|
Aduh, memang susah klau dapat jiran camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
bryantpl2 replied at 19-1-2017 02:32 PM
Informasi penting tentang pengasingan sampah boleh didapati di sini.Pasal tong sampah pula, mungki ...
sikap warga malaysian secara keseluruhan ialah satu masalah.
rakyat bukan saja tak asingkan sampah, malah ramai lagi yg suka buang sampah merata2!
masalah kedua ialah, info tentang pengasingan sampah belum wide spread, warga belum well informed lagi.
dan utk 3 tong...semua org nak beli? |
|
|
|
|
|
|
|
post la bideo cctv tu.. tag ke die.. kasi viral
orang mcm ni kene hajor mcm ni jek..
mcm rumah sebelah aku.. dlm umah die kemain bersih..
tong sampah die letak kat luar kat sempadan umah die ngan umah aku..
padahal dlm rumah tu byk tempat lagik bleh letak tong sampah die tu..
luar rumah pon lapang, dekat sempadan rumah orang jugak die pilih..
memang jiran hantu pelesit.. dah la hutang tak reti2 nak bayor..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya. sampah taik kucing buang kat mana?
disebabkan ada kucing berak kat dapur, so aku buang taik tu dgn kitchen paper towel, pastu adekah paper towel tu boleh campur dgn sampah kertas biasa? tak boleh kan?
so masuk sisa makanan basah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
soalan... pampers budak buang kat mana? sama la konsepnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju! masalah besar sikap buang sampah rata-rata!
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna plastic bag sebagai sarung tangan, ataupun guna tissue paper kutip taik tu dan masukkan ke dalam tanah tanaman, baja organik bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
sisa kimia klinikal? kan? tong kuning di hospital. kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
bryan penang kebangga dah jawab
sila buat baja tanaman organik |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam fb bukan main puji Jepun tapi baru asing sampah dah merungut |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam fb bukan main puji Jepun tapi baru asing sampah dah merungut |
|
|
|
|
|
|
|
baja organik memang bagus, tapi kena settle masalah bau. Boleh juga pergi beli cacing tanah (biasanya untuk umpan pemancing) di kedai aquarium, dan biar ia membuat kerja menghadam bahan organik tersebut, bukan setakat tahi saja, makanan/ lauk pun boleh settle.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pampers tidak boleh dikitar semula, jadi hanya boleh dibuang ke dalam tong biasa sahaja, hakikatnya pampers terguna akan dibakar atau ditanam.
Sila latih anak untuk guna bekas najis seawal yang mungkin, usaha ini dapat kurangkan penggunaan pampers.
Boleh juga dapatkan tandas mudah alih yang diperbuat daripada bahan kertas, ia akan membantu keberkesanan latihan penggunaan bekas najis terutamanya di luar rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: Leceh betul nak asingkan sampah!
Buat masa sekarang sudah jarang kedengaran pengawai-pengawai berkenaan menjalankan pemeriksaan sampah di kawasan kediaman...
Adakah kerajaan hanya bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam perkara ini?
Soalan kepada kalian:
JIKALAU TIADA DENDA, PERLUKAH KITA ASINGKAN SAMPAH LAGI?
Tahu tak betapa lecehnya kerja asingkan sampah ni...lagi kotor!...
|
|
|
|
|
|
|
|
Suatu ciptaan yang mangagumkan!
Mesin pengasingan sisa pepejal pertama di Malaysia[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH]Tengku Mohd Fadhli (tiga dari kiri) bersama Bestari Abrar (dua dari kiri) memantau sampah yang diasingkan oleh mesin pengasingan sisa pepejal sempena perasmian Mesin Awmat Trommel di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Ajil, Kok Lanas, semalam.Kota Bharu: Mesin pengasingan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah yang pertama di Malaysia berjaya dicipta sebuah syarikat tempatan di sini, dengan kos RM50,000. Mesin diberi nama Affordable Waste Management and Treatment itu adalah hasil ciptaan Pengurus Besar Kitar Pro Management, Tengku Fadhli Tengku Hamzah dan empat kakitangannya. Tengku Fadhli berkata, mesin itu mampu mengasingkan bahan kitar semula seperti botol, kaca, plastik dan sisa makanan yang dapat ditukar daripada bahan bio jisim kepada bahan bakar alternatif. 75 peratus dikitar semula “Kami jalankan tempoh percubaan selama dua bulan di tapak pelupusan sampah di sini dan mendapati 75 peratus daripada 100 tan sampah sarap yang dibuang di sini setiap hari berjaya ditukar kepada bahan kitar semula atau bahan bio jisim bagi kegunaan industri dalam bentuk bahan bakar alternatif. “Jadi, baki 25 peratus yang tinggal di tapak pelupusan adalah batu, kayu atau pepejal lain yang betul-betul sisa buangan tidak dapat digunakan lagi,” katanya di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ajil, Kok Lanas, di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Best Tree Network, Bestari Abrar Nasiruddin, Ketua Pegawai Teknologi Best Tree Network, Nasli Abdullah dan penganalisa strategi Perniagaan Best Tree Network, Norina Ismail. Tengku Fadhli berkata, penciptaan mesin dengan fungsi mudah alih, mesra alam, lasak dan diperbuat daripada besi tahan karat itu sesuai dengan fizikal sampah sarap tempatan yang bercampur kering dan basah. “Mesin ini dapat mengurangkan jumlah sisa sampah di tapak pelupusan, sekali gus menjimatkan ruang dan dapat digunakan untuk jangka panjang,” katanya yang mencipta mesin itu dengan kerjasama Best Tree Network.
|
|
|
|
|
|
|
|
patutnya yg kecoh2 xmo kitar semula ni, lucutkn aja warganegara tu,
bagi tiket pi bangla, indo terus |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan kat tangan kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Lawak Tentang chewing gum khas Untuk Valentine Day
Perdana Menteri Singapura pergi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, Perdana Menteri Singapura tanya kat raja siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” Perdana Menteri Singapura membalas, “Ooo kat Singapura, kami kitar semula kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand”.
Lepas tu diorang makan limau plak. Perdana Menteri Singapura tanya lagi. “Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?”. Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje”. Perdana Menteri Singapura membalas lagi, “Ooo kat Singapura, kami kitar semula kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand”.
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa Perdana Menteri Singapura pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?” Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje”. Perdana Menteri Singapura membalas, “Ooo kat Singapura, lepas makan chewing gum, kami kitar semula jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand”.
Raja Siam pula bertanya: “Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?” Perdana menteri Singapura jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.” Raja Siam: “Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami kitar semula jadi chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapura”.
Erk! muka Perdana Menteri Singapura jadi merah padam dan sebaik saja beliau balik ke negaranya, dia terus mengharamkan chewing gum di Singapura, sampaila sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum diharamkan di Singapura.
Pengingatan untuk semua! Jangan lupa asingkan sampah dan recycle ya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|