|
perbincangan mengenai INSURANCE - tak kira jenama apa,sila buka satu topik,ok!!
[Copy link]
|
|
Prubsn dan Prudential...apa beza kedua2 ni?so mn yg plg bagus?
dealova04 Post at 9-11-2010 15:46 
dua2 bagus..bole amik mana2 plan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prubsn dan Prudential...apa beza kedua2 ni?so mn yg plg bagus?
dealova04 Post at 9-11-2010 15:46 
Kedua2 nyer lebih kurang sama... cuma beza nyer satu tu Insuran dan Satu lagi Takaful |
|
|
|
|
|
|
|
ibm & jenglut...
rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz takaful...plan antara 2 yg atas tu sama ajer ...
nak tanya lagi...pengguna byk amik yg mn? |
|
|
|
|
|
|
|
ibm & jenglut...
rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz takaful...plan antara 2 yg atas tu sama ajer ...
nak tanya lagi...pengguna byk amik yg mn?
dealova04 Post at 10-11-2010 08:40 
Rawatan klinik kita cover utk kemalangan dan pre-hospitalize dan post-hospitalize...
80 % from my client prefer PruBSN Takaful |
|
|
|
|
|
|
|
ibm & jenglut...
rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz ta ...
dealova04 Post at 10-11-2010 08:40 
check kat sini utk claim clinic >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=103848659685726&set=a.103848509685741.7384.100001817770404#!/photo.php?fbid=103929836344275&set=a.103848509685741.7384.100001817770404&pid=34907&id=100001817770404 |
|
|
|
|
|
|
|
ibm & jenglut...
kt sini fb kena block..so x leh tgk...
sy ni x paham terms2 insurance .. tu yg byk tanya...
klinik2 tu klinik2 yg dkt hospital ke atau klinik2 biasa2 yg ada kt mn2 |
|
|
|
|
|
|
|
ibm & jenglut...
kt sini fb kena block..so x leh tgk...
sy ni x paham terms2 insurance .. tu yg ...
dealova04 Post at 10-11-2010 12:48 
mana klinik awak swasta bole claim..just pass resit kat agent yer..
kecuali sbb bersalin & dental |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada sesiapa yg Merancang nak Ke Mekah ..
Contact saya kalau berminat nak tahu detail
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian hari ni m/s 35 ada ceritas berkaitan PruBSN Ummah ... satu alternatif tabungan Haji dan Umrah |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: http://www.bharian.com.my/articl ... ;utm_medium=twitter
Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan
2010/12/28
PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu.
"Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.
"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.
Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.
Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
PRUlady dari PRUDENTIAL
PRUlady menawarkan Manfaat Khas bagi Wanita yang melindungi wanita daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita serta peristiwa-peristiwa berkaitan wanita yang tidak terdapat di dalam pelan insuran biasa.

Ringkasan Manfaat dan Kelebihan
1. Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita seperti kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, dan ovari.
2. Melindungi daripada komplikasi kehamilan seperti kehamilan Ektopik (luar uterus/rahim), kematian fetus dan kematian anak.
3. Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti Sindrom Down, Spina Bifida (Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah) dan Kecacatan Atrium Septum (kecacatan jantung).
4. Manfaat untuk Perkahwinan, Kelahiran Anak, Diberhenti Kerja, Perceraian dan Kematian Suami (max 2 peristiwa). Anda akan memperolehi 3% daripada had sepanjang hayat insuran PRUlady anda.
5. Jaminan perlindungan sehingga umur anda 70 tahun.
6. Premium bulanan serendah RM31.
7. Jaminan Pulangan Wang - Jika tiada sebarang tuntutan dibuat sehingga tempoh matang, KESELURUHAN premium yang anda bayar akan dikembalikan semula. Namun jika terdapat tuntutan dibuat semasa tempoh polisi, jumlah wang yang akan dipulangkan adalah kesemua premium yang dibayar ditolak jumlah tuntutan yang dibuat. Konsepnya sama seperti anda menabung. Jadi, anda tidak akan rugi sesen pun.
Bagaimana bermula?
Terdapat 4 plan yang berbeza mengikut pilihan dan kemampuan anda.
* Plan 1 bernilai RM 25,000
* Plan 2 bernilai RM 50,000
* Plan 3 bernilai RM 75,000
* Plan 4 bernilai RM 100,000
Kadar premium yang anda bayar adalah berdasarkan pelan yang anda pilih serta umur pada tarikh lahir yang akan datang. Anda boleh membayar secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.
Katakan umur anda pada hari jadi yang akan datang ialah 20 tahun dan anda memilih pelan 2 RM50,000. Jumlah premium yang perlu anda sumbangkan ialah RM804 setahun atau RM67 sebulan. |
|
|
|
|
|
|
|
"Pendidikan formal hanyalah PLATFORM utk seseorang individu mendapatkan pengiktirafan dalam masyarakat. sementara SIJIL yg diperolehinya hanyalah TIKET untuk menjadi seorang pekerja. Tiada jalan singkat utk keluar dari MASALAH KEWANGAN melainkan memiliki perniagaan sendiri"....-(ROBERT KIYOSAKI) |
|
|
|
|
|
|
|
Kpd pemegang medical kad lama prubsn, kini anda bole upgrade kpd kad bernilai rm500ribu above dan di berikan bonus duit..sila lihat surat tawaran yg di hantar kerumah masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
"endidikan formal hanyalah PLATFORM utk seseorang individu mendapatkan pengiktirafan dalam masyarak ...
ibm632 Post at 13-2-2011 20:15 
HEBAT AYAT NI BANG.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Prudential new business sales hit record RM1.02b
PRUDENTIAL Assurance Malaysia Bhd - part of Prudential plc, UK's biggest insurer by market value - posted new business sales of RM1.02 billion last year, a record for the company.
Chief executive officer Charlie E. Oropeza attributed the growth of 24 per cent to new product offerings and better agency distribution channel.
As at end-2010, Prudential had 12,830 wealth planners and agents here, comprising 37 per cent Bumiputeras, to support its business and serve its one million customers.
The company, which has more than 20 per cent market share, is investing RM30 million this year on branch expansion and enhancement. It has 41 branches nationwide.
Oropeza said yesterday at a media briefing in Kuala Lumpur that Prudential is aiming for double-digit growth this year.
"Expectations are that the industry will grow by 13 per cent to 15 per cent this year. We believe we should be better than the industry," he said.
Oropeza said the strategies for 2011 include expanding its agency distribution channel, finding new markets to serve and offering customers more choice by broadening its product portfolio.
"We are looking at some enhancements this year and improving our takaful business," Oropeza said.
He said Prudential also aims to expand its bancassurance channel. It now has a partnership with Alliance Bank and Standard Chartered Bank, which allows them to identify market opportunities and to promote a range of insurance products among customers.
Asia contributed 44 per cent to the group's profits last year. Malaysia was the third largest contributor to Asia, contributing 14 per cent of the total new life sales of STG1.5 billion (RM7.38 billion).
Read more: Prudential new business sales hit record RM1.02b http://www.btimes.com.my/articles/PR...#ixzz1HwfSIiN4 |
|
|
|
|
|
|
|
Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.

Salam perkongsian untuk semua!
Sebagai agent Insuran Prudential, pasti nya ada saja client yg admit hospital menggunakan Medical Card PruBSN dan semestinya menjadi adat untuk melawat mereka.
Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya (sesama Muhrim) kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:-

(1) "Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah"

(2) "Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau"
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit eg. (client yg admit hospital) dan mendoakannya cepat sembuh. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita pula.
** Kepada yang tak ada Medical Card tu, dan risau kalau2 tak ada org yg nak dtg melawat jika sakit, meh sign-up Medical Card Prudential dgn saya - Dean 0167738883 :-)
Renung-renungkan & selamat beramallllll..... |
|
|
|
|
|
|
|
Renungan pagi  |
|
|
|
|
|
|
|
sharing is caring  |
|
|
|
|
|
|
|
2 orang klien tak hadir pada rumah terbuka saya ... bila di tanya mereka dimana ... rupa2 nya mereka di DEMC, Shah Alam ... temankan anak masuk wad. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|