CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 31-1-2013 08:31 AM | Show all posts
yeay dah ada sambungan..... tq smiley... redza pun dah jumpa nurul..kena buat something ni sblm redza kawen ngan ellly...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 09:10 AM | Show all posts
Juna...kalo redza kawin gak ngan elly tuh...kaka bako umah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:26 AM | Show all posts
alaaaaa .... biar lah ecah ingat semuanya n redza xyah kahwin ngan elly
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:15 AM | Show all posts
asyriqa posted on 31-1-2013 09:10 AM
Juna...kalo redza kawin gak ngan elly tuh...kaka bako umah nih...



........setuju banget....!!!

bako..bako...





Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:56 AM | Show all posts
perghhh .........nak membako ajer .....kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:07 AM | Show all posts
Ha ha ha cepat sbg smiley... xsabar ni....

tak kisah lah  klu kena bako......bena baru semula ha ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2013 12:01 PM | Show all posts
qimi08 posted on 31-1-2013 11:07 AM
Ha ha ha cepat sbg smiley... xsabar ni....

tak kisah lah  klu kena bako......bena baru semula ha  ...



mana boleh qimi...kalo dah dibako..hangus dah..

takde tersisa nak bina semola...  



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 12:19 PM | Show all posts
best n3 yg berganda2
keep good work smiley
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 02:55 PM | Show all posts
konflike pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:56 PM | Show all posts
Mesti Redza tak jadik kawen ngan Elly sbb dah jumpa chenta hati kan kan kan Smiley heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:20 AM | Show all posts


kaka Juna...takdok sambungan kah harini...??




Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ngadap citer ni,kaka juna sambungan nnti yg len dr yg len yer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 05:02 PM | Show all posts
moga yuyu ingat hb dia..sesekali sian kat reza sesekali kata padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:27 AM | Show all posts
Wahhhhh..baru perasan Juna ada cerita baru. nampak sangat dah lama x  jenguk sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 06:14 PM | Show all posts
maaf lambat sambung, kebizian melanda
nak cari idea pun susah

..........................................................................................

Bab 23

“ Jadi kau dah boleh balik Malaysia? That’s good. I’m happy for you” tutur Shah. Wajah Nurul berseri seri macam dapat durian runtuh. Senyumannya tak lekang sejak keluar dari bilik doktor.  

“ I am the happiest person in the world! Tak terkata macam mana seronoknya dapat pulang akhirnya. Anyway, thanks sebab temankan aku.  Tapi aku kena tunggu  untuk dapatkan medical report sebab di Malaysia nanti aku kena follow up dengan doktor di sana. Kalau kau ada hal, tak payahlah tunggu aku” Dia menarik kerusi di depan Shah dan meletakkan dua cawan kopi yang masih berasap.

“ Its okay. Aku free hari ni.“ Shah menyandarkan tongkat ke tepi meja sebelum membetulkan duduk. Kakinya yang masih belum sembuh sepenuhnya rasa lenguh kalau duduk lama. Doktor kata kemungkinan besar sebelah kaki akan pendek sedikit sebanyak 2 cm. Small matter, boleh tempah kasut khas yang ada pelapik. Dia amat bersyukur yang dia masih bernyawa dan masih boleh berjalan. Ramai kawannya sudah bergelar mendiang.

“ Aku belanja kau lunch. Cakap saja apa kau nak makan” Nurul menuang sepeket gula ke dalam minumannya.

“ Rezeki jangan di tolak. Aku tak nak makan kat sini. This cafeteria’s food is lousy. Aku nak lobster noodle kat C & R. Kau dah nak balik, bila lagi nak ketuk kau? ” Shah tersengih. Dia akan merindui Nurul yang sudah menjadi kawan kamceng sejak kebelakangan ini.

“ Kau tak nak balik untuk perkahwinan Elly? Mesti dia jemput kau”

“ Tak boleh lah. Aku start  kerja tak lama lagi, takkan aku nak terus ambil cuti. Lagipun penat lah duduk dalam plane dengan kaki macam ni. Dia nak kahwin dengan siapa ya? Poor guy” Shah ketawa sinis

“ Haippp! For your info, bakal suami dia ada sini. Aku dah jumpa. Nama dia Redza dan dia datang sini sebab bawa mak dia jumpa doktor pakar. Mereka tinggal kat rumah Puan Sri Lily. Hari ini aku kena bawa Redza pergi beli some of the hantaran  untuk Elly ” Nasib baik cuaca hari ini tidak sedingin beberapa hari lalu. Selesa sikit nak cuci mata di Oxford Street dan Bond Street.

“ Mesti bakal suami dia tak handsome dan gemuk dan tak laku, kan? My gut feeling says its an arranged marriage. Dia mesti tak tahu kisah Elly di sini. Mana ada lelaki yang nak kutip sisa…..”  Nurul menjegil matanya. Mulut  macam gampang!  Kena sambar petir baru tahu. Sesungguhnya dia sendiri bukan ingat pun kerenah Elly di London. Kisah pengeboman yang menyebabkan dirinya koma pun Nurul dapat tahu dari Shah dan internet. Kira syukur juga dia tak ingat langsung kisah hitam itu, kalau tak setiap malam tidurnya di landa mimpi ngeri.

“ Shah! Cakap biar bertapis !  Sudah sudahlah mengata orang. Elly is a nice girl and Redza is tall and good looking. Lagi handsome dari kau.” Motif aku puji pakcik weird itu. Tapi dia memang kacak dan tinggi, itu aku terpaksa akui.

“ Okay…okay. I’m sorry. Nanti Tuhan balas pula nanti mulut aku yang laser ini. I hope their marriage will be a happy one. “ Wajah Shah serius.

“ Lepas balik nanti apa plan kau? Nak sambung jadi pramugari?”
Fikiran Nurul melayang. Sekarang dia masih lagi staf MAS dan di beri cuti sakit. Alhamdulillah.

” Tak tahu lah sama ada aku mampu fly lagi. Otak pun dah bercelaru. Tapi kalau aku tak kerja siapa nak kasi aku makan?  My friend Aireen cakap, MAS akan bagi VSS tak lama lagi sebab nak kurangkan staff. Mungkin aku boleh mohon VSS dan aku boleh survive dengan duit itu sementara aku cari kerja baru.”

“ Nanti aku reki reki kalau ada kerja kosong di syarikat bapa aku.” janji Shah. Pelik, dulu kata ada suami. Takkan suami dia tak boleh support? Tapi  Nurul tak pernah pun sebut tentang suami dia lepas kemalangan. Memang ajaib kalau suami sendiri pun dia tak ingat. Or maybe she never had one in the first place?

“ Excuse me”  Nurul menyelongkar beg Longchamp.  Telefon yang berdering di jawab.  Auntie Sofi menelefon menanyakan keberadaannya sebab Redza ingin jumpa.

“ Nurul masih ada kat hospital. Kena tunggu doktor siapkan medical report.  Auntie boleh suruh dia datang sini. Nurul tunggu dia.” Semalam pelan untuk shopping terpaksa di batalkan kerana cuaca buruk tapi hari ini dia sudah tidak ada alasan. Lagipun aku kena langsaikan janji sebelum aku pulang. Kalau harapkan Redza  entah macam mana rupa beg dan kasut yang di beli. Tak percaya aku dengan mamat pelik itu, taste pun tentu pelik juga.

Shah menjungkit sebelah kening. “ Got a date?”

" Tak lah. Aku kena jumpa Redza.  Ha.. boleh lah kau interview bakal suami Elly. Tapi jaga mulut tu. Don’t you dare say anything that will jeopardize their wedding” Nurul meluruskan jari telunjuk depan muka Shah sebagai amaran.
.......................................................................................
Redza  menyimpan handphone dalam kocek seluar selepas perbualan dengan Auntie Sofi. Kebetulan Nurul juga berada di hospital yang sama. Ibunya masih berada dalam bilik rawatan dan mungkin mengambil masa sehari suntuk. Bermacam macam pemeriksaan perlu di jalankan, tumour dalam otak bukan perkara yang di ambil mudah. Doktor mengesyorkan supaya Datin Wan Hamidah bermalam di hospital saja. Bimbang kalau kesihatannya merosot kalau  berulang alik dalam cuaca sejuk begini.
Langkah di atur ke cafeteria hospital..Strategi sudah di rangka untuk memikat Nurul. Kali pertama jumpa  dia terlalu teruja sampai menakutkan Nurul. Today, I will play it cool. Gaya cool nya terjejas sebaik nampak Nurul. Siapa lelaki Melayu itu? Nurul menggamit padanya dengan sebelah telinga melekap pada telefon bimbit.
“Assalamualaikum” Ucapan salam di jawab dengan kening terjungkit Shah.  Wah, Elly dapat  Ustaz pakej,  bisik hati Shah
“ Waalaikumsalam” Akhirnya Shah menghulur tangan.
Ingatkan bukan Islam tadi, detik hati Redza.
“ Kenalkan , Shah … Redza. You guys borak dulu. I kena pergi ambil my medical report and ubat kat atas.  I won’t be long” Nurul menyangkut beg ke bahu dan meninggalkan mereka
“ Dah lama kenal Nurul?” tanya Redza
“ I baru kenal dia di club malam bombing itu. Elly kenalkan kita”
“ Oh, baru kenal lah. Tapi dia boleh pula ingat you. ” Sedangkan suami sendiri  dia tak ingat, sambungnya dalam hati.
“ Sebenarnya Nurul tak ingat apa yang berlaku malam itu. Dua minggu lepas kami jumpa  masa counseling session untuk  survivors of the tragedy. Kita berdua saja dari Malaysia.  Kiranya kami baru berkawan semula. So, you nak kahwin Elly ya? Tahniah”
Riak muka Redza yang kurang gembira di tangkap oleh Shah. Dah agak dah. Mesti mak bapak yang aturkan.
“ You dah lama tinggal di London?” Topik di tukar. Dia dapat rasa yang Shah seolah memerlinya. Obvious sangat kah aku kena kahwin paksa?
“ Dah lebih 10 tahun I di sini. I kerja dengan JP Morgan as an investment banker”
“ So, you dah kahwin dan settle down di sini ?” Redza ingin tahu status lelaki yang menjadi kawan baik Nurul. Dia kurang selesa dengan platonic relationships. Mana ada lelaki normal yang cuma nak menjadi kawan biasa dengan perempuan macam Nurul.
“ I am still single. Tak ada luck dengan perempuan. Yang suka aku, aku pula tak berkenan, Yang aku suka, not available. Masa Elly introduce aku  kat Nurul dulu, aku dah suka  tapi rupanya bini orang. Melepaslah! I stay away from married women.“
Yeay! Sekurangnya Nurul masih ingat aku sebelum koma. Tanpa di sedari dia tersenyum lebar.
“ You are living dangerously, bro. Elly dan Nurul kawan baik”. Komen Shah menyentak lamunan Redza.
“ Aku tahu lah. Kenapa? “ Redza menyilang lengan dan memandang tajam pada lelaki yang sedang senyum sinis
“ Well, aku nampak cara kau pandang Nurul. Dan aku tak salahkan kau ,bro. Siapa tak tertarik dengan dia? “
“ Its not what you think. Aku cuma concern tentang Nurul” potong Redza.
“ Aku hairan juga sebab Nurul langsung tak ingat suami dia dan suami dia pun tak cari dia. Pelik kan?  Kadang kadang aku ingat dia tipu sebab tak nak orang mengurat dia.”
“ I know him. That guy hampir separuh gila mencari Nurul sebab embassy pun tak jumpa.  MAS pula kata dalam rekod mereka Nurul tak declare dia dah kahwin jadi MAS tak nak layan suami dia. Mereka baru kahwin seminggu sebelum dia hilang jadi Nurul belum sempat update maklumat peribadinya dengan MAS.”
“ Oh, dia pengantin baru. That explains a lot. Masa trauma counseling, psychiatrist ada cakap yang dia tak ingat kejadian yang baru berlaku dalam hidup dia.  Pasal embassy tak jumpa, mungkin mereka tak tahu Nurul masuk private hospital. Aku dan mangsa lain masuk hospital NHS. Anyway, her husband must be very happy that you found his wife. Lucky guy”
“ Yes, I am the lucky guy. Syukur Alhamdulillah.” Spontan  dia membalas.
Mulut Shah terlopong mendengar kata kata  Redza. Kalau   Mat Lembut sure  dah jerit OMG dengan sebelah tangan tekup mulut dan sebelah lagi patah lentik! Ini berita extravaganza propaganza!
………………………………………………………………………….
tadi tertinggal sedikit... dah edit dah


Last edited by sang_arjuna on 11-2-2013 10:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 06:29 PM | Show all posts
Bab 24

“ Elly tak suka LV, too common katanya. Chanel dia dah ada banyak, Puan Sri Lily suka sangat beg Chanel dan selalu belikan untuk Elly juga. What about.. er..Hermes?“

“ Hermes mahal sangat lah. Boleh bayar tiga bulan  sewa pejabat I. Let’s look for something more reasonable. “ sampuk Redza. Gila ke nak belanja lebih RM30,000 untuk sebuah beg tangan? Ingat ko BikMama?

“ OK, so yang tinggal Christian Dior, Gucci, Prada. To me Dior yang paling sesuai buat hantaran . Nanti awak dengan Elly tentu banyak attend functions so Lady Dior would be nice for her. Nampak elegant dan classy.” Nurul memberi pandangan. Dia mula rasa selesa dengan Redza. Masa pertama kali jumpa pakcik ini tengah penat dan jet lag agaknya. Hari lelaki itu lebih relax dan  kerap berjenaka. Bukan sekali jantungnya berlari deras bila mereka bersentuhan dengan tidak sengaja. Matanya sering mencuri pandang wajah kacak Redza.  Huishhhh! Jangan nak cari pasal lah. Tak boleh jadi ni. Baik habiskan tugasan aku cepat cepat dan balik.

Sampai di butik yang di tuju, Nurul dan Redza berbincang tentang warna yang sesuai sebelum bersepakat memilih Lady Dior warna beige dan kasut bertumit 2 inci yang sedondon. Seperti di butik butik sebelumnya, Nurul di paksa memperagakan beg dan kasut untuk Redza membuat pilihan. Teruk betul pakcik ni buli aku. Nak kena komplen kat Elly!

“ Good choice.  It looks very good on you, Miss” Pembantu jualan yang berpakaian suit hitam memuji.

“ Its not for me. Its for his fiancee, my best friend” jelas Nurul dengan pipi yang merah sedikit. Tak ada siapa nak belikan aku beg dan kasut semahal ini. Setakat nak melaram depan cermin boleh lah.

“ Oh, she is a lucky lady then”

“ Ya, she is” Nurul mengangguk. Untung Elly dapat suami sekufu, kacak pula tu. Mata dia dan Redza bertaut.

“ Pilih lah something for yourself. Upah tolong I shopping” gesa Redza sambil mengeluarkan kad kredit. Masa aku kahwin dengan Nurul dulu pun Izreen adik aku yang tolong belikan beg. Entah dia suka atau tidak.  Maklumlah kahwin mengejut.

“ Eh, tak payahlah. Saya  nak pakai ke mana barang barang designer? Mahal pula tu”

“ Pelik lah awak ni. Ambil sajalah.  Please. I rasa bersalah sebab susahkan you. “ Si pembantu kedai sudah tersenyum lebar sambil mengeluarkan pelbagai beg. Nurul mula cuak. Rasa bersalah nak perabih duit Redza

“ No, its okay. I ikhlas tolong.” Nurul menolak dengan senyuman.

“Pilihlah cepat. Kalau tak jangan balik” Redza mengadang laluannya.

Nurul ketawa. Macam budak budak main galah panjang lagak Redza.  Akhirnya dia mengambil sehelai skaf  yang paling murah. Itu pun dah sama harga dengan 3 pasang kain ela sutera Korea untuk baju kurung. Membazir sungguh!

“ Okay, so kita dah dapat perfume, beg dan kasut. Anything else?” tanya Redza di luar kedai

Segan pula nak suggest Redza belikan lingerie untuk Elly. Tapi di sini ada banyak pilihan saiz besar dan dia tahu Elly suka pakai baju tidur lace. Elly tidak berbaju kelawar mahupun memakai shorts dan Tshirt untuk tidur.

“ Erm… tak beli lingerie or  nightie?” balas Nurul sambil melepas pandang ke jalanraya. Malu pun ada nak sebut tentang perkara intim pada lelaki yang baru di kenali.

Redza mengulum senyum. Tak boleh di bayangkan Elly berpakaian sexy dalam bilik pengantin. Takuuut aku! Lace nightienya tentu boleh buat langsir, lebih lagi sekarang bila perutnya ada isi. Lainlah kalau awak nak beli, Nurul. Biar berasap kredit kad aku di Victoria Secret dan Agent Provocateur. Bahaya kalau aku masuk kedai lingerie dengan Nurul. My imagination will run wild.

“ Tak payahlah. I don’t really know her taste. Cukuplah I beli barang untuk hantaran saja. The personal stuff pandai pandailah dia cari sendiri “ Menurut Elly, dia tidak akan menuntut apa apa nafkah baik zahir mahupun batin. Redza meminta pandangan Ustaz samada perkahwinan di bolehkan antara dia dan Elly. Menurut Ustaz itu, perkahwinannya sah tapi seorang lelaki yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung anak lelaki lain, tidak boleh meniduri isterinya itu, sehingga anak di lahirkan. Lantaklah, aku tak hingin pun.

“ Okay then. Kalau dah dapat everything, I balik dulu” Ada rasa ralat di hati Nurul. Mungkin ini kali terakhir aku berjumpa dengan Redza sebelum dia bergelar suami Elly.

“ Eh, tunggulah. Let’s have tea. Mesti you lapar, dari tadi kita tak makan. I teringin nak makan scones.“ Takkan aku nak lepaskan Ecah begitu saja. Sekurangnya aku kena jual minyak sikit.

“ Sorry, Redza tapi I dah letih. Lagipun I nak book my ticket to Malaysia, takut nanti flight semua full sebab Christmas holidays dah dekat” Bukannya dia nak jual mahal tapi sememangnya dia penat dan kepalanya pening. Mahunya tidak, hampir tiga jam mereka meredah kedai. Remang petang pun mula hilang dan jendela malam mula berlabuh. Katilnya melambai lambai.

“ Let me send you home. Kita naik taxi saja sebab banyak barang. I tak sanggup berhimpit  naik tube”
Alhamdulillah, kaki aku pun dah lenguh sebab banyak berjalan. Penat pula tak terkata. Kalau tertidur dalam tube, entah terlepas ke mana pula.

“ Good idea. “Nurul bersetuju dengan cadangan Redza.  Sebaik menaiki taxi, alamat rumah Auntie Sofi di beri pada pemandu sebelum dia melelapkan mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2013 06:42 PM | Show all posts
Cahaya lampu menyilaukan mata  Nurul. Terpisat pisat dia membetulkan posisi. Kenapa aku tertidur terbongkang atas sofa di tengah ruang tamu. Tak pernah di buat di rumah orang. Sungguh tidak sopan, kalau Tok Nah nampak mesti aku kena  kutil. Dia membetulkan rambut yang kusut dan memandang jam di tangan. Aiseyman! Lama nya aku tertidur!

Kelamkabut dia ke bilik air dan mengambil wuduk bila sedar yang dah hampir terbabas Maghrib. Selesai solat Nurul menuju ke dapur. Perutnya berkeroncong minta di isi. Kedengaran suara Auntie Sofi sedang berbual dengan seorang lelaki. Nurul terpacak di belakang pintu.

“ Redza, Auntie rasa baik Redza berterus terang dengan Nurul yang dia isteri Redza. “ Wanita itu memberi pendapatnya. Dari waktu Redza menghantar Nurul pulang, Sofi dapat rasakan ada sesuatu perasaan yang mendalam di pendam lelaki itu. Cara dia memimpin Nurul yang separa mamai ke sofa dan menyelimutnya, cara dia memandang Nurul dengan penuh rasa kasih. Ini bukan setakat tarikan nafsu seorang lelaki. Betul pun tekaannya. Ada kisah silam antara mereka. Perkahwinan singkat yang akan di landa badai tak lama lagi. Kasihannya Nurul!

Redza menyandar badan pada peti ais. Dia keletihan. Lepas menghantar Nurul pulang, dia ke hospital untuk menjenguk ibunya. Keadaan ibunya tidak menunjuk apa apa perubahan. Doktor cuma boleh memberi ubat untuk mengecilkan tumour tapi tidak boleh di bedah. Tidak ada peluang untuk Datin Wan Hamidah sembuh sepenuhnya. Kini mereka hanya mampu berserah pada Allah Taala.

“ Entahlah.  Dia sendiri kata yang dia tak boleh di paksa untuk mengingati seseorang. It will come naturally. Dah dua kali saya jumpa dia tapi dia tak ingat apa apa pun tentang saya. ”

“Mungkin dia rasa bersalah sebab dia tidak menjadi isteri yang baik masa korang berkahwin. Atau ada sesuatu yang tidak enak berlaku. Sebab itu dia surpress memory perkahwinan dia dengan Redza. ”

“ Wah, Auntie belajar Psychology kah? “ Redza berjenaka.

“Not really but I love to read. Anyway, it won’t hurt to try. Jangan mendesak tapi cuba tunjuk dia gambar perkahwinan dalam handphone  yang Redza tunjuk pada Auntie tadi. Who knows, it might trigger her memory. “

Dada Nurul hampir meletup. Redza suami aku? Ini sudah best! Handsome, baik, budiman, murah hati… pandai aku pilih! Patutlah ada sesuatu tentang Redza yang mencuit minda. Mulanya aku ingat bau perfume yang dia pakai mengingatkan aku tentang seorang yang pernah aku kenal. Tapi kenapa dia nak kahwin dengan Elly pula? Tak boleh jadi ni….

“ Ehem.. ehem” Nurul berdehem sambil memasuki ruang dapur. Kakinya rasa lembik macam jelly bila mata Redza tunak memandang.

“ Had a good nap? I tak sampai hati nak kejutkan you tadi. “ Redza tersenyum melihat muka Nurul yang polos. Nurul memerhatinya tak berkelip.

“ Nurul okay?” Auntie Sofi mula risau bila Nurul tak bersuara.

“ Redza “ tutur Nurul perlahan. Pipinya merah dan matanya bersinar. Ada rasa yang tak mampu di luahkan. Namun Redza terus menangkap bahasa mata Nurul.  Finally!

“ Ecah dah  ingat abang?”

“ Ya.. “ Belum sempat menghabiskan ayat, tubuh Nurul sudah di peluk erat sampai nak semput! Airmata lelaki Redza hampir tiris. Ubun ubun Nurul di kucup penuh kasih.

“ Welcome back, my love” bisik Redza.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:55 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 11-2-2013 06:42 PM
Cahaya lampu menyilaukan mata  Nurul. Terpisat pisat dia membetulkan posisi. Kenapa aku tertidur te ...

ala nape benti kat situ. waaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 03:48 AM | Show all posts
Bestnya cerita ni...ayat2 pun simple and ada yg kelakar,best!.suka sangat
TT,kalau free nanti sambung ya...
meronta2 betul hati ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 10:33 AM | Show all posts
huhuhu... best
xsabar
nak n3 lg ...
best ssgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.130500 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list