CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: turboturtle

Betul ke jodoh tu tak perlu dicari???

  [Copy link]
Post time 12-10-2012 08:04 PM | Show all posts
Hmm..ntahla..susah nak ckp pasal jodoh ni.. Asyik x menjadi sampai kadang2  rasa diri ni teruk sgt..hodoh sgt.. Usaha?  Hmm byk da usaha dan ikhtiar.. Doa, solat..malah sampai sanggup mandi bunga utk ubah nasib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 08:19 PM | Show all posts
bukan kalau kita suka kita masuk minang ke ? kalau suka suka kat dalam hati...suka suka pandang pandang..sampai mati ler..kalau suka kita tanya kat dia..bole ke saya masuk minang...tu salah satu usaha..dah kalau sok masuk minang dia terima..tu tanda dah lah sampai jodoh atas usaha kita..

bukan ke kalau soal ni kita kena solat istiharah dulu..pasal jodoh nak kena kawin nak carik isteri yang sesuai..kena lah tanya pada allah yang maha mengetahui...inshallah adalah petanda dia bagi...kadang kadang bagi petanda pun kita jer yang tak nampak...

maka dengan itu..hendaklah masuk meminang dulu..baru lah tahu ada jodoh ke tidak...kan kan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 08:19 PM | Show all posts
aku lak bukan x nak cari jodoh tapi keadaan aku yang keje kat jauh membuatkan susah nak commit dgn mana2 org. sedey.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 08:25 PM | Show all posts
nafham posted on 13-10-2012 08:19 PM
aku lak bukan x nak cari jodoh tapi keadaan aku yang keje kat jauh membuatkan susah nak commit dgn m ...

cari jodoh ngn org kt sana je lah...mna tau kn
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 07:35 AM | Show all posts
sofea7186 posted on 12-10-2012 07:13 PM
pengalaman aku.....dh bercinta n putus byk kali (byk lelaki yg ak kenal juz nk amik kesempatan je).. ...

ok best
mmg kena ubah diri tu penting

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 06:18 PM | Show all posts
aechae posted on 13-10-2012 09:55 PM
cari jodoh ngn org kt sana je lah...mna tau kn

masalahnya keje dekat at the middle of no where....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2012 03:12 PM | Show all posts
surfinv posted on 14-10-2012 07:35 AM
ok best
mmg kena ubah diri tu penting

betul...mgkin orang xnk dekat kite sbb ada benda yg x kena pd kite..so, kena berubah utk jd yg lebih baik..Klu kite baik, tuhan akan bg kite org yg baik jugak...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 03:15 PM | Show all posts
AmmaroHagemaru posted on 12-10-2012 08:04 PM
Hmm..ntahla..susah nak ckp pasal jodoh ni.. Asyik x menjadi sampai kadang2  rasa diri ni teruk sgt.. ...

klu dh buat mcm2 termasuk berdoa, maknanye mgkin lum sampai masanya lg kot...Tuhan kn maha mengetahui, mgkin akan diberi jodoh tu bile masanya dh sesuai...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 03:21 PM | Show all posts
kadang2 kan bile kite tercari2 jodoh tu, x datang2 pulak...bile kite mls nk mencari, tibe2 ada pulak jodoh tu dpn mata..heee... unexpected.. tp kdg2 scr x sedar sbnrnye kite ada connection dgn jodoh kite tu,mcm sy n hubby..rupa2 nya beberapa tahun sblm tu kami pernah berjumpa n berborak....tp msing2 dh lupe..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 01:29 PM | Show all posts
~~~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:26 PM | Show all posts
Sekadar berkongsi..
Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Semoga me and kwn-kwn lain yang masih single tu bertemu jodoh yang soleh dan solehah.Amin Last edited by me_lisa on 18-10-2012 08:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Redha dgn ketentuan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 04:06 PM | Show all posts
kdg2 terfikir gak..dah 10 tahun aku menjanda x kan x de jodoh buat kali kedua utk aku?aku cuba gak muhasabah diri kerana perancangan Allah itu lebih baik tetapi biasa la aku ni sekadar manusia biasa yg x lari dari mengeluh dgn nasib diri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 10:03 PM | Show all posts
me_lisa posted on 18-10-2012 08:26 PM
Sekadar berkongsi..
Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada ka ...

Pendapat yg bernas.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 01:18 AM | Show all posts
Saya pernah putus cinta, putus tunang...so kalau bukan jodoh dan belum samapai seru..doa bebanyak pada Tuhan...Tuhan dah tentukan...nanti bila SERU dah sampai insyaAllah flow jadi mudah dan dpermudahkan lg...tanpa kite sangka2...kalau ade kawan2 tu..kawan ajela...kalau boleh move on ke hubunganyg lebih serius..teruskan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052288 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list