CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

Agnes Monica Mahu Sesatkan Orang Islam???

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2009 04:53 PM | Show all posts

Reply #259 highcastle's post

Sebab kalau kita tak guna our brain properly, nanti statements kita sendiri boleh memakan diri sendiri.

Alrite, back to position.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by hzln at 11-3-2009 16:47
masa aku tinggal tadi angin sepoi2 bahasa saja....baru bbrp jam ribot topan dah jadinya?


suka tgk drama eh ko tu laaa jahhh..nak diluah mati makk..nak ditelan mati bapak...kita2 seme ni serba salah plak jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 04:55 PM | Show all posts
cranky - nanti shin baca balik di thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by quedac1 at 11-3-2009 16:52


ko nak bantuan pernapasan tak AN ... ?? :bg::bg::bg::bg::bg:


tak payah..sarjan la settlekan dulu....kalau tak leh kang biar AN masuk plak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 04:58 PM | Show all posts

Reply #262 clairekimberly's post

telan air liur aje sudah .... jangan telan kahak sekali yea .. nanti boleh sesak napas ... :kant: :kant: :kant:

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 04:59 PM | Show all posts

Reply #264 Anak_Nogori's post

takde keje aku ... banyak mende lain den boleh buek ... AN panggil ler moderator buat keje ... takde maknanya aku nak sudahkan keje orang ... buang peluru jer ... ammunition yang di supply kat aku dah ler terhad ... lain ler kalau kementerian pertahanan bagi aku simpan C4 ... mudah keje aku ... agak2 x boleh damai ... kasi letup jer sumer .. padan muka korunk ... :kant: :kant: :kant:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2009 05:03 PM | Show all posts
Aaa amik ko..dah pindah ke bod lagu dah...wakakakakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 05:11 PM | Show all posts
jom nyanyi ramai .... bila kita gembira tepuk tangan .... lalalalalalalala :bg: :bg: :bg: :bg: :bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 05:20 PM | Show all posts
tutup jer larr thread ni mod muntz - kesian kat forumners di bod ni, nanti mereka confuse
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 05:38 PM | Show all posts

Reply #269 OsHiN_hOnEy's post

itulah sebaiknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 05:41 PM | Show all posts
Dah pindah ekk, aku check atas tup 2 kat lirik lagu plak.. terpaku jap tgk komen 2 Kak bai sama Oshin nak tgk ending dia camana   
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 06:36 PM | Show all posts
Sehingga sekarang aku x faham..kenapa lagu Agnes ini boleh dijadikan isu.
Agnes adalah seorang Kristian
Lagu tersebut diterbitkan dalam album rohani dan bukan album komersial
Dia adalah warganegara Indonesia..dan lagu tersebut juga diterbitkan di Indonesia
Di sana, Allah tidak tertakluk kpd org Islam sahaja

Jadi persoalan aku adalah :

Kenapa umat Islam di Malaysia tertiba sensitif?
Adakah lagu tersebut disiarkan dalam radio Malaysia?
Adakah lagu tersebut diselit dlm album komersial beliau, yg dijual secara terbuka dipasaran?

Kalau lagu dan album tersebut tidak dijual dan dipasang di Malaysia, kalau dijualpun hanay dikalangan gereja sahaja..kenapa ttiba nak melenting bagai?

Salahkan bagi Agnes sekali sekali menyanyikan lagu ketuhanan berdasarkan agama beliau?
Pernah tak Agnes membuat promasi..wahai peminatku..belilah album aku..ada lagu best utk kalian semua..Allah Setia...

Kenapa tetiba nak rasa terhina...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by OsHiN_hOnEy at 11-3-2009 16:29
sudah lar tu kak bai - thread kena tutup tu dah biasa, kak bai kena redha, pergi buka thread yg menjana minda kami , dari suka memaki hamun orang   


Rupa2nya makcik ni cerita psl thread saya kena tutup kat Board Swak. Ingatkan Azry or Uncle Sajali yg report kat Acehand. Takkan hal ehwal forumners Swak pun nak ambik tau. Walhal kitaorg dah settle pun ptg semlm & tak ungkit apa2 pun hari ni. Tak sangka you guys pun suka stalking saya ya. Rupa2nya kaki stalking tersohor. Muntz dah cakap jgn bawa cerita dr boards lain kat board CI.

Thread tu tak ada kena-mengena dgn korang pun. Cuma kongsi tentang pengalaman saya diugut dgn police report & take legal actions. Bygkanlah gang korang boleh terasa dgn thread tu sedang thread tu utk Azry, one of the forumners di board tersebut. Tak psl2 Wak Karman masuk sana interframe. Memang disgusting bagi saya buat kacau kat board org lain. BTW, korang ingat korang tu siapa berkuasa sgt di CARI FORUM ni?

Seperkara lagi, kalau you nak berforum - jgn berlagak konon you tu pandai sgt & habis org lain you condemn sebab you ingat ilmu you tu tinggi ssgt dr org lain. Mcm kata pepatah Melayu - padi makin berisi makin tunduk ie. manusia yg makin bnyk ilmu ditimba makin merendah diri sebab mrk rasa lagi bnyk yg mrk perlu pelajari. Bukan mcm sesetgh manusia. Baru tau sikit dah gempaq satu dunia. Asal org tak bersependpt dgn mrk dah memaki-hamun. Tu namanya arrogant.

Kalau betul breeding tu memang bagus takkan perangai kerja memprovoke & memfitnah org je. Saya bercakap based on judgement saya on posts korang sebab ia melambangkan sifat2 angkuh korang. Kata saya ni ramai musuh. Rupa2nya di  CI Board je. Tu pun gang menggeletis. Korang pulak tak sangka musuh lagi ramai dr. saya.

BTW, your posts tu menjana minda ke? Cuba baca my posts kat thread ni. Semuanya stick to the discussion. Tak ada meleret2 sampai mempersoalkan keikhlasan org Islam lain beribadah.

Setahu saya, org intellectuals tak mengaku mrk intellectuals pun. Ni intellectuals low class punya. You shd read your own posts. Sorry to say - langsung tak berkualiti. Tak habis2 cerita psl dia tu dr org baik2. Tapi posts alahai.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 08:18 PM | Show all posts

Reply #272 shalom's post

Maybe Agnes Monica popular di Msia. Sampai budak2 kecik pun minat Agnes ni. Kan tak berapa dulu kat TV3 ada tunjuk seorg budak kecik imitate gaya Agnes menyanyi & menari.

Anyway, bukan baru sekarang ada lagu rohani dlm album Indonesian artistes beragama Kristian. Sebelum ni memang bnyk album dr seberang mengandungi lagu2 serupa. Cuma Agnes ni mempunyai pengaruh besar di Msia. Saya tak tau sgt sebab tak minat dia pun.

Kat a few pages sebelah dah mention that kerajaan & pihak authority boleh buat guidelines yg album Indonesian artistes boleh dipasarkan di Msia hanya tanpa ada lagu rohani di dlm album mrk. Mcm Afgan pun nyanyi lagu ketuhanan "Ku sujud padaMu" ttp dia seorg Muslim.

Memang tak pernah dengar lagu Agnes Monica yg tu main kat radio. Tapi tak berapa dulu dlm Talian Hayat NTV7 memang ada main lagu Agnes Monica & dia ada sebut Allah dlm lagu tu. Tak pasti pulak.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 11-3-2009 20:22 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 09:26 PM | Show all posts

Reply #273 Baiduri Othman's post



Tak puas hati tul nampaknya ... sabarlah yea ... biasalah tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 11:32 PM | Show all posts
dah duk sini pulak thread ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 05:20 PM | Show all posts
Jumaat Mac 13, 2009
MAIS mahu lagu Agnes Monica diharamkan

[SEMASA] SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "...sebab Allah Yesusku mengerti."

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:12 AM | Show all posts
Lagu Allah Peduli diharam

Oleh NORHAYATI YAHAYA
[email protected]



AGNES MONICA



SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.

Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.

"penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

"Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.

Berdasarkan lirik lagu tersebut, perkataan Allah diulang beberapa kali di bait-bait awal lagu tersebut, manakala perkataan 'Sebab Allah Yesus ku mengerti' di lirik akhir lagu tiga minit 40 saat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:20 AM | Show all posts
walah...kat sini plak thread ni
mesti kes move thread ni

BTW...pd pandangan aku...
bkn dia nak sesatkan org islam..
sebagai penganut agama dia pon..
dia ada hak nak buat lagu 'Tuhan' dia..

mcm kita jugak..
ada yg penyanyi biasa buat lagu ke arah ketuhanan..lagu nasyid..
lagu ni dah mmg lagu utk gereja dia..

so..kita sbg umat Islam ni..
bila dah tahu..just ignore jelah lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 05:58 PM | Show all posts
In Indonesia, both Islam and Christian use word "Allah", but different pronunciation. The pronunciation in Muslim is "Auloh" and in Christian is "Alah".  You can hear from VC below. Its Song just for Kristen people like nasyid for Muslim. This song just sing on "Gereja" and "Hari Raya Natal" or other Christian ceremony. Just share condition of religion life in Indonesia.

[youtube]-x_0ChywET8[/youtube]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052066 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list