CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 4-12-2013 02:13 PM | Show all posts
Episode 12

“Aik Cik Reen, tak makan ke?”

“Tak.”

“Kenapa?”

Dengan senyuman, Zareen membalas. “Diet.”

“Diet?”

Zareen hanya mengangguk, masih tersenyum.

“Takyahlah diet-diet. Gemuk pun saya sayang…”

Zack telan air liur. Mulutnya memang perlu disekolahkan. Selalu sangat terlepas cakap tak kena tempat.

Walaupun sedang menundukkan kepala, matanya sempat menjeling ke arah Zareen. Riak muka Zareen berubah. Warna muka Zareen merah. Marah? Tapi macam tidak.

“Ehem…” Zack pura-pura batuk, untuk menghilangkan rasa kekok.

Zareen membalas dengan senyuman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2013 02:17 PM | Show all posts
Zack menghembuskan asap rokok ke udara. Asap rokok tersebut menari-nari hingga akhirnya hilang di bawa angin lalu. Tapi senyum Zareen, masih belum hilang di matanya. Perbualan dengan Zareen di Café ketika makan tengahari tadi, masih ada dalam kepala.

Zack rasa, di sudah masuk ke dalam zon angau. Hisap rokok pun teringatkan Zareen. Payah!

Tapi, Zareen tak suka orang hisap rokok.

Hhmmm….

Rokok dihisap lagi.

Zareen, seperti yang Zack tahu, tinggal di Terengganu sebelum ini. Ada lima orang adik-beradik, Zareen anak yang ketiga. Dua orang abangnya sudah berkahwin. Rumah yang Zareen tinggal sekarang adalah rumah milik kedua orang tuanya. Tetapi, ibu dan bapa Zareen sudah tidak tinggal di situ. Mereka kini tinggal di kampung asal bapa Zareen di Bahau, bersama abangnya yang nombor dua.

Sedikit sebanyak, Zack dapat membaca sikap Zareen. Senyum Zareen saja, ada pelbagai versi. Senyum manis bila ceria. Senyum sinis bila marah. Senyum tawar bila ada sesuatu yang dia tak berkenan. Itu belum masuk senyum sindir atau pura-pura senyum.

Mungkin, senyuman itulah yang membuatkan Zack terasa seperti ada tarikan magnet bila dekat dengan Zareen.

Magnet?

Zack mengeluh. Zareen sudah ada teman lelaki. Rasa macam tak ada sivik pula kalau mahu berebut awek dengan orang lain.

Awek?

Nama Liana muncul pula. Sebal turut bertamu sama. Dua bulan selepas putus hubungan dengan Liana, dengan senang hati Liana mengumumkan di Facebook yang dia sudah mempunyai pengganti. Dua bulan! Seolah-olah Liana memang menunggu masa saja untuk putus dan memulakan hubungan baru.

Namun, jika difikirkan semula, memang Zack tahu yang hubungannya dengan Liana takkan ke mana. Mereka tak serasi. Zack tak betah menghubungi Liana setiap 3 jam sekali, hanya untuk bertanya ‘awak tengah buat apa tu?’ Ataupun menghadiahkan bunga setiap kali mereka keluar dating kerana pada Zack, beli bunga sama dengan membazir. Seingat Zack, hanya dua kali saja dia menghadiahkan bunga pada Liana iaitu pada hari lahir. Untuk mengucapkan ayat-ayat cinta romantika memang jarang kerana Zack...segan. Ucap ‘I Love You’ pun mungkin, dua tiga bulan sekali.

Itu belum lagi kalau Liana merajuk tak tentu pasal. Jika pergi menonton bola di kedai mamak dengan kawan-kawan, Liana tuduh dia keluar dengan perempuan lain. Tapi, bila di ajak sama menonton bola di kedai mamak, Liana tidak mahu. Liana tak minat bola.

Dan Zack paling bengang kalau bergaduh dengan Liana. Liana akan selalunya mendiamkan diri sambil memasamkan muka. Bila ditanya kenapa? Jawabnya tiada apa-apa. Tapi muka, masam mencuka. Makan hari juga kalau mahu memujuk Liana. Makan hati pun ada.

Tapi, tiadalah Liana itu buruk semuanya. Masih ada yang baik pada Liana, yang menyebabkan Zack terpikat.

Tapi itulah, tiada keserasian.

Bak kata orang putih – First cut is the deepest. Liana cinta pertama. Jadi untuk melupakan terus, agak sukar.

Asap rokok dihembus lagi.

“Hey!”

Tangan itu melambai-lambai di hadapan muka Zack. Zack mengangkat kening.

Ada aje si pelat ni… Last edited by Nicki_Meow on 5-12-2013 09:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 02:24 PM | Show all posts
“Kenapa termenang?” Soal Kate.

“Menang? Siapa yang menang?”

Kate mengerutkan kening. Berusaha keras mengingati perkataan sebenar.

“You know…it’s like you daydreaming… lost in a deep thought…”

“TER – ME - NUNG.” Zack terasa seperti mengajar kanak-kanak tiga tahun bercakap.

“Ah yes! Termenung.” Kate bertepuk tangan. Zack menggelengkan kepala, tersengih sendiri.

Kate duduk di sebelah Zack sambil menghulurkan tangan. Zack mengangkat kening tetapi Kate hanya tersengih.

“I tak sempat beli…” Kata Kate.

Zack menggelengkan kepala lagi. Kotak rokok dan pemetik api miliknya dihulurkan kepada Kate.

“Do you know that, smoking is bad for your health?” Soal Zack.

“Yes, I know. Tell that to yourself, idiot.” Balas Kate sambil menyalakan rokok. Zack ketawa.

“Awak percuma tak malam ni?” Soal Kate pula.

“Percuma?” Berkerut kening Zack. Kate angguk.

“What do you mean by percuma….oh…” Tiba-tiba saja Zack tergelak besar.

“You mean, am I free tonight?” Zack meminta kepastian. Kate angguk lagi.

“Percuma tu maksud dia lain…” Sambung Zack.

“Whatever…” Kate menjongket bahu sambil menghembus asap rokok.

“You are asking me out?”

“Yes Mr. Zack.”

Zack mengangkat kening. “Pergi mana?”

“Somewhere we can chill out…”

Zack terdiam sebentar. “What time?”

“Maybe around 9pm.”

“Okay.” Jawab Zack setelah berkira-kira. Wajah Kate bertukar ceria.

“I’ll pick you up.” Balas Kate.

“Tak payahlah. I boleh jumpa you kat mana-mana…” Zack menolak.

“Nope...I’ll pick you up.”

“But…”

“I will pick you up. No compromise.”

Zack menarik nafas panjang. Malas hendak bergaduh dengan Kate, Zack akhirnya bersetuju.

“Idiot.” Kata Zack.

“Is that a yes?” Soal Kate.

“Yes.”

Kate senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:03 PM | Show all posts
seronok baca novel nicki ni..

gaya penulisan yang santai...

nah munge...







Last edited by UsuFie on 4-12-2013 04:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 04:24 PM | Show all posts
UsuFie posted on 4-12-2013 04:03 PM
seronok baca novel nicki ni..

gaya penulisan yang santai...

Eheh... thanks Usu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 04:30 PM | Show all posts
VR1 Club
Asian Heritage Row



Zack berdiri sambil bersandar di pintu kereta Honda Jazz milik Kate. Kate pula sedang memerhatikan wajahnya di cermin kecil. Mungkin mahu memastikan solekannya masih kekal.

“Hey, are you okay?” Soal Kate. Zack hanya mengangguk, sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa kurang senangnya. Kate pula seperti tidak perasan dengan keadaan Zack yang tak keruan.

“Okay…let’s go.” Ajak Kate, setelah puas membelek wajah di cermin.

“Can we go to somewhere else?” Tanya Zack.

“Why? You don’t like it here?”

Zack diam. Boleh saja berkata tidak tapi entah kenapa, Zack tak bersuara.

“Come!” Dengan selamba, Kate menarik lengan Zack supaya mengikutnya masuk ke dalam kelab.



Muzik berbunyi kuat dan membingit, seperti hendak pecah gegendang telinga Zack. Sinaran lampu laser juga menyilaukan mata. Pengunjung-pengunjung kelab yang riang menari mengikut rentak lagu merimaskannya.

Apalah yang seronok sangat pergi clubbing?

“Kate! There you are…” Nama Kate di panggil kuat. Mungkin si pemanggil mahu menenggelamkan bunyi bingit lagu yang bergema.

“Hey…” Kate membalas lalu berlaga pipi dengan si pemanggil.

“Zack! This is Audrey…” Kate memperkenalkan Zack kepada rakannya. Dek kerana muzik yang kuat, Kate juga turut menjerit.

Zack mengangkat tangan kanan. Sebelah lagi tangannya dalam poket jeans sebelah kiri. Zack hanya senyum kepada Audrey. Tak bercakap. Zack malas nak menjerit.

Kate dan Audrey berbual-bual seketika dalam bahasa Mandarin. Zack pula menjadi tiang lampu di situ.

“Let’s meet our friends.” Lengan Zack di tarik lagi. Zack mengikut saja macam lembu.

“Di satu sudut kelab, kelihatan sekumpulan muda-mudi sedang bersuka-ria. Kate sedang berlaga pipi dengan beberapa rakannya. Zack semakin merengsa.

“Guys! This is Zack.” Sekali lagi, Zack diperkenalkan. Dan seperti tadi juga, Zack hanya mengangkat tangannya, sambil senyum kurang ikhlas.   

“This is Mira, Syikin, Janice and Elsy…” Kate memberitahu nama rakan-rakannya satu demi satu. "This is Arman, Julian..."

Zack angguk saja. Siapa Mira, siapa Syikin, siapa Arman, siapa yang mana, Zack tak beri perhatian. Zack tahu, rakan-rakan Kate yang lain memandangnya dengan pandangan kurang senang.

“Zack…drinks?” Soal Kate.

“Oh well…coke.”

“Coke? Sure?” Kate bertanya seperti mahukan kepastian.

“Yup.”

“Okay.”



Sudah 45 minit masa berlalu.

Zack duduk berseorangan di sudut yang sama. Kate, Audrey dan beberapa gadis yang baru dia kenal tadi berada di atas lantai tari, berseronok sambil menari. Walaupun beberapa kali diajak menari, Zack hanya menolak dengan baik. Tak kuasa nak terkinja-kinja macam beruk.

Zack sebenarnya mahu keluar dari situ secepat mungkin. Tapi, macam mana nak balik? Dia datang ke sini dengan menaiki kereta Kate.

Zack mula berkira-kira untuk menaiki teksi saja.

Zack bukanlah baik sangat. Pernah juga dia pergi ke tempat sebegini, waktu ‘muda-muda’ dulu tapi hanya dua kali. Sekadar merasa kata orang. Siapa yang nak pergi kelab dan disko, itu pilihan masing-masing. Zack tak pernah mempertikaikan hak peribadi orang lain. Tapi pada Zack, disko dan kelab bukanlah tempat dia beriadah. Dia rimas dengan muzik bingit dan suasana gelap serta pengunjung yang menari terkinja-kinja.

Sudahlah harga minuman pun mahal. Coke saja, cecah lapan ringgit se tin.

Zack mula menyalakan sebatang rokok. Sambil-sambil itu, matanya mencari Kate. Dia mahu pulang. Zack rela untuk menaiki teksi sahaja.

Itu dia.

Mata Zack tajam memerhatikan Kate dan Audrey menari. Gaya mereka lain macam saja. Macam pasangan bercinta.

Patutlah kena tinggal dengan boyfriend….

Zack tak mampu bertahan lagi. Sakit mata. Sakit hati pun, iya juga.

Zack terus pergi dari situ. Last edited by Nicki_Meow on 5-12-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kate lesbo ke?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 08:40 AM | Show all posts
Zack Iskandar
Anep, kau kat ner?


Hanif membalas 10 saat kemudian.

Hanif Lokman
Rumah. Naper?

Zack Iskandar
Ambik aku.

Hanif Lokman
Mana?

Zack Iskandar
Sheraton

Hanif Lokman
Okay


Zack menarik nafas lega. Nasib baik Hanif ada. Jimat duit. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu keluar duit untuk membayar tambang teksi. Sekali masuk, dah tiga ringgit. Kalau berhenti pun, meter tetap jalan. Kalau dari sini nak balik rumah, kurang-kurang pun makan lima belas ke dua puluh ringgit.

Sambil-sambil menunggu, Zack menyalakan sebatang rokok. Kebosanan mula melanda.

Imej Kate dan Audrey muncul secara tiba-tiba. Zack menghembuskan asap rokok ke udara. Dia cuba berfikir rasional. Mungkin, itu cara mereka berhibur. Mungkin, dia yang tersalah anggap. Mereka cuma menari. Ya, cuma menari…dalam keadaan yang Zack rasa, kurang normal.

Mungkin kurang normal pada Zack tapi normal pada orang lain?

Alah, Zack. Kau pun bukan baik sangat...

Apa-apa sajalah. Yang Zack tahu, dia menyesal datang ke sini. Kate pun satu. Bila ditanya nak pergi mana, tidak pula mahu berterus-terang.

Rokok di sedut lagi.

Telefon bimbit didalam poket seluar bergetar. Ada panggilan masuk. Zack memeriksa telefon bimbitnya. Panggilan dari Kate. Zack membiarkan saja sehingga bunyi di telefon mati sendiri.

Mesej dari Kate.

Kate Banham
Where the hell are you?


Zack ingin menaip perkataan 'Hell' tapi tak sampai hati.

Zack Iskandar
I need to go


Kate Banham
But why?

Zack Iskandar
Explain later


Tiada balasan dari Kate. Mungkin Kate merajuk?

Lantaklah. Kate bukan awek dia hingga perlu dipujuk.

Setengah jam kemudian, Zack menerima mesej dari Hanif.

Hanif Lokman
Tunggu tepi traffic light
.

Zack sengih. Cekap betul Hanif memandu sambil menaip mesej di Whatssap.

Selepas menyedut rokoknya buat kali terakhir, Zack menapak ke tepi jalan sebelah tiang lampu isyarat. Nissan Sentra milik Hanif muncul hampir seminit kemudian.

“Thanks Nep.” Ucap Zack apabila masuk ke dalam kereta.

“Takde hal.” Balas Hanif.

Kereta terus dipandu, meninggalkan kawasan itu. Last edited by Nicki_Meow on 5-12-2013 09:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 08:57 AM | Show all posts
Hanif memandu hingga ke Keramat. Hanif ajak makan. Zack menurut saja. Dah Hanif yang pandu kereta…

Sebuah gerai yang menyediakan masakan ala thai menjadi pilihan.

“Kau tak masak hari ni?” Soal Zack lalu tersengih tiba-tiba. Dah macam suami yang tanya pada bini.

“Malas.” Pendek Hanif menjawab.

Datang kakak gerai mengambil pesanan makanan dan minuman. Hanif memesan Nasi Goreng Kampung dan jus tembikai. Zack hanya memesan segelas teh o ais. Tak ada selera nak makan. Setelah pesanan diambil, kakak gerai berlalu.

“Apa citer?” Soal Hanif, membuka perbualan. Zack menceritakan apa yang berlaku. Dengan Hanif, Zack jarang berahsia. Hanif yang tua lebih dua tahun dari Zack, sudah dianggap seperti abang walaupun tidaklah Zack memanggil Hanif dengan panggilan abang. Tak kuasa.

Hanif hanya terangguk-angguk mendengar cerita Zack.

“Jadi, kau rasa Kate tu…” Hanif tak menghabiskan ayatnya.

“Agaknya…” Jawab Zack.

“Kalau dia terus-terang dari awal, mungkin aku tak terasa sangat kot…” Sambung Zack.

“Apa yang kau nak terasa sangat?” Tanya Hanif.

Zack diam. Soalan Hanif turut mengundang persoalan dalam diri Zack. Apa yang dia rasa? Zack pun tak tahu. Mungkin, kalau Kate berterus-terang dari awal, dia akan lebih mudah menerima Kate. Tapi, mungkin saja Kate tak mahu berterus-terang lebih awal kerana bimbang akan penerimaan Zack kepadanya.

Zack menolak rambutnya ke atas. Jika hendak difikirkan kembali, dia belum lama mengenali Kate. Banyak lagi tentang Kate yang Zack tidak tahu. Mungkin, tidak adil untuk Zack mengadili Kate sebegitu rupa.  

Makanan dan minuman yang dipesan, sampai. Mereka menjamu selera sambil berbual. Subjek tentang Kate digugurkan terus dari topik perbualan.

Usai menjamu selera, mereka mula hendak beredar. Hanif ajak Zack untuk menemaninya ke Uptown Danau Kota. Nak beli kasut katanya. Zack setuju saja. Dah Hanif yang bawa kereta...  

“Aku bayar.” Kata Zack. Hanif hanya mengangguk. Rezeki jangan ditolak. Hanif melambai kakak gerai untuk membuat bayaran.

"Kira kak." Kata Hanif apabila kakak gerai sampai. Kakak gerai menurut perintah.

"Lapan ringgit dua puluh sen." Kakak gerai menyebut harga. "Lapan ringgit ajelah dik." Sambungnya sambil senyum meleret ke arah Hanif. Dapat diskaun dua puluh sen. Baik hati kakak gerai. Mungkin sebab kakak gerai ingat yang Hanif itu Remy Ishak.

Sepuluh saat kakak gerai berdiri sebelah mereka sambil senyum-senyum pada Hanif. Zack masih tidak menghulurkan duit. Fokusnya terarah ke luar gerai.

“Zack.” Panggil Hanif. Zack tak menyahut. Sepasang kekasih yang sedang bergaduh tidak jauh dari gerai menarik perhatian Zack.

Akhirnya, Hanif menghulurkan wang lima puluh ringgit kepada kakak gerai. Dia tiada wang kecil.

“Zack. Apsal?”

Zack masih tak menyahut. Bibirnya dijuihkan kepada pasangan yang bergaduh tadi.

“Ala, biasalah tu.” Balas Hanif. Zack masih lagi memandang kepada pasangan itu. Semakin kuat pula yang lelaki memaki hamun pasangannya. Orang ramai turut mula memberi perhatian kepada mereka.

Tiba-tiba Zack bangun.

“Eh Zack. Kau nak pergi mana? Tak payah masuk campur hal oranglah…” Kata Hanif.

Zack tak memperdulikan teguran Hanif. Orang itu bukan sembarangan orang. Dia kenal sangat perempuan yang kena maki-hamun itu.

Hanif ditinggalkan. Zack berjalan pantas ke arah pasangan itu. Suara si lelaki yang memaki hamun semakin jelas di telinganya.

Kurang ajar.

Zack menjadi panas hati.
Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2013 03:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:04 AM | Show all posts

kak amy ke gaduh tu?

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:45 AM | Show all posts
Salam tt

Semakin suspen lak... rasa2nya cik zureen kot
Tu yg Zack cepat je menapak ke psgn tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:08 PM | Show all posts
hi nicki
lama rasanya akak x bg komen sbb sibuk
btw thanks for the entries
errr so cik Reen tu mak jan ke?
if betul xperlah
dan yg bergaduh tu is it izah?

makin lama makin menarik dan rs cam nak suh nicki buh banyak2 tanpa stop

kate dan audrey lesbo
well xde yg pelik rs nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 06:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-12-2013 08:57 AM
Hanif memandu hingga ke Keramat. Hanif ajak makan. Zack menurut saja. Dah Hanif yang pandu kereta…
...

ni mesti amy kan gaduh ngn pak we dia tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:26 PM | Show all posts
UsuFie posted on 5-12-2013 10:04 AM
kak amy ke gaduh tu?

@NaylaArisha

Yeee.... tepat sekali. Nah mungeee....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:27 PM | Show all posts
arieyana posted on 5-12-2013 10:45 AM
Salam tt

Semakin suspen lak... rasa2nya cik zureen kot

Salam arieyana. Thanks for reading

Tapi jawapan dia bukan Cik Zareen.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:37 PM | Show all posts
Episode 13

Amy tak tahu, mana hendak diletakkan mukanya kala ini. Bukan dia tak sedar, ramai yang mula memandang ke arah mereka. Suara Farid yang kuat telah menarik perhatian orang disekeliling.

“Baik you cakap betul-betul, jantan mana yang telefon you tadi?” Farid mengulangi soalan yang sama untuk kali ke tiga.

Farid tak habis-habis lagi bercakap yang bukan-bukan. Pelbagai tuduhan dan makian dilemparkan kepada Amy. Hanya sebab Amy berbual dengan rakan sepejabat di telefon, Farid menuduhnya membuat hubungan sulit dengan lelaki lain.

“I dah kata, Aiman tu cuma kawan satu office. You nak I cakap bahasa apa lagi?!”

“You jangan nak tipu I.”

Amy melepaskan keluhan. Wajah Farid dipandang dengan seribu kesalan. Farid masih tidak berubah. Seribu janji yang Farid berikan padanya, langsung tak boleh pakai. Farid masih tetap Farid. Amy pun tak tahu, bagaimana dia boleh lembut hati untuk menerima Farid kembali. Tak dinafikan, dia memang menyayangi Farid. Tapi, sampai bila dia haris makan hati? Kalau beginilah caranya, adalah lebih baik, dia dan Farid berpisah saja.

“I tak tahu, apa lagi nak terangkan pada you. You nak percaya ke, tak nak percaya ke...you punya pasallah!”

“Tah-tah, you dah tidur dengan jantan tu…”

Tanpa amaran, satu tamparan hinggap di pipi Farid. Amy geram. Tuduhan Farid benar-benar membuatkannya hilang sabar. Farid memang melampau kali ini.

“Kurang ajar!” Suara Farid meninggi.

“I yang kurang ajar ke, you yang kurang ajar?” Amy membalas dengan berani. Renungan Farid dibalas tajam. Wajah Farid yang menyinga tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Kali ini, Amy nekad. Nama Farid harus dipadamkan dari diari hidup. Cukuplah selama ini dia menjeruk rasa dengan Farid. Cukup!

“You jangan cari I lagi.” Kata Amy lantas menjauhi Farid. Dia tak boleh lagi berhadapan dengan Farid. Hatinya sakit. Farid ditinggalkan saja di situ.

“Eh…you nak pergi mana?!” Farid merentap lengan Amy.

“Sakitlah!” Amy menjerit. Dia cuba melepaskan pegangan Farid tetapi cengkaman Farid di lengannnya terlalu kuat.

“Kau ingat…senang-senang aku nak lepaskan kau?” Farid bersuara garang.

“Lepaslah Farid!” Amy meronta.  

“Hello bro. Nak cari gaduh pun, carilah yang sepadan. Ini...cari gaduh dengan perempuan. Apahal?” Last edited by Nicki_Meow on 13-12-2013 03:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 12:41 PM | Show all posts

hero dah mai.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:43 PM | Show all posts
Suara yang menegur membuatkan Amy dan Farid terdiam seketika.

“Zack…” Amy bersuara perlahan.

Farid mengangkat muka, merenung tajam ke arah empunya suara.

“Ni jantan mana pulak?” Soal Farid kepada Amy. Amy tidak menjawab.

“Dah lah bro. Lepaskan dia. Tak malu ke gaduh depan-depan orang ni?” Zack bersuara sambil matanya bergilir-gilir memandang Amy dan Farid.

“Kau siapa nak masuk campur hal aku?” Soal Farid, garang. Zack hanya tersenyum sinis. Dalam masa yang sama, memerhatikan tindak-tanduk teman lelaki Amy sambil bersedia dengan segala kemungkinan. Manalah tau, tiba-tiba diajak bertumbuk ke, apa ke…

Amy terasa cengkaman Farid di lengannya semakin longgar lalu mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri dari Farid.

“Amy…” Farid cuba menarik Amy kembali tetapi Amy segera menyorok di belakang Zack.

“Amy…sini!” Farid semakin tercabar.

“Sudahlah bro. Orang dah taknak, tak payahlah terhegeh-hegeh lagi…”

“Kau diam. Ini hal aku dengan Amy.” Balas Farid.

“Hal Amy, hal aku jugak.” Jawab Zack. Masih lagi tersenyum mengejek. Saja nak menyakitkan hati Farid. Senyum sebab terasa macam hero drama Melayu pun ada.

“Woi, apahal ni?” Hanif juga datang kepada mereka. Sengaja buat suara garang. Senyum Zack bertambah lebar. Zack sebenarnya, berani-berani takut. Badan Farid lebih tegap. Kalau bertumbuk, peratus nak menang mungkin hanya 40 – 60.  

Farid memandang Hanif, Zack, Amy dan kemudian kembali kepada Hanif dan Zack. Dua lawan satu. Memang sah lah dia kalah.

“Kau jangan ingat, boleh lepas dari aku.” Kasar Farid berkata kepada Amy.

“Sudahlah bro. Baik lu blah!” Zack menjawab bagi pihak Amy.

Farid memandang tajam ke arah Amy, dan kemudian berjalan ke arah keretanya. Bila kereta Farid hilang dari pandangan, barulah Zack berpaling ke arah Amy.   

Amy hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa yang hendak dikatakan pada Zack. Rasa lega dan segan bercampur-baur.

“Anep, kita hantar Amy balik.” Kata Zack, suaranya mendatar. Hanif hanya mengangguk.

“Hanif.” Sambil memandang ke arah Amy, Hanif memperkenalkan diri. Amy mengangguk.

“Jom.” Ajak Hanif. Amy mengangguk sekali lagi lalu mengikut langkah Zack dan Hanif.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:47 PM | Show all posts

specis farid ni mmg....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:56 PM | Show all posts
Sudah lima minit kereta bergerak. Amy dan Zack masih mendiamkan diri. Hanif pula, terasa janggal dengan keadaan itu. Mujur ada radio, dapat juga Hanif menghiburkan hati sendiri. Sesekali dia pandang Zack di sebelah dengan ekor mata. Banyak kali, dia menjeling Amy dari cermin pandang belakang.

Cun jugak kakak tiri si Zack ni…

“Tadi tu boyfriend kau ke, kak?” Tiba-tiba Zack menyoal.

“Haah.” Pendek Amy menjawab.

“Kau takde orang lain ke nak buat boyfriend? Mamat saiko macam tu pun kau boleh layan…”

“Eh, suka hati akulah.” Amy membalas garang.

“Oi! Nasib aku dengan Anep ada kat sana tadi tau. Kalau tak, tak tahu apa jadi dengan kau…”

“Ada aku suruh kau tolong?”

“Eh..kira okaylah aku nak tolong! Kalau aku biarkan aje tadi…” Suara Zack semakin tinggi.

“Oh…jadi? Kau nak mengungkitlah sekarang?”

“Aku bukan mengungkitlah, bodoh!”

“Sudahlah Zack. Kalau tak ikhlas, lain kali tak payah tolong!”

“Siapa cakap aku tak ikhlas?”

“Kalau ikhlas, apahal kau mengungkit?”

“Isk. Sudahlah. Apahal korang ni, tiba-tiba nak bergaduh pulak?” Tegur Hanif. Dia tak tahu, yang begitulah sebenarnya cara Amy dan Zack menunjukkan ‘kasih-sayang’ mereka.

Tiada siapa yang mengendahkan kata-kata Hanif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070789 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list