|
Reply #201 awekgemok's post
bestnye bila nk tempek gambo2 .... teruja nk pi jg |
|
|
|
|
|
|
|
New Zealand ni antara destinasi impian hom....
bila le dpt p NZ... |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnya.. winter bln 6 eh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 fhanem's post
full winter start bulan 7... sekarang salji tgh menebal... bleh la dtg kalau nk main salji/ski |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #231 azbvc's post
adus.. bestnya ..ongkosnya blm cukup lagi...target 2010... |
|
|
|
|
|
|
|
48 jam di Wellington
Oleh TIM WIMBORNE
Tersenarai di kedudukan ke-12 mempunyai kualiti kehidupan terbaik di dunia, nikmati hujung minggu yang ringkas tetapi penuh dengan pengalaman di Wellington, New Zealand.
PATUNG ukiran singa di hadapan bangunan Parlimen
New Zealand yang juga dipanggil Sarang Lebah.
WELLINGTON merupakan ibu negara dan pusat politik New Zealand di mana Parlimen terletak di negeri ini. Ia juga menempatkan pejabat semua Kementerian Kerajaan dan Jabatan serta pangkalan misi diplomatik antarabangsa.
| SEORANG lelaki mengayuh basikal melepasi arca unik hasil tangan Para Matchitt.
|
Dikenali sebagai sebuah bandar yang padat, Wellington merupakan antara destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pelancong. Bandar itu juga terletak di pusat industri perfileman dan teater New Zealand.
Te Papa Tongarewa (Muzium New Zealand), New Zealand Symphony Orchestra dan Royal New Zealand Ballet semuanya terdapat di sini. Selain itu, Festival Seni Antarabangsa New Zealand juga diadakan dua tahun sekali di sini.
| KANAN: HIDANGAN makanan tengah hari piza di restoran Sin Bar Hell Pizza.
|
Menurut kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat konsultan, Mercer, Wellington berada di kedudukan ke-12 dalam mempunyai kualiti kehidupan terbaik di dunia. Meluangkan masa hujung minggu di Wellington membawa 1,001 kenangan dalam ingatan. Ikuti catatan Tim Wimborne.
JUMAAT
6 petang: Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut di sekitar Wellington. Namun, adakalanya ia bertiup dengan kencang di bandar yang terkenal dengan gelaran Windy Wellington. Tetapi penduduk tempatan tidak menyedarinya atau bercakap mengenainya kecuali jika ia bertiup lebih daripada 50 kilometer sejam. Jika datang ke sini, anda berpeluang mengira kelajuan angin di sebuah lokasi iaitu Mac's Brewery yang terletak berhampiran Cable Street.
8 malam: Wellington merupakan sebuah kawasan padat. Kebanyakan tempat mudah untuk dituju hanya dengan berjalan kaki. Saya mengambil kesempatan berjalan di sekitar bandar ke Boulcott Street Bistro yang terletak di dalam bangunan bersejarah Plimmer House. Menu kambing panggang yang disediakan amat lazat dan menyelerakan.
10 malam: Selepas menikmati makan malam, anda boleh bersantai ke pusat bandar di Courtenay Place, sebuah kelab dan pub sehingga larut malam.
| KIRI: ARCA batu menyambut pelancong masuk ke Te Papa, Muzium New Zealand.
|
SABTU
9 pagi: Sebaik-baiknya anda merakamkan gambar sebagai kenangan terlebih dahulu. Jika cuaca baik, teruskan perjalanan merentasi Cook Strait ke Picton menghala ke South Island.
Selain itu, sekiranya menetap di bandar, anda boleh mengunjungi pelabuhan yang terkenal dengan pelbagai jenis kapal layar, kafe, Muzium Maritim, memorial dan arca termasuk Len Lye's Water Whirler yang dikenali untuk membasahkan seseorang.
Selain itu, anda juga boleh merentasi jambatan City-to-Sea dan melalui Civic Square yang terdapat di dalamnya glob gergasi tergantung, galeri seni dan pohon palma tembaga yang tinggi yang menyokong sebahagian kawasan tersebut dan menuju laluan ke bangunan Parlimen.
11 pagi: Luangkan masa untuk menjelajah ke bangunan Parlimen yang pasti menjanjikan satu pengalaman politik yang menarik.
12.30 tengah hari: Di seberang jalan dari bangunan Parlimen ialah pub Backbencher, sebuah tempat yang menjadi kegemaran pengunjung untuk bersantai di samping menyediakan makanan tengah hari yang lazat. Sambil menikmati hidangan, anda akan dihiburkan dengan pameran boneka, dan aktiviti sukan yang menyeronokkan.
| BAWAH: PENGGUNA komuter berjalan kaki melintasi jejantas berdekatan Wellington Waterfront.
|
2.30 petang: Wellington mendapat reputasi tersendiri sebagai lokasi penggambaran beberapa filem popular selepas pengarah Peter Jackson membuat trilogi Lord of The Rings di tengah bandar Miramar, berhampiran lapangan terbang.
Baru dibuka adalah Weta Cave dengan muzium dan informasi mengenai rekaan Weta Workshops yang digunakan dalam filem trilogi Lord of The Rings dan beberapa filem blokbuster termasuk siri Narnia serta King Kong. Kemudahan melawati lokasi Lord of The Rings di Wellington ada disediakan.
5 petang: Bas akan kembali membawa anda ke bandar dan nikmati minuman sejuk di The General Practioner, sebuah pub berkonsep moden tradisional yang terletak di sudut Willis dan Boulcott Streets.
7 petang: Terletak sejauh satu blok di Cuba Street terdapat sebuah restoran Logan Brown yang terkenal dengan hidangan segar yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.
10 malam: Nikmati keindahan waktu malam di Cuba Street yang mampu memberi ketenangan kepada anda.
AHAD
9 pagi: Anda boleh menaiki bas atau teksi ke Mount Victoria untuk menyaksikan pemandangan 360 darjah bandar Welling, Hutt Valley dan jika cuaca baik, anda juga boleh melihat pemandangan South Island.
9.30 pagi: Berjalan kaki semula ke bandar menuruni Mount Vistoria yang digunakan oleh pelawat untuk sampai ke Shire in Middle Earth bagi trilogi Lord of The Rings.
10 pagi: Lawatan ke muzium kebangsaan, Te Papa Tongarewa adalah satu kewajipan. Terdapat lima tingkat bangunan yang penuh dengan pengetahuan, sejarah, seni dan hiburan.
12.30 tengah hari: Makan tengah hari di medan selera yang terdapat di Te Papa atau bar SYN di Bond Street di mana menu Hells Pizza akan menyajikan anda dengan hidangan yang dipanggil Lust, Gluttony dan Envy.
2 petang: Rasai keseronokan menaiki kereta kabel untuk menyaksikan pemandangan keseluruhan bandar di Kelburn dan juga muzium kecil. Kemudian teruskan perjalanan ke Karori Wildlife Sanctuary, satu projek pemulihan hidupan liar yang terletak di kawasan sepanjang 8.6km.
6 petang: Akhiri hujung minggu anda dengan menikmati minuman terakhir di bar St. Johns. Ia dibina di bekas tapak stesen ambulans berhampiran pusat bandar sebelum berkemas pulang dengan meninggalkan pengalaman berharga selama dua hari di Wellington.
SEBUAH kapal persiaran berlepas dari Pelabuhan Wellington
menuju ke Pulau Selatan, New Zealand.
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak menarik gambar2 tu....aku plan nak pegi awal ogos nanti bawak family selama seminggu..cadang nak sewa caravan.rasanya sejuk lagi tak?..aku tengok kat tv tempt. auckland 15 deg c.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #234 anak_petani's post
Sejuk lagi tu, anak_petani. Most probably, 15 deg C is the max for the day. Pepagi mungkin sejuk lagi.
Good idea sewa campervan kalau nak round NZ. |
|
|
|
|
|
|
|
baru balik dr auckland last week...mmg best..dok 2bln kat sana.. sempat jugak pergi national park kat whakapapa, sampai sana pagi...mmg la sejuk sangat...1st time rasa snow real.. jakun la jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #235 Jonesy's post
thanks jonesy...
nampak gayanya kena bawak baju sejuk jugak la...
campervan ni kena booking awal2 ke atau boleh walk in je...anyone? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_petani at 27-7-2008 05:51 PM
thanks jonesy...
nampak gayanya kena bawak baju sejuk jugak la...
Generally suhu di NZ memang sejuk... so sentiasalah bawa baju sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
nak nya pegi lagik ke NZ ni...
bila la berkesempatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #229 azbvc's post
ini kt cadrona ke? alahai... rindu nyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 anak_petani's post
Rasanya, eloklah book awal, jadi bila kat sana kita tak der lagi nak risau bab transpot ni, especially kalau bawak famili dng anak kecik. Ni gambo campervan yg sewa dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alangGIRL at 28-7-2008 05:24 PM
ini kt cadrona ke? alahai... rindu nyer....
Bukan Cardrona tapi dekat The Remarkables.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #238 azbvc's post
Summer ke, winter ke, sejuk memanjang NZ ni Tapi, pemandangan dia....cantik ya amat
[ Last edited by Jonesy at 29-7-2008 01:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon teringin nk g NZ tp xtau bile |
|
|
|
|
|
|
|
dah balik m'sia ahad lepas....mmg seronok, tapi tak cukup masa sbb pegi seminggu je....nanti kena pegi lagi...lepas ni nak cover south island pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #241 Jonesy's post
campervan ni dari company apa ekk?
berapa rate dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|