CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
Post time 29-4-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku Post at 2014-04-29 12:47 Pontianak Jalan Sungai Ular?

SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.






***i cilok dr bod CI, tumpang benang nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Author tapibukanaku 04-29 13:50

Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar Baharu ka, Serdang ka.. semua pun kena.

Penduduk Kampung Batu 4 Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung.

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan pontianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu. Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.



***i cilok lg, tumpang lg ye tt...

@tapibukanaku jgn marah... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 03:38 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 03:32 PM
Author tapibukanaku 04-29 13:50

Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar B ...

eh sorry late reply tadik....takpe lah uols, sumber dari sinar harian. berkongsi lah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 29-4-2014 03:38 PM
eh sorry late reply tadik....takpe lah uols, sumber dari sinar harian. berkongsi lah kita.{:1_551: ...

thanx... (>^ω^<)


utk hiburan warga MPS...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 03:49 PM | Show all posts
farahya89 posted on 29-4-2014 11:29 AM
Eeee.. siap bg pandangan bermkna lg sbelum masuk toilet tu. cam bg isyarat pon ade jgk, nk suh kak ...

xpe...kalau aku masuk toilet sorang2 time tu agknye dia ada kot tggu..iya la aku pon yakin je yg tu member..yang k.ana tu pon ada kisah nye..dia lgi dasyat..

masa ni kami dah x sama shift..bila aku kerja ptg ..k.ana ni kerja malm..cerita ni d cerita kan oleh member 1 shift ngan dia yg sama terlibat dlm cerita ni...masa tu diorg ni kerja malam..pastu g toilet..yg ni toilet pompuan..besar toilet ni..ada dalm 5@ 6 lorong(x igt dah sb aku dah brenti kerja skrg)pastu memanjang ke belakang..masa diaorg masuk tu diaorg nampak byk rambut..pjg2 lak tu..ada kat sinki ,kat lantai..yang k.ana ni gatal mulut g tegor"eiiii..rambut sape la yg pjg ni!!?bersepah2!!"yg member lagi sorang ni dah takut dah sebab katanya...rambut tu bukan takat kat lantai ngan sinki tapi menjalar kat dinding pon ada pjgnya mmg bkn pjg rambut biasa..dia dah agk ni bkn rambut manusia..dia pon cakap la ngan k.ana..jgn la tegur..tp k.ana ni main lepas je mulut..

bila masuk dept..k.ana ni dah start mengaru2..garu kepala garu badan..paling terok kepala la..dia kata gatal sgt..smpi kan diaorg stop kerja g surau bangunan sebelah..masa ni ada 3 org pompuan.yg 2 org ni la yg teman kan  k.ana ni..diorg ckp mmg teruk sgt keadaan k.ana time tu ..rambut gugur,kepala sampai bdarah2 sebab d garu..busuk lak tu..lame gak dia kena sampai dah kol 6am bru kurang..mane2 yg kerja shift pgi dapat la tgk keadaan dia time tu..huh..tu la dah tau kerja malam,xde org,benda pelik2 yg di tegornye..sb member yg pergi dgn dia ckp mmg rambut tu pjg sangat..mane ada manusia yg rambut macam tu...

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:37 PM | Show all posts
farahya89 posted on 29-4-2014 11:29 AM
Eeee.. siap bg pandangan bermkna lg sbelum masuk toilet tu. cam bg isyarat pon ade jgk, nk suh kak ...

Org kata cik pon atau cik lang ni kalau mengilai dekat maknanya dia ada jauh.. Kalau mengilai sayup2 mcm jauh tu sbnrnya dia ada dekat dgn kita.. Betul ke? Aaaaaaaa takotttt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 04:47 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 03:32 PM
Author tapibukanaku 04-29 13:50

Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar B ...

Alaaa.. Kampung kat kulim.. Takutnyer nak balik kampung... Huhuhuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cindai83 posted on 29-4-2014 04:47 PM
Alaaa.. Kampung kat kulim.. Takutnyer nak balik kampung... Huhuhuuuu...

nape takut... i dok kulim, rileks je.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 05:23 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 05:17 PM
nape takut... i dok kulim, rileks je.. hehe


Ahahaha.. XPerla.. U berjiwa kental.. I x brp mak kental.. Ketaq lutut cheqqqq...

Last edited by Cindai83 on 29-4-2014 05:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 06:06 PM | Show all posts
asfaz posted on 29-4-2014 03:49 PM
xpe...kalau aku masuk toilet sorang2 time tu agknye dia ada kot tggu..iya la aku pon yaki ...

Ni yang takowt jgk ni, sbb Farah pon jenis yg suka tegur2x jgk klu ade benda2x pelik. xkirela nmpk klibat terbang ke, bau-bauan ke, bunyik ke.. mmg mulut ni otometik TERRRtegur.. hehe tp alhamdulillah xpenah lg kena since aktiviti tgur mnegur ni dilakukan. (chewahhh ayat.. )
mmg lps ni akan dzipkan mulut ni klu trserempk ngn bnde2x pelik ni.. Mintak jauhla benda2x camni.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 06:09 PM | Show all posts
Cindai83 posted on 29-4-2014 04:37 PM
Org kata cik pon atau cik lang ni kalau mengilai dekat maknanya dia ada jauh.. Kalau mengilai sayu ...

a'ah.. pnh dgr jgk psl ni. tp xtaula kesahihannya. klau betolkan, agaknya mmg cik pon / cik lang ni memang wat larian pecut brsame2x kat blakang diorang kowt. sbb tu bunyik sayup2x, dkt katekan.. Eeeeee... xleh nk byg mcmn.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 06:14 PM | Show all posts
farahya89 posted on 29-4-2014 06:06 PM
Ni yang takowt jgk ni, sbb Farah pon jenis yg suka tegur2x jgk klu ade benda2x pelik. xkirela nmpk ...

hah..jaga2..ada yang memerhati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:31 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 03:25 PM
tapibukanaku Post at 2014-04-29 12:47 Pontianak Jalan Sungai Ular?

SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan ...

berani ek..masih brllaku sampai la ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:32 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 03:32 PM
Author tapibukanaku 04-29 13:50

Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar B ...

org zaman dulu byk yg amalkan benda ni sume..tapi la ni pun sama gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:34 PM | Show all posts
Cindai83 posted on 29-4-2014 04:37 PM
Org kata cik pon atau cik lang ni kalau mengilai dekat maknanya dia ada jauh.. Kalau mengilai sayu ...

ya kerr??..tak tahu plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:34 PM | Show all posts
farahya89 posted on 29-4-2014 06:06 PM
Ni yang takowt jgk ni, sbb Farah pon jenis yg suka tegur2x jgk klu ade benda2x pelik. xkirela nmpk ...

jgn dimintak..nanti demam seminggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 11:35 PM | Show all posts
clarizsa posted on 29-4-2014 03:32 PM
Author tapibukanaku 04-29 13:50

Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar B ...

kongsi je..suka baca citer2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:19 AM | Show all posts
Tetiber teringat satu kejadian masa kecik2 dulu.. Xde la kecik sangat.. Masa tu sekolah rendah.. X seram sangat pun.. Cuma bila ingat balik memang sangat kelakar..  Rumah saya ni alhamdulillah setakat ni xde la angker dan mudah2an dengan izin Allah harap2 xdela sampai bila2.. Huhu.. Tapi ada satu kejadian pelik di satu petang yang indah ni.. Masa tu seingat saya hari cuti.. So maybe sabtu atau ahad saya x pasti.. Masa tu lebih kurang lepas asar.  Saya dan 2 jiran saya tgh main2 kat ruang tamu.. Tiba2 saya dengar ada orang ketuk pintu belakang rumah saya.. Sangat jelas.. Sampai saya dan jiran saya ni yg tgh bising2 ni terdiam.. Masa tu pintu dapur saya jenis kayu..(skrg besi) so sgt jelas bunyi ketukan tu... Saya pun menjenguk ke belakang nak tgk kot2 ada jiran saya nak antar hidangan minum ptg yg best2 ke.. Heheh.. Saya pun menjenguk ikut tingkap dapur je.. Saya x buka pun pintu tu.. Jenguk punya jenguk.. Xde orang.. So saya pun sambung main..

Tiba2 dengar lagi sekali ketukan tu.. Kali ni kuat sikit.. Saya jenguk lagi.. Ehh?? Mana orgnya.. Xde pun.. Saya pun cubala bertanya.. "Sape tu???" Juga xde sambutan.. Ok saya sambung main lagi kat ruang tamu.. Tiba2 dia ketuk lagi.. Saya x puas hati.. Terus berlari menjenguk.. Xde juga orang.. Saya dah mula takut.. Jiran saya yg juga rakan sebaya ni suh saya buka je pintu tgk sape.. Tapi saya x nak.. Saya kata saya takut.. So kitorg yg sangat innesen ni pun bincang2.. Setuju nak sama2 bertiga buka pintu tu tengok betul ke x ada org ketuk.. Yg bestnya.. Sbb terlalu takut.. Kami tulis perkataan Allah dan Muhammad dlm bhs arab besar2 atas kertas A4.. Sorg satu pegang... Jiran saya ni adik beradik.. So yg si kakak di depan.. Saya di tgh dan adik dia di belakang sekali.. Jalan beratur2 menuju ke pintu dapur.. Sampai je lagi 10 meter nak ke pintu dapur.. Tiba2!!! Bunyi org ketuk pintu lagi sekali.. Berterabur masing2 lari adik ntah ke mana kakak ntah ke mana.. Sambil tu kitorg yg takut ni boleh lari gelak2.. Haha.. Lepas tu saya pun x ingat apa kitorg buat.. Mungkin kitorg keluar terus ke laman rumah kot..

Sampai skrg saya x tau sape yg ketuk pintu dapur tu.. Xde pun bagi salam.. Bila tanya x berjawab.. Dan ketuk2 berkali2.. Saya simpulkan masa tu.. Mungkin kucing belaan saya kat belakang rumah yg main ketuk2 pintu tu... Hihihhhh.. (Nak sedap hati punya pasal)
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 08:08 PM | Show all posts
Manala cik Ipo ni.. Sehari x muncul2.. Dari pagi saya duk check thread ni kot2 ada citer terbaru.. Heheh.. Dh mcm addicted plak asyik jenguk2 kat sini.. Cer citer cer citer cik Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 08:38 PM | Show all posts
Kalau korang nak tau..DEKAT SATU POKOK BESAR betul2 tgh2 Kedua2 Exit Tol Pedas Linggi nak ke selatan/Utara memang rumah CIK PON...org2 yg duk area sane mmg dah tau..pekerja Tol pun dh byk kali nampak CIK PON nie terbang dari pokok tue keluar dr Plaza Tol Pedas/Linggi...so aku suspek, CIK PON yg tumpang TT nie dia tumpang sebaik saja TT exit ke Arah Linggi

P/S : Aku org Rembau and dah lame tau psl KISAH CIK PON KAT EXIT PEDAS LINGGI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 84450 Replies : 790
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11328 Replies : 158
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287686 Replies : 7099
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14264 Replies : 106
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 3028 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.523832 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list