|
[Tempatan]
Bekas isteri, mertua kena belasah #233
[Copy link]
|
|
maaf...
off topic...
film Somewhere In Time 1980
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 18-9-2019 02:13 PM
maaf...
off topic...
ok thank u nak youtube |
|
|
|
|
|
|
|
I baca ex wife memang ada restraining order against ex husband. Memang dah turun naik mahkamah pun. Sepatutnya tak boleh jumpa anak2 tapi ex wife bagi jugak, taknak pisahkan bapak and anak kan. Tapi i cuma baca statement belah ex wife saja. So tak taulah tepat ke tidak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 18-9-2019 03:24 PM
supermum replied at 18-9-2019 03:12 PM
I baca ex wife memang ada restraining order against ex husband. Memang dah turun naik mahkamah pun ...
Ye sekarang belah ex wife je bagi statement.
Tapi the other side choose to keep quite.
Pasal mula2 bagi jumpa anak tu mmg betul. Lepas tu takde dah tu pun mmg betul.
bawak balik pun ke rumah atok nenek. Takkan dia nak buat anak sendiri depan tok nenek uncle aunties?
Banyak je gambar wife dia ambil ngan keluarga mertua as of last year. Happy je. Tak tahulah kan happy tu utk bergambar je (siapa nak monyok depan kamera) . Hal suami isteri ni depa je tahu. Sebab tu ramai terkejut bila jadi mcm ni.
Tapi yelah dah jadi macam ni (kejadian tu). Sapa je nak dengar belah dia. Semua benda jadi tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supermum at 18-9-2019 03:52 PM
Aku ada makcik, dia dah bercerai. Mengejut. Shortly b4 dia bercerai, dorang nampak happy family sangat2. Holiday oversea, outing, dating etc. Bila dia bercerai mengejut, kami pun curious and busybody lah korek cerita. Rupanya laki dia abusive. Tapi dia sorok and dia tunjuk yang happy saja. Dari luar memang dia jenis org yang happy. Ex husband even pernah balun dia masa pregnant. Pernah jugak datang gila depan mak and mentua dia sendiri tapi didiamkan. Maybe kes dorg ni begini. Kalau tak,masakan mahkamah approve restraining order dia. Bagus jugak belah laki mendiamkan diri. Teruk sangat dia bantai org tua tu. Dekat public pulak. Malu kot family dia. Terhantuk sikit pun pening lalat, apa lagi sampai berdarah begitu. Aku memang bias side ke belah pompuan lah. Takleh deny meluap kemarahan tengok video tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh bagus info ni. Esp untuk semi single mum macam aku ahahaha fon aku memang ada shortcut untuk call balai polis berdekatan rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ethernet replied at 15-9-2019 11:42 AM
DKK ke Syed Ariff ni?
Yemeni Ereb kot...Syed2 ramai jugak Kat Yemen sana |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia.Doom replied at 18-9-2019 03:57 PM
Yemeni Ereb kot...Syed2 ramai jugak Kat Yemen sana
Nope. ...takde yemeni yemeni. |
|
|
|
|
|
|
|
First time aku dengar org gila mengaku yg dia gila. Org gila sblh rumah aku ni pun bila masuk wad psikiatri hkl bila aku tanya ngape dah lama tak nmpk, dia cakap pergi bercuti sbb mak suruh. Aku tanya masuk wad ehh...?? Eh ...tak le acikk...saya masuk hotel la, mak suruh dok sana. |
|
|
|
|
|
|
|
supermum replied at 18-9-2019 03:50 PM
Aku ada makcik, dia dah bercerai. Mengejut. Shortly b4 dia bercerai, dorang nampak happy family sa ...
Tak silap both tinggal rumah parents. Takde rumah sendiri. Tak silap aku lah.
Masa belajar pjj. Sorang malaysia sorang overseas.
Masa kerja On off ada pjj jugak. Lokasi lokasi lain. Lelaki travel back to kl. Perempuan pun travel back to kl.
Setau i and kalau tak silap. Mana ada dari start kawin dok memanjang bersama. Rumah pun duduk rumah parents.
Lately few years back je both kerja kl. Tapi still staying with parents. Takde pulak aku dengar duduk sendiri2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 18-9-2019 05:07 PM
Cousin aku boleh jadi idola cerai kot. Bekas Isteri 2 orang muda2. Cun gila pulak tu.
Relaks bekas2 isteri bagi cousin aku jaga anak. Depa kerja dan dok tempat lain.
Weekend datang lepak rumah cousin aku. Relaks keluar dating2 berdua gitu.
Masa kawin baik masa cerai pun baik. Mcm bestfriend pulak aku tengok. Yg penting parents dan keluarga masing2 tak ikut campur or hasut. Anak2 pun happy. Adik beradik lain mak pun sayang each other peluk peluk je depa semua.
Ntah apa ilmu dia amalkan.
Uncle aku pun dok tanya aku depa bercerai ke tidak tapi baik ni??? Aku ckp tak campur tak tahu. Sebab kepelikan cerai tapi boleh jadi bestfren.
I wish pasangan bercerai lain pun macam tulah. Takut aku tengok orang bercerai sekarnag macam nak berperang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu zaman i habis sekolah annoyed jugalah member obses sambung medic walaupun result tak lepas. Sekarang i tak kisah. Suka hati lah asal jadi doktor yg berguna. Bukan doktor tak betul sudah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya pakcik tu. mmg jantan tak guna lah kalau cepat naik tgn ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 16-9-2019 06:08 PM
Klu baca kisah kt fb tu..
Ex wife viralkan dkt fb as last resort already..
apa fb bini doktor pukul fil ni n wife |
|
|
|
|
|
|
|
mzsnam replied at 20-9-2019 04:48 AM
apa fb bini doktor pukul fil ni n wife
Siti Nur Hidayah |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri
SHAH ALAM: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya yang juga seorang doktor pada 4 September lalu.
Tertuduh, Dr Syed Ariff Syed Abdul Rahman, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian kiri atas kepala Dr Siti Nur Hidayah Abd Rahim, 34, dengan menggunakan telefon bimbit.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan MJ Auto (U5) Sdn Bhd, Jalan Utarid U5/24 40150, Shah Alam, pada jam 12.15 tengah hari 4 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.
Tertuduh juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada hukuman penjara yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah, memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghantar Dr Syed Ariff ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, bagi membolehkan pemeriksaan psikiatri dijalankan.
Peguam tertuduh, Adenan Ismail, bagaimanapun memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya pernah menjalani pemeriksaan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk masalah sama.
Beliau berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan laporan kesihatan daripada pihak PPUM.
Mohd Sabri kemudian membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta dan menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari pula, Dr Syed Ariff didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan di dahi Abd Rahim Hashim, 65, di tempat dan pada tarikh sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sabreena kemudian membenarkan permohonan Nur Aifaa untuk memindahkan kes itu bagi dibicarakan bersama kes di Mahkamah Sesyen pada 18 Oktober nanti.
Media sebelum ini melaporkan seorang doktor memukul bekas isteri dan bekas bapa mentuanya sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan.
Kejadian di hadapan sebuah bengkel kereta itu mendapat perhatian ramai selepas klip video, dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tersebar melalui laman sosial.
Menurut laporan media, difahamkan, wanita itu dan bapanya dipukul berikutan bekas suami mangsa tidak berpuas hati berkaitan hak penjagaan anak yang masih dibicarakan di mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas isteri
324. Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
326A. Seksaan kerana menyebabkan cedera oleh pasangan
Bekas Fil
323. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera |
|
|
|
|
|
|
|
Baru teringat doc ni sama matrik ngn aku dlu. Org panggil dia Ala.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|