CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
 Author| Post time 16-12-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 16-12-2015 10:36 AM
antu mat salleh ni skeri nya lain mcm skit.. xde la cik pon atau cik lang... tp usikan dia ttp mam ...

Horor tuh. Tak dan duduk ape lagi dah terus pindah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni geram geram kuku kaki dah ni nak hapdet cerita..tapi hanya berbekalkan hempom,mana mungkin. Kang bising pulak tok batin tengah coti-coti pun sibuk hal keje. Walhal........




KEJE PORUM!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara teringat, aku bookmark dulu apa yang nak dicerita...

A haunted victorian house

Old nanny at london airport city travelodge.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 01:52 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 16-12-2015 01:36 PM
Horor tuh. Tak dan duduk ape lagi dah terus pindah!

actually aku sempat duduk umah tu dlm sebulan lebih gitu la... tapi parents aku x kena kacau awal2 duduk umah tu.. aku je yg asyik kena usik starting a week after we move in.. maybe sbb aku x blh adapt lagi dgn perubahan waktu antara malaysia dan uk kot... bila aku citer kat parents aku yg aku dgr org berjalan dan naik turun tangga tgh2 mlm plus the unseen thing yg dok melompat atas katil aku or the one yg jatuhkan pinggan atas kepala adik aku, diorg x caya... katanya aku ni mimpi je tu or kitorg 3 beradik nakal sangat sampai main baling2 pinggan... bila kena kat batang hidung diorg sendiri pagi tu (masuk toilet awal pagi and saw a bloody toilet... kesan tapak tangan berdarah di dinding, kesan darah dlm bathtub n lantai) and logik diorg pun tau x mungkin ada org blh masuk ke toilet di tingkat 2 yg dikunci dr dalam dan xde kesan pecah masuk umah, plus kami 3 beradik sihat walafiat tanpa kesan cedera, they knew something was not right... tu yg ptg tu gak (after abah dan mak settle bersihkan bilik air with a lot of soap n detergent) abah pi cari umah lain.. dapat umah yg mahal skit kat area yg infamous compare to the one yg kitorg tinggal time tu... esoknya trus angkut barang for good...

and  on 1 fine day masa early summer tu, aku lalu depan umah tu masa bjln balik dr sekolah n saw this old white fella kat tingkap bilik tidur aku dulu... n from the look of that fella, i don't think he's human at all.. too white and too transparents to be considered as human being... sampai aku balik malaysia pun, umah tu still remain vacant eventhough the landlord offer a cheap rent for those yg interested nak menyewa...

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:49 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 16-12-2015 01:44 PM
Sementara teringat, aku bookmark dulu apa yang nak dicerita...

A haunted victorian house




Baru dua tiga hari bertapa...dah jauh korang berlipurlara ye....
bestla cite ko junior....aku terpaksa hide komen2 orang lain sbb nak khatamkan cite ko dulu hehe..
pastu ni baru nak mentelaah cite2 yang ditepek kat terid ko ni plak....
senangnya hati banyak cite best buleh kubacaaaa...
lalalalalalalalalalalalala
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 04:45 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 16-12-2015 01:39 PM
Aku ni geram geram kuku kaki dah ni nak hapdet cerita..tapi hanya berbekalkan hempom,mana mungkin. K ...

ooo kak cepat la hapdet.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2015 09:01 PM | Show all posts

Baru balik umah, dik...
Mujur tak demam..haha..

Ok ni nak share story ni.
Sat ku karang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 09:02 PM | Show all posts
kirakekuri replied at 15-12-2015 12:26 AM
fuhhh khatamm pun thread TT buat masa ni. Besttt besttttt

Makaseh makaseh..
Lum abeh lagi..ada lagi cerita dlm arkib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2015 09:03 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 16-12-2015 03:49 PM
Baru dua tiga hari bertapa...dah jauh korang berlipurlara ye....
bestla cite ko junior....a ...

ALa seniyur..takat sembang2 manja jer..ku pi holiday seminggu..so seminggu jua lah berkepam gobok ku ini..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 09:04 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 19-12-2015 09:07 PM
chicmushroomkd replied at 16-12-2015 03:49 PM
Baru dua tiga hari bertapa...dah jauh korang berlipurlara ye....
bestla cite ko junior....a ...
-dabel posting=deleted-


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 09:38 PM | Show all posts
Arghhhhh...dah taip separuh tetiba hilangggg!!

Ni sume pasal eklan kfc tetiba pi keluar sebesa2 alam halang pandangan.
Buttom X tak de pulak..aduh..stress mak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 10:26 PM | Show all posts
Memandangkan mood dah ke laut nak cerita pasal trip aku ke johor gara-gara dah taip separuh jalan tetiba ilang, so aku just share cerita yang aku dah taip siap-siap sebelum pi jalan aritu.

Ni pasal adik lelaki yang stay dengan aku sekarang ni.

Kisah bermula bila dia rajin dok meneman arwah nenek aku (belah ayah di kelantan)lepas arwah atuk meninggal.

Lepas arwah atuk meninggal, arwah nenek tinggal sorang kat rumah pusaka.
Jadi adik laki aku ni rajinla dia pegi temankan arwah, bukan takut hantu ke hapa tapi takut 'hantu' yang suka pedajal orang.
Maklum sajalah  orang tua kan macam-macam kemungkinan bule berlaku kalau orang tahu dia tinggal sorang-sorang.

Satu senja dekat nak maghrib, masa adik laki aku ni dok galak bersembang dengan awek dia (sekarang bini), tiba-tiba dia nampak kelibat arwah nenek aku melintas ke dapur.
Masa tu adik laki aku dok landing kat pintu bilik tepi dapur, so memang akan jelas nampak sapa-sapa yang lalu ke dapur.

Dah nampak nenek melintas, dia pi tegur lah "eh mok..mok buak gapo senjo-senjo ni..? Tidok kee mok dok umoh mek ko..?(eh mak, mak buak apa senja-senja ni. Bukan ke mak dok umah mek ke).

Untuk makluman, orang kelantan punya stail panggilan ni pelik sikit.
Tak mustahil kalau anak panggil ibu dia 'mak', cucu pun bule panggil nenek dia 'mak' jugak dan itulah yang terjadi dalam family aku belah kelantan.
Jangan tanya aku kenapa bule jadi macam tu sebab celik-celik jer mata aku dah dengar panggilan yang sebegitu.

Masa adik laki aku panggil tu, 'arwah nenek' aku tu sepatutnya berada di rumah mek (mak sedara kitorang) yang jaraknya 7 kilometer dari rumah.
Dah tu macam mana pulak dia bule sampai rumah tu, sapa pulak pi anta dia balik rumah dia semula?

No answer.

Adik aku cakap, masa dia tegur tu dia hanya nampak mata bersinar jer pastu dia dah tak sedar diri.
Sedar-sedar rasa sakit badan dan tengok ada ramai orang sekeliling termasuklah abah aku yang kebetulan menyinggah rumah tu.
Nasib masa kejadian adik laki aku tak bersendirian, ada sepupu kitorang yang turut sama tido kat situ.
Dialah yang cerita tiba-tiba saja dengar adik laki aku menjerit-jerit sambil tumbuk, sepak segala almari dan pintu yang ada.

Sepupu aku ingatkan dia mengamuk sebab bergadoh dengan awek dia, tapi bila dah lain macam sangat amukan ablasanya tu, terus member tu terjun lari panggil jiran sebelah.
Bayangkan 5 orang lelaki yang usaha pegang untuk menenangkan adik laki tu sume terpelanting kena humban ke dinding!

Takleh aku bayang macam mana riotnya 3-4 jam waktu 'berperang' tu.
Dahla adik laki ni jenis badan sasa, kuat, memang hazabla orang nak pegang.

Memang ablasa sungguh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 10:30 PM | Show all posts
Lepas dari kejadian tu, adik aku cerita mana jer dia pegi mesti ada jer bende yang ngekor.
Hatta kalau dia kat rumah kami di kota bharu sekalipun, tengah-tengah malam pasti dia dengar tapak kaki kat belakang rumah, bunyi orang berlari laa, bunyi orang goncang pagar laa.
Bila jenguk luar, bule pulak dia nampak ada macam bende hitam besar ragam bertenggek atas pagar rumah.

Gile weh.

Adik aku ni bangsa hati kering, nampak apa-apa dia bule buat muka badak berendam sambil sound-sound "wehhh kelik laa weih..aku tokse ko mung lah (weh balik la weh, aku tak nak kat kau lah)" Kot aku, malas nak cakap. Hahahaaa..

Puas la mak aku bawak berubat sana sini.
Jumpa ustaz tu jumpa ustaz ni, yang rata-rata cakap ada benda yang nak kat adik aku dan nak jadikan dia sebagai tuan baru.
Gile kau.
Kalau bela bende tu macam bela kucing takpe jugak. Ini dah masuk bab akidah ni..
weih..jangan main-main dowh. Tak bau syurga kalu.

Sekali dengar rasa macam susah nak percaya.
Lagi aku tak percaya bila nak kata yang arwah nenek ada memelihara mende-mende.
Tapi aku rasa bukan dia sengaja memelihara, tapi dia juga jadik 'mak sanggup' pada mende yang ditinggalkan oleh arwah moyang aku.
Sebab arwah moyang aku ni masa hayat dia memang seorang yang ramai suami.
Orang lawa (kot) dengan kulit putih mulus kecik molek gitu.

Sebelum dia meninggal, lama sangat dia sakit.
Tapi yang peliknya, sakit hanya di siang hari.
Bila malam menjelma, kemain gagah perkasa, nasik seperiuk dengan air minum sebaldi sama sedas jerk dia bedal tengah-tengah malam buta.
Ni yang aku tengok sendiri masa bangun tengah malam pegi bilik air. Terbongkok-bongkok orang tua tu mengadap santapan.
Pelahap lak tuh.
Tapi aku tak tegur pun, gasak kau lah nak telan dengan periuk-periuk sekali pun, jangan kacau aku sudah.

Sebijik macam cerita 'waris' kan?

So aku rasa, bila arwah nenek meninggal, bende tu kini tengah cari tuan yang baru.
Maybe sebab adik aku selalu lepak rumah pusaka tu dan selalu temankan arwah nenek, makanya dialah yang jadi sasaran.
Tapi takleh nak kata jugak, sebab menurut cerita adik aku, masa arwah atuk baru meninggal dan nenek masih ada, satu kali tu masa dia tengah menggeledah rumah carik kunci motor, dia terjumpa satu bungkusan berbalut kain kuning dari celahan atas tiang seri rumah tu.
Yang dia ni jenis gatal tangan, pegi kait-kait bungkusan tu, bawak turun dan bukak.
Ada mende ntah aku dah lupa, tapi bende pelik-pelikla macam jarum gitu. Bila tanya arwah nenek, dia kata itu milik arwah atuk punya. Pulak dah. Memelihara jugak ke dia?

But again, no answer for this.

Konklusi, lain kali jangan busy body sangat, bule? Dah sekarang diri sendiri jugak yang susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 11:04 PM | Show all posts
Owhhhh tak boleh nak peram lama sikit, mengaung-ngaung dalam kepala.
Ketepikan mood, aku gigihkan jua menaip apa yang aku alami masa kat mersing, johor khamis lepas.


Yang aku bookmarked tu nanti kedian aku cerita.
Kita kasik keutamaan pada yang baru berlaku je dulu, okei?





Dari Kota Tinggi ke Mersing kalau nak diikutkan takdelah jauh mana.
Sepatutnya milage yang dalam 100km tu boleh sampai dalam sejam setengah jer, tapi memandangkan kami konvoi dengan pakcik tok batin yang bawak keta arrange 70-80 kmph..huwaaahhhhhh..merempan-rempan aku dalam kereta.
Dekat tiga jam setengah baru nak sampai!

Ingatkan dah sampai pekan mersing dah nak sampailah dengan pantainya.
Rupanya lagi 30 km nak sampai ke destinasi.
Masak rentung aku dalam kereta nak tunggu ke sampai.

Dalam pukul 4 petang baru Nampak pantai.
Tok batin lepas jerk check in chalet, terus guling.
Lelap. Letih sangat lah tuh.
Jauh kot buleh nak sampai.
Nak sampai ke pantai tu saja dah kene masuk ke dalam 1 km.
Dengan hutan tebal kiri kanan.
Sila rujuk gambar yang aku buh sini sebagai panduan.

Yang aku ni mana la boleh nak buat cenggitu kalau dah namanya bawak anak.
Dua insan kerdil ni dah terkinja-kinja nak tuju pantai, so ke pantailah kami.
Kalau bukan ombak yang besar, memang tobat berendam kami dalam laut.
Tapi memandangkan cuaca ujung-ujung tahun ni keadaan laut bergelora amat kuat, abaikan saja hasrat nak mandi manda kat laut.
Unless nyawa ada banyak kat kedai spare part, silalah carik pasal.

Lepas main air lebih kurang, main layang-layang bagai gitu gini, naik bilik dah nak senja.
Lepas solat, dorang ajak keluar for dinner.
Aku ni selain penat, agak keberatan juga nak keluar memalam.
Ya lah..dah la chalet kitorang tu tepi-tepinya hutan.
Tingkat atas pulak tu.
Memang agak kesurupan lah nak balik memalam.
Ditambah dengan angin pantai yang kuat ya hamat, menambahkan lagi suasana remangnya.

Aku memang saja pilih tingkat atas sebab tingkat bawah batu.
Bila dok bilik tu bolelaa pepeeling duduk rumah atas pokok, walau hakikatnya bukan atas pokok pun.
Tepi pokok jah.
Tapi sebab lantai dan dindingnya semua kayu, memang menepati selera aku lah yang sukakan rumah kayu!

Masa lalu hutan nak sampai ke chalet kami lepas makan malam, lagu negaraku berkumandang dalam nasional fm menandakan jam sudah 12 malam tepat.
Cantik sungguh timing.
Dalam hati sedikit cuak jugak.
Lalu hutan kot, nak naik bilik pun kene tengok hutan jugak.
Adeh.

Pukul 1 am, kami semua tarik selimut.
Awe dan kakak tak dan apa dah berkeroh dulu.
Tok batin pun sama.
Tinggal aku jerk yang dok terkebil-kebil pandang siling sambil layan deruan angin pantai yang mengganas.

Ntah masa mana aku terlelap.
Sedar balik sebab rasa nak pi toilet.
Dalam samar yang hanya berpandukan cahaya lampu toilet, aku bangkit dan melangkah ke tandas yang hanya beberapa kaki saja dari katil.

Selesai semuanya, aku kembali ke pembaringan dan merebahkan badan.
Sebelum tu aku matikan caj henpon yang dah penuh.
Sambil tu mata memandang jam henpon..owh baru pukul 2.30 am..
Maknanya baru sejam setengah aku tertido.

Lama jugakla aku nak boleh lena semula.
Sebelum nak pejam mata, sekali lagi aku tengok henpon.
Pukul 3.
Hooihhh lama la lagi nak siangnya.
Kenapa ntah malam tu aku rasa waktu bergerak sangat perlahan.

Baru nak pejamkan mata, tetiba aku terasa seperti kain selimut tertarik ke bawah.
Dalam hati berkira-kira, ni mesti tok batin yang bergerak-gerak lalu menyebabkan selimut tu tertolak ke bawah.
Aku diamkan saja. Cuba memejamkan mata, dengan harapan aku cepat hilang dalam lena.

Sekali lagi aku terasa seperti selimut tu bergerak ke bawah, seakan ditarik.
Ku bukak mata, tengok tok batin tetap kejung tidur.
Takde tanda-tanda dia bergerak atau apa.

Ku tarik nafas dalam-dalam.
Kosongkan minda, bayangkan suasana pantai yang indah-indah saja.
Tak mahulah percutian kali ini dicemari dengan sebarang kenangan yang tak enak untuk dikenang.

Ku amati rasa, dan aku terasa sesuatu di bahagian atas kaki.
Kali ini bukan seperti selimut yang bergerak tapi seakan ada usapan di kedua-dua belah kaki.

Kalau tok batin belum tidur, boleh juga aku berfikiran positif dia yang sengaja menggesel-geselkan kakinya kat kaki aku.
Ini aku cucuk-cucuk belakang dia pun tetap maintain keras kejung laki aku tido.

Dan aku yakin aku dapat rasa ‘usapan’ itu kerana aku masih belum lena.
Sekalipun nak kata kaki tok batin yang gesel, bagaimana mungkin itu berlaku kerana waktu itu dia tidur mengiring dan membelakangkan aku??

Kumat kamitlah aku membaca apa yang patut.
Sambil dalam hati berdoa..janganlah kacau aku..aku datang sini hanya untuk berehat, bukan nak hadap bende-bende gini.

Seketika kemudian, takde dah rasa tuh.
Dalam kelegaan, aku terlena hingga ke subuh.
Apa dan siapa si kelakunya, aku sendiri tidak tahu dan tak nak amek tahu.
Dan aku tak cerita pun kat tok batin sebab aku tahu siang-siang apa jawapannya....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 11:06 PM | Show all posts
Chalet tempat kami menumpang tidur, khamis malam jumaat lepas..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 19-12-2015 11:06 PM
Chalet tempat kami menumpang tidur, khamis malam jumaat lepas..

Wah.laluan tanah merah ke tu?gigih nye pergi melayan perasaan jauh kemain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
chomort replied at 20-12-2015 09:14 PM
Wah.laluan tanah merah ke tu?gigih nye pergi melayan perasaan jauh kemain.

Tanah berpasir..
Kitorang pun tak jangka sejauh itu harus menapak...kalau sesaja nak pegi memang tak lah..tapi ni pegi demi memenuhi jemputan, pegi jua lah.

Best tempat ni sebenarnya..cuma jauh..dan ku tak rasa ia haunted pun..maybe mlm tu 'rezki' nak rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:00 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 19-12-2015 11:06 PM
Chalet tempat kami menumpang tidur, khamis malam jumaat lepas..

mak aih.. jalan cenggini ker.. kalau malam haruslaa debor jugek nak lalu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 21-12-2015 10:00 AM
mak aih.. jalan cenggini ker.. kalau malam haruslaa debor jugek nak lalu..

Aa'ah iyo,qarinku..tu la deh jln yang ada..
Imejinkan masa aku balik dari dinner lalu situ tepat2 pukul 12 malam...ngeri sehh..muka tunduk je tak jeling mana2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
chicmushroomkd replied at 8-12-2015 08:50 AM
Eh..pasal bunyi-bunyian ni kan....rumah kat atas rumah aku ni pun selalu duk berbunyi perabot kena ...

Salam...

Pernah terbaca somewhere, kalau kita ada dengar bunyi bunyian segala bagai semua tuh, dari rumah tingkat atas lah, dari rumah sebelah lah, sebenarnya rumah kita yang ada 'penghuni' misteri.

Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.917089 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list