Lagu nie menceritakan fitrah kehidupan setiap manusia....
Rangkap pertama
Setiap orang pandai membuat alasan tersendiri untuk melepaskan diri dari masalah...mempunyai sikap malu bertanya yang begitu menebal...terutamanya dalam bidang pekerjaan.....ia akan menyusahkan diri sendiri....sikap tersebut membuatkan kita sukar untuk maju dan naik pangkat......bila ditanya balik, kena tidak bertanya sekiranya tidak mahir tentang sesuatu perkara tersebut....berbagai2 alasan diberi tetapi akhirnya akan terdiam sendiri jugak jika sudah merasakan yang kita memang bersalah......
Rangkap kedua
Menceritakan setiap benda yang berlaku itu punya hikmah dan sebabnya yang tersendiri...seperti perjalanan hidup kita...persoalan tentang jodoh...rezeki...matlamat hidup..semua kerana kehendak tuhan serta selaras dengan usaha kita....kita tidak boleh gentar atau takut menghadapi musibah...sebabnya sesuatu musibah itu...akan mematangkan hidup manusia. dan hendaklah juga terus berjuang untuk kesenangan sendiri...walau gagal berberapa kali...
Rangkap ketiga
Takkan dinamakan manusia sekiranya tiada secalit rasa tamak dalam diri...sentiasa mahukan sesuatu yang lebih...jika sudah berjaya..mahu lebih berjaya...jika sudah menjadi millionaire....akan berusaha untuk menjadi billionaire. Kekadang terlupa pada asal sendiri...terlampau kejarkan duniawi dan kaya harta...terlupa pada akhirat dan miskin amalan agama...harap-harapnya berubahlah...pilihan terletak pada diri sendiri...moga2 cepat tersedar...
Rangkap keempat
tiada makna hanya penyedap lagu
Rangkap keempat
masih ada harapan untuk berubah...selagi masih hidup...ada harapan untuk berubah kearah kebaikan...moga2 diberkati tuhan
Lagu ini mengisahkan kesetiaan dan kesabaran seseorang menantikan kehadiran kekasih hatinya tanpa jemu.
Hijau Daun - Suara (Ku Berharap)
Kesetiaan "dia' menantikan kehadiran kekasih hatinya tanpa jemu walaupun terasa perjalanan hidupnya sepi dan suram. Sepi tanpa kasih sayang, suram tanpa kekasih yang mampu untuk menceria dan mewarnai hidupnya pada ketika ini. Namun masih dia menantikannya.
'Dia' akan terus setia dan tabah menanti kehadiran kekasihnya itu. Meskipun dia tahu dia akan mengalami kesukaran menghadapi hari-hari yang suram tanpa kekasih hati yang akan dapat menceriakan hidupnya itu.
Walaupun 'dia' akan mendapat kebahagian yang lebih baik namun untuk 'dia' tidak rela meninggalkan tempat penantiannya, 'dia' lebih rela menghadapi hari-hari suramnya di sini dengan menanti dengan penuh kesetiaan. Dan 'dia' akan selalu mengingati segala kemanisan dan kepahitan di tempat di mana 'dia' menantikan kekasihnya itu.
Sering kali 'dia' bertanya pada dirinya sendiri, bagaimanakah keadaan kekasihnya itu. Adakah kekasihnya itu mengingatinya sebagaimana 'dia' mengingati kekasihnya.
seringkali adanya persoalan di dalam 'dirinya' adakah dirinya sentiasa berada di dalam ingatan kekasih hatinya itu. "Dia' sentiasa berharap dan sentiasa akan setia menanti. Dia juga masih mengharapkan harapannya ini adalah sama sebagaimana dengan harapan di dalam hati kekasihnya itu.
'Dia' tidak akan berhenti menunggu sehinggalah ajal menjemputnya. 'Dia' akan mengharungi segalanya kepahitan dan kesunyian namun untuk berhenti menunggu tidak sekali-kali.