CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
 Author| Post time 5-8-2015 10:35 PM | Show all posts

belum lagi pretty..
kunyah popcorn dulu kasi habis..
dah habis, sila beli lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 11:09 PM | Show all posts
#8


DARWIS meneliti semula semua gambar dan juga siasatannya dulu dalam kes kawan-kawan Danny. Dari satu kes ke satu kes. Pihak polis juga masih belum membuat sebarang kesimpulan di atas semua kes itu. Terbaharu, kes Kyle yang dikatakan mati akibat penyakit kelamin. Gagal menemui sebarang klu, Darwis membelek pula majalah UNIK yang pernah diterbitkannya dulu semasa di universiti. Ruangan 'Dari celah kehidupan' dibaca semula. Kehidupan seorang gadis yang dikatakan gila semasa di kampus dulu.

"Emm...nama dia Irene Lee Abd. Rahman." Foto milik gadis itu ditatap seketika. Darwis cuba mencari persamaan dengan Rina, adik Aisya.

Dari pemerhatiannya, wajah Irene tidak sama dengan wajah Rina tetapi tutur kata dan lenggok jalan Rina saling tidak tumpah seperti Irene. Sekali lagi majalah itu dibelek, kali ini keluaran yang terakhir sebelum dia terputus hubungan dengan cerita Irene dulu. Kisah terakhir yang sempat diabadikan dalam ruangan itu menunjukkan yang Irene sudah pulih dari tekanan perasaan tetapi dia menghilang untuk satu tempoh yang agak lama. Seingatnya selepas peperiksaan akhir di universiti dulu.

"Takkan Irene adalah perempuan yang sama dengan Rina?" Darwis bersandar di kerusi sambil mencengkam rambut. Keliru dan bingung sebenarnya. Dari kata-kata Joe dan juga Aisya, sudah jelas yang Rina adalah mangsa Danny dan kawan-kawannya. Apa yang masih menjadi tanda tanya, apakah yang berlaku sebenarnya kepada Rina? Jika benar Irene adalah Rina, bagaimana wajah keduanya tidak sama?

"Apa yang sebenarnya berlaku?" Rambut dicengkam semakin kuat.

Semua foto itu dikemaskan semula. Gambar dan nota yang dicatat sudah diserahkan satu salinan kepada pihak polis.

"Abang buat apa?"

Darwis menoleh. Danny sedang menapak ke arahnya. "Tak ada..nak settlekan kes dulu.."

Danny menghampiri Darwis yang sedang mengemas foto-foto di atas meja. Dia tahu abangnya seorang jurugambar yang bekerja separuh masa dulu. Matanya melirik pada satu gambar dari majalah yang terbuka luas di atas meja. Dia menelan liur.

"Abang...majalah ni..abang dapat dari mana?" Danny tunjuk ke arah majalah UNIK.

"Kenapa? Itu majalah yang abang terbit dulu masa di universiti." Darwis sibuk mengemaskini data dari fail dalam komputer riba.

Danny tidak menjawab pertanyaan Darwis. Majalah itu dicapai dan foto yang terpapar di ruangan 'Dari Celah Kehidupan' itu ditatap lama. Rasa tidak percaya melihat wajah itu. Wajah yang pernah dikhianati dulu.

Darwis yang leka mengemas mula mendongak melihat Danny yang seolah kaku. Mata masih terpaku pada majalah UNIK. "Kau tengok apa?"

"Err..tak..tak ada apa.." Majalah UNIK itu diletakkan semula di atas meja dan Danny mula mengatur langkah ingin keluar dari bilik Darwis.

"Danny! Tunggu!"

Langkah Danny terhenti. Berdiri kaku di depan pintu. Terasa kakinya seperti dipasak kuat ke lantai. Dia tidak berani memusingkan badannya. Dia dapat mengagak yang mungkin abangnya akan bertanyakan hal gadis dalam majalah itu tadi.

"Tolong jujur dengan abang, siapa budak perempuan itu sebenarnya?"

Danny masih diam kaku di situ. Diam seribu bahasa. Kali ini dia sudah dapat merasakan yang dia tidak lagi boleh berselindung lagi. Terkejut bila terasa bahunya disentuh. Perlahan dia memalingkan wajah.

"Abang perasan tadi..kau macam kenal dengan perempuan dalam majalah tu.." Tutur Darwis. Dia tahu perubahan wajah Danny tadi bila terpandang wajah perempuan itu.

"Ya..nama dia Irene." Danny tunduk memandang lantai. Ada getaran dalam nada suaranya. "Tapi saya tak faham, macam mana dia boleh ada dalam majalah tu? Dia...satu universiti dengan saya dulu di UK."

Darwis mengajak Danny ke anjung rumah. Mama dan papa ketika ini tiada di rumah. Jadi, mereka boleh berbual dari hati ke hati. Dia perlu tahu cerita sebenar yang menimpa gadis itu dari mulut Danny sendiri.


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 01:43 AM | Show all posts


jenuh tunggu hapder.postlah sekli gus.kan senang....



Bila nk ending ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 06:52 AM | Show all posts
terima kasih Ipo... best folo baca cerpen ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 10:30 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-8-2015 10:12 AM

DI RUMAH sewa Aisya, lebih tepat lagi di dalam biliknya, Aisya berbincang serius dengan Rina. Dia tahu sejak pulang dari rumah Datin Suhaila dan Datuk Lukman, Rina seperti tidak senang duduk. Malah reaksi Rina seperti membenci keluarga itu.

"Rina..beritahu akak, betul ke Danny tu salah seorang dari mereka?" Jemari Aisya diraih dan digenggam lembut. Dia perlu mencari suasana tenang bila berhadapan dengan Rina. Raut wajah adiknya tidak seceria semalam.

"Sebelum tu, macam mana akak kenal dengan Darwis?" Rina mengalih topik bicara. Di rumah Datuk Lukman, dia ternampak Darwis merapati Aisya di anjung rumah. Serius berbual.

"Kenapa nak ubah topik? Rina kena jawab dulu soalan akak. Itu ke Danny yang telah membuat onar pada Rina?" Kedengaran tinggi nada Aisya. Dia sebenarnya inginkan kepastian dari mulut Rina sendiri. Dulu dia pernah menghantar mesej pada satu nombor yang dia tidak tahu pemiliknya ketika itu, nombor itupun diberikan oleh seseorang yang tidak dikenali. Banyak persoalan bermain di benaknya. Siapa lelaki misteri itu pun, masih menjadi tanya sehingga sekarang.

"Sebelum saya cerita pada akak, saya nak akak janji. Tolong jangan terima Danny..." Rina menatap anak mata Aisya yang dari tadi tidak dikalih ke arah lain.

"Mesti ada sebab kenapa Rina tak nak akak terima Danny kan? Dia terlibat sama jugak kan? Dr. Razif dan Jeff  mati penuh misteri. Terbaru, Kyle, dia juga mati. Sekarang ni, tinggal Danny seorang saja." Aisya terpaksa beritahu semua itu.

Rina hanya diam.

"Rina. Kenapa diam? Rina tahu tak, sebelum kematian mereka tu, akak terima sms dari seseorang. Kadang-kadang akak terima call. Suara lelaki. Dia macam melunaskan kerja balas dendam tu untuk Rina. Sekarang ni beritahu akak, permainan apa sebenarnya ni? Akak tahu, Rina kenal lelaki tu kan?" Aisya menggenggam semakin kuat jemari Rina.

"Yang tu saya tak nak komen apa-apa. Memang selayaknya mereka tu semua didendami." Balas Rina, bibir diketap.

"Tolong beritahu akak. Kalau Rina berterusan macam ni, lagi parah nanti. Akak tahu Rina masuk hospital dulu tu pun dari mesej lelaki tu. Jangan rahsiakan apa-apa dari akak Rina." Aisya cuba memujuk. Dia tahu, bukan mudah untuk Rina lalui semua itu dan bukan mudah juga untuk Rina melupakan apa yang telah terjadi dulu.

Sewaktu dia terima teks mesej dari seseorang yang tidak dikenali dulu, dia memang merasa sangsi dan tidak percaya tetapi digagahi juga untuk menapak ke hospital. Tiada kata-kata saat melihat apa yang terbentang di depan mata. Hampir tidak kenal siapa pesakit yang terlantar di atas katil dengan muka berbalut penuh. Pesakit itu hanya dikenali setelah melihat pada maklumat yang diberikan kepadanya. Sejak itu, selalu juga dia mencari dan menunggu lelaki misteri yang menolong Rina. Doktor juga tidak dapat memberi maklumat tepat mengenai lelaki misteri itu.  

Rina menarik nafas berat. Perlahan dihembus sambil mencari kekuatan untuk berbicara. Wajah Aisya dipandang sekilas sebelum membuang pandang ke arah luar tingkap. Hujan renyai di luar mengingatkannya pada kejadian empat tahun dulu. Perlahan bibirnya membuka bicara, mengenang semula kejadian empat tahun dulu di bumi Eropah.

Ya, dia terdampar kesejukan dalam hutan kecil dengan pakaian koyak rabak. Tubuhnya calar balar dengan akar dan duri pokok. Rasanya dia pengsan sebelum itu kerana bila mata dibuka, dia sedar dia berada di tengah-tengah hutan dengan pokok tinggi.  Duduk di perdu pokok dalam keadaan mamai. Entah bila dia pengsan semula dan bila tersedar kembali, dia sudah berada di sebuah bilik dan seorang lelaki sedang memerhati ke arahnya dari arah sebuah kerusi yang jaraknya hanya sedepa dari katil tempatnya baring. Dia terus meracau dan meracau sehingga ditenangkan oleh lelaki itu.

Seminggu berada di dalam bilik itu bagai orang gila. Lelaki yang tidak pernah dikenali itu membawanya pulang ke Malaysia dan di bumi sendiri, dia cuba mencari kekuatan. Pada Aunty Jun Lian, dia berbohong mengatakan ingin menyambung pelajaran di universiti tempatan saja.

"Jadi..Rina belajar di UM?" Aisya terlopong mendengar cerita dari mulut Rina. Dia sendiri tidak menyedari tentang itu. Begitu kemas Rina menutup semua itu sampailah dia terima mesej dari lelaki itu mengatakan yang Rina berada di hospital. Malah Aunty Jun Lian juga tidak pernah beritahunya apa-apa tentang keadaan Rina.

Rina mengangguk lemah.

"Kenapa akak tak tahu? Kenapa Aunty Jun Lian tak beritahu apa-apa pada akak?" Aisya tidak puas hati. Dia seolah orang asing dalam hubungan mereka adik beradik.

"Aunty Jun Lian pun tak tahu apa yang terjadi. Saya bohong pada dia dan saya jarang balik rumah dia. Saya lebih suka menyewa." Rina berterus terang.

"Menyewa? Macam mana bayar sewa rumah?" Aisya masih tidak mengerti. Selama ini, mati-mati  dia ingatkan Rina berada di UK. Aunty Jun Lian pula tidak pernah beritahunya apa-apa. Hanya selepas Rina dimasukkan ke hospital, barulah dia dan Aunty Jun Lian tahu dan selepas itu jugalah Rina tinggal serumah dengan AuntyJune Lian dan dia menjenguk setiap hari melihat keadaan Rina yang memerlukan rawatan sehingga wajahnya pulih.

"Ada orang tolong bayarkan.."

"Siapa??"

"Saya tak boleh beritahu. Dia mahu saya rahsiakan semua ni. Jadi saya kena hormat dia. Dia sudah banyak tolong saya selama ni kak. Saya hampir bunuh diri dan dia datang selamatkan saya.." Mata berkaca tadi akhirnya tidak dapat dibendung. Titis jernih mula menitis.

Tubuh Rina dipeluk erat. Rambut mengurai milik Rina dielus lembut. Aisya tahu, mendengar tidak sama dengan merasa. Apa yang dirasai dan dialami Rina tidak tertanggung.

"Kak...maafkan saya.. Dr. Razif meninggal.."

Aisya meleraikan pelukan tadi. Dia memandang Rina dengan wajah berkerut.

"Saya tahu..akak pernah jatuh cinta pada Dr. Razif kan? Saya juga jatuh cinta pandang pertama pada doktor tu, ketika itu dia masih medic student di UK. Walaupun saya tahu dia kaki perempuan tapi saya yang degil. Saya larut dalam perasaan cinta pada dia..tak sangka, tega dia lakukan macam tu pada saya." Kata-kata Rina terhenti sebentar, titis jernih diseka perlahan. Sudah penat rasanya menangis.

"Ma..macam mana Rina tahu akak cintakan Razif dulu?" Aisya benar-benar bingung.

"Akak pernah dapatkan rawatan di kilinik Razif kan?" Rina menjeling kakaknya yang kelihatan terpinga-pinga.

"Ya..macam mana Rina tahu?"

Rina hanya diam. Pertanyaan Aisya tidak dijawab. Sejak dia ternampak Aisya ke klinik Dr. Razif, dia perlu lakukan sesuatu dan perkara itu dikhabarkan kepada lelaki yang pernah menolongnya dulu. Dia perlu jauhkan Aisya dari Dr. Razif. Dr. Razif tidak layak untuk Aisya.

"Kak..sebenarnya saya cintakan Danny. Kalau akak tak keberatan, saya nak nikah dengan Danny." Rina pegang lembut tangan Aisya. Hanya dengan cara itu dia akan menuntut keadilan. Biar lelaki itu sengsara hidup bersamanya. Lega bila Danny juga sudah meluahkan rasa hati padanya semalam. Tidak sangka, Danny jatuh cinta padanya tanpa lelaki itu sedari dengan siapa dia jatuh cinta sebenarnya.

"Akak..tak faham. Kenapa tiba-tiba?"

"Semalam, Danny mengaku yang dia jatuh cinta pada saya. Sebab tu saya tak mahu akak terima dia. Saya akan cintakan Danny sebagaimana dia cintakan saya.." Rina berbohong. Biarlah.



Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 10:57 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2015 10:30 AM
DI RUMAH sewa Aisya, lebih tepat lagi di dalam biliknya, Aisya berbincang serius dengan Rina. Dia ta ...

slh rina gak sbb gi jtuh cinta dgn plyboy. So kjdian rogol tu bkn slh satu pihk.unless, rina jga diri dn x bergaul dgn llki tpi kna rogol rmi2,...

Well..lelki.tu ttp slh.akiu dh x skit hti lps bca keterangan.hnn..rina x thu ke hidup ditentukn suami bila nikoh.hmmm.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2015 11:06 AM | Show all posts
Ipo replied at 5-8-2015 10:35 PM
belum lagi pretty..
kunyah popcorn dulu kasi habis..
dah habis, sila beli lagi

sikitnya.. masuk 3 ketul baru kunyah 10 kali dah abisssss...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:08 AM | Show all posts
DANNY meraup muka selesai saja dia bercerita pada Darwis. Dia tahu tentu Darwis akan mengamuk bila sudah tahu semua itu. Biarlah. Sekarang ini dia hanya pasrah jika apa-apa jadi padanya. Berkali Darwis memberitahunya apa yang Joe beritahu dulu.

"Jadi..kau jatuh cinta dengan Rina?"

Danny mengangguk perlahan. Saya tak tahu sejak bila saya ada rasa tu pada Rina. Pertama kali jumpa di rumah kita dulu, saya rasa lain pada dia. Saya tahu, abang cintakan Aisya kan?"

Darwis tidak menjawab. Dia turut meraup muka. "Danny..abang bukan nak halang kau. Abang tak kisah kalau kau dan Aisya berkahwin. Kenapa tiba-tiba Rina?"

Darwis masih tidak mahu percaya kata-kata Joe. Joe hanya memberitahu yang budak perempuan malang itu adalah adik Aisya dan Danny pula sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Rina. Apa yang diberitahu oleh Danny tadi, kemungkinan Rina dan Irene adalah orang yang sama.

"Kau tahu tak..Rina tu adalah Irene?" Terpaksa juga Darwis beritahu Danny hal yang sebenar.

Danny mendongak. Muka berkerut. "Abang jangan nak buat lawak boleh tak? Saya kenal Irene tu. Wajah pun berbeza, macam mana abang boleh cakap Rina dan Irene adalah orang yang sama?"

Darwis senyum sinis. Nampaknya Danny mudah ditipu. Dari cerita Danny tadi mengenai Irene dan pengakuan Joe tentang adik Aisya, membuatnya merasa dunia ini adalah satu wayang gambar. Dulu, cerita sebegitu hanya ditonton dalam cerita orang putih saja. Namun tidak mustahil semua itu terjadi di dunia. Kepakaran doktor membuat dan membaikpulih wajah yang cacat tidak boleh dipandang sebelah mata. Malah, pembedahan plastik tumbuh bagai cendawan.

"Joe..dia beritahu abang, perempuan yang korang maksudkan tu adalah adik Aisya. Jadi itu bermakna Rina dan Irene adalah orang yang sama." Balas Darwis, tepat dia melihat anak mata Danny dengan wajah yang sudah keliru.

Danny ketawa terbahak-bahak. "Abang..abang, tengok ni, ni Irene dan ini Rina"

Darwis melihat pada foto pada majalah UNIK dan juga foto yang ditunjukkan di skrin telefon bimbit Danny. Dia hanya tersenyum sinis. "Danny..kau kena ingat, sekarang ni boleh buat pembedahan plastik. Teknologi semakin canggih..tak terkecuali bidang perubatan ni."

"Saya tak percaya. Irene hilang tanpa jejak. Masa dia ditinggalkan dalam hutan tu, dia masih tidak sedarkan diri. Saya tak tahu apa yang Razif suntik ke tubuh Irene sampai perempuan tu pengsan terus." Masih segar dalam ingatannya tentang kejadian itu. Itu semua rancangan Razif. Malah Razif bertindak lebih dari itu. Dia berbelah bagi sebenarnya mengikuti rancangan gila Razif. Jika tidak dituruti, dia akan dipulaukan. Hendak tak hendak, dia terpaksa juga ikut sama.

"Abang cuma nak ingatkan kau. Kawan-kawan kau yang lain semuanya sudah mati..kecuali Zamrul. Tapi mereka sudah terima balasan. Kau kena hati-hati Danny.." Darwis tetap pertahankan kata-katanya. Baginya, Joe tidak pernah berbohong. Apa yang masih menjadi tanda tanya, bagaimana Joe tahu semua itu?

"Abang juga yang untung kan? Saya tak jadi nikah dengan Aisya." Usik Danny.

Darwis diam. Padanya, dia tidak kemaruk sangat untuk merebut perempuan. Banyak lagi perkara lain yang lebih penting dari itu. Walaupun sebenarnya, Aisya adalah satu-satunya gadis yang berjaya menambat hatinya sehingga kini.

"Terpulanglah Danny. Hati-hati..itu saja." Darwis tidak dapat lagi memujuk Danny dalam hal itu. Dari riak wajah Danny, ada rona ceria dan gembira. Sama sepertinya dulu yang mula merasa perasaan jatuh cinta pada Aisya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 11:09 AM | Show all posts
eh bukan zamrul idop lagi ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:12 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-8-2015 10:09 AM
eh bukan zamrul idop lagi ke???

dah edit..aku lupa la..kuang kuang kuang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:13 AM | Show all posts
Esmiria replied at 6-8-2015 12:43 AM
jenuh tunggu hapder.postlah sekli gus.kan senang....

lambat lagi..cik Es..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:14 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 6-8-2015 05:52 AM
terima kasih Ipo... best folo baca cerpen ni...

terima kasih sudi baca ya yipun..
tak dak tacang extra ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:16 AM | Show all posts
Esmiria replied at 6-8-2015 09:57 AM
slh rina gak sbb gi jtuh cinta dgn plyboy. So kjdian rogol tu bkn slh satu pihk.unless, rina jga d ...

hahaha...ni lagu Rina yang terima ketentunNYa..


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:21 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2015 11:08 AM
DANNY meraup muka selesai saja dia bercerita pada Darwis. Dia tahu tentu Darwis akan mengamuk bila s ...

seme.org mti....
ntah2,ayah danny...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 12:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2015 11:13 AM
lambat lagi..cik Es..

ni cerpen ke cerpan ke novel neh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 01:35 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-8-2015 11:26 AM
ni cerpen ke cerpan ke novel neh??

apa saja pun boleh..
kang nak buat thread baru...jadi novel plak..
tak mau..tak mau..tak mau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 02:48 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2015 01:35 PM
apa saja pun boleh..
kang nak buat thread baru...jadi novel plak..
tak mau..tak mau..tak ma ...

haihhhh laaa.. umpama novel yg tersesat dlm cerpen neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 03:19 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 6-8-2015 01:48 PM
haihhhh laaa.. umpama novel yg tersesat dlm cerpen neh

gitulah gamaknya  

ok nak tepek cover cerpan nih..ok dak??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 03:54 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2015 03:19 PM
gitulah gamaknya  

ok nak tepek cover cerpan nih..ok dak??

Cop. Tumpang bertanya

Kalau buat cover camni kan, pakai software / apps apa ek?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 05:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-8-2015 02:54 PM
Cop. Tumpang bertanya

Kalau buat cover camni kan, pakai software / apps apa ek?

yang aku tepek tu..pakai photoshop je
tapi kalau nak lebih kemas dan menarik..pakai AI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.208893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list