CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 14-6-2011 10:25 PM | Show all posts
jgn2 Tengku Alya mastermaid dalang penculikkan Faris..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 11:22 PM | Show all posts
Reply 281# nallepooh

ha ah la...entah2 dia kot... dendam n sakit ati sebab cinta ditolak faris..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 11:01 AM | Show all posts
nmpaknye tengku alyah boleh jadi suspek yg utama ni ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 12:30 PM | Show all posts
Mail meneliti gambar yang tertancap di skrin telefon bimbit milik Faris. Puas dipusingkan gambar itu ke kiri ke kanan. Abu, Dol, Aishah dan Faris sama2 memandang tajam kea rah Mail, menanti kata putus dari Mail.


“Inikah orangnya?” soal Faris. Lama sungguh Mail mengambil masa untuk mengecam gambar itu. Mail mengangkat wajahnya lalu memandang Faris. Empat pasang mata kini benar2 menunggu jawapan darinya dengan tidak sabar2 lagi.


“Cepatlah jawab….tangan aku dah menggigil nak pukul orang dah ni…” gertak Dol lagi. Penat berteleku di depan Mail sejak pagi tadi. Mukanya pun masih belum dibasuh sejah bangun tidur tadi.


Mail memandang kesemuanya, kemudian perlahan2 menggeleng.


“Arrrhhhh???” Dol, Mail dan Aishah sudah tersandar ke belakang sofa. Faris merampas kembali telefon bimbitnya lalu meneliti gambar itu.


“Kau pasti, ini bukan bos kau?” soal Faris sekali lagi.


“Pasti! 100 % bukan. Bos aku taklah sehensem ni…” balas Mail jujur.


“Kau tak tipu?” Faris kini sudah mula menunjukkan tanda2 hendak marah. Bahu Mail sudah dicengkam kuat. Berkerut muka Mail menahan sakit.

‘Ohh..sayang…engkaulah jejaka idaman, akulah yang paling menanti..menyayangi….’

“Opocot! Telefon aku!!” Dol cepat2 mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya sebaik lagu ‘Jejaka Idaman’ dendangan Raja Ema menjerit nyaring. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 12:32 PM | Show all posts
“Hello…” Dol melembutkan ton suaranya  menjawab panggilan yang tidak diketahui siapa pemanggilnya. Matanya meliar memandang satu demi satu manusia dihadapannya. 3 pasang mata dihadapannya memandang Dol penuh curiga.


“Haaa???” soal Dol seakan kurang percaya dengan apa yang sedang didengarinya. Wajah Faris dipandangnya. Kali ini, Abu, Aishah dan Faris saling berpandangan.


“Tapi….” Wajah Dol berkerut. Dia terkesima. Lama bercakap ditelefon, akhirnya telefon dijatuhkan dari telinganya. Abu segera mendapatkan Dol.


“Apahal?” soal Abu serius. Dol memandang Abu, kemudian pandangannya beralih kea rah Faris.


“Bos Mail telefon aku….” kata Dol lemah. Serentak dengan itu, keempat2 mata dihadapannya terbeliak memandang Dol.       


“Macammana dia boleh telefon kau?” soal Abu pula.


“Dia memang ada nombor contact kau…” Mail pula menjawab.


“Kau ni……” Dol merenung Mail geram. Terasa ringan sahaja tangannya hendak menumbuk muka si Mail ni.


“Apa dia nak?” soal Faris.


“Dia kata, dia nak kami serahkan kau pada dia tengahari ni jugak. Dia akan tunggu depan balai polis Dang Wangi. Kalau kami tak serahkan kau pada dia tengahari ni, pita video culik kami tu akan terus diserahkan kepada pihak polis waktu tu jugak…” kata Dol.


Semua mata tercengang. Faris tunduk, resah. Dia mengetap bibirnya geram. Kemudian dipandang Dol.


“Dail nombor telefon tu semula! Biar aku bercakap dengan orang tu!” kali ini Faris sudah tidak dapat bersabar lagi. Melihat riak wajah Faris yang garang, Dol akur. Tangannya pantas mendail nombor tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 12:33 PM | Show all posts
Van mereka kini tiba di depan stadium lama yang berhadapan Balai Polis Dang Wangi. Semua wajah resah memerhatikan kelibat orang yang dinanti.


“Mail…tunjuk pada kami sebaik orang tu sampai…” arah Faris. Mail akur.


“Kau pasti dengan tindakan kau kali ni?” Aishah tiba2 bersuara. Faris menoleh, memandang Aishah disisinya. Faris merenung anak mata hitam itu, kemudian mengangguk perlahan.


“Kalau diorang tipu?” soal Aishah lagi. Faris menarik nafas resah. Perlahan2, dia menggelengkan kepalanya.


“Aku pasrah pada Tuhan saja…” saat itu, terbit rasa rendah diri dan lemah sebagai seorang manusia dalam diri Faris. Dia menelan air liur pekat. Aishah dipandang lagi.


“Tu! Tu! Itu bos aku!!” Mail tiba2 bersuara sambil menunjukkan kea rah seorang lelaki yang baru keluar dari kereta Perdana berwarna hitam. Lelaki yang memakai jeans dan kemeja merah bata segera dipandang.


Faris mengamati wajah lelaki itu. Siapa dia?


“Kau kenal dia?” soal Aishah. Mereka sama2 memandang lelaki itu dari jauh.


“Tak…”


“Siapa dia ni..apa motif dia nak bunuh aku? Kenapa dia tak minta tebusan dari keluarga aku?” Faris bersuara hairan. Seakan berbisik kepada diri sendiri. Namun cukup untuk didengari Aishah.


Tiba2 telefon bimbit Dol berbunyi sekali lagi. Cepat2  Faris menjawab, enggan membiarkan Raja Ema terus menyanyi panjang di saat2 genting seperti itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2011 12:34 PM | Show all posts
“Hello..”


“Aku tahu kamu semua dah sampai. Jadi, keluarlah sekarang!” kata lelaki itu. Darah Faris berderau.


“Tapi…macammana aku nak pastikan kau tak tipu kami?” soal Faris. Dia bimbang, jika dia sudah berada di dalam genggaman lelaki itu, lelaki itu pula enggan menyerahkan pita video kepada mereka.


“Pita video ni tak bermakna apa2 pada aku. Aku cuma mahukan kau Tengku Faris!” lelaki itu ketawa mengejek. Faris terdiam sejenak berfikir.


“Kalau begitu, aku hantar orang aku ke sana dahulu untuk ambil pita video tu. Lepas pita video tu berada ditangan dia, barulah aku akan datang kepada kau…” kata Faris. Lelaki dihujung talian ketawa lagi.


“Boleh! Tapi…aku mahu kau hantar perempuan bersama kau tu untuk dapatkan pita video ni…” ujar lelaki itu pula. Faris terkedu. Aishah segera dipandang.


“Tak boleh! Aku akan hantar orang lain,” tegas Faris.


“Terserah…samada perempuan itu datang sendiri ambil pita video ni, atau aku akan terus hantar saja pita video ni pada polis. Balai polis pun depan aku saja..” lelaki itu kali ini mengugut. Faris memandang lelaki itu dari jauh. Jelas kelihatan dia mundar mandir di hadapan pagar balai polis tersebut.


Faris menghela nafas resah. Wajah Aishah dipandangnya.


“Nanti…” talian terus dimatikan. Faris terus menekup mukanya. Tindakannya menghairankan Abu, Dol dan Aishah. Segera Aishah mengusap bahu Faris.


“Kenapa?” soal Aishah. Dol dan Abu saling berpandangan hairan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 12:35 PM | Show all posts
“Hhhiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!” tiba2 saja Faris membentak. Tangannya terus memukul tempat duduk hadapan dimana Dol sedang duduk. Bergoyang tempat duduk itu hingga membuatkan Dol hampir2 terdorong kedepan.


“Apahal pulak ni..” Dol kelam kabut membetulkan tempat duduknya yang hampir senget dipukul Faris.


“Kenapa?” soal Aishah geram memandang Faris.  Faris mengangkat wajahnya lalu merenung Aishah di depannya.  Aishah pula terpinga2 sambil berbalas pandang dengan Abu dan Dol.


“Cakaplah cepat! Kenapa diam macam ni…takut kami tengok kau..” Abu mencelah bila melihat peluh merenik di dahi Faris.  Faris cuba menelan air liurnya payah. Dia melempar pandang ke luar tingkap van, memerhati lelaki berbaju merah bata yang sedang bersandar di kereta Perdananya.


“Sial!!!”  Faris menyumpah2 lelaki itu, sambil diperhatikan dengan penuh tanda tanya oleh yang lain. Memandangkan mereka tidak punya banyak masa, Faris lantas meraih kedua belah tangan Aishah. Wajah Aishah dipandang tepat. Anak matanya merenung tepat ke mata Aishah. Aishah pula terpana diperlakukan sebegitu. Genggaman tangan Faris terasa begitu erat ditangannya.


“Aishah….” Faris sempat menelan air liurnya. Abu , Dol dan Mail memandang kedua2 mereka.


“Aishah…kau boleh tolong aku?” Faris bersuara perlahan sambil memandang tepat ke wajah Aishah. Nadanya menggigil.


“Boleh…” tanpa mengetahui apa yang bakal diterima, Aishah terus menyatakan persetujuannya. Dia tidak peduli, apa jua permintaan Faris akan cuba dipenuhinya saat ini. Faris sekali lagi tunduk, menahan geram. Geram dengan permintaan lelaki berbaju merah bata yang bingai itu! Nah..sekarang dia pun sudah pandai menggunakan perkataan ‘bingai’.


“Kau pergi ambil video tape dari lelaki tu…” ucap Faris dalam terpaksa. Dia menggigil.


“Kenapa Ecah yang kena pergi?!” bentak Abu kelam kabut. Abu ternganga memandang Faris.


“Bukan aku yang nak! Lelaki tu yang mintak! Dia tak mahu orang lain yang pergi ambik! Aku tak boleh nak buat apa..” bentak Faris marah. Abu dipandangnya geram. Dia ingat aku nak serahkan si Aishah ni bulat2 pada lelaki yang entah datang dari planet mana ni! Bertukar nyawa dengan aku pun, aku sanggup, asalkan Aishah selamat!


“Tak apa…Ecah pergi..” melihat Faris dan Abu yang bertegang urat, Aishah cepat2 menepuk bahu keduanya. Aishah terus membuka pintu van untuk keluar.


“Ecah..baik2!!” laung Abu gementar dari tempat duduk hadapan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah meletakkan Aishah pada mana2 keadaan bahaya seperti itu.


Faris pantas memaut tangan Aishah. Aishah berpaling, memandang Faris yang menggeletar merenungnya. Tangannya digenggam erat oleh Faris.


“Sebaik kau dapat video tu, terus lari ke sini. Faham?!” kata Faris tegas, tepat memandang Aishah. Aishah bungkam, merenung wajah Faris. Perlahan dia angguk. Genggaman tangan Faris dileraikannya dengan payah. Faris pula seakan berat melepaskan Aishah yang melintas jalan menuju ke kereta Perdana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2011 12:37 PM | Show all posts
Faris turun dari van. Serasa hendak saja menuruti langkah Aishah. Tetapi, selagi video itu belum di genggaman Aishah, dia tidak seharusnya pergi kepada lelaki itu.


Dengan penuh debaran di dada, Abu, Dol dan Faris memandang dari seberang jalan Aishah yang sudah pun menghampiri lelaki berbaju merah bata yang tersenyum megah. Dari jauh, mereka lihat lelaki itu menyerahkan sekeping sampul surat berwarna coklat kepada Aishah dan Aishah menyambutnya.


Hati Faris berdebar2. Melihat Aishah yang sedang memegang sampul itu, terasa ringan saja kakinya hendak berlari ke situ. Namun, di luar jangkaan mereka, tiba2 pintu kereta Perdana dibahagian tempat duduk belakang dibuka dari dalam. Lelaki itu pula cepat2 menolak tubuh Aishah ke dalam kereta dan secepat kilat kereta itu memecut laju meninggalkan tempat itu.


“Shiittt!!!!!” Faris menjerit kuat. Apa yang bermain dikotak fikirannya tadi, sudah benar2 berlaku! Memang orang2 ini hendak mempermainkan mereka.


“Heyy!!! Dia dah bawak lari Ecah kita!!! Dia dah bawak lari Ecah!!!” Abu dan Dol sama2 menjerit. Dol pula kelam kabut menghidupkan enjin van. Faris terus memanjat van. Suasana bertukar menjadi kelam kabut.


Dol segera mengundurkan vannya lalu cuba mengejar kereta Perdana yang telahpun hilang dari pandangan mereka menuju kea rah Jalan Bukit Bintang.


“Celaka orang nih!!! Aku bunuh!!!” Faris tak ubah bagai orang gila. Telefon di tangannya didail secepat mungkin. Namun panggilannya tidak bersambut. Hal itu menambahkan gelodak kemarahan Faris. Terasa hendak dibalingnya saja telefon bimbit itu.


“Ikut diorang! Ikut diorang!” Abu kelam kabut meneliti ekor kereta yang sudah hampir hilang dari jejak mereka.


“Aku tengah ikutlah ni!” Dol membentak.


“Dia dah nak hilang dah tu! Alamak lampu merah tu dah bertukar lampu hijau! Mati kita Dol!”


“Kau sabarlah sikit! Dahla jalan ni ngok ngek jemnya! Aku nak mencelah macammana..”


“Potong kereta tu Dol! Potong!”


“Nak potong pakai apa? Pakai pisau senanglah!  Ini pakai kereta tengah2 jem orang balik sekolah, kau sabarlah..”


“Wooiii!! Korang jangan bising boleh tak? Aku tengah nak bercakap dengan orang nih!!!” jerkah Faris. Nafasnya turun naik menggila. Abu dan Dol terus senyap tak bersuara. Mail pula sudah berubah tempat. Dari duduk dibelakang van, kini dia sudah berpindah duduk ke tempat Aishah yang kosong.


Faris menunggu panggilannya dengan nafas yang tak tertahan. Tengku Kamil dan Tengku Khursiah harus diajar! Kalau benar mereka mahukan nyawa dia, mengapa perlu bermain sebegini dengan nyawa dan nasib orang lain? Lebih2 lagi, orang yang tak pernah bersalah.


“Hello!!” mata Faris bersinar bila panggilannya dijawab oleh Tengku Kamil. Ya, dia kenal benar suara Tengku Kamil.


“Tengku Kamil! Kau memang tak guna! Kalau kau benar2 mahukan nyawa aku, kita jumpa sekarang! Tak perlu suruh orang suruhan kau culik orang aku!!” jerkah Faris kuat. Hampir2 terpelanting isi van mendengar suaranya yang sedang marah.


“Siapa ni? Tengku Faris? Tengku Faris!!!”


“Heyy!! Tak usah pura2 gembira dengar suara aku lagi! Aku nak jumpa kau sekarang jugak! Kau kat mana ni? Aku mahu kau lepaskan Aishah sekarang jugak!”


“Faris! Siapa Aishah?!! Kau kat mana ni? Kami dah cari kau sejak minggu lepas!”


“Kau jangan main2 Kamil! Aku mahukan Aishah sekarang jugak!” Faris sudah naik marah mendengar suara tidak bersalah Tengku Kamil.


“Faris!!!!” Tengku Kamil pula menjerit dihujung talian. Faris terdiam sejenak.


“Kau ingat akukah yang culik kau? Takkan aku nak buat macam tu pada adik aku sendiri!!!” bentak Tengku Kamil marah. Faris terdiam membungkam sambil memandang Abu, Dol dan Mail yang sedang memerhatikan tingkah lakunya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:46 PM | Show all posts
sapalah mastermindnya???
agaknya ecah dalam bahaya x????
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:23 PM | Show all posts
wahhh...suspen...suspenn..
sambg byk2 lg plzzzzzzzz....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:46 PM | Show all posts
ala cian ecah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:51 PM | Show all posts
haiyoooohhhh...lagi la suspen nye.... sapa la sebenarnya yang punya angkara nih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:20 PM | Show all posts
adeiii ecah kena culik plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:36 PM | Show all posts
tak terfikir sape dalang penculikkan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 09:53 PM | Show all posts
Harap-harap Aishah tidak dipergunakan oleh si penculik tersebut  .......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 09:21 AM | Show all posts
lagilah...lagilah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 05:52 AM | Show all posts
tak sempat lagi nak baca novel fizi nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:17 AM | Show all posts
salam....
n3...n3...n3...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:55 AM | Show all posts
makin suspen ni.....siape la yang culik ecah ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Program apa, gambar universiti mana?, status Shuhada dipersoalkan, asyik ber 'live' di TikTok saja- netizen
JoyahMengayahProgram apa, gambar universiti mana?, st
Views : 89001 Replies : 2134
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 27302 Replies : 470
Wukong Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
PrickfordWukong Da'i Syed dipenjara 10 tahun,
Views : 97646 Replies : 1305
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 39847 Replies : 299
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8141 Replies : 69
Ibu dari neraka dicari polis
maklukpenggodaIbu dari neraka dicari polis
Views : 3189 Replies : 2
EDISI TUMBOK SAMBAL (18SX): Ebit perlu 'diservis' 7x sehari, layanan isterinya tidak cukup- Saksi ke 9
maklukpenggodaEDISI TUMBOK SAMBAL (18SX): Ebit perlu &
Views : 44189 Replies : 391
Polis cari seorang Datuk Seri kes pemerdagangan manusia, siasatan sudah dibuka
maklukpenggodaPolis cari seorang Datuk Seri kes pemerd
Views : 42878 Replies : 54
Lagi pesawat MAS berpatah balik
maklukpenggodaLagi pesawat MAS berpatah balik
Views : 24991 Replies : 75
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 96993 Replies : 5108

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049348 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list