Sufism This user has been deleted
|
Originally posted by snipersnake at 22-6-2005 12:03 PM:
tadi tanya mana kuliah asaari yg bertentangn ngan Al quran. tuh aku dah bagik. aku tetap teguh kata..KULLU ILM MINALLAH...
Bertentangan dgn Quran ke? Setakat paste ayat Quran tapi tadak penerangan dan hujah sapa pun boleh...org nak terima sanggahan sniper pada kuliah abuya tu kenalah ada point dari otak sniper sendiri disamping hujah2 dari kitab atau syarahan2 yg lain.
Ni tidak, tak dapat pun nak hurai spt abuya...tapi kata kuliah abuya bercanggah dgn Quran. Itu seolah2 menunjukkan sniper hanya pandai2 tafsir2 sendiri ayat Quran dgn mengatakan kuliah abuya bertentangan dgn Quran. Boleh caya ke?
Sebab setakat dalil Quran sebiji cam tu, itu cuma matan dan kita pun tahu ayat2 Allah bukankah punyai banyak lapis.
Sebelum2 ni dah berapa banyak dah dalil2 Quran dan hadis yg dah ditafsir oleh abuya melalui kuliah2nya. Pada sufilah, sufi lebih respek dan terima pandangan seorang yg boleh hurai panjang lebar sesuatu dalil atau hadis daripada setakat cut & paste ayat2 Quran tapi langsung tak boleh nak huraikan. Lepaih tu, memandai je kata kuliah seseorg bertentangan dgn Quran. |
|
|
|
|
|
|
Sufism This user has been deleted
|
Originally posted by snipersnake at 22-6-2005 12:08 PM:
aku lebih kagum dgn quran.
nabi pon kata kat kita selagik kita pegang quran dan sunnah kita takka sesat.
satu ayat quran atau hadis pon aku tak nampak dalam kuliah tuh. imam al ghazali, imam maliki..dema tuh tahfiz...dah tahfiz pon dema still quote ayat quran dalam lecture dema. baru valid.
bila tanya mana ayat quran ngan hadis? jawab semua dah dismipulkan..tapi ingat, simpulkan guna akal fikiran..so si asaari cuma guna akal jer. ingat senang ker nak interprete satu2 ayat dan hadis?? sampai perkataan 'YADULLAH' pun ulama banyak berselisih pendapat. lepas tuh dok kutuk sapa2 yg guna akal jer dlm argument. tgk dulu siasaari tuh.
Ni tentu tak baca kuliah2 sebelum ni kat thread ni...kan ada abuya selit dalil dan hadis...mana tak ada nya. Kalau perlu abuya selit lah.
Kalau ye pun ada sesetengah kuliah abuya tak selit dalil atau hadis...buktikan lah kuliah abuya tu bertentangan secara terperinci dgn didatangkan huraian dan syarahan sekali tentang isi kuliah tersebut bukannya main pukul rambang mcm tu aje mentang2 ada kuliah abuya yg tadak selit dalil atau hadis.
Maksud sufi...segala syarahan abuya tu, haraplah sniper counterlah balik dgn syarahan juga bukannya main copy paste dalil2 yg tak menampakkan pun sniper ni faham kuliah abuya. Setakat nak hentam guna dalil tapi tak menyumbang utk menjadi perbincangan terhadap isu/syarahan abuya...apa guna?
Nanti forumner lain boleh nilai yg sniper ni...bertujuan utk sama2 cari ilmu ke atau hanya mahu mencari keburukan abuya hingga kuliah abuya pun dikacau. |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
kan macam ni bagus, kita saling bermuzakarah mencari kebenaran
kalau pandangan saya tak betul, tegurlah begitu juga sebaliknya
tapi janganlah lari ya wahai saudara-saudaraku
sebenarnya saya hanya tengok sekilas pandang aje kandungan buku tu
tak sanggup sebab saya dah tersangat lama tak berimam kpd buku-buku
ciptaan manusia
saya lebih tenang dgn KALAMNYA dan AJARAN NABINYA
yang PASTI saya tak akan SESAT SELAMA_LAMANYA
kalau ikut manusia yg lain walaupun PEMIMPIN MAZHAB yg banyak manusia
memujanya, betul tak betul tak tahu lagi
JADI SAYA PILIH JALAN SELAMAT dan menyeru kalian ke JALAN YG LURUS
jangan ikut saya tapi IKUTLAH YG TELAH DITURUNKAN....
kalau ada diantara kalian MEMBENARKAN buku tersebut
jadi kalian membenarkan PENULISNYA
jadi kalian dah kenali sedalam-dalamnya MANUSIA tersebut
termasuk amalannya. BETUL TAK!!!!!
FIKIR SESAAT LEBIH BAIK DR IBADAT SATU TAHUN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sufism at 21-6-2005 06:16 PM:
Bertentangan dgn Quran ke? Setakat paste ayat Quran tapi tadak penerangan dan hujah sapa pun boleh...org nak terima sanggahan sniper pada kuliah abuya tu kenalah ada point dari otak sniper send ...
takder penerangan?? ko tgk betul2 apa yg aku tulis dalam bahasa arab tuh. tolong pahamkan yer.setiap huraian aku based on ayat quran tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sufism at 21-6-2005 06:26 PM:
Ni tentu tak baca kuliah2 sebelum ni kat thread ni...kan ada abuya selit dalil dan hadis...mana tak ada nya. Kalau perlu abuya selit lah.
Kalau ye pun ada sesetengah kuliah abuya tak selit ...
buat apa aku nak berpandu kuliah asaari..quran, hadis berlambak.
Sila bagi link yg ada ayat quran atau hadis yg asaari quote. aku nak tgk. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Umat Islam hari ini beramal tidak tahu untuk dapat apa. Untuk dapat pujian? Untuk dihormati? Untuk disokong dan diberi undi? Supaya tidak disisih atau dipulaukan oleh masya-rakat atau supaya tidak dihukum kerana tidak bersyariat? Kalau ditanya, paling baik mereka kata kerana mahu mengumpul pahala dan fadhilat. Seolah-olah Syurga itu ada maharnya dan boleh dibeli. Ada kos dan nilainya. Macamlah nikmat di dunia, semuanya boleh dibeli. Kalau tidak dengan duit, dengan pahala dan fadhilat.
Amal ibadah itu, sama ada yang lahir mahupun yang batin adalah syariat. Tujuan kita bersyariat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membesarkan Allah. Syariat itu tidak besar. Yang besar ialah Allah. Kita beramal dan bersyariat untuk mendapat Allah SWT. Untuk mendapat redha, kasih sayang dan keam-punan Allah. Untuk mendapat pemeliharaan, perlindungan dan keselamatan dari Allah. Atau dengan kata-katayang lain, untuk mendapat taqwa. Segala amalan itu untuk menambah taqwa. Kerana Allah hanya menerima ibadah dari orang-orang yang bertaqwa. Allah hanya membela, membantu dan melindungi orang-orang yang bertaqwa. Hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat di sisi Allah Taala.
Berapa ramai umat Islam yang benar-benar berusaha dan beramal khusus untuk mendapat taqwa? Tidak mungkin ramai bilangannya kerana tidak ramai yang faham apa sebenarnya maksud taqwa. Lebih-lebih lagi tidak ramai yang faham bagai-mana jalan untuk mencapai taqwa. Ilmu ini sudah tidak diajar. Ilmu ini sudah hiJang semenjak jatuhnya empayar Islam 700 tahun dahulu. Lagi pun tidak ramai orang yang mampu mengajarnya di waktu ini.
Taqwa bukan bererti takut. Taqwa bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggaJkan apa yang dilarang. Itu baru taat dan patuh tetapi belum tentu taqwa. Taqwa adalah intipati ibadah. la roh dan jiwa ibadah. Tanpa roh, sesuatu amalan tidak menambah taqwa. Amalan taqwa sahajalah yang dipertimbang-kan di Akhirat kelak sebagai amalan kebajikan. Bahkan taqwa adalah buah dari beragama.
Begitu pentingnya taqwa kepada kehidupan umat Islam. Tidak ada taqwa, tidak dapat Tuhan. Tidak ada taqwa bererti tidak ada kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Tetapi inilah yang tidak ada pada umat Islam hari ini.
Selagi kita tidak faham apa sebenarnya erti taqwa, tidak tahu hakikat dan jalan untuk mencapai taqwa dan tidak berusaha ke arah taqwa, selagi itulah kita belum berada di atas landasan yang betul dalam beragama.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
KANDUNGAN BAB 1
Kemuliaan Dan Keutamaan Taqwa
Taqwa Adalah Perkara yang Diwasiatkan
Taqwa Adalah Kemuliaan
Bila Umat Tidak Bertaqwa
Kebahagiaan yang Sebenar
Peranan Nafsu
Iman dan Taqwa Sangat-Sangat Dituntut
Nilai Taqwa yang Sebenar
TAQWA ADALAH PERKARA YANG DIWASIATKAN
Taqwa adalah wasiat Allah kepada umat terdahulu dan umat terkemudian. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab se-belum kamu danjuga kepada kamu, bertaqwalah kepada Attah." (An Nisa: 131)
Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAWkepada umatnya. Baginda bersabda:
Maksudnya: "Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagaiperselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku. " (RiwayatAhmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Hendaklah kamu bertacjwa di mana sa-haja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat At Termizi dan Ahmad)
Sabda Baginda:
Maksudnya: "Bertakwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati." (Riwayat At Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunai-kanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yangmenjaga halehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu." (Riwayat At Termizi, Ahmad dan Hakim)
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 22-6-2005 12:55 PM:
buat apa aku nak berpandu kuliah asaari..quran, hadis berlambak.
Sila bagi link yg ada ayat quran atau hadis yg asaari quote. aku nak tgk.
hehhehe..sniper....rujuk aje ler kat atas tu, kuliah yg dipaparkan oleh hafizi....PASTI TERJAWAB PERSOALAN...
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan Hafizi,
Pahamilah erti Tawqa itu. Taqwa satu perkataan, pernerangannya sungguh bermakna.
Ada orang tu dabik dada kata "aku ikut Quran dan Sunnah" tapi apa yang dia buat kalau benar dia ikut Quran dan Sunnah.
Macam la orang lain tak ikut Al-Quran dan As-Sunnah.
[ Last edited by Abuyazid on 23-6-2005 at 03:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
FIRMANNYA: DIALAH YANG MENURUNKAN AL KITAB KEPADAMU
DIANTARANYA AYAT MUHKAMAT(terang)
ITULAH POKOK ISI AL QURAN DAN YANG LAIN MUTASHABIHAT
(samarsamar)
ADAPUN ORANG YANG DALAM HATINYA CONDONG KEPADA KESESATAN
MAKA MEREKA MENGIKUT SEBAHAGIAN AYAT MUTASHABIHAT
UNTUK MENIMBULKAN FITNAH DAN MENCARICARI TAWILNYA
PADAHAL TIADA YANG MENGETAHUI TAWILNYA MELAINKAN ALLAH
ORANGORANG YANG BERILMU BERKATA
KAMI BERIMAN KEPADA AYATAYAT MUTASHABIHAT
SEMUANYA ITU ADALAH DARI TUHAN KAMI
DAN TAK MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA MELAINKAN YANG BERAKAL
FIRMANNYA: SESUNGGUNHNYA DARI AYAT.AYAT KU ADA YANG
DISESATKAN DAN RAMAI YANG MENDAPAT PETUNJUK
FIRMANNYA: SERULAH KEJALAN TUHANMU DGN BERHEMAH
JIKA ENGKAU BERKERAS NESCAYA MEREKA LARI DARIMU
FIRMANNYA: SESUNGGUHNYA JIKA MEREKA MENERIMA PETUNJUK,
MAKA PETUNJUK/KEBAIKAN ITU UNTUKDIRI MEREKA SENDIRI
JIKA KAMU BERPALING MAKA ITU UNTUK DIRIMU SENDIRI
AKU MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG KUKEHENDAKI
DAN AKU MENYESATKAN KEPADA SESIAPA YANG KUKEHENDAKI
Pesan Nabi: TELAH AKU TINGGALKAN DUA PERKARA YANG BERAT, DAN
JIKA KAMU MENGIKUTI KEDUADUANYA KAMU TAK AKAN SESAT
SELAMALAMANYA.
Pesannya lagi: AMALAN SEDIKIT YG MENGIKUT SUNATURASUL ADALAH
LEBIH BAIK DARI AMAL BANYAK TAPI BIDAAH SEDANGKAN
BIDAAH ITU SESAT, SESAT DALAM NERAKA
Sungguh aku membacakan kepada manusia KALAMNYA dan PESANNYA
dan hanya itulah SEBENARBENAR KETERANGAN DIATAS MUKABUMI INI
tak berani aku berhujah lebih sebagaimana pesanan ulamak terdahulu:
ulamakulamak terdahulu dari kami tidak berani menafsirkan/huraikan
AlQuran sebab walaupun bersesuaian dengannya pun, bagi mereka
masih salah dan hanya selepas merekamereka ini timbulnya ulamak
yang berani menghuraikannya dgn sewenangwenangnya mengikut
hawa nafsu
jadi itulah peganganku sampai saat ini
sedangkan PERINTAHNYA tak dapat kupenuhi sepenuhnya
LARANGANYA tak dapat ku tinggalkan sepenuhnya
PESAN KESAYANGANNYA tak kulaksanakan sedikitpun |
|
|
|
|
|
|
|
tapi hatiku nak memberontak kali ini
nak bersoaljawab dgn Sufim
tapi aku peringatkan kalian bahawa coretan dibawah ini bukan dari
KALAMNYA atau PESANNYA tapi dari satu lagi kitab iaitu KITABSYAITAN
jadi hanya untuk renungan dan padamkan dr hati kalian
BUKU????
buku adalah ciptaan yg dicipta bukan yg MENCIPTA
adakah sempurna??? tentu jauh dari sempurna
dan adakah betul???
mungkin betul atau mungkin tidak
kalaulah ada manusia yg boleh mencipta bulan, seindah bulan di malam hari
adakah ianya indah seindah bulan yg DICIPTAKAN
begitulah manusia sekarang ini, lebih banyak mengagungkan ciptaan
manusia tapi ciptaanNYA????
adakah kalian pernah berkata"Wuuuui cantiknya bulan tu?
"Wuuui indahnya sinar mentari pagi"?
tapi yg selalu dok dengar woiyooo canggihlah KLCC
woiyooo cunlah awektu
Tajuk Buku???
eh eh eh aku ingat penulisnya terrer, tuhan ilhamkannya satu
fahaman yg baru yg sebelum ini takada macammana cara nak dekatkan
diri dgn tuhan, rupanya dia ceduk dr KALAMNYA dan PESANNYA JADI
adalah lebih baik tulis tajuk HIMPUNAN TARBIYAH PETIKAN DR ALQURAN
ka, atau seumpamanya
Isi buku???
eh mana mai ISLAM HADHARI, SUNAT, TAKWA BOLEH DIAJAR,
eeissss, tak aku jumpa pun lagi
nanti aku belek dlm kitab syaitan jilid terbaru, ada kot??????
APA ITU ISLAM??? dia huraikan fuyyooo cayalah
aku tanya geng setan aku, dia kata nabi dia orang kata islam
tu tunduk patuh, betio ka tak betoi???? |
|
|
|
|
|
|
|
dah cerita bab buku, kita cerita bab penilus pula,
habis tu dah nak ikut sangat
nak ikut tuhan pun kena kaji tuhan jugak
takut yg diikut tuhan yg banyak tu, bukan yg ESA
camtu nak ikut nabi kaji teliti penghidupannya.....
ni nak ikut sekor lagi manusia, aku perembang jauh dekat dan dalam
mana dia belajar ilmu yg dia miliki sekarang????
wahyu tuhan dia. baguslah tu
amalan dia seharian camana???
aaiii apa dia merapu sikit ni, mana pulak dia kutip amalan ni
tak dak pun drzaman nabi Ibrahim yang lurus
dia buat ni ada kepentingan tak???
ala contohnya nak namaka nak kaya ka nak awek ka???
fuyyooo umat dia sesak dia bermewah no
macam ni memang ada dlm kitab jilid terbaru
kalau nak pikat manusia kena bikin banyak baik dulu
serban biar kasi besar jubah biar tebal hijau/putih
biji tasbih sebesar guli
cakap tu biar lembut, mengiyakan manusia kata apa dulu
ayat kasi kaukau, siap dgn dalilnya sekali
lepas ttu bila depa dah start lentuk maka baru sikitsikit cucuh api
nanti lamalama depa dok dalam api pun depa tak rasa panas dah
terrer lah kononnya
tapi dia ni tak terrer lagilah, geng aku kata
baru berbulan dalam KEMUNTING dan meleleh air lliur basibila bercakap
cakap pun dah tak tentu hala
sanggup pula suruh umatnya balik kpd ISLAM YG BETUL KONON
dr perbincangan dgn genggeng aku kami sependapat bahawa
kami perlu ajarnya ambil PhD dlm jurusan MENYESATKAN MANUSIA
taklah lama kalau dia nak belajar mau juga 13 tahun
ok aku sudahi topik dr kitabsetan
pasai aku nak cepat balik kepada KEBENARAN
JALAN YANG LURUS
panas woooi dok cam ni kan geng aku dr api samasamalah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 2005-6-24 11:12 AM:
ok aku sudahi topik dr kitabsetan
pasai aku nak cepat balik kepada KEBENARAN
JALAN YANG LURUS
panas woooi dok cam ni kan geng aku dr api samasamalah
Jalan yang lurus ialah mereka yang mengikut jejaklangkah Rasulullah dan para Sahabatnya
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)"
Lailahaillallah Muhammudarrasullullah:
Yakin bahawa tiada yang berkuasa kecuali Allah, hanya Allah yang layak disembah, takut hanya kepada Allah, beribadah hanya kepada Allah, Allah yang menghidup dan mematikan. Mengikut jejaklangkah rasulullah. Sunnah yang terbesar adalah dakwah.
Sembahyang dengan kusyuk' dan kudhu':
sembahyang sebagaiman rasulullah sembahyang, sifat dalam sembahyang dibawa keluar sembahyang.
Menunaikan Hak saudara tanpa menuntut hak:
Hak yang terbesar adalah kalimah Laailahaillallah, Muliakan org alim, menghormati org yg lebih tua dan kasih kepada kanak2
Ilmu dan zikir
Mengetahui perintah dan larangan ALLah dalam setiap masa dan keadaan.
Ilmu adalah jalan, zikir adalah cahaya..
Ikhlas:
Melaksanakan perintah Allah kerana Allah dan meninggalkan Larangan Allah kerana Allah.
Dakwah dan tabligh.
Mengembangkan agama islam dan menyampaikan ajaran islam(Jihad)
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Aali Imran 3:104)
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Al-Maaidah 5:35)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff 61:12)
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff 61:13)
Mendapat pimpinan Allah;
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)
Kejayaan;
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Aali Imran 3:104) |
|
|
|
|
|
|
|
salam
amin, wahai tuhan sekalian alam
benarlah saudaraku
tiada yang tidak benar melainkan KALAMNYA sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 24-6-2005 11:12 AM:
dah cerita bab buku, kita cerita bab penilus pula,
habis tu dah nak ikut sangat
nak ikut tuhan pun kena kaji tuhan jugak
takut yg diikut tuhan yg banyak tu, bukan yg ESA
camtu nak ikut nabi kaj ...
orang besi....
tulisan ironman ni memenatkan mata tatie nak baca...sampai tak dapat nak baca, jadi kelabu asap ajer...cuba tulis dalam format yg standard kalau tak rasanya macam menyibuk ajer kat thread ini..lagipun tak der faktapun yg sdr tulis..cuma tulisan yg lahir dari hati yg memberontak ( rebellious) ajer...cuba tiru stail kuman tu, baru ader makna...kalau nak membantu beri info..
:no: |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM BUAT SEMUA
terima kasih kerana menegur
mungkin itu cara saya
agar ada yang berfikir seketika
dan agar ada yang dapat pengajaran daripadanya
memanglah saja kata memberontak
tapi sebenarnya nak membicarakan yang BATHIL adalah BATHIL
jadi apa gunanya
lagipun kalian banyak membicarakan yang BATHIL???
Iyelah saudara Abuyazid, baiklah tu kalau ikut AlQuran dan Al Sunnah
tapi kalau kita ikut dan faham betul-betul
takkan terjadi perbalahan sesama kita.
CUBA KAJI DAN FAHAMILAH BETUL-BETUL
lagipun bukan salah kan kalau menyeru manusia kembali ke jalannya |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Taqwa adalah wasiat para salafussoleh. Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. pernah berkhutbah:
"... maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memuji-Nya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan."
Sayidina Umar Al Khattab r.a. pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi:
"Amma ba'du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguh-nya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi.Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu."
Umar bin Abdul Aziz r.a. pernah menulis sepucuk surat kepada seorang lelaki. Surat itu berbunyi:
"Aku berwasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wajalla yang mana Dia tidak akan menerima selainnya (taqwa) dan Dia tidak menurunkan rahmat melainkan kepada orang yang bertaqwa dan Dia tidak akan memberi pahala melainkan ke atas taqwa."
Begitu juga, taqwa adalah wasiat sekalian para rasul a.s. seperti yang diceritakan dalam Al Quranul Karim:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya). Datangilah kaum yang zalim itu (iaitu) kaum Firaun: Mengapa mereka tidak bertaqwa?" (AsSyu'ara:10-11)
Maksudnya: "Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara: 105-106)
Maksudnya: "Kaum Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara: 123-124).
Maksudnya: "Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara: 141-142)
Maksudnya: "Kaum Lut telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara: 160-161)
Maksudnya: "Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul. Ketika Syuaib berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara: 1 76-1 77)
Demikianlah pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia. Para rasul diutuskan untuk menyampaikannya kepada umat manusia di dunia ini. Orang yang tidak bertaqwa dikatakan zalim dan mendustakan para rasul. la menjadi sebab kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
TAQWA ADALAH KEMULIAAN
Allah sangat memerintahkan kita supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa sehingga untuk itu Allah membuat bermacam-macam janji muluk untuk sesiapa yang bertaqwa. Taqwa adalah sumber bagi segala kekayaan. Memiliki taqwa ertinya memiliki segala-galanya, yakni segala kesenangan lahiriah dan batiniah.
Orang bertaqwa, dengan jawatan tinggi yang disandang, dia tidak sombong. Dengan kekayaan yang dimiliki, dia tidak bakhil. Dengan ilmu yang tinggi, dia tidak berlagak dan takbur. Kalau dia miskin, dia akan redha dan tidak hasad dengki.
Alangkah hebat dan bijaknya orang yang memburu taqwa. Kerana taqwa mengatasi nilai pangkat, degree, gaji besar, banyak harta dan lain-lain lagi. Taqwa adalah satu darjat tertinggi di sisi Allah. Kalau manusia memperolehinya, jadilah dia semulia-mulia dan seagung-agung manusia. Allah berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)
Cara hidup orang bertaqwa berbeza sekali dengan cara hidup orang yang tidak bertaqwa. Bezanya bagaikan langit dan bumi. Sama ada cara hidup dalam rumah tangga, dalam jemaah, dalam negeri atau dalam negara. Bagi orang-orang yang ber-taqwa, banyak perkara yang pelik atau keramat atau maunah yang berlaku. Kalau ada masyarakat dan pemimpin dalam satu negara yang bertaqwa, maka Allah akan datangkan pertolongan ghaib yang luar biasa.
Hingga jadilah negara itu seperti yang Allah SWT firmankan:
Maksudnya: "Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah. "
(Saba': 15)
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 28-6-2005 at 03:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
BILA UMAT TIDAK BERTAQWA
Bila umat tidak bertaqwa, mereka lupakan Tuhan. Mereka menganggap Tuhan tidak ada peranan dalam hidup mereka.
Dalam masalah hidup mereka, mereka tidak rujuk kepada Tuhan.
Rasulullah SAW ada bersabda: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus."
Ada Sahabat bertanya, "Apakah ketika itu umat lslam lemah sehingga musuh begitu kuat?"
Sabda Rasulullah, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi macam buih di laut?"Jawab Rasulullah, "Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan."
Sahabat bertanya pula, "Apakah itu AlWahan?" Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati."[/color]
Oleh kerana umat Islam cinta dunia maka Allah hukum sedikit demi sedikit. Allah tarik rasa cinta pada Allah. Apabila sudah tidak cinta pada Allah, maka terhakislah cinta terhadap yang lain. Hilang cinta sesama umat Islam. Hilang cinta sesama keluarga. Hilang cinta antara suami isteri. Hilang cinta antara ayah, ibu dan anak. Kerana cinta itu semua berpunca dari cintakan Allah. Cintakan Allah-lah yang menghidupkan cinta-cinta seperti itu. Bila cinta kepada Allah berpindah kepada cinta dunia, maka cinta-cinta seperti itu akan hilang. Oleh itu, hilang-lah perpaduan dan kasih sayang.
Umat Islam takut mati. Takut mati ini ialah takut mati kerana Allah. Umat Islam masih berani mati kerana dunia, kerana perempuan, kerana glamour, kerana nama atau kerana negara. Maka Allah cabut rasa takut dengan Allah dari hati-hati umat Islam dan Allah ganti dengan bermacam-macam rasa takut yang lain. Takut tidak makan, takut miskin, takut hilang kerja, takut hilang jawatan, takut isteri, takut tidak ada masa depan dan sebagainya.
Akibatnya umat Islam hilang wibawa, hilang kekuatan, ber-pecah-belah dan lemah. Umat Islam mundur di mana-mana, kalah dan terhina di mana-mana. Masalah inilah yang memeningkan para ulama dan pemimpin. Masing-masing tidak tahu kenapa umat Islam lemah dan terhina dan tidak tahu bagaimana untuk menjadikan umat Islam ini kuat. Oleh itu mereka hanya mencuba dan mengagak- agak. Buat cara trial and error. Walhal semuanya telah diterangkan dengan jelas melalui Hadis Rasulullah SAW.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Semua orang menganggap bahkan mereka yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selamat dan tidak akan bahagia kalau duit tidak cukup atau ilmu tidak tinggi atau jawatan tidak ada atau pangkat tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau kita tidak tiru apa yang dibuat oleh Barat atau kita tidak jadi macam Barat, kita tidak akan selamat dan kita tidak akan bahagia. Maka berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera ke-modenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan itu. Semua menjadi yakin kalau kita jadi Barat, akan bahagialah dan akan senanglah hidup kita.
Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak cantik, berkat meniru pembangunan Yahudi dan Nasrani. Ekonomi kita pun seakan-akan sudah pulih, walau belum ada seorang pun umat Islam yang telah berjaya membangunkan supermarket atau mega market di mana-mana shopping centre di negara kita. Walaupun masih banyak gerai-gerai orang Melayu di tepi-tepi jalan, ianya tidak kekal dan pendek umur. Walaupun ikan-ikan tangkapan orang Melayu banyak, ia masih menjadi sumber kekayaan orang tengah dan kaum kapitalis yang terus-menerus menghisap darah para nelayan.
Dari segi ilmu, bolehlah dibanggakan memandangkan jumlah universiti yang kian bertambahdan orang Melayu yang berdegree bertambah ramai. Namun para ilmuan itu tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak mampu berdikari untuk membina perusahaan, pembangunan dan perindustrian sendiri yang bebas dari makan gaji. Di samping itu, akhlak para lulusan tinggi tetap tidak jauh bezanya dengan akhlak orang yang berkelulusan rendah. Sikap mereka sama sahaja bahkan ada yang lebih teruk lagi. Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai seperti yang kita idamkan?
Memandangkan pada gejala dan penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik dan masalah yang tidak habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang bahagia, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat. Secara umumnya orang-orang yang ada kuasa tidak bahagia kerana dilanda penyakit gila kuasa. Orang kaya pula tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada kekayaan dan harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana sering diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin dan bermacam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup semua golongan dalam masyarakat kita.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|