|
Khemah yang ada tidaklah begitu banyak. Kebanyakan khemah perubatan dikongsi bersama beberapa kumpulan perubatan antarabangsa yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan. Keadaan yang agak dhaif tanpa kemudahan air, elektrik yang menjadi perkara asas menjadikan semua pekerja2 sukarelawan terpaksa tidur, makan tak terjaga.
Letih memunggah barang2 makanan ke seluruh kem perubatan, Diana sudah tidak tertahan lapar. Sofiah masih melayan kanak2 yang mengelilinginya meminta roti. Diana duduk sebentar melepaskan penat di atas timbunan batu bata di sekeliling kem yang hanya diterangi lampu gasoline.SEjak tiba petang tadi, dia masih belum sempat mandi mahupun makan. Jangankan hendak mandi, hendak mencuci muka pun, tidak ada kemudahan air.
Air yang ada dicatu hanya untuk keperluan minuman dan perkumuhan. JIka ada terlebih, barulah dapat digunakan untuk berwudhu’ Buat pertama kali dalm sejarah hidup Diana, dia melihat seorang lelaki Palestin bertayammum dengan debu. Begitu ringkas. Melihat lelaki itu bersolat bersama jemaah2 lain di kem yang serba uzur, hati Diana tersentuh.
Di celah2 kemusnahan bandar dan kemiskinan ini, meski air susah dicari, namun hati manusia ini masih teguh mahu bersembahyang. Di Malaysia??? Air hanya berada di dalam bilik tidur sendiri! Tidak sampai 2 langkah pun sudah boleh mendapat air yang melimpah. Namun, ramaikah insane seperti iu yang ada di Malaysia???
Diana menarik nafas dalam2. Agaknya, memang betul kata seorang Profesornya semasa di universiti dahulu.
“Semua manusia sedang tidur. Mereka Cuma akan bangun bila mereka mati” Itulah ayat Professornya yang membuatkan Diana berfikir seminggu selepas kuliahnya.
Benar. Mungkin juga. Lumrah manusia, hanya akan menghargai sesuatu bila ianya tiada di depan mata atau di tarik balik oleh Tuhan.
Diana menarik nafas cuba mencari kekuatan di dalam dirinya.
“Di..” tiba2 pintu khemah mereka diselak. Wajah Pak Long hanafi tersembul di muka khemah. Diana meletakkan selimut yang baru dikeluarkan dari kotak. Pak Longnya dihampiri. |
|
|
|
|
|
|
|
“Ada apa Pak Long?” mereka sudah berada di luar khemah. Pak Long Hanafi senyum. Selimut tebal menyelimuti tubuhnya. Wajah Diana dipandang.
“Kamu baikkah?” soal Pak Long Hanafi. Diana angguk.
“Sudah makan?” soal Pak Longnya. Diana diam. Perlahan2 dia angguk, menipu. Walhal, sejak dari petang, dia masih belum berkesempatan menjamah hatta sekeping roti pun. Waktu yang ada terlalu pantas berlalu bersama kakan2 dan wanita2 Palestin yang majoritinya menghuni khemah2 perubatan itu.
Pak Long Hanafi senyum kelat. Bahu Diana ditepuk.
“Pak Long nak bagitahu kamu satu perkara..berkenaan dengan misi bantuan ni,” kata Pak LOngnya perlahan.
“Ada apa Pak Long?” gusar hati Diana.
“Hmm…pak long nak bagitau yang…Diana dan juga peserta2 sukarelawan dari universiti mungkin terpaksa dihantar balik lebih awal ke Mesir. Waktu untuk peserta2 sukarelawan terpaksa dipendekkan dari sebulan kepada 2 minggu saja…”Pak Long Hanafi memandang tepat ke wajah Diana.
Diana mengerutkan dahinya. Setahunya, mereka akan berada di gaza selama sebulan lebih.
“Bukan 2 bulan?” soal Diana lagi. Pak Long Hanafi menggeleng.
“Tapi kenapa?” soal Diana agak kecewa. Niatnya mahu lebih lama di situ. Pak Long hanafi menarik nafas dalam.
“ Pihak AMAN Malaysia dapat berita tadi, tentera Israel baru melancarkan beberapa serangan ke atas sisa2 bandar di Gaza. 2 buah sekolah telah di bom. 13 orang mati termasuk kanak2. Dengar cerita, dalam masa seminggu lagi, mungkin serangan tu boleh sampai ke sini. Jadi, pihak AMAN Malaysia tak mahu sesuatu terjadi kepada korang. Jadi, Diana dan kawan2 akan kami hantar balik ke Mesir lebih awal..” ujar Pak Long Hanafi.
Diana meneguk air liur pekat. Dadanya tiba2 berdebar kencang. Takutkah aku??? Diana terdiam Kelu.
Bahu Diana ditepuk.
“Jadi, Pak Long nak pesan, jangan keluar dari kawasan ni, jangan pergi mana2 seorang diri. Ambil kesempatan yang ada untuk Di buat apa yang Di nak buat sejak dari Malaysia. Jaga diri ya. Ingat pesan Pak Long,” Pak Long Hanafi menepuk ubun2 kepala Diana, kemudian berlalu.
Diana terkesima. Melihat langkah Pak Long yang sudah jauh meninggalkan kemnya, Diana segera mengatur langkah masuk ke khemahnya. Wajah2 kanak2 dan wanita yang sedang bersiap untuk tidur dipandang satu persatu. Darahnya berderau tiba2. kenapa??? Diana seperti mati akal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang malam, matanya cuba dilelapkan. Hatinya masih berdebar2. Ya Allah!!Apakah perasaan yang melanda hati aku sekarang?? Takkanlah aku takut mendengar apa yang Pak Long cakap tadi?? Di saat itu, Diana baru tersedar, dia tidaklah segagah yang disangkanya.
Malam gelap gelita. Lampu samar2 menerangi seluruh khemah itu. Kebanyakan orang sudah tidur. Entah bila Diana terlelap di celah2 kanak2 yang sedang tidur itu, Diana sendiri tidak sedar. Seingatnya, sebelum itu, dia sibuk menyelimutkan kanak2 seramai 9 orang di sekelilingnya.
Walau Diana langsung tidak memahami tutur bahasa mereka, tetapi dari gerak isyarat kanak2 itu, Diana dapat memahami sedikit sebanyak permintaan mereka. Mata Diana tidak dapat dilelap. Bau hanyir darah masih menusuk hidungnya.
Diana cuba melelapkan matanya. Sofiah sudah nyenyak tidur. Tiba2 dalam kesamaran cahaya, Diana ternampak sekujur tubuh kanak2 dan seorang perempuan tua bangun, mengsot dicelah2 pelarian yang lain yang sedang tidur. Diana segera bangun.
Perempuan tua itu memaut kanak2 itu keribanya. Kanak2 itu rasanya baru berusia dalam lingkungan 5-6 tahun. Diana merangkak menghampiri wanita tua itu. Di celah2 samar cahaya lampu, Diana merenung wanita tua dan kanak2 itu. Wanita tersebut jua memandangnya.
“Why? Anything that makes you can’t fall asleep?” suara Diana separuh berbisik kepada wanita tua itu.Bimbang mnegejutkan orang lain yang sedang tidur. Wanita itu merenung Diana.
“Selma…my name Selma..” lain yang ditanya Diana, lain pula yang di jawab wanita itu. Hendak tak hendak, Diana angguk saja.
“Oo..okay…you…okay?” terpaksa Diana berbahasa Inggeris sedemikian rupa demi memahami mereka. Melihat Diana menyoal perkataan ‘okay’ kepadanya, wanita bernama ‘Selma’ itu merenung kanak2 kecil diribanya.
“She…afraid…” Selma memeluk kanak2 diribanya, kemudian tangannya tergawang2 menyatakan sesuatu kepada Diana.
“Bom….night….she..afraid…” tangan Selma tergawang2 bercerita menyatakan sebutir bom telah meletup diwaktu malam sehingga menyebabkan kanak2 diribanya itu ketakutan. Diana terangguk2. Nafasnya ditarik.
Payahnya berkomunikasi. Kalaulah tidak kerana peperangan, sekurang2nya mungkin rakyat Palestin tahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Paling tidak pun, memahami bahasa itu sebagai bahasa pengantar. Tidak tahu apa yang hendak dibualkan, Diana senyum saja. Wajah kanak2 itu dipandang sayu. Mata kanak2 itu bulat, meliar ke kiri ke kanan.
Hati Diana dipagut pilu. Sudahnya, malam itu Diana tidak dapat tidur juga. Perubahan keadaan menjadikan Diana tidak tenteram sekaligus tidak dapat memejamkan matanya langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
thanx fizi...puas baca tp still x cukup...
baca ni betul2 menginsafkan...satu hari kalo ade rezeki teringin nak ke sana...membantu mana yg patut... |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih fizzi..betoi2 menginsafkan...next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga DI tabah... |
|
|
|
|
|
|
|
Penat menagagihkan gandum yang baru dibawa, Farid terduduk di tepi trak. Sesudah Subuh, mereka masih belum dapat menikmati sarapan lagi. Kata Ustaz Khalid, gandum yang diagihkan itu akan dimasak bergotong royong dan barulah diagihkan kepada semua orang. Melihat ramainya orang di kem itu, Farid hilang lapar. Mungkinkah gandum2 itu cukup untuk semua orang?
Dari jauh, Farid nampak Diana keluar dari khemahnya. Diana sedang menuju ke satu sudut lalu mencuci mukanya dengan sedikit air botol. Diana menyapu mukanya dengan air lalu tudung botol ditutup. Farid hanya melihat perilaku Diana.
Sedang dia menutup botol itu, pandangan Diana tertancap kea rah Farid. Farid senyum sambil melambai tangannya. Diana terdiam. Hmm…dalam keadaan yang membingungkan itu, melihat wajah Farid di awal pagi, benar2 merubah perasaanya. Hati yang tadi bingung kini sedikit menampakkan sinar bahagia.
Langkah diatur menuju kea rah Farid.
“S’obaahann Nuur..”sapa Farid. Diana duduk di atas tong di sebelah Farid.
“Apa tu?” soal Diana yang pelik mendengar sapaan Farid di dalam bahasa Arab.
“Selamat pagi…itu pun tak tahu..” balas Farid. Diana tersenyum. Hilang segala penatnya kala itu.
“Manalah aku tahu. Aku bukan sekolah Arab..” bidas Diana pula. Giliran Farid pula tersenyum.
“Apa kau buat pagi2 kat sini?” soal Diana sambil memandang kearah trak2 disekeliling mereka.
“Lepas Subuh tadi aje, kitorang semua kena angkat guni gandum ke khemah memasak. Aku penat, aku duduk sini kejap..” ujar Farid. Diana angguk tanda faham. Seketika, baru Diana teringat, sejak petang semalam, dia masih belum berkesempatan untuk makan!
“Kenapa?” soal Farid sebaik melihat wajah Diana yang tiba2 berubah. Diana pandang muka Farid.
“Aku belum makan dari semalam lah!” kata Diana. Farid terdiam.
“Aku pun…” ujar Farid lemah. Masing2 terdiam. Meskipun hari masih awal, beberapa kelibat manusia sudah lalu lalang di depan mereka. Entah kemana hala tuju mereka , Farid dan Diana tidak tahu.
“Kenapa kau tak makan? “ soal Farid perlahan. Diana diam, memikirkan sebab.
“Entahlah…semalam..waktu makan malam, aku sibuk suapkan budak2 tu makan. Lepas tu agih2kan makanan..sampai lupa kat tangan dah tak ada makanan nak dimakan..lepas tu…sibuk nak masuk tidur…kalau setakat 7-8 orang, okay lagi…tapi, cuba kau bayangkan kalau 20-30 budak2 keliling kau mintak itu ini dalam bahasa yang kau tak faham…pening jugak la..” kata Diana perlahan.
“Hmm..aku pun. Aku tengok, orang2 lelaki Palestin yang ada kat sini, diorang tak duduk diam. Ada saja benda yang diorang nak buat. Nasib baik kita kawal makanan kat sini, kalau tak ada kawalan makanan, aku rasa semua orang kat sini bergaduh berebut guni gandum. ..” tutur Farid.
Diana tersenyum sambil menopang dagu merenung pagi yang baru hendak sibuk. Mereka mengambil kesempatan untuk menunggu sarapan siap dengan menghabiskan masa bersama.
“Kau ingat lagi tak Di, masa kita panjat gunung Batangkali kat universiti dulu?” tiba2 memori lama menjengah ruang minda. Diana senyum. |
|
|
|
|
|
|
|
“Ingat! “ pendek jawapan Diana sambil tersenyum. Tiba2 dia rasa sangat lega, selepas terkena kejutan budaya sejak semalam.
“Kau ingat tak masa kita agih gula2 kat anak2 orang asli dulu?” soal farid sambil tersenyum.
“Ingat!” angguk Diana lagi. Farid ketawa kecil.
“Kelakar kan…” kata Farid lagi. Nafas ditarik perlahan, kemudian dihembus.Masing2 terdiam sejenak dibuai memori lama. Diana dan Farid sama2 merenung pemandangan kem perubatan di depan mereka. Masing2 menongkat dagu.
“Kau tau tak kita dapat tinggal kat sini 2 minggu saja?” soal Diana tiba2 memecah kesunyian. Masih menongkat dagu, Farid mengerut kening.
“Bukan 2 bulan?” soal Farid kehairanan. Diana menjatuhkan tangannya dari dagu, kemudian memandang Farid.
“2 minggu saja. ..” tegas Diana.
“Kenapa? Mana kau tahu?” soal Farid.
“Pak Long aku bagitahu. Tentera Israel dah mula masuk bandar2 Gaza..” jawab Diana. Farid terdiam.
“Kalau macam tu, apalagi..jomlah kita sama2 pergi berperang!” Farid tiba2 bersemangat. Diana mengulum senyum.
“Nak berperang pakai apa? Air liur?” soal Diana kembali.
“Hahha…kau jangan main2 Diana. Kau nampak budak2 tu?” soal Farid sambil memucungkan mulutnya kea rah sekumpulan kanak2 lelaki yang sedang bermain dengan sebiji bola getah yang sudah uzur benar. Entah dari mana datangnya bola itu.
Diana angguk, tanda nampak.
“Budak2 tu…dengan batu pun diorang lawan. ..” untuk seketika, kata2 Farid terdiam.
“Aku kagum dengan budak2 Palestin ni…dengan batu pun diorang lawan walhal askar Israel depan diorang lengkap bersenjata. Askar Israel ni pun, semua penakut. Harap berlindung dengan kereta kebal saja. Hakikatnya, mereka ni, takut nak turun dari kereta kebal. Sebab diorang tahu, Hamas ada penembak tepat.,” tiba2 Farid mengomel.
Dian turut diam, mengakui kebenaran kata2 Farid. Masing terdiam.
“Kenapa kau tiba2 jauhkan diri dari aku dulu ya?” |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih fizz 4 d n3... next2 |
|
|
|
|
|
|
|
tima kasih fizzy selamat bersahur...ada masa smbg n3 lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ada pun n3nya...
kalu free letak n3 lagi erkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fizz klu free letak n3 cerita menarik....
teringat sebuah novel pasal perang IRAN n IRAQ |
|
|
|
|
|
|
|
fizz bila senang sambung menarik cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
takut betul kalu baca @ dengar citer camnie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|