|
mulut Nadia boleh tahan juga...Rushdi pulak pendiam walaupun dah mula pandai bergurau dgn Nadia.... |
|
|
|
|
|
|
|
missing nadia and rushdi oledi ....
cik smiley ... pleeessss ..... rancakkan jari anda di keyboard itewww ... hehehhehee
|
|
|
|
|
|
|
|
peeeewiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttt... i lap rushdi...muahhhhh3... nad sila pilih rushdiiii... pleaseeeee |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni giliran rain plak mengayat nad... fenin lar nak pilih mana satu dah la dua2 gojessss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Am I the odd one out?? Kenapa ler auntie ni suka org yg mcm diamond in the rough?? Pilihan auntie still Rain...
Tetapi auntie pasrah (chewah...jiwang...hehehe!) jika Nad pilih Rushdi.... |
|
|
|
|
|
|
|
sweet gak rushdi nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Am I the odd one out?? Kenapa ler auntie ni suka org yg mcm diamond in the rough?? Pilihan auntie st ...
auntieagony Post at 13-12-2011 23:18
auntie, you and I sekapal... i pon vote rain!! |
|
|
|
|
|
|
|
auntie, you and I sekapal... i pon vote rain!!
lesprincesse Post at 14-12-2011 10:04
Yeay! Boleh tubuhkan Kelab Penyokong Rain! Hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
auntie, you and I sekapal... i pon vote rain!!
lesprincesse Post at 14-12-2011 10:04
i pun vote rain.... |
|
|
|
|
|
|
|
rain dh tak suciii .. awwwwwww
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 288# auntieagony
Jom jom!! |
|
|
|
|
|
|
|
smileyy....nak lagi...harap berjodoh Nad n abg Di.... |
|
|
|
|
|
|
|
Isskk...masuk...then tgk ada ceghita baru dr smiley....harus kena baca nih!!! |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya takde n3...cepatla akak smiley sambung...nak tahu ni...antara rushdi dgn rain...sape yg berjaya dpt nad ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 14-12-2011 19:04
sambung sikit je... akak bz sket minggu ni
........................................................................
“ Mak Su! Nad dah balik ” Laung Nadia depan pintu dapur. Zurina yang sedang menelan ubat homopatinya tersentak lalu mengurut dada.
“ Terkejut Mak Su! Nasib baik tak tercekik. So how was your date with Mr X?” tanya Zurina penuh teruja. Langkah pertama sudah selesai. Minta mintalah Nadia memberi jawapan positif. Seboleh boleh dia tidak mahu mengguna kuasa veto. Ya lah, mana mungkin dia memaksa sedangkan ini soal masa depan Nadia.
“ Date apa benda nya?! Tak nampak bayang langsung! Geram Nad! Nad dah buat keputusan muktamad. Mak Su tolong bagi tahu keluarga Mr X, Nad tak nak kawin dengan dia. Lelaki pengecut dan penipu tak masuk dalam list calon suami Nad. Kalau tak nak datang, sekurangnya telefon atau SMS lah bagi tahu.” Nadia meluahkan ketidakpuasan hati. Mimik mukanya garang. Kena berlakun sungguh sungguh walaupun dalam hati sebenarnya aku gembira Mr X tak datang.... yeehaaa! Sesungguhnya aku belum bersedia untuk berkahwin dengan sesiapa pun.
Zurina menelan airliur. Dia bungkam. Macam mana boleh jadi begini? Aku sendiri yang beritahu Rushdi. Aida pun pasti mengingatkan Rushdi tentang temujanji dengan Nad dan tak mungkin Rushdi tukar fikiran. Mungkin ada hal penting yang menghalang Rushdi dari menemui Nadia. Aduh! Makin susah lah nak lembutkan hati Nadia sekarang.
“ Berapa lama Nad tunggu? Dia tersekat dalam trafik jam kot. Jalan TAR jam teruk kalau hari Sabtu. Mungkin juga dia nak telefon tapi tak dapat” Zurina beralasan.
“ No excuses. Tak boleh di maafkan. Sejam lebih Nad tunggu kat Secret Recipe. Nasib baik ada Kak Min dan Abang Di, kalau tak macam bodoh jer Nad tunggu sorang sorang” Nadia membuka peti ais dan mengambil air mineral. Hatinya kembali panas bila teringat blind date tak jadi dengan Mr X . Dia ingat aku siapa? Perempuan tak laku yang hard –up sangat nak kahwin dengan lelaki yang tak di kenali? Banyak cantik muka kau!
“ Jap... jap..apa Nad cakap? Er.. Rushdi datang? Nad jumpa dia di Secret Recipe tadi?” Zurina terkebil kebil cuba memahami cerita Nadia. Yang mana satu ni? Mereka berjumpa atau tidak?
“ Ha’ah. Abang Di dah janji. Kalau Nad nak jumpa Mr X, dia akan temankan. Takut nanti kalau Mr X tu buat tak senonoh kat Nad. Mana lah tahu kalau Mr X tu penagih dadah atau bekas banduan ke? Tapi nasib baik juga Abang Di datang. Dia yang belanja. ” Nadia meneguk air mineral dengan rakus. Haus!
Tawa Zurina meletus tapi dia cepat menutup mulut. Budak dua orang ni memang lawak! Rushdi pun satu. Kenapa dia tak berterus terang pada Nad yang dia lah jejaka yang di tunggu. Buat cerita putar belit pula. Nadia dah salah sangka. Sekarang siapa yang susah? Hai Rushdi...Nak mengorat sendiri tak pandai, bila kita tolong pun tak pass.
Nadia menjeling geram. Sampai hati Mak Su gelakkan aku. Dia mengangkat jari telunjuk sebagai amaran.
“ Jangan lupa, Mak Su. Bagi tahu kat mak bapak dia yang Nad tolak anak mereka. No second chance. Kes di tutup.“
“ Eh... mana boleh. Siapa kata Mr X tak datang? Dia ada lah.”
Apa pula Mak Su meraban ni? Belum sempat dia memohon pencerahan telefon bimbit dalam poket jeans berbunyi. Ada mesej dari Abang Rushdi. Apa pula yang dia nak? Butang di tekan.
“ I had a great time just now, my dearest Nad. Will you be my wife? Your Mr X.”
Nadia membaca sekali lagi. Nafas yang semput menyekat bekalan oksigen ke otak. Satu saat ...dua saat.....
” HAAAAAAA???? KENAPA TAK CAKAP? MATI AKU! “ Nadia menjerit. Bibik Karti yang sedang menggosok pakaian terus melatah. Telefon bimbit di campak ke kaunter dapur seolah ianya bom jangka. Dia meluru ke bilik macam di kejar hantu dan membanting pintu.
.................................................................................................................... |
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa yang tak kena dengan Rushdi? Dia baik, handsome, pandai, alim. Semua cukup. Kenapa Nad tak nak?” Zurina duduk di hujung katil Nadia. Nadia duduk bersandar di kepala katil sambil memeluk bantal. Jantungnya masih berdegup kencang. Mukanya di raup. Aku tak percaya semua ini. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Mustahil Abang Rushdi nak kahwin dengan aku. Aku tak sepadan langsung dengan dia.
“ Tak ada apa yang kurang dengan dia, Mak Su. Cuma Nad dah anggap dia macam abang. Lagipun dulu dia pernah cakap dengan Nad yang dia suka seorang perempuan. Nad rasa perempuan itu kawan dia masa di Manchester dulu. Mak Su dengan Auntie Aida cuba tanya dia.”
“ Auntie Aida dengan Mak Su dah tanya dan dia mengaku yang dia dah lama suka Nad. Sebab itulah kami berani aturkan semua ni. Kalau Rushdi tak suka, mustahil Auntie Aida boleh paksa. Dia dah besar panjang. Cuba Nad fikir, pernah tak Rushdi rapat dengan mana mana perempuan lain selama ini? Dia cuma rapat dengan Nad saja. Rushdi lelaki yang setia. Bila dia dah suka dia tak akan pandang yang lain.” Zurina mengusap lengan Nadia. Aku harus pandai memujuk. Nadia degil tapi hatinya lembut. Kalau betul caranya, dia mudah mengalah.
“ Entahlah Mak Su. Tapi yang Nad pasti, Nad dengan dia tak sesuai. Tak sekufu.” Tegas Nadia. Pelik bin ajaib kalau lelaki alim macam Abang Rushdi nak kahwin dengan aku. Adakah aku ini suatu cabaran baginya? Mungkin dia nak aku jadi subjek kertas kerja atau eksperimen bertajuk “ Mengubah gadis “moden” menjadi Muslimah solehah yang pijak semut tak mati. Berapa lama kah di perlukan dan apa method paling berkesan?”.. lebih kurang begitulah.
“ Nad fikir betul betul dulu. Jangan buat keputusan terburu buru. Ini soal masa depan Nad. Jangan tolak jodoh kalau sudah sampai. Mungkin Nad rasa Nad masih muda dan belum sempat enjoy tapi Mak Su tak nak Nad menyesal kalau biarkan lelaki sebaik Rushdi terlepas begitu saja. Nad sendiri pun tahu yang Rushdi tu baik orangnya. Ramai kawan kawan Auntie Aida nak bermenantukan Rushdi.” Ujar Zurina
Dia pilihan kaum ibu tapi tak semestinya anak mereka berkenan dengan lelaki yang intelektual dan serius, desis Nadia dalam hati. Tak di nafikan Abang Rushdi punya pakej terbaik tapi kalau hati ini enggan terima, nak buat macam mana? Soal hati bukan boleh pakai logik. Aku dan Abang Rushdi tak ada chemistry sebab bertahun tahun aku anggap dia sebagai seorang abang. Bukan mudah nak ubah persepsi. Mak Su tak faham. Aku rasa macam sumbang mahram lah pula kalau bercinta dengan Rushdi..... eeee!
“ Mak Su, dia sepupu Nad. First cousin pula tu. Bukan kah kita tak di galakkan kahwin dengan sepupu sebab mungkin nanti anak anak ada masaalah genetik? Lagipun Nabi galakkan kita berkahwin dengan orang yang bukan dari kalangan keluarga sendiri supaya jalinan siratulrahim lebih luas dan kita dapat menambah ahli keluarga. ” Tangannya di awang awangkan untuk menguatkan hujah macam pendebat.
Zurina menarik nafas. Haruskah aku berterus terang tentang status Rushdi sekarang? Macam mana penerimaan Nadia? Adakah dia akan terima Rushdi kalau dia tahu? Mungkin juga dia sengaja mencari alasan untuk menolak. Susahnya...
“ Pertalian darah sepupu belah emak kurang kuat kalau di banding dengan sepupu belah bapa. Lagipun keluarga kita bukannya ada penyakit keturunan. Kenapa Nad nak risau?”
Azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan sekaligus menghentikan perbualan mereka. Selalunya mereka ke masjid setiap malam Ahad untuk solat dan mendengar tazkirah.
“ Jom Nad. Kita pergi masjid. Malam ini giliran Habib Ali bagi ceramah.” Zurina bangun dari duduknya. Habib Ali Zainal Abidin yang berasal dari Yemen itu antara ustaz yang paling popular di masjid mereka.
“ Nad tak ikut Mak Su malam ini. Letih lah” Dengan langkah berat Nadia ke bilik air untuk berwuduk. Kalau aku pergi masjid pun tak guna sebab kepala tengah bercelaru. Apa yang ustaz ajar pun tak akan masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 14-12-2011 19:32
Nadia melipat sila atas deck chair di tepi kolam renang dan menopang dagu. Air tenang tidak berkocak menjadi habuan matanya. Kalau dalam novel , heroin suka merenung laut atau sungai ketika di timpa masaalah. Tapi aku tinggal di kondo tengah kota, mana nak cari semua tu? Semalaman dia menyepikan diri. Bila Mak Su balik dari masjid, dia berpura pura tidur. Pagi tadi selepas solat Subuh dia terus ke gymnasium di tingkat bawah kondo. Selepas setengah jam mengeluarkan peluh, dia mengambil angin di sekitar kawasan. Ingatkan nak mengisi perut yang lapar tapi kafe belum buka pun lagi. Bosan nak bersarapan di rumah. Bukan niat aku nak menyakitkan hati Mak Su tapi aku perlu bersendirian. Telefon bimbit tidak di hidupkan dari semalam sebab tidak mahu bercakap dengan Abang Rushdi. Entah entah dah rosak bila aku baling.
Kepada siapalah aku nak luahkan masaalah? Adik beradik tak ada. Kawan kawan rapat dari zaman sekolah ramai yang masih belajar di serata pelusuk dunia. Tak patut pula kalau aku ganggu mereka. Yang sudah bekerja pula sentiasa sibuk dan yang berteman mesti nak “pak- tor” kalau ada waktu terluang. Orang paling rapat dengan aku cuma Kak Min dan ....er.. Abang Rushdi. Tapi sekarang dia yang jadi masaalah , bukan orang yang menyelesaikan masaalah. Nadia melepas keluhan. Aduhhh.... kenapa lah aku yang di pilih? Tak ada orang lain ke cik abang oi? Hadoyaiii! Kalau Rushdi cuma kenalan biasa senang aku nak reject tapi dia sepupu aku. Setiap kali Hari Raya dan kenduri kendara pasti kami akan bertembung. Auntie Aida dan Uncle Zakuan keluarga aku juga dan sedikit sebanyak mesti hubungan kami akan terjejas jika aku tolak lamaran Abang Rushdi. Kenapalah pemikiran mereka anak beranak jumud sangat? Sekarang mana ada orang di paksa kawin dengan sepupu sendiri?
“ Adik manis... apa bikin sedih sedih?” Nadia terpempan bila suara mengajuk telo India mencecah gegendang. Dia menoleh pantas. Sejak bila kolam renang ini di buka untuk orang awam? Setahu aku cuma pemilik kondo saja yang berhak menggunakan fasiliti di sini. Macam mana dia boleh ada di sini? Lagi rosak mood aku.
“ Apa kau buat di sini?” Nadia bertanya dengan kasar
Rain melabuh duduk di sebelah Nadia sambil ketawa. “ Kau ni tengok aku macam nak telan. Kau lapar sangat kah? Pagi pagi lagi dah marah, rezeki tak masuk tau”
Komen nya tidak di endahkan. Nadia memincing mata. Rain berseluar Bermuda dan berbaju tee dan memakai selipar. Takkan dia datang dari jauh semata mata untuk bersantai di kolam renang.
“ Macam mana kau boleh masuk? Kau tidur di rumah kawan kah?” Rain menggeleng seraya menghulur tangan.
“ Meet Adly Zahrain your new neighbour. Aku baru pindah ke Blok B, tingkat 5. Kalau kau sidai kain aku boleh nampak. Macam cerita P Ramlee Masam Masam Manis.”
Huluran tangan Rain tidak bersambut. Buntang mata Nadia. Hissyy... tak boleh blah lah si Rain ni!
“ Kenapa kau pindah sini?”
“Well, kondo di sini luas, sewa pun tak mahal sangat. Aku suka facilities di sini. Sekuriti bagus dan lokasi nya pun strategik. Eh, aku buat iklan untuk promosi Menara Kayangan pula.” Rain ketawa seorang. Nadia merenung tajam.
“ Tapi bukan ke ofis kau di PJ? Tak jauh kah?”
“ Aku guna Lebuhraya DUKE. Lagipun Pak Jo yang bawa kereta. Anyways, tahun depan ofis aku pindah ke Wangsamas. Tak jauh dari sini. So aku pindah lah awal awal sementara ada kondo yang sesuai. Kenapa banyak soal ni? Kau ingat aku pindah sini sebab nak dekat dengan kau?” duga Rain sambil menjungkit kening.
Nadia tersipu malu. Perasannya aku! “ Tak adalah. Suka hati lah mana kau nak tinggal. Ini negara demokrasi.”
“ Sebenarnya.... betul tekaan kau. 10 markah! Aku memang pindah sini supaya senang aku nak jumpa kau. Tapi jangan kata aku ni stalker. I’m your guardian angel. I'm here for you, anytime” Tangannya di depang.
“ Thanks. “ Balas Nadia sepatah. Otaknya ligat berputar. Hmmm.... macam mana kalau aku guna Rain supaya Abang Rushdi melupakan hasratnya. Ada ubi ada batas, dulu aku berlakun, sekarang kau kena balas. Tapi aku gerun sikit dengan buaya ni. Silap haribulan aku betul betul kena baham. Macam mana pun aku harus fikirkan cara paling baik untuk menolak pinangan dari keluarga Abang Rushdi. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg ehh... |
|
|
|
|
|
|
|
best best...sambung lagi byk2 nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syioknya ada entry baru.... Tak payah auntie nak kadha episode terdahulu berkali2x....
Hope Smiley boleh continue cerita cepat2x.... auntie tak sabar ni nak baca plot yg seterusnya....
Hopefully next continuation, ada description pasal paras rupa Rain....
Dlm minda auntie dah terbayang rupa dan tubuh badan Rain macam anak sulung Yam Dipertuan Besar NS - sorry nama dia auntie tak ingat tapi wajah dia auntie ingat ler.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|