CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheq-sue

BUASIR & RAWATAN

[Copy link]
Post time 20-2-2008 10:28 PM | Show all posts

buang air 5 minit aje kalu boleh wokey tee hee..

Selesaikan  dalam  masa 5 minit

Oleh ZAMRI RAMBLI


Elakkan membaca atau merokok semasa dalam tandas, kerana tabiat ini hanya mengundang risiko mendapat buasir.


ELAKKAN melakukan aktiviti lainsemasa membuang
air besar kerana ia menyebabkan anda berada lebih
lamadalam tandas. - Gambar hiasan


MUNGKIN ramai yang berkata, "Ah gelilah bincang pasal buang air besar. Perkara dalam tandas pun mahu dibincangkan."
Tetapi tahukah anda perbincangan ini mungkin mengelakkan andadaripada mendekati antara penyakit yang paling malu dibicarakan orangramai - buasir.

Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah - iaitu bengkak di kawasanrektum dan dubur. Tetapi apa pula kaitannya dengan tandas atau membuangair besar?


BUASIR terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap salur darah vena.

Antara jawapan yang sering diberikan oleh kebanyakan pakar adalahminum banyak air dan makan banyak serat bagi mengelakkan najis yangterlalu keras.

"Tidak ada salahnya dengan nasihat itu. Memang betul dan tepat.Tetapi ada beberapa punca lain yang menjadi penyumbang lebih besartetapi sering diabaikan," ujar pakar bedah kolorektal dari sebuah pusatkesihatan kolorektal Singapura, Profesor Francis Seow-Choen.

Jelas beliau, buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salurdarah dan kelemahan pada injap salur darah vena. Buasir sendirisebenarnya kata Francis merujuk kepada urat darah dalam dindingsekeliling dubur. Apabila buasir menerima tekanan yang terlalu kuatatau tempoh yang panjang ia berisiko untuk terkeluar dan menjadipenyakit.

FRANCIS  SEOW-CHON

Terdapat beberapa ciri individu yang berisiko mengalami seranganpenyakit ini. Ini termasuklah mereka yang mempunyai ahli keluarga yangpernah menghidap buasir, hamil dan batuk yang melampau sertaberpanjangan.

Walaubagaimanapun, proses meneran semasa membuang air besar merupakan sebab paling biasa seseorang mendapat penyakit buasir.

"Selain mengelakkan najis yang terlalu keras dengan minum banyakair, ramai yang tidak menyedari berada dalam posisi membuang air besarsama ada duduk atau mencangkung terlalu lama boleh meningkatkan risikobuasir," katanya.




Jelas Francis, hari ini, membuang air besar sambil merokok danmembaca bukanlah sesuatu tabiat yang asing. Malah, ada tandas tertentudi luar negara yang menyediakan bahan bacaan dalam tandas.

"Merokok memang sesuatu yang biasa tetapi membaca akhbar atau bukuadalah lebih buruk. Ini kerana kadangkala oleh kerana terlalu lekaramai yang akhirnya berada dalam posisi duduk atau mencangkung antara15 hingga 20 minit. Sedangkan pada asalnya mereka boleh selesaimembuang air besar dalam masa sekitar lima minit sahaja," katanya.

Lantaran itu pakar bedah yang banyak menjalankan teknik Longo atauProcedure for Prolapse and Haemorrhoids untuk merawat pesakit buasirini menegaskan, elakkan melakukan aktiviti lain semasa membuang airbesar kerana ia menyebabkan anda berada lebih lama dalam tandas.

"Ia bermula dengan secara tidak sengaja yang akhirnya akan menjadi satu tabiat," katanya.

Terang Francis lanjut, sewaktu duduk atau mencangkung terlalu lama,kita memberi tekanan terlalu banyak kepada tisu yang menyokong uratdarah sehingga mendorong pendarahan, ia semakin kurang elastik danakhirnya terputus.

"Mungkin ada yang berfikir, 'Alah cuma lebih lima hingga 10 minit.'Tetapi fikirkan kembali, kita membuang air besar setiap hari. Malah,jumlah pesakit buasir saya yang mengakui mereka gemar berada di dalamtandas terlalu lama sama ada untuk merokok atau membaca bukanlah kecil," katanya.




Suspense lak aku.. sbb aku mmg selalu lama masuk tandas.  Sbb aku membaca dalam jamban   tee hee..  Aku boring aje dok tengok pintu (now aku letak gambar pompuan sexy  kat situ  utk cuci mata aku  )   Now aku dah takut lak.. kalu kena buasir ni...    Hari tu aku kencing tapi sbb aku tengah baca buku  lupa yang aku dah sudah kencing  (1 min aje)  tapi aku stay sampai 20 min..   langsung kebas kaki aku   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 10:37 PM | Show all posts
Limmina Plus  


Ciri tradisional untuk gaya kehidupan aktif dan sihat




Limmina Plus


Digunakan secara tradisional untuk

Membantu memecahkan lemak dalam badan
Mencuci usus
Melawaskan sistem perkumuhan
Menurunkan berat badan

Limina Plus perlu diamalkan sebelum menggunakan mana mana pemakanan ATAU minuman untuk mendapatkan penyerapan yang lebih sempurna.


Testimoni 1
Pn. Azlina
Limmina Plus di antara produk yang saya amalkan sewaktu dalam pantang. Ianya bertujuan mengelakkan masalah sembelit dan mempercepatkan proses pemulihan dalam rahim. Disamping itu, Limmina Plus juga berfungsi untuk membersihkan usus dan menurunkan berat badan. Amalkan Limmina Plus sekiranya anda inginkan kesihatan yang baik kerana usus yang baik memberi jaminan kepada kesihatan yang optimum.

Testimoni 2
Mak Cik Esah, Bidan
Sebelum saya menemui produk LImmina Plus selalunya saya mengesyorkan kepada pelanggan saya supaya minum air asam jawa supaya pelanggan saya dapat membuang air besar sebelum saya menjalankan tugas menaikkan peranakan dan memudahkan tugas saya untuk mengurut tetati setelah saya dapati Limmnina Plus bukan sahaja mampu membantu pelanggan saya membuang air besar dengan mudah tetapi saya juga dapati kesan jahitan lebih cepat sembuh dan peranakkan cepat kecut. Dan mengikut pengalaman daripada pelanggan pelanggan saya, mereka juga memberitahu saya Limmina Plus membantu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut yang buncit.

Testimoni 3
Pn. Dewi
Saya boleh makan seberapa banyak pun, berat badan saya tetap ideal. Sehingga pada satu hari saya tidak boleh lagi memakai kesemua pakaian seragam kerana sudah ketat dan lama-kelamaan, saya mula hilang keyakinan diri dengan bentuk badan saya yang ?bulat? ini. Saya bertekad utk mengurangkan berat badan. Akhirnya saya mencuba Limmina Plus. Saya menuruti segala arahan yang diberi termasuk banyak minum air untuk membantu mempercepatkan penurunan berat badan.
Alhamdulillah berkat dengan penggunaan produk Limmina Plus dan minum banyak air dalam masa 2 hari berat badan saya menurun 1kg. Kini saya lebih sihat dan amat aktif dalam kegiatan fizikal. Hebat sekali, kan!.



HARGA
WM: RM39.80
EM: RM45.80
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 04:32 PM | Show all posts
Buasir?? bagi yg pompan, cuba amalkan pakai pad bio ... takyah operate bagai ... gerenti bleh hilang ... byk minum air (sky juice ) buah2an.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:14 AM | Show all posts
saya pun rasa macam kena buasir. setiap kali buang air besar mesti kuar darah merah gelap. tak sakit pun. membuang pun ok. tengah mengandung skrang n sejak makan pil supp mengandung takde masalah nak membuang. makan sayur n buah tiap2 hari. camana nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 04:29 PM | Show all posts
issh seram. pembuka topic ada phone no. tak sempat selak satu2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 07:42 PM | Show all posts
deleted.deleted.deleted

[ Last edited by  naktanya at 20-3-2008 07:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2008 07:52 PM | Show all posts
deleted.deleted.deleted

[ Last edited by  naktanya at 20-3-2008 07:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 01:39 PM | Show all posts
Aku dah operate hari Isnin lepas.
Guna kaedah yang terbaru and kurang sakit
PPH ( Procedure for Prolapse and Hemorrhoids).
Agak mahal skit kos operation nih.dalam RM 8000+++.aku buat kat hospitalswasta.tak tau hospital goverment berapa dier caj.
tapi apa la duit nak dibanding kan dengankualiti hidup kan?
(nak nak pakai duit kompeni. ha ha)
so sapa2 yang suffer penyakit nih
PM aku kalo nak private la
aku bleh bagi pandangan skit2
org kata org yang melaluinye akan lebih paham kan.huhuhuhuh
kalo nak tanya kat sini supaya bleh share ngan semua pun bleh. no hal
mmg malu tapi demi kesihatan and quality hidup tuh...pendamkan jer la.
so sapa2 yang nak tanya....ask away!

Tq kepada semua yang bagi semangat and nasihat!
Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang!

[ Last edited by  blahlalu at 21-3-2008 01:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 10:06 PM | Show all posts
nak tanya skit saper2 yang tau...
hari nih suture (benang) yang digunakan oleh doc untuk jahit tuh macam nak terkeluar time aku buang air...
mmg perkara biasa ker?
or pembedahan aku ader problem?
risau gak aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #268 blahlalu's post

Buat kat spital mana?

Camner procedure, maksudnya dr jumpa doctor sampai ke operation. Perlu referral letter tak?

After buat PPH ni chances nak dpt balik ada tak? ke 100% cure nak tau gak, ye la sbb nak spend 8K++ kan. Sbb ade my friend buat yg banding tu.. w/pun baik tapi skang ni timbul semula bunga2 buasir tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 01:23 PM | Show all posts
masa mengandung ni boleh tak kita gunakan ubat sapu untuk kecutkan daging yang terkeluar sket dari anus? ada effect pada baby tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:36 PM | Show all posts

masalah buang air besar

saya ada masalah bila buang air besar keluar darah..what's the problem actually?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:42 PM | Show all posts

Reply #1 janggoat's post

adakah tanda2 buasir?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:10 AM | Show all posts
a'ah lar, buasir..

banyakkan minum air kosong.. cukupkan 7 gelas sehari ye.. 3 gelas siang, 3 gelas malam, 1 sebelum tidur..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:12 AM | Show all posts
haa..adus...ada cara nk atasi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:45 AM | Show all posts

Reply #3 kroit92's post

kalau ko suggest 7 gelas tapi aku nak suggestkan pepagi ambik 1.5 liter air masak/r.o/filtered selepas bangun tido... dan kalau boleh petang sekali lagi 1.5 liter seelok masa perut tengah x berapa nak penuh... more info leh meng"google" dibawah tajuk 'Usha Paana Chikitsa'.. satu perubatan ayurveda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #4 janggoat's post

cam kroit92 cakap tu kebanyakan kes disebabkan kekurangan air dalam badan, so najis tu jadi keras dan kesat dan melukakan dinding usus... atau sebab lain ko banyak makan benda pedas2, kadang perut tak leh tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:16 PM | Show all posts

Reply #5 limaukasturis's post

whoa.. banyak nyer kena minum, kembung perut.. tapi pastu mesti sihat kan..   sebab dengan toksin keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:17 PM | Show all posts
kroit terfikir lak, jangan kecik hati ek..

camner tuan rumah, janggoat, leh tahu dia berak berdarah???
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:14 AM | Show all posts
Baik jumpa doktor pegi check.

Yang biasa tu pendarahan di sebabkan buasir tapi sebab2 lain yang lebih serious adalah cancer/barah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.409655 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list