|
lkick2113 posted on 25-6-2014 05:43 PM
to be fair dekat nasionalis pulak....kalau kita kaji kejatuhan othmaniyah ni....kalau tak kerana m ...
yer...sebab tu orang turki sanjung tinggi pada dia samada sekularis atau yang alim...cuma beberapa pembaharuan dia saya tak setuju la...contohnya azan dalam bahasa turki...huhuhu...bukan sebab bahasa arab, punca kemunduran turki...lagi satu pasal ekonomi...kalau dari dulu turki mengamalkan market economy, mesti sekarang turki dah menjadi salah satu kuasa ekonomi di eropah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Thread lama ada.... malas nak cari.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ottoman Order of Mejidie (Mecidi Nishani)
|
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 25-6-2014 05:43 PM
to be fair dekat nasionalis pulak....kalau kita kaji kejatuhan othmaniyah ni....kalau tak kerana m ...
Dan di zaman kemunduran umat islam ni, yg paling org ingat ialah cerita turun-temurun, mayat Mustafa Kamal tak diterima bumi.
Mayat pembeci Nabi SAW yg memerangi baginda tak ada masalah ditanam selepas Perang Badar.
Umara & ulama dan jentera pentadbiran negara penyumbang utama kepada runtuhnya empayar islam. Masyarakat biasa? Kita bercontoh apa berlaku pada negara bergolak. Samada menjadi pelarian, mangsa tembakan, mangsa nafsu, mangsa senjata olskol lastik vs senjata moden M16... atau yg mild sikit, menjadi mangsa permainan politik. |
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 24-6-2014 06:23 PM
org islam tak sedar dan amik iktibar dari rabai2 yahudi.......setuju ke tidak kejatuhan islam dise ...
ehem....honor killing bukan ajaran Islam. Ia adalah amalan orang2 Arab dan yang sekufu dengannya sejak dari zaman jahiliah. Kedatangan Islam tak berjaya menghapuskan amalan ini dikalangan diorang bahkan tumbuh subur hingga kini dan diterima sebagai sebahagian dari Islam oleh puak2 nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Uthmaniah Terakhir)
Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
http://kisahteladannco.blogspot. ... fah-uthmaniyah.html
p/s - betul ke cite ni..dah macam novel je.... |
|
|
|
|
|
|
|
ini membawa kita ke persoalan utama:
siapakah khalifah/ketua orang islam sekarang?
siapakah ketua agama Islam sedunia (global leader for Islam) sekarang ni?
jawapannya ialah TIADA.
----------------------------------
sejak mula diturunkan, agama islam ini sentiasa diketuai oleh seorang LELAKI, bermula dgn Rasulullah SAW, empat khalifah, Al-Hassan bin Ali, khalifah2 Umayyah, Abassiah, Saljuk, hinggalah Uthmaniyyah.
sekarang, dah hampir 100 tahun jawatan tertinggi dlm dunia Islam ini dibiarkan kosong.
kegilaan dan kebodohan apakah ini?
sungguh tidak masuk akal, sungguh melanggar hukum dan tradisi
mengapakah Agama Allah ini dibiarkan tanpa seorang KETUA?
tidak cukupkah penindasan ke atas orang2 Islam? tidak cukupkah kematian orang2 yg tidak bersalah? tidak cukupkah peperangan2 antara mahzab yg telah berlaku? Tidak cukupkah fitnah yg telah dilempar ke atas Islam? Tidak cukup lagikah satu demi satu pemimpin2 negara Islam dijatuhkan??? Mengapa masih tidak nampak betapa perlunya agama Islam itu akan seorang KETUA??
-Adakah ini suratan TAKDIR? HAH!. Memang senang kalau nak salahkan TAKDIR..memang senang kalau kata 'menunggu MAHDI'.....Apa guna jadi manusia, apa guna akal fikiran, apa guna kuasa, kekayaan, ilmu pengetahuan dan tulang empat kerat kalau masalah seperti ini pun tak dapat diselesaikan?
jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita berdoa supaya Allah mengangkat seorang insan yang layak untuk mengetuai semula dunia Islam yg telah lama hilang sinarnya.
wallahualam.
sekian terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 1-7-2014 07:53 AM
ehem....honor killing bukan ajaran Islam. Ia adalah amalan orang2 Arab dan yang sekufu dengannya s ...
yup...betul tu......how come setelah kedatangan islam lebih dari 1400 tahun dan i'm sure paki/taliban tu lahir2 dah islam masih tak dapat lg ubah budaya honour kiling ni.....????? apa pulak tugas ulama yg kununnya pewaris nabi tu nak betulkan budaya ni???? ada tak effort??? atau ulama masih lg berdebat tentang benda2 remeh???
|
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 30-6-2014 10:43 PM
Dan di zaman kemunduran umat islam ni, yg paling org ingat ialah cerita turun-temurun, mayat Musta ...
pernah la ada sorang ostad dari parti yg ada kena mengena dgn islam tu bercerita tentang mayat bertukar jadi babi...sama la halnya dengan cerita mayat mustafa kamal ni kununnya tak diterima bumi....
|
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 1-7-2014 09:10 AM
pernah la ada sorang ostad dari parti yg ada kena mengena dgn islam tu bercerita tentang mayat ber ...
Pada satu ketika dahulu, cerita2 ganjil begini menjadi modal penceramah aka pencerita kisah ugama utk mungkin mengangkat dirinya nampak hebat sebab mempunyai pengalaman atau kitab2 rujukan yg tak tercapai dek orang biasa - kononnya, dan orang awam biasanya akan angguk2 mungkin tanda percaya aja cerita tu sebab ustaz yg cerita.
Tapi orang sekarang yg punya ilmu logik dan kritis akan menilai cerita tersebut walaupun keluar dari mulut ulama taraf luar jagat sekalipun. Contoh macam kes Telaga Barahut yg kontroversi hasil teguran artis yg dikata tak beradab, yg ternyata adalah cerita tambahan.
Yang hairannya ustaz ngetop atau pendakwah yg senior aka berpengalaman pun suka memetik cerita ganjil2 begini yg kesannya hanyalah 'WOW', pengajaran tiada kerana cerita dibuat-buat mcm kisah mayat jadi babi tu lah - sendri cerita, sendri kata betul & sendri jadi saksi the one and only. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 1-7-2014 02:44 PM
Pada satu ketika dahulu, cerita2 ganjil begini menjadi modal penceramah aka pencerita kisah ugama ...
aku baca dalam harakah tahun 2000 ada cerita fitnah pasal mustafa kamal atartuk ni......kata surat kabor islam....tapi isi dgn fitnah....
|
|
|
|
|
|
|
|
A HONORARY CONSUL OF OTTOMAN EMPIRE IN SINGAPORE, SYED MOHAMED ALSAGOFF
SİNGAPUR'DA BİR OSMANLI FAHRİ KONSOLOSU, SYED MOHAMED ALSAGOFF
|
|
|
|
|
|
|
|
thessailly posted on 1-7-2014 08:48 AM
ini membawa kita ke persoalan utama:
Imam mahdi |
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 30-7-2014 10:12 AM
Imam mahdi
itu la masalahnya..semua orang dok meratib mahdi mahdi mahdi mahdi...
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yg disebut hadis nabi |
|
|
|
|
|
|
|
ERA KESULTANAN WANITA TURKI UTHMANIYAH
Di antara faktor yang menyumbang kepada penurunan Empayar Uthmaniyah adalah pengaruh golongan wanita di dalam pemerintahan Uthmaniyah. Era yang di kenali sebagai " Era Kesultanan Wanita " berlangsung daripada abad ke 16 hingga ke 17 selama lebih kurang 130 tahun menyaksikan pengaruh kuat golongan wanita terutama ibu Sultan, isteri Sultan dan juga dari kalangan golongan gundik di dalam menentukan polisi pemerintah. Ketika era ini kebanyakan para Sultan Uthmaniyah adalah dalam golongan Sultan yang lemah kecuali beberapa orang Sultan seperti Sultan Murad III.
Era ini bermula di kemuncak kekuasaan Empayar Uthmaniyah iaitu ketika era pemerintahan Sultan Suleiman Al Qanuni di mana beliau telah mengumpul kesemua ahli keluarga di raja di sebuah kompleks istana yang sama. Sebelum ini keluarga di raja berpecah di seluruh pelusuk Empayar dan ini telah menghalang daripada mana - mana putera ataupun golongan wanita keluarga di raja daripada mempengaruhi si Sultan kerana sebelum itu kebanyakan masa para Sultan Uthmaniyah seringkali bergerak bersama angkatan tentera bagi meluaskan Empayar Uthmaniyah namun peluasan Empayar Uthmaniyah berakhir di era Sultan Suleiman Al Qanuni.
Selepas 130 tahun era Kesultanan Wanita, Empayar Uthmaniyah mula menampak kelemahan yang ketara di mana ia mula kalah peperangan demi peperangan. Selain itu golongan - golongan Sultan selepas itu pun terdiri daripada Sultan yang lemah dan ini menyebabkan keadaan Empayar Uthmaniyah menjadi tidak stabil. Keadaan ini berterusan sehingga ke abad 19 apabila Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta Empayar Uthmaniyah. Selama 30 tahun lebih beliau memerintah, beliau tidak membenarkan golongan wanita daripada mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dan beliau tidak pernah melantik mana - mana isteri beliau sebagai Sultana dan ini menjadi salah satu faktor di mana Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kedaulatan Empayar Uthmaniyah dan memanjangkan umur Empayar tersebut lebih dari 50 tahun lagi.
Walaupun penguasaan golongan wanita menyumbang kepada kemerosotan Empayar Uthmaniyah tidak dapat di nafikan bahawa ada dari golongan wanita ini yang menyumbang kepada Empayar Uthmaniyah terutamanya di dalam sektor pembangunan infrastruktur di mana bagi menawan hati rakyat golongan wanita ini telah melaksanakan projek - projek untuk meningkatkan mutu kehidupan seharian rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Senjata Bedil Uthmaniyah pada Abad Ke 18 dan 19
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan turki uthamniah ni adil tak tehadap jajahan kristian? |
|
|
|
|
|
|
|
13 FAKTA MENARIK EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
1. Sultan Orhan I (1326-1361) adalah satu-satunya Sultan yang yang hidup sepanjang pemerintahannya melebihi umur 80 tahun. Sultan Orhan I meninggal dunia pada usia 81 tahun.
2. Tradisi pemilihan Sultan bukan menggunakan sistem Syura, tetapi menggunakan sistem perlawanan adik beradik. Contoh: Sultan ini mempunyai 5 anak lelaki, jika nak jadi Sultan, mereka perlu berlawan sama sendiri, disebabkan itu, akan ada kecederaan serius atau kematian hasil dari perlawanan itu, jika anak itu tinggal seorang sahaja yang hidup ataupun anaknya yang lain merestui salah satu dari adik beradik untuk menjadi Sultan seterusnya, anak itu akan menjadi Sultan seterusnya.
Amalan ini diperkenalkan oleh Sultan Orhan I (1326-1361), mengikut sejarah, beliau lebih suka menjadikan keturunannya mempunyai pemimpin yang kuat. Amalan ini di mansuhkan oleh Sultan Ahmed I (1603-1617)
3. Sultan Ahmed I (1603-1617) adalah seorang arkitek. Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed I) adalah hasil dari "design" beliau. Yang membinanya ialah Mimar Sinan.
4. Tradisi pemilihan Sultan pada zaman Sultan Ahmed I (1603-1617), beliau memansuhkan pemilihan Sultan yang lama iaitu membunuh sama sendiri kerana beliau amat membenci keganasan. beliau memperkenalkan sistem pemilihan baru iaitu pemilihan Sultan hanya melalui Abang sulung, contoh lah: Sultan ini ada 5 anak lelaki, jika Sultan itu meninggal dunia, anak sulungnya akan jadi Sultan dan begitulah seterusnya. Beliau juga memperkenalkan sistem Kafes, iaitu penjara kelas pertama untuk adik beradik Sultan untuk mengelakkan perebutan Kuasa. Amalan ini di amalkan sehingga runtuhnya empayar Uthmaniyyah.
5. Sultan Adbul Mecid I (1839-1861 ) adalah Sultan yang terakhir yang di penjarakan dalam Kafes.
6. Sultan Suleiman II (1687-1691) Adalah satu-satunya sultan yang memerintah dalam keadaan gering. Beliau terpaksa menaiki takhta kerana tiada pewaris lain melainkan beliau sahaja.
7. Mengikut berberapa sejarah Turki (sumber BKG, Turkey Tours 2009) Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah sahabat baik Sultan Abu Bakar (1862-1895), Sultan Johor pada ketika itu. Beliau pernah menziarah semasa pengebumian Sultan Abu Bakar pada kemangkatannya pada 1895.
8. Sultan Mustafa III (1757-1774) adalah sultan yang peramah, beliau jika ada masa terluang, beliau akan keluar dari istana tanpa pengawal untuk bertemu dengan rakyatnya. Beliau selalunya melepak di mana-mana kedai kopi di Istanbul untuk bertemu dengan rakyatnya. Beliau lebih suka berborak kosong dengan rakyatnya dari berpolitik dan menceritakan hal negara.
9. Sultan Mustafa III (1757-1774) adalah Sultan yang terakhir yang turun bersama askarnya untuk berperang.
10. Sultan Selim III (1789-1807) adalah satu-satunya Sultan yang dibunuh dengan pedang.
11. Sultan Mustafa III (1757-1774) dan Sultan Abdul Hamid I (1774-1789) di gelar sebagai sultan " kembar ". Kerana mengikut sejarah, kedua-dua sultan ini wajahnya hampir serupa. Cuma tarikh lahir mereka berbeza (Sultan Mustafa III lahir pada tahun 1717) dan Sultan Abdul Hamid I lahir pada tahun 1725)
12. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah Sultan yang terakhir yang berkuasa penuh dalam pentadbiran Empayar Uthmaniyyah.
13. Persamaan Sultan Murad IV(1623-1640) dan Sultan Mehmed IV (1648-1687) adalah mereka ditabal menjadi Sultan ketika usia mereka 6 tahun dan mereka adalah sultan yang termuda menjadi sultan dalam sejarah uthmaniyyah.
- Selim The 3rd -
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru je baca buku pasal Kerajaan Turki Uthmaniyyah nie.. basically kejatuhan empayar nie was because of Hutang Negara. (yg sejarahwan banyak tak ceritakan benda yang betul sbb nak jaga kepentingan 'pihak2 tertentu'). Bila negara disogokkan untuk disuruh berhutang untuk kemajuan negara, dari situla 'pihak2 tertentu' nie mainkan peranan dorg.. dorg kenakan interest yg tinggi atas semua loan yg Turki buat.. and that made Turki a slave and terpaksa akur dengan permintaan dorg yg macam2.. Mustapha Kamal Attaturk is a jew yg memang dah dirancang oleh 'pihak tertentu' untuk dia ditempatkan and ambil alih pemerintahan turki. He's not really a muslem.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|