CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 18-10-2013 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tt mohon.tepek la link untk setiap citer yg tt tulis dlm ni. penat gak nk beklog sbb yah gune tepon aje. hehes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2013 01:30 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 18-10-2013 11:41 PM
tt mohon.tepek la link untk setiap citer yg tt tulis dlm ni. penat gak nk beklog sbb yah gune tepon  ...

mcm mane nak buat ek.. tak penah plak study pasal ni..
nak tepek gamba pun aku jadi patung cendana kejap depan laptop ni, terkedu tgk mane satu aku nak klik..

buta it kah aku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 19-10-2013 01:30 PM
mcm mane nak buat ek.. tak penah plak study pasal ni..
nak tepek gamba pun aku jadi patung cenda ...

hahaha yang setiap post kan ade link untuk dikopy kat atas kanan setiap post tu kalo x silap. kaka non copy n paste kat page first senang kitorg yg guna tepon nak membace ye


ade paham ke kaka non. yah ni x reti gak ngan ngajo. hahahah

kalo tepek gamba tu.. akak nk upload ke nk amik dari tenet?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 01:52 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 19-10-2013 01:41 PM
hahaha yang setiap post kan ade link untuk dikopy kat atas kanan setiap post tu kalo x silap. kaka ...

oke2.. i'd try to digest your lesson.. rasa macam faham... thanx..

kalo upload mcm mane? kalo dari tenet pulak mcm mane?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 19-10-2013 01:52 PM
oke2.. i'd try to digest your lesson.. rasa macam faham... thanx..

kalo upload mcm man ...

hahaha ok kalo x pahameh tnye lg. .yg pasal gmbr tu kan ade ikon image kat atas mase kita nk reply or buat thread baru kan?

akak click kat image tu dia akan bg option kan untk kita pilih kalo akak pilih untk upload dari file mcm biase la yg mcm akak buat kt fb tu

kalo nk amik kat tenet akak click kat web image pastu akan ade ruangan untk akak paste url image tu

untuk dapatkan url image tu, akak g kat gambar mane2 yg akak nk pstu click untk view inage tu

pastu bila dh view image tu akak right clik kat gambar akak click kat copy image link location, pastu akak paste kt ruangan web image kt thread tdi pastu tekan submit. hihi.

try la yer yah cuba je terangkan hope akak paham la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 02:20 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 19-10-2013 02:14 PM
hahaha ok kalo x pahameh tnye lg. .yg pasal gmbr tu kan ade ikon image kat atas mase kita nk reply ...

dik, akak terpaksa copy matapelajaran ke notepad untuk pemahaman yg lebih jitu. thanks dik kerana sudi mengajar warga emas..

pasal link sebb malas beklog ni jap eh.., akak nk makan dulu.. kang akk buat.
tp sbelum buat tu akk nk pm kamu dulu nnt. ad beberapa perkara yg moskil...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2013 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 19-10-2013 02:20 PM
dik, akak terpaksa copy matapelajaran ke notepad untuk pemahaman yg lebih jitu. thanks dik kerana  ...

baik kakak beress sajer.. hihihi kalo lmbt balas tu maap yer maklumla guna tepon sajork. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 05:49 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-10-2013 02:20 PM
dik, akak terpaksa copy matapelajaran ke notepad untuk pemahaman yg lebih jitu. thanks dik kerana  ...

i like u story.....

OT jap TT ni asal mana erkk?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2013 08:49 PM | Show all posts
Dari selatan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 21-10-2013 08:49 PM
Dari selatan...

Tt...xde citer baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:00 PM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 01:59 AM
aku diuji lagi.. kali ni pengenalan pertama aku selepas kawen adalah ditindih.

yang menjadi kepe ...

betul la.. aku pun kalu kena tindih baca ayat kursi mesti ending doa makan. uhuhu.. time mana dia tukar aku pun tak sedar...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 12:21 PM | Show all posts
afira posted on 22-10-2013 09:19 AM
Tt...xde citer baru ke?

ade... tapi tak sempat lagi nak draft. bizi sgt lately..
insyaAllah, kalo tak ada aral akan diupdate tak arini, besok la kot..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 12:25 PM | Show all posts
cikedis posted on 22-10-2013 12:00 PM
betul la.. aku pun kalu kena tindih baca ayat kursi mesti ending doa makan. uhuhu.. time mana dia  ...

time kite tak sedar and tengah takut2 tu la die masuk otak kita and twist minda kita biar kita tersalah baca.
aku agak la..
jin setan ni kan akan masuk segala ceruk celah bedah rongga badan kita yang ada, pada dia simple as ABC je nak sakat kita.
ikut logik aku la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 02:58 PM | Show all posts
Assalammualaikum...

lama tak share pengalaman-pengalaman seram non sari disini. rindu pulak rasa nya.
actually, bila difikir-fikir dan disemak kembali, ada beberapa pengalaman aku ni bukan directly dari aku.
ada jugak aku selitkan beberapa pengalaman seram orang terdekat aku. orang terdekat aku yang aku maksudkan adalah saudara aku, suami aku, famili atau jiran aku. part jiran ni aku suka yang betol-betol aku kenal dan bercerita langsung kepada aku.

Bukan ''jiran kepada jiran aku dulu cerita...'' atau
'jiran aku dulu duduk sana or duduk sini, then jiran dia dulu ada ceritakan kat dia yang.....'' atau
''jiran aku punya sedara kan ada sepupu, then sepupu dia ada kawan..dia cerita....''

harus diingat, aku bukan memperlekehkan pengalaman orang yang ada intro cerita macam ni. malah aku amat menghormati dan menghargai pengalaman dorang, gigih mengorek cerita dari orang lain semata-mata nak kongsi pengalaman seram kat sini.
harus diingat juga, gaya cerita setiap orang berbeza, so penerimaan dan cara macam mana seseorang itu nak digest cerita jugak berbeza. just admit it and appreciate it!

cuma aku lebih senang kalau satu-satu perkara tu aku tau sendiri dan terus diceritakan pada aku, bukan apa aku cuma nak betol-betol rasai pengalaman seram orang yang terkena tu. dan pengalaman seram tu aku kongsikan kat sini untuk sama-sama kita hayati dan ambil iktibar dari kejadian-kejadian yang berlaku tu

jangan terasa apa-apa tau. takda niat apa-apa, cuma nak bagitau tu je. hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 03:06 PM | Show all posts
AKTIVITI PERNAFASAN DIBELAKANG AKU.

oke, ni tentang pengalaman aku semasa duduk kat kampung atok aku yang buat nesan tu. masa tu lepas SPM. Masa lebih 3 minggu aku duduk sana, aku memang kerap la diganggu makhluk-makhluk ni. gangguan tak la hebat mana. cuma kadang-kadang ada masa, kalo aku sorang-sorang kat dapur, waktu malam terutama nya, aku selalu diganggu bunyi orang bernafas kat belakang tengkuk aku.

ala, yang macam orang bernafas biasa tu. tapi ni betol-betol belakang tengkuk aku. rasa seram jangan cerita lah. kalau nampak orang nya yang bernafas betol-betol belakang aku tu tak apalah jugak. paling-paling aku baling dengan pinggan, yela kan, dah kenapa nak bernafas betol-betol belakang aku kan.. tapi masalah nya memang tak ada siapa-siapa pun. aku amat yakin dan tersangatlah yakin memang ada aktiviti pernafasan dekat belakang tengkuk aku. bila dah bunyik bernafas tu, serentak itu jugaklah aku terasa sedang diperhatikan dari pintu dapur. klise sangat kan? tapi memang itu lah permainan setan yang saja nak menduga aku.

pernah jugak aku diganggu benda-benda bernafas ni sebelum ditindih. malam tu aku tak tau lah keberanian apa yang menyelubungi diri aku masa tu. mungkin kerana terlalu sakit perut, itu kot yang membuatkan aku berani. satu malam tu aku mengalami sakit perut ya hamat! memulas-mulas. time-time ni lah diorang nak keluar. mula-mula boleh tahan lagi. kali kedua oke lagi. yang kali ketiga ni, gua surrender beb! dah terkentut-kentut banyak kali, tinggal tak mencirit je masa tu. masa tu aku nekad. nak jadi apa, jadi lah! isi perut harus ku keluarkan jugak masa tu.

berlari-lari anak lah aku masa tu nak masuk tandas. petik suis dan terus ke tandas. dalam tandas ni la aku melepaskan segala-gala yang terpendam kat perut ni. tengah syok2 melayan pelaburan jangka pendek. tiba-tiba bunyi nafas tu sekali lagi menganggu aku. bunyik yang sama yang aku rasa kat dapur sebelum tu. nasib baik jugak masa ni pelaburan aku tinggal sikit je lagi intuk dilaburkan. aku dah tak senang dah. mana yang tak sempat tu aku bantutkan. ''ah sambung nanti lah!'' getus aku masa tu. masa tu takda makna nya la aku nak terpandang-pandang siling bumbung la, nak pandang kiri kanan toilet lah. no! aku basuh-basuh terus keluar bilik air and lari mencicit masuk bilik.

masa ni aku baring. rileks-rileks. baca apa yang patut. tak nak fikir langsung pasal apa yang aku rasa kat bilik air tadi. aku mamai-mamai.... and tido! masa nak mamai membawak ke tido ni lah aku rasa kaki aku panas dan seolah-olah dipegang orang. aku terus terpikir, ''benda tadi ke??'' masa rasa kaki dipegang aku macam tergamam kejap. kemudian terdengar bunyik orang bernafas last-last seperti biasa aku ditindih. terus aku jalankan rutin biasa apabila aku kena tindih, doa-doa semua dan usaha bagi boleh bangun. dah bangun tu aku tukar kedudukan badan aku, mengiring dan terus berpaling ke sepupu aku.

masa ni aku nampak dalam balam-balam gelap yang sepupu aku tengah tersengih pandang aku. masa tu jugak aku terus tutup mata rapat-rapat. dan berkata dalam hati, ini halusinasi. hanya perasaan aku semata-mata. aku taknak pikir apa-apa. aku penat. aku pejam mata rapat-rapat sampai aku tak sedar aku tertido hingga pagi. dan seperti biasa, aku tak akan ceritakan pengalaman aku malam tadi pada sesiapa.
sekian. Last edited by non.sari on 22-10-2013 03:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 03:07 PM | Show all posts
BAYANGAN PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG GILER!

satu lagi pengalaman aku. sebelum tido. aku ingat lagi, lama jugak aku kena. dalam seminggu straight tu, aku selalu dibayangi dan dinampak-nampakkan oleh perempuan rambut panjang. dengan baju putih lusuh, jalan melintasi rumah atok aku dari kampung depan nak menuju ke kampung belakang. rambut nya ya rabbi! macam berus dawai! kasar dan kusut. panjang rambut nya adalah terlalu panjang! misal kata dari depan rumah atok aku tu dia lalu, tapi rambut dia still mengheret jalan dari kampung depan. then bila dia dah sampai kampung belakang, hujung rambut dia baru sampai di depan rumah atok aku. korang agak-agak boleh bayangkan tak??

bayangan dan penampakkan itu akan berlaku bila aku dah start mamai nak tido. sebelum tido tu baca-baca sikit apa yang patut. sempat doa-doa moga malam itu aku tidak dinampakkan atau dibayangi perempuan rambut melintas tu. tapi selalu nya gagal.. memang itu lah yang aku nampak bila nak tido. benda ni bukan saja-saja aku bayangkan tau. buat apa aku nak bayangkan something yang buat aku takut nak tido. tapi tak semena-mena dia datang. bila dia datang, time ni mata tiba-tiba je segar. cuba tak nak tido sebab tak nak nampak benda tu time aku start nak tido.

aku tak tau lah benda ni turut menganggu makcik, atok and sepupu aku atau tidak. sebab setahu aku, sepupu aku tak pernah dinampakkan benda-benda macam ni seumur hidup dia. plus dia ni memang sangat-sangatlah penakut. makcik and atok aku pernah jugak kena, tapi tak sure gangguan perembuat berambut panjang ni ada menganggu diorang atau tak. tapi alhamdulillah, gangguan tu makin lama makin beransur hilang..

FYI, aku tak pernah ceritakan 2 perkara ni pada sesiapa. ini lah kali pertama aku cerita setelah bertahun lamanya kejadian ini berlaku. sebab nya, pada aku benda ni terlalu mainstream nak diceritakan. banyak yang klise kan.. samada rasa diperhatikan atau bayangan makhluk setan tu. paling-paling orang akan cakap, itu perasaan kita sahaja melainkan orang itu sendiri yang mengalami. tapi oleh kerana niat aku nak share cerita pengalaman angker aku, so aku ceritalah. nak cerita balik ni pun tiba-tiba rasa meremang lebih-lebih part perempuan rambut panjang tu. sebab benda ni selalu aku teringat-ingat and jadi misteri sampai sekarang. dia nak apa sebenarnya??
sekian. Last edited by non.sari on 22-10-2013 03:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2013 03:08 PM | Show all posts
SEBENARNYA JU-ON ADA KAT MALAYSIA. percayalah.....

oke, masa ni aku still kat kampung lagi. cerita ni tak panjang, pendek je.  sebab benda ni pun berlaku disaat aku tak menduga.. cehhh.. sebab pantas sangat. tak sempat nak rasa seram sangat. lebih kepada rasa pelik.
ok. pagi tu aku bangun awal. sebab biasanya lepas subuh aku tido balik. tapi pagi tu aku dengan sepupu aku bole stay up dari lepas subuh terus tak tido-tido. dalam pukul 8 pagi tak silap, aku nak mandi.

nak mandi tu aku terpaksa tunggu turn, sebab elok je aku nak capai tuala, sepupu aku potong kiu plak.. boleh pulak dia main kotor dengan aku kan. tadi tak nak mandi. aku baru pasang niat, dia pun nak mandi jugak. dah tu potong line aku pulak kan. so dah turn dia mandi, aku plak mandi.

dah mandi tu masuk la bilik. masa masuk bilik tu aku merasakan keanehan yang mana bilik tido aku terlalu terang macam tengah hari. rasa bahang pun ada. macam waktu tengah-tengah hari buta tu. padahal kat luar punya lah sejuk. matahari pun tak nampak. kabus je banyak. sebab nya bilik air umah atok aku ni lokasinya aku kena keluar pintu dapur kejap, then barulah masuk bilik air. so time keluar ni aku sempatlah tengok keadaan kat luar. kebetulan malam tadi nya hujan. rumah kampung faham-faham lah. malam ujan. esok nya kabus macam salji. tebal! itu la yang aku nampak kat luar.

abis bila dah nampak keadaan bilik masa tu terang, aku bukaklah kipas. panas kan. tiba-tiba aku ditegur sepupu aku. ''gila ko kak! sejuk-sejuk bukak kipas!'' aku jawab lah aku panas. siap suruh tengok matahari tercanak kat luar sana. sepupu aku menjawab .''bongok ea kak.. mana ada matahari? sejuk lah!'' terus dia tutup kipas. dah kena gila, kena bongok pulak aku. aku tegur dia balik, tak payah la sampai tutup terus. just kecik kan je la nombor kipas tu. masa tu sepupu aku membebel. aku tak pot langsung. part bilik yang terang benderang ni, memang aku tak rasa pelik pun. aku pikirkan memang aku sorang je yang panas, maybe sepupu aku sejuk. yelah, baru mandi.

tiba-tiba keadaan macam suram kat bilik tu. macam gelap je. suasana terang, tapi rasa gelap suram. pikiran aku mungkin nak hujan lagi kot. aku terus pandang sepupu aku kot-kot dia pun perasan perubahan suasana bilik masa tu. tapi sepupu aku tak perasan aku pandang dia. leka cari baju kat dalam almari. masa nak toleh balik ke tingkap ni lah aku terpandang satu sosok tubuh budak kecik tengah mencangkung peluk lutut. badan dan pandangan dia menghala ke tingkap yang aku nak pandang tu. aku perasan badan and muka budak tu pucat. rambut pendek pastu pakai spender sekeping je. warna putih. tak macam ju-on ke tu? dia cangkung elok je diam tepi katil.

aku macam ye tak ye jugak la. terfikir aku masa tu, ''eh, aku pandang apa tadi?'' so aku pandang balik kat tepi katil tadi. konfem lah tak ada lagi benda tu kan.. aku macam terkedu jugak. masa memikir-mikir jadah apa yang aku pandang tadi, aku rasa macam kagum kejap sebab dalam otak aku asyik ternampak-nampak ju-on yang kat dalam tv tu je. sebab otak aku memproses apa yang aku pandang tadi memang macam ju-on.

yang lagi aku pelik, bila tiba-tiba aku rasa sejuk. rasa sejuk dari kipas yang aku bukak tadi. terus aku matikan kipas. sepupu aku sambung membebel lagi tu..''ha, tau pun sejuk! sibuk nak bukak kipas tadi apesal?'' aku jawabla tadi panas, sekarang sejuk. tadi cuaca kat luar terang, ni tiba-tiba nak hujan pulak. dan sepupu aku menjawab ''bila masa cuaca terang? dah memang dari tadi cuaca nya macam ni kan.. tak dengar atok tadi suruh angkat baju kat anjung? kalau cuaca terang, takda nya atok suruh angkat baju. aku sendiri pun nak jemur baju'' jawab sepupu ku lantas meninggalkan aku yang terkebil-kebil sendirian.
sekian.
Last edited by non.sari on 22-10-2013 03:09 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik cite2 tt..teruskan bercerita..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 04:46 PM | Show all posts
adnil posted on 25-9-2013 12:37 PM
kiranya tu bunyi je lah kan.. ni mmg tiles tu kiranya meletup across hall rumah mak i tuh... mula  ...

kalau ikut saintifik, sbb panas kot. aku rasa la.
rasanya cikgu aku cakap dulu, batu kembang sikit bila panas. sbb tu kalau tiles dia pasang jarak sikit. org ckp kt aku..
kalau kembang kecut kembang kecut lama2 akan pecah. lbh kurang la...
tiles rumah aku pun pecah. tenant report dia tinggal balik raya, balik KL balik tub2 pecah. dia igt gempa bumi.
tp ditegaskan disini, aku tak nafikan kebarangkalian benda2 mistik ni memecahkan tiles tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 04:57 PM | Show all posts
non.sari posted on 25-9-2013 05:49 PM
kali ni aku nak cerita yang pendek-pendek. kira koleksi aku la. harap-harap betol lah pendek nya seb ...

kelakar la pulak. macam boleh aku bayang. mcm ceta hantu kak limah yg depa lari pakai selipar kt tangan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.253548 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list