CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LabuLabi69

[PELBAGAI]KISAH AKU,AKU DAN AKU ( Updated 02.03.2018) - Sesat Dalam Kampung

[Copy link]
 Author| Post time 10-11-2014 11:23 AM | Show all posts
Fyka_93 posted on 9-11-2014 02:23 AM
Titi titot cepat sambung. Terooooooobaik citer titi.

sambungan diteruskan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2014 12:59 PM | Show all posts
Siapa peneman aku (Part 1)

Aku sangat suka tengok cerita hantu dan cerita-cerita seram. Yang paling aku suka, cerita seram dari Thailand/Siam yang nampak macam betul-betul real. Tapi sebenarnya aku seorang penakut. Walaupun aku penakut, aku tetap juga tengok cerita sampai habis. Lepas tu, mula lah terbayangkan apa yang aku tengok dari cerita (terbawa-bawa).

Sejak tingkatan satu, aku tinggal di asrama. Sekolah menengah aku jauh sangat dari rumah. Untuk penjimatan ekonomi, aku dipaksa oleh keluarga untuk tinggal di asrama. Aku jarang la balik ke rumah. Aku boleh balik setiap 2 minggu. Itu pun selama dua hari jer..

Ada satu minggu tu aku balik rumah. Sebab balik jarang-jarang kat tumah, parent aku tak kisah sangat la kalau aku balik lewat ke rumah. Lagipun aku bukan pergi lepak jauh-jauh sangat pun. Kunci rumah memang dah spare kat dalam dompet aku.

Lepas lama lepak kat wakaf jauh dari rumah orang, kawan-kawan aku sume dah nak balik. Jarum jam masa tu hampir-hampir tepat kena nombor 4. Aku keluar dengan motor jer..kawan-kawan aku ada yang keluar dengan kereta. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah, aku jumpa kawan aku (nama Akim). Dia jalan kaki  jer. Aku pun pergi dekat dia dan tanya mana dia nak pergi. Dia kata nak balik rumah. Aku tahu jalan ke rumahnya sebab masa kecik-kecik dulu kerap juga aku lepak dengan dia dan abang dia tu..

Aku pun tumpangkan dia naik motor aku tu. Dalam perjalanan, dia banyak tanya aku pasal pelajaran dan keadaan aku kat asrama. Aku cakap la kat dia yang aku okay jer. Pastu dia tanya pasal kawan-kawan aku. Aku cakap semua baik-baik saja dan aku kaitkan dengan cerita seram yang kawan aku cerita kat wakaf tadi. Dia tegur aku jangan bualkan waktu-waktu begini. Dia memang kawan aku yang berani.

Lepas aku pergi hantar Akim kat rumah dia, aku pun menuju ke rumah aku. Nak balik ke rumah dah ni.. Bukan nak tido tapi nak online kejap sambil cari-cari info. Sampai kat rumah, aku terus pergi ke meja komputer aku. Biskut dan kacang memang banyak masa tu dan aku tak perlu pergi ke dapur malam untuk makan. Cuma makan apa yang ada kat meja. Lagipun aku takut nak pergi ke dapur sorang-sorang. Ahli rumah aku semua dah tidur masa tu..

Tengah aku online tu, tingkap rumah aku diketuk. Aku mula dah rasa takut. Siapa la main ketuk-ketuk tingkap pulak masa-masa begini. Aku buat tak tahu jer. Masa tu aku memang kecut perut dah. Belum lagi tengok siapa yang ketuk. Bunyi orang ketuk tingkap bilik aku tu makin lama makin kuat. Aku rasa macam tak nak berhenti jer. Aku beranikan diri pergi kat tingkap. Kali pertama dalam hidup aku wat benda berani gitu.

(Bersambung...)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 07:25 PM | Show all posts
agak ngeri cerita balan balan ini. tapi kalau betoi menjadi balan2 ni adalah terpaksa bukan pilihan, maka kesian lah dekat orang tu. harap harap, abang rusdi tak kena tunggu sampai 15/07/2015 untuk mengetahui kesinambungan bahagian ke-2 cerita siapa peneman aku ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 10:21 AM | Show all posts
Siapa peneman aku (Part 2 )

Aku pergi buka tngkap dan tengok Akim yang datang ke rumah aku. Fuhh.. lega aku. Aku marah kat dia sebab wat aku rasa takut jer.. Dia datang rumah aku sebab nak suruh aku hantar dia kat rumah kawannya yang terletak kat sebelah kampung aku. Sebab Akim ni tak ada motor nak pergi. Dia cakap dia tak jumpa kunci motor. Dia tak tahu mana ayah dia simpan kunci motor yang satu tu..

Aku berat hati juga nak pergi tapi sebab kawan, aku terpaksa la tolong jugak. Aku keluar rumah dan hidupkan enjin motor. Aku tunggang motor tu menuju ke kampung sebelah. Jauh juga tempat yang kami nak pergi tu. Lebih kurang 10 kilometer. Aku memang tahu yang dalam perjalanan tu, mesti lalu kat kubur. Tapi apa yang nak ditakutkan sebab Akim ada. Kalau sorang-sorang, mesti lah aku takut.

Aku tak tahu la keajaiban atau kebetulan, motor aku buat hal lepas jer lalu kat kubur. Aku check minyak motor aku. Dah kering. Aku memang tertekan dah masa tu. Tak syak lagi, adik aku tak isi minyak motor. Memang aku rasa marah. Aku tanya Akim. Macam mana nak pergi sebab motor dah tak boleh gerak. Dia cakap, tak pe la.. Dia bagi cadangan untuk tolak jer motor tu sampai kat rumah kawan dia tu. Lagipun tempat nak tuju tu tak jauh jugak pun.. Aku pun tolak la motor tu. Aku pegang "handle" motor tu dan Akim tolak dari belakang.

Tengah aku tolak motor tu, aku terdengar bunyi motor dari belakang aku. Aku tengok ada 3 buah motosikal datang kat aku. Aku tengok betul-betul, rupanya ayah Akim dan 5 orang kampung aku datang bersama. Lega aku.. Dapat lah dorang tolong aku bagi minyak motor sikit. Gitu la yang aku pikir.

Aku berhenti tolak moto. Ayah Akim datang kat aku dan tanya aku mana aku nak pergi. Aku cakap la nak pergi rumah kawan Akim. Ayah Akim diam jer masa tu. Dia suruh aku balik rumah dan tidur. Dia takut parent aku marah. Dorang bagi minyak moto kat aku, aku pun balik la kat rumah. Badan aku sejuk sangat masa tu. Maklum lah naik motor dekat pukul 5 pagi..

Esoknya ayah Akim datang kat rumah aku bersama ustaz. Aku tak tahu la sebabnya. Aku ingat mungkin dorang nak jumpa ayah aku atas hal-hal kerja atau apa-apa.. Aku jemput ayah Akim dan ustaz tu naik ke rumah dulu dan duduk kat kerusi kat ruang tamu rumah aku.

Ayah Akim tanya aku pasal hal semalam. Aku cakap kat dia, tak perlu bimbang sebab parent aku tak marah pun pasal semalam. Dalam kepala aku, aku fikir mungkin ayah Akim rasa bersalah sebab Akim yang ajak aku keluar tengah-tengah malam. Ustaz tanya aku macam mana keadaan aku. Aku cakap aku OK jer tapi badan lemah macam nak demam.

Ayah Akim suruh aku bertenang dan dia mula ceritanya pasal semalam.....

Ayah Akim tersedar dari tidur sebab bunyi motor aku. Ayah akim pergi ajak kawan-kawan dia untuk siasat aku. Dia syak aku nak pecah rumahnya. Terkejut aku ayah Akim fikir begitu kat aku tapi salah aku jugak pergi rumah orang pukul 4 pagi. Ayah Akim tanya aku apa aku buat kat depan rumah dia pada pukul 4 pagi. Aku cakap la kat dia, aku pergi hantar Akim.

Ayah Akim dan ustaz diam jer dengar aku cerita dan aku terus bagitau apa yang berlaku semalam..

Ustaz bagitahu kat aku yang Akim dah tiada. Akim meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dirempuh kereta dari belakang. Akim adalah mangsa langgar lari. Aku tak percaya tapi tak kan ustaz nak tipu aku. Ustaz tu juga cakap dia la yang mandikan dan  sembahyang mayat Akim.

Malam itu , kedinginan malam diiringi dengan bunyi cengkerik dengan bulanpurnama . Sambil termenung di jendela memikirkan apa sebab adam berjumpa aku dimalam itu . Andai aku tau dia dah tiada , mungkin tidak sekali aku akanmengikuti dia . Adakan mungkin dia ingin aku membantu dia dengan kejadian langgar lari ataupun ingin mengucapkan Selamat tinggal ….

(Bersambung...)

Last edited by LabuLabi69 on 11-11-2014 02:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 10:23 AM | Show all posts
abang_rusdi posted on 10-11-2014 07:25 PM
agak ngeri cerita balan balan ini. tapi kalau betoi menjadi balan2 ni adalah terpaksa bukan pilihan, ...

balan2 mcm saka gak , xley dbuang mcm tu sebab keturunan. Diorng mmg xtau apa yang diorng lakukan , Sambungan diteruskan .

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 12:27 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 11-11-2014 10:23 AM
balan2 mcm saka gak , xley dbuang mcm tu sebab keturunan. Diorng mmg xtau apa yang diorng lakukan  ...

memang tak buleh rawat ka kalau terkena generasi balan2 ni?
ada kes orang berjaya rawat balan2/tenggelong tak?
kesian kat depa(bagi yang tak redha). kepala asyik tercabut dari badan saja.nk ikat tali kasut pon susah, nak bersin pon susah kot kot bila bersin dengan2 kepala tercabut,nak pakai baju sexy mexsi pon susah takot orang nampak bekas kat leheaq.

btw. cerita check ni seram jugak. awat takdak org nak habaq kat chek ka pasai akim haritu?
abang rusdi pon suka tengok cerita hantu siam jugak. mula terlekat lepas tengok cerita nang nak. hantu siam tu dok aiii makkk aiii makkk.. seram.
start dari tu abang rusdi pulun donlot cerita hantu sampai dah buleh agak apa jadi. terpaksa tengok sorang2 pukoi 3 pagi utk mendapatkan keseraman kembali.
tapi la ni lama tak tengok cerita hantu dah. haritu tengok cerita sendu piyere andere tajuk jin tu pun tengok celah jari.(takdak la seram sgt cerita dia, terkejut saja lebih)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2014 01:06 PM | Show all posts
sambung pleaseeeeeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:59 PM | Show all posts
abang_rusdi posted on 11-11-2014 12:27 PM
memang tak buleh rawat ka kalau terkena generasi balan2 ni?
ada kes orang berjaya rawat balan2/te ...

kalau pasal berubat tu xtau nk ckp mcm mna . kalau blh ubat msti dah xda generasi-generasi mcm ni ..,

Last edited by LabuLabi69 on 11-11-2014 02:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 02:00 PM | Show all posts
Shahreen74 posted on 11-11-2014 01:06 PM
sambung pleaseeeeeee....

sambungan diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
TT......... nak tanye...kisah ade sesuatu di sini tu...mmg da abih ke?
Pas suhaida pengsan tu aper jd?
Dia tinggal kt situ lg ke...esok tu terus pindah kuar? (Hihihi...byk lak tanye)

Paper pon....tahniah...sbb citer ko mmg best
Walopun tetiber ko ilang 6 bln wat peminat ko saspen   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 02:12 PM | Show all posts
seeri_7843 posted on 11-11-2014 02:10 PM
TT......... nak tanye...kisah ade sesuatu di sini tu...mmg da abih ke?
Pas suhaida pengsan tu aper  ...

cite sampai mcm tu je . nak contact member nk tau sambungan dia pun busy memanjang . nanti saya updated kan ea .

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:13 PM | Show all posts
kata nak sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:34 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 10-11-2014 11:20 AM
rugi xsnap pic . maklumlah dulu pakai camera kodax kan ... hahaah ..

Ya itu la tuh. Hahhaah! Apa apa pun keep it up bro   daku akan sentiasa menanti peng'update'an mu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:41 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 11-11-2014 10:21 AM
Siapa peneman aku (Part 2 )

Aku pergi buka tngkap dan tengok Akim yang datang ke rumah aku. Fuhh. ...

Dalam ke'skeri'an sy baca, boleh pula air mata ni jatuh. Sedih pula cerita tt ni Kesian kwan tt. Sodeh + Skeri
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 08:24 AM | Show all posts
tt... masa bapak Akim tu dtg memlm tu suh balik tu Akim kt mana? ke ko sorg je nampak Akim.. atau Akim tetiba hilang... entah2 yg Akim ajak g umah kawan dia tu, dia nak ajak ko g kubur dia tak... nak bgtau yg dia dah xde... huuhuu... seramnyer klu jd camtu ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, nak tanye.. Ms TT kat tawau tu TT duduk Kampung mane? Scary la cite TT tp best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2014 09:30 AM | Show all posts
montkoda posted on 12-11-2014 03:48 PM
TT, nak tanye.. Ms TT kat tawau tu TT duduk Kampung mane? Scary la cite TT tp best

di tawau duduk di kampung dumpas
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh ler sambung citer citer yg best tu.......   
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 02:02 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 13-11-2014 09:30 AM
di tawau duduk di kampung dumpas

ohh, TT mmg duduk kg yang belah hulu ke? sy ingatkan kisah balan2 ni tipu2 je dulu, rupanya mmg betul2 wujud ye.. , sila update cite baru TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 05:55 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 20-3-2014 12:21 PM
Mamat : Ya ampun , kenapa dengan kaki kau ni ? teruk bah ni.
Aku : Balan-balan punya kerja la ni ...

Ayat yang di bacakan ayah Mamat adalah ayat 19 surah al Kahfi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.194895 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list