|
Ringkasan Novel Menarik Yang Pernah Anda Baca, Novel-Novel Menarik
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by kucingkarate at 11-5-2010 16:07
adew 1 novel yg kucen masih igt
tajuk dia SUTERA DALAM LUKISAN hasil karya Abu Talib Hassan (klu x silap la)
novel ni mmg dh lama dh & berkisar tentang kemasyarakatan (kucen ni minat buku gini agknyew...x sedar...)
kisahnya pasal sorg lelaki Bujei (Nama sebenar Hafiz)
dia ni org kata bodoh2 alang kes lihat mak dia meninggal dibunuh oleh bapa tiri sejak kecik. lps tu dia tinggal ngan neneknya & tinggal sorg2 lps neneknya x dew.
dengan kehadiran Adila yg pada mulanya sekadar ign membuat kajian ke atas dirinya, dia mula kenal bibit2 cinta sebenar. dari situlah Adila mengubahnya dari lelaki yg bodoh2 alang & slalu dibuli oleh Alias(samseng kg) hinggalah dia menjadi seorg lelaki yg boleh berfikir & berkeyakinan...
setelah berubah, byk dugaan yg ditempuhinya seperti cuba dihasut oleh Alias supaya menghalau Adila dari kg. namun dia yg telah berubah menjadi lebih yakin & dia tidak menghiraukan hasutan Alias kerana dia tahu Alias sekadar ign menguji & Alias sebenarnya kecewa kerana Adila menolak pinangannya.
akhirnya Bujei (kemudian dikenali sbg Hafiz), berubah & cintanya dibalas oleh Adila....
mmg best citer ni... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 258# Hasmuniah
salam Hasmuniah
DSG tu terbitan Alaf21
cubalah check dgn. Alaf21
mana tahu dia org. ada stock..
cerita itu memang kelakar
teringat si Hani keluar dari hostel dgn.
memakai baju tidur, masa latihan kebakaran |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 251# ako_chan
dah baca citer ni...saya mmg suka infact sume karya hlovate saya suka....dari 5 tahun 5 bulan, Tunas, Aa + Bb, Jaja & Din....termasuklah yg 3 in 1... |
|
|
|
|
|
|
|
Novel lama yg saya pernah baca dan paling diingati would be karya Norhayati Berahim bertajuk Sentuhan Kasih terbitan Creative Enterprise SB tahun 2003.
Kisah mengenai Inas & Zakry. Inas tlh berkahwin dgn Ikmal kerana hutang ayahnya. Inas kemudian bercerai dgn Ikmal yg sebenarnya sdh mempunyai isteri lain. Setelah bercerai Inas membawa diri keluar negara dimana dia bertemu dgn Zakry. Zakry sebenarnya sdh lama mengenali dan mengikuti perkembangan Inas tanpa pengetahuan Inas.
Inas dan Zakry berkahwin untuk mengelakkan dosa. Bermula dari saat itu, Zakry cuba memikat hati Inas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel paling sedih pernah saya baca...Andai Itu Takdirnya...karya Siti Rosmizah, mmg sedih giler.... |
|
|
|
|
|
|
|
karya Amaruszati Norahim (isy, betul x ni?) mmg best
antara karya yg pernah dibaca :
Bila Sena Kembali Berbunga
Bila Sena Kembali Berbunga 2 |
|
|
|
|
|
|
|
novel yg sk bc cete bling le dkt umh ni...
kalo korang ikuti mesti terasa besnyer... |
|
|
|
|
|
|
|
1st Novel yang saya baca - Generasi Yang Hilang penulisnya Abdul Rahim Awang
Kisah masyarakat mengenai sebuah keluarga
si ayah telah mengambil wang syarikat dan telah membunuh pengawal keselamatan
duit tersebut digunakan untuk perkahwinan anak perempuan sulung
Si ayah dipenjarakan
Kemudian si isteri pula meninggal
Si menantu lelaki terpaksa membiayai keluarga mertua dengan hanya kerja sebagai kerani
mungkin tidak tahan dengan tekanan dan kewangan yang tidak pernah cukup telah meninggalkan isteri tanpa sebarang berita,
tanpa mengetahui si isteri mengandung
manakala anak lelaki sulung yang pintar, dan bersekolah asrama penuh, akibat tekanan menjadi penagih dadah tegar
dan telah menghilangkan diri
si adik perempuan ingin menyelamatkan si abang telah dirogol oleh kawan-kawan
abang yang juga penagih dadah
dan akhirnya meninggal kan keluarga tanpa khabar, ada yang mengatakan dia bunuh diri
Si kakak dan adik lelaki untuk memulakan hidup berniaga kecil-kecil
dan mereka telah terlibat didalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia
dengan si kakak meninggalkan anak lelaki yang masih kecil
Si Ayah apabila telah keluar penjara dia hanya di temani oleh si cucu yang cacat akibat kemalangan tersebut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga yg mengikuti dan suka novel-novel akk blings rupanya..
Terharu sangat..
T.kasih banyak-banyak!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 270# Ju'a
kumpul kedit lg ye |
|
|
|
|
|
|
|
Adam dan Hawa karya Aisya Sofea merupakan satu-satunya novel yang berjaya menarik minat saya kembali utk membaca novel setelah sekian lama. ianya menceritakan tentang Ain Hazwani dan Adam Mukriz si playboy yang akhirnya berubah menjadi seorang lelaki yang penuh dgn tanggungjawab dan kembali kepada ajaran agama setelah bertemu dgn Ain. Mereka bertemu semasa Ain yg ketika itu sedang menunggu result SPM bekerja sementara di Tadika milik kakak Adam sebagai guru tadika menggantikan guru yg cuti bersalin. Manakala Adam seorang Pilot MAS yg sentiasa terbang ke sana sini. Ain yg bercita2 utk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi bagi mengubah nasib keluarga di kg terpaksa berkahwin dengan Adam setelah ditangkap berkhalwat di rumah Adam. walaupun perkara ini adalah satu perangkap yg dipasang oleh makwe Adam namun bagi menjaga maruah keluarga, bapa saudara Ain meminta agar mereka berdua dikahwinkan. Ain yg tidak bersetuju telah merayu dgn ayah saudara dan Adam, namun
rayuannya tidak dipedulikan. Akhirnya Ain terpaksa berkahwin juga walaupun tanpa rela.
Namun begitu hubungan suami isteri hanya tertulis di atas kertas shj. Akhirnya Ain telah mengambil keputusan membawa diri ke Australia krn melanjut pelajaran di sana. Dalam tempoh 8 tahun berpisah Ain sentiasa menanamkan rasa benci dlm hati kpd Adam krn sikap Adam yg mendiamkan diri mengakibatkan mrk terpaksa berkahwin. Akhirnya Ain dan Adam bertemu juga iaitu di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam pertemuan tersebut adalah yg amat diharap dan didoakan olehnya selama ini. Manakala bagi Ain pula ia terus membenci dan menganggap hubungan antara mrk tlh putus hanya menunggu utk mendengar lafaz dari Adam. Namun begitu sekembali Ain ke tanahair beliau kerap bertemu dgn Adam dan Adam terus mengejar Ain bagi membaiki hubungan suami isteri. Ibu Ain telah memaklumkan bahwa Adam masih suami Ain krn selama ini Adam tetap menjalankan tanggungjawabnya sbg suami iaitu dgn memberi nafkah yg dititipkan kepada beliau.
Walaupun berbagai onak duri yg dilalui sepanjang perhubungan mereka akhirnya Ain kembali juga kepada Adam dan dikurniakan dgn seorang cahaya mata perempuan. Betullah spt kata mama Adam yang Hawa hanya untuk Adam bukan orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hlovate merupakan penulis novel yg berjaya menghasilkan novel2 yg menarik dan novel beliau sentiasa dinantikan oleh peminat beliau. Antara novel2 beliau ialah:
5 Tahun 5 Bulan
Versus
Tunas
Aa + Bb
Rooftop Rant |
|
|
|
|
|
|
|
Ni novel yg sy suka dan baca berulang kali tanpa rasa jemu..RADHA karya Rynsa...
mengisahkan persahabatan antara Akasyah @ Syah dgn Carl Luke Adam @ Kaduk semenjak di sekolah menengah sehingga Syah melanjutkan pelajaran ke Jpn manakala Kaduk ke UK. Semenjak perpisahan tersebut Kaduk dan Syah sering berhubung antara satu sama lain dan akhirnya membuahkan rasa sayang namun tdk diluahkan krn menjaga batas2 agama tamabahan pula sewaktu itu Kaduk berkawan rapat dgn anak kawan baik mama dia manakala kaduk pula beranggapan syah minat dgn Mar Iskandar.
Semasa pemergian Kaduk ke Jpn krn melawat Syah disana beliau tlh terlibat dgn kemalangan jalanraya dan selama di hospital Syah sering melawat kaduk. Di situ mulanya rasa sayang Kaduk kpd Syah iaitu sewaktu Syah menghulurkan minuman kpd kaduk dan kaduk merasakan Syah spt bidadari Syurga.
Walaupun permulaan timbul juga konflik antara Syah dan kaduk dan dgn tentangan mama kaduk ..akhirnya Syah dan Kaduk diijab kabulkan juga. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca cite Melur Bunga Ivy... karya nazurah aishah...
cite ni mengisahkan tentang Stephanie Gabriel Ivy yang dilahirkan oleh ibunya sorang melayu islam yg murtad setelah berkahwin dgn Gaby...menurut penulis kisah ini benar2 terjadi dan wanita tersebut kini masih belum kembali ke Islam.
Pada permulaan cite ni kelakar juga krn watak azam yg angau habis dgn stephanie @ khalida...tambahan pula sepanjang hidup nya azam tidak pernah bercinta dgn mana2 perempuan..pertama kali beliau memandang stephs terus jatuh cinta tanpa mengetahui bhw gadis tersebut adalah bekas adik ipar dia iaitu isteri kpd aruah azlan yg meninggal dunia di US akibat langgar lari.
Steps yg telah menukarkan agamanya kepada islam tleh menyebabkan beliau di buang drpa keluarga terutama ayah dia sehingga ayah dia sanggup membunuh saudara sendiri krn membantu steps malahan steps juga mensyaki ayah dia sendiri telah membunuh suami dia azlan. walau apa sahaja rintangan yg di hadapi oleh steps namun dia tetap dgn agama islam dan bersedia utk berhadapan dgn ayah dia sendiri.
Steps @ khalida dan anaknya akhirnya telah berjumpa dgn keluarga bekas mertuanya...pertemuan ini cukup mengharukan sehinggakan saya turut mengalirkan airmata sewaktu membaca part ini. tambahan pula keluarga mertua dia menerima dia dgn sepenuh hati.. rentetan drpd pertemuan tersebut tlh membongkarkan bahawa antara khalida dan azam adalah sepupu krn ibu azam kakak berlainan ibu dgn mak khalida. akhirnya khalida membawa keluar ibu dia dari kezaliman hidup gaby dan berjumpa dgn mak mertua dia...akhirnya mak khalida (wardah) sempat kembali ke islam dan meninggal dlm islam.
Akhiran cerita ni si Gaby akhirnya di rawat di hospital sakit jiwa (Gila)...manakala khalida akhirnya bersetuju menerima azam sbg suami.
Penulis berjaya menghilangkan mood sedih kpd kelakar dgn mengakhirkan cite ni dgn bakal pengantin pengsan sewaktu acara pertunangan dilangsungkan di rumahnya...
Kepada naz teruskan berkarya ya.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis SEMARAK CINTA by Diari Hati
Cerita ni mengisahkan Alia dan Zikri yang berkahwin tanpa cinta, Alia menyetujui usulan ayahnya untuk berkahwin dengan Zikri kerana dia merupakan seorang anak yang taat dan patuh. Bagi Zikri pula berkawin merupakan satu bebenan kepadanya.
Di awal perkahwinan, Zikri tidak melayan Alia sebagaimana seorang isteri, tapi Alia seorang yang sabar dan akhirnya Zikri jatuh cinta pada isteri sendiri dengan kelembutan dan kepatuhan Alia melayani di rumah.
Berbagai rintangan alam rumah tangga yang dialami oleh Alia dan Zikri, baik dari kawan sepejabat atau godaan, mereka dapat menangani dengan baik.
Dalam mereka menyemarak kasih alam rumah tangga, mereka di pisahkan oleh Takdir, Alia terlibat dalam kemalangan di depan Zikri. Alia meninggal dunia di atas ribaan Zikri setelah mengalami cedera parah.
itu saja leerrr |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis
Benci Bilang Cinta
KISAH ANTARA DUYUNG dengan DUGONG
Setiap manusia inginkan kecantikan. baik lelaki mahupun perempuan. serupa je. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Nur Anisah Syifa' bt Aminuddin yang sering dihina dan diejek kerana memiliki tubuh yang gempal dan gemuk. Mohd Amsyar Al-Muhaimin b Datuk Azhar merupakan lelaki yang ego, berlagak dan sombong adalah lelaki yang sering menghina Anisah ketika mereka masih dibangku sekolah lagi..
Namun Tuhan itu Maha Adil, tidak disangka.. kerana wasiat, mereka berdua bertemu kembali malah telah dijodohkan. Nak tak nak masing-masing terpaksa terima. Atas paksaan dan tanpa kerelaan, mereka berdua dikahwinkan. Sepanjang hidup bersama, bermacam-macam perkara berlaku. Walaubagaimanapun, timbul rasa sayang di hati Anisah buat lelaki itu..
Tapi dalam diam, sbenarnya Amsyar mula jatuh sayang pada Anisa, tapi keegoannya yang tinggi, membuatkan Amsyar memendam dan tidak menunjuk bahawa bahawa dia sayangkan Anisa, tapi ditujukkan bahawa dia lagi benci pada Anisa. Ini adalah kerana dia ingin mambuang perasaan sayang dan cinta tersebut.
Amsyar telah mengalami kemalangan dan hilang ingatan dan diselamatkan oleh orang kampung di kawasan pendalaman yang agak jauh dari bandar. Dengan kehilangan Amsyar, Anisa seperti hilang semangat,,,,, tapi akhirnya dia yakin bahawa suaminya masih hidup dan sanggup menunggu.
mereka akhirnya bersama jua setelah Amsyar mengalami sekali lagi kemalangan dan ingatannya pulih.....
itu serba sedikit sinopsis Benci Bilang Cinta BY Waniey's |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel "Ketika Cinta Bertasbih " karya Habiburrahman EL SHirazy
Sebenarnya dah lama habis baca buku ni tetapi nak kongsi kisah menarik ini.
Hero nya, Azzam-seorg pemuda Indonesia di gambarkan sebagai pemuda yg belajar di Mesir , mengambil masa yg lama(sekitar 7 thn) utk menamatkan ijazah pertama bukan sebab beliau tidak cerdik tetapi sebagai strategi ingin menyara keluarga (ayahnya sudah lama meninggal dunia, hanya yg tinggal ibu & adik perempuan)yg jauh di Indonesia dengan bekerja keras berniaga Bakso di Mesir sementara menghabiskan pengajian nya perlahan2. Seorg pemuda biasa yg kuat pegangan agamanya. Memiliki naluri yg sama spt pemuda2 normal yg lain - meminati dan juga diminati oleh perempuan tetapi Azzam berjaya mengawal nafsu jahat/bisikan2 syaitan dgn bimbingan pertahanan dirinya yg kuat.
Pembaca , melalui pengalaman Azzam di bentangkan dengan susun atur yg sepatutnya berlaku di dalam Islam di dalam mendirikan rumahtangga. Azzam juga seorg anak yg taat di samping seorg abang yg sangat bertanggungjawab. Sangat sedih apabila ibunya meninggal dunia setelah terjatuh dri motorsikal yg dinaiki mereka berdua(di mana ibunya tidak berpeluang melihat Azzam berumahtangga) dan kehidupan Azzam selepas itu bersama adiknya yg akhirnya putus tunang- yg hampir berumahtangga sebelum kejadian kemalangan.
Sangat terharu juga bagaimana Pak Kiai(ayah kpd Ana) melamar Azzam utk anaknya. Dan, pada masa yg sama sebelum akad nikah, Azzam di minta memberikan kuliah utk bakal2 pelajar Pak Kiai. Kuliah yg anda rasa anda pulak yg betul2 mendengar kuliah tu dri Azzam..heh..heh...
Apabila selesai membaca kisah Azzam ni, anda akan merasa alangkah bagusnya jika boleh mencontohi nilai2 murni Azzam? Akhirnya, Azzam di akhir cerita telah ditemukan jodohnya dengan gadis yg sememangnya dri awal memang di minatinya denga izin Allah swt pula.
Jika ada yg masih belum membaca novel ini, dapatkanlah di pasaran . Insya Allah, anda bukan sahaja terhibur malah bermanfaat bagi kehidupan juga. Penulisan & gaya bahasa Kang Abik@Habiburahman bukan saja santai tetapi menarik. Bacalah.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel yg berulang kali baca
1. Sentuhan Kasih (Norhayati Berahim) Kisah Anas dan Zackry
2. Pergilah Sepi (Fauziah Ashari) Kisah Syahfiq dan Afiqah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|