CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2014 11:03 PM | Show all posts
Bab 35

“Siapa jantan ni Afizah? Bila saya ajak keluar bermacam-macam alasan yang awak beri. Rupanya awak layan jantan lain.”

“Hilman, kau jaga sikit mulut kau. Aku nak keluar dengan siapa pun itu hak aku. Kau siapa nak persoalkan?”

“Saya cintakan awak Afizah. Kenapa awak buat saya macam ni?”

Hilman memandang sayu wajah Afizah. Betapa hatinya hancur melihat Afizah yang terlalu mesra dengan seorang lelaki lain. Sepatutnya dia yang berada di sisi Afizah bukan lelaki itu. Harapkan muka sahaja yang kacak tapi Hilman merasakan dia lagi hebat dari kekasih Afizah.

“Fia..”

Afizah mengalih perhatian kepada Fareez yang memandangnya seperti inginkan penjelasan. Pasti Fareez ingin tahu siapa Hilman pada Afizah sehinggakan lelaki itu boleh menyerang mereka berdua di khalayak ramai.

“Hilman…sepatutnya awak cari Baby. Bukan cari aku. Aku bukan siapa-siapa untuk kau. Baby tu lagi layak untuk lelaki macam kau.”

“Saya dah putuskan pertunangan saya dengan Baby. Saya buat tu semua semata-mata kerana awak Afizah.”

“Senangkan jadi lelaki. Bila nak sedap pandai pula kau cari Baby, kau tahu tak Baby tengah mengandung anak kau.”

Hilman terpempan. Baby mengandung? Kenapa dia tidak tahu? Kenapa Baby mendiamkan diri? Hilman tenggelam dalam pertanyaan. Mungkinkah Baby mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Apa yang dia tahu selama perhubungan mereka, dia sangat berhati-hati agar tidak tersangkut.

Hilman berusaha untuk mengingati setiap kegiatannya bersama Baby selama ini. Betapa dia bergelomang dengan dosa. Perlukah dia mencari Baby semula untuk menebus kesilapan yang pernah mereka lakukan.


“Aku rasa lebih baik kau cari Baby sebelum dia teruskan agenda jahat dia terhadap teman baik aku Rania dan Ariff.”

Last edited by NaylaArisha on 26-8-2014 11:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:07 PM | Show all posts
Fareez pandang wajah Afizah. Dia perlukan penjelasan ketika ini. Terlalu banyak persoalan yang timbul. Siapa Hilman? Baby? Dan Rania masih bersama Ariff? Entah kenapa rasa amarahnya tiba-tiba datang apabila mendengar nama Ariff. Sesungguhnya dia sangat benci akan nama itu.
Tanpa memandang Hilman, Fareez mencapai tangan Afizah untuk pergi. Sebolehnya dia mahu membawa Afizah pergi jauh dari tempat tersebut. Dia mahukan ketenangan sebelum segala rasa amarahnya terhambur di situ.
“Fareez, I am sorry.”
“Siapa Hilman tu pada awak Afizah?”
“Hanya kawan.”
“Oh kawan…. Reez ni apa pada Fia?”
Afizah terdiam. Dia tidak tahu hendak menjawab soalan Fareez. Kenapa perlu persoalkan lagi sedangkan dari cara Afizah sahaja sesiapa pun boleh menduga isi hati Afizah. Ingin saja dia menjerit beritahu pada seluruh alam betapa hatinya sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Fareez.
“Entah.”
Fareez melepaskan keluhan. Kenapa susah sangat Afizah hendak meluahkan perasaannya. Semakin lama dia bersama dengan Afizah, perasaannya jadi lain. Kalau dulu dia dekati Afizah kerana Rania tapi kini bagai ada magnet yang menyebabkan dia tidak dapat melupakan Afizah. Benarkah dia menyintai Afizah? Tapi kenapa dia masih cemburukan Ariff?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:09 PM | Show all posts
Bab 36
Fareez meneruskan perjalanan setelah menghantar Afizah. Sesekali dia melayan lagu yang keluar dari corong radio. Entah kenapa di setiap pandangannya dia hanya melihat wajah Afizah. Hatinya berkecamuk. Antara rasa sayang yang menebal pada Rania ataupun perasaan yang baru hendak berputik terhadap Afizah.

Afizah tidak ada kekurangan. Wajahnya juga tidak kalah dengan Rania. Sangat jelita. Garang tetapi agak blur. Hari pertama dia memandang wajah Afizah hanya ada satu tujuan iaitu mendapatkan Rania untuk menjadi miliknya. Cuma, apa yang dirasakan kini agak jauh terpesong dari tujuan asal.

Kehadiran Hilman menyedarkan dia akan perasaan yang ada terhadap Afizah. Kenapa perasaan itu tidak sama dengan apa yang di rasakan bersama Rania ataupun Isabella. Mungkin kerana selama ini dia terlalu mengikut kata hati membuatkan dia tersesat dalam terang. Hanya Afizah yang mampu merawatnya.

‘Kau dah khianat Fareez’

‘Khianat siapa?’

‘Kau khianat pada Danial’

‘Aku tak khianat pada sesiapa. Aku hanya mahu bebas dari belenggu Rania.’

‘Kau lupa tujuan kau dekati Afizah. Kau dekati Afizah untuk Rania. Tapi sekarang perasaan kau tu yang membuatkan kau khianati kemahuan kau.’

Fareez memberhentikan keretanya di tengah jalan. Kenapa suara itu selalu menganggunya. Dia perlukan seseorang untuk melupakan seketika perasaannya terhadap Afizah. Dia perlu lupakan hasratnya demi mendapatkan Rania. Dia mencapai telefon dan menhubungi seseorang.

“You kat mana?”

“Zouk.”

“I pick up you.”

“Sorry, I ada someone untuk malam ni.”

“Just listen to me. I need you tonight.”

“Dean, I ada….”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:10 PM | Show all posts
Panggilan diputuskan oleh Fareez. Tanpa membuang masa dia memecut menghala ke Zouk. Dia perlukan Isabella malam ini. Untuk melenyapkan perasaan yang membuak-buak terhadap Afizah. Hanya dengan cara ini dia dapat melupakan rasa hatinya.
Fareez sampai ke tempat yang dituju dengan cepat. Hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Sampai di situ, kelihatan Isabella sedag menunggunya di temani dengan seorang wanita lain. Fareez tersengih lebar. Nampaknya Isabella dan rakannya bakal menjadi peneman malam itu.


“Dean, you bawa dia. I ada pelanggan.”


“I nak you and her. Both of you.”


Fareez memberi arahan kepada Isabella. Dia tidak mahu permintaannya ditolak oleh Isabella. Hanya Isabella yang mampu mebuatkan dia lupa dunia. Kehebatan wanita itu memang tidak dapat dinafikan. Selalu memberi yang terbaik sebab itu dia hanya mahukan Isabella melayannya.


“I tak boleh Dean. That guy’s dah booked I from last night.”


“Okay, five minute here. And you can go with that guy.”


Isabella memandang Fareez tak berkedip. Terkejut dengan permintaan Fareez seketika tadi. Melakukan hubungan itu di dalam kereta memang dia tidak pernah terfikir. Apatah lagi di kawasan yang amat ramai pengunjung. Walaupun rata-rata semua yang ada di situ pun mempunyai tujuan yang sama.


Melihat wajah Fareez yang serius membuatkan Isabella kecut perut. Dia tahu Fareez sangat pantang apabila permintaanya ditolak. Apatah lagi kerana lelaki lain. Dengan berat hati Isabella kembali ke dalam kelab itu dan keluar semula selepas 10 minit. Tanpa sebarang kata, Isabella dan rakannya menaiki kereta Fareez.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:12 PM | Show all posts
Bab 37  

Isabella memandang Danial yang tidur pulas selepas beberapa sesi bersamanya tadi. Rakannya juga sudah di hantar pulang dengan menaiki teksi. Pada pandangannya Danial agak berbeza malam itu. Selama mereka bersama belum pernah lagi Danial melakukannya dengan 2 orang wanita dalam masa yang sama. Memang mengejutkan dia ketika Danial meminta dia dan rakannya bersama-sama melayan kehendak nafsu Danial.


Tanpa membuang masa, Isabella mencapai telefon Samsung Note 3 milik Danial. Satu persatu nama di cari. Akhirnya pencariannya berakhir. Nombor yang diinginkan sudah berada di genggaman. Seketika dia menggunakan kamera depan telefon Danial untuk mengambil gambar dirinya tanpa seurat benang. Gambar itu di set kan sebagai profile panggilan.


“Bell, you buat apa?”


“Err, tak ada apa. I ralit tengok muka you.”


“Come. Hug me.”


Isabella merebahkan diri dalam pelukan Danial. Dia tersenyum puas hati. Sekurang-kurangnya dia masih punya tempat di hati Danial. Dan akan dia akan pastikan kebahagian itu kekal buat mereka. Danial adalah miliknya.


“Dean, will you marry me?”


Bagai terkena renjatan elektrik sahaja Danial bingkas bangun. Dia pandang wajah Isabella bagai tak percaya. Seperti mimpi sahaja permintaan itu meluncur dari mulut Isabella. Bergurau di malam hari dan gurauan itu agak tidak kena pada tempat.
“Listen here Bell. You and I, cuma TTM. Ingat tu TEMAN TAPI MESRA.”


“But I love you Dean.”


“No, benda ni tak akan jadi. Kita nak enjoy kan. Then, kenapa nak ikat perhubungan ini pada satu komitmen.”


“I takut kehilangan you. I nampak you dengan perempuan tu. Hati I sakit Dean bila tengok kemesraan you dengan dia. Lagipun dia pakai tudung, macam mana kalau you kahwin dengan dia nanti you lupakan I?”


Isabella sudah mengesak tangis. Benar dia terlalu sayangkan lelaki itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Danial. Malah, lelaki itulah yang pertama menyentuh dirinya. Lelaki yang mengajarnya perasaan sayang. Beza 7 tahun tidak pernah membuatkan dia berhenti menyintai lelaki itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:14 PM | Show all posts
“Kita dah bincang sebelum ni, tak boleh ada perasaan cinta. Kita hanya untuk suka-suka. You jangan risau I takkan tinggalkan you walaupun I kahwin dengan dia.”

“Jadi betullah you nak kahwin dengan dia? I ni cuma boneka untuk nafsu you?”


Isabella semakin menggila. Dia tidak dapat menahan rasa hati apabila mendengar pengakuan Danial yang mahu berkahwin dengan perempuan lain. Dia tidak mahu Danial meninggalkan dia. Dia perlukan Danial. Hanya Danial.


“Bell, I cintakan dia. I memang sayangkan you tapi perasaan sayang I tu bukan bermaksud yang I cintakan you. I sayang you sebab hanya you yang mampu memberi kepuasan dekat I tapi kalau you nak I ubah perasaan sayang tu kepada cinta memang tak akan mungkin berlaku. Ingat tu.”


Danial meninggalkan Isabella keseorangan. Dia mahu mencari ketenangan di tempat lain. Fikirannya yang tadi sudah tenang mula berserabut kembali. Seperti di jangka kepulangan Isabella hanya membuatkan rancangannya gagal.
Hatinya membawa bisikan rindu buat Afizah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2014 11:15 PM | Show all posts
Bab 38

Afizah pandang wanita dihadapannya yang mengaku sebagai teman wanita Fareez. Wajah itu terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan dirinya. Begitu beria wajah itu menangis. Tipulah kalau hatinya tidak merasa goyah. Dibawakan segala macam versi cerita mengenai lelaki yang mula mendiami ruang hatinya. Siapa yang tidak terluka apabila tertipu dengan sikap baik yang di tonjolkan selama ini.


Isabella memandang wajah Afizah. Secebis senyuman sinis terukir dibibir. Bukan susah hendak membuat wanita itu percaya. Hanya air mata. Memang dia hebat kerana berjaya membuatkan wanita itu turut mengalirkan air mata. Sungguh keinginan untuk memiliki Danial membuatkan dia bertekad untuk berdepan dengan Afizah.


Mulanya dia hanya mahu menghantar gambar intimnya bersama Danial kepada Afizah tetapi dia membatalkan niat itu dan datang menemui Afizah secara empat mata. Dia mahu tahu apa hebatnya Afizah sehingga Danial boleh jatuh cinta.


“Jadi awak datang sini sekadar nak beritahu semua ni kepada saya? Dan awak ingat dengan air mata awak tu saya akan percaya pada kata-kata awak?”


“Saya cuma beritahu apa yang berlaku antara saya dengan dia. Saya tak nak perempuan baik macam awak juga akan terkena. Dia terlalu pandai memujuk rayu.”


“Kalau tengok dari cara awak berpakaian saya tak rasa yang dia pujuk rayu awak. Dengan pakai baju yang menampakkan susuk tubuh awak, kain yang tak seperti kain. Bukan setakat Fareez saja akan tergoda. Pasti awak punyai ramai teman lelaki dan Fareez hanya salah seorang daripada koleksi awak.”


“Bila Fareez mula berkenalan dengan saya, dia mula mengabaikan awak dan awak rasa marah. Jadi pada tanggapan awak saya akan tinggalkan Fareez hanya kerana kata-kata yang awak lemparkan?”


Isabella bungkam. Dia menahan rasa geram. Fikirnya Afizah akan terpengaruh degan ceritanya tadi. Melihat dari reaksi Afizah tadi memang membuatkan dia fikir yang Afizah sudah termakan hasutannya. Tapi sebaliknya pula yang berlaku.


“How old are you?”


“21 years old.”


“Muda sangat. Awak cakap dah kenal dengan dia sejak 4 tahun lepas maksudnya masa tu awak baru tingkatan 5. Dan masa tu jugak awak kata yang awak dengan dia dah duduk serumah macam pasangan suami isteri? So awak nak salah kan Fareez? Dah awak yang datang menyerah takkan Fareez nak tolak kan? Sedangkan kucing yang tak ada gigi pun berani terkam ikan yang masih segar inikan pula seorang lelaki normal?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:17 PM | Show all posts
“Saya buat kerana saya cintakan dia.”

“Cinta? Jadi kenapa awak bagi alasan yang awak beritahu semua ni dekat saya sebab awak tak nak saya menerima nasib yang sama macam awak? Sebenarnya awak cintakan dia sebab tu awak sanggup mereka cerita untuk mengaibkan diri awak dan juga dia.”


Reka cerita? Nampaknya perempuan itu hanya menganggap semua yang diceritakan itu sebagai rekaan. Kenapa terlalu sukar untuk membuatkan Afizah akur pada keinginannya. Dia hanya mahukan Danial. Dia sanggup lakukan apa saja demi memiliki Danial.


“Macam nil ah. Apakata awak tunggu sekejap kat sini. Sebab sekejap lagi orang yang awak kata teman lelaki awak tu akan datang sini. So awak boleh ulang semula semua cerita yang awak reka tadi.”


Afizah hanya menggunakan kepakarannya untuk membuatkan perempuan muda itu bersikap agresif. Agaknya perasaan cintanya membuatkan dia buta. Sanggup menjadi boneka untuk memuasakan nafsu serakah seorang lelaki. Lelaki yang boleh dianggap sebagai seorang abang yang boleh melindungi seorang adik.


“Kau jangan menyesal. Aku akan pastikan yang Danial akan jadi milik aku.”


“Saya tak boleh nak buat apa kalau Fareez pilih saya berbanding awak.”


Ternyata perempuan seperti Isabella ni cukup mudah hilang sabar. Bila dia semakin didesak semakin lama sikapnya akan berubah, dan nyata seperti yang di jangka. Isabella semakin hilang rasa sabar.


“Aku akan pastikan kau meyesal!”


Afizah hanya memandang langkah Isabella. Siapa kata dia tidak sakit hati? Betapa dia terluka mendengar perkhabaran itu. Perlukah dia bersemuka dengan Fareez mengenai perkara itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:19 PM | Show all posts
Bab 39

Rania menyanyi riang. Hatinya yang gundah gulana sebelum ini menjadi gembira dengan kunjungan kekasih hatinya Ariff. Rindunya kepada lelaki itu hanya Allah yang mengetahui. Tidak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata.


“Kenapa B tak cakap nak jumpa sayang?”


“Saja nak bagi surprise sambil-sambil nak buat sport check mana lah tahu dah ada pak we baru.”


Rania menarik muncung. Ada pula seperti itu, bukan Ariff tidak tahu betapa hatinya hanya milik seorang sahaja iaitu Ariff Azahan. Ariff yang pandai memujuk dan suka bergurau. Walaupun adakala gurauan tu membuatkan hatinya tergores.


“Nak berdiri kat pintu jer ke? Tak kesian ke kat pakwe kesayangan Nia ni?”


“Jom.”


Ariff terjeda. Ajakan Rania membuatkan perasaannya jadi lain. Seperti ada rama-rama berterbangan. Pastinya sudah muncul satu makhluk yang mempunyai tanduk di antara mereka berdua.


“Err… kat luar jer lah sayang. Takutlah.”


“Takut apa?”


“Takut sayang goda B masuk bilik. B bukan boleh tahan godaan.”


Merah padam muka Rania. Kadangkala mati akal juga dia hendak membalas kata-kata Ariff. Yang tidak pernah serius. Tapi bila dah serius semut pun takut nak mampir. Garang mengalahkan singa.


“Merepek lah. Betul lah yang Baby cakap tu? Tapi Baby cakap B yang goda dia.”


“Hish…. B cuma tergoda dengan sayang seorang saja. Lagipun Baby tu tak selera lah B. Comot.”


“Comot ke comel?”


Gurau demi gurauan membuatkan Rania leka seketika. Tanpa sedar langkahnya hanya menurut arah yang di bawa Ariff. Begitu asyik bersembang dia lupa pada ancaman Danial. Ariff benar-benar membuatkan dia merasa selamat untuk berada di samping lelaki itu. Datanglah berjuta Danial pun dia tidak akan gentar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:20 PM | Show all posts
Mereka berhenti berjalan dan masuk ke dalam restoran siam yang ada di kawasan tempat tinggal Rania. Terlalu banyak cerita yang mereka kongsikan bersama setelah berhari-hari Rania melancarkan mogok. Mereka memesan makanan yang sama.

“Nia!”


Rania tersentak. Afizah memandangnya geram. Berkali-kali dia memanggil Rania tapi tidak diendahkan. Rupanya sedang berkhayal entah apa yang di khayalkan dia pun tak tahu. Beria sahaja dia bercerita kepada Rania tapi hampeh.


“Eh… sorry.”


Rania tersengih.


“Kau keluar ke tadi? Dah tak de rasa takut dengan abang kau?”


Rania hanya melemparkan senyuman manis buat Afizah. Hatinya sudah kembali pulih. Keyakinan untuk berdepan dengan Danial sudah ada. Dan dia perlu kembali kepada orang tuanya bersama Ariff. Dia perlu membersihkan nama Ariff demi cinta mereka.


“Temankan aku balik kampung esok. Kau cuti kan?” Rania memandang wajah Afizah mengharap persetujuan.


“Ermm betul ni kau nak balik kampung?”


“Betul lah sampai bila aku nak lari. Aku kena belajar untuk berhadapan dengan masalah juga. Kalau setiap kali aku ada masalah aku lari bila aku nak jadi lebih yakin kan.”


“Okay.”


Rania mencapai telefon dan membuat panggilan ke kampung untuk memberitahu berita kepulangannya. Kali ini biarlah dia pergi bersama Afizah dulu. Bila dia yakin kemarahan ayahnya sudah hilang, dia akan membawa Ariff bertemu dengan orang tuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
afizah... kenapa dia tak percaya pd citw bella ni TT... pakar psikologi tp bongok jgk ttg kehidupan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:22 PM | Show all posts
Bab 40

Haji Baharin menyampaikan berita kepulangan Rania kepada Hajah Salbiah. Betapa Hajah Salbiah memanjatkan kesyukuran anak yang sudah lama menghilangkan diri itu akan kembali semua kepadanya. Berkat doa dia dan suaminya siang malam.


“Abang dah beritahu Danial?”


“Rania kata tak payah beritahu Danial dulu. Biarlah Rania balik dulu kita dengar penjelasan dari Rania pulak.” Haji Baharin tidak dapat menghilangkan rasa gembira dengan berita kepulangan Rania. Satu kepulangan yang di nanti.


Hajah Salbiah mula menyenaraikan barang-barang yang hendak di beli untuk menyambut kepulangan Rania. Berbagai-bagai menu di rancang untuk dimasak esok.


“Eh awak ni, nak masak macam seratus orang yang datang. Rania datang dengan kawan perempuan dia nama Afizah ke apa di sebutnya tadi.” Haji Baharin memandang pelik gelagat isterinya saat itu.


“Abang, esok kita pergi kedai kain ye. Nak beli kain putih untuk buat lapis meja.”


“Kain warna hijau pucuk pisang tu kan ada lagi. Kenapa pulak nak beli kain putih?”


“Biarlah Rania kembali dengan rumah yang bersih dan nampak berseri.”


“Berseri apanya kain putih macam nak menyambut jenazah jer awak ni.” Tempelak Haji Baharin.


Hajah Salbiah meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan bebelan Haji Baharin. Dalam teruja hatinya tetap berdetik kuat. Bagai ada sesuatu yang bakal terjadi. Tapi dia tidak tahu adakah dia ataupun siapa yang akan terjadi sesuatu. Rasa hatinya tidak pernah salah. Tapi mungkin juga kerana dia terlalu gembira akan kepulangan Rania.


*************************************************************************************************

“Nia, ermm jom kita pergi kedai. Aku nak belikan sesuatu untuk mak kau. Segan lah aku datang dengan tangan kosong.”


Rania bersetuju untuk keluar kerana dia pun ingin membeli sesuatu untuk ayah dan ibunya. Mereka bersiap dengan ala kadar sebelum keluar. Setelah pasti pintu dikunci rapi mereka bergerak menuju ke kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:24 PM | Show all posts
“Masjid India?” Soal Afizah.

“Okay. Situ banyak kedai telekung kan?” Rania membalas. Tadi sebelum keluar Afizah sudah menyatakan dia mahu membeli kain telekung buat ibu Rania.


“Banyak. Pilihan pun banyak.”


Perjalanan diteruskan tanpa sebarang perbualan. Entah kenapa malam itu terasa asing. Keadaan yang sepi itu di selang selikan dengan bunyi kereta yang lalu lalang di bahagia sebelah jalan raya. Rania bermain dengan telefonnya. Menghantar mesej kiriman rindu buat Ariff.


Fikiran Afizah melayang mengingatkan kejadian siang tadi ketika keluar dengan Fareez. Betapa dia terkejut apabila terjumpa beberapa kotak Durex yang masih belum digunakan lagi. 5 kotak dalam dashboard kereta Fareez. Itu belum lagi paket kecil yang dia jumpa terletak di merata seat pemandu dan juga sebelah pemandu.


Agaknya apa yang dia katakan oleh Isabella itu memang benar. Kalau tidak masakan Fareez mahu menyimpan benda alah itu di dalam keretanya. Pasti Fareez sentiasa bersedia. Bak kata Isabella bila nafsu Fareez memuncak tak kira di mana, dalam tandas, kereta dan juga tepi pantai pun dia akan melaksanakan nafsu serakahnya.


“Fiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………………”


Jeritan Rania menyedarkan Afizah. Kereta yang dinaiki mereka dihimpit oleh sebuah kereta hitam Honda Jazz. Afizah cuba untuk menhentikan kereta tetapi brek kereta Afizah seolah-olah tidak berfungsi. Di hadapan mereka sebuah bas sedang sarat dengan penumpang. Afizah tidak ada cara lain dia menolak Rania keluar dari kereta.


Rania tergolek ke tepi jalan. Muka Rania terseret ketika jatuh menyebabkan keadaan wajah Rania agak parah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:26 PM | Show all posts
Bab 41

Donna berulang alik di depan pintu kecemasan hospital. Hatinya cemas apabila mengenangkan Rania yang sedang bertarung dengan nyawa. Dia yang pergi ke tempat kejadian atas tujuan tugas terpaksa mengundurkan diri demi menyelamatkan Rania. Sungguhpun dia kesal dengan apa yang berlaku kepada Afizah. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Ketika dia sampai ke tempat kejadian, kereta yang dinaiki Afizah meletup ditempat kejadian.


Baru sebentar tadi dia dapat menhubungi Ariff teman lelaki pada Rania. Dia perlu berbincang sesuatu sebelum menghubungi ahli keluarga Rania. Ada sesuatu yang perlu mereka lakukan ke atas Rania. Dan hanya dia dan Ariff yang perlu tahu mengenai hal itu.

“Abang kata Rania nak balik? Dah jam 11 pagi tak sampai pun lagi?”


“Sabar lah emaknya Rania. Bukan dekat dari KL nak ke Rawang ni.”


“Apa yang jauhnya abang. 1 jam saja dah sampai. Entah apa lah yang dibuatnya sampai lewat macam ni pun tak sampai lagi. Macam-macam dah saya masak untuk dia. Kain lapis meja pun saya dah tukarkan putih.”


Deringan telefon mengejutkan Haji Baharin. Dia bergegas menyambut panggilan telefon. Tidak sampai sepuluh minit dia bercakap, tiba-tiba dia rebah. Matanya memandang wajah isterinya tidak berkelip. Lidahnya jadi kelu untuk bersuara.


“Rania… Rania dia…dia..” Ayat Haji Baharin di pintas Hajah Salbiah.


“Kenapa dengan Rania? Kenapa dengan Rania abang?”


“Rania dah tak ada. Dia kemalangan semalam. Danial beritahu sekejap lagi dia sampai bersama jenazah Rania.”


“Ya Allah……………… Anak kita abang, anak kita Rania dah tinggalkan kita. Anak kita satu-satunya anak perempuan kita. Kenapa dia yang pergi dulu? Kenapa bukan saya abang? Kenapa?”


Hajah Salbiah meraung. Hatinya walang. Berbulan tidak bertemu dengan anaknya itu. Dan kini anaknya kembali tapi kembali tanpa nyawa. Bagaimana harus dia menerima kenyataan ini? Bagaimana dia mahu redha dengan pemergian Rania? Biarlah dia yang pergi dahulu, kenapa mesti Rania?


Haji Baharin memeluk Hajah Salbiah dengan erat. Bagai mahu disalurkan kekuatan buat isterinya itu. Dia juga sedih mendengar perkhabaran itu. Baru sahaja semalam dia berbual dengan Rania. Terngiang-ngiang ditelinganya saat Rania menyatakan dia mahu pulang. Mahu pulang ke pangkuan ahli keluarganya. Adakah kepulangan seperti ini yang di maksudkan oleh Rania.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:27 PM | Show all posts
Danial memandang kedua orang tuanya. Sesungguhnya apa yang terjadi pada Rania membuatkan dia insaf. Kalau bukan kerana dirinya pasti Rania masih ada lagi. Berkali-kali dia menyalahkan diri sendiri. Kerana hendak mengelakkan dia semua ini berlaku.

“Danny, jangan salahkan diri kamu. Pasti ada sesuatu yang Allah nak kirimkan kepada kamu dengan kehilangan Rania.”


Denial memandang wajah tulus Ariff. Betapa dulu dia cuba meracuni fikiran kedua orang tuanya demi memiliki Rania. Dan kini, segala-galanya di lakukan oleh Ariff tanpa pertolongan sesiapa. Dari membawa jenazah Rania ke rumah sehingga lah mengangkat jenazah Rania ke kubur. Dia melakukan tanpa banyak soal. Betapa mulianya hati seorang lelaki bernama Ariff.


“Maafkan pak cik nak. Pak cik marahkan kamu tanpa mengenali kamu. Kalaulah pak cik turutkan kemahuan Rania….”


Air mata merembes keluar. Betapa hatinya sedih hanya kerana tersilap percayakan hasutan Danial dia membuta tuli menuduh Ariff yang bukan-bukan.


Ariff hanya tersenyum. Dia membuang pandang ke arah kubur yang masih merah tempat jenazah Rania di tanam. Hatinya berbisik sayu. ‘Damailah kamu di sana wahai Ratuku’.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:29 PM | Show all posts
Bab 42

Hari ini. 01/07/2014


Donna tersedar dari tidurnya apabila kapten kapal mengumumkan pesawat sudah pun sampai ke destinasi. Badan terasa letih dengan penerbangan selama 16 jam daripada New York ke Malaysia. Dia percepatkan langkahnya menuju ke balai ketibaan. Pasti Ariff sudah berada di luar menunggunya.


“Donna!”


Donna terkejut melihat kehadiran Afizah. Bagaimana Afizah boleh berada di airport? Adakah untuk menunggu Donna? Pelbagai persoalan yang bermain di kepalanya kerana dia memang tidak mengkhabarkan berita kepulangannya kepada Donna.


“Fia? Kau buat apa kat sini?”


“Tunggu kau. Jom kita pergi tempat lain banyak yang perlu kita bicarakan.”


Afizah memaut lengan Donna dan menariknya menaiki kereta yang sedang menunggu. Banyak benda yang harus di bicarakan. Terlalu banyak kesangsian dan yang harus menjawabnya hanyalah Donna. Kerana selain Donna dia tidak mengenali sesiapa lagi daripada kawan-kawannya yang sebelum ini.


“Long journey huh? 4 tahun dan selepas 4 tahun tiba-tiba kau balik. Kau balik sebab aku nak kahwin dengan Danial kan?”


Tekaan Afizah sudah mengena. Donna mendiamkan diri, otaknya masih belum mampu untuk mencerna apa yang berlaku. Kenapa Afizah yang menjemputnya di lapangan terbang dan bukan Ariff.


“Macam mana kau tahu aku balik Malaysia hari ni?”


“Instinct.”


“Aku tak rasa sebab instinct semata-mata. Mesti ada sebab kenapa kau tahu aku balik hari ini?”


“Your mum.”


Donna tersandar lesu. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak bagaimana kepulangannya di ketahui Afizah. Apa yang membuatkan dia sedikit bimbang wajah Afizah yang serius dan langsung tidak ada riak senyum. Seolah-olah tidak gembira dengan kepulangan Donna.


Kereta yang dinaiki mereka sudah berhenti di tempat yang di tuju. Sebuah rumah teres yang bersih dan terjaga rapi. Donna tersentak kerana rumah itu adalah rumah yang pernah di duduki oleh Afizah dan juga Rania seketika dahulu. Dia tidak pernah bawa Afizah datang ke sana selepas kejadian yang mengerikan itu berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:31 PM | Show all posts
“Jom masuk. Mesti kau ada banyak soalan kan? Macam tu juga dengan aku. Banyakkk soalan yang perlu kau jawab.”

Donna hanya menuruti langkah Afizah masuk ke  rumah yang menyimpan seribu kenangan mengenai Rania dan Afizah. Dia sengaja tidak mahu Afizah kembali ke rumah itu selepas pembedahan mematikan salah satu urat saraf  yang menghubungkan kepada otak. Dia tidak mahu berlaku kecelaruan dalam pemikiran Afizah.


“Kau kenal ni siapa?”


Salah satu gambar Afizah yang memakai pakaian doktornya ditunjuk. Selepas itu satu lagi gambar Rania bersama Ariff di angkat dan di berikan kepada Donna. Siapa sangka selepas 4 tahun rumah itu masih terjaga dengan elok tanpa ada sedikit habuk pun.


“Ini kau dan ini Rania.”


“Kalau yang ni adalah aku kenapa aku boleh bertukar profesion dari seorang doktor psikologi jadi seorang setiausaha korporat? Dan kalau yang ini Rania kenapa aku yang berada di samping teman lelaki Rania?”


Afizah menarik nafas sebelum meneruskan kata-kata.


“Siapa sebenarnya aku Donna? Kenapa aku tak kenal dengan diri aku sendiri? Kenapa aku tak tahu kat mana kubur ayah dan mak aku yang sebenar? Kenapa kau jadikan aku anak angkat kepada keluarga Rania? Kenapa semua memori aku mengenai diri aku yang sebenar kabur?”


“Siapa Fareez? Siapa Isabella? Kenapa aku tak ingat sedikit pun pasal mereka?”


Pertanyaan demi pertanyaan diajukan oleh Afizah kepada Donna. Memang agak mengejutkan Donna mendengarnya. Dia sendiri pun tidak mengenali siapa Fareez. Bagaimana dia hendak menerangkan kepada Afizah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:32 PM | Show all posts
Bab 43.

Afizah tersandar lesu. Kenapa setelah sekian lama cerita itu tersimpan? Kenapa baru sekarang Donna muncul untuk menceritakan semua ini? Hatinya berdolak dalik sama ada percaya atau tidak dengan cerita Donna. Paling mengarut apabila Donna mengatakan dia adalah Rania. Dia Rania Zahra adik kepada Danial dan anak kepada Haji Baharin Dan Hajah Salbiah.


“Macam mana kau tahu rumah ni? Macam mana kau tahu pasal Fareez dan juga Isabella?”


Afizah melemparkan senyuman sinis kepada Donna. Kalau dia tidak terserempak dengan bekas pekerja Afizah, Khaira dia pasti tidak akan pernah mempersoalkan siapa dirinya yang sebenar. Demi mendapatkan kebenaran, dia merapati Khaira dan menyingkap semua persoalan yang tersimpan selama 4 tahun.


“Eh Doktor? Lama tak jumpa rindunya Khaira dekat Doktor.”


Afizah pandang wajah asing di depannya. Otaknya tidak dapat mencerna wajah yang menegurnya deangan ceria itu. Matanya di sepetkan bagi menyampaikan maklumat ke otak tetapi tidak berjaya.


“Bila Doktor nak balik rumah Doktor? Hari tu En Ariff teman lelaki arwah kak Rania yang bagi kunci rumah tu kat Khaira. Dia suruh Khaira jaga rumah tu sampai Doktor kembali.”


“Awak kenal saya?”


Khaira terpempan. Masakan dia salah orang. Bukan sekejap dia berkerja di bawah selian Doktor Afizah. Bahkan Doktor Afizah lah yang mencadangkan dia untuk meneruskan belajar dalam bidang kaunseling.


“Kenapa awak panggil saya Doktor?”


Afizah menyoal Khaira yang duduk di hadapannya. Sengaja dia mengajak Khaira minum bersama. Satu persatu cerita terbuka. Tentang diri Afizah yang sebenar. Tentang Fareez. Dan juga mengenai kedua orang tua Afizah yang sudah tidak ada.


“Aku tahu dari Khaira.”


“Khaira?”


“Selepas Khaira ceritakan pada aku mengenai Afizah dan Rania, aku jadi ragu-ragu terhadap diri aku. Bagaimana aku boleh berada di tempat Rania berkerja sebagai setiausaha kepada teman lelaki Rania sedangkan tempat aku sepatutnya di sebuah hospital terkemuka memegang jawatan Doktor Psikologi?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:34 PM | Show all posts
“Sebenarnya Ariff yang mahukan kau jadi setiausahanya menggantikan tempat Rania. Dengan keadaan kau yang macam ni kau rasa mampu untuk memikul tanggungjawab Afizah?”

“Perasaan aku semakin tak menentu apabila aku sering menerima panggilan dan email daripada seseorang yang asyik mengatakan aku adalah Rania. Kalau aku Rania kenapa semua orang panggil aku Afizah? Kenapa tak ada pun yang mengenali aku sebagai Rania? Malah aku sering di hantui mimpi ngeri sejak aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan Danial. Aku jadi tak tentu arah. Dan yang buat aku yakin aku adalah Rania bila aku buat pemeriksaan DNA antara aku dan Danial. Tapi cerita yang ada masih tak lengkap sebab tu aku beritahu kau yang aku nak kahwin dengan Danial. Hanya dengan cara tu sahaja yang boleh membawa kau balik ke sini.”


“Kenapa aku? Kenapa kau tak tanya Ariff teman lelaki kau sendiri?”


“Sebab kau yang perkenalkan aku pada keluarga Rania, kau jadikan aku anak angkat pada keluarga aku sendiri. Kau tahu tak ibu aku terseksa selama ni rindukan Rania yang di sangkanya sudah mati. Kenapa kau buat aku macam ni?"


Donna mati kata. Dia tidak tahu hendak menyampaikan alasan. Dulu dia fikir demi kebaikan Rania kerana itu dia minta doktor yang merawat Rania melakukan proses menghilangkan ingatan yang sedia ada.


“Lobotomy is a neurosurgical procedure, a form of psychosurgery. It consists of cutting or scraping away most of the connection to and from the prefrontal cortex, the anterior part of the frontal lobes of the brain”


“Aku dah tak boleh di ubati Donna. Sebab aku hilang ingatan bukan secara semula jadi. Tapi ingatan aku dihilangkan dalam erti kata lain otak aku dah brainwashed.” Afizah membentak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:35 PM | Show all posts
Bab 44

Tengku Azahan buntu. Tiba-tiba sahaja Donna meminta dia datang ke rumah lama Afizah. Dia berkejar ke lapangan terbang tetapi bayang Donna tidak kelihatan. Dan sekarang Donna menghubunginya meminta dia ke rumah Afizah. Donna ada di situ bersama Afizah aka Rania. Patutlah Afizah meminta cuti kecemasan daripadanya. Tapi apa yang dia perasan wajah Afizah agak mendung sejak beberapa hari selepas dia mengatakan mahu berkahwin dengan Danial.


“Awak nak kahwin dengan Danial? Awak serius Afizah?”


“Serius sangat. Dah bos pun tak nak kat saya kan. Saya kahwin lah dengan Danial abang Rania.” Afizah menduga. Tapi wajah di hadapannya itu masih beriak selamba.


“Macam tu saya cuma boleh katakan semoga bahagia hingga anak cucu.”


Walaupun Tengku Azahan berlagak selamba dalam hati tiada siapa pun tahu. Betapa hancur lumatnya hati apabila kekasih hatinya bakal di miliki oleh orang lain. Dulu Hairi dan sekarang Danial. Memang tidak ada ruang langsung buat dia mendekati Afizah.


Sampai sahaja Tengku Azahan dia terus meluru masuk mencari Afizah dan Donna. Takut andai terjadi sesuatu antara mereka. Bukan boleh buat main kalau Afizah sudah mengamuk. Apa sahaja boleh terjadi kalau dia lambat.


“Ariff…”


“Bos…”


Tengku Azahan terpaku. Wajah Afizah yang tegang dan wajah Donna yang suram. Pasti mereka telah bertekak sebelum dia sampai. Dia sendiri sedikit cuak melihat wajah Afizah yang cukup ketat. Seperti nak makan orang sahaja lagaknya.


“Err…. Korang okay kan?”


“Rasanya?”


Soalan Tengku Azahan di balas soalan juga oleh Afizah. Nadanya cukup melemahkan hati Tengku Azahan.


“Apa-apa hal bincang baik-baik. Jangan marah jangan melenting. Tak baik.”


“Kenapa bos tak pernah beritahu siapa saya yang sebenarnya? Kenapa bos tak nak mengaku yang saya ni sebenarnya Rania kekasih hati bos?”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.462853 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list