|
Kemelut Diraja Kelantan: PRK Tengku Faris vs TTK Tengku Fakhry
[Copy link]
|
|
281# hammer
bukan fitnah.. sebahagian dari kenyataan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebahagian rumah tangga bukan kerana wang ringgit , negeri , bangsa , bahasa , darjat , kuasa , tahap pendidikan atau keturunan.
Tapi kerana HATI yang terpaut CINTA DAN TAKUT PADA ILLAHI |
|
|
|
|
|
|
|
281# hammer
bukan fitnah.. sebahagian dari kenyataan...
nazurah Post at 3-1-2010 23:00
bukan begitu..org johor pun ada nak kawin dgn org johor jugak...masing2 kemahuan...bukan org kelantan saja..tapi jgn nafikan org kelantan juga ramai kawin dgn org luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Janji jangan makan luar |
|
|
|
|
|
|
|
kira bagus dah tengku mahkota yg jaga kelantan now...kalo dulu nama je negeri serambi mekah...tp asyek2 sket2 nk dinner...nk majlis taman...majunya xde pon...ajak penyanyi2 satu lagu nyanyi brp puluh ribu nk kena bayar....perabih duit rakyat je...
skrg dh aman...dh okla sket....elok sgtla tengku fakhry tu digugurkan....kan elok dia setelkan dulu masalah rumahtangga dia...ni smua x setel lg aib pon x habis lagi....lagi mau tambah ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
kira bagus dah tengku mahkota yg jaga kelantan now...kalo dulu nama je negeri serambi mekah...tp asyek2 sket2 nk dinner...nk majlis taman...majunya xde pon...ajak penyanyi2 satu lagu nyanyi brp puluh ...
drtina86 Post at 3-1-2010 23:16
Dahulu di kenali sebagi SERAMBI MEKAH
La ni terkenal dengan SERAMBI MENIKAH |
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
good. bagus. Faris is making amends for anis' meddling all this while.
academia wise, sis kabu was made to understand tengku faris nih at least has a master's degree. ada sesapa buleh konpem? |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]kira bagus dah tengku mahkota yg jaga kelantan now...kalo dulu nama je negeri serambi mekah...tp asyek2 sket2 nk dinner...nk majlis taman...majunya xde pon...ajak penyanyi2 satu lagu nyanyi brp puluh ...
drtina86 Post at 3-1-2010 23:16 [/quote
betul tu
dulu2 bila ada keramaian jemput penyanyi2 yang hot2 dari KL
then bayar pun berpuluhan ribu
tapi skg cam dah kurang sikit
pernah gi dinner (ikut mak engku anak sedara Tunku Abd Rahman) kat Istana
masa tu dia invite Siti
dengar cite utk satu lagu dah kena bayar dkt rm10K
masa sblm Tengku Faris ni mmg agak sosial gak
tapi skg cam dah slow sikit |
|
|
|
|
|
|
|
kira bagus dah tengku mahkota yg jaga kelantan now...kalo dulu nama je negeri serambi mekah...tp asyek2 sket2 nk dinner...nk majlis taman...majunya xde pon...ajak penyanyi2 satu lagu nyanyi brp puluh ...
drtina86 Post at 3-1-2010 23:16
check ur fact dulu baru bleh ckp.......majlis tmn tu cuma persembahan budak skolah & kebudayaan rkyt je....
byr penyanyi tu biasa lah....
lagi plak bayaran biasanya tukang sponsor yg byr.....apa susah..
Kjaan Kelate jemput Mawi nyanyi kt sini dulu pun byr 5 angka bebbbb..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru dpt berita terkini....Tuanku Al-Sultan akan dibawa balik ke Msia dlm wktu terdekat....dgr nye doktor pakar kt sini dah standby........
Alhamdulillah....senang la sket kerja PRK.....maksud i takde la teruk kena berkejar KB-S'pore utk menjalankan tugas....nk handle isu dlm negeri pun senang sbb tk jauh sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemelut Kelantan Serius
Kemelut Kelantan serius
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
[email protected]
KOTA BHARU 5 Jan. - Walaupun masalah tersebut cuba dinafikan, pergeseran dalam keluarga Istana Kelantan semakin tidak dapat ditutup lagi dan menarik perhatian rakyat.
Ia menjadi kemelut yang sukar dirungkai apabila ia mula berkait dengan masalah hak dan kuasa yang perlu ditafsirkan, malah hari ini sudah ada laporan polis dibuat oleh individu yang menggelar dirinya rakyat prihatin.
Menurut sumber, pertelingkahan yang membabitkan keluarga diraja kini telah meletakkan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para pegawai tadbir dalam keadaan tersepit.
Beberapa rombakan pegawai tadbir, pelantikan dan pengguguran keahlian dalam Majlis Perajaan Negeri, penarikan balik gelaran Datuk serta pembatalan pelantikan Jaksa Pendamai difahamkan sebahagian daripada punca pertelingkahan yang berlaku kini.
Ia dibuat selepas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang menghidap serangan jantung berangkat menerima rawatan susulan di Singapura Mei tahun lalu dan putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja.
Pelantikan itu bagi membolehkan Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) fasa (1) dan (3) Perkara 22A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Tengku Muhammad Faris kemudiannya mengambil beberapa tindakan yang juga melibatkan kedudukan adindanya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry yang merupakan anakanda ketiga dalam keluarga itu.
Tengku Muhammad Fakhry telah digugurkan keahlian dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN) bersama Tengku Mahmud Tengku Abdul Halim, Datuk Nik Sulaiman Datuk Nik Daud dan Datuk Yusof Mohd. Othman
Tengku Temenggong kemudiannya dilaporkan berkata, tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak pentadbiran negeri tidak sah dan tidak mendapat sebarang restu dan keizinan baginda yang dikatakan masih sedar untuk mengikuti segala perkembangan yang berlaku di negeri itu.
Tengku Muhammad Fakhry juga membayangkan terdapat motif-motif tertentu di sebalik kenyataan yang dibacakan oleh Menteri Besar semalam berhubung laporan panel perubatan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan tahap kesihatan ayahandanya.
Tengku Muhammad Fakhry beralasan bahawa panel enam anggota itu tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan ke atas baginda dan laporan seumpama itu juga tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana ia hak peribadi baginda.
Menurut sumber-sumber, ketiadaan pegawai-pegawai tinggi melawat baginda dan keengganan pihak berkuasa negeri menerima arahan berhubung isu yang mendesak, menimbulkan kemurkaan baginda.
Setiausaha sulit baginda juga tidak muncul bagi menjalankan arahan rasmi walaupun telah diminta menghadap secara lisan untuk menyelesaikan beberapa isu yang memberi gambaran buruk kepada istana.
Apatah lagi mula timbul bibit-bibit tidak menyenangkan di media termasuk isu bayaran tunggakan bayaran hospital ketika kerajaan negeri dipercayai telah meluluskan peruntukan untuk tujuan itu.
Utusan Malaysia semalam melaporkan pendedahan Tengku Muhammad Fakhry mengenai titah Sultan Kelantan menyentuh beberapa isu berkait dengan bidang kuasa baginda yang disampaikan dalam sepucuk surat melaluinya.
Surat yang didakwa sebagai mewakili baginda ditujukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan manakala salinannya kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Surat bertarikh 29 Disember yang ditandatangani oleh Tengku Temenggong itu menyebut bahawa disebabkan ketidakhadiran setiausaha sulit yang dipanggil menghadap, baginda telah memberi kuasa kepada anakandanya untuk menyampaikan arahan terbarunya.
Namun difahamkan Sultan Kelantan tidak lagi mempunyai setiausaha sulit selepas baginda berangkat menjalani rawatan susulan di Singapura Mei lalu.
Bekas Setiausaha Sulit baginda, Engku Rajhan Engku Ismail, 46, ditukarkan bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang portfolio oleh pihak pentadbiran negeri.
Difahamkan pertukaran itu dilakukan beberapa hari selepas baginda berangkat dalam satu rombakan yang turut melibatkan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Engku Rajhan tidak dapat memenuhi permintaan Tuanku Ismail Petra untuk menghadap baginda di Singapura kerana tidak lagi mempunyai kaitan dengan pihak istana dengan jawatan barunya.
Difahamkan Engku Rajhan berkhidmat selama dua tahun sebagai setiausaha sulit baginda dan jawatan itu tidak lagi diperlukan kerana setiausaha sulit baru telah dilantik bagi berkhidmat di bawah Pemangku Raja.
Sementara itu, dalam surat yang dikeluarkan oleh Tengku Muhammad Fakhry yang didakwa dipersetujui Sultan Kelantan, baginda dikatakan tidak bersetuju, tidak mengiktiraf dan tidak mengesahkan apa-apa surat atau arahan bersabit dengan pembatalan dan pelantikan mana-mana pihak dalam MPN yang dibuat oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Surat itu juga menyatakan penarikan balik darjah-darjah kebesaran dan pembatalan pelantikan Jaksa Pendamai.
Surat itu turut menyebut baginda menitahkan darjah kebesaran 'Datuk' atau setaraf dengannya ditarik balik melibatkan lapan individu termasuk Mohd. Aiseri dan Pengelola Istana, Datul Abdul Halim Hamad.
Penarikan balik darjah kebesaran itu juga melibatkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi; seorang peguam, Datuk Sukri Mohamad; pemaju perumahan, Datuk Razali Daud; ahli perniagaan, Datuk Chai Kin Loong dan Tan Choon Hwa.
Menurut sumber-sumber, Tengku Temenggong berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya titah baginda tidak diendahkan oleh kerajaan dan pentadbiran negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Pertelingkahan berpunca dari:
-Beberapa rombakan pegawai tadbir,
-pelantikan dan pengguguran keahlian dalam Majlis Perajaan Negeri,
-penarikan balik gelaran Datuk
-pembatalan pelantikan Jaksa Pendamai |
|
|
|
|
|
|
|
Penarikan balik darjah kebesaran itu juga melibatkan:
- Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi;
- seorang peguam, Datuk Sukri Mohamad;
- pemaju perumahan, Datuk Razali Daud; ahli
- perniagaan, Datuk Chai Kin Loong dan Tan Choon Hwa. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg pegang jawatan skang?
sapa yg ada kelulusan akademik?
yg seko lagik dok dendiam udah sbelom kene hukuman buang negeri :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Pengguguran dari Majlis Perajaan Negeri:
-Tengku Muhammad Fakhry (Tekngku Temenggong)
-Tengku Mahmud Tengku Abdul Halim,
-Datuk Nik Sulaiman Datuk Nik Daud
-Datuk Yusof Mohd. Othman |
|
|
|
|
|
|
| |
|