CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syahza

All about Proton Persona part 2

 Close [Copy link]
Post time 23-5-2008 03:46 PM | Show all posts

Reply #280 tossee's post

ko derma kat aku banyak pekdahnye toss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 04:02 PM | Show all posts

Reply #267 tossee's post

tossee
tahniah
dah nak dapat kete dah
aku tumpang gumbiraaaaa

yey
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 03:46 PM
ko derma kat aku banyak pekdahnye toss...


Ermm......nko nak aku derma apa??? pakaian lusuh ke bantuan perubatan??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:15 PM | Show all posts

Reply #283 tossee's post

wang ringgit = RM..
rupiah tamau...:


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by ashketyed at 23-5-2008 04:02 PM
tossee
tahniah
dah nak dapat kete dah
aku tumpang gumbiraaaaa

yey


Tak dapat lagi....hampir nak dpt dah....aku dah request memcm free gift drpd SA aku tuh....TnG....voucher petrol...tinted....stereng lock...album gambo....mcvalue....ambi pur....kupon parking MBPJ....dan mcm2 lagi...sampai dia tak terlayan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 23-5-2008 04:16 PM


Tak dapat lagi....hampir nak dpt dah....aku dah request memcm free gift drpd SA aku tuh....TnG....voucher petrol...tinted....stereng lock...album gambo....mcvalue....ambi pur....kupon parking ...

apsal ko tak mintak petrol pam sebijik dari dia..
lagi bestt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 04:15 PM
wang ringgit = RM..
rupiah tamau...:




Nko nak duit saidina tak??? nak bagi duit monopoly takut nko tak larat nak convert....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 04:18 PM

apsal ko tak mintak petrol pam sebijik dari dia..
lagi bestt..


Memula aku plan nak mintak gak...tp memandangkan tadi aku baru je dengar kuliah jumaat kat masjid KLCC...timbul keinsapan kat diri aku nih.. ...jadi aku mintak benda yg berkadar sederhana je...sesuai dgn tuntutan islam...supaya bersederhana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 04:18 PM

apsal ko tak mintak petrol pam sebijik dari dia..
lagi bestt..


Memula aku plan nak mintak gak...tp memandangkan tadi aku baru je dengar kuliah jumaat kat masjid KLCC...timbul keinsapan kat diri aku nih.. ...jadi aku mintak benda yg berkadar sederhana je...sesuai dgn tuntutan islam...supaya bersederhana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 23-5-2008 04:20 PM


Memula aku plan nak mintak gak...tp memandangkan tadi aku baru je dengar kuliah jumaat kat masjid KLCC...timbul keinsapan kat diri aku nih.. ...jadi aku mintak benda yg berkadar sederhan ...

patutnye ko mintak je tadi..
baru berkadaran ngan kelentong yg diorang bagi kat ko selama ko tggu persone ko tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 04:24 PM

patutnye ko mintak je tadi..
baru berkadaran ngan kelentong yg diorang bagi kat ko selama ko tggu persone ko tu...


takleh bro...sbb aku nih seorg yg beriman & beramal soleh...aku rase elok aku mintak biasa2 je kat dia org tuh...lagi pun kalo setakat nak bagi payung plastik cap thundercat tuh...baik takyah....baik aku guna payung golf company aku...nampak lagi eksekutip....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 23-5-2008 04:29 PM


takleh bro...sbb aku nih seorg yg beriman & beramal soleh...aku rase elok aku mintak biasa2 je kat dia org tuh...lagi pun kalo setakat nak bagi payung plastik cap thundercat tuh...baik takyah ...

iyelah abg toss..
insap truss aku...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:49 PM | Show all posts

Reply #291 tossee's post

agak2 jasa cik alia lah kor dah nak dpt kete nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by generasi2 at 23-5-2008 04:49 PM
agak2 jasa cik alia lah kor dah nak dpt kete nih..


Jasa Cik Alia nko kata....baca nih...

Kepada Ketua Pegarah Proton Dato' Haji Syed Zainal Abidin yang saya amat hormati,

Tuan,

Saya adalah salah seorang pembeli kereta Proton Persona yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pelanggan Proton Edar dan Proton iCare


1)   Untuk pengetahuan pihak tuan saya bagi pihak isteri saya telah pun menempah sebuah kereta Proton Persona 1.6 M-line (Automatik) daripada cawangan Proton Edar (ABP Auto Ventures Sdn. Bhd.) pada 29hb Januari 2008. Saya telah diberitahu oleh jurujual syarikat terbabit Encik Nor'azib bahawasanya saya akan menerima kereta tersebut 1 (satu) bulan daripada tarikh pembelian. Setelah menunggu selama 1 (satu) bulan saya telah dihubungi oleh jurujual terbabit meminta untuk menangguhkan penyerahan kereta saya itu kepada lagi 1 (satu) bulan diatas sebab-sebab, pihak pengeluaran Proton Tanjung Malim telah memberhentikan seketika pengeluaran model Persona untuk tujuan pemasangan enjin Campro IAFM keatas semua model Persona.

2)   Setelah hampir kepada tarikh yang dijanjikan. Beliau sekali lagi menghubungi saya untuk menangguhkan tempoh penyerahan kereta terbabit lagi 1 (satu) bulan diatas alasan kekurangan stok. Dan saya telah diberitahu oleh beliau bahawa nama isteri saya adalah dikedudukkan teratas didalam senarai menunggu. Setelah menunggu hampir 3 (tiga) bulan daripada tarikh pembelian, saya telah pun menghubungi jurujual terbabit untuk bertanyakan berkenaan dengan status kereta saya itu. Seperti yang dijangkakan alasan yang sama telah diberikan kepada saya iaitu masih tiada lagi stok dan nama isteri saya adalah dikedudukkan teratas didalam senarai menunggu. Untuk pengetahuan pihak tuan, alasan ini telah pun diberikan kepada saya pada sebulan yang lalu. Timbul pertanyaan pada saya berapa banyakkah senarai menunggu yang Proton ada dan berapa ramaikah yang dijanjikan kedudukan teratas didalam senarai menunggu tersebut?

3)   Hampir kepada bulan keempat saya menunggu, atas daya usaha saya sendiri, saya sekali lagi menghubungi jurujual terbabit untuk bertanyakan status kereta saya itu. Pada 30hb April 2008, saya telah diberitahu kereta yang saya tempah telah pun tiba di Proton COE dan sedang menunggu untuk diproses segala dokumentasi berkenaan dengan kereta terbabit. Dan jurujual terbabit akan memaklumkan kepada saya pada 2hb Mei 2008 untuk penyerahan. Bila tiba ke tarikh yang dijanjikan saya sekali lagi diberitahu bahawa kereta yang tiba itu bukan kepunyaan saya tapi ada milik syarikat Proton Edar yang lain, dan dia sekali lagi meminta penangguhan selama 1 (satu) bulan dan saya telah dijanjikan sebelum penghujung bulan Mei 2008 saya akan menerima kereta saya itu.

4)  Untuk pengetahuan pihak tuan juga, jurujual terbabit telah cuba untuk menawarkan sebuah Proton Persona 1.6 H-line (Automatik) kepunyaan seorang pelanggan lain kepada saya dan saya telah pun menolaknya kerana apa yang ditawarkannya adalah tidak mengikut pesanan saya tempoh hari dan dikhuatiri jika saya mengambil kereta terbabit pelanggan yang sepatutnya menerima kereta tersebut mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti saya. Terlintas di fikiran saya jika Proton terus menerus dengan budaya tidak amanah seperti ini sampai bila pun masalah penangguhan seperti saya ini tidak akan selesai.

5)   Pada petang 2hb Mei 2008, saya telah pun menghubungi talian khidmat pelanggan Proton iCare (1-300-880-888). Saya telah melaporkan masalah saya ini kepada pegawai yang bertugas yang hanya dikenali sebagai Cik Alia, dan dia berjanji didalam masa 2 (dua) hari dia akan menghubungi saya kembali untuk memberitahu berkenaan dengan status kereta saya itu. Setelah menunggu lebih 2 (dua) hari pegawai terbabit tidak pun menghubungi saya seperti yang dijanjikan, malah saya telah pun menghubungi talian pelanggan Proton iCare untuk bertanya berkenaan dengan status kereta saya itu. Saya telah diberitahu oleh operator talian pelanggan bahawa pegawai terbabit sedang sibuk dan dia akan meminta Cik Alia untuk menghubungi saya kembali. Selepas 2 (dua) hari dengan sebanyak 7 (tujuh) kali saya cuba untuk menghubungi Cik Alia untuk mendapatkan penjelasan akhirnya saya telah diberitahu dan dijanjikan untuk mendapat kereta saya itu sebelum penghujung bulan Mei 2008 dan saya telah diberitahu juga nama isteri saya dikedudukan senarai teratas didalam senarai menunggu! dan dia juga berjanji akan menghubungi saya dari masa ke semasa berkenaan dengan status kereta saya itu.

6)   Pada petang 21hb Mei 2008, saya telah sekali lagi menghubungi Cik Alia setelah dia tidak menghubungi saya sepertimana yang dia janjikan. Saya amat terkejut apabila mendengar penjelasan daripada pegawai terbabit. Dia memberitahu pihak iCare tidak sepatutnya dihubungi untuk mengetahui berkenaan status kereta saya itu sebab itu adalah tanggungjawab penjual iaitu Encik Nor'azib untuk memaklumkan kepada saya dan saya dimaklumkan juga bahawa kereta saya kemungkinan tidak dapat diterima pada tarikh yang dijanjikan selepas itu talian saya terus diputuskan tanpa dia menghubungi saya kembali. Untuk makluman tuan sehari sebelum saya menghubungi pihak iCare, saya telah pun berbincang dengan penjual terbabit dan dia memberitahu itu semua adalah tanggungjawab iCare untuk memaklumkan kepada saya berkenaan status kereta saya itu kerana saya telah melaporkan masalah saya ini kepada pihak iCare. Bertitik tolak daripada penjelasan kedua-dua pihak terbabit, saya mengambil keputusan untuk menghantar email kepada Yang amat berbahagia Dato' supaya menyelesaikan isu kereta saya yang tiada penghujungnya ini.

7)   Diharap pihak tuan sebagai pihak atasan Proton mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah saya ini. Saya amat berharap segala sokongan dan kepercayaan saya kepada Proton dihargai oleh pihak tuan dan saya tidak mahu melihat imej syarikat pengeluar kereta nasional ini tercemar disebabkan oleh ketidakcekapan pengurusan syarikat tuan. Diharap pihak tuan dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Saya amat berharap masalah kereta saya ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Sebagai rujukan pihak tuan saya sertakan segala maklumat pembelian kereta saya itu. Saya ucapkan terima kasih diatas segala perhatian dan tindakan yang diberikan oleh pihak tuan kepada saya.

Nama Pembeli                  : XXXXXXXX
No. k/p                               : XXXXX

Nama Pengedar Proton     : ABP Auto Ventures Sdn. Bhd.
BO No.                               : XXXX
  

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Tel: XXXXXXXX
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 23-5-2008 04:41 PM

iyelah abg toss..
insap truss aku...



Bagus le kalo dah insap....BTW nko pegi le tgk topik best tuh..aku dah tepek apa yg nko nak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:16 PM | Show all posts

Reply #294 tossee's post

wah
panjang lebar giler ayat ko
kalau aku jadik ko pun
mau 10 muka surat aku bagik
sakit ati wooooo

anyway
walopun lum dapat
tapi nampak gaya macam kompom leh dapat
ti dah dapat
antor gbr kat sini
sharing is caring maaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by ashketyed at 23-5-2008 05:16 PM
wah
panjang lebar giler ayat ko
kalau aku jadik ko pun
mau 10 muka surat aku bagik
sakit ati wooooo

anyway
walopun lum dapat
tapi nampak gaya macam kompom leh dapat
ti dah dapat
antor  ...


Nko nak gambo time tgh drift ke time statik??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:31 PM | Show all posts

Reply #297 tossee's post

ikot ko ler
nak amik gbr cemana pun

orang excited ni lain sket semangat gbr dier
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by ashketyed at 23-5-2008 05:31 PM
ikot ko ler
nak amik gbr cemana pun

orang excited ni lain sket semangat gbr dier


Gambo nih boleh??









Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #297 tossee's post

time gaya bebas..kuak lentang!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.212564 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list