CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
 Author| Post time 15-10-2011 02:43 PM | Show all posts
Alisha dan Nina kembali memandang ke arah Najmi dan juru nikah. Najmi kelihatan ketawa kecil sambil membetulkan duduknya. Babah Alisha dan papa Najmi juga kelihatan ketawa sama. Entah apa yang mencuit hati mereka, Alisha tidak tahu. Tuan kadi buat lawak agaknya. Alisha menelan liur apabila Najmi menghulurkan tangannya kepada juru nikah. Semua diam memerhati. Complete silent!  Alisha mengenggam jambangan bunga di tangannya kuat- kuat. Hatinya kembali dihuni debaran yang hebat.

“Muhammad Najmi bin Ismail, saya nikahkan kamu dengan Alisha binti Hanif, yang berwakil walikan kepada saya dengan mas kahwinnya 300 ringgit, tunai!”

Dengan tenang, Najmi membalas, “Saya terima nikahnya Alisha binti Hanif dengan mas kahwinnya 300 ringgit, tunai!” Lancar dengan hanya sekali lafaz. Sesudah itu, nafas lega Najmi hembuskan.

“Sah!”

“Sah la tu...”

“Alhamdulillah...”

Air mata terasa bergenang di kelopak matanya. Alhamdulillah... bisik hati kecilnya. Alisha merasa lega, yang amat! Alisha berpaling kepada ibunya dan Arfah mencium pipi Alisha. Air mata mengalir di pipi ibunya. Icha sayang ibu, sempat itu yang Alisha bisikkan pada Arfah. Mama Najmi turut mencium pipinya. Alisha tidak lupa untuk berpaling ke arah ahli keluarganya yang lain. Mereka semua tersenyum memandangnya. Ngee... Aku dah jadi isteri orang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2011 02:45 PM | Show all posts
Azmal Zakwan tersenyum apabila melihat Najmi bangun menghampiri Alisha untuk acara membatalkan air sembahyang. Kamera nampaknya sudah bersedia untuk merakamkan momen istimewa itu. Dia bergerak menghampiri sementelah dia sendiri memegang kamera.

Alisha tersenyum malu apabila Najmi duduk di hadapannya. Mama menyuakan Najmi sebuah kotak. Najmi menyambut dan seutas gelang emas putih dia keluarkan. Untuk pertama kalinya dalam hidup, Najmi menyentuh tangan Alisha. Kemas pegangannya. Gelang itu Najmi pakaikan ke tangan Alisha. Alisha pula menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Najmi. Najmi menahan tawa melihat tangan Alisha yang nampak sedikit terketar- ketar.

Wajah Alisha bertambah merah saat Najmi ingin mengucup dahinya. Sempat Najmi berbisik perlahan, “I love you sayang,” sebelum bibirnya singgah di dahi Alisha.

“Lagi sekali!” Itu suara Azim apabila Najmi usai mengucup dahinya. Najmi menurut. Ambik kesempatan ni! Bisik hati Alisha.

“Lama sikit!” Alisha tidak tahu itu suara siapa. Oh tidak... Malunya!

Sewaktu tetamu menikmati hidangan masing- masing, Alisha dan Najmi ditinggalkan berdua. Najmi merenung wajah Alisha yang jelas ketara seri pengantinnya. “Tahniah!” usik Najmi.

“Tima kaseh!” balas Alisha selamba. Mata Najmi tidak dipandang. Malu ooooh!

“I love you isteriku,” ucap Najmi, seakan berbisik. Jemari Alisha di capai dan di genggam erat- erat.

“Okay,” balas Alisha, malu- malu. Najmi membesarkan matanya mendengar balasan Alisha. Alisha ketawa kecil.

“Sayang...” seru Najmi perlahan.

Alisha menelan air liur. Jantung terasa seperti hendak tercabut! Dia diam sahaja, tidak menyahut panggilan Najmi.

“Bila esok, kita akan jumpa semula, sayang dah jadi isteri abang...” ucap Najmi. “I am so happy, sayang,” sambung Najmi. Alisha tersenyum. Genggaman tangan Najmi dia balas.

Tetamu kebanyakkannya sudah pulang. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga yang terdekat. Mereka kelihatan berbual- bual sesama mereka. Alisha dan Najmi juga berada bersama mereka. Pastinya mereka menjadi usikan ahli keluarga mereka lebih- lebih lagi apabila Najmi tidak sekejap pun melepaskan genggaman tangannya pada Alisha. Alisha di sisinya hanya tersipu- sipu apabila diusik. Bukannya dia tidak cuba untuk menarik kembali tangannya tapi Najmi tetap juga begitu. Sengajalah tu Najmi ingin mengusik.

Apabila jam menginjak ke pukul 11, ahli keluarga Najmi meminta diri. Esok majlis persandingan pula akan diadakan.

“Jimi, malam ni balik rumah sendiri dulu ya. Tak boleh tidur sini lagi,” usik papanya. Pecah tawa mereka di situ. Najmi tersengih- sengih. Alisha pula, kalau boleh, rasa nak lari masuk ke dalam rumah.

Najmi berpaling memandang Alisha di sisi. Mata mereka bertemu dalam pandangan yang... Alisha senyum, Najmi juga senyum hingga menampakkan lesung pipitnya. “Abang balik dulu,” kata Najmi. Alisha mengangguk. Spontan tanpa Alisha duga, Najmi tunduk dan mengucup pipinya. Alisha tergamam. Sejurus itu, kedengaran bunyi sorakan. Yang pasti, suara Shafiq dan Azim yang paling kuat  sekali.

“Nanti abang call,” kata Najmi sebelum menutup pintu kereta. Azim di tempat pemandu tersengih- sengih memandang Alisha. Saat itu baru Alisha sedar, Azmal Zakwan tiada bersama mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 03:34 PM | Show all posts
Ohhhhhh, next n3 please....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 03:46 AM | Show all posts
Reply 5# anakhalal


   
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 03:46 AM | Show all posts
Reply 282# anakhalal
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 03:47 AM | Show all posts
Reply 276# anakhalal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2011 11:31 AM | Show all posts
wahhh akhirnye najmi slamat mnikahi alisha.... smoga sgala2 nye slamat ye AH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:32 PM | Show all posts
BAB 30
Cuaca hari itu memang terbaik. Redup saja. Sedikit berangin. Tetamu yang datang pun mesti rasa selesa dan tak adalah rasa macam nak duduk dalam tong air sirap disebabkan oleh cuaca panas. Dia dan Najmi pun rasa baik- baik saja masa bersanding tadi. Ramai juga tetamu yang datang samada saudara mara mahupun kawan- kawan. Meriah dan semoga mereka mendoakan kebahagiaan Alisha dan Najmi. Makanan pun sedap. Berbaloilah. Pok Mat KT memang terbaiklah!

Nina menjadi pengapitnya manakala Azim pula jadi pengapit Najmi. Azim nampaknya tersenyum ceria saja, kalah pengantin lelaki. Bila Alisha tanya, jawab Najmi, “Dia happy sebab dapat kalahkan Azmal untuk jadi pengapit abang.”

Kata Alisha pula, “Bukan ke dari awal Azim yang patut jadi pengapit?”

Dalam senyuman Najmi menjawab, “Azmal ‘psycho’ Azim cakap pengapit lambat dapat jodoh. Azim dah gelabah padahal sebenarnya Azmal yang nak jadi pengapit.” Alisha ketawa mendengar cerita suaminya itu. Oh, sisi lain Azmal Zakwan. Tapi siapa sangka, Najmi dan Azim boleh ‘get along’ dengan Azmal Zakwan tu. Sebab Alisha Hanif la, kan? Alisha sudah perasan sendiri.   

“Apahal aku dengar kau sebut nama aku?” Ada suara yang bertanya.

Serentak Najmi dan Alisha menoleh. Azim tercegat memandang mereka dengan cawan air sirap di tangan. “Mana ada sebut nama kau,” balas Najmi. Alisha di sisinya menekup tangan ke mulutnya.

“Yela tu mana ada... Kau gelakkan aku pasal apa Icha?” Azim bertanya pada Alisha.

“Mana ada gelakkan kau,” balas Alisha pula.

Najmi di sisinya ketawa kecil. “Paranoid,” bisik Najmi ke telinga Alisha. Alisha ketawa lagi.

“Haa... Haa... Tu bisik- bisik apa tu? Tak senonoh la kau Jimi, tak sempat masuk bilik!” usik Azim. Alisha dan Najmi sama- sama membesarkan mata mendengar kata- kata Azim.

“Aku hempuk dengan payung ropol- ropol tu karang, baru kau tahu!” marah Najmi. Giliran Azim pula yang ketawa, suka dapat mengenakan pasangan pengantin baharu itu. Alisha dah malu- malu lebih- lebih lagi bila Najmi mengenggam jemarinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2011 04:33 PM | Show all posts
Di satu sudut, Azmal tersenyum melihat Azim, Alisha dan Najmi yang kelihatan ketawa di bawah khemah utama. Mesti ada cerita lucu yang membuatkan mereka ketawa. Jelas dimatanya Najmi mencapai jemari Alisha dan mengenggamnya erat- erat. Dia menggeleng sendiri sambil langkah di atur ke meja hidangan. Nak ambil air sirap, dahaga.

Dia menghulurkan tangan untuk mencapai cawan polisterin yang belum digunakan tapi terhenti apabila ada tangan lain yang terlebih dahulu mencapai cawan itu. Azmal pantas berpaling. Itu memang tindakan spontan. Dia bukannya hendak marah atau apa tapi dia tidak sangka pula tindakan spontannya itu menyebabkan ‘si dia’ yang terlebih dahulu mengambil cawan itu terkebil- kebil memandangnya. Azmal pandang dia, dia juga pandang Azmal. Dia, seorang perempuan yang bertudung putih. Okay, mata dia cantik.

Dia yang bertudung putih dan bermata cantik itu lantas meletakkan kembali cawan polisterin yang dia ambil tadi. Tanpa sepatah kata, dia bergegas pergi. Azmal terkedu, sungguh dia terkedu dengan tindakan ‘si dia’ itu. Muka aku ni menakutkan sangat ke? Sempat Azmal berjeda sendiri. Tiba- tiba teringat pula akan kata- kata Abul tempoh hari, “Goatie kau tu buat orang fikir yang kau ni serius memanjang. Orang takut nak dekat, kau tahu? Muka garang!” Okay, buat masa sekarang, rasanya dia percaya pada cakap Abul itu. Sudahnya Azmal angkat bahu dan mengambil air sirap. Selepas itu, dia menapak menghampiri pasangan pengantin dan Azim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:35 PM | Show all posts
Azim terlebih dahulu menyapa Azmal. “Budak jahat!” kata Azim. Najmi dan Alisha sama- sama berpaling melihat gerangan yang dipanggil budak jahat oleh Azim. Alisha tersenyum sahaja apabila menyedari itu Azmal Zakwan.

“Ish... Kenapalah kau panggil aku macam tu?” tanya Azmal sambil buat kening double jerk. Najmi tersengih saja, kerana dia sudah tahu cerita.

“Buat- buat tanya! Kau nak cantas jalan aku! Sampai masa nak akad nikah pun kau duk psycho aku cakap pengapit lambat dapat jodoh!” kata Azim. Azmal ketawa hingga nampak barisan giginya yang putih itu.

“Dak aihh... Lepas ni, turn hang la,” kata Azmal usai habis tawanya.

“Bila turn kau?” sampuk Najmi. Azmal tersengih mendengar pertanyaan Najmi yang entah ke berapa kali itu. Spontan dia memandang Alisha.

“Alisha tolong carikan calon, boleh?” Itu jawab Azmal. Saat dia mengucapkan kata- kata itu, dia sendiri tidak pasti apa rasa yang ada di hatinya. Tapi sekurang- kurangnya, dia sudah boleh bergurau dengan Alisha.

Mendengarkan itu, Alisha dengan penuh semangat kata, “Boleh! Betul ni? Okay... Ain mana? Ain!!”

Terlopong Najmi dan Azim dengan gelagat Alisha. Azmal apatah lagi!

“Icha, sejak bila buka bisnes match making ni?” Najmi bertanya.

“Baru je. Ni first customer la ni,” jawab Alisha dengan selamba sambil kepalanya berpusing ke kiri dan kanan.

“Eh, gurau je lah Alisha,” pintas Azmal pula.

“Alaa... Ruginya, Ain tak ada,” keluh Alisha. Najmi di sisinya ketawa kecil.

Azmal melepaskan nafas lega. Dibuatnya betul- betul ‘Ain’ tu muncul, mana dia nak lari? Alisha ni, sesuka hati dia aja! Tapi, Ain yang mana satu ek? Hehehe...

Alisha bertanya pada abangnya yang kebetulan melepasi mereka. “Abang, Ain mana?”
Jawab Shafiq, “Dia pergi hantar lauk ke rumah Chu Nab.” Shafiq terus berlalu.

“Tak ada rezekilah Azmal,” kata Alisha pada Azmal. Azmal ketawa kecil.

“Aku minta diri dululah,” kata Azim. Azmal juga.

“Eh, lepaklah dulu,” kata Najmi. Alisha meminta mereka supaya menunggu sebentar.

“Tak naklah. Kalau stay, sure kena basuh periuk belanga,” jawab Azim. Najmi dan Azmal sama- sama ketawa.

“Tak ada shoot outdoor ke?” Azmal bertanya.

“Ada... Jap lagi. Tukar baju dulu,” balas Najmi.

Alisha kembali dengan empat beg kertas di tangan. Dua dihulurkan pada Azim manakala lagi dua pada Azmal. “Thanks for everything,” kata Alisha dengan senyuman manis menguntum di bibirnya. Mereka bergerak ke pagar.

Najmi bersalaman dengan Azim dan Azmal. Sempat juga Azim berbisik kepadanya, “Good luck for tonight.” Najmi balas dengan ketawa besar. Alisha di sisi begitu kepingin untuk tahu apa yang Azim bisikkan pada Najmi. Ada lah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:37 PM | Show all posts
BAB 31
Cerita tentang Azmal Zakwan belum ada titik noktah. Ceritanya tentang kebetulan. Azmal menapak menuju ke arah keretanya yang diparkir di hujung jalan memandangkan parking yang terhad di kawasan perumahan itu. Bunyi hon kereta membuatkan dia berpaling. Azim rupanya. Dia pantas mengangkat tangan kepada Azim.

Ketika hampir sampai ke keretanya, dia melihat satu susuk tubuh berdiri berhampiran keretanya. Perempuan. Bertudung putih. Di tangannya ada mangkuk tingkat. Dia mempercepatkan langkahnya. Siapa? Kenapa pula tu?

“Kenapa ni?” Azmal menyapa dari arah belakang. Perempuan bertudung putih itu berpaling.

Oh! Dia... Perempuan bertudung putih, bermata cantik. Perempuan yang bergegas pergi tanpa sempat minum air sirap tadi.

“Kenapa?” Azmal bertanya lagi.

“Tak boleh nak keluarkan kereta,” jawab perempuan bertudung putih bermata cantik itu. Suaranya hampir sahaja tidak kedengaran.

Azmal memandang ke arah keretanya. Ya, betullah keretanya menghalang MyVi hitam itu dari keluar.  

“Sorry,” kata Azmal. Dia pantas mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar jeannya.

“Tak apa,” jawab perempuan bertudung putih bermata cantik itu.

“Lama tunggu?” Azmal cuba memancing perbualan.

“Tak,” Itu jawapan yang Azmal dapat.

Azmal membuka pintu kereta. Tapi dia tidak terus masuk. Dia tercegat di muka pintu kereta. Kelihatan seperti berfikir. “Saya Azmal,” kata- kata itu terluah dari bibirnya tanpa dirancang. Sungguh, Azmal sendiri terkejut.

Perempuan bertudung putih bermata cantik itu kelihatan terkedu. Pemegang mangkuk tingkat dia genggam erat- erat. Persediaan, jika ‘pakcik’ berwajah serius itu cuba melakukan yang bukan- bukan, dia tidak akan segan- segan untuk menghentak kepalanya dengan mangkuk tingkat itu!

“Saya Azmal Zakwan. Awak?” kata Azmal lagi. Dia cuba menahan tawa yang seakan mahu meledak keluar apabila melihat wajah si dia yang jelas terpinga- pinga.

“Ain,” jawab perempuan bertudung putih bermata cantik itu.

Giliran Azmal pula yang terkedu. “Ain? Ain mana?” spontan pertanyaan itu yang keluar dari mulutnya. Ini kah ‘Ain’ yang disebut Alisha?

Huh? Ain terkedu lagi. Ain mana? Apa jenis soalan tu? Namun tetap juga dia menjawab,
“Ain sepupu pengantin perempuan.”

Azmal tersenyum. Lebar senyumannya mendengarkan jawapan itu. Terasa ingin ketawa juga. “Okay Ain, jumpa lagi. Drive carefully,” kata Azmal sebelum masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin kereta dan pergi begitu sahaja. Rasanya dia sokong aja kalau Alisha mahu start bisnes match making tu... Bahkan, dia orang pertama yang akan daftar jadi pelanggan Alisha. Azmal ketawa kecil. Melalui cermin pandang belakang, dia dapat lihat, Ain yang bertudung putih bermata cantik itu masih tercegat memandang ke arah keretanya yang makin menjauh.

Ain masih berdiri di situ. Honda Civic berwarna perak itu dia pandang hingga hilang dari pandangan. Peliklah, bisik hatinya. Azmal Zakwan... Kawan Abang Jimi agaknya. Ain angkat bahu dan terus melangkah ke arah MyVi nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 08:56 AM | Show all posts
alhamdullilah, selamat semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:30 AM | Show all posts
Sambung lagi. Citer Azmal dan Ain pula.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:02 PM | Show all posts
sambung lagi............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 10:58 PM | Show all posts
Reply 293# zeeghaz


   saya tak boleh sambung cerita psl Azmal dan Ain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:21 PM | Show all posts
anakhalal, taknak lah azmal ngan ain, kalau blh biarlah azmal ngan alisha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 296# bukulali


    azmal dengan alisha?nk bt mcm mn, azmal xbgtau alisha pun dia suka alisha..kih3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 02:54 PM | Show all posts
Reply 294# mie07


    ada smbgn,Insya Allah.. tgguuuuu...kih3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 287# juliet80


    Insya Allah,selamat lah Najmi dan Alisha tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 286# nursakinah


   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah (Page 45)
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 42251 Replies : 953
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 355842 Replies : 7004
Edisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v Port Dickson
YgBenarEdisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v P
Views : 29560 Replies : 49
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 19800 Replies : 15
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 126822 Replies : 8142
ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
debab_78ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
Views : 47271 Replies : 210
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26059 Replies : 652
Kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir cipta sejarah menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
YgBenarKanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir ci
Views : 20628 Replies : 62
jom kongsi gambar tanaman sekeliling rumah
annabellaruz2jom kongsi gambar tanaman sekeliling rum
Views : 216912 Replies : 809
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127533 Replies : 1776

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063132 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list