|
sellie003 posted on 28-11-2012 03:51 PM
Hepp....bila masa bluenya...gambo budk mintk derma jek...mukan2 pkir nih......
hahahahhaha..biasalah, otak ting tong sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 02:59 PM
dah macam cerita hantu pulak...merasuk bagai..
nak watcamner br lepas baca citer hantu
jd mmg akan kuarlah apa yg dirasa waktu tue
merasuk pun merasuklah
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 04:17 PM
nak watcamner br lepas baca citer hantu
jd mmg akan kuarlah apa yg dirasa waktu tue
merasuk pun ...
hahahahaha... ok2
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa agaknya yg jahat tue... |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 04:37 PM
erk!!! apekah..tak main tengok beluuu..ori terusla...erkk... hahahha..tak lah...gurau sajor ...
Gatainya....
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 28-11-2012 10:49 PM
Gatainya....
hahaha..tak lah, gatai sikit je
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 28-11-2012 09:00 PM
ada unsur2 seram gak ke lam cite TT nih?
mana ada..tak reti nak buat cerita seram...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada N3 unk santapan pagi ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
Setelah dipaksa makan ubat dan minum segelas susu oleh Tengku Dennis, Lisa bangun untuk mandi. Badannya terasa melekit kerana dari semalam dia tidak mandi. Keadaan tubuhnya yang lemah membuatkan dia langsung tidak bertenaga untuk mencelikkan mata, seharian dia tidur. Lama dia membiarkan tubuhnya disirami air yang keluar dari shower. Demamnya sudah mulai kebah cuma kepala yang berdenyut-denyut agak merimaskan.
Setelah lengkap berpakaian, Lisa kembali baring. Dia masih tidak larat untuk berdiri terlalu lama. Oleh kerana sakit kepala kembali menyerang, Lisa cuba memejamkan mata. Mungkin dia perlukan sedikit lagi rehat supaya ubat yang ditelannya tadi diserap oleh badan. Dalam pada melayan rasa kantuknya, ketukan yang bertalu-talu pada pintu bilik membuatkan matanya yang hampir terkatup kembali segar.
Agak lama masa yang di ambil Lisa sebelum dia bangun dan melangkah ke pintu kerana kepalanya terasa berpusing. Jalannya menuju ke pintu bilik juga agak terhuyung-hayang. Sebaik sahaja pintu dibuka, sudah ada yang merempuh dari luar. Lisa hampir terjatuh tapi sempat berpaut pada daun pintu yang terbuka luas itu.
Kelihatan seorang perempuan berbaju kurung moden penuh dengan manik dan labuci berdiri tegak dihadapannya dengan wajah yang menyinga. Lisa tidak mengenali wanita yang pada telahannya sudah agak berusia namun masih lagi cantik. Wajahnya garang sekali sewaktu memandang ke arah Lisa.
“Oh…kau lah perempuan simpanan anak aku ye? Dasar manusia miskin tak sedar diri! Berapa banyak anak aku bayar kau supaya kau jadi perempuan simpanan dia? Aku akan bayar kau 3 kali ganda dengan syarat kau tinggalkan anak aku!” jerit wanita itu lantang sambil mencengkam rambut panjang Lisa dan mengheretnya ke tengah bilik. Lisa yang langsung tidak mengerti apa-apa hanya menangis. Perit kulit kepala sungguh terasa ditambah pula dengan pening kepala yang masih belum hilang.
Lisa cuba meleraikan cengkaman wanita itu pada rambutnya, namun gagal. Malahan pipi Lisa ditampar dan ditunbuk bertubi-tubi oleh wanita itu. Lisa langsung tidak berdaya untuk melawan disebabkan keadaan dirinya yang masih lemah dan sakit kepala yang kuat. Lisa hanya mampu menangis. Sungguh, dia trauma. Disangkanya setelah jauh dari keluarga Pak Mat dan Mak Nab dia tidak akan dipukul lagi tapi entah apa silapnya kali ini, dia tetap melalui kejadian seperti ini.
Melihatkan gadis itu tidak mampu melawan, Datin Seri Rubiah semakin menggila. Dipukul dan ditampar wajah gadis itu sesuka hatinya. Sakit hatinya apabila ada yang menelefon ke rumahnya dan menceritakan perangai buruk Tengku Dennis yang menyimpan perempuan. Menurut pemanggil itu, perempuan simpanan Tengku Dennis di simpan dibilik hotelnya dan hidup perempuan itu hanya goyang kaki. Segalanya telah disediakan Tengku Dennis, perempuan itu dengan tidak malunya hanya menghabiskan harta anaknya.
Berita itu membuatkan Datin Seri Rubiah naik berang, ditambah pula dengan sikap suaminya yang mementingkan kerja.
“Kenapa kau menangis? Masa kau kikis harta anak aku tak ada pula kau rasa takut! Sekarang ni kau rasa takut, sebab tu kau menangis? Sudah terlambat, aku akan ajar betina macam kau ni secukupnya. Biar padan dengan muka kau!” hambur Datin Seri Rubiah sambil menampar lagi wajah gadis itu. Masih belum puas walaupun kedua-dua belah pipi gadis itu sudah merah terkena penangan tangannya. Lisa yang sudah tidak tertahan menanggung kesakitan segera merayu.
“Tolonglah puan…jangan buat saya macam ni…saya tak tau apa salah saya puan, kenapa puan buat saya macam ni? Tolong puan…sakit…” rayu Lisa sambil menangis. Dia yang terjelepuk di lantai bilik dipaksa bangun oleh wanita itu. Rambutnya sudah kusut masai.
“Baru sekarang kau nak mintak tolong? Dah terlambat! Masa kau berseronok kikis harta anak aku Tengku Dennis, kau tak fikir panjang pulak! Sekarang tau takut!” jerit Datin Seri Rubiah lagi. Mana nak diletak mukanya, satu hotel sudah bercakap pasal anak bujangnya itu. Malu!
“Tolong puan…tolong jangan buat saya macam ni, saya tak ada apa-apa kaitan pun dengan Tengku Dennis,” rayu Lisa lagi. Dia sudah tahu bahawa wanita yang sedang angkuh berdiri di depannya ialah ibu kepada Tengku Dennis.
Lisa masih lagi menangis sayu, terasa ada cairan yang mula mengalir dicelahan bibirnya. Kepalanya juga kembali berpusing, pandangan dihadapannya menjadi dua, tiga dan kemudian kelam.
Tengku Dennis yang tertinggal telefon bimbitnya di dalam bilik terpaksa berpatah balik. Agak geram juga kerana dia sudah hampir tiba di pejabat, namun mengenangkan handphone sangat penting dalam kehidupan sehariannya dia terpaksa berpatah balik. Setelah keretanya diparkirr, Tengku Dennis segera berlari anak menuju ke lif. Dia perlu cepat, masih ada banyak kerja yang menanti di pejabat.
Oleh kerana Lisa masih demam, Tengku Dennis menggunakan kad bilik yang ada padanya untuk membuka pintu. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat mamanya ada di situ, ditambah pula dengan sekujur tubuh yang sudah terlentang dilantai.
“Mama! Apa mama buat ni?” soal Tengku Dennis cemas, dia segera menghampiri Lisa yang terbaring. Kepala gadis itu dipangku dan dibawa ke ribaannya. Mamanya di renung tajam. Datin Seri Rubiah langsung tidak menunjukkan rasa gentar, padahal dia terkejut melihat Tengku Dennis dimuka pintu. Sangkanya Tengku Dennis sudah ke pejabat. Kalau boleh dia tidak mahu Tengku Dennis mengetahui kedatangannya ke hotel adalah untuk menyerang perempuan simpanan anaknya itu.
Dia mahu perempuan simpanan anaknya itu berambus secara senyap sebab dia tahu Tengku Dennis tidak akan sesekali dengan senang untuk melepaskan apa yang ada dalam genggamannya.
“Apa yang mama dah buat ni?” tanya Tengku Dennis sekali lagi dengan suara yang dikawal supaya tidak melengking kuat. Sedaya upaya ditahan amarah kerana dia tidak mahu kurang ajar dengan mamanya.
“Denz tanya mama apa mama buat? Sepatutnya mama yang tanya Denz apa yang Denz dah buat. Betina murahan mana yang Denz bela ni? Patutlah sekarang bila mama suruh tidur kat rumah, ada saja alasannya. Rupanya ada pelacur yang melayan kat hotel ni!” marah Datin Seri Rubiah. Dia sudah tidak peduli, Tengku Dennis harus menghalau perempuan simpanannya ini dari hotel.
Tengku Dennis mula hilang sabar. Mamanya terlalu kurang ajar sehinggakan menggelar Lisa sebagai pelacur. Dia tahu dia silap kerana tinggal sebilik dengan perempuan tapi Lisa bukan pelacur, gadis itu langsung tidak pernah menggodanya.
“Tolong jaga sikit mulut mama dan tolong keluar dari sini dengan segera sebelum saya hilang sabar.” Tengku Dennis dengan cara baik menghalau mamanya. Dia tidak mahu ada lagi pergaduhan yang berlaku. Kesabarannya sudah senipis kulit bawang, bila-bila masa saja akan meletup.
“Oooo…kerana pelacur ni Denz sanggup halau mama? Pelacur ni dah bomohkan Denz tau tak! Jangan jadi bodoh Denz…” marah Datin Seri Rubiah lagi. Tidak sangka kerana perempuan murahan seperti itu anaknya sanggup menghalau dirinya.
“Aku cakap berambus, berambuslah! Kau tak paham lagi ke? Aku dah cukup sabar selama ni. Aku tak campur hal kau jadi sila jangan campur urusan hidup aku. Kau ingat kau mulia sangat? kau ingat kau bagus sangat? kalau kau bagus kau pun takkan bela jantan kat belakang papa aku. Kau ingat sikit kat mana papa aku kutip kau. Aku hormat kau selama ni walaupun kau hanya mak tiri aku, tapi kali ni kau dah melampau! Melampau!” tengking tengku Dennis kuat. Bergema suaranya dalam bilik hotel itu.
Datin Seri Rubiah tersentak, dia terasa terhina namun ada yang lebih membuatkannya terkejut. Dari mana Tengku Dennis tahu dia ada membela anak ikan. Wajahnya mula bertukar pucat, rahsia tidak lagi rahsia.
“Segala perlakuan kau belakang papa aku, aku dah tau. Kalau kau rasa nak kekal lama dalam keluarga aku baik kau jangan masuk campur dalam urusan aku. Aku boleh buatkan kau merempat. Aku tak nak kurang ajar dengan kau tapi kau yang paksa aku. Jadi sebelum aku jadi lebih kurang ajar, tolong keluar dari sini.” Suara Tengku Dennis mula bertukar rentak, namun suaranya masih kedengaran tegas. Kali ini dia tidak main-main dengan kata-katanya. Kalau mamanya cuba masuk campur dalam urusan hidupnya dia akan bocorkan rahsia itu pada papanya. Datin Seri Rubiah terkesan dengan ugutan itu, lantas berlalu pergi.
Lisa yang berada dalam pangkuannya dicempung dan diletakkan di atas katil. Gadis itu masih pengsan, Tengku Dennis belas melihat pipi gadis itu yang kemerahan bekas ditampar dan darah merah masih mengalir melalui bibir gadis itu yang pecah.
“Lisa…Lisa…bangun please…jangan buat aku macam ni.” Tengku Dennis mengusap perlahan pipi Lisa sambil menyeru nama gadis tersebut namun semuanya sia-sia. Lisa masih tidak sedarkan diri. Melihatkan kecederaan Lisa yang mula menjadi lebam dan kebiruan, Tengku Dennis tidak senang duduk. Dia segera menelefon Bob supaya menyediakan kereta, Lisa harus dibawa ke hospital.
“Kenapa ni bos?” soal Adam cemas tatkala melihat Tengku Dennis mencempung Lisa masuk ke dalam kereta. Lisa kelihatan terkulai layu dalam pelukan Tengku Dennis di tempat duduk belakang.
“Jangan banyak cakap, hantar ke hospital,” suruh Tengku Dennis. Dia tidak ada hati mahu menerangkan apa-apa pada sesiapa. Lisa yang berada dalam pangkuannya dipeluk erat, dapat dirasakan tubuh itu mula membahang. Jika mamanya tidak datang menyerang, pasti demam Lisa sudah baik.
Dia terasa bersalah, kalaulah dia meletakkan Lisa di penthouse nya sudah tentu perkara sebegini tidak berlaku. Hatinya kuat mengatakan Salina terlibat dalam hal ini. Dia yakin, pasti perempuan itu yang mereka cerita kerana berang diberhentikan kerja. Dia tahu dan amat kenal dengan perangai Salina. Perempuan itu memang busuk hati.
Tekaknya terasa perit, membuatkan dia cuba mencelikkan mata. Terasa silau cahaya lampu yang menerobos masuk ke ruang matanya. Lisa pandang ke sebelah kirinya, dia ternampak gelas kosong dan sebotol air mineral. Dia bangun perlahan-lahan, kepalanya masih terasa berdenyut namun tekak yang terasa kering membuatkan dia mencapai gelas itu tapi malangnya gelas tersebut jatuh dan pecah berderai.
Tengku Dennis yang tertidur di sofa tersentak, dia segera bangun menghampiri Lisa apabila melihat gadis itu sudah duduk tegak di atas katil. Tangan Tengku Dennis melekap di dahi Lisa, cuba merasai suhu badan gadis itu namun Lisa yang tidak menyangka Tengku Dennis ada dalam bilik tersebut segera menjauhkan diri.
Dia masih trauma, dia takut. Tidak semena-mena dia menangis dan merayu Tengku Dennis supaya tidak mengapa-apakannya.
“Tolong encik…jangan pukul saya, saya tak salah encik…saya…saya…” tersekat-sekat Lisa bersuara menahan tangis yang makin menggila. Dia menggelengkan kepala apabila Tengku Dennis cuba menggenggam tangannya. Tersentuh hati Tengku Dennis melihatnya, Lisa kelihatan sangat tertekan. Air mata yang bercucuran mengusik hati Tengku Dennis, sebelum ini tidak ada air mata mana-mana perempuan yang mampu melembutkan hatinya.
“Tolong encik…” esak Lisa. Dia memeluk erat lututnya yang dirapatkan ke dada.
“Syyhhhh…jangan macam ni, aku takkan apa-apakan kau. Aku akan jaga kau. Syyhhhh…kau dah selamat sekarang,” ujar Tengku Dennis sambil terus meraih Lisa ke dalam pelukannya. Walaupun Lisa meronta pada mulanya, Tengku Dennis tetap mengeratkan pelukan dan akhirnya Lisa teresak-esak menangis di dada lelaki itu. Erat tangannya melingkar di pinggang Tengku Dennis.
“Aku minta maaf bagi pihak mama aku…” ucap Tengku Dennis perlahan. Dielus-elus bahu Lisa yang sedang memeluknya. Dibiarkan gadis itu menghamburkan tangisan, setelah tangisan Lisa reda Tengku Dennis melonggarkan pelukan dan memegang dagu gadis itu. Dibeleknya bibir Lisa yang lebam dan pipinya yang berbekas tamparan. Tengku Dennis mengusap pipi itu perlahan walaupun dia tahu tindakannya itu tidak mampu menghilangkan kesan merah itu dalam masa sesaat.
Lisa masih teresak-esak, air mata seakan tidak mahu berhenti. “Saya….saya…bu..bukan perempuan…simpanan…encik kan? Saya…tak macam tu…” tersekat-sekat Lisa berbicara. Tengku Dennis menggeleng.
“Tak, kau bukan perempuan simpanan. Sudahlah, jangan banyak cakap…kau kena banyak berehat. Badan kau masih lemah.” Balas Tengku Dennis. Lisa teresak kembali, kata-kata ibu Tengku Dennis tidak mampu dipadamkan dari ingatan. Tanpa sedar Lisa menyembamkan wajahnya kembali ke dada Tengku Dennis. Dihamburkan segala kesedihan di situ, bermacam perkara yang bermukim di mindanya.
Tengku Dennis hanya membiarkan malah dengan senang hati membalas pelukan gadis itu. Diusap-usap belakang Lisa sehingga gadis itu tertidur dalam pelukannya. Setelah memastikan gadis itu nyenyak, Tengku Dennis membaringkan gadis itu dan menyelimutkannya.
p/s : sorry lambat sikit..mak buzy wizzy noks.. |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 29-11-2012 08:31 AM
dah ada N3 unk santapan pagi ni ?
ada dah satu...sila-sila...alas perut je ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
mood saya ari ni sayu sikit , baca N3 pagi ni leh nangis .. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
cian lisa....sally ni mesti muka dia ala ala anzalna dlm adam dan hawa kan...witch abis |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi utk mkn pg dah ada, utk mkn tengahri n mkn ptg mana tuan tanah.... Citer ni memang kababommmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 29-11-2012 10:59 AM
mood saya ari ni sayu sikit , baca N3 pagi ni leh nangis ..
Jangan gitu...sedih sayerrr
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab posted on 29-11-2012 11:42 AM
nak lagi
Nanti yerrr ;)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|