CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 10-4-2012 04:19 PM | Show all posts
Adalia,

katanya kak kucc_aprilsnow salah sorang ahli Geng Kicap akan kuar novel dia dengan KN ...
AzzaleaKhaliq Post at 10-4-2012 10:58


Walaupun aku tak kenal saper Kak Kucc nie (serius! tak penah dengar pun nama dia sebelum nie), tapi bila baca ayat ko yang excited tahap havoc, gigih aku terus pegi blog dia. Hehehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2012 07:51 PM | Show all posts
Reply 276# AzzaleaKhaliq


    ooo..ingatkan dgn KS...
    skrg ni pon tgh tunggu n3 baru kerana aya sofiya..
    tp mmg suka sgt dgn penulisan dia..romantik cara dia tu mmg terasa smpai ke dlm hati ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 09:10 PM | Show all posts
Reply 280# honey_d7881

bukan, yg tu Awas! bila hati dah sayang...eh mcm nk sama je tajuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 10:19 PM | Show all posts
Reply 283# lowgil

Oh! AKu ingat yang tu. Hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 12:02 AM | Show all posts
ana.. ni link blog kak kucc, baca la, best2 cite dia  ------->
AzzaleaKhaliq Post at 10/4/2012 14:53


thanks
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 02:24 PM | Show all posts
Reply 274# AzzaleaKhaliq


Uwaaaaahhhh KUCC apsal akak tak tahu yg hang
nak keluar novel ....

Apa2 pun tahniah....so nanti kita blh buat perjumpaan laga2 pipi dan makan2 ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply  AzzaleaKhaliq


Uwaaaaahhhh KUCC apsal akak tak tahu yg hang
nak keluar novel  ...
qimi08 Post at 13-4-2012 14:24



    tu lah kak.....kesian kita keciciran....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:08 PM | Show all posts
Reply 281# honey_d7881


    kak kucc ada blog preview novel - hebat juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 03:09 PM | Show all posts
Reply 287# Ju'a


    Ju'a org naik lrt arrr....... kita masih guna bas rapid sbb tu selalu tercicir
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 10:44 AM | Show all posts
baru abis bc ASST. sgt suka dan jatuh hati dgn hilman. wpun rmai complaint kata meleret tp saya tetap menghayati. first time baca novel tebal without skip.

wpun ulang tiap pagi dan petang berkuda, tp mungkin nak highlight itu rutin. bila tak buat, one of them akan rasa sumthing, pelik je.

atas masing2 punya taste, tp bg saya novel ni best
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 09:26 PM | Show all posts
Reply  Ju'a


    Ju'a org naik lrt arrr....... kita masih guna bas rapid sbb tu selalu tercicir ...
qimi08 Post at 13-4-2012 15:09



   Qimi..Jua...sapa lah kite kan......la ni kena naik bas turun bas jer...huhuhu....bullet train tayar pancit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 16-4-2012 15:33

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

GERAI KARYA SENI :


LOKASI :

DEWAN TUN HUSSIEN ONN, PWTC
NO: HA 21, HA 22, HA 23


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:02 PM | Show all posts



ISTIMEWA NOVEL BULAN APRIL : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel ini dijangka terbit dalam masa terdekat dan juga boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC di Gerai Karyaseni

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:03 PM | Show all posts



Terbaru Bulan April : TERLERAI KASIH - Rehan Makhtar

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah

“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri

“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah

“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Judul : TERLERAI KASIH
Penulis : Rehan Makhtar
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:07 PM | Show all posts


KOMPILASI CERPEN & MINI NOVEL PENULISAN2U
HARGA : SM RM15 / SS RM18

Penulis-penulis p2u :

1. Syamnuriezmil
2. Rehan Makhtar
3. Iskandar Daniel
4. Ezza Mysara ( sara sassy gurl)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:08 PM | Show all posts


KAHWIN GANTI : Aifa Batrisya
HARGA : SM RM21 / SS : RM24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 09:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 17-4-2012 13:08



Akan Datang : CAHAYA QASEH - Kathy Tuah

“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Novel ini boleh dapatkan Akhir Bulan ini dan temui penulis di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 10:05 PM | Show all posts
Reply 283# lowgil


    Pesta buku nanti akan keluar novel penulis Marissa
    tajuknya Teduhan Kasih...
    dah baca Bila Hati Kata Sayang.. suka cara penulisannya
    moga novel ke 2 dengan Karya Seni akan bertambah
    umppp....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:00 AM | Show all posts
Copy dari web KS
   
Novel SUAMI AKU USTAZ dan TERLERAI KASIH akan dibuka order minggu ini.

Manakala bagi novel Cahaya Qaseh, Kahwin Ganti, Teduhan Kasih, Oh! Cinta ( Antologi cerpen & mini Novel ) untuk mendapat novel ini paling awal, boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC dan secara online boleh dapatkan akhir bulan ini. kami umumkan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:01 AM | Show all posts
Reply 293# chit_ana


Ana dari mana dpt harga novel ni? tadi akak call office KS
sbb dlm web KS blm ada harga lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.095723 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list