Edited by antara at 27-5-2016 10:49 AM
Hi semua….
assalammualaikum dan salam sejahtera..
Nak buat penambahan sikit kat stori atas… Hari rabu haritu ada show kat pandan uptown. Habis pun dah12.30..lebih kurang 1 lebih sampai rumah. On the way nk balik tu, husband tiba-tiba tegur..” eii busuknya..macam bau tahi..” Saya bisik kat dia… “ish awak ni..jangan tegur lah. Ini lah bau yang saya bau tu..yang saya cerita kat awak..” dia pun diam. Sampai dah dekat dengan rumah, tiba-tiba bau tu datang lagi. Dalam hati aku dah pikir …aduhhh jangan kau ikut balik sudah syaitan….
Masuk rumah, aku baca apa yang patut.. aku Nampak biras belum tido. Masih tengok tv. AKu biarkn…terus aku masuk bilik air, cuci muka..baring. Aku suruh laki aku tido sekejap. 10 minit jadilah..buat hilang penat dia. Sebab dalam pukul 2 dia nak kerja overtime lagi beberapa jam. Dalam pada tu, aku pun ikut terlelap. Tiba-tiba..aku tersentak bangun….!!
Bau tahi kuat sangat..sampai aku terbangun dari tido. nak termuntah pun ada. AKu tengok, laki aku tengah pakai baju kerja nak pergi ot.Dia terkejut tengok aku bangun mengejut. Mengigil tangan aku..aku cakap aku takut..aku bau lagi… Dia terus buka lampu (asalnya buka lampu tidur je) , peluk aku…dia cakap takde apa lah…awak tidur balik..
Aku pun salam2 dia…dia nak pergi kerja..Waktu dia keluar, aku pun keluar bilik nak ke bilik air. Aku tengok, biras aku dah takde depan tv. Tapi kipas terbuka..dalam hati nak bebel juga. Dahla aku bayar bil semua…ishh…lepuk kang.
Aku masuk bilik air, ambil air sembahyang. AKu masuk je bilik, aku bagi salam…’assalammualaina…ha sami’un alim..’ langkah je masuk…merinding bulu roma tangan aku sampai ke tengkuk… Aku ambil al-quraan, letak tepi aku. Kat bantal laki aku. Aku buka mp3 yasin, aku mengaji sekali.
Habis yasin aku cuba baring, mesej kawan2 yang belum tido. Diorang pun temankn aku sampai aku terlelap lebih kurang 3.30. pukul 4 laki aku balik..dia sentuh pipi aku cakap..”ayang..abang da balik..” aku boleh pulak melenting..” cube bagi salam boleh tak..” sebab aku terkejut dan takut sangat kalau benda tu menyamar sebagai dia.. hahaha lepas tu laki aku bagi salam, aku terus pejam mata sambung tido..lega…
SEMALAM…..
Aku berbual dengan adik ipar yang perempuan. (kalau korang perasan ada kes yang nenek kebayan tu). Waktu tu aku baru lepas goring jemput-jemput ikan bilis. Laki aku dah pergi busking. Sambil makan kat dapur, kitorang berbual. Aku Tanya, rumah dia diganggu lagi ke? Dia kata Alhamdulillah takde,tapi masih lagi seram.
Aku pun buka cerita pasal mimpi aku dari first. Dia kata,kalau kita dah sampai luar dari mimpi masih terbau (pagi tu) means, benda tumemang dah dapat masuk rumah kita. Perghhh sentap terus jantung mak! Kecopotan!!
Aku cakap kat dia, sebelum ni pernah ada sorang orang tua ni tegur aku. Suami kamu rajin balik malam. Ada yang mengikut. Kalau boleh kurangkan balik malam. Dia cakap, aku takut satu hari nanti akan ada yang cuba menyamar menjadi suami kamu dan meniduri kamu. Pesan dia, kalau boleh..cari penyapu lidi, letak belakang pintu dan diterbalikkan.
Tapi jangan letak je. Sapu bilik kamu dengan penyapu lidi tu. Jangan anggap macam azimat. Waktu tu aku just angguk je. Tak bertindak pun.Bila mimpi ni datang, berbual dengan adik ipar. Baru aku teringat pesan orang tua tu. AKu pun cerita kat adik ipar aku.
Dia cakap, kawan dia satu opis pun pernah pesan. Sebab diorang semua tau yang rumah adik ipar aku ni berhantu huhuhu…. DIa kata, kalau boleh sapu rumah biar pakai penyapu lidi. Jangan pakai penyapu moden tu. Sebab penyapu lidi ni sifatnya ‘keras’. Lagi satu, pernah pakcik suami 'bersihkan' rumah dia, dia kata rumah tu dulu dah pernah dipagar tapi bocor. Biras aku pun jenis suka balik lewat jumpa kawan. Pakcik ni pesan, kalau setiap kali kita tak bole tido, setiap kali tu benda tu dari luar masuk dalam rumah. Macamana tah ea..
Biras suka ajak anak beranak dia tido kat depan tv (kat rumah dia).
Aku cakap, aku ada baca kat mana tah tapi katanya tak elok tido depan tv sebabnya ruang terbuka macam tu tempat lalu lalang benda tak elok. Lagi2 sejalan dengan dapur dia. Dia kata pernah juga dengar, tapi nak buat macamana...
Wallahualam….
|