CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 2-2-2005 10:49 AM | Show all posts
Allah berfirman:

"Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (ArRuum:21)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi)."
(Ar Ruum: 20)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan   langit   dan   bumi   dan   berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
(ArRuum:22)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar." (ArRuum:23)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan padamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya." (Ar Ruum:24).

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradah-Nya. Kemudian apabila Dia memanggilmu sekall panggil dari bumi ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur)."

(ArRuum:25)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 2-2-2005 10:06 PM | Show all posts
Seperkara lagi yang patut difikirkan ialah tentang dosa kita pada Allah dan sesama manusia. Berapa banyak dosa kita pada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita dari seksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat?  Mampukah kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir dalam kubur nanti? Tahankah kita dengan bakaran neraka?


Fikirkan itu selalu, insyaAllah akan lembut hati. Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa mati itu benar, memasuki liang kubur itu adalah benar, soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Melalui siratul Mustaqim pembalasan seksa neraka dan nikmat syurga adalah benar belaka. Pasti berlaku tanpa syak dan ragu.


Sekiranya penerangan itu diulang-ulang setiap hari, insyaAllah hati akan dimasuki iman yang waja yang tidak mudah digoyangkan walau "ribut taufan" yang kuat (dahsyat).

Kerja lain yang baik dibuat untuk mendapatkan iman ialah puasa sunat, berjuang, berjihad, bersedekah, menziarahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat semuanya akan menambahkan iman.

Perlu pula diingatkan bahawa setiap dosa sama ada kecil apalagi besar ialah perosak dan peruntuh iman.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 2-2-2005 at 10:11 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-2-2005 10:10 PM | Show all posts
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak beriman seseorang yang berzina."


Ertinya seseorang yang sedang berzina itu rosak dan hiianglah imannya. Jadi bagi orang yang betul-betul mahu memelihara dan meningkatkan imannya janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat cepat-cepat istightar, menyesal dan taubat.



Iman juga boleh berkurang sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kita iman orang ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti dibaja selalu dengan cara- cara yang banyak dihuraikan di atas.

Demikianlah sesiapa yang rajin selamatlah ia sebaliknya sesiapa yang cuai akan terimalah akibatnya. Saya  tegaskan  bahawa   ibadah-ibadah  di  atas   mesti dilakukan dengan khusyuk dan tawadhuk. Kalau tidak ibadah itu tidak akan bererti apa-apa. Umpama orang yang lapar mengambil nasi hanya untuk dimain-main tanpa disuapkan ke mulut. Akan hilangkah laparnya?


Begitu ibadah kalau tidak dihayati, roh tidak akan memperoleh apa-apa. Lebih baik tidak sembahyang sunat kalau gopoh-gapah. Sudahlah kita tidak beradab dengan Allah, kesan pada hati pula tidak ada. Tetapi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kita akan membiasakan hati untuk:


Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 3-2-2005 03:07 PM | Show all posts
Topik : Akal dan Mata Selalu Menipu

Basmalah.

Kadang-kadang suatu taman atau kebun, yang ada pokok-pokok dan sebagainya, daripada jauh nampak indah.Tapi cuba kita pergi dekat...kerengge ada, semut ada, penyengat ada, tahi pun ada dan sbgnya. Itu menunjukkan mata selalu membohongi kita.

Sebab itu, kalau kita menilai sesuatu hanya dengan pandangan mata, kita tidak akan dapat nilaian yang tepat. Sebenarnya, yang banyak membohongi kita ialah mata. Jadi setiap hari yang kita lalui sepanjang hidup, matalah yang membohongi kita. Sebab itu kalau kita nak nilai kebenaran hanya dengan mata, kita takkan boleh mendapat jawapan yang tepat.

Akal pun begitu juga. Berapa banyak pandangan akal yang salah?
Buktinya, waktu kita berumur 5 tahun, pada waktu itu, kita berfikir logik, munasabah dan sesuai untuk kita bermain longkang, main masak-masak, main pasir. Itulah yang menyeronokkan dan sesuai dengan kita masa itu. Bila emak dan ayah marah dan memberi teguran, kita terasa kebebasan tersekat.

CARA AKAL MENIPU

Kemudian bila meningkat umur 10 tahun, kita dah tak seronok main pasir lagi. Kita lebih seronok nak main guli dan main gasing. Bila mak dan ayah panggil balik, kita balik juga tapi dengan merungut dan dengan hati yang mendongkol. Sebab kalau tak balik, takut kena marah atau kena pukul.
Tapi kadang-kadang mak dan ayah marah , kita tak peduli pun...sebab lebih terasa nikmatnya main gasing...tak pergi sekolah pun tak apa.

Bila umur 15 tahun, main guli dan gasing tak cun lagi!... kita tengok dan baca komik pula. Akal terasa ini yang baik. Kadang-kadang sampai ralit membaca hingga lupa nak baca buku sekolah...buku komik dan kartun lebih utama pula.

Inilah sebahagian drp pembohongan akal dan mata didalam kehidupan kita.
Cuma akal tidak cepat membohongi kita berbanding denga mata.
Selagi manusia berpegang dengan ideologi dan isme, selagi itulah manusia tidak akan hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni ...kerana itu semua ciptaan akal yang lemah dan telah banyak serta sentiasa membohongi manusia.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-2-2005 07:45 PM | Show all posts


Bila sudah masuk perasaan-perasaan begitu dalam hati dengan sendirinya hati kita akan beramal baik:

1. Bila kita menerima nasib buruk kita akan redha sebab kita yakin Allah yang mentakdirkannya dan Allah cukup adilj pengasih dan setiap takdir-Nya adalah membawa kebaikan dan bukan untuk menganiaya dan menyeksakan kita. Lagipun nasib buruk itu hanya satu manakala nikmat-nikmat lain tidak terhitung banyaknya.,



2.Bila datang ujian kita akan sabar. Allah menguji kita atas dua maksud:

a. Untuk menghapus dosa. Kita memang berdosa samada disedari atau tidak. Jadi patutlah diuji untuk ingatkan bahawa kejahatan itu jangan dibuat lagi. Balasan di dunia pun    rasanya    tidak    tahan    apalagi    balasan    neraka Bagaimanapun kita terimalah balasan (ujian Allah itu) de tenang sambil mengharapkan ujian itu akan berakhir dan dosa kita terampun dan kita akan tenang semula.

b. Untuk meninggikan darjat kita, kita cukup suka kalau dapat naik pangkat. Jadi kalau ada ujian-ujian Allah yang bermaksud menguji kesabaran kita supaya dinaikkan darjat kita maka patutlah sangat kita terima, sabar dan senang hati dengannya.

c.Bila datang nikmat Allah samada lahir atau batin kita akan bersyukur. Kita akan rasa keselesaan iahir kita dan ketenangan jiwa kita semuanya pemberian Allah (kuasa Allah dan nikmat dari-Nya).

Kita tidak akan dapat mengadakan sendiri tanpa izin dan pertolongan Allah. Sebab itu kita sentiasa rasa terima kasih pada Allah.

Perasaan itu menolong kita untuk ingat serta cinta pada Allah serta redha pada kehendak-Nya di samping membanyakkan ibadah- ibadah yang disukai-Nya serta ingin mengorbankannya kepada Allah sebagai tanda syukur pada-Nya.

4.Setiap kali selesai kita berusaha dan berikhtiar dan beribadah pada Ailah, kita akan menyerahkannya pada Allah sebagai hak mutlak-Nya untuk ditentukan hasilnya baik atau buruk, jaya atau gagal. Hatta diri kita ini berada dalam tangan-Nya. Kita serah pada-Nya dan baik sangka pada-Nya untuk diaturkan mengikut kehendak-Nya juga.


5.Setiap kali kita buat dosa, kita akan takut pada Allah. Hukuman Allah di dunia dan akhirat pasti berjalan pada sesiapa yang berdosa. Maka hendaklah kita bertaubat (menyesal dan berjanji tidak akan membuatnya lagi). Kemudian harapkan pula pengampunan Allah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pemaaf, Maha Sopan Santun dan Lemah Lembut.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2005 08:54 AM | Show all posts
Sambungan...

SUMBER RUJUKAN YANG HAK

Oleh itu kita mesti mencari sesuatu sumber yang dapat menilai secara tepat...dan yang dapat menilai secara benar dan tepat hanyalah Allah.
Tuhan yang mencipta langit dan bumi.

Sebab itu kalau kita tidak rujuk kpd pencipta langit dan bumi yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, di dunia lagi kehidupan manusia tidak akan selamat, apatah lagi diAkhirat.

Oleh itu sumber yang haq(dari Allah), yang tepat dan tidak dapat disangkal lagi yang perlu menjadi rujukan seluruh manusia ialah wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Nya. Hanya wahyu saja yang betul dan tepat, firman Allah: "Yang haq itu datangnya dari Allah dan janganlah kamu mengingkarinya."

Kalau yang haq itu ditolak oleh manusia, di dunia lagi mereka akan nahas. Kehidupan manusia tidak akan tenteram; akan bergaduh, berkrisis, tipu menipu, jatuh menjatuhkan,bunuh membunuh, kacau bilau dan seribu macam lagi huru-hara akan timbul.

Kalau terjadi huru-hara, krisis, kerosakkan dan sebagainya dimuka bumi ini, bukannya Allah yang mendapat kesusahan, kita  sebagai manusia juga yang susah.

Jadi untuk menolak kebenaran akal yang salah, akal juga boleh menolaknya. Tidak perlu wahyu menolaknya. Cukup sekadar akal yang tajam untuk menolak 'kebenaran' akal yang salah. Sebab itu Islam mempunyai tafsiran tersendiri terhadap ilmu.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2005 09:07 AM | Show all posts
Sambungan....

HAKIKAT ILMU

Didalam ajaran Islam, ilmu itu ialah mengetahui sesuatu perkara itu secara tepat. Kalau seseorang itu mengetahui satu benda itu tidak tepat, walaupun sudah menjadi keyakinan, itu bukan ilmu namanya.

Contoh: Seorang itu yakin bas itu adalah kereta...entah macam mana gurunya salah ajar. Tapi dia dah yakin...bermatian-matian dia pertahankan bahawa bas itu adalah kereta. Walaupun dia yakin, tapi sebab dia mengetahui sesuatu benda itu tidak tepat maka itu bukan ilmu namanya.

Kalau begitu berapa ramai orang yang mempelajari ilmu yang sebenarnya bukan ilmu. Berapa ramai profesor yang bukan profesor sebab teori profesor pun banyak yang salah.

Contoh: Darwin mengeluarkan teori ilmu bahawa manusia asalnya dari beruk... itu bukan ilmu tetapi berapa ramai orang yang mengatakan itu ilmu dan mereka mengesahkannya pula. Ini menunjukkan akal dan mata Darwin telah membohongi dan memberi ilmu yang tidak benar.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2005 09:11 AM | Show all posts
Sambungan...

ILMU YANG TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN

Jadi kebanyakan yang dikatakan ilmu oleh manusia di dunia hari ini bukan ilmu yang sebenarnya .. sebab itu banyak teori ilmu itu gagal bila dilaksanakan.
Ramai pakar-pakar ekonomi, pensyarah-pensyarah ekonomi yang ada MA, PhD hingga ada yang bergelar profesor yang cukup bijak mengeluarkan teori di forum-forum, seminar-seminar tetapi tidak dapat mempraktikkan teorinya.


Mengapa mereka tidak berniaga? Mengapa mereka tidak yakin dengan teorinya itu? Kalau yakin tentulah mereka jadi orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah orang yang mengamalkan dan berjaya dengan teorinya. Tapi ini tidak berlaku.

Sebaliknya ia berlaku kpd orang yang tidak disangka. Ada ahli perniagaan yang tidak belajar tinggi tapi boleh kaya-raya. Contohnya Boon Siew, hendak tanda-tangan pun tak pandai tapi dia kaya. Usahanya berjaya walaupun tanpa teori ekonomi.

Jadi berapa ramai orang anggap ilmu pada perkara yang bukan ilmu. Hakikat ilmu itu, mengetahui sesuatu perkara secara tepat.  Walaupun kenderaan ini merupakan bas, tapi kalau kita tidak dapat mengetahui secara tepat, kita akan terkeliru. Betulkah ini kereta? Betulkah ini gajah?

Bermatian-matian orang kata ini gajah, walaupun hakikatnya bas. Walaupun dia sudah yakin begitu, tapi tetap itu bukan ilmu. Ini membuktikan lagi bahawa pandangan akal dan mata selalu menipu kehidupan kita. Oleh itu kita perlukan sumber rujukan yang tepat, iaitu Al Quran yang datang dari Allah SWT, disampaikan kpd kita melalui lidah rasul-Nya. Disinilah lahirnya pandangan yang tepat dan dapat memimpin kehidupan manusia agar lebih berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 4-2-2005 10:05 AM | Show all posts



6. Kita akan sentiasa beradab dan malu dengan Allah ya sentiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut rindu, harap dan cinta pada-Nya dan cukup malu untuk sombong dengan-Nya, membelakangkan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita sentiasa tawadhuk dengan Allah, khusyuk, berhati-hati, bimbang dan cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah.


7. Kita juga akan sentiasa merenung dan menyesali diri apakah kita sudah mendapat keredhaan Allah dan  keampunan dari-Nya.

Kita yang selalu lalai, cuai dan lemah serta berdosa ini, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya. Masa ibadah kita terlalu pendek dibandingkan dengan mas kita berbual-bual kosong, berangan-angan fikir hendak luaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, ana dan pengikut dan lain-lain kelalaian lagi.



8. Akan tertanya-tanya kita layakkah kita ini masuk syurga? Belum pernah tercabut roma kita kerana berjuang di jalan Allah sedang ahli syurga seperti Nabi dan para sahabat pernah tercabut gigi,pecah muka, remuk tulang dan hilang nyawa kerana berjuang mempertahankan agama Allah. Pengorbanan apa yang telah kita buat yang kehebatannya mampu menebus kita dari api neraka?


bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-2-2005 10:24 AM | Show all posts


9. Setiap kali apa-apa yang kita ingin tidak kita peroleh kita akan redha sebab kita sedar bukan kita yang mengabulkan hajat tetapi Allah. Dialah yang memberi rezeki dan menyempitkannya. Sebab itu kita tenang, kita redha da sabar dengan kehendak Allah.

Kita rasa lemah, kita tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah dan kita rasa ma!u pula untuk tidak redha dengan Allah. Siapa kita?


Nyawa yang masih ada ini pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita lagi teruk. Semuanya terlepas. Kerana itu kita rasa tidak ada apa dengan nikmat sedikit yang Allah tidak beri itu. Kita hanya boleh minta bukan memaksa. Minta sifat hamba dan memaksa itu sifat tuan.


Kalaulah perasaan-perasaan (amalan-amalan batin) itu tidak ada dalam jasad batin kita, itu tandanya mujahadah kita tidak kuat dan ibadah kita tidak sampai matlamat (untuk mendidikjiwa).

Kenalah ditambah usaha lagi. Kalau ibadah cukup dan ibadah sampai matlamat kita akan jadi orang yang bahagia, tenang dan selamat daripada sakit jiwa.[/b
]

bersambung
Reply

Use magic Report

izzansdy This user has been deleted
Post time 5-2-2005 04:32 PM | Show all posts

CARA-CARA MENDAPATKAN AMALAN BATIN

Originally posted by hafizi at 2005-1-16 12:58 AM:
BAB 4

CARA-CARA MENDAPATKAN AMALAN BATIN


Setelah kita tahu erti dan maksud amalan kerohanian marilah kita mempelajari cara-cara mendapat hakikat. Muda ...


Salam sejahtera......

menarik sungguh posting anda ini.......

lagi2 dng ayat "........alastubirabbikum ?..........."(Al Araaf:172)

Bolehkah saya bertanya , bagaimana roh tadi menjawab pertanyaan tuhan ?
Mengunakan alat apa ? mengapa saya kata demikian, kerana nyata2 setiap manusia itu mempunyai ROH......

Sampai disini sahaja....

Salam utk hafizi dan semua....

Teruskan niat baik anda....

[ Last edited by izzansdy on 5-2-2005 at 04:34 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-2-2005 04:10 PM | Show all posts
Bukan kerana kita kaya, ternama dan terhormat, tetapi kerana hati kita puas dengan apa yang ada:

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 7-2-2005 11:13 PM | Show all posts
Cerita lain, ada dua orang sahabat yang Rasulullah lantik mengawal tentera muslimin di satu peperangan waktu malam. Seorang tidur yang seorang iagi jaga sembahyang. Tiba-tiba datang "spy" musuh, maka dilihatnya kedua sahabat tadi dan menarik busar panah dan memanah sahabat yang sedang sembahyang.

Sahabat itu tidak memutuskan sembahyangnya. Dipanah lagi kena tiga kali. Baru dia bangunkan sahabatnya dan berkata,"Ka!au tidak takut menimpa umat Islam nescaya aku tidak berhenti sembahyang." Begitu kemanisan iman yang dirasai.



Mujahadatunnafsi kita terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu.

Dalam buku "Iman dan Persoalannya" saya telah memberikan tiga contoh bagaimana melakukan "mujahadah" terhadap sifat bakhil, sombong dan takut (lihat muka surat 65-67).



Sebagai tambahan dan lanjutannya maka di sini saya huraikan cara-cara mujahadah penyakit hasad dengki, pemarah dan gila dunia.

Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat:

1.TAKHALLI
(mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan)

2 TAHALLI
(mengisi atau menghiasi)

3. TAJALLI
(terasa kebesaran dan kehebatan Allah).


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-2-2005 09:49 AM | Show all posts
TOPIK : Membersihkan Nafsu

Basmalah.

Kita hendak fikirkan bangsa dan bagaimana Islam ini dapat berperanan di tengah masyarakat sebagai membuka fikiran. Daripada pembukaan fikiran inilah akan kita jadikan perbincangan.

Yang sebenarnya, kalau kita lihat orang Melayu ini secara umumnya, kalau lihat atas dasar Islamnya, banyak tempangnya. Kalau ada yang sedikit kemas adalah di sudut ibadah asas. Itupun, segi penghayatan mungkin lemah sebab kalau tidak lemah tentulah sembahyang dan ibadah itu sudah buahkan akhlak yang mulia.

Kalau di masjid tempat sembahyang pun bergaduh, ertinya ibadah itu tidak ada buah. Yang sembahyang itu hanya badannya, bukan hati dan akalnya. Membuatkan ibadah tidak berbuah. Fikirlah, tempat smbahyang jadi tempat bergaduh dan jadi pasar. Lagilah kalau hendak sebut Islam yang global. Padahal ayat-ayat Quran dan Hadis masih dibaca secara global oleh ulama-ulama tetapi huraiannya tidak global. Penghayatannya lagilah tidak global. Maka buahnya pun jadi tidak global. Kenapa? Kerana ayat Quran dan Hadis digunakan dengan niat-niat tertentu oleh kelompok tertentu. Bukan untuk Tuhan.

Cuba kita gambarkan sedikit. Katalah orang PAS baca ayat Quran, itu peluru untuk tembak orang UMNO. Kalau orang UMNO baca pula, itu untuk counter orang PAS. Bukan untuk Tuhan. Sesetengah itu sebab hendak tunjuk pandai, dia plan siap-siap. 揔alau aku baca ayat Quran ini, nanti orang kagum.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-2-2005 09:54 AM | Show all posts
Sambungan....

Sekarang abuya hendak baca ayat pendek sahaja.

Teijemahannya:

揝esungguhnya mendapat kejayaanlah orang yang membersihkan nastunya (daripada mazmumah dan sifat-isfat yang jahat) dan gagallah, kecewalah orang yang mengotorkan.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-2-2005 10:03 AM | Show all posts
ULASAN KULIAH DI ATAS:

Sebenarnya sudah bermula satu pendidikan untuk membersihkan nafsu. Sistem ini sedang dipakai. Mudah-mudahan ia jadi sistem model kepada negara. Hasilnya sungguh menakjubkan. Abuya berusaha lahirkan manusia yang memenangi nafsunya.

Allah buatkan nafsu yang jahat itu diletakkan dalam hati manusia, yang manusia perlu berlawan dengan nya hingga akhirnya bila menang, dia akan tenang.

Di antara program yang Abuya buat dalam jemaah ini, yang betul-betul merupakan satu exercise yang sangat mendidik nafsu ialah poligami. Abuya suka anak-anaknya melaksanakan poligami. Kehebatan Rasulullah itu kerana mampu membuat apa yang orang lain tidak mampu buat. Poligami sangat besar nilainya dalam perjuangan Islam. Bagi orang yang benar-benar jujur terhadap agamanya. Bila suami-suami sangat adil dan bertanggungjawab manakala isteni-isterinya sangat sabar, itulah orang yang layak jadi pemimpin. Wibawanya ditakuti oleh musuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


native_deen This user has been deleted
Post time 8-2-2005 10:46 AM | Show all posts
buku tentang tarbiah Abuya ni ader jual tak??:stp:
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-2-2005 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by native_deen at 2005-2-8 10:46 AM:
buku tentang tarbiah Abuya ni ader jual tak??:stp:


Utk makluman sdr....tarbiah2 abuya yg saya paste kat sini, majoritinya belum sempat dibukukan. Ia hanya di jadikan teks dan difailkan utk tarbiah DALAMAN ahli. Tetapi ada juga tarbiah2 ini sempat diperolehi oleh para simpati meskipun tidak semua.

Tarbiah2 ini juga saya ambil bukan hanya dr satu2 fail sj. tapi saya ambil mana yg sempat saja dulu sebab tarbiah dalaman ahli oleh abuya terlalu banyak hingga tak terkejar.

Tapi insya Allah akan saya teruskan kuliah ini utk kita sama2 berkongsi ilmu. Sdr eloklah simpan kuliah ini dlm fail peribadi sdr jika sdr menghargainya.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-2-2005 09:11 AM | Show all posts


1.TAKHALLI

Di peringkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh dari diri kita, maka nafsu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau."

Kerana kejahatannya itu telah ramai manusia yang diri dan diperdayakan untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu. ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
"Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah."


Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya, tetapi menyembah hawa nafsu.

Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan.


"Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. " Bila sahabat bertanya: "Peperangan apakah Itu?" Baginda berkata: "Peperangan melawan hawa nafsu. "



Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula kita pegang jadi senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu- mahunya.

Untuk lebih jelas biar saya senaraikan akan peringkat-peringkat nafsu manusia seperti mana iman itu sendiri berperingkat- peringkat.

Seseorang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu   manusia  itu  benar-benar dapat  ditundukkan  pada perintah Allah
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 13-2-2005 08:46 PM | Show all posts
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu itu. Saya senaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya kepada peringkat yang setinggi-tingginya iaitu  :

nafsu amarah,
nafsu lauwaamah,
nafsu muihamah,
nafsu mutmainnah,
nafsu radhiah,
nafsu mardhiyah
natsu kamilah.

Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lauwaamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga dia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima nafsu mulhamah dan mutmainnah yang ada pada seseorang yang memiliki iman ayan.

Di peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri dari seksaan neraka. ini diriwayatkan sendiri oieh Allah SWT dalam firman-Nya:

"Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredha-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al Fadjr: 27-30)

Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300024 Replies : 7427
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8547 Replies : 40
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 17174 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 17174 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10942 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058959 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list