CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Sektor Hartanah Dah Dok Sejuk, Tunggu Apa Lagi Turunkan Harga Kalau Nak Survive

[Copy link]
 Author| Post time 19-9-2014 10:44 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 19-9-2014 09:19 AM
Umah 600k.. Masih ramai mampu beli.. Combine loan somi isteri.. Tp kalau 800k keatas mcm melampau Sg ...

Bukankah combine loan suami isteri ni banyak risikonya , kos hidup tinggi di bandar bermakna pressure kepada hubungan suami isteri lebih hebat, so possibility perceraian untuk terjadi cukup besar.

Lagikan sara anak pun payah nak provide sesetengah bekas suami , inikan pulak nak membayar bulanan pada bank yang rumah tak diduduki nya setelah bercerai tu nanti , whuissh alamat memang default payment la gamaknya kalau terjadi perceraian .
Last edited by blastoff on 19-9-2014 11:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 11:22 AM | Show all posts
mizahanan posted on 19-9-2014 05:59 AM
Pls define berhampiran.

jauh beb.

Apa saja kemudahan yang boleh membawa manusia berpusu2 ke sesatu area seperti mall, stesyen LRT/MRT , bridge, tunnel , theme park , makna kata segala jenis kemudahan pusat rekreasi dan membeli belah etc etc  maka harga hartanah di situ pasti melambung naik nonstop.

Walau menyebabkan trafik jem teruk dan orang yang duduk situ berdepan dengan asap kereta dan habuk jalan , semua tu tak dipedulikan janji ada kemudahan.

Itulah taktik developers yang dah jadi agent warga asing untuk hapuskan persaingan rakyat tempatan , maka harga di naikkan sehingga habih tak mampu belaka.

So tempat tu akan jadi eksklusif untuk warga asing yang kaya raya aje lah one day.... playground of the rich and femes kenkononnya lah , macam kat penang .


Last edited by blastoff on 19-9-2014 11:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 19-9-2014 10:44 AM
Bukankah combine loan suami isteri ni banyak risikonya , kos hidup tinggi di bandar bermakna press ...

Ni betul. Kawan aku cerai wit bini.. pastu bini duk rumah double story wit kids.. dia mampu sewa bilik flat je.. kisah di kl..

On the hands.. sape suh main kayu 3 hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 12:22 PM | Show all posts
Apabila Indonesia memperkenalkan rules benarkan warga asing beli hartanahnya, terus pakar ekonomi meramalkan lonjakan kenaikan harga bakal terjadi  . Nampak tak kaitan antara lonjakan harga dengan daya beli warga asing.

Simple je kan kalau kerajaan M'sia nak kawal harga rumah, ban kan pembelian dari warga luar , nescaya developers semua akan turunkan harga ke paras yang dapat di beli rakyat tempatan sebab stakat tu aje pasaran depa . Limit kan pasaran lah untuk kawal harga.

Kenapa kerajaan tak nak lakukan perkara tu ? Why ? WHy ?

Kenapa kerajaan sanggup hilang kuasa di bandar2 besar kerana nak ampu developers dan warga asing sehingga menyebabkan harga hartanah melonjak lalu menekan hidup rakyat tempatan habih semua ?

Itu persoalannya yang perlu di fikirkan sekarang ni .







-------------------------------------------------------
http://www.telegraph.co.uk/finan ... d-to-buy-homes.html

Jakarta faces property price hike as expats allowed to buy homes                        
New rules allowing foreigners to own real estate could cause prices to rocket   in the booming Indonesian capital of Jakarta.
                     
By Justin Harper                                                                                
               
1:00PM GMT 22 Nov 2012
A change in property laws for foreigners in the Indonesian capital of Jakarta   could see prices rocket.

Strong demand for rental property from expats has seen costs shoot up almost   15 per cent this year as expats head to Indonesia, which is enjoying a   period of strong economic growth.

Business is booming for landlords with high-end apartments near the city   centre, where expats prefer to live. It is estimated that about 45,000   foreign workers live in this type of accommodation near Jakarta’s business   districts.

But this strong demand for rental properties could quickly shift to buying   once the government allows foreigners to purchase property in their own   name. The Indonesian government said it wants to open the property market to   foreigners while still restricting purchases of land.

It has devised regulation that gives foreigners the right to apply for the   purchase of a Building Ownership Certificate (SKBG) that would be separate   from land rights.

        Neil Jensen, Asian head of operations for property experts Fraser & Co,   said: “Currently the law is very similar to that in Thailand whereby your   only opportunity to own property or land is if it is bought in the name of a   local national – typically a spouse or close friend.
“The new ruling will apply to specific buildings and at this stage it is only   likely to be available in Jakarta, Bali and Batam with a further caveat that   foreign ownership of any qualifying building will be capped at 40 per cent.”
Ferry Salanto, Colliers International associate research director, said the   growing demand from expats to rent upscale apartments was a clear sign for   the government to allow foreigners to own homes in Indonesia.
He said: "I think expatriates would contribute more to the state income   through taxes if they were allowed to actually own the apartments.”
Property experts predict a sharp rise in property values as a result of the   ownership rules. These were due to come into force in June but the sticking   point of banning land ownership delayed the implementation
One British expat living in Jakarta added: “There is still the big issue of   obtaining a mortgage, which are still almost impossible to acquire as a   foreigner. If the banks change their rules along with the new law then this   would again propel the property prices significantly.”
Indonesia has the world’s fourth largest population and is pumping billions   into improving the country’s network of roads, ports, railways and airports.






Last edited by blastoff on 19-9-2014 12:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 03:27 PM | Show all posts
70 peratus pembeli dari china bayar tunai apabila membeli hartanah.... paper utusan anggap depa pelabur ??  

Begitu punya banyak duit no wonder developers berebut2 bina untuk memenuhi pasaran depa je.

Kat negara china sendiri kerajaannya mengekang aktiviti pembelian banyak2 gini kerana ia melonjakkan harga hartanah lalu depa lari mai kok belah sini.

Bukan stakat pembeli dari sana berlambak2 tapi developers dari china pun mai dok bina kok sini lah plak.

Adakah kerajaan anggap kegiatan depa ni sebagai pelaburan , sedangkan aktiviti depa mengganggu keseimbangan harga ?

Depa bukan pelancong yang hanya mai sekejap untuk menikmati keindahan negara, depa bukan pengilang yang beri peluang kepada rakyat tempatan mencari kerja, tapi depa hadir sebagai penjajah nak meminggirkan penduduk negeri dari keperluan asas , malah nak menguasai ekonomi dan pemerintahan skali .






-------------------------------

ARKIB : 05/08/2014

Malaysia tumpuan pelabur China           
Oleh Fadzil Zainol
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Meskipun kerajaan telah memperkenalkan peraturan harga rumah minimum yang boleh dibeli oleh rakyat asing bermula serendah RM1 juta, peraturan tersebut dilihat tidak dapat menghalang rakyat China untuk terus membeli rumah di sini.
Hal itu dapat diperkukuhkan lagi apabila Malaysia buat pertama kalinya tersenarai di dalam kelompok 10 negara yang menjadi destinasi pilihan rakyat China untuk membeli aset hartanah atau dijadikan rumah kedua mereka, menurut laman web hartanah negara itu, Juwai.
Malaysia berada di kedudukan ke-10 dibelakang Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, United Kingdom (UK), New Zealand, Thailand, Singapura, Portugal dan Sepanyol, untuk separuh pertama 2014.
Kedudukan itu disusun oleh Juwai berdasarkan anggaran carian dan transaksi yang dibuat oleh pembeli hartanah menerusi laman web itu, yang dilaporkan oleh majalah berita kewangan, Forbes pada 31 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Juwai, Andrew Taylor berkata, kehadiran syarikat-syarikat pemaju hartanah China ke Malaysia membuatkan lebih ramai rakyat China dapat mudah membeli rumah dengan mudah di negara Asia Tenggara ini.
"Jika mahu mengetahui negara manakah rakyat China menjadikannya rumah kedua, kita hanya perlu melihat ke manakah pelaburan-pelaburan syarikat pemaju hartanah China," katanya dalam analisis yang disiar laman web itu.
Antara pemaju hartanah China yang melakukan pelaburan ke Malaysia ialah Country Garden dan Guangzhou R&F.
Kemampuan rakyat China membeli hartanah di negara asing turut dikaitkan dengan bilangan penduduknya yang tergolong di dalam kumpulan berpendapatan menengah tinggi berjumlah 63 juta orang, menurut Juwai lagi.
Kawalan Kerajaan China yang mengetatkan peraturan pembelian rumah di negara tersebut dalam usaha mengekang kenaikan harga rumah, turut membuat rakyatnya kini beralih ke negara asing untuk membeli rumah.
Pada tahun 2013,pembeli China membelanjakan AS$37 bilion (RM118.4 bilion) untuk membeli kediaman di negara asing, dengan 70 peratus daripadanya membayar secara tunai.
Perkembangan itu dilihat bertentangan dengan dakwaan bahawa rakyat China tidak mahu melancong ke Malaysia ekoran tragedi kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang membabitkan 153 rakyatnya. Kes itu bagaimanapun tidak menjejaskan minat rakyat negara itu untuk membeli rumah di sini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140805/ek_01/Malaysia-tumpuan-pelabur-China#ixzz3Dk75DTcK
©  Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by blastoff on 19-9-2014 03:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 03:36 PM | Show all posts
Nampak tak camne kerajaan dok terima idea dari sapa ntah yang apabila di laksanakan hanya membuatkan kuasa kerajaan jadi semakin terhakis in long term di bandar2 besar  . Ada musuh dalam selimut nampaknya dalam BN .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2014 04:15 PM | Show all posts
Sekarang haku nak fokus kat info nih di artikel utusan tu :  63 juta warga china berpendapatan menengah tinggi , 70% beli hartanah secara cash .

Berapa juta penduduk M'sia ? Tahun 2013 di anggarkan 29.72 juta , kiranya menghampiri 30 juta lah kan.

Kalau di biarkan setengah aje warga china yang kaya raya tu mai beli hartanah sini , itu dah bermakna 31.5 juta, yang melebihi total population M'sia yang dok ada la ni.

Depa memang boleh takeover M'sia hanya dengan pembelian hartanah nonstop di seluruh negara  .

So persoalannya kenapa depa berminat dengan M'sia ? Minyak petroleum tu haa , itu yang ingin di kuasai sebenarnya  .

Apa jadi pada Melayu, Islam dan Bumiputra once M'sia bergelar Chinasia satu hari kelak ? Sendiri jawablah  



Last edited by blastoff on 19-9-2014 04:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 04:27 PM | Show all posts
PAS baru nak bersuara ? Setelah begitu lama dok diam menyepi dan melihat je selama ni .... aiyaya



------------------------------------------
Kerajaan P.Pinang dibidas terlalu 'mesra' pemaju, abai rakyat           

BATU PAHAT 19 Sept. - Kerajaan Pulau Pinang dibidas kerana terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu.
Perwakilan Pas daripada Pulau Pinang, Izuri Ibrahim berkata, sikap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu telah mengakibatkan harga tanah dan rumah melambung melangkaui kemampuan rakyat untuk memilikinya.
"Disebabkan dasar-dasar yang mesra dengan syarikat-syarikat pemaju perumahan, banyak kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa kepada kerakusan menyebabkan pemindahan penduduk."
"as Pulau Pinang tidak menentang pembangunan. Apa yang membimbangkan kini adalah kerajaan negeri terlalu propemaju sehingga mengabaikan kebajikan rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, di sini hari ini.
Ketika ini, disebabkan dasar yang terlalu 'mesra' terhadap pemaju, harga rumah di Pulau Pinang melambung tinggi sehingga mencecah antara RM500 hingga RM600 satu kaki persegi, menyebabkan ramai kalangan masyarakat sukar membeli rumah.
Jika kerajaan Kelantan mampu menjaga kepentingan penduduk Cina yang merupakan golongan minoriti, beliau juga mengharapkan Pulau Pinang membuat perkara yang sama dengan memelihara kebajikan penduduk Melayu yang merupakan golongan minoriti di negeri itu. - BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 04:46 PM | Show all posts
So kesimpulan yang nyata yang boleh di ambil adalah harga hartanah di M'sia takkan turun selagi developers boleh mengharap pada 63 juta rakyat dari negara china yang kaya raya untuk membeli secara cash lagi .

UMNO dan BN boleh kiss good bye pada bandaraya besar di seluruh negara , kerana jumlah penyokong DAP akan bertambah melebihi total population of M'sia sendiri one day , apabila 63 juta warga china tu semua fokus beli di M'sia kelak.

Malah kuasa majoriti pun tak mustahil akan depa miliki satu hari nanti bersama dengan kekayaan sumber negara petroleum .





Last edited by blastoff on 19-9-2014 04:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 19-9-2014 10:44 AM
Bukankah combine loan suami isteri ni banyak risikonya , kos hidup tinggi di bandar bermakna press ...


Ye.. Tp mg ramai yg combine loan..maybe cerai nt..jual je kot UMAH tu..tak pon bahagi 2 kawasan UMAH hahaha Last edited by poison_paradise on 19-9-2014 05:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 19-9-2014 10:44 AM
Bukankah combine loan suami isteri ni banyak risikonya , kos hidup tinggi di bandar bermakna press ...

Masalah kewangan gak boleh mengehadkan lelaki supaya x mudah berpoya2 nak kawen lg.
Mengatal dgn org len..
Bg die sedar sket. Anak sorang bini sorang pom hujung tanduk je nk tampongg. Inikan nk tambah lg 1
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:13 PM | Show all posts
mizahanan posted on 19-9-2014 05:59 AM
Pls define berhampiran.

jauh beb.

within vicinity, a stone throw away, walking distance... bla bla bla yeehaaa you name it!

Patut ko pi tanya set set marketing dept. pemaju tuh... jangan tanya aku.
Ayat-ayat cenggini seme ikut 'idea rasa-rasa' dorang.
Asal bunyik sedap, bunyi macam dekat (walo isap sebatang rokok pun tak sampai2 lagi) dan macam2 ayat lagi.

Nun hujung terowong penchala link tuh, masa menjual dulu kemain lagi dengan ayat 'serene view'
...walhal realiti duduk belakang petrol pam menghadap sub station tnb dengan tandas. Tepi heiwey lagik.

Yelah, orang kalu nak menjual ni macam2 ayat dorang goreng. Samada nak percaya dengan tidak je.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 07:15 PM | Show all posts
Memang BN takkan sesekali menghentikan takeover bandar2 besar oleh rakyat dari negara China dalam sektor hartanah di M'sia  , kerana BN sendiri pun membenarkan tanah2 di bandar besar di johor di duduki depa dengan banyaknya .

Malah developers dari china fokus buat condo mewah untuk di jual kepada majoriti warga china plak tu,  sold out kesemuanya 9000 unit  ..... hmm

Oh well BN weyyy , kuasa hampa makin susut di bandar jangan merungut ye next PRU , hampa sendiri pun penyebab utamanya, dah terbukti hampa membenarkan harga di manipulasi developers sesuka hati  .

Malah hampa sanggup jual negeri kalau ia membawa kemasukan yang tinggi dalam poket hampa sendiri .





----------------------------------------
http://malaysiagazette.com/ms/ek ... abur-hartanah-china
Johor Bahru 'ditawan' pelabur hartanah China                                                                Ekonomi
             Oleh Mohamad Hamas di Johor Bahru -  05 Mar 2014 (6 months ago)   
                                                          1 of 1
      
                          
  




      
   
            
Jika dilihat dari aspek kepantasan syarikat-syarikat gergasi hartanah China membeli plot-plot tanah di Johor Bharu dan Iskandar Malaysia, besar kemungkinan lanskap bandaraya di selatan tanahair ini bakal menyerupai Shanghai dalam jangkamasa tidak terlalu lama daripada sekarang.

Kemungkinan Johor Bharu menjadi "Shanghai Asia Tenggara" sedikit demi sedikit semakin menjadi realiti berikutan kebanjiran syarikat-syarikat hartanah dari negara Tembok Besar China yang membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli plot-plot tanah di bandaraya bersebelahan dengan Singapura itu.

Tidak dapat dinafikan, syarikat hartanah China yang memiliki kekuatan kewangan kini merupakan pemain paling utama dalam sektor hartanah di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia, jauh meninggalkan pelabur-pelabur hartanah daripada negara lain.

Walaupun syarikat hartanah tempatan seperti Mah Sing, SP Setia dan lain-lain juga aktif, tetapi skala pelaburan dan projek hartanah mereka adalah jauh lebih kecil berbanding pelabur China itu.

Pelabur dari seberang Tambak Johor seperti Temasek dan Capitaland yang mempunyai projek hartanah di Johor Bahru serta Danga Bay juga tidak mampu bersaing dengan "selera besar" pelabur-pelabur China itu.

"Johor Bharu dan Iskandar Malaysia kini diibaratkan seperti sungai yang sedang mengalirkan modal-modal yang dilabur oleh syarikat hartanah China," menurut seorang pegawai di syarikat hartanah tempatan yang memiliki projek pembangunan komersial di Medini, Iskandar Malaysia kepada MalaysiaGazette.

Sememangnya, senarai syarikat hartanah China yang membuka pejabat di Johor Baharu dan Iskandar Malaysia semakin panjang kebelakangan ini dan melihatkan kepada perkembangan terkini, ia hanya akan bertambah panjang.

Terbaru, salah sebuah syarikat hartanah terbesar di China, Kumpulan Greenland yang berpengkalan di Shanghai mengumumkan ia semakin hampir untuk membeli plot-plot tanah di Danga Bay bagi projek hartanah bersepadunya.

Pengerusinya Zhang Yuliang berkata, syarikatnya akan membelanjakan RM3 bilion untuk memperolehi tanah di Danga Bay, menerusi perjanjian dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH).

Jumaat lepas, beliau mengetuai delegasi Kumpulan Greenland untuk mengadakan perbincangan dengan IWH di Johor Bharu.

"Kita menjangkakan akan memeterai perjanjian dengan IWH tidak lama lagi," kata Zhang, dengan sumber mengatakan, Kumpulan Greenland dijangka membeli 60 hektar tanah di Danga Bay.

Kumpulan Greenland itu yang merupakan di antara syarikat hartanah milik negara terbesar di China turut  disenarai dikedudukan 359 di dalam Fortune Global 500.

Danga Bay yang terletak di Johor Bharu kini merupakan lokasi nombor satu bagi pelabur hartanah antarabangsa dan ia diakui sendiri oleh pengarah urusannya Tan Sri Lim Kang Ho yang berkata, Danga Bay kini merupakan "rumah" untuk projek-projek hartanah bernilai RM125 bilion.

Selain Greenland, syarikat gergasi hartanah ketujuh terbesar di China yang turut mempunyai projek hartanah bersepadu di Danga Bay adalah Country Garden Holdings Ltd.

Pada 2012, ia telah membelanjakan RM900 juta untuk membeli  tanah di Danga Bay bagi membangunkan projek hartanah bercampur yang mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM18 bilion.

Termasuk dalam pelan pembangunannya adalah pembinaan 9,000 unit pangsapuri mewah, yang sebaik sahaja dilancarkan pertengahan tahun lepas telah habis dijual, majoritinya kepada pembeli daripada tanah besar China itu sendiri.

Pada ketika ini, Country Garden yang disenaraikan di Bursa Hong Kong mempunyai kira-kira 100 projek hartanah yang sedang dilaksanakan di China, Hong Kong, Malaysia dan beberapa negara lain.

Sebuah lagi syarikat, Hao Yuan Investment yang dikuasai pemegang saham China turut melabur RM1.6 bilion untuk membeli enam plot tanah seluas 15 hektar di Danga Bay.

Ia juga bercadang untuk melancarkan projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar berbilion ringgit.

Disember tahun lepas, syarikat hartanah China Guangzhou R & F Properties Co Ltd yang turut disenaraikan di Bursa Hong Kong telah membayar RM4.5 bilion untuk membeli enam plot tanah di Johor Bharu daripada Sultan Johor.

Zhuoda Real Estate Group, juga diantara pemaju hartanah terbesar di China dengan aset RM25 bilion, telah melancarkan projek hartanah bercampur dengan nilai pembangunan kasar RM2.5 bilion di Medini, Iskandar Malaysia. - MALAYSIAGAZETTE



Last edited by blastoff on 19-9-2014 07:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 07:45 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 19-9-2014 07:13 PM
within vicinity, a stone throw away, walking distance... bla bla bla yeehaaa you name it!

...

Manipulasi harga hartanah akan terus berlaku nonstop , pemimpin2 semua telah di kuasai oleh developers dalam dan luar negara.

Negara China sanggup kehilangan banyak rakyat nya yang kaya raya ke luar negara demi menstabilkan kembali harga hartanah negaranya .

Tapi negara kita sanggup berkompromi dengan developers untuk melambung harga hartanah demi menerima rakyat china yang kaya raya tu plak .

Nampak gaya kerajaan China lagi sedar natijah buruk yang bakal menimpa apabila harga rumah di biarkan di manipulasi manusia , sebaliknya kerajaan M'sia masih dok lalai leka di ulit wang ringgit yang di layur di mata .

Depa di letakkan sebagai pemimpin untuk jaga kebajikan rakyat negara ni , tapi depa utamakan kehendak orang2 kaya dari luar negara lah plak  mengatasi keperluan rakyat jelata .

Sehingga ekonomi rakyat jadi terjejas teruk kerana terpaksa mengharungi kos hidup yang tinggi di himpit oleh loan2 riba yang melangit banyaknya  .

Hmm, rakyat perlu waspada kerana ketidakadilan yang berlaku pasti akan membawa bencana ekonomi yang teruk kepada negara... its a matter of time aje .





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 07:58 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 19-9-2014 05:44 PM
Ye.. Tp mg ramai yg combine loan..maybe cerai nt..jual je kot UMAH tu..tak pon bahagi 2 kawasan  ...

Camne nak jual rumah yang mahal nak mampus tu ? Kalau dah beli pun RM600K ++ nak jual balik berapa campur interest segala ? Ingat senang nak cari pembeli kah nanti ?

Nak bahagi 2 lagi tak logik, selalunya nak pandang muka pun payah lepas bercerai, inikan plak nak duduk satu rumah sekali  

Nak bayar bukan setahun dua tapi sampai ke tua... mana mungkin akan tetap je pakat bayar sedangkan yang duduk sorang, yang sorang lagi idaknya.

Memang akan default payment la kalau tarak pembeli .



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 07:59 PM | Show all posts
ejans posted on 19-9-2014 06:01 PM
Masalah kewangan gak boleh mengehadkan lelaki supaya x mudah berpoya2 nak kawen lg.
Mengatal dgn  ...

Warga bandar yang berfamili nak berpoya kok mana sedangkan ada yang nak beriadah dengan famili pun payah disebabkan kesempitan wang ringgit , asyik dok rumah tak jalan mana sebab nak save budget .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 19-9-2014 07:58 PM
Camne nak jual rumah yang mahal nak mampus tu ? Kalau dah beli pun RM600K ++ nak jual balik berapa ...

Ntah le tak tercapai dek akal.Tp ada kwn keje cikgu beli semi-d 600k.. Combine loan dgn somi..nmpk gaya masih bahagia..kalau cerai tak tau la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 10:10 PM | Show all posts
Alahai Muhyiddin, yang dok marah kat BN adalah warga bandar2 besar  , kenapa ?

Kerana poket depa terjejas disebabkan dasar kerajaan laa. Jangan kacau poket rakyat kalau nak kekal lama berkuasa.

Stakat BR1M setahun sekali tu tak dapat tampung la kos hidup yang tinggi setiap hari yang perlu rakyat tangani .

Kerana kesempitan hidup di bandar2 besar yang menyebabkan depa bergelut siang malam nak bagi anak bini makan .

Gaji tak sebesar mana tapi hutang keliling pinggang sampai nak bergerak pun susah nak bernafas pun payah .

Tapi BN dan UMNO asyik dok buat dasar yang membawa kepada kenaikan harga barangan di bandar2 besar.

Pak2 Menteri BN dan famili pakat hidup dalam luxury walau rakyat bergelut nak sara famili. Rakyat bandar memang sakit hati la tengok gitu keadaannya.

Naikkan harga minyak la, naikkan harga tol la, nak buat tax la, yang semua tu bakal membawa kepada rentetan kenaikan harga barang bagi segala maknenek benda.

BN dan UMNO punya strategi nak menyalahkan peniaga kerana naikkan harga barang tak jalan la, rakyat bandar faham dasar kerajaan yang membawa kepada kenaikan harga sedangkan para peniaga cuma respon kepada dasar tu aje .

Tengok la , dah tau kat johor tu makin terhakis sokongan, lagi dok bawak masuk rakyat china lah plak dalam jumlah ribuan untuk beli hartanah. Kemudian dok merungut camne nak dekati pengundi melayu , duh.

Pada kadar hampa bawak masuk rakyat china tu sket masa lagi melayu pun akan jadi minoriti di bandar2 di johor tu . Dasar sendiri yang bawak padah. Tak sedar lagi ka ?

Zaman Dr. M dulu dia cukup jaga kenaikan harga barangan, sampai nak naikkan harga minyak pun dia takut . Dua tiga sen, lima sen , tu pun naik lama lamaaa sekali....  dia perintah M'sia berpuluh tahun kerana pandai jaga poket rakyat .

Tup tup mai zaman pak lah naik sampai beringgit harga minyak , haaa terus merudum kuasa dia tak sampai 6 tahun kot  ...

Formula nak kekal kuasa simple je, perlu wujudkan dasar untuk seimbangkan harga barang keperluan asas , agar tak berlaku kenaikan harga mendadak hingga mengganggu poket rakyat.

PM mana yang buat dasar bagi poket rakyat paling terjejas maka undi pun akan turut terjejas la jugak .











-------------------------------------------


Jumaat, 19 September 2014 09:02                                                                      

Muhyiddin bimbang undi popular Umno terus merosot pada PRU14                           
                                                                                                                                                                                                   
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang jika undi popular terhadap Umno-Barisan Nasional (BN) terus merosot semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekaligus gagal mengekalkan kuasa pada masa akan datang.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, zaman senang Umno sudah berlalu apabila parti itu kini terpaksa berdepan cabaran perubahan minda pemikiran masyarakat Melayu.
"Kekalahan teruk di Selangor bukan sahaja tidak diduga tetapi menyedihkan.
"Johor dulunya kubu kuat Umno, tetapi pada PRU lalu, terbukti kubu itu ditembusi, 18 kerusi jatuh, tidak pernah berlaku dalam sejarah," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya di Menara Seri Wilayah Putrajaya, malam ini.
Walaupun BN berjaya mempertahankan Putrajaya dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU13 tahun lalu, tetapi undi popular menunjukkan 52% sokongan rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) manakala 48% BN.
Akuinya, perkara itu merupakan isu besar jika Umno masih mengamalkan strategi sama kerana harapan orang Melayu terhadap parti itu tidak lagi sama seperti dahulu.
Kata Muhyiddin, walaupun pelbagai bantuan diberikan dan dasar kerajaan dilaksanakan, rakyat masih rasa tidak mencukupi dan semua itu tidak memberi impak terhadap diri mereka.
Malah katanya, suara rakyat kini termasuk melalui badan bukan kerajaan (NGO) lebih lantang daripada dulu, seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan.
Jelasnya, situasi itu sudah cukup menggambarkan sokongan rakyat terhadap Umno semakin merosot.
"Keadaan ini menyebabkan kami berfikir bagaimana harus kita lakukan supaya dapat terus kekalkan kuasa, bukan sahaja untuk masa depan tetapi selama-lamanya," katanya.
Katanya, keadaan itu merisaukannya dan beliau menggesa Umno-BN mempertingkatkan usaha mendekati pengundi dan masyarakat Melayu.

"Bila orang Melayu tak puas hati, saya risau kerana kita kita adalah pejuang untuk orang Melayu," katanya.
Timbalan pengerusi BN itu turut menasihati ahli parti tidak menyekat peluang kepada anak muda untuk naik dalam Umno apabila membangkitkan isu cabaran mendepani masa hadapan.
"Saya cuma mengingatkan ini adalah masa yang sukar.
"Hendak terus kekal relevan, kita mesti memahami pembaharuan dan bertindak berdasarkan keadaan semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walaupun BN menang kerusi Parlimen Putrajaya, beliau berasa penjawat awam kebelakangan ini melihat Umno dengan pandangan yang serong.
"Barangkali kita tidak mendekati penjawat awam, sebab itu mereka pandang serong," katanya. –TMI

http://bm.malaysia-chronicle.com ... rint=1#.VBwx_haHg8h
         
                                                                                                      



Last edited by blastoff on 19-9-2014 10:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 10:18 PM | Show all posts
Kerajaan nak bina rumah2 murah di kawasan tercorot bukan solution kepada masaalah rumah mahal di bandar2 . Kerana perumahan yang kerajaan bina tu tak dapat mengawal kenaikan harga di bandar2 yang di tekan oleh kuasa membeli ramai warga asing yang kaya raya blaka2.

Rakyat terperangkap dalam manipulasi harga, selagi kerajaan berkomplot dengan developers selagi tulah undi rakyat bandar akan menjauh dari kerajaan , kerana kos hidup yang lebih tinggi di masa depan bakal menaikkan kemarahan depa lebih membuak lagi pada kerajaan .

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:22 PM | Show all posts
Mmmbop, ba duba dop
Ba du bop, ba duba dop
Ba du bop, ba duba dop
Ba du, yeah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.153861 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list