CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 1-10-2017 10:32 PM | Show all posts
Electromagnet replied at 1-10-2017 05:59 PM
Kalo hari2 depa taruh gitu bro ..mmg mati la ..adik aku pun salah Sorang yg mati waktu bkhidmat dg ...

Takziah.

Ini orang kedua dalam thread ni ada kehilangan ahli keluarga sewaktu berkhidmat...

Betul la dorang ni licensed to kill but not each other....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 10:37 PM | Show all posts
jangan kambing hitam pulak yang kena
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:40 PM | Show all posts
Daisyna replied at 1-10-2017 09:40 PM
Tergamaknya,dera smpi mati sekali 2 org lak tu,semoga pelaku segera ditangkap

dah tangkap dah pun kak.... bangun tido terus komen ek....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:46 PM | Show all posts
TLDM perlu kaji SOP latihan fizikal


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal anggotanya jika mempunyai keperluan berbuat demikian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian susulan insiden membabitkan kematian Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, dan Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28.

Mereka meninggal dunia kelmarin selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Komunikasi TLDM, Sungai Wangi, Sitiawan.

Hishammuddin berkata rombakan dalam kalangan anggota TLDM tertentu juga perlu dilaksanakan sekiranya laporan penyiasatan kematian dua individu berkenaan 'menuding jari' kepada cabang pertahanan negara terbabit.

Ketika ini, katanya, pihaknya akan mengambil tindakan secara telus terhadap mereka yang didapati bersalah tanpa sebarang kompromi.

"Saya difahamkan tiga pengawal (anggota TLDM) sudah ditahan bagi membantu siasatan, kita tidak akan melindungi individu terbabit jika dibuktikan bersalah.

"Ia juga (kes kematian) boleh menyentuh kepada masalah disiplin tetapi saya tidak mahu membuat spekulasi apa yang mungkin didapati pihak berkaitan (Polis Diraja Malaysia) ketika siasatan dibuat.

"Kita kena tunggu laporan siasatan (punca kematian), ia (siasatan) seperti yang kita lalui untuk kes besar yang lain seperti kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), kehilangan pesawat MH370, jangan buat spekulasi, kita mahukan keadilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah di Kejohanan Dodgeball Asia Pasifik 2017 Kuala Lumpur di Axiata Arena, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata hasil siasatan PDRM akan membantu menjawab persoalan jika anggota berkenaan yang didapati terbabit akan dihadapkan di Mahkamah Tentera atau sebaliknya.

"Ini kes jenayah sebenarnya dan ia membabitkan kes kematian yang berat, kita tunggu hasil siasatan PDRM (perlu atau tidak dihadapkan di Mahkamah Tentera).

"Namun tidak bermakna TLDM tidak akan mencari dalang siapa sebenarnya yang bersalah dan punca kejadian tidak diingini itu," katanya.

Semalam, bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mengesahkan dua anggota TLDM meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma objek tumpul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata berikutan itu polis menahan tiga anggota TLDM pada untuk membantu siasatan kes kematian itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:48 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 02:00 AM
thanks sis..

untung adik ai masih bujang.. tak ada anak yang ditinggalkan..


takziah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:52 PM | Show all posts
Electromagnet replied at 1-10-2017 07:56 AM
@R2D2 update

kematian dua anggota TLDM

dah update. TQVM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa cakap ja latihan kesihatan ..hakikatnya depa buat mcm hamba ..klau x. Xkan dalam dlam masa 2 hari boleh mati .. bila mangsa merayu sakit depa gelak .Depa tambah lagi hukuman .. memang sial la
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-10-2017 10:40 PM
dah tangkap dah pun kak.... bangun tido terus komen ek....

Baru keluar dari gua tempurung dekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 1-10-2017 10:46 PM
TLDM perlu kaji SOP latihan fizikal



Tok sam ni..ckp berdegar2 je..
Tp action slow yg amattttt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:10 PM | Show all posts
R2D2 replied at 1-10-2017 10:46 PM
TLDM perlu kaji SOP latihan fizikal

kenapa guna istilah 'menuding jari' bagi hasil siasatan....


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:37 AM
panjang citer dia.. but make it short..

masa dia trainning kat PD dulu, dia lari sebab tak taha ...

Sis mimie, tumpang tanya. Boleh ke kalau family arwah request taknak buat postmortem?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia kalau diberi peluang, lebih kejam dari iblis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal anggotanya jika mempunyai keperluan berbuat demikian.

Kadang-kadang bosan dengar mengkaji semula ni. Kaji, kaji, kaji. Lepas tu senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
susah la nak cari kebenaran yg sebenar bla dah melibatkan askar ni..aku rasa b4 ke latihan fizikal tu dia org dah mmg ada sign surat sumpah apa sekian..ahhh..tensen aku baca kisah mcm ni..yg hari tu pun blm selesai dah buat hal lagi..takziah buat keluarga arwah..semoga kematian arwah terbela..kalau penjenayah terlepas d dunia d akhirat blm tentu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:47 PM | Show all posts
cikpuanviolet replied at 1-10-2017 11:17 PM
Sis mimie, tumpang tanya. Boleh ke kalau family arwah request taknak buat postmortem?

boleh..

asalkan tidak terlibat dengan kes polis..

ekceli, post moterm nih bukan pun boleh suka2 mintak post moterm untuk kes2 biasa / mati mengejut biasa.. kecuali keluarga mintak untuk post moterm untuk keperluan insuran dsb..

rasanya kalau kematian mengejut, mmg insuran nak keputusan post moterm..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jiji85 replied at 1-10-2017 11:40 PM
susah la nak cari kebenaran yg sebenar bla dah melibatkan askar ni..aku rasa b4 ke latihan fizikal t ...

Tu pasal ada Judgment day....sekarang kat dunia boleh la terlepas sikit, ada jugak pembuli/penjenayah kata oh mereka ikut undang2 black and white, tapi human to human tuhan yang akan balas nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2017 12:07 AM | Show all posts
sampai mati orang tu kira ikut procedure jugak ke...procedure pukimak sape punye ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii setan betul,sesuka hati je ko no ambil nyawa org kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 12:13 AM | Show all posts
mamarock replied at 1-10-2017 11:36 PM
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (S ...

asal mati je baru nak kaji itu ini, aku tak rasa prosedur yg perlu dikaji, yg perlu dikaji ialah dajal2 yang menyebabkan kematian dua arwah tu. Boleh tak cerdik sikit bagi statement dorang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ermmmm tak tahu nak kata apa dah... kenapa ler perangai tu kejam sgt... fobialah kuar cita pasal askar2 ni.. kes paan tu pun tak tau apa cita.. dah timbul kes lain.. huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.801810 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list