Edited by anyclassything at 1-1-2024 10:48 PM
I tau releven ke tak share story I kat sini. Tp I rasa nak share bila dok baca cerita hantu hotel you all. Sepanjang I dok hotel in Malaysia for work or cuti2 I takde kena kacau lah so far even tidur sorg2 selalu. But, I ada dua cerita misteri di hotel, outside Malaysia:
Hat Yai, Thailand:
Ni musim raya 2023 I dgn kawan2 pergi Hatyai, weols just go for trip makan-makan santai and kita pi time musim raya sbb nak avoid crowds hahaha. Kita kat sana around 4 nights. Kita semua 3 orang, and booked triple room means dlm bilik tu ada tiga single beds. The hotel and room is nice, takde vibe menakutkan pun. Very aesthatic and clean, and lengkap and so far sangat okay. I tak igt malam ke berapa, rasanya malam ke 3. I remember I terbangun tgh malam sebab rasa nak pee pee sgt2, but masa I celik mata je I notice ada something tall standing in between my bed and my friends’ bed. Utk senang faham, I draw utk you all ok. So bila I celik mata je, I notice si dia tu ada di situ. So I mcm alaaaaaa.. Menatang apa pulak ni.. Dah la nak terkucilll.. So sebab si dia ada kat situ mcm tiang berdiri tegak, I just diamkan diri and pura-pura tido cause tak tau lah mmg auto mcm tu ehhh jgn tanya I kenapa tak bangun je pegi toilet. Tapi dalam hati meronta-ronta nak pi toilet, but then I hanya tahan and pura-pura pejam mata.. After pura-pura, I rasa I terlelap betul (yelah mmg tgh malam mengantuk) mengantuk and menahan peepee, but tak sure la berapa lama kejap ke lama ke, masa2 sebegitu takde terpikir nak cari hp ke nak check time ke apa pun. Yg I tau dlm pikiran I nak that thing blah cepat2 sbb I nak ke toilet. Haha
Masalahnya bila bukak mata lagi sekali, dia masih kat situ. Waduhhh.. Gimana ya. Aku ni nak terkencing dah ni. I ni yang dah mengeluh2 dah dalam hati. Yg mcm haihh.. Macam mana nak ke toilet?? Sorry lupa nak describe mcm mana rupanya, the figure kelihatan seperti The Nun, I mean I tak nampak wajahnya. I just lihat kelibat the whole figure.. All black, tall, berjubah macam priest, siap with hoodie muncung.. I tak sure lah kalau itu mmg kelibat priest or hanya jubah hitam but the figure looked like that. Mukanya tak kelihatan. Cause I pun yang bukak mata pejam mata, bukak lg pejam lg. I rasa perasaan I bukan takut tau, cuma rasa macam alamak kenapa dia ada kat situ. Nak bangun kencing mcm mana nii.. Haa mcm tu je dlm pikiran I. Dlm pikiran I yg jangan bangun selagi dia ada kat situ.. Don’t move a bit. Kenapa ye auto berfikir mcm tu. Share photo so you all boleh imagine better. Lebih kurang macam ni la. Tp takdelah salib ke tasbih ke apa
Then lepas dah bergelut-gelut menahan kencing. I pejam mata sampai tertidur, and at last I bukak mata lagi benda tu dah takde. Huhu I siap pusing kiri kanan to make sure benda tu betul takde. Tp masa tu jantung I macam berdebar-debar macam baru lepas jogging. So I terus pergi toilet melepaskan hajat kecil itu sambil bingung-bingung fikir kejadian mlm tu.
Esoknya I nak bagitau kawan-kawan lain, tp dorang tak bagi I cerita until last day kat sana. Dorg tak nak I yang nampak, tapi nanti dorang yg tak boleh tdo malam terbayang2. hahaha
Labuan Bajo, Indonesia:
Cerita ke dua, baru je jadi. Awal Dec 2023. Kebetulan I ada kerja kat Jakarta 1 week so alang-alang I extend stay, ambik flight cuti-cuti ke Labuan Bajo. Solo trip. I stay sana for 1 week jugak. Free and easy trip je, makan, rest, minum kopi, baca buku, pergi jugak jalan Komodo Island nak tengok Komodo Dragon.
Night before I fly to Bajo, I minum kopi banyak kat Jakarta. Kesudahannya, I tak boleh tido the whole night in Jakarta. 3 am still terkebil-kebil, so I decided tak payah tido langsung sbb flight I around 7 am, so 5 am I dah order gojek pergi airport.
Sampai Bajo day 1, I checked in and tidur sampai 5 pm. After that I jalan and lepak dekat harbor nak tgk sunset. Kesudahannya malam tu jugak I tak boleh tidur sebab dah banyak tidur during the day. Malam tu I dok relaks sambil scroll phone around 2,3 pagi. Masa tu I dengar bunyi tokek bersahut-sahutan dalam bilik I. Tak seram pun yang tu, tapi dalam otak I dok pikir of courselah ada tokek kat sini.. Dah memang I kat the land of Komodo.. Bapak segala biawak punya habitat pun kat sini. I tak seram part tokek tu bunyi, yang I risau tokek-tokek ni ada dalam bilik ke ni.. kan nanti tido bangun tokek landing atas dahi.. hahaha
Tapi biasalah bila sorang-sorang, otak I meliar. Terfikir la macam-macam, ke tokek-tokek bersahutan ni ada petanda something mistik.. hihi tapi I tak berani google. Better I tak tau nanti tau I seram betul pulak. Tapi dok cakap je la dalam hati, tokek-tokek ni welcome aku kot. kan first time datang Bajo.. hahaha
So after 20 minit camtu, I dok baca buku atas katil. Tokek masih active berbunyi bersahutan, tapi ada satu bunyi baru yang very inhuman. Bunyi tu macam mendengus/ nafas kerbau. Macam bunyi tu la lebih kurang. Tak reti nak describe tapi yang pasti bunyinya sangat inhuman. Bunyi tu tak selalu muncul, dia selang seli dgn bunyi tokek. Maybe dalam 10 minit, ada satu bunyi dengusan. First bunyi macam kat kepala katil. I pulak lepak atas katil baring. Bila first I dengar bunyi tu I denial je, I anggap ok maybe bunyi binatang-bintang ni. Or I salah dengar ni.. So I teruskan baca buku. I anggap tu takde apa-apa lah.
Macam after 10 minit lagi bunyi lagi dengusan tu. Clear je bunyi dia kat telinga I. Ye lah macam bunyi kat kepala katil, aku tengah baring, kalau betul benda tu ada kat katil, mmg dekat sangatlah kan. Dengar sekali lagi, I dah start take serious la okay benda ni betul ni ada, tak main-main, bukan salah dengar. Tapi I ni dah very well trained to be calm under pressure, hahaha so I relaks je ambik remote bukak TV untuk mengurangkan perasaan aneh itu. Dengan harapan bila TV volume kuat, dah tak dengar lah suara dengusan tu.
Tapi gerak hati I macam dapat rasa lah ada ‘presence’ kat situ. Cuma I tak rasa takut yang seram sejuk, means maybe benda tu tak bahaya lah harapnya. Lagi pun tempat I stay tu pun, vibe dia best and tak menakutkan. Kalau turun je terus jumpa receptionist and budak-budak staf kat situ. Maybe bunyi-bunyi tu just nak test-test I, or just a friendly welcome to Bajo.. hahaha
Then I pun eventually terlelap dengan lampu terbukak and TV on. Memang I buat tak tau je lah bunyi tokek & dengusan tu. Bolayan ehh.. Tapi I tertido pun maybe around 4 something. Lewat dah. Okay so esoknya I bangun ada surprise, I tengok kat peha kiri I ada lebam, bruises biru besar nak mampus.. Jeng jeng jeng.. I tengok lebam macam tu I confirm la semalam tu mmg ada sesuatu yang datang visit I, and bagi hadiah lebam biru. Besar pulak tu. Adoiii. I ada je ambik gamba lebam peha tu tapi takkan la nak share gambar peha aku kat sini pulak kan.. So I tak tau la semangat komodo ke jin apa dtg mendengus and bagi hadiah lebam biru dekat I. To be fair, I takde buat aktiviti lasak pun yaa.. I dok tido je. Tak start lagi aktiviti2 lain seperti hiking, swimming naik boat dan sebagainya. So very the aneh ok tetibe ada lebam di peha ku. Lebam tu biru pekat, tapi takde sakit pun.
Sampai balik Malaysia pun lebam tu tak habis lagi, makin pudar lah tapi still ada. Sampai Malaysia baru sis gatal tangan nak google pasal bunyi tokek. (Google ni baca boleh, percaya tu tak sangat), tapi I bukak website indo yang primbun jawa bla bla bla kalau bunyi tokek means ada makhluk halus datang mendekati..hahaha itu sy xtau kebenarannya wallahualam sekian cerita saya
|