|
kita buat FC HJ ZUL
kita dua org je ahli
sang_arjuna Post at 25-10-2010 17:22
aku pun sama...tak pelah korang amik yg muda muda tu..aku maintain ngan Hj Zul..ex guru bahasa inggeris tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kaypo
nampak sedap gak
tp nasi goreng kat rest house KK ada telur mata kerbau kat atas
sang_arjuna Post at 25-10-2010 17:06
smiley...telur tu ada tapi dah transfer ke pinggan FB tu...sbb aku tak makan telur mata kerbau.....pepandai ja aku tukor skrip...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Crite Ty??? Masih belum habis ke?
.. Nan ti ifah jenguk rumah tu ...
AnakPakKassim Post at 25-10-2010 18:18
adoi akak sorang ni...rumahnya sendiri sampai lupa jalan pulang......ifahhhhhhhh..rinduuuu..biler nak turun lagi...nak jumpa baby khalisa... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
penat2 aku menapak smpai sini nak cari calon sesuai utk ganjaran kerana bagi idea bernas tuk umah smiley ni..
tapi hampa sbb korang duk speku hero yg mana satu pilihan hati..
cuba la garap pjng2 skit...nak baca komen pembaca yg setia disini...
walau aku dah berhenti jadi tukang minta n3 tapi aku masih setia baca satu demi satu kalu masa pree...
nak komen tak de yg mulakan...so sapa berani wat review pendek tuk skor citer smiley ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
penat2 aku menapak smpai sini nak cari calon sesuai utk ganjaran kerana bagi idea be ...
Jaza2008 Post at 26-10-2010 11:49
tak de berani la...almaklom ler...sifu tak ajar lagi cam ne nak buat...cuba ko ajor dulu..tunjuk contoh......jaza...jgn ko kejor aku lak..aku larikkkkkkkkkkkkk dulu ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 265# kaypo
hahaha dah betul la tu kaypo.....sifu jaza tak ajarkan lagi contoh2 camne nak karang komen ekk |
|
|
|
|
|
|
|
citer nie bagus, ayat2 dia pun teratur je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 264# Jaza2008
penulisan arjuna
1) mudah di fahami bagi pembaca2 baru berjinak2 dengan novel macam saya
2) nama2 watak utama nampak real ... nama biasa yang di gunakan oleh orang kampung.... dan mudah pembaca ingat
3) sangat simple dan menyeronokkan bila baca ... membuat pembaca tertunggu2 next entry
4) plot cerita biasa yang berlaku dalam masyarakat dan bukan khayalan penulis
itu saja yang saya boleh komen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru nak merempit citer ni. Besh besh |
|
|
|
|
|
|
|
smiley...takde sambungan lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
eemm..lum ade n3 baru lagi ke?
suka sgt kat cite2 kak smiley..
pls smbg lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azlin berhati hati melabuhkan duduk di kerusi belakang kaunter bayaran. Nafas di tarik panjang. Dadanya berombak. Perutnya yang sarat di usap. Kemudian dia mengurut kedua peha sambil mengaduh sakit. Dahlia berhenti dari tugas menyusun buku.
“ Kenapa Kak Lin? Sakit?” Dia mendekati sepupunya. Muka Azlin pucat tak bermaya.
“ Lenguh biasa biasa saja. Toksah risau lah, akak belum nak beranak lagi. Penat layan Joe dengan Jim tadi” Kedua anaknya terpaksa di bawa ke Toko Buku Nilam kerana tiada orang untuk mengasuh mereka. Nenek mereka, ibu mertua Azlin yang selalu menjaga cucunya tapi hari itu dia sakit dan terpaksa berehat. Baru sebentar tadi Rosman, suaminya menjemput kedua anaknya dalam perjalanan pulang dari pejabat.
Nazim Hadi dan Nazrul Haq sungguh lasak, habis lintang pukang barang dalam kedai. Gatal jari Dahlia ingin mencubit keduanya tapi dia takut ibu mereka terasa hati. Dahlia bersyukur bila mereka pulang tanpa kecederaan serius, cuma kepala Joe sedikit benjol terkena bucu meja dan lutut Jim luka bila terjath di kaki lima kedai. Kesian Kak Lin! Nak bawa perut sendiri pun dah tak larat. Macam mana nak kejar dua anak kecil yang nakal.
“ Kak Lin nak balik? Sekarang dah pukul 5 lebih. Kalau Kak Lin tak sihat balik lah dulu.” Dahlia mengurut bahu Azlin. Dia dapat rasakan yang Azlin sedang menahan kesakitan.
“ Kalau balik rumah lagi penat. Kena jaga budak budak, kena jaga bapa budak. Sebab itu akak tak nak ambil cuti hari ni. Rasa nak tercabut nyawa kalau duduk rumah jaga budak dua orang tu. Lia, kau tolonglah doakan anak yang dalam perut ni perempuan. Akak tak larat nak jaga seorang lagi hero. Bapak dia pandai buat anak, tapi malas jaga anak” Herot petot mulut Azlin merungut. Dahlia mengambil Milo kotak dari bilik stor.
“ Minum dulu Kak. Relax kan badan, tenangkan fikiran. Nanti kalau blood pressure Kak Lin naik, lagi susah.” Azlin melunjurkan kakinya yang bengkak atas kotak berisi stok buku baru. Milo di sedut perlahan. Dahlia kembali menyusun buku yang di sepahkan oleh anak anak Kak Lia.
“ Macam mana date kamu dengan Farid semalam? Ada orang cerita bukan main mesra lagi. Ada chemistry gitu. Ceritalah kat akak. Best tak? “
Ini mesti Shakira yang jadi wartawan gossip. Dah agak dah. Kemana tumpah bakat Ucu kalau bukan pada anaknya.
” Farid dah lain sekarang. Dah tak manja macam dulu. Kita pergi makan kat Rest House, sembang sembang kejap , lepas tu balik. Seronoklah juga , jumpa kawan lama.”
“ Maknanya kamu dengan Farid jadi lah, ya? Untung kamu Lia. Farid tu handsome, kaya, smart. Bila Uncle Leman dengan Auntie Zurina nak masuk meminang?”
Kening Dahlia terangkat. “ Eleh, kita orang baru keluar sekali. Takkan nak kahwin terus. Sabar aaa”
“Apa nak tunggu lagi? Farid tu petik jari, mana mana perempuan di Kuala Kangsar ni dia boleh dapat. Lia pun bukan muda lagi. Nak tunggu apa? Masa Kak Lin baya Lia , Kak Lin dah mengandungkan Jim.”
Definasi muda di KK dan KL memang berbeza. Di KL gadis sebaya aku masih enjoy life. Tak kecoh pun nak kahwin. Di KL kalau dah cecah umur 30 pun tak di gelar andartu. Masing masing lebih pentingkan kerjaya. Hidup mesti ada duit, cinta saja tak memadai.
“ Jodoh di tangan Tuhan. Cepat atau lambat, itu urusan Dia. Kita berdoa saja supaya dapat suami yang baik.” Dahlia kembali menyambung kerja.
“ Jangan memilih sangat. Nanti jadi macam Darina. Kawin lambat , sampai sekarang tak ada anak” cemuh Azlin. Bibit cemburu sudah kelihatan. Dahlia tahu kakaknya di cemburui kerana Darina paling berjaya antara semua sepupu. Darina ada Masters in Linguistics. Suaminya, Abang Jeffrey, pensyarah biologi di USM yang sedang membuat PHD. Sudahlah pandai, Darina berwajah cantik, mirip pelakun Eja. Di kalangan sepupu sebelah keluarga bapanya seramai 10 orang dan sebelah ibu seramai 6 orang, masing masing berlumba nak tunjuk siapa hebat. Kalau kalah dalam kategori pelajaran atau kerjaya, mesti nak jatuhkan orang dalam kategori lain. Lumrah manusia memang begitu. Tak boleh lari dari mentaliti KG.COM. Sabar jerlah haku!
“ Anak tu rezeki. Tuhan yang tentukan. Ada orang kawin muda pun susah dapat anak.”
“ Ikut suka kau lah Lia. Tapi kalau akak jadi Lia, akak tak tolak lelaki macam Farid.”
“ Nak tolak apa? Dia baru ajak makan nasi goreng. Bukannya ajak kawin” bidas Dahlia. Tak di nafikan, aku suka Farid tapi taklah sampai tahap nak terus kahwin. Slow and steady lah. I got plenty of time. Aku dan dia perlukan masa untuk kenal hati budi masing masing. Takkan sebab dia dah handsome dan kurus aku terus nak terima.
Dahlia melihat jam di tangan. Kata Babah , Cikgu Amir nak datang ambil buku untuk library Sekolah Sri Kota. Tapi dah hampir waktu kedai tutup tak nampak bayang pun.
“ Kita tutup kedai cepat sikit lah hari ni. Rasanya dah tak ada pelanggan dah. Lia nak kemas bilik stor pula. Kak Lin boleh rehat. Nanti Lia hantar Kak Lin balik.”
“ Tapi Cikgu Amir belum datang.” Protes Azlin. Dia suka tengok Cikgu Amir. Muka Cikgu Amir macam pelakon Teuku Ryan yang membintangi sinetron Hikmah yang sangat di minatinya. Sewaktu mengandungkan anak kedua dulu, dia berharap sangat terkenan muka Cikgu Amir.
“ Dia ada hal penting kot. Lia nak tutup kedai tapi kalau Kak Lin nampak Cikgu Amir kat luar, suruh dia masuk.“ arah Dahlia.
Sign “ BUKA” di terbalikkan. Dia harus segera mengemas kedai dan menyusun buku yang baru sampai. Pening kepala tengok kotak berselerak. Pelanggan pun naik cuak nak masuk, takut tersadung kaki. Dahlia ke bilik stor untuk menukar pakaian. T shirt hitam saiz XL dengan lambang Black Metal yang di cilok dari almari adiknya di sarungkan. Rambutnya di sepit tinggi dan di tutup dengan cap. Let’s get down to serious work. Kotak pertama di buka dengan cermat. Buku dari publisher Jemari Seni di atur di rak yang dikhaskan untuk novel Melayu. Sebelum ini stok buku Melayu di kedainya sangat terhad, cuma novel Alaf 21 saja yang di jual. Seleksi pun tak banyak. Patutlah pelanggan kurang berminat untuk berkunjung. Harap harap setelah mendapat stok dari Buku Prima, Fajar Pakeer dan Jemari Seni, jualan akan bertambah.
GEDEBUM! Bunyi yang kuat mengejutkan Dahlia. Dia hampir berhenti bernafas melihat Azlin terjerembab di lantai.
“ Adoiiiii! Tolong! Tolong! Sakit!” jerit Azlin. Terdapat tompokan darah di bahagian punggung seluar kelabu yang di pakai.
Dahlia tergamam. Dirinya di landa panik. Otaknya tak dapat berfungsi. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Selamatkanlah Kak Lin, dia berdoa. Darah terus mengalir dan jeritan Azlin terus memecah hening petang.
…………………………………………………………………………… |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 26-10-2010 17:41
Amir mempercepatkan langkah ke tempat parkir. Bertali arus masaalah yang melanda hari ini. Selepas sekolah, dia pergi ke rumah pelajar bernama Nabil yang ingin berhenti sekolah kerana kesempitan wang. Bapa Nabil baru meninggal akibat serangan jantung dan ibunya yang mengambil upah menjahit baju terpaksa menanggung 7 orang anak. Ibunya berkeras yang dia mahu Nabil bekerja membantu keluarga walaupun anaknya baru di Tingkatan Tiga. Akhirnya Amir dan guru lain bersetuju untuk menyumbang wang bulanan hingga kakak sulung Nabil mendapat pekerjaan dan adik beradiknya yang lain mendapat biasiswa . Kasihan kalau pelajar pintar seperti Nabil tidak di beri peluang untuk belajar. Kemudian dia terpaksa kembali ke sekolah untuk mesyuarat Lembaga Disiplin. Kes merokok dan ponteng semakin berleluasa. Bukan saja pelajar lelaki yang terbabit tapi perempuan juga makin berani. Hebat! Jangan ingat remaja di bandar kecil tidak terjerumus dalam masaalah sosial. Dalam pada itu, ada murid yang tercedera semasa latihan bolasepak dan terpaksa di hantar ke hospital. Dia menawarkan diri dengan harapan dapat terus ke kedai Cik Pai Ayam selepas pelajar itu menerima rawatan tapi nasib tidak menyebelahi Amir. Dia terpaksa menadah telinga mendengar celoteh si ibu pelajar yang tidak puas hati dengan pihak sekolah. Alahai! What a day!
Minta mintalah aku sempat ke Toko Buku Nilam. Bukannya sebab buku library baru di perlukan sangat tapi sebab Cik Pai Ayam sedang menunggu. Tak syok lah lambat for the first meeting, nanti apa pula persepsi nya. Di tengah bandar Kuala Kangsar menara jam besar menunjukkan pukul 5.50. Phew! Ada 10 minit sebelum kedai di tutup. Dia memakir kereta di birai jalan depan salon rambut yang terletak selang 3 pintu dari Toko Buku Nilam. Jalan sudah mula lengang. Degupan dadanya makin kencang. Macam mana lah rupa anak Cikgu Zul agaknya.
Jeritan sayup mencecah telinganya. Langkah pantas di hayun ke arah suara perempuan yang menjerit meminta tolong. Kadar jenayah di bandar ini semakin meningkat. Hatinya makin merusuh bila dia sedar jeritan itu datang dari arah Toko Buku Nilam. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena bila sign TUTUP tergantung di pintu. Ini mesti modus operandi perompak. Dia mengintai ke dalam. Ya Allah! Azlin terbaring di lantai dalam keadaan berdarah. Seorang lelaki yang di anggarkan masih remaja memakai cap dan berbaju Black Metal memegang alat tajam seperti pisau berdiri membelakanginya. Apa nak jadi dengan budak budak sekarang? Ini mesti nak merompak untuk beli dadah. Amarah menguasai diri. Amir terbayang berita dalam suratkhabar “ Guru berjaya membanteras rompakan di kedai buku”
Tanpa perlu berfikir panjang, dengan sepenuh tenaga dia merempuh pintu yang tertutup. Tubuh remaja lelaki itu di paut ketat dari belakang, sebelah tangannya di bahagian dada dan sebelah tangan di pinggang. “ Aiikkk… rasa lain macam ni” hatinya berdetik.
“ AARGGHHHHHHHH!” Dahlia menjerit dan meronta “ Lepaskan aku!”
“ CIKGU AMIIIIRRRRRR!” jerit Azlin.
“ Oh my God, I’m so sorry!” Muka Cikgu Amir pucat bila tersedar dia memeluk seorang gadis. Namun tangannya tidak mendengar signal dari otak.
“ LET ME GO, YOU STUPID @#$%* IDIOT! AKU REPORT POLIS!” tengking Dahlia. Dia menendang ke belakang. Puas hatinya mendengar suara lelaki mengaduh kesakitan. Biar mampus kau. Tubuhnya terhoyong hayang bila di lepaskan
“ I.. I’m sorry. Saya minta maaf , Cik. Saya ingat ada rompakan bila nampak Azlin terbaring…” Cikgu Amir merepatkan kedua belah tangan seolah menyembah. Mak Datuk, aku terpeluk Cik Pai Ayam. Macam mana aku boleh silap sangka minah cun ni seorang lelaki. Sesalannya bertimbun. Nak jadi hero konon , tapi dapat markah zero.
“ DIAMLAH BODOH! “ Sial punya jantan, sedap saja peluk aku. Free jer aku kena raba. Airmatanya mula bertakung dan nafasnya tercungap. Dia trauma di peluk lelaki yang tidak di kenali. Siap kau, aku tak peduli. Aku akan ambil tindakan.
“ Cikgu Amir, Lia.. tolong .. akak sakit. Tolong… selamatkan baby akak.” Kedua mereka berpaling pada Azlin. Dahlia terus menerpa pada sepupunya. Wajah Dahlia sama pucat dengan Azlin.
“ Kak Lin, sabar Kak Lin. Lia call Abang Rosman sekarang” Dahlia menekan butang handphone. Belum sempat panggilan di jawab, Amir membuat keputusan.
” Tak sempat. Cepat, kita bawa Azlin dengan kereta saya ke hospital.” Cikgu Amir bertindak pantas. Tubuh Azlin di papah bersama.
Dahlia mengumam geram tapi dia sedar , sekarang bukan masa untuk bertekak. Nyawa Azlin dan bayinya dalam bahaya. But you better watch out , Cikgu Amir |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya cikgu amir....mesti dahlia x suka nanti ngan cikgu amir sbb terpelok... |
|
|
|
|
|
|
|
entah entah pasni dahlia tak dapat lupa pelukan cikgu amir ...hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni den suko.......
liyanur Post at 26-10-2010 18:06
liyanur....hmmmm seronok sgt dia |
|
|
|
|
|
|
|
entah entah pasni dahlia tak dapat lupa pelukan cikgu amir ...hahahahha
sang_arjuna Post at 26-10-2010 17:42
sukanye..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak mula baca cerita ni.. hari ni baru free sikit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|