba tengok mengapa Allah utuskan Rasulullah kepada satu bangsa yang paling lemah waktu itu dan tiba-tiba bangsa itu jadi empayar. Selepas negara Arab menjadi Islam maka banyak negara-negara lain di dunia ikut Islam. Jadi siapa hendak kuatkan bangsa dan negaranya, ada contoh dari Rasulullah. Sebab itu Tuhan contohkan dengan negara Arab yang paling mundur ketika itu. Kita hendak gambarkan bagaimana Rasulullah bangunkan bangsa Arab.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:12 PM | Show all posts
sambungan...

Waktu itu bangsa Arab paling miskin dibandingkan dengan Rom, Parsi dan negeri China. Ia juga bangsa paling berpecah belah, suka berperang sama sendi
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:21 PM | Show all posts
Sambungan...

Tapi sengaja Allah utuskan Rasulullah kepada bangsa Arab yang miskin, yang tidak tahu membaca dan suka berperang. Kerana suka perang itu, dalam satu kabilah, berlaku kalau ada seseorang hendak pinang anak gadis dalam kabilah itu, syaratnya kena pergi penggal kepala musuh sebagai mas kahwinnya.

BegtuIah dahsyatnya bangsa Arab maka Tuhan utuskan Rasulullah. Dalam keadaan begitulah Allah utuskan Rasulullah. Rasulullah ambil masa 23 tahun sahaja. Bukan sahaja mereka jadi berdaulat bahkan jadi empayar, jadi guru kepada dunia hingga Barat pun jadi murid kepada Islam. Barat ambil ilmu dar Islam, diproses, hingga sekarang kita pula belajar darinya. Kita bukan sahaja jadi murid bahkan kena tipu waktu sedang jadi murid.

Macamana Rasulullah didik bangsa yang begitu dahsyat? Kalau begitu, marilah kita lihat bagaimana Rasulullah mendidik bangsanya. Marilah kita belajar dari sejarah ini. Selepas merdeka, umat Islam sudah bertamadun, sudah ada doktor, engineer, penulis tetapi sampai sekarang belum boleh buat apa-apa. Tidak mampu. Begitu lemahnya umat Islam hari ini. Cakap lebih sedikit, kena tekan dengan Amenika. Dia akan beri amaran, 搕engok apa jadi pada Iraq.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:33 PM | Show all posts
Sambungan...

Allah utus Rasulullah sekitar 22 tahun 2 bulan 22 hari. Untuk senang, orang katakan 23 tahun. Maha bijaksana Tuhan, dengan kaedah-kaedah dari Tuhan, bangsa yang tidak berguna pada dunia boleh jadi empayar. Cerdiknya Rasulullah apply ilmu dari Tuhan untuk bangsanya.

Bagaimana? Quran bersifat ilmu. Bukan senang hendak faham. Jadi kita kena lihat praktikal yang Rasulullah buat. Rasulullah berjuang, yang pertama peringkat Mekah, yang kedua peringkat Madinah. Allah turunkan ayat Quran, ada ayat Makkiyah dan ada ayat Madaniyah.

Dalam peringkat peijuangan Rasulullah, berpandukan ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyah, Rasulullah ambil 13 tahun untuk bangunkan roh manusia, akidah, tanamkan rasa takut dan cintakan Tuhan. Dalam 13 tahun itu belum puasa, tidak dibenarkan jihad dan tidak dibangunkan ekonomi. Bahkan sembahyang yang penting pun banya diperintahkan setelah 11 tahun Rasulullah jadi Rasul.

Sebab apa erti sembah Tuhan kalau rasa berTuhan tidak ada, Tuhan tidak dicintai dan ditakuti. Maka Rasulullah saw tanamkan rasa bertuhan hingga manusia mabuk dengan Tuhan. Hingga orang-orang kafir melihat mereka seperti orang-orang mereng. Mereka anggap Rasulullah sihir Sahabat.

Jadi begitu kerana fanatik dengan Rasulullah. Selepas 13 tahun, Rasulullah dipindahkan oleh Allah ke Madinah. Yakni setelah ada kelompok yang benar-benar cinta dan takutkan Tuhan. Bila takut Tuhan, takut hendak buat salah dengan orang lain. Bila cinta Tuhan, otomatik berkasih sayang sesama manusia.

Lahir kasih sayang luar biasa. Waktu itu Allah pindahkan Rasulullah ke Madinah. Waktu itu barulah datang hukum halal haram, perintah jihad, perintah bagaimana hendak bangunkan ekonomi, bagaimana hendak berhadapan dengan Yahudi, bagaimana berhadapan dengan orang yang tidak mahu ikut tetapi tidak menentang dan bagaimana hadapi orang yang menentang.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:40 PM | Show all posts
Sambungan...


Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak bertemu akan tertanya-tanya. Bila ada yang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan. Masing-masing tahu dan berebut-rebut untuk membantu. Jadilah orang miskin lebih senang dari orang kaya.


Contohnya, katalah dalam satu masyarakat kampung, hasil kenal-mengenal, penduduk tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin. Katalah ada seorang yang kaya. Orang tahu dia kaya maka orang tidak fikirkan samada dia makan atau tidak sebab dia kaya. Tapi kalau ada orang miskin, masyarakat kampung tahu, masing-masing beri makanan sehingga banyak makanannya setiap hari. Hinggalah terjadi orang miskin begitu kaya raya dengan rezeki hari itu manakala orang kaya hanya kaya biasa. Di Hari raya, orang miskin dapat baju raya 2,3 pasang

Macamana Rasulullah tanamkan perasaan itu? Kesan dari tauhid yag benar-benar dihayati. Cintai Tuhan dan kasih sesama manusia.

Itulah contoh yang Abuya boleh beri. Bangsa Arab itu dari berpecah belah jadi sangat bersatu padu. Dari tidak tahu membaca, boleh membaca dan menulis. Dari ayat Quran itu, macam-macam ilmu mereka dapat. Sebab itu gambaran masyarakatnya, itulah gambaran masyarakat bertaqwa. Bila bertaqwa, apa janjiTuhan?

揃ilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.擺/b]

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 18-1-2005 at 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:49 PM | Show all posts
Sambungan...

Berkat dalam ekonomi, masyarakat, pendidikan dan Iain-lainnya. Tuhan beri berkat. Kalau orang biasa dapat 1, orang bertaqwa dapat 10. 1 orang bertaqwa boleh lawan 10 orang biasa. Kalau berekonomi, orang biasa dapat 1000, orang bertaqwa dapat 10 000.

Dalam 23 tahun, umat Islam berperang sebanyak 74 kali. Setiap kali perang, jumlah musuh lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Cuma sekali sahaja tentera Islam lebih ramai iaitu waktu perang Hunain tetapi waktu itulah tentera Islam kalah. 73 kali menang.

Begitulah yang Allah maksudkan 揃ilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-1-2005 12:52 PM | Show all posts
Sambungan...

Sayidi Abdul Aziz datang ke Melaka, lebih kurang 600 tahun lepas. Sampai di pantai, dia sembahyang. Waktu itu orang Melayu beragama hindu. Rakyat beritahu Sultan maka dia pun datang ke pantai. Sultan dan Sayidi Abdul Aziz, masing-masing tidak tahu bahasa masing-masing. Guna bahasa isyarat.

Kerana taqwanya Sayidi Abdul Aziz itu, lahir isyarat maknawi. Secara isyarat pun raja boleh faham lalu masuk Islam. Maka rakyatnya pun masuk Islam. Tanpa perang. Dengan kasih sayang dan kekuatan roh. Mengapa negara-negara Islam seluruh dunia tidak belajar dengan sejarah ini? Mengapa ambil kaedah-kaedah lain? Akhirnya kita terhina.

Islam ada kaedah sendiri. Jadi tajuk kuliah ini ialah 揃agaimana hendak bangunkan bangsa Melayu secara Islam.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 19-1-2005 10:32 AM | Show all posts
Terhadap   semua   penyakit   ini   kita   wajib   melakukan mujahadah. Firman Allah:

"Wahai orang yang beriman bersabarlah dan berjuanglah menentang hawa nafsumu dan peliharalah perjuangan dengan gagah berani."

(Ali Imran: 200)


Terhadap   mazmumah   dengan   Allah,   langkah-langkah mujahadah       kita       ialah:       Membanyakkan       ibadah "hablumminallah" seperti sembahyang sunat (dengan jalan khusyuk dan istiqamah).

Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menunaikan sembahyang hendaklah khusyuk. berpandukan apa yang diingatkan oleh baginda Rasulullah kepada Abu Zar:

"Ya Abu Zar, dua rakaat sembahyang yang  dilakukan dengan khusyuk itu lebih baik dari  sembahyang sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai."


Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasa mengadap Allah, hati juga mengadap Allah. Ketika jasa tunduk menyembah Allah, hati juga tunduk menyembah Allah.

Ketika mulut menyebut Allahu Akbar, hati juga mengadap Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri, hati juga menyungkur menghina diri. Dan ketika mulut mer mengagungkan Allah dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada Allah.


Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW:

"Khabarkan padaku apa itu ihsan?"

Dijawab baginda,"Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau meiihat-Nya. Jika tidak yakinlah bahawa Dia melihat engkau."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 19-1-2005 10:36 AM | Show all posts
Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana yang dianjurkan di atas, kesannya akan cukup besar pada jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan lain-lain sifat mahmudah.


Cukuplah sedikit rakaatnya asal khusyuk daripada banyak tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi matlamat ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan akhlak tidak bertambah, malah ia menjadi sia-sia.


Mungkin pahalanya Allah berikan juga, tetapi banggakah kita kalau perniagaan yang kita buat hanya mengembalikan modal langsung tidak untung? Sembahyang yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan jiwa sebaliknya meletihkan badan sahaja.

Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:

1. Sembahyang orang jahil
2. Sembahyang orang lalai
3. Sembahyang orang yang lalai separuh khusyuk
4. Sembahyang orang khusyuk
5.Sembahyang nabi-nabi dan rasul


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-1-2005 08:34 AM | Show all posts


Sembahyang orang jahil ialah sembahyang yang dilakukan| oleh orang yang tiada ilmu tentang sembahyang. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dan dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Kerana itu awal-awal lagi  ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar.


Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang sempurna lahirnya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam sembahyang. Bermacam-macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyangnya itu. Dari awal hingga akhir sembahyang sedikit pun tidak mengingati Allah.


Sembahyang jenis ini diganjarkan dengan dosa bukan dengan pahala. Allah berfirman:

"Neraka wail bagi orang yang sembahyang. Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
(AI Maaun:4-5)


Sembahyang  yang  ketiga  ialah  sembahyang  yang dalamnya berlaku tarik-menarik dengan syaitan. Maknanya orang itu sentiasa berjaga bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-cepat dikembalikan Ingatannya pada Allah Begitulah berlakunya hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa dan tidak juga berpahala. Cuma orang itu dimaafkan.[/b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-1-2005 08:37 AM | Show all posts


Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang sepanjang sembahyangnya itu penuh dengan ingatan pada Allah dan pada apa yang dibacakannya dalam sembahyang.

Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengadap Allah, maka perhatiannya hanya pada Allah. Orang ini sembahyangnya bererti janjinya pada Allah, memohon ampun pada Allah, berdoa pada Allah, menghina diri pada Allah dan mengagungkan Allah.


Sembahyang beginilah yang akan menghapuskan dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati pada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di akhirat Allah menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.

Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu sembahyang para nabi dan rasul. Mereka ini luar biasa khusyuknya. Mereka benar-benar nampak Allah dengan mata hati. Sebab itu * sembahyang mereka seakan-akan berbual-bual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu.

Bagaimana indahnya perasaan hati orang yang dapat bertemu kekasihnya. Begitulah indahnya perasaan hati mereka ini dalam sembahyang.


Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah "sembahyang penyejuk mataku" sabda baginda.

Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka ialah syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam seperti kita
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-1-2005 08:19 PM | Show all posts
Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang di samping membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi mesti mujahadah. Dan dengan hanya mujahadah kita mungkin dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amal soleh sahajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah kita di akhirat nanti.




2.ZIKRULLAH,WIRID DAN TAHLIL

Semua ibadah-ibadah ini kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan serta kebahagiaan di hati.
Firman Allah:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang."
(Ar Raad:28)


Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut  揝ubhanallah
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-1-2005 10:21 PM | Show all posts


Kenangkan segala pemberian Allah pada kita semasa menyebut pujian itu supaya terasa hubungan kita dengan Allah itu. Begitu juga ketika menyebut"alhamdulillah " sedarkan hati bahawa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang hebat itu.


3.BACA QURAN.

Al Quran ialah kitabullah. Diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah. memahaminya ialah ubat, mengikutinya adalah petunjuk dan menghayatinya iman dan taqwa.

Rugi besarlah orang yang menganggap remeh dan ringan dengan Al Quran. Bertanya Allah dalam surah Al Waqiah: 77-81:


"Sesungguhnya Al  Ouran ini  adalah bacaan yang sangat  mulia (yang terdapat) pada kitab yang terpelihara (Loh Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja Al Ouran ini? Kamu  (mengganti)   rezeki   (Allah)   dengan   mendustakan  Allah."


Umat Islam kini memang begitu, menyamataratkan kita mulia ini dengan buku ciptaan manusia. Sewaktu-waktui Ouran dipermainkan untuk suka-suka dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya.


Kembalilah wahai manusia, sama-sama kita junjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul diuntukkan pada kita.  Kita agungkan seagung-agungnya untuk kita perjuangkan sungguh-sungguh. Barulah padan dengan kemuliaan da kehebatan yang ada padanya.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 27-1-2005 08:32 AM | Show all posts
Di antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika membaca kitab mulia ini ialah:

         Wuduk

        Tempat duduk adalah bersih dan suci seperti masjid dan lain-lain

        Mengadap kiblat

        Membaca "auzubillah himinassyaito nirrajim
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 28-1-2005 09:02 AM | Show all posts
4.        BERDOA

Berdoa juga adalah ibadah. Juga sumber iman dan pergantungan kita pada Allah. Orang-orang yang tidak mahu berdoa pada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah?



Kalau begitu berdoalah. Adukan semua masalah pada Allah dan gantungkan harapan penuh pada-Nya. Berdoalah di tempat-tempat dan di waktu-waktu yang "kabul doa" dengan hati yang penuh khusyuk dan mengharap dan yakin serta sabar, Insya-Allah akan menjadilah ia sumber ketenangan dan kebahagiaan.


Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri pada suatu kuasa yang boleh menolongnya menyelesaikan masalah itu.


Kerana itu, Islam mengajar doa. Sebab hanya Allahlah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu. Faedahnya doa ialah jiwa yang lemah akan jadi kuat, hati yang susah jadi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 28-1-2005 at 09:05 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 29-1-2005 03:38 PM | Show all posts

5.TAFAKUR

Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Berfikir satu saat itu lebih baik dari sembahyang 1000 rakaat (yang tidak khusyuk)."


Anjuran berfikir bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud Allah dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang elok difikirkan ialah tentang diri sendiri.

Allah mulakan kejadian kita hanya dari setitik mani. Harga setitik mani adalah lebih rendah dari harga sebiji padi kalaulah Allah tidak menanamkannya di dalam rahim perempuan .

Tidak juga akan berharga kalau Allah tidak memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Dan belum juga akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran.

Dengan akal yang Allah kurniakan manusia jadi raja, menteri, hulubalang, pengawal keselamatan, ahli tikir, proiessor, juruteknik, doktor, jurutera, pensyarah, guru dan iain-lain yang pandai, kuat, kaya dan hidup lepas bebas.


Dengan akal fikiran manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh semahu-mahunya dan tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh semahu-mahunya dan tidak selama yang kita kehendaki.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 30-1-2005 at 04:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 30-1-2005 04:20 PM | Show all posts
Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia ini dahulu.

Firman Allah dalam Al Quran:

"Allah   Dialah   yang   menciptakan   kamu   dari keadaan  lemah  kemudian sesudah lemah itu menjadi kuat kemudian Dia jadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. (Ar Ruum: 54)


Sesudah mati Allah berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkan kita kembali di hari kiamat. Apakah alasan untuk tidak percaya akan janji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya?

Firman Allah:

"Tidaklah menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) itu melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Luqman:28)


Fikirkan pula nikmat-nikmat Allah saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan semuanya yang sangat penting untuk keperluan hidup. Allah kurniakan tanpa menagih bayaran satu sen pun dari kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sudah beribu-ribu ringgit. Gigi palsu juga mahal, apalagi mata, telinga, hati, lidah dan akal sudah tidak ternilai.[/b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-2-2005 09:41 AM | Show all posts


Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterima kasih pada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhannya? Sudah berhentikah kita dari membuat perkara- perkara yang dilarang-Nya? Cukupkah sudah bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah pemelihara kita itu?
Diceritakan telah meninggal seorang abid, Allah memanggilnya untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke syurga sebagai satu kemurahan dan rahmat Allah pada-nya.



Mendengar itu abid merasa tidak puas hati kerana dapat syurga hanya melalui belas kasihan Allah sedangkan dia di dunia begitu kuat beribadah. Si abid lalu memohon di-masukkan ke syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak itu.



Allah SWT memerintahkan malaikat menghitung dan menilai ibadah si abid itu. Bila selesai Allah mengumumkan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid tidak pun cukup untuk membayar harga sebelah matanya. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? Si abid pun tersipu-sipu lalu memohon agar berpeluang masuk ke syurga.

Demikian satu contoh nilai amal bakti kita ini masih belum sepadan dengan pemberian Allah pada kita, malah kalau setiap saat dari umur kita, kita gunakan untuk menghambakan diri pada Allah pun belum padan. Apalagi kalau seseorang yang sombong, ingkar dan derhaka kepada Allah. Sesuai sangatlah Allah lontarkan dalam api dan terseksa selama-lamanya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-2-2005 09:45 AM | Show all posts

Lihat pula beras yang kita jadikan nasi. Dapatkah pokok padi itu tumbuh dengan sendiri kalau Allah tidak menurunkan hujan dan kalau tanah tidak direkahkan untuk dapat air dan tidak direkahkan supaya biji yang di dalam tanah itu dapat menembus naik untuk dapat cahaya matahari?

Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makanan dan minumannya?



Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkan? Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, patutlah hati terus celek, nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT.

Selanjutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati selanjutnya akan mengarahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir itu. Tunaikan perintah Allah dan berhenti dari mengerjakan larangan-Nya. Kalau tidak begitu, patut sangat ditangisi kerana butanya hati yang sebenarnya lebih parah dari buta mata.


Kemudian dongakkan muka ke langit. Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu yang bermusim-musim. Bulan yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap dan kadang-kadang terang, menjadikan air laut pasang dan surut.

Lihat bintang-bintang yang berkelipan menghiasi langit indah berseri-seri. Lihat semua itu dan sebutlah Allah. Resapkan di hati berapa besar kuasanya Dia dan pemurah-nya Dia. Dengan itu mudah-mudahan lembutlah hati kita untuk tunduk menyembah dan mengabdikan diri pada Allah.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 1-2-2005 at 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-2-2005 10:37 AM | Show all posts
Bersabda Rasulullah SAW:

"Siapa yang mendongak ke langit melihat bulan dan bintang kemudian terasa di hati betapa kuasanya Allah maka sebanyak bilangan bintang-bintangnya itulah dosanya diampunkan."

Seseorang yang melihat alam kemudian berfikir tentang Allah lalu terasa kehebatan Allah hingga lembut hatinya terus mahu tunduk menyembah Allah dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna.


Dia sedar dirinya sebagai barang ciptaan Allah dan mahu menyerahkan kembali pemberian Allah itu kembali pada Allah. Berjayalah dia di dunia dan akhirat.

Di dalam Al Quran Allah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, gunakan akal yang diberikan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah.



Firman-Nya:
"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (untuk kepentinganmu) apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia masih ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan kitab yang memberi penerangan. " (Luqman:20)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300024 Replies : 7427
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8547 Replies : 40
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 17174 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 17174 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10942 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.084703 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list