CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2005 12:20 PM | Show all posts


3. Perpaduan yang bersifat ideologi yang dididik rakyat
semenjak di sekolah oleh negara hingga fanatik,
seolah-olah dia sudah jadi aqidah atau agama atau jiwa bangsa.
Perpaduan ini agak kuat daripada yang telah dicerita

Tapi ia agak bahaya kerana apabila sudah rakyat jadi fanatik dengan ideologi,
Mereka akan memusuhi lain-lain bangsa atau yang tidak seideologi,
Perpaduan ini boleh mengundang banyak musuh
seperti berlakunya perang dunia yang kedua,
Mereka berperang kerana ideologi,
akhirnya perpaduan tidak berguna


Kerananya, dunia musnah dibuatnya
Perpaduan yang telah disebut masih perpaduan
secara kasar atau rambang atau masih ada border,
Perpaduan masih menggunakan otak
kemudian di tubi-tubi, belum bersifat rohani atau kejiwaan
Masih berlaku longgar di sana sini kerana belum global



Perpecahan itu juga banyak berhubung
dengan sifat-sifat mazmumah atau perangai jahat manusia
Kerana sombong, dengki, mementingkan diri,
hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah, tamak,
bakhil, zalim, khianat dan lain-lain lagi,
Boleh memecahbelahkan manusia


Perpaduan yang disebutkan tadi tidak mampu
membuang mazmumah
Perpaduan itu hanya secara kasar sahaja,
Perpaduan masih bersifat luaran
kalau ada bersifat kejiwaan hanya lobi
dan dipaksa-paksa,

Ada perpaduan yang lebih kuat dan sejati lagi hakiki
Perpaduan yang lebih bersifat sejagat,
lebih global dan seni,
Ia bersifat maknawi dan rohani, ia bersifat akal
dan kejiwaan la boleh membunuh sifat-sifat mazmumah
yang memecahbelahkan manusia
sekalipun di dalam satu keluarga.


Ia boleh mengikat kaum dan bangsa, warna kulit dan bahasa.
Ia adalah kepunyaan bersama seluruh manusia

Inilah dia perpaduan yang keempat,
Apa itu perpaduan yang keempat
ialah perpaduan ikatan akal dan jiwa manusia
Iaitu takutkan dan cintakan Tuhan
dan selaraskan akal fikiran
Takutkan Tuhan, takut hendak membuat salah
sesama manusia, tidak adalah perbalahan
Cintakan Tuhan, automatik cintakan sesama,
datanslah rasa perikemanusiaan
lahirlah bertolong bantu dan bekerjasama sesama

Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia
tidak kira apa kaum dan bangsa
Ikatan ideologi kepunyaan sesuatu kelompok
bukan kepunyaan bersama
Bahkan ciptaan manusia

Begitulah juga ikatan yang diperundang-undangkan
atau terpaksa, tidak semuanya kena
Tapi Tuhan sama-sama punya,
Ikut Tuhan tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong,
tamak dan lain-lain sifat yang memecah belah manusia,
Takut dan cintakan Tuhan,
Dia adalah kepunyaan bersama
Maka Dia menjadi pengikat semua kaum dan bangsa


Wahai manusia sejagat!
Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia,
tidak kira kaum dan bangsa,
ilmu yang disebut perlu ada
Agar melakukan perpaduan ada panduan dan kaedahnya,
Di sini diingatkan perpaduan tidak semudah
yang di sangka,


Tidak cukup dengan slogan-slogan, syarahan-syarahan
dan diundang-undangkan oleh negara,
Kalau mazmumah saja pun masih ada
di dalam diri manusia, manusia susah
hendak bersatu bersama

Bukan saja tidak boleh bersatu seluruh kaum dan bangsa,
satu keluarga pun payah berlaku,
Kalau ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata,
Mazmumah pula penghalangnya
Mazmumah lebih banyak memecahbelahkan
sesama manusia, sekalipun satu keluarga,



Jika satu agama pun, belum boleh bersatu secara kukuh
Kalau membiarkan mazmumah bermaharaja lela
Mazmumah hanya boleh ditumpaskan
dengan hanya takut dan cintakan Tuhan
Sekadar ideologi tidak mampu membendungnya
padahal mazmumahlah yang banyak memainkan peranan
memecahbelahkan sesama manusia
Mazmumah inilah jarang kaum
dan bangsa-bangsa di dunia, memikirkannya.[/
b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2005 09:42 PM | Show all posts
salam buat semua
memang benar apa yg pak malau kata"seawal ibadat itu diam"
tapi yang ni lain sikitlah
disebelah tu terpancar nur dr KALAMNYA YANG MAHA SUCI
tapi disebelahnya....
kan lebih baik muatturunkan AYATNYA atau SUNNAH NABI
boleh kita berbincang bersama,
itu kan yang paling baik, Tuhan dan Rasul pun SAYANG
mana tahu hasil dr perbincangan kita, ada yang bertambah ketakwaannya
dan akan naikuntuk mengebarkan panji-panji ALLAH dan RASULNYA
ke seluruh pelusuk dunia
menyeru manusia kembali kepada KALAMNYA dan SUNNAH NABI
INSYA ALLAH semoga kita dapat bersama kearah itu

BANTULAH KAMI DALAM MENGALAHKAN KAUM KAFIR
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2005 09:18 AM | Show all posts

PENUTUP



PENUTUP

                             Kejayaan umat Islam ialah manakala
                         mereka kuat dan taat dengan agama mereka.
                        Ertinya, agama Islam, yang kalau diikut betul-
                        betul, akan membawa kepada kejayaan kerana
                               ia adalah satu sistem hidup yang
                                      mempunyai peraturan.



Membina Islam Hadhari ialah membina tamadun. Di-mulakan dengan tamadun rohani diikuti dengan tamadun lahiriah. Untuk itu diperlukan seorang pemimpin. Sesungguhnya, kalau Allah mahukan kebaikan dan kemajuan bagi sesuatu kaum atau bangsa itu akan dihantarnya seorang pemimpin.


Maksudnya pemimpin yang datang dari Tuhan. Pemimpin yang Tuhan sediakan dan yang Tuhan lantik. Pemimpin yang sangat bertaqwa dan sangat mengenal Tuhannya. Sangat tahu kehendak dan hukum-hakam Tuhannya. Yang sangat tahu hakikat diri manusia. Bukan pemimpin yang dipilih oleh manusia. Bukan pemimpin yang naik atas dasar keturunan. Lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang melantik dirinya sendiri.



Kerana tugas utama pemimpin itu ialah untuk membina manusia. Untuk membangunkan insan manusia. Untuk membina kekuatan rohani manusia dengan mendidik mereka berlandaskan iman dan ilmu. Untuk menjadikan manusia orang-orang yang bertaqwa. Untuk membina tamadun rohani dalam hati dan diri manusia.


Pemimpin itu perlu membawa manusia kepada Tuhan. Perlu membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat dan patuh kepada Tuhan. Perlu membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di Akhirat.



Pemimpin itu perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur dan yang mendahulukan orang lain. Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhuwah dan bersatu padu dan yang bekerja keras untuk mendapat redha Tuhannya.


Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Ertinya, agama Islam, yang kalau di-ikut betul-betul, akan membawa kĕpada kejayaan kerana ia adalah satu sistem hidup yang mempunyai peraturan. Agama lain tidak mempunyai peraturan dan sistem hidup. la lebih kepada kepercayaan dan peribadatan. Bagi umat Islam, kejayaan bergantung setakat mana mereka boleh mematuhi dan taat kepada agama lahir dan batin. Dan kejayaannya pula merangkumi kejayaan dunia dan Akhirat.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2005 09:26 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

maka dengan kuliah yang dipaparkan di atas tadi, merupakan penutup dan penamat teks buku ISLAM HADHARI.

Kepada yang telah PM kepada saya meminta keizinan menyimpan, mencetak dan membukukan kuliah-kuliah tersebut sebagai panduan, amatlah saya alu-alukan. Terima kasih kerana berminat dan dapat menghayati ilmu yang disampaikan. Semuga ada manafaatnya untuk kita semua. Kebenaran itu juga dengan tidak mengecualikan kepada sebarang forumners yang berminat, saya tetap mengizinkan sdr/sdri menyimpannya.

Sekian dahulu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sentiasa sudi melayari thread ini dan memberikan sokongan sehingga ke akhir kuliah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 11:34 AM | Show all posts
salam buat semua
sekali lagi syukur kepadaNYA
tamatlah satu lagi KITAB PENUH KESESATAN LAGI MENYESATKAN
dan TAMATlah topik yg BIKIN ZABANIAH BENA-BENAR MARAH
dan SISETAN GENDUT KETAWA TERBAHAK-BAHAK
dan hambanya yg hina daif ini termenung panjang
memikirkan PENCIPTAAN MAKHLUKNYA YG KUAT BERBANTAHAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 17-6-2005 11:34 AM:
salam buat semua
sekali lagi syukur kepadaNYA
tamatlah satu lagi KITAB PENUH KESESATAN LAGI MENYESATKAN
dan TAMATlah topik yg BIKIN ZABANIAH BENA-BENAR MARAH
dan SISETAN GENDUT KETAWA TERBAHAK- ...



hehehe...inilah dia contoh antara forumner yang terkena penyakit hati yang kronik....lega depa sebab kuliah ISLAM HADHARI dah habih...

jaga-jaga..besi kalau tak selalu digilap, akan jadi berkarat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2005 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 17-6-2005 11:34 AM:
salam buat semua
sekali lagi syukur kepadaNYA
tamatlah satu lagi KITAB PENUH KESESATAN LAGI MENYESATKAN
dan TAMATlah topik yg BIKIN ZABANIAH BENA-BENAR MARAH
dan SISETAN GENDUT KETAWA TERBAHAK- ...


:bodek::bodek::bodek:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2005 11:01 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 17-6-2005 09:26 AM:
Assalamualaikum,

maka dengan kuliah yang dipaparkan di atas tadi, merupakan penutup dan penamat teks buku ISLAM HADHARI.

Kepada yang telah PM kepada saya meminta keizinan menyimpan, menceta ...


Dengan izin Allah, saya akan menyambung kuliah ini seterusnya dengan tajuk yang dipaparkan.

Memandangkan bahawa sesebuah negara yang mahu melaksanakan ISLAM HADHARI mengutamakan kemajuan rohaniah di samping tidak mengenepikan kemajuan materi, maka elok rasanya kuliah ini disambungkan dengan memaparkan apa yang dimaksudkan dengan TAQWA. Iaitu satu ASET BERHARGA di dalam tamadun insani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2005 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 17-6-2005 11:01 PM:


Dengan izin Allah, saya akan menyambung kuliah ini seterusnya dengan tajuk yang dipaparkan.

Memandangkan bahawa sesebuah negara yang mahu melaksanakan ISLAM HADHARI mengutamakan kemajuan ro ...


sdr hafizi,

bila nak mulakan kuliah?....tatie dah buka thread ni berkali-kali tapi belum juga ada kuliahnya...cuti rehat ker?...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2005 09:42 AM | Show all posts

PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji dan syukur pada Allah SWT. Rahmat dan keredhaan Allah pada Rasul-Nya Muhammad SAW. Semoga selamat kita semuanya berserta hamba-hamba-Nya yang baik.

Buku ini membincangkan perkara-perkara di sekitar persoalan taqwa. Taqwa itu sangat penting. la merupakan aset umat Islam dunia dan Akhirat. la adalah keselamatan dunia dan Akhirat. la adalah kemenangan dunia dan Akhirat. la adalah juga perlindungan dunia dan Akhirat.



Semenjak dahulu, inilah faktor yang membawa kepada bantuan Allah SWT di dalam segala usaha ikhtiar umat Islam. Terutama di kalangan para Sahabat. Allah buka pintu hati manusia sehingga mudah menerima kebenaran, mudah menerima Islam dan mudah dalam perjuangan. Allah buka laluan kepada perkembangan Islam yang pesat. Allah buka laluan dengan didatangkan para pendokong yang berkemam-puan membangunkan umat. Allah datangkan rasa berani yang luar biasa kepada umat Islam dan rasa ketakutan yang amat sangat kepada para penentang.


Di zaman para Tabiin di mana golongan taqwa masih ramai di tahap pemimpin hingga ke rakyat biasa, maka Allah buka pintu ilmu pengetahuan dalam bidang kehidupan. Ketika Barat masih dalam era kegelapan, Islam pula sedang pesat berkembang dengan berbagai penemuan baru dalam ilmu pengetahuan.

Tetapi itu semua telah berlalu dan sudah menjadi fakta sejarah. Telah berlaku satu zaman di mana umat Islam asyik dengan Allah dan merindui Akhirat. Berlaku juga satu zaman yang telah Allah curahkan segala-galanya kerana kebanyakan umatnya bertaqwa. Kini, umat Islam sudah tidak bertaqwa lagi.



Bila tidak bertaqwa, hati jadi lemah dan mudah menyerah kepada keadaan lantas kita melupai Allah SWT. Hati tidak bergantung kepada Allah lantas Allah melupai kita. Seperti mana tidak ada kuasa yang dapat menahan apabila Allah kehendaki umat Islam berjaya, begitu jugalah tidak ada sebarang kuasa yang berdaya untuk menebus kekalahan dan kehinaan umat Islam apabila Allah kehendaki ia berlaku begitu.

Taqwa memang penting bagi umat Islam. Sebab itu ia menjadi rukun khutbah. Ertinya kalau tertinggal maka khutbah tidak sah. Bila khutbah tidak sah, tidak sahlah sembahyang Jumaat dan tidak sahlah sembahyang sunat hari raya. Ini menunjukkan besarnya sifat taqwa hingga ia menjadi rukun khutbah. Namun taqwa itu bukan sahaja tidak dihayati malah kurang difahami oleh umat Islam.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 21-6-2005 at 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 03:18 PM | Show all posts
salam buat semua
tq cik hartitie, sungguh besi akan berkarat dan begitu juga iman tu, melayang aja ditiup angin kalau tak jaga
sekali lagi saya nak beri peringatan sebab dalam KALAMNYA surah Al Aqla
(YANG MAHA TINGGI): MAKA BERILAH PERINGATAN
SEBAB PERINGATAN ITU BERMANFAAT
ORANG YANG TAKUT AKAN DAPAT PENGAJARAN
ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA

nak tanya sikit Islam Hadhari tu sama tak dgn Islam yg telah diturunkan
Allah dan diajar oleh Rasullullah???
kalau betul, minta tolong jangan sebut Hadhari tu pasal apa yang Nabi dah
ajar telah sempurna jadi itulah Islam yang Allah redha.
kalau tak betul siaplah sapa yang nak ikut ajaran tu
yg mengajarnya pula AZAB berlipat kali ganda
takkan tak baca Quran kot.......
ini dok pulun baca buku teks aja
KATA KITA ORANG ISLAM NAK MENDEKATI TUHAN KITA
NAK DEKAT DGN TUHAN KENALAH DEKAT DGN APA YG IA ANUGERAHKAN
KALAMNYA DAH DITURUNKAN
(ayat 2 Yassin: DEMI AL QURAN YANG PENUH HIKMAH)
Buku teks ISLAM HADHARI ada hikmah ka???
buku tu boleh bagi PETUNJUK DAN HIDAYAT KA????
Nabi berpesan: BERFIKIR SESAAT LEBIH BAIK DR IBADAT SATU TAHUN
SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARIMU YA TUHAN
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 21-6-2005 12:31 PM | Show all posts


Taqwa ini telah disalahertikan. Ia telah diremehkan, diambil ringan dan tidak dititikberatkan. Fahaman tentang taqwa ini telah dipermudahkan. Taqwa hanya ditakrifkan sebagai buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Pengertian seperti mi tidak mempunyai roh atau tidak membabitkan pengertian yang mendalam. Maka jadilah ia sesuatu yang hambar dan tidak memberi manfaat. Akibatnya, umat IsJam seolah-olah terasing dan terpisah dari persoalan taqwa. Taqwa tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan umat Islam. la hanya tinggal sebutan yang ramai umat Islam tidak faham apa sebenar maksud, hakikat dan tuntutannya.


Oleh kerana taqwa ini adalah syarat dan landasan untuk umat Islam mendapatkan dunia dan Akhirat, maka tanpa taqwa, umat Islam terumbang-ambing dalam kehidupan. Akhirat terlepas, dunia berciciran. Umat Islam terpaksa meniti di atas landasan orang kafir. Sebab itu umat Islam terhina di mana-mana, ditindas dan diperkotak-katikkan, miskin, mundur dan berpecah belah. Umat Islam tidak ada wibawa, tidak ada maruah dan tidak ada kekuatan.

Ramai ulama dan ustaz-ustaz yang memahami bahawa sifat taqwa itu adalah bekalan untuk negeri Akhirat semata-mata. Tidak dapat dinafikan itulah yang paling penting. Itulah yang paling asas. Namun, kalau orang mukmin hendak senang juga di dunia, mestilah berbekalkan sifat taqwa. Kerana sifat taqwa itu merupakan jalan atau landasan untuk mendapatkan dunianya. Hendak mendapatkan keuntungan dalam ekonomi mesti dengan sifat taqwa. Hendak mendapat kemenangan dalam perjuangan mesti ada taqwa. Hendak mendapat bantuan dan pertolongan Tuhan juga adalah kerana taqwa. Hendak terlepas dari bala bencana atau azab penderitaan di dunia juga mesti berdasarkan sifat taqwa.


Kalau orang Islam itu tidak ada sifat taqwa, Tuhan bantu juga. Tuhan bagi makan juga. Tuhan bagi ilmu juga selama mana mereka hidup. Tapi cara ini bahaya. Tuhan bagi secara kutukan. Tuhan bagi secara murka. Tuhan bagi secara tidak redha. Ini samalah caranya Tuhan bantu orang kafir iaitu atas dasar istidraj yakni dengan kemurkaan. Itu sebenarnya adalah tipuan dari Tuhan. Akhirnya dengan bantuan seperti itu, dia terjun ke Neraka. Dengan bantuan seperti itulah dia akan membuat ke-zaliman dan kejahatan di atas muka bumi. Kerana mendapat sesuatu dar Tuhan secara tidak sihat, maka hasilnya tidak sihat dan natijahnya juga tidak sihat. la rosak dan merosakkan.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2005 09:42 AM | Show all posts


Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berzikir. Bukan juga bersuluk dan beruzlah, menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau dan di masjid. Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan, di mana sahaja, baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentad-biran, kesihatan dan sebagainya. Yang penting, setiap amalan itu ada rohnya, dihayati dan dijiwai. Barulah setiap amalan itu menjadi amalan taqwa.

Kita mesti bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin. 'Sejauh yang termungkiri di sini bermaksud turun naik nafas, mendengar, melihat, makan minum, berjalan dan berhibur, kesemuanya mesti dijadikan amalan taqwa. Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa. Jangan ada satu pendengaran atau peng-lihatan yang tidak jadi taqwa.


Sebenarnya erti taqwa itu terlalu besar. la aset untuk orang Islam dunia dan Akhirat. Kalau ini difahami dan dihayati, baru-lah kita akan selamat dunia Akhirat.

Ustaz Hj. Ashaari Muhammad
30 Disember 2004 18 Zulkaedah 1425
Wabillahil hidayah wa taufik. Wassalam


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2005 09:43 AM | Show all posts


MUKADIMMAH

Ada manusia yang dalam hidupnya, dia tidak mahu berusaha. Segala modal dan aset yang ada pada dirinya dibiar dan tidak digunakan. Baik ilmu dan pemikirannya, kemahirannya, tenaganya, masanya ataupun wang ringgitnya, tanah dan hartanya. Manusia seperti ini sangat rugi.


Ada pula manusia yang dalam hidupnya sangat berusaha. Digunakan segala kepunyaannya dan segala apa yang ada pada dirinya. Tetapi usahanya itu tidak membawa natijah kerana usahanya itu tidak dihalakan kepada sesuatu arah yang tertentu atau kepada matlamat yang betul. Orang berusaha maka dia pun berusaha. Dia tengok orang sibuk, dia pun sibuk. Apa tujuan dia tidak tahu. Oleh itu, usahanya tinggal usaha tanpa ada apa-apa hasil yang bermanfaat.


Orang seperti ini, dia dua kali rugi. Sudahlah tidak dapat apa-apa macam orang yang tidak berusaha tadi, ditambah dia dapat letih dan penat serta modalnya habis begitu sahaja. Orang yang langsung tidak berusaha, setidak-tidaknya dia tidak letih dan modalnya tidak habis.


Kalau orang ada sebidang tanah tetapi tidak diusahakan tanah itu hingga tumbuh semak dan lalang, ini orang yang malas dan tidak pandai memanfaatkan tanahnya. Tetapi orang yang ada sebidang tanah, dibajak dan ditraktor tanah itu, digemburkan, dibuat batas dan dibubuh baja dan kemudian dibiarkan hingga tumbuh semak dan lalang, apakah pula istilah yang hendak kita gunakan terhadap orang yang seperti ini.


Begitulah umumnya sifat, watak dan perangai umat Islam masa kini di seluruh dunia. Sama ada mereka malas berusaha atau mereka berusaha tetapi tidak ada natijahnya dan hasilnya tidak ke mana. Sudahlah amal ibadah mereka kurang, disempitkan pula hanya kepada ibadah yang berbentuk khususiah semata-mata. Fekah diamal tanpa tauhid dan tasawuf. Kadang-kadang, tasawuf diamalkan tetapi rosak feqah dan tauhidnya. Kadang-kadang tauhidnya terus rosak. Jadi kalau beramal pun, tidak ada apa-apa makna.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 22-6-2005 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 20-6-2005 03:18 PM:
nak tanya sikit Islam Hadhari tu sama tak dgn Islam yg telah diturunkan
Allah dan diajar oleh Rasullullah???
kalau betul, minta tolong jangan sebut Hadhari tu pasal apa yang Nabi dah
ajar telah sempurna jadi itulah Islam yang Allah redha.
kalau tak betul siaplah sapa yang nak ikut ajaran tu
yg mengajarnya pula AZAB berlipat kali ganda
takkan tak baca Quran kot.......
ini dok pulun baca buku teks aja
KATA KITA ORANG ISLAM NAK MENDEKATI TUHAN KITA
NAK DEKAT DGN TUHAN KENALAH DEKAT DGN APA YG IA ANUGERAHKAN
KALAMNYA DAH DITURUNKAN
(ayat 2 Yassin: DEMI AL QURAN YANG PENUH HIKMAH)
Buku teks ISLAM HADHARI ada hikmah ka???
buku tu boleh bagi PETUNJUK DAN HIDAYAT KA????
Nabi berpesan: BERFIKIR SESAAT LEBIH BAIK DR IBADAT SATU TAHUN
SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARIMU YA TUHAN


Jadik sufi nak tanya la kat org besi ni...boleh pastekan mana2 post yg telah dipaste oleh hafizi complete dari buku abuya ni, YG BERTENTANGAN DGN AL-QURAN DAN HADIS. Yang mana satu tu yg menyalahi ajaran Nabi kita yg telah terpesong oleh buku abuya ni maka kita semua kena pakat2 menolak buku abuya ni seperti org besi kata, ianya sesat lagi menyesatkan...boleh listkan satu2.

Begitu juga sdr saifums...yg sokong kata2 org besi boleh tolong listkan tak? Manalah tahu sufi tak perasan ada ilmu hadhari dari abuya ini tak menepati ajaran2 Nabi kita. Nanti boleh lah kita diskus...

Sufi tunggu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by Sufism at 21-6-2005 04:37 PM:


Jadik sufi nak tanya la kat org besi ni...boleh pastekan mana2 post yg telah dipaste oleh hafizi complete dari buku abuya ni, YG BERTENTANGAN DGN AL-QURAN DAN HADIS. Yang mana satu tu yg men ...


http://forum.cari.com.my/viewthr ... hlight=&page=11
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 2005-6-22 09:42 AM:


Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berzikir. Bukan juga bersuluk dan beruzlah, menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa ...


Amalan Taqwa ini memang luas, ia mencakupi semua bahagian dalam islam. Asas kepada taqwa ialah mengenal Allah swt. Apabila sudah kenal maka datang rasa takut dan kasih kepada Allah, apabila iman sudah betul maka perintah2 Allah dapat dilaksanakan dengan penuh taqwa.

Wallahuaklam..
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 22-6-2005 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 22-6-2005 11:42 AM:


http://forum.cari.com.my/viewthr ... hlight=&page=11


loorrr...kita tanya bab hadhari abuya yg pi ke thread akasyah tu pehal?:stp:

Haa...kot ye pun kat thread tu...walau pun sniper dah counter dgn ayat Quran...bagus la tu..tapi ape menda sebenarnya tujuan sniper? Nak patahkan ilmu2 dari abuya ke? Nak patah pemendanya? Bukan ada salah pun kuliah abuya tu. Setakat penambah info utk kuliah abuya tu ada lah...

Pd pandangan sufi sniper ni kot yg tak catch up kuliah tu...tu yg bermasalah tu gamaknya. Sufi dok elok je faham dan rasa kagum pun dgn kuliah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Sufism at 21-6-2005 05:50 PM:


loorrr...kita tanya bab hadhari abuya yg pi ke thread akasyah tu pehal?:stp:

Haa...kot ye pun kat thread tu...walau pun sniper dah counter dgn ayat Quran...bagus la tu..tapi ape menda sebena ...


tadi tanya mana kuliah asaari yg bertentangn ngan Al quran. tuh aku dah bagik. aku tetap teguh kata..KULLU ILM MINALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 12:08 PM | Show all posts
aku lebih kagum dgn quran.

nabi pon kata kat kita selagik kita pegang quran dan sunnah kita takka sesat.

satu ayat quran atau hadis pon aku tak nampak dalam kuliah tuh. imam al ghazali, imam maliki..dema tuh tahfiz...dah tahfiz pon dema still quote ayat quran dalam lecture dema. baru valid.

bila tanya mana ayat quran ngan hadis? jawab semua dah dismipulkan..tapi ingat, simpulkan guna akal fikiran..so si asaari cuma guna akal jer. ingat senang ker nak interprete satu2 ayat dan hadis?? sampai perkataan 'YADULLAH' pun ulama banyak berselisih pendapat. lepas tuh dok kutuk sapa2 yg guna akal jer dlm argument. tgk dulu siasaari tuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060582 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list