CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: icelemontea

All About Pasangan Popla - Tok Ti.. poo Situ Sana Sini & Tok K..ertu

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2006 01:46 PM | Show all posts
kesian??? rupanya ada istilah kesian jugak dlm hidup korang ek...wakakak..ingat ker tau nak mengutuk jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2006 01:54 PM | Show all posts
apa nak dikesian kan...
pelik .. . . . :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 02:36 PM | Show all posts

Tak rancang pinang Siti

Tak rancang pinang Siti

Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

KUALA LUMPUR: Keluarga terdekat Datuk Khalid Muhd Jiwa, 47, atau Datuk K mengakui tiada perancangan menghantar rombongan meminang penyanyi Siti Nurhaliza Taruddin, 27, sebagaimana yang diperkatakan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai seorang daripada ahli keluarga terdekat Khalid, pastinya kenyataan sumber yang dipaparkan dalam Harian Metro semalam sebagai sesuatu yang memalukan mereka sekeluarga.

揔alau betul ada rancangan meminang Siti, mengapa perlu menggunakan khidmat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)? Kami rasa malu seolah-olah dia anak yatim piatu yang tiada keluarga.

揚ada hakikatnya dia ada ibu bapa. Sudah tentu urusan seperti ini dikendalikan ahli keluarganya. Saya cukup kesal dengan tindakan pihak tertentu yang memberi maklumat salah kepada media.

揑ngin saya tegaskan di sini bahawa keluarga kami tiada perancangan merisik atau meminang Siti. Begitu juga cerita mengatakan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Ogos ini. Tapi kata orang, jodoh di tangan Tuhan,
Reply

Use magic Report

sajolysubry This user has been deleted
Post time 11-3-2006 02:48 PM | Show all posts
Hentikan spekulasi - Datuk K

KUALA LUMPUR 10 Mac - Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali Datuk K (kiri), 47, hari ini meminta media supaya tidak lagi menyiarkan sebarang berita mengenai dirinya yang dikaitkan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin , 27, yang diperoleh melalui sumber tidak sahih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, berita yang disiarkan oleh media sebelum ini mengganggu kehidupan peribadi dan keluarganya serta menyinggung pihak-pihak tertentu.

Berikut kenyataan penuh beliau:

``Sejak akhir-akhir ini, media massa sama ada akhbar, televisyen dan radio banyak membuat spekulasi mengenai diri saya yang dikaitkan dengan penyanyi Siti Nurhaliza.

Kecuali kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sendiri atau Siti, kebanyakan berita tersebut bukan sahaja tidak benar malah berunsur fitnah. Selain menjejaskan maruah saya dan memalukan keluarga, spekulasi itu turut mengganggu kehidupan saya, anak-anak dan pihak-pihak tertentu.

Saya amat kesal dan kecewa kerana kebanyakan laporan mengenai diri saya yang hanya memetik dari sumber-sumber atau dari pihak ketiga itu, bukan saja tidak benar malah menjejaskan kehidupan saya secara peribadi dan sebagai ahli perniagaan.

Justeru, saya memohon jasa baik pihak akhbar, majalah, stesen televisyen dan radio agar tidak lagi menyiarkan sebarang berita mengenai saya yang diperolehi daripada sumber yang belum pasti kesahihannya.

Saya memahami tugas media massa dan menghormati kebebasan akhbar. Apa yang saya minta hanyalah pihak akhbar menghormati kehidupan peribadi saya sebagai manusia biasa dengan tidak melaporkan perkara peribadi saya berdasarkan maklumat pihak ketiga.

Saya berjanji jika ada sebarang perkara mengenai diri saya yang difikirkan layak sebagai bahan berita, saya sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan. Sekali lagi, saya memohon kerjasama pihak media dan amat menghargai kerjasama ini. Sekian, berbanyak-banyak terima kasih.''

Kisah hubungan antara Khalid dan Siti Nurhaliza menjadi semakin diperkatakan apabila penyanyi pujaan ramai itu membuat kenyataan di depan media baru-baru ini mengenai hatinya sudah dimiliki.

Namun, penyanyi tersebut tidak menyebut identiti lelaki pilihannya tetapi banyak pihak mengaitkannya dengan Datuk K.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 03:02 PM | Show all posts
teka teki lagi ker.... penat laa aku.... :kant:
Reply

Use magic Report

sajolysubry This user has been deleted
Post time 11-3-2006 03:03 PM | Show all posts
Jangan dengar cerita pihak ketiga: Datuk K
Oleh Norfatimah Ahmad


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (gambar) yang dikaitkan dengan penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, meminta media massa agar tidak menyiarkan berita mengenai dirinya yang dipetik daripada sumber atau pihak ketiga.



Pengerusi Ace Group of Company yang turut dikenali sebagai Datuk K itu berkata, beliau membuat permintaan berkenaan kerana banyak laporan mengenai dirinya sejak akhir-akhir ini, yang berdasarkan sumber atau pihak ketiga, belum pasti kesahihannya.

揔ecuali kenyataan yang dikeluarkan oleh saya atau Siti, kebanyakan berita berkenaan bukan saja tidak benar, malah berunsur fitnah. Selain menjejaskan maruah saya dan memalukan keluarga, spekulasi itu turut mengganggu kehidupan saya, anak-anak serta pihak tertentu.

揂pa yang saya minta hanyalah supaya akhbar menghormati kehidupan saya sebagai manusia biasa dengan tidak melaporkan perkara peribadi berdasarkan maklumat pihak ketiga,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2006 04:05 PM | Show all posts
keadaan mcm dah tak terkawal..pihak media tolong la beri peluang utk siti bernafas!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 04:08 PM | Show all posts
aduh pihak media ni saja je...mana satu yg betul pun tak tahu...apala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2006 04:10 PM | Show all posts
mesej dari walnut

bak kata pujangga dari zaman p ramlee lagi

cinta itu BUTA
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 05:18 PM | Show all posts
ish...ish ....confuse............sbb tula siti kene bagitau hal yg sebenar kalau tak mcm2 cite yg diorg buat.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 06:05 PM | Show all posts
aku laparrrr!!!! nak makan apa yek malam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 06:12 PM | Show all posts

Reply #27 lebai_WOLRD's post

ehhhhh..pandai pulak tuka statement aku. we love u siti n kak rozie! :love: muah muahhhh:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 06:13 PM | Show all posts
susahnya jadi artis.. popular susah, tak popular pun susah... aku ingat baru je nak gi audition af4.. kalau macam ni lah ceritanya.. tak jadi lah nak gi... susah.. kang kalau menang tak kawin pulak aku... he he he  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 06:14 PM | Show all posts
yeah.. i lap u tooo...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 07:28 PM | Show all posts
Siti ooo siti.... ko ni nk kawen ke tak nak... asik no komen je... kalo nak ko cakap je... kalu taknak datuk k ni   abg jagung ade... meh sini... siti  oooo   sitiiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 07:32 PM | Show all posts
Kesian ko siti dapat orang tua..... tapi blum konpem kan.... tapi tak pe duit dia banyak tuuuuuuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2006 08:03 PM | Show all posts
the first local version of Bennifer.....will this end like them?
kuasa media mampu memusnahkan hubungan cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by synic at 11-3-2006 06:13 PM
susahnya jadi artis.. popular susah, tak popular pun susah... aku ingat baru je nak gi audition af4.. kalau macam ni lah ceritanya.. tak jadi lah nak gi... susah.. kang kalau menang tak kawin pulak ...



... jgn ler putus harapan......
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 08:55 PM | Show all posts
kalau CT buat pengakuan jujur, takda lah jadi cam ni. Biasalah berita2 cam ni sebagai publisiti untuk menaikkan nama CT yg tenggelam oleh aura Mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by kipiq at 10-3-2006 03:20 PM
cantiknya siti..tapi nampak cam dah gemuk sikit


bukan saja gemuk tapi montok !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.358699 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list