CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-10-2010 10:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 19-10-2010 22:52

salah post lak..sorry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2010 10:54 PM | Show all posts
“Kenapa kau tiba2 jauhkan diri dari aku dulu ya?” tiba2 Farid menyoal serius.



Diana terdiam. Kanak2 Palestin yang sedang bermain di celah2 runtuhan rumah direnung tanpa rasa.

“Kenapa tiba2 kau tak nak berkawan dengan aku?” soal Farid lagi. Diana masih diam. Enggan menjawab satu pun pertanyaan Farid. Bimbang kalau2 rahsia hatinya bocor kala itu. Baginya, jika tidak tahu untuk berbohong, lebih baik berdiam diri saja.

Farid memandang Diana. Dia masih menanti dan mengharapkan secebis jawapan dari gadis itu. Melihat Diana yang diam, seakan hatinya dibelenggu rantai resah. Farid mengeluh kecil melihat Diana yang bungkam di sisinya.

“Kau tak rindukan masa kita sama2 kat universiti dulu?” soal Farid. Matanya masih merenung jauh ke depan. Diana terdiam, enggan menjawab. Terbayang saat2 indah bersama Farid dahulu.

“Kau tak rindukan saat2 waktu kita sama2 main chess dulu?” soal Farid lagi. Diana terdiam lagi. Bibirnya terkunci. Farid senyum penuh makna merenung kea rah pemandangan di depannya.

“Kau ingat lagi tak, kita nyanyi lagu Salam Sejahtera masa kita pergi karaoke?” soal Farid lagi. Nafasnya ditarik dalam2. Entah mengapa, ruang waktu yang agak lengang ketika itu, membangkitkan segala perasaannya yang dikubur selama ini.

Diana masih diam. Hatinya dipagut pilu. Diana tunduk merenung debu dihujung kaki. Mana aku boleh lupa semua itu…

“Sejauh manapun terpisah…kau dihatiku dan ku sama…dalam tidur dalam terjaga…” Farid tiba2 menyanyi semula bait2 lagu Salam Sejahtera. Nyanyiannya dihentikan, seolah2 minta disambung.

Farid diam. Dia menoleh memandang Diana di sisinya. Diana masih diam tak berkutik.

“Di…kau dah lupakan semuanya ya? Satu pun kenangan antara kita tak memberi apa2 erti pada kau?” soal Farid. Dia amat berharap Diana membalas soalannya.

“Apa yang nak aku jawab?” soal Diana. Matanya masih tunduk, merenung ke tanah. Farid mengalihkan pandangannya. Kata2 Diana sukar diterima. Bukan kata2 itu yang diharapkan keluar dari mulut Diana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 10:55 PM | Show all posts
“Suka hati kaulah. Aku tahu kau tak suka aku kan?” Farid mengeluh sendirian. Nafas keluhannya dapat didengari Diana. Farid bangun, mahu pergi dari Diana. Cubaannya untuk memenangi hati Diana gagal.

“Aku tak boleh lupa semua kenangan tu. Mungkin bagi kau, semua tu tak ada apa2. Tapi, bagi aku, semua tu sangat berharga. Aku tak pernah merasa perhubungan semanis itu Di…” Farid mengibas2 debu di bajunya. Diana dipandang kecewa, kemudian ditinggalkannya.

Diana diam. Dia hanya mampu mendengar derap langkah kaki Farid yang berjalan meninggalkannya. Diana mengetap bibir. Langkah Farid sudah tidak kedengaran lagi. Maknanya, Farid sudah jauh meninggalkannya.

Dalam tidur dalam terjaga, kuucapkan salam sejahtera. Seribu tahun pun takkan mungkin dapat kulupakan semua kenangan antara kita Farid! Mana aku boleh lupa budak yang tak cukup duit nak bayar makanan kat restoran. Mana aku boleh lupa waktu kita buat pakatan ketika main chess di kelab. Mana aku boleh lupa bila kau bergaduh dengan abang Iskandar ajak aku tengok wayang! Mana aku boleh lupa pada orang yang kata muka aku macam mak tiri! Mana aku boleh lupa semuanya!!!kalau hendak dikarang satu persatu, 2 inci buku pun entah cukup entah tidak!

Dan kerana semua itulah, aku cuba lari dari perasaan aku hingga membawa aku ke bumi Palestin ni! Tapi…..

Airmata Diana bergenang. Setitis air dihujung kolam matanya menitis jua. Tapi kenapa aku masih jumpa kau di sini Farid…kenapa kau mesti ada di depan mata aku? Kenapa kau mengingatkan aku kembali kepada kenangan yang aku cuba lupakan? Kenapa????

Diana menahan tangis sedaya mungkin. Dia tidak mahu airmatanya menitis lagi. Sedangkan kanak2 kecil disitu tidak menangis bila adik beradiknya terbunuh dalam bedilan bom fosforus Israel, inikan pula dia yang hanya terusik dek perasaan.

Diana mengesat airmata yang berbaki di pipi. Diana cepat2 bangun. Dia mahu kembali ke khemah perubatan. Diana berpusing, mahu pulang. Pandangannya tiba2 terpaku pada sebatang tubuh yang sedang merenungnya dari jauh.

Diana melopong. Farid merenung Diana dari jauh. Pandangan mereka bersatu. Masing2 kelu. Diana terkedu. Farid menarik nafas dalam2. dia tunduk, kemudian melangkah pergi. Diana yang kelu, hanya merenung pemergian Farid yang menghampiri kem perubatan. Satu keluhan payah dilepaskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 10:55 PM | Show all posts
“Hospital perlukan beberapa orang sukarelawan untuk membantu memindahkan mangsa bom dan alatan perubatan. Kau nak ikut?” Dasuki memandang Farid di sisinya yang sedang mengikat tali khemah yang baru dipacak. Khemah itu untuk meletakkan alatan memasak sementara waktu.

“Berapa jauh dari sini?” soal Farid lagi. Ikatan tali dikemaskan.

“Dalam 6 kilometer. Kalau nak, kita pergi sekarang. Lori pick up dah tunggu tu,” kata Dasuki. Tali khemah dijentik2 bagi memastikan ketegangannya.

Farid terdiam berfikir. Kerja2 di kem perubatan itu masih banyak. Namun, kasihan juga jika tidak cukup kakitangan bagi proses pemindahan mangsa hospital. Dagu runcingnya diraup perlahan.

“Alah…apa yang kau fikir lagi. Takut nak tinggalkan Diana ke?Jangan bimbanglah, bapa saudaranya ada kat sini..” Dasuki sempat mengusik. Farid tersenyum kecil.

“Hmm..okaylah..nanti aku bagitau Diana dan Sofiah. Mintak diorang tolong punggah kotak2 makanan ni..” ujar Farid bersetuju. Dasuki angguk sambil tersenyum. Farid bangun lalu menuju ke kem perubatan kanak2 yang menempatkan Diana dan Sofiah.

Sebaik sampai di pintu kem, daun pintu diselak. Menjalar matanya mencari kelibat Diana. Sebaik ternampak Diana yang sedang dikelilingi oleh kanak2 Palestin, Farid menghampirinya.

“Assalamualaikum..” sapa Farid. Diana segera mengangkat wajahnya memandang Farid. Diana bangun menghampiri Farid.

“Ada apa?” melihat keadaan Farid yang tergesa2, pasti Farid ada hal yang lebih penting daripada bertanyakan tentang hubungan mereka.

“Aku nak minta tolong kau dan Sofiah ganti aku punggah kotak makanan kat khemah baru sebelah kiri kem. Aku dan Dasuki ada hal sekejap. Mungkin malam nanti baru balik..” kata Farid. Matanya tepat merenung wajah Diana.

“Kau nak kemana?” soal Diana gusar. Farid senyum nakal.

“Sejak bila kau mula risaukan aku?” wajah Diana yang merona merah direnung tak berkelip. Diana mendengus. Menyesal tanya!!!

“Aku dan Dasuki nak ke hospital. Pasukan keselamatan perlukan bantuan sukarelawan untuk pindahkan mangsa bom dan barang perubatan. Aku nak pergi dah ni…Jumpa lagi..” Farid tunduk sedikit, lalu berlalu keluar dari kem itu. Diana hanya merenung pemergian Farid hingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Perasaan Diana kosong tika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 10:59 PM | Show all posts
Farid masih membantu memindahkan mangsa2 serangan di pasar semalam ke wad yang bersebelahan ekoran dinding wad hospital itu sudah pecah dibedil tentera Zionis semalam. Kesan2 darah masih bertaburan dimana2 ruang.

Dasuki datang dari belakang lalu menepuk bahu Farid.

“Marilah. Zohor dah hampir nak habis ni..” ajak Dasuki. Farid terdiam sambil meletakkan barang2 perubatan di atas meja. Teringat akan sembahyangnya yang belum sempurna.

“ya lah..aku belum solat lagi…marilah,” Farid membuntuti Dasuki keluar dari bangunan hospital. Masih banyak barang2 yang masih perlu dipindakan. Farid meraup wajahnya yang berdebu. Direnung tapak tangannya. Debu itu sedikit kemerah-merahan. Pasti debu yang bercampur kesan darah yang telah kering di bangunan itu. Farid mengeluh nafas kecil. Dasuki disebelahnya tersenyum penuh makna. Di saat2 seperti itu, tiada kata yang mampu diluahkan. Hanya sorot mata menceritakan segala2-nya. Selain penat dan sibuk membantu mangsa2 perang, kekurangan masa berehat dan makanan menyebabkan mereka lebih banyak berdiam dari bercakap.

Bangunan hospital telah jauh ditinggalkan. Kira2 200 meter setelah meninggalkan bangunan hospital, sebuah lintasan cahaya putih melintasi kepala mereka . Pantas Farid dan Dasuki mendongak melihat cahaya putih yang laju seperti roket itu.

“Apa tu??” soal Farid terpinga2. Dasuki turut diam sambil mereka melihat kea rah cahaya putih itu berlalu. Sejurus itu, terdengar dentuman kuat dari arah hospital. Debu2 beterbangan di udara bersama batu-bata yang turut terpelanting. Bumi tempat Farid dan Dasuki berpijak bergegar sehingga menyebabkan Dasuki dan Farid terpelanting agak jauh.

Farid pantas bangun. Debu yang beterbangan turut melekat di baju mereka.

“Bukan itu arah hospital?” soal Dasuki. Masing2 sudah berdebar2. Farid angguk.
“Itu bom fosforus..” Farid menelan air liurnya . Dasuki angguk. Mereka perpandangan. Masing2 tergamam. Serangan di waktu siang???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 11:01 PM | Show all posts
Diana berlari laju bersama Sofiah dan ahli pasukan keselamatan yang lainnya menuju kea rah hospital. Bunyi teriakan manusia kedengaran merata2 tempat. Diana sudah tidak dapat memperdulikan lagi bunyi teriakan itu lagi. Dia sudah menjadi lali dengan situasi itu .

Melihat runtuhan bangunan hospital yang bekecai di depan mata membuatkan Diana tergamam. Sofiah sudah masuk ke dalam, membantu meyelamatkan mangsa2 yang masih terselamat, namun cedera parah.

Suasana kelam kabut waktu itu. Diana melangkah masuk di celah2 runtuhan. Seorang demi seorang mangsa diteleknya satu persatu. Darahnya berderau. Dadanya berdebar. Mana Farid???Mana Farid?? Masih terbayang di ruang matanya saat Farid melangkah pergi pagi tadi.

Pak Longnya yang sedang mengangkat seorang mangsa segera dihampiri.

“Pak long Nampak Farid??” soal Diana. Malangnya, dalam keadaan kelam kabut seperti itu, pak long Hanafi hanya menggeleng sambil meneruskan kerjanya. Diana memerhati sekelilingnya. Kejamnya!!Bom fosforus ini benar2 menghancurkan segalanya2. Bom itu telah mereputkan tulang2 sekaligus. Segalanya rentung tanpa bentuk. Diana kelu.
Puas mundar mandir di dalam bangunan hospital, Diana keluar.

“Diana!!Tolong saya!!” Sofiah memanggilnya tiba2 dengan seorang wanita tua yang berlumuran darah di kepalanya. Kakinya turut berdarah. Pantas Diana menolong Sofiah memapah wanita tua itu. Di dalam hatinya masih tertanya2. Di mana Farid??

Suasana bising dan kelam kabut. Kerisauan Dian tidak terbendung lagi. Dia sudah tidak mampu menahan. Entah kenapa, airmatanya merembes keluar. Diana menangis. Sofiah yang berada di sebelahnya tidak mempedulikannya.

Meski airmatanya mengalir, namun Diana masih membantu menempatkan mangsa2 ke kem perubatan. Farid..kau kat mana sekarang??? Pertanyaan itu datang bertalu2 ke benaknya. Sudahnya, dia masih tercari2 jawapan di dalam suasana yang genting itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2010 11:02 PM | Show all posts
“ Hulur forcep!” pinta seorang doctor yang merawat seorang kanak2 yang baru berusia 8 tahun. Kepalanya cedera. Pantas Diana menghulur.

“Ubat bius,” pintanya lagi. Diana segera mencari ubat bius yang dipinta. Menggeledah kotak2 ubat di dalam kotak khemah itu, semuanya kosong.

“Saya pergi ambil kat stor sekejap,” kata Diana lalu segara berlari ke khemah yang lain yang menempatkan semua bekalan ubat2-ubatan.

Khemah itu digeledah, dari satu kotak ke satu kotak. Namun hampa. Diana masih tidak berputus asa. Dian mahu mencari ubat bius juga. Penat menggeledah, akhirnya Diana terjumpa kotak yang menempatkan semua ubat bius. Pantas dibukanya kotak itu. Tangannya masih terketar2.

Kosong! Hati Diana menggigil. Segera dia berlari ke kem perubatan tadi. Beberapa pesakit masih dihantar masuk ke kem perubatan itu meskipun kem itu sudah penuh.

“Dah habis…” Diana bersuara cemas. Doktor wanita itu memandangnya.

“Tak apa..tak ada cara lain lagi. Luka ni perlu dijahit segera. Kalau tak, darah banyak keluar..” doctor wanita yang tidak diketahui namanya itu terus mencapai jarum dan alatan menjahit.

Diana terpana melihat doctor wanita it uterus menjahit luka parah di kepala kanak2 itu tanpa ubat bius . Meraung kanak2 itu sambil dipegang oleh beberapa orang yang lain. Diana hampir2 lemah mendengar raungan kanak2 itu yang kesakitan.

“Pegang kuat sikit Diana!!Saya bukan nak bunuh budak ni!!!” jerit doctor wanita itu apabila tangan kanak2 itu berjaya digerakkan oleh kanak2 itu. Diana mengemaskan pegangannya. Raungan itu  berterusan lagi.

Mangsa datang bertalu2 ke dalam kem. Diana tenggelam dalam lautan genting itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 11:04 PM | Show all posts
Diana terduduk keletihan di hujung sudut di dalam khemah perubatan yang menempatkan mangsa bedilan bom fosforus tadi. Bunyi teriakan sudah berkurangan. Suasana malam yang mendinginkan langsung tidak mencuit kulitnya.

“Jumpa Dasuki dan Farid?” soal Sofiah. Dia baru keluar dari kem perubatan. Diana memandang Sofiah yang berdiri didepannya, lantas perlahan menggeleng. Sofiah turut terdiam.

“Marilah. Masuk makan..” ajak Sofiah. Makanan sudah siap sedia untuk diagihkan kepada semua orang. Diana diam.

“Kejap lagi aku datang..” keluh Diana. Sofiah angguk lalu masuk. Diana tunduk. Sudah puas dia mencari di semua kem2 yang ada di situ, namun jasad Farid dan Dasuki tidak ditemuinya.

Jangan2 dia dah jadi abu sebab terkena bom fosforus tak? Diana membuat telahan sendiri. Pantas dia menggeleng. Tak mungkin! Farid…mana kau Farid…

Diana tunduk, menekup mukanya ke bawah. Tidak dapat dia bayangkan jika telahannya itu benar2 terjadi. Ya Allah, selamatkanlah Farid! Aku tak nak kehilangan dia…Tolonglah makbulkan doa aku Tuhan!!Tolonglah!!!

Diana meraup mukanya. Kelam malam direnung tanpa perasaan. Manusia yang berjalan mundar mandir di depannya tidak dipedulikan. Fikirannya hanya satu saat itu. Di mana Farid??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2010 11:06 PM | Show all posts
Diana melempar pandangan ke satu sudut. Terdapat kelibat seorang lelaki sedang meneguk air mineral. Lelaki itu duduk di atas batu yang terdapat di satu sudut. Diana mengamati kelibat lelaki itu. Kelibatnyatak ubah seperti Farid.

Pantas Diana bangun. Langkahnya laju menuju ke arah lelaki itu. Sesekali dia berlari anak agar segera sampai.

“Farid…”teriaknya sebaik berhadapan dengan lelaki itu. Lelaki itu turut memandang Diana. Segera dia bangun. Diana merenung lelaki di depannya. Farid!! Benar, ini Farid!!! Seakan mahu meluru kea rah Farid, langkahnya dimatikan. Sedar akan situasinya saat itu.

“Kau pergi mana hah?!!”  bahu Farid ditumbuk kasar. Marah, geram dan gembira bercampur baur. Farid terpinga2 sambil menahan kesakitan di bahunya. Diana dipandang hairan. Wajah Diana pucat.

“Aku kat sini je..” balas Farid bersahaja lalu duduk. Diana masih memandang Farid yang kembali meneguk air. Melihat wajah selamba Farid, membuatkan hati Diana benar2 jengkel. Aku risaukan dia separuh mati, dia buat bodoh saja!!! Tangannya dikepal. Diana merengus kuat lalu berlalu pantas.

Farid terpinga2 melihat kelakuan Diana. Kenapa budak ni??? Lantas Farid bangun mahu mengejar Diana.

“Hei Di…kau kenapa?” soal Farid sambil menarik bahu Diana.Orang disekeliling tidak dipedulikan. Tingkah laku Diana yang berubah dalam sekelip mata menjadi tanda Tanya baginya.

“Lepaslah!!”Diana merengus kasar sambil menepis tangan Farid yang cuba menyentuh bahunya. Diana berjalan laju meninggalkan kem perubatan, mahu menghampiri kawasan lapang yang berdekatan dengan kem perubatan itu.

“Kau nak pergi mana? Kau okay ke?” Farid masih mengejar Diana. Diana terus duduk dia atas sebuah bangku lalu menghela nafas kasar. Kelam malam Cuma diterangi cahaya samar2 dari kem perubatan yang tidak jauh dari situ.

“Kenapa dengan kau? Datang bulan?” soalan Farid menambah sakit hati yang sedia ada.

“Apa kena mengena datang bulan aku dengan kau!” tukas Diana geram. Waktu2 begini masih nak berlawak lagi. Gumamnya. Farid meneguk minuman. Wajah Diana dipandang.

“Habis tu, tiba2 kau Nampak aku…kau marah…” ujar Farid. Diana diam. Penat. Soalan Farid dibiar berlalu. Buat seketika, suasana diam. Farid menarik nafas lemah. Wajah Diana masih dipandang.

“Kau nak balik Malaysia ke? Penat berada kat sini? “ soal Farid ingin tahu. Melihat wajah Diana yang agak pucat menggusarkan hatinya. Wajah Diana tidak seseri semasa di university dahulu.

Diana menggeleng.Pandangannya masih jatuh ke hujung kaki.

“Habis?” soal Farid lagi.
       
“Aku tak ada apa2 lah!!Tak payahlah kau sibuk2!!” marah Diana. Meski dia sedar, kata2nya agak kasar, tapi niatnya Cuma mahu Farid beredar dari situ segera. Dia tidak tahu mengapa sebaik ternampak kelibat Farid, tiba2 dia menjadi marah. Padahal, sejak siang tadi dia tercari-cari Farid.

Farid mendengus. Perasaannya sebal. Diana dipandang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 11:08 PM | Show all posts
“Kau memang betul2 tak sukakan aku dari dulu kan Di…” tutur Farid membuang rasa kesal tak terhingga. Sudah lama perasaannya ditahan. Sejak hubungan mereka mula dingin di university.

“  Apa salah aku? Kalaupun kau tak suka berkawan dengan aku, kalaupun kau langsung tak pernah menghargai persahabatAn kita dulu, sekurang2nya janganlah kau buang aku macam ni. Aku jahat sangat ke di mata kau? Apa salah aku?” bertubi2 soalan dilemparkan oleh Farid. Hatinya sudah tidak tertahan dengan situasi yang melanda mereka sejak dulu lagi. Terkadang, dia jelak dengan sikap Diana yang sering bertukar angin.

Diana mendongak memandang wajah Farid. Tajam mata Farid memandangnya. Serta merta lidah Diana kelu.

“Apa salah aku Di? Sekali kau jelaskan apa salah aku pada kau, aku takkan ganggu kau lagi lepas ni. Itu janji aku. Aku pun tahu, kau tak suka aku berada di depan mata kau kan,?” nada suara Farid berbaur kesal. Dia sudah letih mengharap kasih Diana sejak dulu lagi. Pertemuan kedua di bumi Gaza ini yang diharapkan dapat menjernihkan kekeruhan hubungan mereka nyata gagal.

Diana memejam matanya rapat seketika. Kau tak salah Farid!!!Kau tak bersalah!!!Aku yang bersalah pada kau!!!Hati Diana menjerit.

“Di…”Farid masih menanti jawapan. Diana diam.

“Jangan dera perasaan aku. Kalau kau tak berterus terang, sampai mati pun aku akan ingat aku yang bersalah pada kau Di…” keluh Farid.

Diana tercari2 kata, mahu menyusun bicara. Debar dihatinya masih belum hilang.

“Kalau kau tak nak berterus terang, tak apalah Di…”belum sempat mulut Diana dibuka, Farid sudah bersuara. Nadanya seakan merajuk. Farid membuang pandang ke wajah Diana. Niatnya mahu bangun beredar meninggalkan Diana di situ.

“Farid…”tatkala Farid mahu bangun, Diana memanggilnya perlahan. Farid terdiam, lalu duduk semula di hadapan Diana. Suasana malam begitu dingin.

“Aku minta maaf…” perlahan dan lemah suara Diana menusuk jantung Farid. Masing2 berpandangan. Wajah Farid dipandang.

“Kau tak pernah buat salah dengan aku Farid. Cuma aku yang nak jauhkan diri aku dari kau…” akhirnya terluah jua hakikat yang selama ini dipendam.

“Kenapa?Aku tak faham..” Farid semakin bingung. Apa yang menyebabkan Diana mahu menjauhkan diri darinya. Aku ni busukkah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 11:11 PM | Show all posts
Diana menarik nafas dalam2. Dia merenung wajah Farid sambil bermonolog di dalam hati. Peristiwa siang tadi benar2 menakutkannya. Berada di bumi Gaza ini, nyawa ibarat di hujung tanduk. Meski mereka di bawah pengawasan kawalan keselamatan, namun bila2 masa mereka boleh mati.

Alhamdulillah, dia masih diberikan peluang untuk bertemu Farid. Jika tak, tak dapat digambarkan bagaimana dia mahu menghadapi keadaan itu.

“Diana…kenapa?” soal Farid memecahkan monolog Diana. Diana merenung Farid.

“Sebab…”Diana menarik nafas sejenak mencari kekuatan.

“Sebab aku takut kau jatuh cinta dengan aku!” mata Farid dipandang tepat. Farid terus terdiam mendengar jawapan Diana. Masing2 bungkam.

Diana tunduk. Perasaan malu menyerbu mukanya. Entah2, dia langsung tak pernah sukakan aku?? Aduhh..apa aku cakap ni….Diana mengetap bibir menahan rasa. Buat seketika, Farid senyum manis kearahnya.

“Kenapa kau senyum macam tu?” soal Diana pelik. Kaget dengan senyuman Farid yang memberi seribu makna padanya.

“Kenapa kau boleh fikir aku akan jatuh cinta dengan kau?” soal Farid, menambah  geram Diana. Diana mengetap bibir lagi. Hii..mangkuk!

“Kau ni perasan betullah!!! Siapa lah nak jatuh cinta dengan perempuan sekasar kau ni…” tokok Farid sambil ketawa kecil. Diana tarik muka empat belas inci. Hampeh kau Farid. Diana mendengus.

“Suka hati kau..” itu saja yang mampu terkeluar dari mulut Diana. Geram melihat Farid didepannya yang tersenyum2 sumbing.

“Aku ambil langkah berjaga2 saja…sebab aku memang tak nak ada orang jatuh cinta dengan aku..” Diana masih tidak mahu mengalah. Seletika, Farid merenung wajah Diana.

“Kenapa? Kau lesbian ya? Tak suka lelaki?” soal Farid lagi.

“Kau nak makan selipar aku ya Farid?” tidak tahan dengan usikan Farid, Diana mengugut.

“Takdelah. Tak pernah pulak aku dengar perempuan tak suka orang jatuh cinta dengan dia. Nak kata ada masalah mati pucuk, itu berlaku pada lelaki saja. Atau kau mandul? Tapi macammana kau tahu yang kau mandul? Kahwin pun tak pernah…” ujar Farid panjang lebar.

Diana terdiam sebaik mendengar kata2 Farid.

“Macam nil ah Farid…biar aku berterus terang. Lagi lama  aku biar. Macam2 spekulasi tak senonoh kau hentam aku…” Diana mematikan telahan Farid. Farid memasang telinganya hati2. Tidak mahu terlepas satu pun penjelasan Diana.

“Aku dah kahwin..” Diana tunduk sejenak. Terlopong Farid mendengar. Dah kahwin???? Serta merta, dada Farid berombak. Nafasnya tidak tenteram.

“Tapi dah bercerai..” Fuhh…lega dan lapang dada Farid. Nafasnya teratur semula.

“Ada anak?” soal Farid ingin tahu. Diana geleng.

“Aku kahwin tak sampai setahun. Pengajian aku terkandas pun, sebab bekas suami aku tak benarkan aku belajar masa tu…”kata2 Diana terhenti. Buat seketika dia hilang bicara.

“Kenapa bercerai?” soal Farid.

“Dia seorang yang terlalu obsess. Aku kena kurung dalam rumah. Dia tak benarkan aku jumpa family aku. Dia tak benarkan aku keluar rumah. Dia panas baran. Macam2 lagilah…malas aku nak cerita keaiban orang..Yang nyatanya, sampai satu tahap, dia seseolah tak menghargai aku lagi” balas Diana.

Farid terdiam. Pearasaanya bercelaru memikirkan masalah Diana.

“Kenapa kau kahwin dengan dia dulu?’ soal Farid. Ada sedikit perasaan cemburu terbit dari soalannya.

“Hmm..masa tu aku terlalu muda. Masa aku mula2 kenal dia, dia baik sangat. Macam2 dia janji dengan aku. Bila dia nak kahwin, terus aku setuju. Family aku pulak, terpaksa setuju sebab aku beria-ia. Tapi, bila lepas kahwin, baru nampak perangai sebenar dia. Jujur aku katakan., aku memang menyesal dengan keputusan aku dulu. Tapi, aku anggap itu satu hikmah juga. Kejadian itulah yang buat aku lebih hormat pada family aku. Kalau dulu, aku tak fikir orang lain. Semua yang aku nak, aku mahu dapatkan. Tapi, sekarang, baru aku tahu, bukan semua benda yang kita nak tu, baik pada kita. Tuhan Maha Mengetahui…” tutur Diana.

Farid terdiam mendengar kata2 Diana.

“ Aku dah jumpa ramai lelaki. Macam2 jenis. Tapi, bila aku jumpa kau, aku rasa kita terlalu selesa bersama. Makin hari, makin kita rapat.  Kau terlalu baik Farid. Sampai satu tahap, aku mula terfikir yang mungkin persahabatan ini akan bertukar menjadi hubungan yang baru. So, sebelum itu berlaku, aku fikir ada baiknya kita tidak terlalu rapat..” sambung Diana lagi.

Farid tunduk. Malam semakin tua. Namun mereka masih di situ.

“Kenapa? Aku tak layak untuk kau?” soal Farid lemah.

“Aku yang tak layak untuk kau Farid..” pintas Diana.

“Kenapa?” soal Farid tidak puas hati. Pandangannya masih tajam mencerlung wajah Diana.

“Aku ni janda Farid…lagipun, aku lagi tua dari kau…” kata Diana. Farid terdiam dengan kata2 Diana. Seketika, mereka berdua terdiam. Farid tunduk. Sukar untuk mentafsirkan perasaannya kala itu.  Farid menarik nafas payah. Diana turut menegeluh kecil.

“Sekarang kau tahu, betapa kebenaran payah ditelan bukan?” ujar Diana sambil memandang Farid. Farid terdiam. Hatinya masih bercelaru. Untuk mencerna semua kata2 Diana, dia perlu menapis dan meneliti tiap butir bicara.

Melihat Farid yang tunduk kebisuan merenung pasir, Diana bangun.

“Aku balik dulu. Dah lama sangat kita kat sini…” ujar Diana perlahan. Hatinya lega selepas segala yang tebuku dihati terluah.

“Diana…”baru beberapa derap langkahnya diatur, Farid tiba2 bersuara. Langkah Diana terhenti.

“Aku tak nak kehilangan kau..” pendek saja ucapan Farid. Diana terdiam. Masing2 terkesima. Diana menarik nafas payah, kemudian mengatur langkah meninggalkan Farid keseorangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:05 AM | Show all posts
thanx fizi....sungguh pjg n3 nya....berbaloi tunggu lama2....
lama menghilang...sihat????
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:42 AM | Show all posts
Thaks fizzy dah ada sambungan...
suspen je adakah cinta mereka kesampaian atau kecundang!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 10:20 AM | Show all posts
akhirnya ada jugak n3 dari fizzy...terima kasih...ada masa letak lagi n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 08:40 PM | Show all posts
best2...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:19 PM | Show all posts
Farid meletakkan belakang tangannya di dahi. Bumbung kem direnung tanpa rasa. Puas dipejam mata, dia masih gagal melelapkan matanya. Dasuki  disebelahnya sudah lama nyenyak tidur. Mungkin kepenatan siang tadi menyebabkan dasuki tidur tak berkutik langsung.

Farid merenung masa depannya yang jauh. Kata2 Diana tadi satu persatu membenam ke benaknya. Dia sendiri kurang percaya pada mulanya. Tapi, melihat wajah Diana yang serius menuturkan petah bicara, buat dia terpana dengan kebenaran yang terbentang.
Siapa menyangka, gadis yang agak lincah, semuda Diana di university dulu, rupa-rupanya pernah berkahwin. Kalau dia pernah berkahwin pun, apa salahnya. Lagipun, dia sudah diceraikan oleh suaminya. Jadi, apa masalahnya?

Tapi…apa kata mak nanti? Apa kata kak long, kak ngah, kak lang dan kak cik? Aduh!!!Memikirkan hal itu, pening Farid dibuatnya. Tapi, kalau sudah cinta, semua tu tak bererti lagi. Tapi…berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan pasangan kita sahaja, bahkan seluruh kaum keluarganya juga. Jesteru itu, mahukah keluarganya menerima Diana dalam keadaan itu?

Soal umur bukanlah satu perkara yang besar sangat. Ramai saja lelaki zaman sekarang yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua dari mereka. Bahkan, yang layak dipanggil emak pun, ada juga. Inikan pula melihat raut wajah Diana yang seperti anak dara sunti begitu.

Farid menarik nafas lemah. Fahamlah dia kini apa yang digusarkan oleh Diana. Lalu, apa keputusannya kini? Ahhh….pening!!! Berpinau mata Farid memikirkan semua kemungkinan. Dia membalikkan tubuhnya mengadap dinding. Matanya dipejam. Tidurlah mata. Biarlah masa saja yang menentukan. Aku pun dah penat berfikir. Puas memejam mata dan mengosongkan fikiran, akhurnya Farid terlelap jua tika dinihari hampir tiba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2010 11:22 PM | Show all posts
“Diana mahu jumpa penyanyi terkenal Jordan?” entah dari mana, tiba2 Sofiah muncul dari belakang kem. Ketika itu, Diana sibuk melipat selimut yang akan diagihkan kepada penduduk sekitar petang nanti.

“Siapa?” segera Diana memandang Sofiah yang kemudiannya duduk di hadapannya. Sofiah senyum manis.

“Ntahlah. Saya pun tak tahu namanya. Tapi dia baru tiba bersama konvoinya untuk menghantar bantuan makanan. Ada buah zaitun…” tutur Sofiah sambil tersenyum . Bersinar matanya tatkala menyatakan bahawa konvoi itu turut membawa buah zaitun.

“Mmm..boleh juga kot..” segera Diana membuntuti langkah Sofiah yang berjalan laju keluar menuju ke satu arah. Di hujung sudut, sekumpulan kanak2 dan remaja sedang mengerumuni satu konvoi yang sedang mengagihkan sesuatu kepada mereka. Suasana kelihatan riang dengan kehadiran konvoi itu.

“Haa..itulah orangnya. Yang memakai shawl warna merah hati tu..”tunjuk Sofiah. Langkah mereka terhenti. Mereka hanya memandang dari jauh. Kelihatan seorang lelaki berkumis nipis dengan shawl berwarna merah hati sedang beramah mesra dengan kanak2 Palestin. Tangannya sibuk mengedarkan mainan kepada kanak2 Palestin yang berebut2 mengerumuninya.

“Hensem jugak…” puji Diana kepada wajah Arab itu. Ada nada nakal dari tutur bicaranya.

“Astaghfirullah….”segera Sofiah menyiku pinggang Diana disebelahnya yang masih merenung lelaki Arab itu sambil tersenyum. Sofiah dan Diana ketawa kecil. Beberapa kanak2 Palestin berlari2 ke arah Sofiah dan Diana sambil menunjukkan mainan yang mereka perolehi.

“Alhamdulillah. Masih ada orang yang bermurah hati hendak menderma sebegini…” Sofiah melepas nafah lemah. Diana yang masih leka memerhati kanak2 bermain di depan mereka hanya mengangguk.

“ Esok nak ikut rombongan pekerja keselamatan ke pekan Gaza?” soal Sofiah sambil memandang Diana. Pekan Gaza yang masih berbaki, masih meneruskan aktiviti ekonominya meski hampir suku dari bandarnya musnah akibat bedilan bom.

“Apa yang ada kat sana lagi?” soal Diana. Mereka menyusur jalan melalui kem2 di situ untuk kembali ke khemah mereka.

“Ada lah…sikit2..kurma, makanan2 penduduk disini…” kata Sofiah. Diana angguk.

“Boleh juga,” ujarnya bersetuju. Seketika, pandangan Diana tertumpah kepada seorang kanak2 yang berselimut tebal sedang duduk tetunduk di tepi sebuah khemah. Langkah Diana mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:23 PM | Show all posts
“Kenapa budak ni ada kat sini?” hairan dengan situasi itu, langkah mereka dilajukan menuju kearah kanak2 perempuan itu. Sebaik sampai, Diana memegang bahu kanak2 perempuan itu. Sejuk! Wajahnya cuba diangkat, namun ketika tubuh kanak2 itu cuba digerakkan, kanak2 itu terus terkulai ke dalam lengan Diana.

Diana dan Sofiah saling berpandangan. Tubuh kanak2 itu sejuk dan kaku. Bibirnya pucat. Nafasnya sudah tiada. Sofiah tertunduk sambil mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Hati Diana segera diserbu kesedihan yang teramat sangat. Tubuh kanak2 itu sudah rebah kaku di dalam pelukannya. Diana  memeluk tubuh kanak2 yang sudah tidak bernyawa itu.

Sofiah segera bangun menuju ke khemah, ingin memberitahu orang lain. Diana terkedu. Sepeninggalan Sofiah, Farid yang kebetulan lalu di situ turut terpandang. Segera Farid menghampiri Diana yang sedang memeluk kanak2 itu.

“Kenapa?” soal Farid. Pandangan mata mereka bertaut. Mata Diana bergenang. Ada air di kolam matanya, namun masih tidak menitis.

“Dia dah tak ada..”perlahan Diana bersuara. Farid terkesima sambil merenung kanak2 di pangkuan Diana.

“Sejak bila?” soal Farid. Diana menggeleng.

“Waktu kami jumpa, dia dah tak ada..”ujar Diana.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun..” Farid menghembus nafas berat. Wajah kanak2 itu dipandang hiba. Sekumpulan doktor2, pekerja2 sukarelawan dan penduduk2 kawasan itu datang menyerbu kea rah Diana. Suasana bertukar menjadi sepi dan sedih. Kanak2 itu disemadikan dengan penuh tertib mengikut tatacara Islam. Kesedihan menyelubungi seluruh kem buat seketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:26 PM | Show all posts
Diana duduk merenung unggun api didepannya. Selimut di kemaskan ke badannya. Masih bersedih atas kejadian siang tadi, Diana tidak ada selera untuk makan. Diana merenung jauh ke unggun api.

“Usah bersedih. Dia pergi ketempat yang lebih baik bersama TUhannya..” itu kata2 Pak Long Hanafi tadi sambil memeluk bahu Diana bila airmatanya menitis. Diana tunduk.

“Makan..”tiba2 sepinggan roti gandum dengan kuah dari kekacang bercampur buah zaitun di hulur kepadanya. Pantas Diana mendongak.

Farid mengukir senyum sambil menghulurkan makanan kepadanya. Diana geleng.

“Jangan ditolak rezeki Di. Bersyukurlah hari ni kita masih dapat makan. Kalau esok ditakdirkan rezeki kita sudah terputus bagaimana..” pujuk Farid.

“Rezeki anak Adam cuma akan terputus bila roh bercerai dari badan..” pandai pula Diana menjawab. Farid menjungkit bahu.

“Makanlah. Risau aku tengok kau…” pujuk Farid lagi. Diana diam. Farid turut terdiam.

“Apa yang kau menungkan? Kau teringatkan budak tadi?” soal Farid. Diana diam, kemudian menggeleng perlahan.

“Habis?” soal Farid pelik.

“Mak budak tu…” tutur Diana.

“Kenapa?”

“Kau tau apa dia cakap waktu anak dia dimasukkan ke liang lahad?” soal Diana kembali. Farid menggeleng.

“Sorang anak dia mati, 10 lagi akan lahir untuk menegakkan Islam kat bumi Palestin ni..” kata Diana serius. Farid terdiam. Masing2 kini terdiam merenung unggun api.

“Pemikiran masyarakat kat sini berbeza sangat dengan masyarakat Malaysia. Orang kat sini, hati diorang kebal seteguh tembok batu…” tutur Farid. Diana angguk, membenarkan kata2 Farid.

“Orang Malaysia dah terbiasa hidup senang. Luka kat jari sikit dah bising satu kampong..” ujar Farid lagi. Diana angguk lagi.

“CD kena curi dengan abang pun mengamuk dekat sehari..sampai tak nak makan…” sambung Farid lagi. Diana angguk, sejenak dia segera teringatkan peristiwa lalu.

“Farid!!!” jerit Diana kecil setelah tersedar dirinya diperli Farid. Mereka sama2 ketawa.  Diana memandang Farid di sebelahnya. Ada rasa bahagia berputik di hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:27 PM | Show all posts
“Kau masih ingat lagi peristiwa tu?” soal Diana pelik. Farid angguk.

“Aku tak pernah lupa…” perlahan suara Farid membalas. Hati kecil Diana terusik.

“Kan bagus kalau aku kenal kau dulu sebelum kau kenal bekas husband kau….” Tiba2 Farid bersuara perlahan. Bicaranya seakan mengeluh. Diana bungkam.

“So..sebab tulah kau tak nak kahwin bila aku tanya kau dulu?” soal Farid lagi. Peristiwa lampau menerjah ruang minda lagi. Sungguh, Farid sedang melembarkan kenangan2 antara mereka dahulu. Diana tarik nafas, kemudian angguk.

“Takkan kau dah patah hati terus? Takkan kau nak membujang sampai ke tua?” soal Farid lagi. Diana kelu. Soalan Farid sukar dijawab.

“Kau tak pernah sukakan aku ke?” soal Farid tiba2. Diana menarik nafas resah.

“Kenapa kau bangkitkan hal ni waktu2 begini?” soal Diana ingin mnegelak soalan Farid. Farid tersenyum sinis.

“Habis tu, kau ingat kita dapat peluang lagi kah untuk berjumpa sebegini? Nak harapkan kau contact aku, nombor telefon aku yang aku bagi entah masih kau simpan atau tidak…” rungut Farid.

“Kenapa kau masih terus nak rapat dengan aku walau aku dah terangkan pada kau semua sebab? Kau tak rasa kau buang masa ke dengan aku?” soal Diana geram tiba2.

“Buang masa? Ntahlah Di. Terserah. Pada aku, ini semua bukan buang masa. Tapi cubaan menyambung persahabatan kita yang tiba2 dingin dulu. Tapi, kalau pada kau semua ini tak memberi  apa2 erti langsung pada kau…well…fine….it’s up to you..” Farid bersuara kecewa.

“ Serabut kepala aku Farid dengan situasi ni! Cuma aku nak bagitau kau, tak usahlah mengharap apa2 dari aku walau cuma persahabatan…” kata Diana sambil bangun. Dia mahu segera beredar dari situ.  

“Biar masa tentukan Di..kita tunggu dan lihat!” laung Farid setelah jauh ditinggalkan Diana. Dia benar2 kecewa. Diana mendengus. Tak tahu, kenapa dia tiba2 berang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.083211 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list